| KUALA LUMPUR, 29 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) kesal dengan pembaziran yang berlaku di kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya yang bernilai lebih RM48.7 juta setahun. “DPPWP hairan, kenapa sehingga ke hari ini kerajaan masih menyewa bangunan-bangunan pejabat termasuk kediaman rasmi pemimpin negara di Putrajaya daripada Perbadanan Putrajaya,” kata Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor. Tambahnya, sedangkan selama ini mereka mencanangkan seantero dunia bahawa Putrajaya adalah Projek Kerajaan Barisan Nasional yang menggunakan wang rakyat. Malah, katanya urusan penyelenggaraan dan baik pulih bangunan-bangunan itu juga ditanggung oleh kerajaan bukannya Perbadanan Putrajaya. Beliau berkata, perkara itu dijelaskan dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz kepada soalan ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof pada persidangan Dewan Rakyat kelmarin bahawa kos baik pulih RM3,581,744.78 kediaman PM dan TPM termasuk dalam senarai liabiliti kerajaan. Kos sewa sahaja mencecah RM2.7 juta sebulan, bil air RM32 ribu sebulan dan elektrik RM171 ribu sebulan. “Betapa besarnya wang rakyat dibazirkan selepas ditipu dalam projek pembangunan mega Putrajaya. Yang mengaut untung adalah Perbadanan Putrajaya,” kata Riduan. Justeru, katanya DPPP mendesak agar kerajaan memberikan penjelasan mengenai status hak milik sebenar bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya dan kenapa kerajaan enggan memilik negarakannya sebagai aset tetap. Dalam erti kata lain, ujarnya Perbadanan Putrajaya mempunyai kuasa penuh untuk menentukan siapakah yang berhak menyewa bangunan milik mereka kelak. Beliau menambah, jika berlaku pertukaran kerajaan, Perbadanan Putrajaya boleh melakukan sabotaj dengan menghalau atau menaikkan nilai sewaan sedangkan rakyat tahu, dana pembinaan Putrajaya datangnya daripada poket rakyat. “Jadi, wajiblah kerajaan menjelaskan kuasa dan status sebenar Perbadanan Putrajaya dan memastikan dana rakyat tidak dibazirkan sesuka hati,” katanya lagi Adalah memalukan, ujarnya apabila negara yang mempunyai wawasan yang besar tidak mampu memiliki bangunan pentadbirannya sendiri dan terpaksa menyewa kepada agensi lain. |
Rabu, 29 Jun 2011
Wang rakyat dibazirkan, perbadanan kaut untung
BERHEMAH TINGGI ?
sila buat bandingan
antara gambar di atas dengan
gambar di bawah
mana yang lebih berhemah tinggi
kah kah kah
BERHEMAH?

BN TERUS BERJAYA JIKA AHLI BERHEMAH TINGGI – berita hairan
Jenama Barisan Nasional (BN) akan terus berjaya pada masa depan jika setiap ahli berhemah tinggi, sentiasa berbudi dan mendampingi rakyat kerana ia terbukti sebagai produk yang masih laku, diterima dan disanjung, kata Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, selepas selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, BN memenangi sebahagian besar pilihan raya kecil dengan peningkatan majoriti, selain sekali lagi membentuk kerajaan negeri di Sarawak dengan majoriti melebihi dua pertiga walaupun menghadapi serangan bertubi-tubi pembangkang.
Beliau berkata, ia menunjukkan rakyat menaruh keyakinan dan pengharapan besar kepada BN dan berikutan itu tiada sebab ahli hilang keyakinan seolah-olah BN lemah atau bukan lagi jenama yang boleh dipasarkan.
BERHEMAH ATAU BERKEMAH



MAKAM HARIMAU MYSORE

nota:
ini pun makan tipu
tapi ini makam Tipu Sultan (1950-1799)
raja Kerajaan Mysore
yang mati berjuang menentang British
di Mysore Indian
arwah ini bukan mati kena tipu
kah kah kah
SUBSIDI RM74 BILION : KERAJAAN TIPU RAKYAT, KATA PAKAR – mkini
Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.
Bercakpa pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.
"Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebaragai 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan,” kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu.
"Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan Rang Undang-undang Kesihatan.”
Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.
Katanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.
"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya.
Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali digunakan oleh BN sebagai alsan bahawa pengurangan subsisidi petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat.
… GEROMBOLAN INI SEDANG SAUK KIRI SAUK KANAN…. kah kah kah..
…KERJA HANYA MENIPU SAHAJA… kah kah kah..
…SEBELUM MENIPU… BODOH DAN BANGANG KAN ORANG RAMAI DULU…. kah kah kah..
