Selasa, 11 September 2012

Video Rakaman Jelajah #MerdekaRakyat Rantau Negeri Sembilan 7 September 2012




Teguran Sultan Johor, Zahid perlu bertanggungjawab


KUALA LUMPUR: PAS memandang serius teguran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar yang murka dengan pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata, teguran itu perlu diambil tanggungjawab oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan negara ini.

"Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mesti bertanggungjawab, jangan pula pegawai yang dimangsakan pula di dalam kes ini.

"Teguran ini datang daripada seorang Sultan. Selama ini pihak pembangkang sudah kerap kali membuat teguran. Semua kritikan itu dibangkul sampahkan sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas titah Sultan Ismail Ibrahim yang murka ke atas pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera.

Baginda turut mengingatkan pihak tertentu agar tidak membekalkan peralatan kurang bermutu tetapi meletakkan harga berlipat kali ganda.

Sultan Ibrahim Ismail juga bertitah, lebih baik jika baginda sendiri mengambil alih kontrak berkenaan sekiranya perkara itu berterusan.

Difahamkan perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.

Mengulas lanjut Ustaz Idris berkata, tabiat buruk kerajaan BN bukan perkara baru, ia sudah menjadi darah daging di dalam pentadbiran.

Menurutnya, jika kita mengimbau kembali Laporan Audit Negara 2006, bagaimana Kementerian Pertahanan boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir 1 bilion) walaupun tanpa baucer.

"Ini satu misteri, sedangkan pegawai kerajaan yang mahu buat tuntutan perjalanan yang berharga RM100.00 tidak diluluskan jika tanpa resit rasmi.

Malah pelik tapi benar, negara pernah hilang enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Jika enjin sebesar itu boleh hilang dijual ke luar negara bukan dijual di kedai besi buruk Sentul, maka sudah tentu wang negara yang lebih kecil senang hilang," tegasnya.

Isnin, 10 September 2012

Muhyiddin & lelaki Melayu terkaya didunia, Syed Mokhtar: Ia bermula dgn Stamford...

Kita semua sudah sedia maklum bahawa Muhyiddin Yassin merupakan rakan kongsi Syed Mokhtar Albukharey. Syed Mokhtar sekarang mengawal beberapa kompeni berikut:
MMC
DRB Hicom
Proton
Malakoff
Johor Port
Senai Airport
Port of Tanjong Pelepas
Bank Muamalat
Padiberas Nasional
CSR Sugar
Gardenia
MPH Bookstores
Penang Port
Sekarang dia mahukan…..
RTM
KTMB
Bank Islam
Melayu terkaya di dunia, (Syed Mokhtar Albukhary) telah menjadi begitu kaya kerana dia telah berusaha bersungguh-sungguh, menjadi kroni Muhyiddin dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Dia mendapatkan hampir semua asetnya dengan mudah. Ia semua bermula dengan Stamford Holdings.
Stamford & keuntungan 4,622%

Stamford Holdings Sdn Bhd merupakan syarikat perladangan yang berdaftar di Malaysia dibawah Akta Syarikat dan 90% daripada ekuitinya dimiliki oleh keluarga Seet dari Singapura, keluarga Gan dan Wang dari Malaysia.
Pada tahun 1994, Stamford memohon kepada kerajaan Johor kebenaran untuk memajukan sebuah kawasan estet industri di bahagian tanah miliknya berdekatan ibu negeri Johor Baharu. Walaupun demikian, tiada apa yang berlaku empat tahun selepas itu.
Pada tahun 1998, dua orang rakyat Malaysia dan mengatakan bahawa mereka adalah rakan niaga Ketua Menteri Johor (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan mereka berkemungkinan besar dapat mempercepatkan kelulusan permohonan Stamford. Dua orang lelaki ini adalah Syed Mokhtar Albukhary and Datuk Yahya Taib. Pertemuan mereka diadakan di Singapura.
Salah satu syarat utama adalah Stamford mesti bergabung dengan mereka bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin diman Stamford akan mengekalkan saham sebanyak 70% dalam syarikat usahasama ini dan mereka bertiga akan menyalurkan RM1,800,000 (lebih kurang RM3,397.50 per ekar) ke dalam Kompeni usahasama itu untuk mengusahakan 1,766 ekar daripada 8,310 ekar jumlah keluasan tanahnya.
Pada lewat tahun 1989,Stamford bersetuju dengan tawaran itu dan keempat-empat parti menubuhkan sebuah syarikat usahasama, yang telah membuat permohonan baru kepada kerajaan negeri Johor bagi menukar tanah seluas 1,766 ekar yang asalnya adalah kawasan perladangan kepada kawasan perindustrian. Permohonan baru ini diluluskan dengan serta merta.
Apabila hartanah itu kemudiannya dijual pada tahun 1994, kumpulan Muhyiddin yang pada mulanya melaburkan RM1.8 juta telah naik kepada RM 83.2 juta (4622%)
Ambil alih

