Ahad, 4 September 2011

Datuk T angkat Sumpah pon pakai Baju Kalis Peluru..nie pie sampai Somalia haram tak disediakan pun.

Jurukamera TV3 Agi Saregar (tengah) menunjukkan kecederaan yang dialaminya, selepas tiba di KLIA pagi tadi.

Wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya yang turut menyertai misi kemanusiaan ke Somalia mendedahkan wakil media tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru sepanjang berada di negara berkonflik itu.

Misi anjuran Kelab Putera 1 Malaysia, yang sepatutnya kembali ke tanah air pada 8 September, terpaksa pulang pagi ini ekoran kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu kelmarin.

Jenazah Noramfaizul dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia pada pukul 2.10 petang ini.

Kira-kira 500 orang hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

“Kami memang tidak diberikan dengan baju kalis peluru, kalau media negara asing, ada antara mereka yang pakai baju kali peluru (semasa buat liputan).

“Saya tidak tahu mengapa kita tidak dibekalkan, dalam misi-misi sebelum ini juga kami tidak dibekalkan dengan baju kalis peluru,” kata Khairulanuar, yang sudah empat kali menyertai misi kemanusiaan, kepada The Malaysian Insider hari ini.

Jelas beliau, sepanjang berada di Somalia sejak 28 Ogos lalu keadaan di negara itu selamat dan tidak diserang oleh sesiapa.

Bagaimanapun, Khairulanuar yang masih trauma dalam kejadian yang meragutnya nyawa rakannya mengakui terkejut apabila diserang dipercayai kumpulan pengganas.

Katanya, kejadian berlaku dalam sekelip mata dan hanya mengetahui Noramfaizul ditembak selepas seorang wartawan lain menjerit.

“Saya dengar dua das tembakan tapi tidak tahu ditembak ke mana, saya hanya tahu Noramzul ditembak selepas seorang wartawan lain yang turut berada dalam kenderaan menjerit.

“Bunyi tembakan itu sangat dekat... berdesing telinga,” katanya menambah kematian Noramfaizul tidak sia-sia kerana bapa dua anak itu berkhidmat untuk negara.

Sementara itu wartawan Astro Awani Tan Su Lin berkata, mereka tidak diberikan latihan awal untuk berada di zon tidak selamat.

“Kami diberitahu ia sangat bahaya, mengancam nyawa,” katanya kepada pemberita di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.

“(Tetapi kami tidak dapat) baju kalis peluru... kenderaan kami tidak ditampal dengan tanda media,” katanya.

Wartawan berusia 27 tahun ini berkata misi ke Somalia adalah tugasan pertamanya di zon perang.

“Banyak askar... anda boleh lihat orang membawa AK47 dan anda tidak akan rasa apa-apa. Malam pula anda akan dengar bunyi tembakan,” kata Tan.

Melissa Ong, 27, wartawan NTV7 berkata pasukan misi akan sentiasa diiringi kenderaan bersenjata.

“Sebuah kenderaan akan mengikuti kami dengan M16, AK47. Ada antara kami yang berada dalam kenderaan kalis peluru, kami tukar-tukar,” katanya.

Turut tercedera dalam serangan itu adalah jurukamera TV3 Agi Saregar Mazlan yang cedera di lengan.

Kejadian itu berlaku ketika kru Bernama TV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan memberi bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu.

Noramfaizul yang cedera parah di bahu kanan dan paru-paru meninggal dunia pada pukul 11 malam waktu Malaysia selepas menerima rawatan.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut, Bernama akan meneliti semula beberapa prosedur operasi standard (SOP) dalam menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, terutamanya di zon kritikal atau dilanda konflik.

Pengurus Besarnya Datuk Hasnul Hassan berkata selain menyediakan wartawan dengan latihan secukupnya, pertubuhan itu akan turut meneliti aspek keselamatan.

“Kami berkemungkinan perlu melihat bagaimana petugas kami dapat dilindungi dengan sebaik-baiknya. Sekiranya SOP perlu diubah, kami akan mengubahnya selepas berbincang dengan jawatankuasa pengurusan,” katanya.

Hasnul berkata Bernama tidak akan berhenti daripada menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, sambil menambah pertubuhan berkenaan sering menghantar wartawan berpengalaman ke luar negara.

“Ini adalah dasar kami. Bagaimanapun, jika membabitkan keadaan yang sukar, keputusan dibuat atas dasar sukarela,” katanya.

Scorpene-Altantuya: Pendedahan berani dari London bulan ini

Barisan peguam dari Perancis yang menyiasat sama ada syarikat gergasi DCN membayar sejumlah besar wang dalam bentuk komisen dan imbuhan kepada pegawai atasan Malaysia termasuk PM Najib Razak akan memberi laporan terkini berkenaan kes tersebut di London pada akhir bulan September ini.

Walau bagaimanapun, masih kurang jelas sama ada William Bourdon, yang diusir keluar dari Malaysia Julai lepas terlibat dalam pasukan yang menghadiri majlis ‘fundraiser’ yang dianjurkan oleh badan bukan-kerajaan Suaram atau Voice of Malaysia, menurut pengarah Cynthia Gabriel.

Seorang lagi peguam terkenal Perancis iaitu Joseph Breham akan berada di London.

