Selasa, 6 Disember 2011

Najib Lebih Korup Daripada Pak Lah dan Dr Mahathir

Kedudukan Malaysia dalam indeks Persepsi Rasuah (CPI) antarabangsa adalah paling teruk dalam sejarah negara dan ia jelas menunjukkan kelemahan pentadbiran Barisan Nasional dibawah Datuk Seri Najib Razak.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan, kedudukan Malaysia pada tangga ke-60 tahun ini memperlihatkan Najib lebih korup berbanding dua Perdana Menteri sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur memaklumkan, Malaysia sudah jatuh 13 anak tangga sejak di bawah pentadbiran Najib yang bermula pada tahun 2009.

"Pak Lah (Abdullah) dalam tahun 2003 sehingga 2008, Malaysia jatuh 10 anak tangga, dari kedudukan 37 kepada 47.

"Di bawah Tun Dr Mahathir, 22 tahun menjadi Perdana Menteri sungguhpun CPI dimulakan pada tahun 1995, masa itu Malaysia di tangga ke-23. Semasa dia bersara 2003 sudah jatuh ke tangga 37. Jatuh sembilan tangga dalam tempoh sembilan tahun.

"Tetapi untuk Datuk Seri Najib dalam tempoh dua tahun setengah, jatuh 13 anak tangga," katanya.

Beliau menambah, perkara ini langsung tidak disentuh oleh pemimpin dan perwakilan Umno dalam Perhimpunan Agung Umno 2011.

Sementara itu, Exco Pelaburan Perdagangan Selangor, Teresa Kok berkata, terdapat banyak perbezaan pentadbiran Perdana Menteri dahulu berdasarkan kedudukan CPI yang semakin merudum.

Beliau turut mempersoalkan adakah ini yang dinamakan membenteras rasuah dan gagasan 1Malaysia yang selama ini dilaungkan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional.

"Indeks Korupsi kita lihat ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri tahun 2004, Malaysia berada dalam kedudukan 39.

"Kita lihat selepas Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun 2008, Indeks negara jatuh ke tangga 47. Tahun 2009 dan 2010 tangga ke-56 tetapi pada tahun ini telah jatuh ke kedudukan 60," katanya.

Beliau menjelaskan, pada tahun 2008 wang simpanan tunai di Selangor berjumlah RM632 juta tapi telah meningkat kepada RM1.2 billion sebagai bukti jelas Pakatan Rakyat lebih cekap dalam mengurus tadbir kewangan negeri.

Anak Muda Yakin…PEKIDA Tak Sebodoh Itu La..Najib

"pekidaNajib cuba memperbodohkan anggota Pekida dengan membuat ucapan yang memutarbelitkan fakta sebenar apa yang telah berlaku terhadap orang Melayu.

Ramai daripada kami Anak-Anak Muda yang juga menggotai Pekida dan lain-lain pertubuhan Islam di Negara ini, amat terasa diperbodohkan oleh Najib di dalam ucapannya hari ini. Sebahagian besar anggota Pekida yang hadir bukan semuanya menyokong kenyataan Najib. Kebijaksanaan mereka menghadirkan diri, adalah satu tindakan yang amat bermakna... semuanya faham...

Najib, dalam ucapannya, memberi amaran masa depan orang Melayu akan malap jika BN tidak kekal berkuasa selepas pilihan raya umum nanti.

Alasan Najib meminta Pekida untuk pertahankan Umno adalah kerana kononnya jika Pakatan Rakyat perintah… bendera Malaysia akan direkabentuk semula, mengurangkan separuh kakitangan perkhidmatan awam, mencemarkan kedaulatan Raja-raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar yang membantu orang Melayu.

Sudah terang lagi bersuluh…
umno derhaka
Kenyataan Kurang Ajar Umno Derhaka

Memang Najib dan Umno sekarang ini terang-terangan meniup api perkauman dikalangan orang Melayu, walaupun ramai anggota Pekida dan orang Melayu tahu itu semua alasan Najib dan Umno hanya sandiwara untuk menarik sokongan orang-orang Melayu, kerana mereka tahu Rakyat sudah tidak menyokong mereka lagi.

Sokongan Rakyat terhadap Umno merosot dengan teruk sekali apabila Umno GAGAL memajukan orang-orang Melayu sejak lebih 60 tahun yang lalu.