Pada tahun 1992 pula, Syed Mokhtar Albukhary dan Datuk Yahya Taib sekali lagi membuat pertemuan dengan pengarah Stamford dengan membuat tawaran untuk tanah lebihan yang berjumlah 6,544 ekar milik syarikat Stamford di Johor. Namun, syarat adalah berbeza kali ini. Mereka sanggup membayar RM30 000 untuk seeker kepada Stamford tetapi meminta 70% kelebihan dalam ekuiti.
Apabila Stamford meminta agar mereka mengekalkan syarat pegangan 70% dalam ekuiti dan kumpulan Albukhary- Taib- Yassin membayar RM 70 000 untuk per ekar untuk ekuiti sebanyak 30%, salah seorang daripada rakan Muhyiddin ini memberi amaran kepada pengarah Stamford bahawa dokumen pemilikan berada di atas meja MB dan boleh ditandatangai pada bila-bila masa sahaja. Stamford tidak bersetuju.
Beberapa hari kemudian, Muhyiddin memanggil Stamford semula dan memberitahu mereka, “Saya ada dokumen berkaitan di atas meja saya. Apa yang hanya saya perlu lakukan adalah menandatanganinya dan Stamford Holdings tidak akan lagi memiliki lagi 4000 ekar tanah lagi. Sekarang, adakah anda bersetuju untuk memajukan tanah dan saya mengambil 70%? Sekali lagi Stamford tidak bersetuju.
Minggu yang berikutnya, mereka menerima surat daripada kerajaan negeri Johor yang ditandatangani Muhyiddin yang memberitahu bahawa kerajaan sudah mengambil alih tanah itu.
Konspirasi

