Selasa, 3 Julai 2012

Misteri perletakan jawatan Hassan Merican CEO Pertonas didedahkan Reuters akhirnya..


Laporan dari Reuters ini memberikan jawapan kepada kita yang masih tertanya-tanya mengapa seorang CEO yang telah 21 tahun menerajui Petronas hingga berjaya meletakkan nama Petronas sebaris dengan pengeluar minyak lain didunia meletakkan jawatannya secara tiba-tiba.


Selain dari mendedahkan Najib telah dibidas secara berhadapan oleh CEO Petronas sekarang iaitu Datuk Shamsul Azhar Abbas, laporan dari Reuters ini juga mendedahkan bahawa Najib sebenarnya lebih kejam dari Tun Mahathir.

Menurut Reuters, meskipun Tan Sri Hassan Marican telah dilantik oleh Tun Mahathir sebagai CEO bagi Petronas dalam banyak hal beliau sering tidak bersetuju dengan Mahathir.

Biarpun begitu Hassan menurut Mahathir telah bersetuju untuk menyelamatkan Proton yang menjadi kebanggaan Tun Mahathir dan juga Syarikat perkapalan milik anak Mahathir.

Bagaimanapun apabila Najib mengambil alih pentadbiran pada tahun 2009 dari Tun Mahathir telah berlaku pertelingkahan antara Najib dan Hassan Merican .

Isunya hanyalah pasukan ‘Formula One’ yang mana satukah hendak ditaja oleh Petronas.

Kerana beliau tidak bersetuju dengan Najib, Hassan Merican teah diberikan notis hanya selama enam hari mengatakan kontraknya tidak diperbaharui pada tahun 2010.

Selain dari isu menaja pasukan ‘Formula One’, Hassan Meriacan juga dikatakan menolak cadangan dari Najib untuk menerima syarikat yang tidak berpengalaman langsung dalam industri minyak dan gas untuk bersama Petronas membangunkan industri minyak dan gas di Malaysia.

Dan dengan disingkirnya Hassan Merican dari Petronas.. kedua-dua projek yang melibatkan dana berjumlah USD444 Billion adalah sebahagian dari pelan Transformasi Ekonomi Najib yang telah dilancarkan pada bulan September 2010 hanya tujuh bulan setelah Hassan disingkirkan oleh Najib.

Artikel yang membongkar bagaimana keuntungan Petronas telah dikaut dan diguna ikut suka hati Kerajaan UMNO/BN boleh di baca di ( The Malaysian Insider)

Persoalan yang timbul disini ialah mengapa Najib tetap bertegas mahu pasukan 'Formula One' pilihanya ditaja oleh Petronas dan mengapa juga Najib tetap bertegas mahukan Syarikat yang tidak berpengalaman dalam industri minyak dan gas diberikan kontrak oleh Petronas?

Mengapa???

Najib mewah guna wang rakyat untuk peribadi- Azan

KUALA LUMPUR 2 Julai: Tabiat gaya hidup mewah Datuk Seri Najib Razak mengguna wang pembayar cukai tidak sepatutnya diamalkan seorang bergelar perdana menteri, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota.
Beliau mengulas jawapan kerajaan mempertahan percutian peribadi Najib, yang membelanjakan sebanyak RM273,799.57 dari 18 Mei hingga 25 Mei  untuk bercuti ke Milan dan Washington, termasuk penggunaan pesawat rasmi negara.

“Wang sebanyak RM273 ribu tidak menjadi apa-apa masalah dan tidak menjadi kesalahan bagi Najib Razak, kerana beliau dan isterinya memang suka gaya hidup mewah,
“(Mereka) belanja apa saja demi kepuasan nafsu, tabiat seperti ini tidak sepatutnya ada bagi seseorang orang tertinggi dalam negara,” ujarnya.

“Kita dapat lihat, Najib Razak sentiasa saja mempunyai kaedah untuk mencari alasan demi menghalalkan setiap perbuatan yang sememangnya salah,” kata beliau.
Beliau dalam pada itu mencabar Najib supaya memohon maaf seperti mana pernah dilakukan Perdana Menteri negara lain, jika mereka membuat kesilapan.

“Kita ambil contoh Perdana Menteri negara Komanwel seperti Perdana Menteri New Zealand, John Key, beliau sentiasa bertanggungjwab tentang apa juga masalah melibatkan kepentingan rakyat dan kerajaan.
“Beliau secara terbuka akan memohon maaf kepada rakyat di negaranya jika membuat kesilapan,” kata beliau.