Kuasa mutlak yang diberi serta WANG yang berjumlah berbilion-bilion ringgit hasil daripada hasil bumi Malaysia sejak 63 tahun dulu gagal dimanafaatkan untuk Rakyat Malaysia terutamanya terhadap orang-orang Melayu.
melayu miskin

Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam,
TIDAKLAH Melayu kaum paling miskin di Negara ini (mengikut perangkaan rasmi negara).

Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Melayu yang paling ramai duduk di tepi-tepi sungai dan setinggan di Negara ini (boleh lihat dengan mata kita sendiri).

Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Melayu menjadi penagih dadah yang paling ramai di Negara ini (walaupun kerajaan mampu membasmi perkara ini).

Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam,
melayu
TIDAKLAH Melayu menjadi kaum yang paling ramai menjadi bohsia dan membuang serta membunuh bayi yang tak berdosa.

Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Umno menutup Madrasah Sekolah Agama Rakyat dan menolak terus hukum HUDUD yang diarahkan oleh ALLAH S.W.T.

Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Umno membiarkan anak-anak Melayu dibiarkan tidak berpelajaran selepas SPM, dan sebahagian besar tiada pekerjaan yang menjamin masa depan mereka. (lihatlah sekeliling kita).

Hanya SATU sebab Umno melakukan perkara di atas….

Umno biarkan orang-orang Melayu terjadinya perkara-perkara di atas adalah kerana supaya Umno MUDAH PEGANG TENGKUK ORANG-ORANG MELAYU agar orang Melayu hanya mendengar kata-kata Umno.

Jika UMNO menjadikan Melayu pintar, Jika UMNO menjadikan Melayu kaya, Jika UMNO menjadikan Melayu kuat agamanya, maka ORANG MELAYU AKAN MEMBUANG Umno dari dahulu lagi.

Jika Umno biarkan anak-anak melayu di Malaysia ini PINTAR dan KUAT AGAMA seperti anak Melayu dari negara maju Singapura ini, yang mengalahkan pelajar dari sekolah Amerika dan menjadi 'Best Speaker'... maka Umno menganggap anak Melayu inilah yang akan membuang Umno di masa akan datang...

lihat video ini... anak muda

Sebab itulah Umno tidak akan biarkan anak-anak Melayu di Malaysia ini menjadi pintar....

Bodohnya Melayu Kerana Umno Bijak Menipu…

Dan sekarang ini, anggota-anggota PEKIDA bukan lagi bodoh seperti yang disangka oleh Najib…

Masa depan Melayu "gerhana" bawah PR kata Najib, "cerah"kah

Artikel Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa masa depan orang-orang Melayu akan "gerhana" jikalau seteru politiknya, Pakatan Rakyat (PR) menang PRU 13 akan datang. Klik disini.

Persoalannya sekarang, dibawah pemerintah Umno-Barisan Nasional (BN) semenjak Malaysia mula merdeka - apakah benar-benar "menyinari" kehidupan orang-orang Melayu? Ini harus ditanya.


  • Siapakah di belakang Akta Pembangunan Kampung Baru yang akan menyaksikan Kampung Melayu terakhir di Kuala Lumpur pupus buat selama-lamanya?
  • Siapakah yang bertangunggjawab menyebabkan majoriti orang-orang Melayu berpendapatan dibawah RM 1,500 yang dikategorikan sebagai miskin?
  • Siapakah yang menghalang royalti minyak daripada diberikan kepada rakyat Kelantan - majoritinya terdiri daripada orang-orang Melayu?
  • Siapakah yang bertanggungjawab menyerahkan tanah KTMB di Tanjung Pagar setelah lama dipertahankan oleh kepimpinan negara terdahulu?
Jawab berberapa persoalan yang saya timbulkan diatas sebelum kita berbicara tentang gelap atau terangnya nasib orang-orang Melayu dibawah mana-mana kerajaan sekalipun. Janganlah terus menerus cuba memperbodohkan orang-orang Melayu.

Bila dah jadi pembangkang, pertahankanlah...

Najib yang sudah terbayang akan kehilangan kuasa, meneruskan kempen menakut-nakutkan 'bangsa Melayu' dengan pelbagai andaian. Najib menyatakan seolah-olah hanya umno/BN satu-satunya parti di dunia ini yang mampu mempastikan 'Melayu', 'Islam' dan negara ini ditadbir dengan baik.

Pentadbiran umno/BN selama lebih 54 tahun, membuktikan umno/BN telah menjahanamkan segala-galanya. Menurut Najib, hanya umno yang mampu menjaga kepenting orang Melayu dan Islam.