..YANG JADI MANGSA ORANG MELAYU…. kah kah kah..
nota:
tanya mak cik felda
kalau beras tak ada ada
boleh rebus ketuanan melayu atau tidak
kalau duit anak nak sekolah tak ada
boleh jual ketuanan melayu atau tidak
kah kah kah
NOTA:
orang melayu ini
pagi pagi ditipu majikan
tengah hari di tipu utusan
petang petang ditipu barisan
malam malam ditipu gerombolan
hidup dengan harapan
mati menunggu janji
kah kah kah
ANAK BERANAK KAMI MAKAN FREE

nota:
ini belum masuk kira
berapa banyak belanja
untuk anak nak berancuk
kah kah kah
RM17 JUTA DIBELANJA UNTUK LAWATAN PM DAN ISTERI - mkini
Kerajaan membelanjakan sebanyak RM17 juta bagi membiayai lawatan rasmi perdana menteri dan isteri antara tahun 2008 dan pertengahan 2011.
Jawapan bertulis kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua turut menyatakan bahawa RM8 juta telah dibelanjakan untuk lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri dalam tempoh yang sama.
Berdasarkan data setakat ini, kos lawatan perdana menteri dan isteri telah meningkat daripada RM1.74 juta pada 2008 kepada RM5.4 juta pada 2010.
Bagi separuh tahun pertama 2011, perbelanjaannya telah melebihi jumlah bagi tahun 2010.
Sebaliknya, kos bagi lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri telah berkurangan dari RM2.75 juta pada 2008 kepada RM1.39 juta pada 2010.
Namun, dalam separuh tahun pertama 2011, kosnya telah berganda daripada tahun 2010.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri sepanjang tahun 2008 manakala Datuk Seri Najib Tun Razak pula merupakan timbalannya. Najib menggantikan Abdullah pada 9 April 2009.
KOS LAWATAN NAJIB , ROSMAH RM17 JUTA – harakah daily
Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.
Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu).
Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.
Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.
Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.
Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.
nota:
lihat dan baca sendiri angka-angka ini
lihat dan baca sendiri untuk fahami
lihat dan baca sendiri duit siapa ini
lihat dan sedarilah
MEMANG PATUT RAKYAT MARAH

SEWA RUMAH PM, TPM RM18,000 SEHARI – harakah daily
KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.
Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.
"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.
Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).
Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.
Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.
NOTA:
soalan nya kenapa rumah kediaman resmi kena sewa?
ini rakyat tak faham
bukankah ini ibu negara malaysia
bukankah ini rumah resmi kerajaan
kenapa kena sewa?
bukan kah duit petronas yang mendirikan putrajaya?
betul memang tepat duit petronas telah digunakan
tapi hanya digunakan untuk mendirikan inu negara kitra ini
syarikat swasta am,bil duit petronas
kemudian dirikan bangunan
kemudian sewa kan kebalai pada kerajaan
inilah penipuan namanya
tetapi orang ramai tidak sedar tentang ini
Isnin, 27 Jun 2011
Sudah joli RM1.4 bilion, nak lagi RM2 bilion?
Menurut laporan Business Times Singapura yang disiarkan pada 16 Jun 2011, CIMB Bank secara rasmi mengambil alih Asia Petroleum Hub Sdn Bhd, yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO. Ini kerana syarikat ini telah menghabiskan pinjaman RM1.4 bilion dari CIMB, namun gagal menyempurnakan projek Asia Petroleum Hub, malah merancang untuk mengumpul RM2.0 bilion lagi untuk mengisi lubang hitam perbelanjaan.
Asia Petroleum Hub ialah satu projek mega yang mengambil tempat di Wilayah Pembangunan Iskandar, selatan Johor (berdekatan dengan Tanjung Pelepas).
Mengikut rancangan asal, projek bernilai RM1.4 bilion ini memiliki kemudahan pelabuhan pelbagai jenis - mampu mengendalikan kapal pelbagai skala, dengan bilangan 3,000 kapal setahun, dan 30 juta tan produk petroleum.
Dalam satu kenyataan pada Julai 2007 oleh Asia Petroleum Hub Sdn Bhd, projek ini pada asalnya dijangka siap pada tahun 2009. Namun demikian, penyempurnaan projek berkenaan belum mencecah 65% sehingga hari ini, dan RM1.4 bilion telah habis digunakan.
Kos pembangunan Asia Petroleum Hub secara keseluruhannya bergantung kepada kemudahan yang ditawarkan CIMB. Business Times memetik sumber dalaman bahawa CIMB menawarkan bridge loan selama tiga tahun, bernilai RM1.4 bilion kepada Asia Petroleum Hub Sdn Bhd pada tahun 2006.