Pada bulan Julai 1994, kerajaan negeri Johor dengan rasminya memperolehi tanah itu bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor dibawah Akta Pengambilan Tanah.
Stamford Holdings melalui pengarahnya, Gan Tee Kian memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada bulan Februari 1995 dengan mendakwa bahawa Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya melanggar perjanjian dibawah Akta Pengambilan Tanah apabila memperolehi tanah melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor dan menyaman ketiga-tiga mereka ini kerana bersubahat mendapatkan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah.
Dalam saman itu, Stamford Holdings mendakwa mereka bertiga telah menyalahgunakan beberapa bahagian dalam akta itu untuk mendapatkan 6,600 ekar tanah melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor melalui anak syarikatnya, Kelana Ventures Sdn Bhd.
Stamford Holdings juga menamakan kerajaan negeri Johor sebagai defendan dalam saman itu, mendakwa Muhyiddin dan dua lagi rakan niaganya bersubahat menggunakan kuasa kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah itu. Stamford Holdings mahu mahkamah mengisytiharkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor tidak mempunyai hak untuk menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk memiliki tanah itu.
Ia juga telah mendakwa bahawa syed Mokhtar dan Yahya telah berkonspirasi dengan Muhyiddin untuk mendapatkan tanah itu. Dalam saman itu, Stamford Holdings berusaha untuk mendapatkan deklarasi bahawa cara pemilikan tanah telah dibuat dengan niat jahat dan ia tidak sah.
Dua mingu kemudian, kes telah dipindah ke Mahkamah Tinggi Johor Baharu.
Semuanya tidak benar
Pada 24 Februari 1995, Pentadbiran Tanah Johor Baharu telah memberi pampasan sebanyak RM239,099,583.00 kepada Stamford ke atas hartanahnya. Ini bernilai RM36,670 per ekar.
Pada 15 April 1995, Mahkamah Tinggi Johor Bahru membatalkan saman Stamford Holdings dengan menyatakan bahawa syarikat itu tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan ke atas 5 defendan itu. Peguam Stamford kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.
Pada 28 Disember 1995, Kelana Ventures Sdn Bhd memberi jumlah wang pampasan kepada Mahkamah Tinggi Johor.
Pada 14 Mac 1996, sejumlah RM10,585,894.90 telah didepositkan oleh Kelana Ventures kepada Mahkamah Tinggi johor sebagai tunggakan faedah. Seterusnya, apabila Stamford Holdings mencabar pampasan yang diberi Pentadbiran Tanah, pampasan itu telah dikaji semula oleh Mahkamah Tinggi Johor kepada RM63,565,982.20 menjadikan ia berjumlah RM313,251,460.10 (lebih kurang RM48,000 per ekar).
Pada 12 November 1996, lebihan jumlah RM63,565,982.20 juga didepositkan kepada Mahkamah Tinggi Johor Baharu oleh Kelana Ventures Sdn Bhd.
Pada masa kes ini didengar di Mahkamah Rayuan, Asiaweek telah membuat liputan yang komprehensif terhadap kes ini, dengan memetik semula setiap perkataan dalam perbualan telefon Muhyiddin kepada salah seorang pengarah Stamford. Ketua Menteri Johor pada masa itu telah menafikan semua dakwaan yang dilaporkan oleh Asiaweek dengan mengatakan,
“Tiada satupun kebenaran dalam dakwaan yang dibuat terhadap saya” tetapi gagal mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap majalah itu. Ini telah membuktikan dakwaan Asiaweek bahawa mereka mempunyai rakaman perbualan antara Muhyiddin dan Stamford Holdings menjadi penghalang untuk Muhyiddin untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.
Penyelesaian diluar mahkamah
Pada 11 Disember 1997, Mahkamah Rayuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Johor dan memerintahkan semua perbicaraan saman sivil itu diteruskan bergantung kepada rayuan oleh defendan.
Pada 10 Jun 1998, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada defendan untuk menerbalikkan keputusan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan mengarahkan juga sebarang perbicaraandi Mahkamah Tinggi Johor diberhentikan.
Tanpa meneruskan kes ini di Mahkamah Persekutuan, kesemua pihak bersetuju untuk membuat penyelesaian diluar mahkamah dan Perintah Kebenaran direkodkan di Mahkamah Tinggi Johor Baharu. Hakim Zainun Ali merekodkan perintah setelah peguam kepada syarikat serta defendan bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu di kamar hakim dan kesemua pihak terlibat bersetuju terhadap jumlah terakhir iaitu RM 405 juta sebagai pampasan terhadap pemilikan hartanah oleh kerajaan negeri mengikut Akta Pemilikan Tanah (kira-kira RM 62 000 per ekar).
Hakim pada ketika itu mengarahkan Kelana Ventures untuk membayar perbezaan jumlah RM92,115,606.80 terus kepada Stamford Holdings tetapi membenarkan mereka tempoh 18 bulan untuk menyelesaikan pembayaran. Jumlah itu bukanlah sebagai ganti rugi tetapi pampasan terhadap mereka. Dia juga mengarahkan Kerajaan negeri dan juga/atau Pentadbir Tanah untuk menghalang Kelana Ventures untuk menduduki tanah dalam tempoh 3 bulan dari hari Perintah Kebenaran dicatatkan. Kawasan tanah freehold ini merupakan mukim Tebrau di Johor Baharu.
Tiada tindakan terhadap Syed Mokhtar, Yahya Taib mahupun Muhyiddin Yassin
Dalam pada itu, hakim juga memerintahkan Stamford Holdings untuk menyerahkan geran tanah kepada Kelana Ventures dalam masa dua bulan daripada Perintah Kebenaran dicatatkan dan membayar pampasan kepada pekerja yang diberhentikan akibat perpindahan milik tanah kepada Kelana Ventures.
Hakim juga mengarahkan kesemua saman sivil, rayuan dan yang lain tindakan yang lain oleh plaintif diselesaikan dan dihapuskan.
Tiada tindakan diambil keatas Syed Mokhtar Albukhary, Datuk Yahya Taib mahupun Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kemudiannya menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

TPM salahkan Anwar bila lihat anak pompuan dia berpelok dengan jantan bukan mahram.

Anak Muhyiddin terpengaruh dengan pembangkang?

SEMALAM Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri tanpa rasa bersalah melontarkan fitnah kononnya pembangkang (Pakatan Rakyat) menyarankan rakyat agar menyokong seks bebas rujuk sini [seks bebas].

Beliau nampaknya cuba menyalahkan pembangkang apabila anak perempuannya sendiri mengamalkan pergaulan bebas.

Anak perempuan beliau yang terkenal sebagai penyanyi yang sihat dan seksi tanpa rasa segan silu bergambar sambil berpelukan dengan lelaki bukan mahram disiarkan di facebook untuk tatapan ramai.