Breham dijangka mengambil alih dari Bourdon yang terpaksa berhenti selepas diusir. Breham mungkin akan mendedahkan secara terperinci rahsia yang diperolehi hasil siasatan kes tersebut. Rakyat Malaysia yang mengikuti kes kompleks tersebut menjangkakan yang pihak peguam akan mengesahkan bahawa pihak ketiga yang terbang bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibu ke Macau dan Hongkong ialah Najib.

Pendedahan tersebut akan meruntuhkan langit politik Najib, yang mana kedudukan rating popularitinya menurun 6% ke 59% dalam tempoh 3 bulan.

“Kejatuhan angka rating tersebut agak serius dan mempunyai kesan kepada UMNo dan BN untuk mengambil perhatian dan membuat tindakan segera. Sebagai pemimpin kerajaan, mereka haruslah menyiasat sebab-musabab penurunan ini,kenapa rakyat tidak gembira. Hal ini bukan sesuatu yang hanya perlu untuk kesejahteraan politik mereka tetapi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab yang dipilih oleh rakyat untuk menguruskan negara ini." kata Presiden transparency Malaysia,Ramon Navaratnam kepada Malaysia Chronicle.

Langit politik runtuh

Musuh-musuh politik Najib menunggu saatnya sahaja untuk menjatuhkan Najib. Sebarang pengesahan berkaitan Altantuya akan member peluang bagi mereka untuk membuat undi tidak percaya terhadap beliau walau pun beliau telah melafazakn sumpah di hadapan Al-Quran yang beliau tidak kenal wanita tersebut.

Wanita jelita 28 tahun itu didakwa sebagai teman rapat kedua-dua Najib dan Razak Baginda. Wanita itu dibunuh di Malaysia pada tahun 2006, dan dua orang bekas pengawal peribadi Najib telah dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita itu, walaupun kedua mereka tiada motif untuk berbuat demikian.

Pegawai-pegawai Amerika Syarikat dalam nota diplomatik mereka yang didedahkan di WikiLeaks menyifatkan perbicaraan terhadap kedua pengawal tersebut sebagai berat sebelah. Rakyat Malaysia sendiri percaya kedua-dua pengawal tersebut diarahkan untuk membunuh bagi mengelakkan dari wanita itu mendedahkan berkenaan komisen yang diterima daripada DCN.

Kedua–dua Bourdon dan Breham, yang merupakan peguam hak asasi terkemuka Perancis, dilantik oleh Suaram untuk menyiasat jika pembayar cukai telah ditipu secara tidak adil dan berlebihan oleh DCN. Dalam proses siasatan tersebut, mereka perlu memeriksa urusaniaga antara Razak Bginda dengan DCN dan dipercayai mereka telah berjaya negesan tiket penerbangan dan dokumentasi perjalanan yang menunjukkan perjalanan yang dibuat oleh Altantuya, Razak Baginda dan lelaki misteri ketiga untuk menjalankan urusan perniagaan DCN.

Keadaan menjadi kabur di Malaysia

Bourdon yang diusir secara mengejut dari Kuala Lumpur pada akhir Julai, dijadualkan untuk memberi kenyataan berkenaan pada peringkat kedua ‘ fundraiser’. Pengusiran beliau menimbulkan tandatanya dan berita tersebut tersebar luas.

Ini adalah satu kerajaan, walaupun mereka membelanjakan jutaan ringgit untuk perhubungan media dan perunding pengurusan yang sentiasa silap langkah dan menjerat diri. Pengusiran peguam Perancis tersebut ialah contoh terbaru. Sekarang, buat pertama kalinya, semua perkara yang panas berkenaan skandal tersebut, termasuklah model yang dibunuh oleh pengawal peribadi PM - disiarkan dalam Washington Post. Hal ini menambahkan tandatanya kepada masyarakat.

"Kerajaan apakah yang ada Malaysia ini? Adakah Najib ini sebenar-benar seperti yang beliau ingin gambarkan tentang diri beliau?" Kata John Malott bekas duta AS ke Malaysia kepada Malaysia Chronicle.

Kementerian Pertahanan Malaysia membeli dua buah kapal selam Scorpene dan sebuah Agosta pada tahun 2002. Najib, Menteri Pertahanan ketika itu, terlibat dalam urusaniaga terebut yang ditentang hebat oleh pendapat umum kerana kos yang tinggi dan ketidaksesuaian kapal-kapal tersebut. Sehingga kini, masyarakat mensyaki bahawa kerajaan Malaysia masih melindungi fakta berkenaan kos sebenar urusniaga tersebut, terutamanya kos selenggaraan jangka panjang .

Kos yang paling hebat dipertikaikan ialah RM570 juta selanggaraan sokongan yang ditandatangani dengan Perimekar, sebuah frima berkaitan dengan Razak Baginda, yang juga bertindak sebagai perunding dalam hal ehwal jual beli kerajaan.

Kehadiran Rosmah dan rayuan Suaram untuk sumber kewangan

Pendedahan terbaru dari US atau nota diplomatik juga menimbulkan kesangsian terhadap dakwaan bahawa isteri Najib, Rosmah hadir dilokasi pembunuhan bersama dua pengawal tersebut. Bagaimanapun, berita tersebut tidak menyatakan bahawa beliau bersih daripada sebarang pembabitan dan melaporkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kepercayaan terhadap integriti badan yang menyiasat kes pembunuhan Altantuya.

Di Perancis, membayar komisen utnuk mendapatkan sesuatu kontrak adalah salah di sisi undang-undang dan inilah sebabnya Suaram telah memulakan satu tindakan guaman terhadap DCN di Paris, selepas gagal mendapatkan kerjasama kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa anti rasuh untuk menjalankan siasatan.