Lebihan kos sekurang-kurangnya RM2 bilion
Sebagaimana yang diketahui, Asia Petroleum Hub Sdn Bhd telah mengeluarkan RM840 juta pada tahun 2009 untuk membayar kos perbelanjaan projek tersebut. Tetapi, kos projek tersebut terus melonjak, mengakibatkan kosnya melebihi anggaran RM1.4 bilion sebelumnya.
Menurut sumber, sehingga penghujung tahun 2010, tunggakan perbelanjaan modal (accumulate capital expenditure) termasuk faedah pinjaman telah melebihi RM1.4 bilion, namun projeknya hanya siap sehingga 64%.
Oleh sebab modal yang dikumpulkan gagal untuk menampung perbelanjaan, maka Asia Petroleum Hub Sdn Bhd merancang untuk mencari pelabur agar RM2.0 bilion disuntik lagi untuk mengisi "lubang hitam" yang tidak berpenghujung. Dengan kata lain, projek yang pada asalnya dianggarkan RM1.4 bilion kini telah mengalami lebihan kos sekurang-kurangnya 142% (atau bersamaan RM2.0 bilion)!
Pada dasarnya, adalah sesuatu yang lumrah apabila berlaku lebihan kos dalam projek pembangunan kerajaan, terutamanya GLCs atau mereka yang merentir (rent-seeking) kerana hubungan yang rapat dengan UMNO atau BN - adalah "pakar" dalam hal "lebihan kos".
Terlalu besar untuk gagal
Di bawah kerangka merentir ini, "kos yang tinggi" ini biasanya diselindungi dengan pelbagai projek pembangunan, disalurkan ke dalam poket parti politik, institusi, korporat dan individu tertentu, melalui pelbagai cara. Ia adalah hasil daripada politik naungan (Political Patronage) yang diamalkan kerajaan UMNO-BN - menggunakan kerajaan atau institusi kewangan yang dikuasai kerajaan sebagai tiangnya untuk menyokong kepentingan ekonomi kroni.
Disebabkan sokongan kerajaan di sebalik tabir, maka perentir (rent-seeker) ini bersikap untuk membazir sewenang-wenangnya. Terlalu besar untuk gagal (Too big to fail) - kerana mereka percaya bahawa kerajaan akan menghulurkan tangan agar projek itu diselamatkan pada akhirnya. Dan sikap inilah yang menyebabkan kegagalan banyak projek mega pada akhirnya.
Projek Asia Petroleum Hub adalah permainan rent-seeking yang tebal dengan politik naungan, berlegar-legar di keliling mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO.
Rent-Seeking dan politik naungan
Pemilik projek ini, iaitu Asia Petroleum Hub Sdn Bhd pada asalnya adalah syarikat yang dimiliki KIC Oil & Gas Group of Companies (KIC) dan Trek Perintis Sdn Bhd (yang dikawal UMNO). KIC memegang 90% saham, dan 10% selebihnya dipegang Trek Perintis.
KIC adalah terminal service provider di Malaysia, diasaskan oleh Abdul Rashid Mohd Isa Al-Qadiry dan Faidzan Hassan Al-Qadiry, yang kini merupakan pemegang saham terbesar.
Trek Perintis pula adalah syarikat proksi UMNO yang dikuasai Abdul Azim Zabidi, Bendahari UMNO ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi menerajui UMNO. Azim dilantik pada zaman Abdullah untuk mengurus harta di bawah UMNO.
Abdullah Ahmad Badawi menjadi Penaung Amanah Al-Wariseen, tabung amanah yang digerakkan Kumpulan KIC. Pada masa yang sama, Reezal Merican Naina Merican, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, juga bekas Setiausaha Politik Abdullah, adalah nama yang muncul dalam lembaga pengarah tabung amanah tersebut.
Rombakan struktur saham
Namun, menurut laporan New Straits Times pada 14 September 2007, selepas satu rombakan struktur saham, pegangan saham KIC dalam Asia Petroleum Hub Sdn Bhd berkurang dari 90% kepada 40%, dan saham pegangan Trek Perintis telah bertambah dari 10% kepada 20%.
Pada masa yang sama, dua syarikat iaitu Seaport Terminal Sdn Bhd dan Teori Selatan Sdn Bhd bangkit untuk menjadi pemegang saham Asia Petroleum Hub, masing-masing memegang 35% dan 5% saham. Seaport Terminal Sdn Bhd dimiliki Syed Mokhtar Al-Bukhary (gambar kiri), usahawan terkenal yang sering dikaitkan dengan UMNO, sementara Teori Selatan pula adalah sebuah syarikat persendirian yang dikawal oleh Tunku Ibrahim Ismail (Sultan Johor sekarang) yang pada ketika itu Tunku Mahkota.