Bak kata pepatah "Menari tak pandai, salahkan tanah tak rata" sendiri yang jaga dasar negara, Muhyiddin tuduh pula pembangkang penyebab anaknya berkelakuan seperti mat saleh.

Pakatan rakyat sibuk dengan kempen turunkan harga kereta, pendidikan percuma, hapuskan tol dan sebagainya untuk kesenangan rakyat namun Umno sibuk dengan propaganda memperbodohkan kambeng.

""


Ini semua salah Anwar Ibrahim kah kah kah...

Kalau Dr M sokong Najib....

Cebisan fakta yang saya tulis tentang UMNO sejak dua hari yang lepas, susah untuk UMNO memahaminya. Dalam UMNO hanya seorang sahaja ahli yang bekerja keras, iaitu Najib, Presidennya sekarang. Penjelajahan Najib ke seluruh negara telah membelanjakan wang rakyat ratusan juta ringgit. Di sini UMNO juga terlupa yang rakyat sedang memerhatikan tindakan pimpinan UMNO dalam usaha mendapatkan mandat dalam PRU kali ini. Akhir-akhir ini Dr Mahthir sahaja yang keluar untuk menyokong Najib habis-habisan. Seorang sahabat saya berseloroh, “sokongan Mahathir itu ada makna tu!”
Dalam dua posting saya yang terdahulu, saya telah melepaskan apa yang ada tersimpan di dalam jiwa saya dan orang-orang yang sama pemikiran seperti saya memahaminya. Seperti biasa orang-orang UMNO tidak akan faham sampai bila-bila.
Dalam keadaan yang tidak menentu UMNO sendiri tidak dapat meyakinkan partinya sendiri yang mereka akan berjaya mengekalkan kuasa di Putrajaya. Dr Mahathir kali ini bekerja keras untuk mempertahankan UMNO, parti yang beliau tubuhkan dan juga parti yang beliau sendiri mengakui sebagai sebuah pertubuhan yang telah busuk sampai ke ususnya.
Hasil dari warisan pimpinan UMNO yang begitu lemah oleh Mahathir, rakyat tidak lagi memberikan penghormatan yang tinggi kepada parti itu lagi. Di sinilah kegagalan Mahathir kerana semasa beliau berkuasa beliau tidak pernah memikirkan nasib masa depan UMNO itu sendiri. Beliau terlalu tertumpu untuk menguatkan kekuatan peribadi beliau dan mengorbankan masa depan partinya. Beliau sendiri tidak dapat menerima kenyataan yang pimpinan negara mesti dibentuk dan dibina.
Justeru apabila beliau meletakkan jawatan maka yang ada di keliling beliau hanyalah kumpulan pemimpin yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin. Terlalu ‘engrossed’ untuk memperkuatkan kekuatan peribadi beliau maka partinya secara tidak disedari telah menghadapi ‘vacuum’ kepimpinan yang serius. Maka Pak Lah lah yang beliau lantik untuk menggantikan beliau berdasarkan kepada kenyataan yang Pak Lah merupakan Naib Presiden yang tertinggi semasa itu.
Semalam Mahathir mengaku kesilapan kerana memilih Pak Lah sebagai pengganti beliau. Kalau kita hendak tuai apa yang terbit, kata-kata Mahathir ada kebenarannya. Pak Lah kepada beliau merupakan pilihan yang salah. Mahathir sedang mengalih dan menganjakkan semua kesalahan beliau kepada Pak Lah. Mentang-mentanglah Pak Lah tidak menjawab kerana beliau tidak mahu lagi menyibuk setelah beliau bersara.
Kalau Mahathir tidak melantik Pak Lah semasa beliau bersara siapa pula yang sepatutnya mengambil alih beliau? Kalaulah beliau memilih Najib semasa itu, ramai merasakan yang keadaan sekarang akan lebih teruk dari sekarang. Jadi kenyataan Mahathir yang beliau melakukan kesalahan kerana memilih Pak Lah untuk menggantikan beliau itu amat ‘personal’ dan nampak sangat dendam kesumat beliau terhadap penggantinya itu.