MB Selangor dedah laporan kewangan Unisel Ogos

SHAH ALAM 3 Julai: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, laporan lengkap mengenai kedudukan kewangan Universiti Selangor (Unisel) akan dibentang awal Ogos depan sebaik audit selesai dijalankan.
Menurut beliau, kerajaan negeri sedang menunggu laporan berkenaan yang kini dalam proses akhir audit.
“Amat malang kerana kedudukan kewangan Unisel lima tahun lalu tidak diaudit sepenuhnya. Sebab itulah saya minta ia diaudit penuh,” katanya dipetik Sinar Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Bajet Selangor 2013 di Subang Jaya semalam.
Kenyataan itu sekaligus membuktikan Khalid sedia menyahut cabaran Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mahu pendedahan itu dilakukan bagi membuktikan Unisel tidak menanggung kerugian besar.
Kelmarin, Noh dilapor berkata, Unisel bakal menjadi gajah putih angkara kerakusan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) mempolitikkan pendidikan dan menjadikan universiti itu sebagai alat politik mereka.
Sebaliknya, pentadbiran Umno di Selangor sebelum 2008 menyebabkan Unisel dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kusi) menjadi beban kewangan buat kerajaan negeri dengan belanja bulanan sebanyak RM2.3 juta.
Ini kerana, Unisel dibina berdasarkan konsep ć…‹uild Operate Transfer?(BOT) dengan kontrak selama 20 tahun menyebabkan ia terpaksa membayar sewa bulanan sebanyak RM300,000 sebulan.
Malah, Unisel turut membayar sebanyak RM2 juta sebulan untuk satu pinjaman yang dibuat beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 berlangsung.
Perkara itu didedahkan Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Affandi Malik, April lalu.
Affandi mendakwa, kontrak membina Unisel yang dimeterai sewaktu BN mentadbir Selangor diberi kepada Jana Niaga Sdn Bhd, sebuah syarikat milik keluarga dan kroni Datuk Seri Dr Khir Toyo.
Malah, bangunan yang dibina juga tidak sempurna mengakibatkan universiti sendiri terpaksa berbelanja ratusan ribu ringgit untuk pembaikan, katanya.
Bangunan asrama Unisel juga hanya menerima sijil selamat diduduki (CF) selepas Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, katanya.
Beliau yang juga mantan Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar Unisel sesi 2008-2009 turut mendedahkan bahawa Unisel membuat pinjaman sebanyak RM150 juta sebelum PRU 12 pada 2008.
Bagaimanapun, Khir yang merupakan mantan Menteri Besar menafikan Selangor semasa di bawah BN tidak menghadapi masalah kerana universiti itu mendapat sumber kewangan sendiri.

Najib takut bubar, strategi tidak menjadi


Strategi Datuk Seri Najib Tun Razak masih tidak menjadi untuk membolehkan beliau membubar Parlimen. Keresahan jelas terukir di wajah beliau yang akan memimpin  pilihan raya pada kali ini.

Tekanan daripada dalam Umno juga begitu kuat, jika Umno kalah bererti beliau akan dihambat oleh Umno daripada kerusi Presiden.

Walaupun sepatutnya pilihan raya diadakan pada tahun lepas, sehingga persidangan Umno ditangguhkan bagi menumpukan kepada gerak kerja pilihan raya.

Bajet yang dibentangkan ialah bajet pilihan raya. Berbagai-bagai pemberian diberikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, bantuan kepada pelajar sekolah RM100 dan bantuan pelajar universiti RM200 dan banyak lagi skim untuk pancing undi.

Umno di bawah kepimpinan Najib cuba menggunakan taktik supaya negeri Pakatan Rakyat digambarkan oleh media Umno sebagai tidak mampu. Isu ini dijawab dengan amalan bukan dengan percakapan.

Kerajaan Pakatan Rakyat mampu mentadbir dengan baik dengan penuh ketelusan. Banyak manfaat yang diperolehi oleh rakyat, kerana  51 tahun Umno memerintah rakyat tidak merasai lebihan kekayaan negeri, terutama di Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat tidaklah mendabik dada ia kerajaan yang terbaik, namun rekod hampir lima tahun memeritah ia lebih baik daripada Umno memerintah 51 tahun di negeri tersebut.

Ketika negeri-negeri di bawah pemerintahan BN yang sedang menggigit jari, rakyat di negeri Pakatan Rakyat mendapat berbagai nikmat dan peningkatan kualiti hidup.