Setakat ini, Suaram telah menganjurkan tiga majlis bagi mengumpul dana bagi membayar yuran guaman, jamuan makan malam di London ialah majlis yang keempat. Bagaimanapun, menurut Cynthis, badan bukan-kerajaan tersebut masih jauh dari sasaran kutipan dana dan memerlukan lebih dana lagi bagi membolehkan tindakan guaman tersebut berjalan lancar.

KM yang amat-amat Umno tak suka...

Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Pulau Mutiara sememangnya menepati namanya. Kali pertama saya ke Pulau Pinang pada tahun 1980, masih ingat lagi kali pertama naik feri untuk menyaksikan keindahan pulau.

Sayangnya, masa itu, ianya indah khabar dari rupa. Kekotoran dan kesesakan lalulintas. Selepas itu saya sudah banyak kali pergi ke pulau ini dan tidak banyak yang berubah.

Semenjak tahun 2010, saya lebih kerap ke Pulau Pinang atas urusan kerja dan juga cuti. Boleh dikatakan sebulan dua kali. Sewaktu sambutan Tahun Baru 2011 pun saya ada di Padang Kota.

Ada sesuatu yang telah berubah di pulau yang saya sukai ini.


Kenapa saya memilih pulau ini sebagai destinasi cuti saya?


Hari ini, kebersihan yang amat ketara dan sistem pengangkutan yang terurus. Tapi kalau saya nak kata itu yang terbaik, tidaklah sampai begitu.


Tetapi memang nampak perbezaan yang ketara. Ini yang membuat saya terfikir bagaimana perubahan ini boleh berlaku.


Pada kunjungan saya yang lepas pada bulan April, saya mengambil kesempatan untuk bertanya warga Pulau Pinang tentang perubahan ini. Dari pemandu teksi, penjual cendol, peniaga warung nasi kandar, peniaga kecil, semuanya saya tanya mereka.


Rata-rata yang saya berbual, semua memberi saya jawapan yang lebih kurang sama saja – pentadbiran yang bermutu tinggi di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Sama pandang dan sama arah.. !
Tetapi saya masih tidak puas hati, kerana bagaimana dalam masa yang singkat boleh ada perubahan yang begitu drastik.

Jadi saya berbual-bual politik pula dengan orang ramai. Satu perbualan yang saya nak highlight di sini ialah dengan seorang ahli parti pembangkang (di Pulau Pinang, siapa yang menjadi pembangkang, fikir sendirilah).

Menurut beliau, walau pun dia penyokong kuat parti yang beliau wakili, dia sangat hormat dengan cara pentadbiran sekarang.

Jadi saya pun cuba provoke beliau dengan isu-isu tetapi tidak berjaya kerana dia sangat teguh dengan pendiriannya, iaitu tetap bersama partinya tetapi memuji kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Menurutnya lagi, walau apa orang lain cakap tentang DAP atau Lim Guan Eng, beliau sendiri telah nampak dan alami perbezaan pentadbiran masa sekarang berbanding masa lalu.

Bagi saya, apa yang saya baca dan lihat sendiri di Pulau Pinang, memang layak untuk dipuji pimpinan dan pentadbiran kerajaan negeri.

Harapan saya kepada Lim Guan Eng dan kerajaan negeri, teruskan usaha untuk membina sebuah negeri yang maju dan berdaya saing.

Dan kepada yang masih tak faham dan menuduh DAP adalah parti untuk kaum Cina, saya nasihatkan mereka ini supaya banyakkan membaca kerana Pengerusi DAP bukan orang Cina tetapi orang Punjabi. Itulah Karpal Singh.

Karpal juga orang Pulau Pinang dan dia sekarang adalah Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Dan DAP ialah parti politik untuk RAKYAT MALAYSIA tanpa mengira bangsa atau agama.

Untuk pengetahuan semua, saya bukan ahli mana-mana parti politik di Malaysia. Saya hanya ingin melihat negara kita maju, aman damai tanpa permusuhan antara kaum atau agama. Dan semua orang sama-sama mendapat faedah.

Anwar, selangkah lebih hampir sebagai PM

Terdapat kecenderungan untuk perkara-perkara kontroversi di negara ini. Setiap perkara kecil akan diperbesar-besarkan. Setiap kenyataan, setiap kesilapan dalam mengeluarkan kata-kata, akan digunakan terhadap seseorang, terutama jika individu tersebut daripada pihak pembangkang.

Mana–mana isu yang dipaparkan oleh media utama atau Main Stream Media (MSM), maka semua akan mencetuskan haru–biru dan memperkatakan tentang isu tersebut.

Terbaru, ucapan pemimpin PAS, Mat Sabu di Pulau Pinang telah mencetuskan kacau-bilau dalam negara. Sekurang-kurangnya 49 laporan polis dibuat dan pemimpin-pemimpin BN bersatu menghentam ucapan tersebut.

Pihak polis mahu menyoal siasat beliau Timbalan PM Muhyiddin Yassin menggesa beliau supaya bertaubat dan berhenti daripada bercakap bohong. Walau bagaimanapun kecohnya ‘drama’ tersebut, berikan masa satu bulan lagi, tiada siapa yang akan ingat apa yang kononnya telah dikatakan oleh Mat Sabu dalam ucapannya.

