Jumaat, 13 Julai 2012

Kalau dah jadi PM, janganlah jadi kontraktor pula

Isu kontrak LRT Ampang sekarang menjadi isu besar terakhir apabila Najib sekali lagi dikaitkan dengan George Kent Lion Pacific JV yang mendapatkan kontrak itu walaupun pada asalnya syarikat sahabat golf Najib ini tidak layak untuk mendapatkannya.
Syarikat Bealfour Beaty – Invesys Consortium yang sepatutnya mendapatkan kerja ini dengan harga RM1.1 billion telah dinafikan peluang untuk melaksanakan projek itu walaupun pada Januari lepas syarikat ini dikatakan telah memenangi tender untuk perlaksanaan projek infrastruktor raksaksa ini.
 
Tetapi pada 1hb Jun yang lepas syarikat George Kent telah diberikan kerja untuk projek ini dan harganya telah melambung menjadi RM1.8 billion setelah Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengubah keputusan pihak berwajib dan memberikan kontrak itu kepada George Kent, syarikat yang katanya dipunyai oleh rakan golf Perdana Menteri.
Dimana kah letaknya apa yang dikatakan oleh PM untuk mentadbir secara transperan seperti yang dikatakan beliau untuk melakukan transformasi dalam semua bidang kenegaraan?
Jika ini caranya Perdana Menteri membuat keputusan, ini adalah sangat menjijikkan dan mengaibkan nama negara diperingkat antarabangsa kerana isu ini menjadi perhatian khusus dari masyarakat antarabangsa.
Kita hairan kenapalah PM bersifat begini kerana kalau kita dengar retorik ucapan beliau, Najib sedang cuba menunjukkan kepada rakyat yang beliau adalah Perdana Menteri yang bersih dan cekap dan mempunyai nilai kepimpinan yang begitu tinggi.
Pendedahan yang dilakukan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, itu amat mengejutkan banyak pihak dan lapuran polis telah dilakukan terhadap Najib. Tetapi nampaknya pihak polis mengambil tindakan untuk menyiasat bagaimana perkara yang ‘classified’ itu boleh terbongkar dan tidak pula berani menyiasat tindakan Najib masuk campur dalam keputusan pemberian tender itu.
Ini merupakan salah satu dari ratusan isu besar dalam pemberian konrak terhadap kroni-kroni pemimpin BN khususnya UMNO dan nampaknya penyakit rasuah dan menyalahgunakan kuasa ini memang sudah tidak boleh diperbaiki lagi kerana ia sudah menjadi budaya dalam kepimpinan negara kita.
Saya juga ingin tahu, agaknya berapa orang Perdana Menteri didunia ini yang selain menjadi Perdana Menteri, mereka juga adalah kontraktor-kontraktor besar seperti PM Najib ini.
Bagaimana hendak memperbaiki pimpinan jika dalam isu pemberian kontrak besar ini melibatkan kehendak ahli politik dan dalam isu ini adalah pemimpin politik tertinggi negara yang juga seorang Perdana Menteri.
Bagi saya Najib sepatutnya hanya menjadi Perdana Menteri dan tidak merangkapkan diri beliau sebagai seorang kontraktor besar. Jika PM sendiri mempunyai kepentingan peribadi dalam pemberian kerja kontrak seperti ini, bagaimanalah kerajaan hendak membina masyarakat perniagaan yang mantap untuk negara.
Najib, saya ulangi, sepatutnya hanya menjadi PM dan cuba elak dari menjadi kontraktor. Jika beliau lebih berminat menjadi kontraktor, beliau patut bersara sebagai Perdana Menteri dan tubuhkan sebuah syarikat pembinaan kelas A dan mempunyai lesen PKK yang sah.
Tidak boleh begini. Perdana Menteri buat tugas Perdana Menteri kerana terlalu banyak isu terhadap pimpinan hari ini. Jangan pula hendak menjadi kontraktor sekali.