Taktik fitnah kepada kerajaan Pulau Pinang melalui media Umno kononnya anti Melayu telah terjawab, apabila sudah dua kali Utusan Malaysia didapati bersalah oleh mahkamah. Tujuanya supaya orang Melayu jangan dekat dengan Pakatan Rakyat.

Atas faktor inilah Najib belum berani mengadakan pilihan raya, kerana takut kalah. Suasana politik tidak menyebelahi BN, beliau cuba untuk menunggu peluang terbaik.

Namun masa terus berjalan, iddah pemerintahan Najib hanya sembilan bulan lagi, inilah menjadi kerunsingan kepada beliau. Semua taktik tidak menjadi, pakar-pakar strategi sudah habis digunakan namun nasib tidak menyebelahi Najib.

 Datuk Seri Najib Tun Razak masih takut mengumumkan tarikh Pilihan raya Umum ke-13 kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau.

Walaupun banyak gula-gula telah ditabur sehingga kemanisan melebihi paras bahaya, namun beliau masih tidak yakin dengan sokongan kepada rakyat.

Berbagai-bagai segmen pengundi cuba ditarik oleh beliau melalui janji manis dan slogan transformasi namun graf sokongan masih tidak berpihak kepada BN.

Terbaru beliau mengumumkan untuk menghapuskan monopoli lesen teksi oleh syarikat swasta kepada individu di perhimpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada 24 Jun 2012. Di dalam program tersebut 66,000 pemandu teksi akan mendapat baucar tayar bernilai RM520 untuk empat biji tayar.

Alhamdulillah sekarang baru Najib sedar bahawa pemandu teksi menjadi hamba kepada kroni-kroni BN selama ini.

Nasib baiklah BN lemah dan Pakatan Rakyat semakin kuat barulah pemimpin Umno sedar selama ini dasar mereka memang menindas pemandu teksi.

Sebelumnya kerajaan telah memberi peruntukan BR1M sebanyak RM1.92 bilion kepada 3.8 juta isi rumah atau 59 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah negara.

Baucer setiap pelajar sekolah rendah dan menengah RM100 dan untuk pelajar universiti RM200. Pasukan keselamatan yang berkhidmat sebelum merdeka pun dapat RM3,000 walaupun mereka sudah meninggal dunia.

Tidak cukup dengan duit diberi supaya mereka ini memberi sokongan kepada BN, maka diadakan pula perhimpunan 100,000 di Bukit Jalil dan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya untuk menunjukkan kekuatan  bahawa pengundi bersama BN.

Namun begitu Najib masih tidak yakin, kerana beliau tahu mereka yang datang bukan dengan sukarela, berbanding dengan himpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Kedah.

Beliau juga khuatir pengundi hari ini hanya makan umpan, tidak lagi makan mata kail. Najib bernasib malang ketika memimpin PRU13 menghadapi pengundi yang celik maklumat dan rakyat semakin cerdik.

Najib yang memang terkenal sebagai orang yang suka menggula-gulakan rakyat dengan berbagai slogan dan janji kebendaan. Inilah tabiat beliau yang memang daripada muda sampai sekarang.

 Tarikh PRU13 tidak menentu menyusahkan semua rakyat di negara ini daripada bakal haji,  ahli politik, peniaga dan mahasiswa.

Ramai yang tidak jadi pergi mengerjakan umrah ketika cuti sekolah selama dua minggu, kerana takut pilihan raya.

Ada seorang jiran saya di Taman Melewar hampir membatalkan kenduri kahwin anaknya pada 9 Jun 2012, kerana ura-ura tarikh pembuangan undi.

Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Yong Poh Kon berkata akibat tarikh pilihan raya tidak menentu mereka berhadapan ketidaktentuan yang berpanjangan.

Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam juga mengalami penderaan yang sama kerana pihak universiti menerima arahan daripada pihak atasan supaya jangan adakan pilihan raya kampus kerana takut kumpulan pro Umno BN kalah.

Kerajaan faham bahawa keputusan pilihan raya kampus akan memberi kesan politik di luar.

Sekarang mahasiswa menjadi mangsa, sepatutnya pilihan raya kampus diadakan pada bulan Februari sehingga kini belum nampak petanda akan diadakan.

Tidak pernah berlaku di dalam sejarah pilihan raya kampus ditangguhkan, sehingga sudah melewati waktu.

Paling  malang ada di kalangan pimpinan MPP  yang akan menamatkan pengajian selepas peperiksaan sedang berjalan sekarang.

Persoalannya siapa yang akan mengendalikan urusan Majlis Perwakilan Pelajar selepas ini.