Hal yang sama berlaku terhadap isu ‘Allah’, isu kitab Injil Bahasa Melayu dan Perdana Menteri Kristian. Semuanya amat kecoh pada awalnya tetapi kemudian berlalu dalam diam.

Usaha menjatuhkan Anwar

Penglibatan pemimpin pembangkang,Anwar Ibrahim dalam klip video seks adalah lebih menarik. Video Datuk T tersebut lebih menggemparkan daripada gabungan kesemua isu lain. Ketiga-tiga trio tersebut telah didakwa,walaupun hukumannya sekadar hukuman ringan.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, kerajaan masih mencuba mengatakan yang Anwar bersalah, walaupun di mata masyarakat, ianya ialah sebuah usaha yang gagal untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang tersebut. Hampir tiada siapa lagi yang menyebut isu tersebut, kecuali mereka yang menggeleng kepala dan mengutuk budaya korup UMNo yang dituduh mereka-reka video tersebut.

Faktor mengejutkan ialah pendedahan daripada mantan duta AS ke Malaysia John Malott mmenguatkan lagi kesangsian yang ada di kalangan masyarakat Malaysia.

Malott memaklumkan terdapat satu pakatan politik untuk menghapuskan Anwar, dan bagaimana orang kanan Perdana Menteri Najib Razak, Razak Baginda telah memberitahu kepada seorang pegawai kanan di kedutaan,:keputusan telah dibuat,mereka akan 'nuke' Anwar sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi di arena politik”.

Seorang pegawai cawangan khas memberitahu pegawai atasan kedutaan bahawa mereka akan terus-menerus mendakwa Anwar supaya beliau dipenjarakan untuk 100 tahun lagi.

Masih jauh di hadapan pencabarnya

Sehingga ke hari ini, Anwar masih teguh berdiri.

Beliau mungkin diancam dengan lebih teruk dan dikaitkan dengan dakwaan meliwat pusingan kedua oleh kerajaan Najib yang mungkin menghalang beliau dari kembali ke arena politik. Jangan silap, Anwar, 64 tahun lebih hebat, manakala musuhnya yang berusia 58 tahun, Najib Razak, semakin merudum. Pendapat umum terbaru mengejutkan ramai bila mana dilaporkan populariti Najib telah menurun sebanyak 6% kepada 59% dalam masa 3 bulan sahaja.

Permainan ini dipanggil kelayakan, permainan roller coaster jatuh bangun di mana hanya yang kuat akan berjaya. Ianya sesuatu yang perlu dipelajari oleh UMNO dan ahli politik baru.tiada pelajaran yang lebih baik dari saga 1998 dan 2008 Anwar lawan Najib lawan Mahathir.

Kelayakan sejati akan mengatasi kontroversi, sama ada yang benar atau yang diada-adakan. Dan tidak ada perhubungan awam (public relation) semahal mana yang dapat membetulkan kelayakan yang silap atau palsu, akibat daripada hipokrasi dan ketidakjujuran.

Walaupun berada di kedudukan yang lebih baik dan kuasa yang dimiliki dengan jawatannya, Najib gagal dan hampir disingkir daripada kepimpinan UMNO oleh teman-teman seperjuangannya termasuk Muhyddin. (Rujuk: Najib mula dibiar tenggelam bersendirian) Kenapa? Kerana Najib gagal memenuhi tugasnya dan lebih buruk lagi, berkali kali beliau gagal memenuhi janjinya kepada rakyat, dari Model Ekonomi Baru keapda kes kematian Teoh Beng Hock dan yang terbaru, Perhimpunan Bersih 2.0.

Anwar pula, walaupun berbagai ribut melanda akibat kes Liwat II dan klip video Datuk T, masih berdiri utuh dengan polisinya. Beliau telah menunjukkan kewibawaannya, keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi. Bukan sesuatu yang pelik baginya walaupun beliau mungkin berhadapan dengan hukuman penjara akibat dakwaan meliwat, Anwar dilihat sebagai semakin hampir untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas pilihanraya umum ke-13.

Bakal PM, satu kemungkinan

Tidak disangkal lagi bahawa populariti Anwar semakin bertambah kukuh, bukan hanya di mata masyarakat di Barat, malah juga di Timur. Anwar dikaitan dengan kebangkitan rakyat Arab di musim luruh terhadap rejim zalim seperti yang terbaru, kejatuhan Gaddafi di Libya, Mubarak di Mesir dan Ben Ali di Tunisia, yang di samakan dengan pimpinan UMNO-BN.

Ini adalah satu sebab lagi mengapa Najib dan UMNO amat takut kepada karisma Anwar dan mereka sedar walaupun ada krmungkinan berlaku perubahan jumlah pengundi sekiranya Anwar dipenjarakan, mereka masih merasakan perlunya untuk menghumban Anwar ke penjara. Pernah menjadi hero orang Melayu satu ketika dulu, bukan perkara sukar untuk Anwar mendapatkan semula sokongan orang Melayu dan mereka melihat beliau sebagai pemimpin, walaupun berbagai serangan yang dibuat oleh MSM.

Kesilapan dalam menghukumnya untuk kes Liwat II akan melengkapkan pusingan kejatuhan Anwar dari pucuk pimpinan atasan. Hukuman penjara akan membuatkan beliau dilihat sebagai hero yang lebih hebat kepada rakyat dan akan melonjakkan populariti nya yang amat ditakuti UMNO, terutama nya musuh utamanya Mahathir Mohamad dan pesaing terdekat untuk jawatan PM, Muhyddin Yassin.

