Selasa, 10 Mei 2011

PADAN MUKA

YA AMPOOON!!!

















CHIA: POLIS UGUT LETAK PARANG, DADAH DALAM KERETA - mkini

Seorang peniaga, Chia Buang Hing memberitahu mahkamah hari ini bagaimana selepas dia dipukul teruk, pegawai polis Norzali Rosle mengugut untuk meletak parang dan dadah dalam keretanya, jika dia enggan memenuhi tuntutannya.

Chia berkata, jika dia tidak mengatakan bahawa kecederaannya adalah disebabkan satu pelanggaran kereta dan dia dipukul oleh pembuli jalan raya, Norzali akan meletak parang dan dadah dalam keretanya.

Menurutnya lagi, Norzali berkata dia akan menyumbatnya ke penjara untuk tempoh yang lama dan dia (Chia) tidak akan terlepas dari tahanan polis.

Chia - seorang membuat bingkai - memberi keterangan dalam perbicaraan lima anggota polis yang dituduh menyebabkan kecederaan ke atasnya.

Dia juga mendakwa telah dibelasah oleh polis selepas dia ditahan di satu sekatan jalan di Damansara Mutiara, Petaling Jaya pada 18 Disember tahun lepas.

… PATUT LAAA SELALU KITA BACA PENYAMUN ADA PARANG…..

…BARU TERINGAT…. ADIK AMINULRASYID YANG DIBUNUH DI SHAH ALAM …...

.... POLIS KATA ADA JUMPA PARANG DALAM KERETA...…

... TAPI KAKAK YANG PUNYA KERETA TAK TAHU APA ITU PARANG...

…RUPA RUPA NYA PARANG DATANG KEMUDIAN…..

…LEPAS PARANG DADAH PULAK SAMAPi….CEKAP POLIS KITA.....

…INI LAH NAMA NNYA KETUNAN MELAYU……


MULA MULA SELARAS - SEKARANG RASIONALISASI PULAK

INI DIA SAIS BIK MAMA



nota:
tak perlu 62 orang untuk
basuh seluar dalam bik mama
tiga orang sudah cukup







RASIONAISASI SUBSIDi: HARGA GULA NAIK 20 SEN ESOK
- meloya

PUTRAJAYA 9 Mei - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuat kuasa esok.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Mohd. Zin Mohd. Dom berkata, dengan kenaikan itu, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta.

"Dengan kadar subsidi sebanyak 20 sen sekilogram, penjimatan dapat dilakukan sebanyak RM116.6 juta.

… MANA PERGINYA MENTERI HARGA AYAM?....…

…MINYAK NAIK…. TOWKAY JUAL MINYAK YANG UMUM…..

…GULA NAIK … SETIAUSHA KEMENTERIAN YANG UMUM….…

… MACAM INI TAK PERLU ADA MENTERI LAAA….JIMAT BUJET ……

… TAK ADA MENTERI RASUAH AKAN KURANG……

… JIMAT DUIT INI NAK BUAT APA?......

… KALAU BETUL NAK JIMAT JANGAN BELI KAPAL SELAM……

… TAK PERLU BELI KERETA KEBAL… LAGI BANYAK DUIT JIMAT….…

… DAN TAK PERLU 62 ORANG IKUT BIK MAMA PERGI TURKEY……

… LIMA ORANG SUDAH CUKUP IRING BIK MAMA…..

… DUA UNTUK BASUH DAN PERAH SELUAR DALAM……

… DAN TIGA ORANG UNTUK KIPAS BAGI KERING BRA BIK MAMA…..

nota:
rasionalisasi ini apa?
cakap yang gunakan bahasa melayu?
dulu pakai selaras sekarang rasionalisasi
mak cik dan pak cik felda tak faham


PADAN MUKA

KAH KAH KAH




msbdlsdnh
fjnxd.den cd'cdmc

csd,lfjdf',csd
scsd,mxdflfv nmcsdv'sd
mcsdvkkf'mn 'sd,sfncsdv,.sdv
xlxd;xnsdlcd dkd;cdncsdvl cdklc '
./c mcdlcxdl;,cd.fv/cvfklflrgr,fgp;.c,l d;'

cd,sdf'f.;,g;dfDF"
'dfgm,vm,,vcmcnm

Isnin, 9 Mei 2011

Ketika harga minyak dunia Turun, BN Naikkan RON97


RON 97 dikatakan telah diapung oleh pentadbiran Najib mengikut harga pasaran dunia, dalam ertikata mudah harganya akan naik dan juga turun mengikut harga pasaran dunia..