Mahathir tidak menyedari selembut-lembut Pak Lah, beliau adalah seorang yang degil dan sangkaan Mahathir yang Pak Lah akan membenarkan beliau (Mahathir) masuk campur dalam pentadbirannya adalah salah. Mahathir tidak mengenali Pak Lah dengan sebenarnya. Walaupun Pak Lah itu seorang yang lembut, tetapi lembut beliau bukan untuk disudu. Kalau Pak Lah itu keras orangnya, keras beliau itu bukan untuk ditakek. Oleh kerana Pak Lah tidak membenarkan Mahathir untuk menyudu atau menakek beliau (Pak Lah), maka Mahathir kecewa dan mula membidas Pak Lah ‘without mercy’. Kalaulah Pak Lah membenarkan Mahathir masuk campur seperti Najib sekarang ini Mahathir tidak akan mengkritik Pak Lah sedemikian rupa.
Menyalahkan Pak Lah seratus peratus adalah tidak rasional untuk Mahathir melakukannya. Kecelaruan negara kita bukan dimulakan oleh Pak Lah. Ia bermula dari Mahathir lagi. Pengakuan Mahathir yang beliau selalu salah memilih penggantinya itu adalah benar. Musa adalah lantikan beliau, Ghaffar Baba pun lantikan beliau. Selepas Ghaffar, Anwar Ibrahim pula dan selepas Anwar, Pak Lah. Semua lantikan beliau akhirnya tidak bersesuaian dengan beliau (Mahathir). Kalau beliau tidak suai dengan semua pihak, maka Mahathir mesti melakukan introspeksi dirinya sendiri.
Sesungguhnya yang membuatkan beliau tidak bersesuaian dengan semua timbalan atau pengganti beliau itu sudah cukup membuktikan Mahathir memang tidak boleh bersesuaian dengan semua orang terutamanya mereka yang mempunyai pengaruh yang Mahathir takuti. Itu sahaja yang boleh membuktikan kenyataan ini.
Sekarang timbul satu persoalan lagi terhadap Mahathir. Jika semua orang yang disokongnya akhirnya terbukti yang itu merupakan kesilapan Mahathir memilihnya, apa pula alasan untuk kita yakini yang pilihan beliau untuk menyokong Najib untuk terus menjadi pemimpin nombor satu negara itu adalah tindakan yang tepat untuk beliau.
Bagi saya, jika lantikan beliau dahulu tidak seorang pun yang bersesuaian untuk negara, saya juga menjangka yang suatu hari Mahathir akan bertelagah dengan Najib. Mahathir akan bergaduh dengan Najib seperti beliau bergaduh dengan Pak Lah jika Najib tidak memberikan keistimewaan terhadap anakandanya yang bernama Mukhriz untuk menjadi pemimpin negara di masa depan.
Tindakan Mahathir semuanya bersandarkan kepada politik peribadi dan keluarga beliau. Itulah sebabnya rakyat tidak mahu memberikan sokongan kepada Mahathir kerana rakyat sudah berfikir dan mereka tidak mahu lagi dilaga-lagakan oleh Mahathir kerana Mahathir hanya bertindak untuk kepentingan beliau dan keluarga beliau sahaja.
Tindakan Mahathir dengan sukarela melakukan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan kepada penyelia kemas atau pegawai penerangan khas jabatan penerangan memang tidak ada siapa yang mengagaknya akan berlaku. Kita memilih untuk menyakinkan diri kita yang Mahathir akan menjadi seorang negarawan besar negara, tetapi tindakan beliau sekarang telah menjatuhkan martabat beliau ke tahap penolong kepada Ahmad Maslan sahaja.
Pendeknya kita memang sudah bersetuju kepada satu formula baru dalam memilih seseorang pemimpin. Formulanya senang sahaja. Formulanya ialah, kita jangan menyokong sesiapa yang disokong oleh Mahathir, kerana sesiapa yang disokong oleh Mahathir suatu hari nanti akan menjadi pemimpin yang lemah dan kurang kegunaan dan faedah untuk negara.
Seperti yang kita dengar akhir-akhir ini Mahathir sedang menyokong Najib dan kumpulannya. Apabila itu pilihan Mahathir maka benarlah tindakan ramai rakyat menolak pilihan Mahathir kerana tidak seorang pun yang disokong oleh Mahathir itu tidak menghadapi masalah. Baik Musa, Ghaffar, Anwar dan Abdullah Badawi semuanya bermasalah.
Kalau kita ikut kehendak Dr Mahathir untuk menyokong Najib, ia bermakna kita menyokong calon yang salah seperti yang terbukti dengan pewaris-pewaris kepimpinan Dr M yang lalu. Ini merupakan satu kebenaran dan Mahathir sendiri mengakuinya semalam.