Phobia Anwar dalam UMNO

Dalam pada itu, di dalam UMNO sendiri, phobia Anwar semakin bertambah teruk. Yang terlibat semakin panik, dan tidak sabar untuk menghapuskannya. Kehadiran ya terus mengganggu tidur lena mereka yang berkenaan.

Ini juga adalah salah satu sebab kenapa Anwar perlu member lebih perhatian kepada soalan keselamatan. Apabila kekalahan dalam PRU-13 semakin jelas dan tidak dapat dielakkan, senjata UMNO pasti akan menjadikan Anwar sasarannya. Beliau dan ahli keluarganya juga telah menjadi sasaran ugutan bunuh. Terbaru, yang berlaku pada 9 Julai, di mana Anwar yang kelihatan terkejut, dijadikan sasaran oleh pegawai polis yang menembak gas pemedih mata ketika Perhimpunan Bersih 2.0.

Kemuncak phobia Anwar ialah pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008, di mana Anwar menang walaupun kerajaan telah mengurangkan harga minyak, memerintahkan serbuan anti-rasuh terhadap kerajaan Pakatan Perak, dan kemunculan tuduhan Liwat II.

Daripada menjadi seorang Professor Pelawat, Anwar bergerak menjadi pemimpin pembangkang sepenuh masa. Dan ini menjadikan beliau musuh utama No 1. Bila beliau merancang ambil alih kuasa kerajaan persekutuan dengan ‘defection’ (berpaling tadah) pada 16 September gagal, UMNO berpeluang untuk menghentam beliau dengan lebih hebat.

Keadaan terdesak dan langkah berjaga-jaga

Pada ketika ini, Najib yang terdesak mencuba segala jalan dan cara untuk menghalang. Tapi seharusnya pertahanan yang utama ialah terhadap kawan-kawannya dalam UMNO daripada terhadap Anwar.

Bagaimanapun, Najib sedar jika berjaya menghapuskan pengaruh Anwar, Najib mungkin dapat meraih sokongan dalam UMNO dan mengalahkan timbalannya Muhyddin pada saat-saat akhir.

Mungkin sebab itulah, Najib memilih Permatang Pauh sebagai lokasi Rumah Terbuka Hari Raya 1Malaysia. Tiada kes klasik Anwar phobia yang lebih hebat dari ini, walaupun Menteri Penerangan Rais Yatim berkata tiada motif di sebaliknya.

Bagi Anwar, beliau perlu meningkatkan keselamatan diri beliau dan juga ahli keluarga. Keadaan terdesak sudah semakin hampir di Malaysia

ANAK MUDA BANGUN DAN LAWAN



PAS DIGESA NYATA PENDIRIAN SEBENAR ISU MAT SABU
- mStar

Awang Adek Hussin pada Sabtu menggesa kepimpinan Pas menyatakan pendirian parti itu berhubung kenyataan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang mengecilkan pergorbanan pejuang kemerdekaan dalam tragedi Bukit Kepong, 61 tahun lepas.


Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di sini pada 21 Ogos lepas dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong itu adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.


Awang Adek berkata, Mohamad seharusnya mempamerkan sikap seorang pemimpin tertinggi sebuah parti yang menegakkan agama Islam dengan tidak menyokong fahaman komunis yang sudah pupus dan ketinggalan zaman.


"Malahan fahaman itu ditolak oleh mana-mana agama sekalipun, ditolak oleh dunia sejak 40 tahun lepas dan zaman komunis sudah berlalu seperti Soviet Union yang hapus dan tidak diterima masyarakat dunia umumnya," katanya.


Awang Adek yang turut merasa hairan dengan tindakan Mohamad itu berkata sehubungan itu rakyat harus bijak menilai perilaku sebenar pemimpin parti itu yang sentiasa mencari 'kerenah' untuk mengelirukan rakyat.


.. NAK NYATAKAN MACAM MANA LAGI?.... kah kah kah...

...
TAK KAN TAK FAHAM FAHAM....kah kah kah...

...
PAS SOKONG PERJUANGAN MAT INDERA HALAU BRITISH... kah kah kah...

...
PAS SOKONG PERJUANGAN MAT SABU ...kah kah kaj..

...
MAT SABU BOCORKAN TEMBELANG GEROMBOLAN.... kah kah kah...

...
RUMAH PASONG BUKIT KEPONG ..DI KEPALAI OLEH MAT SALEH...kah kah kah..

..
.23 FEBUARI 1950...TANAH MELAYU MASIH LAGI DIBAWAH TELUNJUK BRITISH...kah kah kah



UNTUK ANAK ANAK MUDA

DUNIA INI AKHIRNYA ADALAH MILIK ANAK MUDA



ketahui dirimu
ketahui musuh mu
seratus pertempuran
seratus kemenangan


SATRIA BANGSA




ketahui asal mu
ketahui usul mu
tegak berdiri
tidak dihambakan

bangsa yang tidak mengenal sejarah
bangsa yang tak tahu dari mana mereka datang
bangsa ini tidak akan tahu kemana mereka akan pergi
bangsa berjiwa hamba
bangsa yang sesat dalam sejarahnya sendiri
inilah bangsa sesat lagi menyesatkan

anak anak muda lihat wajah wajah ini
anak anak muda buka hati mu
anak anak muda buka kembali buku sejarah
anak anak muda layari laman laman web

anak anak muda
jangan jadi anak muda yang malas membaca
anak anak muda jangan bersetuju untuk jadi tua
anak anak muda jangan hanya suka mendengar
tapi
malas membaca dan mengkaji

anak anak muda
lakukan apa saja yang muda

anak anak muda jangan
bersedia untuk dilebaikan

anak anak muda jangan
bersedia untuk diskemakan

anak anak muda
dunia ini akhirnya milik kamu!