Janji dimungkiri, Mahathirisme hidup lagi

Dr Mahathir yang masih tidak boleh melupakan seronok jadi PM selama 22 tahun menyatakan masa depan Malaysia musnah jika Pakatan menang. Dia sebenarnya rindukan Mahathirisme.
Najib di anggap kurang cerdik melaksanakan doktrin Mahathirism. Sebab itu Mahathir sedang asah parang hendak sembelih leher Najib di bantu oleh Muhyidin al lelongi dan Mukriz a/l Mahathir.
Sebelum masa suntuk tiba, perkara yang serupa dislogankan oleh PM Najib. Mengenai slogan2- rakyat dah lali dengan jerit sana sini Najib. Ketika meraikan ahli UMNO yang di angkut dan dibayar berhimpun di stadium Bukit Jalil, dia kata nak istihar pilihanraya- dia tetap takut. Di Melaka dia kata UMNO akan menang 14-0, saya kata, kalau demikian, semalam sudah Najib istihar PRU.
Najib tahu perpaduan orang UMNO akan kurang 30% pada hari dia menamakan calun. Jadi bagaimana hendak bertarung dalam gelanggang, apabila diluar pun sudah kelam kabut.


Orang UMNO dah letih menunggu bila PRU akan di adakan. Kepada orang UMNO, PRU ialah Hari Raya. Sebab masa itu, duit datang mencurah curah. Motorsikal dan kereta myvy sudah di pesan- tapi duit belum turun. Orang UMNO gelisah. Hendakkan PRU di cepatkan. Mereka tahu kalau UMNO kalah, orang Melayu tetap akan terbela bahkan di jagai dengan lebih baik dari yang UMNO mampu.
Pilihan alternative yang Najib ada ialah menyibarkan fitnah dan dakyah menakutkan rakyat. Orang Melayu hancur jika UMNO tewas. Islam dalam bahaya jika UMNO tewas. Raja Melayu musnah jika UMNO tewas. Negara akan di perintah oleh DAP. Cina akan membunuh orang Melayu. Pemimpin UMNO buat bisness semua dengan Cina. Raja Melayu buat bisnes pun semua dengan Cina.
Celaka nya orang UMNO, mereka ingat mereka sahaja yang berhak di anggap Melayu. Semasa saya berada dalam UMNO, keMelayuan saya tidak pernah di pertikai. Melayu itu ada pada diri saya bukan terletak pada UMNO. Mengapa pula, apabila orang nya yang serupa yang Melayu nya tidak dipertikai semasa dalam UMNO sekarang mahu di pertikaikan ketika bukan dalam UMNO? UMNO janganlah bongkak sangat. Melayu itu orang, bukan parti politik. Orang melayu walau dalam apa parti pun tetap Melayu. Orang Melayu tidak jadi bukan Melayu bila mengistiharkan dirinya bukan UMNO.
Orang UMNO macam takde rasa malu. Sudah berkuasa lebih dari 50tahun, kalau tidak dapat mengurus dan mentadbir dengan baik, elok lah berundur. Serahkan kepada rakyat mengadili parti mana yang mereka hendak.
Bila Mahathir dan Najib mengeluarkan keresahan serta bimbang dan ragu mereka, sesungguhnya itu luahan kata kata dari orang yang cemas. Jika UMNO/BN kalah semua dasar pentadbiran negara yang merosakkan negara akan terdedah. Ketika itu, metos kehebatan Mahathir akan pecah.
Cuba kita tanya sebagai misalan- kenapa ekonomi orang Melayu secara keseluruhan nya masih rendah berbanding dengan kaum lain? Yang bertambah baik ialah ekonomi Melayu yang terpilih dan istimewa. Anak Mahathir, anak orang bangsawan, Raja2 Melayu, anak pemimpin tinggi kerajaan- Melayu jenis ini tidak mewakili Melayu keseluruhan dan mereka tidak pun peduli apa berlaku kepada orang Melayu. Yang mereka penting ialah bangsa Melayu boleh di perkudakan untuk mengukuhkan kedudukan Melayu istimewa dan terpilih.
Kenapa jurang perbezaaan pendapatan di kalangan bangsa Melayu paling besar berbanding dengan jurang pendapatan antara kaum lain di Malaysia? Sebab semenjak Mahathir ambil alih kerajaan tahun 1981, dasar memajukan ekonomi Melayu secara organic di gantikan dengan dasar memilih bulu oleh Mahathir. itulah masa nya kita melihat anak2 emas yang di anggap sebagai pemangkin ekonomi orang Melayu muncul.