“Mereka (Pakatan) menawarkan janji alternatif yang menarik, sedangkan mereka sendiri belum tahu sama ada dapat menunaikannya atau tidak,” kata Najib.

Sebenarnya, Najib cuba untuk berbohong kepada dirinya sendiri, betapa beberapa buah kerajaan negeri yang sebelum ini ditadbir umno/BN, setelah diambil-alih oleh kerajaan Pakatan Rakyat berjaya memperbetulkan pelbagai penyelewengan dan dapat diurustadbirkan dengan baik. Tiada penyelewengan. Rasuah jauh sekali. Kepentingan dan kebajikan seluruh Rakyat di negeri-negri tadbiran PR, tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama dan anutan politik, dijaga dan dihormati.

Tahap kesedaran Rakyat yang inginkan perubahan ke arah itu semakin meningkat dari sehari ke sehari. Keadaan inilah yang sebenarnya yang menghantui Najib hinggakan tugas dan peranannya sebagai Perdana Menteri kepada semua Rakyat, telah terabai sekian lama.

Hampir kebanyakan masanya ditumpukan bersama-sama 'orang umno' atau 'umnoputra' dan pihak-pihak yang dilihat masih setia kepadanya. Jika tidak bersama kumpulan-kumpulan ini, Najib akan bersama Rosmah mengelilingi dunia.

Najib sudah melupakan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri kepada sebahagian besar lagi Rakyat. Majoriti Rakyat Malaysia yang inginkan perubahan ini, dimusuhi Najib.

Mereka ini terus-menerus dihina, dikutuk dengan pelbagai dakwaan siang, malam, pagi dan petang. Tak tahu berterima kasihlah. Tak mengenang budilah. Pengkhianatlah. Tapi yang dihina oleh Najib ini adalah Rakyat Malaysia yang beliau merupakan Perdana Menteri mereka juga!

Maka jelaslah, Najib hari ini merupakan Perdana Menteri yang skop dan bidang tugasnya hanya memikirkan mengenai kepentingan beberapa kerat 'orang Melayu' dan 'Islam' yang masih bersama-samanya. Dakwaan Najib bahawa masa depan Melayu ‘gerhana’ jika Pakatan menang PRU tidak merujuk kepada keseluruhan bangsa Melayu sebaliknya hanya melibatkan Melayu 'umnoputra' yang masih bersimpati kepadanya. Bangsa dan agama lain seolah-olah sudah tidak wujud dalam pemikiran Najib.

Sudah tiba masanya majoriti orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban, Sikh, Orang Asal dan lain-lain berusaha mencari pengganti Najib sebagai Perdana Menteri. Seorang Perdana Menteri yang dapat diterima Rakyat. Perdana Menteri yang dapat memberikan khidmat kepada SEMUA bangsa dan agama, bukan hanya kepada 'umnoputra'.

Sebab itu juga, Chua Soi Lek pun semakin berani berperanan sebagai 'Perdana Menteri Kedua' dengan mengeluarkan kenyataan memperlekehkan Hukum Hudud sekali lagi, kerana Perdana Menteri Pertama dilihatnya terlalu sibuk menjaga urusan dan kepentingan 'umnoputra'.

Haji Mohd Najib Tun Razak sudah tidak lagi berkemampuan untuk memikul tanggungjawab menjadi Perdana Menteri kepada seluruh Rakyat Malaysia.

Najib dakwa masa depan Melayu ‘gerhana’ jika Pakatan menang PRU

SHAH ALAM, 5 Dis – Datuk Seri Najib Razak memberi amaran masa depan orang Melayu akan “gerhana” jika Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13.

Susulan ketegasan pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno hujung minggu lalu, perdana menteri memberitahu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa mempunyai keahlian lebih dua juta orang bahawa menjadi tanggungjawab mereka untuk mempertahankan kerajaan semasa.

“Pilihan alternatif, adakah mereka lebih baik daripada apa yang ada sekarang? Adakah mereka boleh menjamin kuasa kita tidak dibuang atau kedudukan kita tidak terhakis? Bagaimana dengan maruah Islam dan orang Melayu?” kata beliau (gambar) pada pertemuan anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia’s (Pekida) di sini hari ini.

Najib juga memberi amaran negara akan menghadapi pelbagai ancaman sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

“Kita akan terus mempertahankan pemerintahan sedia ada dan berjuang berhabis-habisan untuk menegakkan pemerintahan yang memperjuangkan martabat Melayu dan Islam.