Pendek kata, Kumpulan KIC telah mengagihkan 50% saham pegangannya dalam Asia Petroleum Hub Sdn Bhd kepada istana Johor, UMNO dan Syed Mokhtar yang berhubungan rapat dengan UMNO.
Hubungan kontaktor dengan UMNO
Di samping itu, maklumat menunjukkan bahawa kontraktor yang menerima projek ini tidak kurang datang dari mereka yang berhubungan rapat dengan UMNO. Senarai kontraktor seperti berikut, ZAQ Construction Sdn Bhd, Mott MacDonald Sdn Bhd, Nam Fatt Corporation Bhd, Kencana Petroleum Bhd, Muhibbah Engineering Bhd dan Qi-PMC Sdn Bhd.
Asia Petroleum Hub Sdn Bhd adalah kontraktor utama projek ini, dan ZAQ Construction Sdn Bhd adalah Managing Contractor, bertanggungjawab untuk melantik dan mengagihkan projek kepada sub-kontraktor. Bos dan Pengarah ZAQ Construction ialah Zainal Rafique, adik beradik kepada Zamani Rafique, iaitu seorang lagi Pengarah.
Seorang lagi adik-beradik mereka, Zulkifly Rafique adalah pengasas firma guaman Zul Rafique & Partners - antara orang rapat Perdana Menteri Najib Razak. Najib merombak semula harta parti dan memasukkannya di bawah Temasek Padu, dan melantik Zulkifly untuk menjaga syarikat ini.
Qi-PMC Sdn Bhd dan ZAQ Construction mempunyai struktur pegangan saham yang sama, dan Zamani sebagai Pengarah ZAQ Construction, juga salah seorang pengarah Qi-PMC. Apa yang menarik, Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan ketika zaman Abdullah menyandang jawatan PM, adalah adik beradik Zulkifly. Zulhasnan juga dilihat sebagai orang rapat Abdullah Ahmad Badawi (gambar kanan).
Nam Fatt Corporation Bhd, Kencana Petroleum Bhd dan Muhibbah Engineering Bhd adalah sub-kontraktor dalam projek ini. Antaranya, Kencana Petroleum adalah syarikat tersenarai yang dimiliki Mokhzani Mahathir, anak kepada mantan PM Mahathir Mohamad.
Sub-kontraktor menjadi mangsa
Jika dilihat kepada perkembangan akhir projek Asia Petroleum Hub, tidak kurang sub-kontaktor yang menjadi mangsa kepada skandal kewangan projek ini. Antaranya, Muhibbah Engineering Bhd memaklumkan kepada Reuters baru-baru ini, bahawa hutang setinggi RM370.8 juta masih belum dibayar kepada syarikatnya, sehingga akhir tahun 2010.
Selain itu, Nam Fatt Corporation Bhd juga menyaman ZAQ Construction melalui tribunal dan menuntut agar ZAQ membayar hutangnya. Sebagaimana yang diketahui, ZAQ memberi dua kontrak kepada Nam Fatt Corporation Bhd, yang jumlahnya bernilai RM550.3 juta. Menurut kenyataan Nam Fatt Corp. Bhd, ZAQ belum menjelaskan hutang sejumlah kira-kira RM39 juta sehingga akhir tahun 2010, dan Nam Fatt menuntut pampasan RM65.86 juta daripada ZAQ Construction.
RM1.4 bilion hilang entah ke mana?
Menurut jumlah hutang yang didakwa dua sub-kontraktor di atas, projek Asia Petroleum Hub ini sekurang-kurangnya memikul hutang RM400 juta (tidak termasuk pampasan kerugian kontaktor). Mengapa satu projek yang mendapat pinjaman RM1.4 bilion dari CIMB gagal menjelaskan hutang RM400 juta?
Kini, adalah menjadi satu tanda soal, sama ada RM1.4 bilion yang pada asalnya digunakan untuk menampung kos pembinaan - dihabiskan kerana lonjakan kos, atau disalurkan ke dalam poket rent-seeker?
Apa yang pasti, projek yang belum diselesaikan (dijangka hanya selesai 64%) ini memerlukan lebih banyak dana untuk diteruskan. Menurut laporan media, pelaburan RM2.0 bilion diperlukan lagi untuk memenuhi keperluan kos pembinaan. Namun demikian, persoalan pokoknya, adakah RM2.0 bilion ini mampu menutup lubang hitam yang tiada penghujungnya?