SOKONGAN DATANG MENCURAH-CURAH UNTUK GERILA PEMBEBASAN

NOTA:


lihat dan saksikan
wajah wajah pejuang bangsa
yang menetang penjajah
ada yang angkat senjata
ada yang mati dalam penjara
ada yang di buang negara



MEREKA BANGUN MELAWAN BUKAN MEMBODEK ATAU BERUNDING DENGAN BRITISH







SURAT PENCERAHAN DARI PEMBACA


terima kasih pada perwakilan yg sokong mat sabu jadi timbalan presiden pas. pilihan yg bijak.

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 8/31/11

Aku dilahirkan 2 tahun selepas tragedi Bukit Kepong. Apapun, dlm proses aku membesar hingga mula bersekolah, aku masih ingat pejabat2 kerajaan masih diterajui oleh pegawai2 'mat saleh'...seluar puteh pendek paras lutut dan berstokin puteh panjang paras lutut dan kasut kulit. Isham, izinkan aku bawa artikel ini ke blog aku.

By Anonymous on MALAPETA 31 OGOS on 8/28/11

Terima kasih baginda Queen kerana menghadiah kemerdekaan kepada kami. Selamat hari merdeka Malaysia!

By DX on KENYATAAN RESMI PSM on 9/1/11

assajamualaikum tt,alhamdulillah tulisan yang berani,biar anak2 bangsa malaysia sedar sejarah sebenar,merdeka minda serta berani bersuara,merdekakan minda generasi muda ini biar berani,lari bukan takut tapi megatur stratigi untuk meyerang barua2 british(melayu2 umno)hingga ke akhir hayat,maraaa...!tt

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 9/1/11

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya. "Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak".. ayat ini antara paling lawak pernah aku baca... dah la nama pun melayu.. mestilah lemau...

By Anonymous on MAT INDERA ANGKAT SENJATA LAWAN BRITISH on 9/2/11



aku nak tahu 1 je, kenapa tiap kali merdeka tak penah pun kerajaan mainkan balik pita2 rakaman upacara merdeka kek stadium merdeka tu...nak yo tau apo yg diucapkan dek tunku & org2 inggeris tu....

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 9/2/11

Orang tua aku kerja tukang kebun dizaman orang puteh memerentah MALAYA, aku masih ingat cerita orang tua aku mengatakan bahawa dalam rumah orang puteh itu sajikan arak brandy kepada pemimpin melayu dan raja gopal yang berkunjung rumah orang putih penjajah itu,kesimpulanya MALAYA di peritah oleh orang yang melayu mabok arak, taraf MABOK dikatakan standard dan orang tidak mabok tidak standard dan kasta rendah dan cukup hina pada masa itu. siapakah pemimpin Melayu itu..

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 9/2/11

Ader yang komen mat indera tak der agama..so what kalau dia tak caya agama??? patut dibunuh kah?? Pakai otak sikit brader...semua manuasia ader akal, ader hak untuk percaya aper yang dia nak..kalau Mat Indera tak caya agama itu hak dia..

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 9/1/11

apa kata kita usahakan satu bentuk dana khas mengklik 20 kali sehari untuk perjuangan mat sabu dan tt.. demi membungkus sejarah umno sebagaimana zulqarnain mengambus lubang juj majuj beribu2 tahun lamanya.. hidup mat sabu.. hidup tt.. payahnya menjadi manusia melayu.. nak pachucheng pun semakin susah..

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 9/1/11

salam, cita pasal komunis ni, siapa yg pernah tengok filem PALOH (2003) arahan adman salleh? faham isi cerita ni? tahukan anda apakah watak sebenar (background) utk watak yg dibawa oleh samad salleh? atau, watak fatimah oleh ellie suriaty. pasal apa ending cerita ada babak watak samad salleh bermain gambus dengan ceria dalam hutan dan dikelilingi oleh geng2 baju hijau lain? serta pengikut-pengikut watak samad salleh digambarkan org baik2 dan warak walau duduk dalam hutan... anda harus buka minda dan tafsir filem ini. tt boleh tolong kot ulas beberapa babak dlm filem ini? aku tahulah sikit-sikit tapi taklah detail. syabas adman salleh! f.e.d sg. buloh

By Anonym

ous MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 9/1/11

Jadi dalam masa itu Inggeris dan melayu umno tali barut menghadapi tekanan komunis dan perjuang Islam. Jadi tidak hairan dalam masa itu ada perjuang Islam akan mengambil langkah bersama dengan komunis untuk menghalau Inggeris. Sama juga komunis bersama dengan British lawan Jepun.... di http://nanbinjai.blogspot.com/

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 9/1/11



Respect to your coment bro. hisham. tapi satu saja gua tak puas hati..lu punya nama laaa!..gua benci sama itu hishamuddin @ Mat Tuak!..boleh lu tukar nama glamour sikit!..