“Mereka (Pakatan) menawarkan janji alternatif yang menarik, sedangkan mereka sendiri belum tahu sama ada dapat menunaikannya atau tidak,” kata Najib.

Tambah beliau, rakyat tiada pilihan lain selain mengekalkan kerajaan sedia ada bagi memastikan kemakmuran dan keamanan negara ini terus terpelihara.

“Kita tiada pilihan lain, hanya kerajaan sedia ada yang mampu menjamin keamanan dan kesejahteraan negara, saya tidak dapat bayangkan sekiranya kita terlepas kuasa ini, masa depan akan berubah menjadi gerhana dan cita-cita kita akan terkubur begitu sahaja,” tegasnya merujuk kepada Pakatan Rakyat yang dilihat tidak berwibawa untuk mentadbir negara ini.

“Mereka belum memerintah, tetapi sudah berjanji untuk memberi bulan dan bintang kepada rakyat,” katanya lagi menegaskan hanya Umno dan BN yang memperjuangkan martabat Melayu dan agama Islam di negara ini.

Jelas Najib lagi, BN juga menolak fahaman ekstremis yang cuba merosakkan hubungan kaum di negara ini.

“BN menolak fahaman yang ekstrem, fahaman itu bukan dasar pemerintahan BN, tetapi kerajaan lebih kepada membantu dan menghulurkan tangan kepada kaum lain untuk kemakmuran negara,” tegasnya mempertikaikan dakwaan pembangkang yang menyatakan Umno dan BN bersifat rasis.

“Melayu tidak pernah berat sebelah, tidak pernah menjadi rasis semenjak mentadbir negara ini sejak merdeka, bahkan memberikan keadilan kepada semua,” tegasnya lagi.

Dalam ucapannya itu, Najib turut memberikan contoh negara-negara besar yang menghadapi pelbagai krisis akibat daripada pemerintahan yang tidak cekap seperti Greece dan Itali.

“Kerajaan berusaha mentadbir negara dengan berhemah, sekiranya rakyat tersilap membuat pilihan sewaktu pilihanraya akan datang, tidak mustahil kita akan mengikuti jejak mereka,” katanya memberi ingatan kepada ahli Pekida yang hadir daripada seluruh negara.

Perdana Menteri turut menegaskan Umno-BN tidak akan sekali-kali membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang merempat di negara sendiri, dan beliau akan mempertahankan setiap inci negara daripada kekuasaan pembangkang bagi memastikan pemerintahan sedia ada terus kekal.

Dalam perhimpunan itu, ahli Pekida turut membuat sumpah bai’ah untuk tetap setia bersama Umno bagi memastikan kemenangan sewaktu pilihan raya akan datang.

Perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof.

Sumpah laknat Najib dan Mona Fandey

"Kalau dengan sumpah laknat boleh menegakkan kebenaran, Mona Fandey pun mahu bersumpah untuk mengelak hukuman mati"

Mendengarkan ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung Umno malam tadi akhirnya membuatkan saya memikirkan kesimpulan dalam satu perkara yang disebut beliau.

Oleh kerana malam tadi sekali lagi beliau menyentuh sumpah laknat menafikan sama ada beliau mengenali, mengetahui atau penglibatan beliau dengan kes pembunuhan mendiang Altantuya Shariibuu, di sebuah masjid sedikit masa dahulu, jadi saya cuba membuat satu rumusan daripada sumpahannya itu.

Saya percaya bahawa selain saya, tentu ramai yang masih gagal menemukan jawapan sama ada untuk mempercayai sumpah laknat Najib ataupun cuma sekadar sumpah si sesumpah.

Bagi merumus tindakan bersumpah laknat ini, ada beberapa perkara atau latar belakang yang perlu kita ketahui dahulu.

Pertama, kita tentulah sama-sama mengetahui bahawa Najib adalah seorang yang mampu memiliki hampir segala-galanya di dunia ini dan juga seorang yang paling berkuasa dalam negara ini.

Keduanya, pembaca harus tahu, sumpah yang dibuat oleh Najib itu merupakan penafian beliau sama ada mengenali, mengetahui mahupun terlibat sama dalam kes pembunuhan tersebut.

Hukuman mati


Pembaca juga harus mengetahui sekiranya mana-mana tertuduh yang didakwa di mahkamah dan didapati bersalah bukan sahaja akan kehilangan segala-galanya malah akan berhadapan dengan hukuman mati.

Sekarang, cuba anda bayangkan pula, katakanlah Ali misalnya atau pun sekiranya anda mahukan lebih ‘penghayatan’ bayangkanlah diri anda sendiri menghadapi situasi seperti itu.