Yang menghairankan ialah ketika harga minyak dunia turun harga minyak RON97 di Malaysia ini meningkat pula..Apa ke hal ni Najib? Pelampung yang mengapungkan harga minyak tu dah rosak ke? Hingga menyebabkannya boleh bergerak satu hala saja iaitu keatas sahaja.. atau ada ‘Gate Valve’ yang dipasang bagi membolehkannya mengalir pada satu hala saja.. (Sorry ya.. Technical punya ayat tu..)


Ketika harga minyak dunia menjunam, kerajaan naikkan RON97

KUALA LUMPUR: Ketika harga minyak di pasaran dunia jatuh menjunam, selepas tercetus kebimbangan terhadap permintaan tinggi di Amerika Syarikat, kerajaan Umno-BN pula bertindak menaikkan harga minyak Ron97.

Harga minyak mentah di pasaran dunia juga dilapor turun sejak Rabu terutama selepas berita kematian pemimpin Al Qaeda, Osama Ben Laden.

Minyak mentah jenis West Texas Intermediate @Light Sweet Crude oil (diperdagang di AS) turun sebanyak 0.4 peratus menjadikannya US$112.9 setong.

Sementara minyak mentah jenis Brent North sea (diperdagang di London) pula turun $1.26 kepada US$121.19 setong. Malah, penurunan harga minyak dunia itu turut diikuti dengan pengukuhan dolar Amerika Syarikat.

Ia adalah hari kedua berturut-turut kejatuhan mendadak untuk WTI dan Brent, yang dilihat mengukuhkan harga pasaran sejak bulan-bulan kebelakangan ini, di tengah- tengah pergolakan Arab yang memarakkan kebimbangan terhadap bekalan bahan mentah itu.

Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kerajaan membuat keputusan yang songsang dan tidak mengikut petunjuk yang betul apabila melaksanakan harga minyak mengikut pasaran semasa dalam negara.

“Kenaikan harga minyak yang dilakukan kerajaan mengikut purata bulanan tidak berpandu kepada harga pasaran dunia. Ini merupakan satu pentunjuk songsang yang dilakukan Umno-BN.

“Keputusan menaikkan harga minyak kali ketujuh dalam tempoh tertentu satu keputusan yang tidak waras,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, alasan yang seringkali digunakan kerajaan iaitu terpaksa menanggung subsidi akibat kenaikan harga bahan mentah itu juga tidak logik.

“Subsidi yang diperkatakan kerajaan hanya lah ilusi tetapi tidak dapat dibuktikan dengan angka, di atas kertas dengan pembentangan akaun yang betul,” ujarnya.

Ketika ditanya apakah Pakatan Rakyat mempunyai kaedah untuk menurunkan harga minyak selepas mengambil alih kerajaan di Putrajaya, Azan berkata Pakatan mempunyai mekanisme berhubung perkara itu.

“Kita mempunyai mekanisme tetapi kita tidak mahu hebahkannya sekarang sebab kita tahu ia akan diciplak oleh Umno-BN. Banyak idea yang kita kemukakan dirompak mereka. Apa yang saya ingin tegaskan adalah kerajaan tidak ada idea yang bernas untuk menangani isu kenaikan harga minyak ini,” ujarnya.

Jika dibuat perbadingan, harga minyak di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding negara lain seperti China (RM2.41), Brunei (RM1.29), Bahrain (87 sen), Kuwait (81 sen), Arab Saudi (58 sen), Libya (43 sen) dan Venezuela (16 sen).

KERIS PENDEK - LIDAH KONTOT

PASAL APA CABUT KERIS?


nota:
pasal apa sudah cabut minta maaf
apa salah keris ini?

apa pasal menjerit
lidah tak keluar






KDN PANDANG SERIOUS
- meloya

Kementerian Dalam Negeri memandang serius pendedahan mengenai pihak tertentu yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara selain melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.