Mahathir beri lesen, beli konsesi, beri monopoli, beri peluang menswastakan punca2 kekayaan negara kepada orang2 yang di pilih, untuk mewakili pencapaian ekonomi Melayu. Mereka ini jadi kayalah, tapi rakyat Melayu kebanyakan masih ketiggalan. Rakyat terus di haramjadahkan sehinga kini.
Dan Mahathir kata Mahathirimse sudah habis? Lihat sahajalah di keliling kita. Penswastaan lapangterbang Sungai Besi akan dimajukan oleh rakan2 Najib dan Rosmah. Penglibatan 1MDB hanya lah hiasan tingkap. Lihat pula projek LRT Ampang yang dimenangi oleh syarikat Belfor-Beattty- Invesys pada harga RM 1.01 billion di rampas dan di beri kepada syarikat George Kent milik rakan golf Najib dengan tambahan harga sebanyak RM 167 million.
Kita lihat dasar mengayakan rakan2 kroni yang di pelopori oleh Mahathir masih di teruskan. Jadi bagaimana kita boleh menerima bahawa Mahathirisme sudah berakhir?
Paling akhir dasar memerah dan memicit rakyat berlaku apabila Najib menyenaraikan perniagaan Felda. Counter FGV baik dan harga menuju kepada RM 6 ( buat masa ini)- tapi baik untuk siapa?
Baik untuk peneroka yang hanya memiliki 810 unit saham berbanding dengan puak yang tidak ada kena mengena dengan Felda yang di anugerahkan 3-5 juta unit saham? Berani tidak pihak MITI mengeluarkan senarai penerima saham yang mereka agihkan? Ketua bahagian, pemimpin UMNO, pemimpin kerajaan, menteri UMNO yang memboloti bahagian singa terbitan saham tersebut.
Kita biarkan Dr Mahathir dengan igauan nya kerana fakta2 mendedahkan pendustaan Mahathir. dia pembohong dan cara terbaik mendedahkan pembohongan orang yang kian cemas ialah menunjukkan pencapaian2 kerajaan Pakatan. Kedah, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan negeri yang di rampas secara tidak etikal Perak.
Rakyat sudah terdedah kepada kebaikan berada dibawah kerajaan2 yang di pimpin oleh Pakatan. 3 dari 5 buah negeri yang menerima FDI yang terbanyak sekali ialah negeri yang di pimpin oleh Pakatan. UMNO gagal menguasai top 5 penerima pelaburan asing. Punca utama ialah kerana pimpinan mereka tidak cekap dan boros dan banyak ketirisan yang berlaku. Rasuah menjadi2 dan rompakan keatas sumber2 kekayaan negeri dilakukan oleh pimpinan UMNO dan BN dengan sewenang wenang nya.
Pelabur takut hendak pergi berniaga dalam negeri2 UMNO-BN. Syarikat Jepun yang mebuka ladang menanam Spirulina di Perak memutuskan untuk tidak melabur kerana campurtangan golongan bangsawan negeri itu.
Lapuran ketua audit negara menunjukkan bahawa pengurusan ekonomi dan kewangan dalam negeri di bawah Pakatan lebih baik dari negeri dibawah kerajaan UMNO. Jadi bagaimana Dr Mahathir boleh mengambil konklusi bahawa jika Pakatan mengganti UMNO, maka masa depan negara akan musnah?
Yang musnah ialah penerima2 habuan dari Mahathirisme. Sama ada Mahathirisme mati atau sudah tidak ada, bukanlah terletak kepada perakuan Dr Mahathir. ianya terletak kepada orang lain untuk menilai sama ada mimpi seram yang bernama Mahathirisme masih ujud atau tidak. Dan petanda ianya masih hidup segar, teralalu banyak menyebabkan kenyataan Mahathir sebagai seorang yang bersalah mahu menegakkan benang yang basah.
Dan kita perlu ingat kan orang UMNO dan rakyat- bahawa ketika Pak Lah Badawi mendapat undi dan kerusi terbaik pada tahun PRU 2004, ialah kerana rakyat meraikan pemergian Dr Mahathir dari tampuk kuasa.
Kita mengalu ngalukan perlantikan Mahathir sebagai pengarah PRU UMNO. Sudah tentu ianya akan mempercepatkan pengebumian UMNO.