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 21 Jun 2011.
Aduhai PM..mana dia RM4billion yang diumumkan kat Amerika tempohari.. tak turun mai lagi nie..??
PM Bisu Pandai Melalak...
Najib Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai “anak jantan” dan bukan turun di jalan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.Gua cabar Najib Razak supaya menjelaskan kepada RAKYAT... kemana menghilangnya Saham Bumiputera sebanyak RM50 Billion sejak ianya dilaksanakan. Dah di desak dalam Parlimen... tetapi masih senyap hingga sekarang... apakah Malaysia mempunyai PM yang BISU...????
Wooiittt... Najib Razak ada berani kaaaa...???? Lu nak jantan ka... atau anak betina... ada tulur ka tarak...???
Hanya pandai berkokok jer... mamat nih... ini yang dikatakan PM Malaysia.... hahaha... kena kencing dengan penulis teks ucapan pun masih tak sedar diri... siapa kata PM Malaysia nih cerdik...???? Nak panggil jantan... jauh sekali laaaaa.... tulur sudah lama yeeeeeleeeeekkkk... baca bawah nih...;
Pasal terlalu banyak dok 'tembak' (bohong) dekat rakyat, sampai apa yang dia bercakap pun, dia sendiri tak tau ekoq kepala.Masih nak anggap PM Malaysia nih cerdik ke.... hahaha... hanya olang boloh jer... yang masih nak sokong beEnd nih... kah...kah...kah...
"4 billion ringgit invesment plan by Motorola for it's plant in Penang". The announcement made by Najib Razak on 19 may in New York. A day before that, Koh Tsu Koon said "Extraodinary Invesment for Penang".
Nak buka kilang, bukan senang macam nak berniaga 'cucuq kodok'. Dia kena melalui proses yang macam-macam. Kilang tu pulak di Penang, jadi kalau dah sampai 4 billion punya pelaburan nak masuk Penang, tak kan lah Guan Eng selaku Ketua Menteri, selaku Chairman PDC yang menguruskan perkara berkenaan dengan kilang-kilang yang ada di-sini dok 'tidoq' dan tak tau apa-apa kot?!
Sikit punya banyak kaa... pelabur-pelabur dari Amerika dan lain-lain negara yang datang buka kilang di-sini sampai boleh tertubuhnya FREPENCA (persatuan pelabur-pelabur/kilang-kilang di-Penang). Depa ni pun tak tau apa-apa. Jadi bila depa dengaq kata yang Motorola nak bawa masuk sampai 4 billion punya 'invesment', depa pun nak tau juga laa... sebab depa pun tak dengaq apa-apa. Sepatutnya FREPENCA ni yang akan dapat tau dulu.
Jadi wakil kilang-kilang yang dok ada dalam persatuan ni pun pakat-pakat laa.. talipon Guan Eng nak bertanyakan tentang pelaburan 4 billion tu. Sikit punya malu kaa.. sebab Guan Eng jawab dia tak tau. Cuma wakil-wakil ni tak sampai hati nak kata dekat Guan Eng "hang jadi Ketua Menteri macam mana? Sampai apa pun hang tak tau?!"
Bila Guan Eng tanya balik dekat M.I.D.A (sebuah agensi yang menguruskan pelabur-pelabur yang nak buka kilang di-Malaysia) untuk dapatkan kepastian dan nak bantu apa yang patut... maklumlah nak buka kilang harga 4 billion, Guan Eng mesti dan kenalah tau..., tapi M.I.D.A pula dengan tiba-tiba sudah tak boleh bercakap, tiba-tiba saja jadi bisu, diam... tak tau nak jawab apa.
Nak jawab apa benda, kalau dah benda tu tak betul.
Najib tak malu kaa.. cakap benda yang tak betul, di Amerika pula tu... HQ pada segala kilang-kilang besar di-sini.
Najib... Najib... ini mesti kes pegawai M.I.D.A yang 'tidoq' atau pun kawan yang tulis ucapan tu yang 'nga-nga'.
Koh Tsu Koon pula bekas Ketua Menteri, bekas Chairman PDC dekat 20 tahun, connection mesti laa kuat. Bila FREPENCA tak dapat jawapan dari Guan Eng, depa pun talipon pula Koh Tsu Koon tanya pasal Motorola nak melabur sampai 4 billion ni...
Rupa-rupanya... 4 billion itu adalah pelaburan sepanjang 30 tahun Motorola buka kilang di-sini. Bukanlah Motorola nak bawa masuk 4 billion punya pelaburan...!!!!
Mangkuk hayun betoii... dia sendiri tak tau apa yang dia cakap!!!!