Jika memang betul sekali pun anda telah membunuh seseorang atau sekurang-kurangnya bersubahat, sudah tentulah anda akan sanggup bersumpah laknat jika itu dapat menyelamatkan diri anda dari berhadapan kemungkinan dihukum mati.

Mudah bukan? Tidak perlu sampai ke mahkamah, hanya cuma dengan bersumpah di dalam masjid, junjung Al-Quran sudah memadai untuk bersihkan nama dan menyelamatkan nyawa anda dari berhadapan hukuman mati.

Ini soal nyawa anda, hidup dan mati anda, jadi mengapa tidak mahu bersumpah sekiranya dapat membersihkan nama anda dan menyelamatkan nyawa anda.

Agak-agak andalah, kalaulah individu Islam yang pernah terlibat dengan kes bunuh seperti Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi dan pembantu mereka, Juraimi diberi peluang mengangkat sumpah laknat dalam masjid sambil memegang Al-Quran.

Jika dengan cara itu dapat melepaskan mereka dari hukuman gantung sampai mati, maka saya percaya dan yakin dua ratus peratus mereka tak fikir panjang bersetuju mengangkat sumpah laknat di dalam masjid sambil menjunjung Al-Quran menafikan mereka telah membunuh seseorang.

Apa nak dihairankan sangat, malahan kalau nyawa anda boleh diselamatkan dengan hanya satu-satu syarat yang ada iaitu berlari berbogel keliling kampung pun, jangan temberanglah kata tak sanggup!

Itu cuma taraf orang-orang biasa yang kehidupan mereka kadang-kadang serba kekurangannya, jauh dari kemewahan dan kuasa pun tetap masih sayang untuk meninggalkan kehidupan di dunia ini.

Hidup mewah

Apatah lagi bagi seseorang yang kehidupannya penuh diuliti kemewahan, memiliki segala-galanya dan mempunyai kuasa pulak tu.

Sekali lagi saya nak cakap jangan temberanglah, hatta orang yang kehidupannya merempat sekalipun akan bersumpah laknat kalau berhadapan kemungkinan dihukum mati, apatah lagi bagi orang yang memiliki segala-galanya termasuk kemewahan dan kekuasaan.

Lainlah bagi Hambali @ Riduan Isamuddin atau bagi Amrozi, Mukhlas bersaudara dan Imam Samudra yang terlibat dengan pengeboman di Bali pada 2002 lalu.

Orang seperti mereka ini memiliki semangat dan iktikad yang luar biasa, mencintai kematian yang mereka yakini sebagai syuhada dan semestinya sangat jauh berbeza dengan manusia yang mencintai kehidupan duniawi ini.

Bagaimana pula dengan sumpah seseorang yang bukan sahaja dibayar malah menerima tekanan dari mana-mana pihak supaya bertindak sesuatu dan bersumpah?

Dalam hal ini, saya percaya ia banyak bergantung kepada kepercayaan atau kekuatan pegangan agamanya, keperibadiannya dan sejauh mana dia dapat diyakinkan bahawa dengan bersumpah laknat tidak akan mempengaruhi kehidupannya.

Mungkin juga ayat seperti, “alaa nanti lepas kau bersumpah laknat, kau boleh taubat la sungguh-sungguh, Tuhan itu kan maha pengampun” sesuai untuk meyakinkan seseorang untuk bersumpah laknat.

Begitulah serba sedikit analisis sumpah laknat yang saya kira bukanlah satu cara terbaik untuk seseorang menegakkan kebenaran.

Bagi manusia yang mempunyai akal yang waras tentu bersetuju bahawa untuk menegakkan kebenaran, adalah jauh dari memadai dengan hanya bersumpah laknat di masjid dengan menjunjung Al-Quran, tetapi haruslah ditentukan oleh mahkamah yang adil.

Sedikit sebanyak dari analisis tentang kebenaran sumpah tadi, sama-sama kita boleh menilai adakah sumpah laknat Najib itu boleh dipakai ataupun sekadar sumpah oleh sesumpah.

Akhir sekali perlu saya jelaskan, saya hanya mengajak pembaca menganalisis sejauh mana sumpah laknat Najib itu boleh dipakai.

Jauh sekali cuba mengaitkan beliau dengan mana-mana kes berprofail tinggi, sebab saya tahu beliau adalah seorang lelaki yang baik dan seorang suami yang taat kepada isterinya.