Nampaknya Najib menyusahkan semua rakyat termasuk mahasiswa turut menjadi mangsa.

Penangguhan pilihan raya kampus  menandakan Umno BN dilanda dengan mimpi ngeri bagi orang yang bersalah.

Tiada Guna Heret Anwar, Azmin Ke Mahkamah...




Hari ini untuk kesekian kali ketua pembangkang dan perdana menteri dalam pembinaan Anwar Ibrahim diheret ke mahkamah dalam usaha untuk menghalang bekas TPM itu melangkah ke Putrajaya selepas PRU 13 nanti. Anwar hari ini bersama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali diheret ke mahkamah atas tuduhan bersubahat cuba memecahkan sekatan polis ketika himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.
Anwar Ibrahim tidak gentar dengan mahkamah.
Pendakwaan ke atas Anwar dan Azmin itu dilihat sebagai usaha berterusan untuk menggunakan mahkamah bagi mengaib, memburuk dan menghalang Anwar dari terus bergerak untuk meruntuh UBN dengan pelbagai tuduhan yang aneh, ganjil dan gila.

Pada 22 Mei lalu mereka telah dituduh mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan melanggar perintah mahkamah yang menghalang perhimpunan tersebut.

Pertuduhan ke atas Anwar dan Azmin itu jelas bermotif politik. Kenapa hanya mereka sahaja yang dituduh mengikut akta itu tetapi yang lain dibiarkan. Walhal bukan saja Anwar dan Azmin yang merupakan pemimpin politik hadir ke himpunan itu tetapi mereka lain juga kenapa tidak didakwa sama?

Untuk pengetahuan pihak polis, presiden Pas, Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dan naib-naib presidennya Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa juga hadir tetapi kenapa mereka tidak diseret sama. Apakah tujuan mengheret mereka itu bagi memberi gambaran keburuk dan kejahatan Azmin dan Anwar kemudian mereka diharap akan dibenci rakyat?

Pendakwaan Anwar dan Azmin itu menjadikan mereka sebagai mangsa pertama akta berkenaan yang dilulus secara tergesa-gesa dan dalam keadaan ahli parlimen tidak berpuas hati. Dengan tindakan tidak adil itu maka benarlah tanggapan dan kebimbangan akta itu lebih kurang sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sahaja.

Sementara itu Anwar menyifatkan pertuduhan ke atasnya dan Azmin hari ini sebagai satu penganiayaan politik bukan atas asas-asas keadilan. Melihat kepada bentuk hukuman itu ada maksud ia dibuat untuk menafikan Anwar dan Azmin sebagai wakil rakyat dan hilang hak untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang kerana kalau mereka dihukum atas pertuduhan itu dengan kadar tertentu kedudukan mereka sebagai ahli parlimen ternafi dan menyebabkan mereka tidak boleh bertanding dalam pilihan raya.

Pun begitu tuduhan itu tidak akan mengubah keadaan semasa dan tuntutan rakyat waktu ini. Kalau pertuduhan itu dibuat yang kononnya bersandarkan undang-undang tetapi motifnya hendak mengekang Anwar dari menyerang UBN dan Ha Najib Razak ia adalah perbuatan dan tindakan sia-sia sahaja. Apa yang berlaku ke atas Anwar hari ini berdasarkan sambutan dan sokongan tidak akan dapat dihalang dengan apa-apa tindakan 'sadisme' lagi termasuk juga membawa Anwar ke penjara.

Sepatutnya UBN sedar fenomena berlaku hari ini bukan lagi kerana Anwar, maksudnya orang mahukan kepada Anwar menjadi pemimpin... tetapi tuntutan dan desakan hari ini ialah supaya UBN tumbang sebagai kerajaan. Justeru kalau pun Anwar 'dirukup' dalam penjara UBN tetap juga akan berdepan dengan serangan rakyat, bahkan tindakan 'merukup' Anwar dipenjara itu menyemarakkan lagi keadaan.

Yakinlah semua halangan akan dilangkau oleh Anwar begitu saja. Semua lapisan masyarakat kecuali bangsa Umno saja yang tetap menentang Anwar untuk mengepalai negeri ini kerana mereka ada kepentingan terutamanya untuk melindungi diri sendiri. Jika diperhatikan mereka yang bermati-matian untuk menghancurkan Anwar itu semuanya bermasalah dan setengahnya ada kes jenayah. Adapun kenapa mereka berusaha sehingga ke titisan darah terakhir mempertahankan UBN bukan mempertahankan hak rakyat tetapi mempertahankan dosa-dosa mereka.