Malaysia Seperti Ditadbir oleh Tiga Perdana Menteri

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kemunculan kelibat Tun Mahathir dan Rosmah Mansor dalam pelbagai aktiviti dalam negara kelihatan begitu rancak sekali. Mereka dilihat muncul dalam pelbagai majlis dan bercakap mengenai pelbagai perkara.

Walaupun Mahathir telah melepaskan jawatan Perdana Menteri sejak 2003 lagi, tetapi dengan kesibukan yang ditunjukkan, jadual hariannya yang tetap padat serta kerajinannya bercakap mengenai politik memperlihatkan bahawa Mahathir sebenarnya masih tidak mahu menanggalkan pengaruh Perdana Menteri yang masih bersisa dalam dirinya.

Bahkan kadang-kadang apabila beliau bercakap mengenai politik khususnya, beliau seperti terlupa bahawa beliau bukan lagi Perdana Menteri.

Jika diimbas apa yang berlaku sejak 2003, Mahathir sebenarnya hanya berehat dalam tenpoh yang singkat saja sebaik mengumumkan untuk bersara dan menyerahkan kuasa kepada Pak Lah. Selepas piliharaya 2004 yang memperihatkan Pak Lah berjaya mencipta sejarah kemenangan paling gemilang bagi UMNO dan BN dan kerana tidak tahan dengan kemunculan pengaruh KJ serta "budak-budak tingkat 4" yang didakwanya menguasai Pak Lah, Mahathir kemudian aktif kembali daripada dunia persaraannya.

Sejak itu Mahathir tidak pernah mengurangkan keaktifannya. Ditambah sekarang ini di mana kedudukan UMNO cukup genting dan Najib sendiri kelihatan amat lemah untuk mempertahankan kuasa BN, Mahathir seolah-olah berkongsi jawatan Perdana Menteri dengan Najib.

Beliau kini bercakap tentang Melayu, pengundi Cina, menghentam pembangkang, menilik tarikh yang sesuai untuk diadakan pilihanraya dan pelbagai lagi. Bahkan apa saja yang ditanya oleh wartawan, beliau dengan senang hati memberikan jawapannya.

Beliau juga kerap bercakap soal ekonomi dan menguruskan negara. Bahkan kedengaran juga ada pihak yang berjumpa dengan Mahathir untuk melobi sebagai calon pilihanraya.

Dalam hal ini Mahathir nampaknya tidak mahu menjadi seperti rakan-rakan sejawatannya di seluruh dunia yang benar-benar bersara apabila mengumumkan untuk bersara. Pemimpin lain apabila bersara, mereka tidak lagi mencampuri urusan dalam negara dan hanya menumpukan kepada keluarga atau hanya sesekali bercakap di peringkat antarabangsa. Mahathir sebaliknya, hanya mengumumkan untuk bersara tetapi tetap mahu dilihat berkuasa.