Hishammuddin Hussein berkata, beliau turut terkejut dan sedih dengan pendedahan terbabit kerana dikhuatiri boleh mencetuskan ketegangan serta perbalahan antara kaum khususnya penganut Kristian di negara ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menasihatkan pihak-pihak yang menganjurkan majlis pertemuan itu supaya jangan sekali-kali mempolitikkan sebarang isu berkaitan agama.

“Saya sedih, kerana ada pihak pembangkang yang mempolitikkan agama lain dan mahu menimbulkan kemarahan kalangan penganut Kristian. Sebelum ini tak ada langsung,’’ katanya.

... SEDIH KEPALA BANA LAAAA....

… MALAON INI DULU BUKA KERIS… ..

… KERIS SUDAH TERHUNUS…. TAPI TARAAAAK APA APA…...

… TAK ADA APA APA … TUP TUP… MINTA MAAF…...

… PASAL APA MINTA MAAAF…. TAK KAN TERASA SALAH BUKA KERIS…...

… SAMPAI HARI INI ORANG GEROMBOLAN PAGGIL MALAON INI MAT KERIS TIPU…..


nota:
bini malaon ini terseksa
kerana lidah malaon ini
kontot



NGO PEGUAM SELAM

AZIZ BARI -WAJAH PUBLIC INTELEKTUAL



PAKAR : TIDAK PERLU BIMBANG JIKA PM BUKAN ORANG ISLAM - minsider

Pakar undang-undang Prof Abdul Aziz Bari berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri beragama Islam boleh menerajui kerajaan pusat dan keperluan seperti itu bertentangan dengan undang-undang sedia ada.

“Peruntukan bahawa perdana menteri mesti seorang yang beragama Islam tidak selaras peruntukan di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Aziz berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Zainul Rijal Abu Bakar semalam yang mengatakan perdana menteri wajar beragama Islam.

Kata Zainul Rijal, walaupun ia tiada dalam peruntukan undang-undang mengenai soal agama atau kaum untuk menjadi perdana menteri, namun ia perlu bagi membantu dalam hal ehwal agama Islam.

… JADI ISLAM SAJA BUKAN MENJAMIN MEMBAWA KEADILAN…..

..MUBARAK DI MESIR ISLAM.. PANDAI CAKAP ARAB..TAPI ZALIM…..

.. RAJA SAUDI… RUMAH DI MEKAH…..

....BUKA TINGKAP NAMPAK KAABAH…..

.... QURAN DALAN BAHASA ARAB SENDIRI......

.... TAPI DALAM DUNIA NO WAHID ZALIM…...

…MADEY INDIA MUSLIM…. TAPI ZALIM DAN LAKNAT…...

... SWEDEN NEGARA KAPIR.... PM SWEDEN KAPIR MAKAN BABI......

... TAPI UNIVERSITY UNTUK RAKYAT DIBERI PERCUMA.......

...PERUBATAN DIBERI PADA RAKYAT PERCUMA...

... WARGA SWEDEN TAK KERJA DAPAT DUIT BULANAN......

...SEMUA RAKYAT DI BERI RUMAH.......

nota:
pm agama islam ke
pm agama kristian ke
pm agama hindu ke
tidak menjamin keadilan akan wujud

keadilan wujud jika agihan ekonomi adil
keadilan wujud jika ada kebebasan ada
keadilan wujud apabila warga memiliki kebebasan bersuara
keadilan wujud jika ekonomi yang menjana masyrakat itu adil
tak sangkut paut dengan agam pm

Jumaat, 6 Mei 2011

Segerakan PRU 13, Tamatkan Budaya Fitnah Terhadap Pembangkang



SHAH ALAM 6 MEI : Kerajaan persekutuan digesa mempercepatkan pilihan raya umum ke- 13 bagi merungkai pemilihan kepimpinan negara yang berwibawa dan menamatkan serangan berbentuk fitnah terhadap pihak pembangkang.

Ahli Parlimen Kuala Langgat, Abdullah Sani berkata kerajaan pemerintah sepatutnya berdepan dengan pembangkang secara profesional melalui pilihan raya yang adil dan bukannya dengan menyuburkan budaya fitnah.

"Saya mahu memberi amaran, sekiranya pendekatan kezaliman seperti ini terus diambil, saya yakin rakyat tidak bodoh, rakyat sudah bijak menilai untuk angkat tokoh mana yang mereka akan pilih untuk PRU 13 akan datang, Saya saran kepada Najib, segerakanlah PRU 13, kita ke gelangang sebagai 'anak jantan' kemudian kita lihat pemimpin mana rakyat akan nobatkan sebagai pemimpin ulung negara," kata Abdullah.