By Nam Ron on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 9/1/11


bro tt, cerita kau ni mmg menarik terutama pada yang benci sgt pada BN n UMNO n nak kerajaan baru..juga yang buta sejarah..bila dengar yang sensasi dari tt..terlompat2 seronok berok penyokong tegar tt. tak salah kita cuba menceritakan jika ada fakta benar tapi yg membezakan adalah cara fakta itu dianalisakan. Bila nak hentam BN, semestinya kau kau tt crita dan ksi bakar sentimen pada penyokong2. Kan gitu TT? PERSOALANNYA...APAKAH MATLAMAT MAT SABU N TT TENTANG MAT INDERA DAN KOMUNIS NI? NAK TUKAR SEMUA SEJARAH MALAYSIA SEBAB RASA KEBENCIAN ATAU NAK DIDIK RAKYAT DIATAS FAKTA SEJARAH YANG SEBENAR? ATAU NAK CERITA PADA SEMUA SIAPA SEBENARNYA PEJUANG NEGARA?




Kita dijajah selama 446 tahun (1511 hingga 1957) oleh portugis, belanda, inggeris, jepun dan kembali inggeris). Kalau lihat sejarah di semua negara nusantara, ketika penjajahan asing ada rakyat yang menentang terang2an dan ada yang bekerja erat dgn penjajah. Adakah inggeris pernah menghalang pengamalan agama Islam dan sistempemerintahan beraja di tanah melayu sejak 1824? saya tak pasti dan TT perlu cari bukti. Ada negara2 nusantara yang bangkit menentang penjajah dengan bersenjata (filipina, vietnam, indonesia)kerana penjajah dikatakan kejam dan tidak mempedulikan nasib anak bangsa yang dijajah selain dari mengaut keuntungan hasil bumi. Ada juga yang berkerjasama dan belajar dari sistem penjajah sehingga mampu mentadbir negara sendiri walaupun masih merangkak(malaysia, brunei, kemboja).


Samada mereka mendapat kemerdekaan secara mendesak dan menentang bermati2an atau secara rundingan berperingkat2, MATLAMAT nya adalah sama...MENTADBIR NEGARA SENDIRI OLEH ANAK WATAN. Adakah semua anak watan yang bekerja dengan penjajah dari 1511 hingga 1957 di kategorikan sebagai pengkhianat bangsa atau tali barut penjajah? Adakah Raja2 dan pembesar2 Melayu juga termasuk didalam kategori ini?




TT perlu menampilkan hujah berdasarkan fakta rasional supaya tidak hanya malabelkan Mat Indera yang menyokong komunis sebagai wira negara ketika membunuh 25 sc dan keluarga di Bukit Kepong. Untuk menukar buku sejarah kita bukan menjadi masalah walau di ubah 100% seperti mengubah INTERLOK, tetapi apakah MATLAMAT UTAMA kita berbuat demikian? Ramai diantara datuk nenek kita yang bekerja dengan penjajah inggeris di dalam segenap sektor sejak tahun 1824 hingga merdeka (tak mustahil keturunan isham pun ada) tapi adakah kita boleh labelkan mereka semua ini tanpa mengira ugama dan keturunan sebagai pengkhianat dan tali barut penjajah yang darah mereka halal untuk ditumpahkan dan dibunuh dengan apa cara sekalipun? Fikirkan semua. MENGAPA SEKARANG BARU MAT SABU NAK CERITAKAN BAHAWA SELAMA INI TENTERA DAN POLIS KITA MEMBUAT KERJA YANG SIA2 MENENTANG KOMUNIS HINGGA MENGORBANKAN BERIBU2 NYAWA?


HISHAMUDIN RAIS..mohon penjelasan. t.kasih kerana berani menyiarkan catatan saya. RANJAU UTARA.

By Anonymous on JANGAN MAKAN HASIL LENDIR CHINA DOLL on 8/31/11

salam aidil fitri, bahasa yang digunakan untuk penjelasan corak pemerentahan sesuatu negara seperi komunis, demokrasi, sosialis, kapitalis adalah ungkapan yang kompleks dan perlu difahami oleh semua rakyat yang merdeka. Perbahasan atau perbincangan dan sikap yang kurang membaca menyebabkan kita mudah bercakap mengikut emosi. Intrepretasi yang berlainan mengikut fahaman masing-masing adalah sesuatu yang baik tapi perlu lebih ilmiah. salam zam ipoh

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 8/31/11



nasib milayoo kena tipu, suka kena tipu dan bangga sebab kena tipu. hari ini ada penipuan paling besar: meladenai sistem ekonomi dimana melayoo terus jadi barua kepada bapak-bapak barua sbg kuli batak. sistem ini jangan ada milayoo yg cuba berevolusi utk memandai-mandai jadi bijak dan wira menentang mereka atau akan mereka ditekan , digantung, dihina sbg pengkhianat kpd bangsa. jika boleh biar milayoo ini terus jadi bodoh. malangnya milayoo sanggup jadi species yg hina tanpa evolusi, tanpa persaingan melainkan dipilih diantara mereka saja. dalam hal agama pun begitu, lagi jumud lagi baik, melalak la sbg org sakit jiwa di mesjid janji duduk diam-diam. apa marx kata: a supersructure erected to disguise and promote economic interests. di sini mufti dan ulama dijadikan barua utk menakut-nakutkan agar terus akur dan biol. freud kata manifestasi biol ini tidak akan mengangkat martabat manusia jadi mulia. sebolehnya jgn dibiarkan bangsa ini banyak menanya, menggorek kebenaran.


itu sebab kita dapati bangsa ini mempunyai agama yg mereka sendiri tidak berapa reti apa bendanya yg mereka percaya. maka sosok yg maha mulia diikonkan utk menegah mereka utk milayoo jadi cerdik, positif dan berani----macam lu la tt! ya, siapa berani kata mata-mata barua inggeris. siapa berani kata maharaja lele, tok janggut, mat indera itu wira bangsa? tapi tt berani sebut rajagopal je kah kah kah. geng, jika mau benar-benar merdeka jadilah mat sabu walau kalah dalam perjuangan.