Mahathir bukan sahaja mahu melihat UMNO dan BN terus berkuasa tetapi juga mahu kemenangan yang dicapai nanti disumbangkan oleh pengaruh yang ada padanya. Sebagaimana beliau merasakan kemenangan tipis pilihanraya 2008 adalah disebabkan serangan berterusannya terhadap Pak Lah ketika itu, beliau juga sebenarnya mahukan sahamnya turut ada jika ditakdirkan BN terus berkuasa lagi.

Mahathir sebolehnya mahu mengelakkan kekalahan UMNO dan BN ialah kerana tidak mahu musuh politik nombor satunya, Anwar Ibrahim memperolehi kuasa semula setelah beliau memecatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998. Jika itu berlaku bukan saja egonya tercabar, malahaan legasi Mahathirisme yang dibanggakannya selama 22 tahun berkuasa juga pastinya akan musnah sama.

Itulah sebenarnya yang cuba dipertahankan oleh Mahathir. Dan dalam usaha mempertahankan semua itu, beliau kini menjadi seperti Perdana Menteri semula.

Bagi Rosmah pula, di awal era pentadbiran Najib lagi kemunculannya sudah diperkatakan oleh banyak pihak terutama berkaitan kekerapannya muncul di media dan merasmikan pelbagai perkara. Kadangkala pula kekerapannya melebihi Perdana Menteri sendiri.

Selain kerap muncul di majlis rasmi, Rosmah juga beberapa kali diminta oeh Najib mewakilinya di beberapa majlis dan ini memperlhatkan bahawa beliau gemar kepada kuasa. Lantaran itu, muncul pula pelbagai persepsi bahawa Rosmah sebenarnya turut berkuasa dalam pentadbiran negara. Beliau dikatakan bukan sahaja berkuasa dalam menentukan pengagihan peluang perniagaan dan kontrak kerajaan bahkan kedengaran juga desas-desus bahawa "First Lady" ini turut mempunyai pengaruh dalam penentuan calon-calon piliharaya.

Dikhabarkan ramai pemimpin UMNO pelbagai peringkat yang berhajat untuk menjadi calon pilihanraya turut melobi dan mendekati Rosmah bagi mencapai hasrat yang diidamkan itu.

Akhir-akhir ini beberapa stesen TV pula tersasul menulis kemunculan Rosmah sebagai Perdana Menteri dan bukan lagi sebagai isteri Perdana Menteri. Orangramai mula bercakap apakah ianya suatu kesilapan atau disengajakan? Tambah mengelirukan apabila stesen TV terbabit tidak pula mengeluarkan permohonan maaf atau membuat pembetulan meskipun ianya suatu kesilapan yang nyata.

Apa pun isu yang berlegar di sekitar Rosmah ini, hakikatnya beliau suka kepada kuasa dan tidak peduli apa pun percakapan orangramai mengenainya. Asalkan dilihat berkuasa dan menyamai pengaruh Perdana Menteri, katalah apa saja.

Sama seperti Mahathir, Rosmah juga sebenarnya sedang berkongsi kerusi Perdana Menteri dengan Najib melalui apa yang ditunjukkannya selama ini.

Sebagaimana Najib yang sibuk saban hari dengan jadualnya, Mahathir dan Rosmah juga sibuk dengan aturcara sendiri dalam negara. Kesibukan mereka berdua menyamai, bahkan kadangkala melebihi kesibukan Najib sendiri.

Bukan saja tidak pernah berlaku di mana-mana negara seorang Perdana Menteri yang sudah bersara tetapi ingin terus dilihat berkuasa tetapi juga tidak pernah berlaku jawatan Perdana Menteri sampai dikongsi tiga.

Tetapi selagi Najib membiarkan ada orang lain yang turut berkuasa sebagai Perdana Menteri, selagi itulah beliau akan dilihat sebagai pemimpin yang lemah