Melihat kronologi fitnah berterusan termasuk pendedahan klip video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menyaksikan kebangkitan rakyat.

"Episod demi episod, fitnah demi fitnah dan keaiban demi keaiban berlaku dalam memastikan musuh UMNO-BN ini tidak mampu bertapak, tetapi percayalah sekira gugurnya perjuangan hebat Anwar ini, maka akan lahirlah ribuan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim di negara ini sekira itulah agenda utama UMNO-BN," katanya lagi.

Dalam pada itu, Abdullah Sani juga mengesa Polis agar bersikap neutral dan bebas dari terus ditunggangi UMNO-BN dalam usaha merealisasikan agenda politik sempit mereka.

"Sebab itu kalau polis membuat satu keputusan, wajib dengan teguh tanpa rasa segan silu mempertahankan apa yang mereka ada dalam siasatan sebagai satu asas, tetapi keadaan sekarang ini polis seolah-olah bersekongkol dengan peguam negara yang sedia maklum tahu beliau terlibat secara langsung dalam konspirasi ulung yang dilakukan pada 1998, dan ini berlaku sekali lagi penglibatan polis dengan peguam negara dalam kes Anwar ibrahim," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan polis yang dilihat akur pada telunjuk Pejabat Peguam Negara dengan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes rakaman video seks kepada Pejabat Peguam Negara.

"Dan mereka taksub pada peguam negara yang jelas agenda utamanya adalah menjatuhakan dan mengaibakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebab itu tidak logik apabila polis buat siasatan, diserahkan semula kepada peguam negara dan peguam negara meminta kembali polis mengadakan siasatan lanjutan supaya kes ini ada primafesinya, itu niat asalnya, jadi polis terpaksa ditunggangi agar hasrat jijik peguam negara ini dizahirkan dalam bentuk pendakwaan," ujarnya.

Kehidupan bekas KPN punah di tangan Gani Patail

azlanPersepsi buruk rakyat terhadap Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan berterusan jika pihak berkuasa itu "terlalu menurut karenah" Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, kata bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Sebagai bekas pegawai kanan polis yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, beliau sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan 'pisang akan berbuah dua kali'.

"Saya tidak bimbang untuk menyatakan, bahawa akibat terlalu melayani karenah Peguam Negara dan terlalu mengharapkan dan percaya kepada Gani Patail, menyebabkan mantan ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor terpaksa masuk ke penjara selama dua bulan selain terpaksa membayar denda maksimum RM 2000."

"Pada hal, sekiranya Rahim Noor mengekalkan pendirian dan keputusan beliau sendiri yang dibuat secara gentleman pada 8.10.1998, untuk mengambil tanggung jawab sepenuhnya akan keterlanjuran beliau mencederakan Anwar, kemungkinannya beliau akan hanya didenda sahaja serta mengelakkan penyiasatan yang agresif terhadap beliau.

"Kemungkinan ini berdasarkan beliau mempunyai faktor mitigasi yang kukuh dan diperkuatkan lagi apabila mahkamah dijangka mengambil kira jasa beliau kepada keselamatan Negara yang tidak ternilai, khasnya ketika beliau menjadi Pengarah Cawangan Khas," katanya.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Mat Zain mendakwa akibat dipermainkan oleh Gani Patail, Rahim bukan sahaja telah dipenjarakan, malah sehingga lebih kurang dua bulan yang lalu, beliau dilabelkan "orang yang bertanggung jawab merosakkan imej negara di kaca-mata antarabangsa.

azlanBagi mengukuh dakwaannya, Mat Zain memetik tulisan memoir Doctor In The House karya mantan perdana menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad muka surat 693 ... “Rahim did me no favours politically – in fact, he did much harm to Malaysia's International standing.”

"Tidak dapat dielakkan kenyataan tersebut akan kekal dalam sejarah hidup Rahim Noor dan keluarga dan menjadi sejarah hitam buat PDRM.

"Manakala segala pengorbanan dan jasa Tan Sri Abdul Rahim Noor kepada Negara dilupakan selamanya," katanya dalam surat setebal lapan muka surat itu.