MEREKA MELAWAN BUKAN MEMBODEK ATAU BERUNDING DENGAN BRITISH



setakat berani baring bawah tayar rajagopal ape mendenya!!!! setengah abad kena tipu, siapa boleh percaya? patutlah temasik boleh digadai macam kuih badak berendam kah kah..lu orang nasib baik sebab tak kebulur je. itupun hasil kuah barua dan cukong! balik-balik kominis, balik-balik dap, balik-balik sodomi, sah biol! macam anjing kurap jalanan melalak kat hantu, kena sergah, kena baling sisa tulang. lepas posa ni jika biol gak, pi lanchoww laa!

By Anonymous on MALAPETA 31 OGOS on 8/29/11

Isham wrote this...Kalau diteliti watak Jins Setan ni dalam cerita Sarjan Hassan lakonan P.Ramlee....begitulah kehidupan Jins dari kecik sampailah sekarang udah nak mampus. Cari makan,jadi barua,menipu.... Dipanggil oleh ketua polis negara ketika itu untuk membuat cerita bukit kepong...skrip,lakon layar,pegarah,dll dialah yang buat.


Duit entah berapa juta ditanggung oleh sebuah bank tempatan dan satu lagi organisasi buat modal cerita bukit kepong.Dengan bangga diri berkata modal ketika itu amat besar,tak pernah filem tempatan menelan belanja begitu besar....maka terhasillah cerita bukit kepong versi barua British.. i just have 1 question to HISHAMUDIN RAIS.....what's so good about you till you can condemn anybody in the name of your version of demokrasi? i dont know Tan Sri Jins in person but im very sure he is much much more sincere and credidible person compare ti you HISHAMUDIN RAIS. Berdebatlah secara ilmiah dan bukan hentam apa saja yang ada bunyi BN atau kerajaan.


I will salute you if you become minister 1 day but not my loyalty. You have to proof that you are worth a single sweat of voters and stop talking rubbish. Dont lie about true history and dont dare to say that our heroes sacifice is nothing compare to PKM n Chin Peng. Be careful of your words HISHAM...

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 8/31/11


SAHEH 31 OGOS HARI MALAPETAKA - SATU LAGI BUKTI

RASHID MAIDIN SATRIA NEGARA




PM BERCUTI DI LUAR NEGARA PADA HRI KEBANGSAAN?
- mkini

Ketika negara meraikan perayaan berkembar - Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada Rabu lalu, kelibat Najib Razak dikatakan langsung tidak kelihatan.


Kali terakhir, Najib dikesan ialah pada 30 Ogos lalu di Istana Negara untuk acara rumah terbuka Aidilfitri dan Rumah Terbuka Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Dia hanya mengeluarkan kenyataan Hari Kebangsaan melalui Facebook dan Twitter pada hari berikutnya.



...
INI SATU LAGI BUKTI BAHAWA 31 OGOS ITU BUKAN HARI YANG PENTING...kah kah kah..

...
SAHEH 31 OGOS BUKAN HARI BERSEJARAH .... kah kah kah...

...
MAK CIK FELDA SENANG DITIPU DENGAN UCAPAN HARI RAYA YANG TELAH DIRAKAM AWAL.... kah kah kah..

..
.SAHEH .... 31 OGOS HARI MALAPETAKA..... kah kah kah...

NOTA:

gerombolan tak berani menimbulkan kebangsaan
gerombolan tak berani timbulkan bendera malaysia
hanya berani timbulkan bukit kepong
tapi kantoi

serangan rumah pasong bukit kepong pada 23 febuarari 1950
yang diserang oleh geril;a pembebasan rakyat malaya
ialah soldadu upahan british
yang berpayung di bawah union jack
yang bangun menyanyi good save the queen
kah kah kah


NOTA:

anak anak muda
sila reka bendara baru

anak anak muda
sila ilhamkan lagu kebangsaan baru

dunia ini akhirnya milik anak muda!


KOMPAS TIDAK PERNAH MINTA MAAF

INI DARI AKHBAR KOMPAS



PERMOHONAN MAAF KOMPAS BELUM SELESAI – harakah daily

Selepas lebih 10 hari berlalu, isu akhbar Indonesia, Kompas, memohon maaf kepada Najib Razak belum reda kerana permohonan itu tidak berlaku sebagaimana biasa.

Ini kerana, menjadi amalan biasa akhbar yang memohon maaf akan menyiarkan penyataan minta maaf itu dalam bentuk penyataan atau iklan dan menarik balik berita yang dikatakan salah itu.

Namun sehingga kini, ia tidak berlaku. Tidak ada penyataan permohonan maaf dalam bentuk iklan dan tidak ada penyataan menarik balik berita awal yang dikatakan salah itu dari Kompas.

Antara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan “mafia Rusia”.

NOTA:
laporan kompas minta maaf ini
hanya keluar di media malaysia
punca berita ini ialah tiewnama

kompas belum ada lagi membuat
kenyataan minta maaf

NOTA:
macam macam cara dilakukan untuk
menipu orang melayau kah kah kah