Jumaat, 15 April 2011

APA PERANAN NAJIB DALAM PEMBUNUHAN ALTANTUYA

APA PERANAN NAJIB












KENYATAAN MEDIA


Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang
disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta di
dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. Akuan Bersumpah
tersebut telah mendedahkan dakwaan seri us terhadap Perdana Menteri
Dato' Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.

Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan
Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai.
Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan
kandungan sepenuhnya. Wawancara televisyen tidak sedikit pun
menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan
wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes
ini. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah
mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau
telah dimaklumkan oleh "sumber yang boleh dipercayai" berkenaan
perkara ini.

Apa yang lebih mustahak adalah tiada penjelasan yang memuaskan dari
Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib atau pihak Kerajaan berkaitan
dakwaan oleh akhbar Liberation yang berpengkalan di Perancis tentang
kaitan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penjualan
tiga buah kapal selam oleh syarikat Amaris dari Perancis kepada
kerajaan Malaysia. Pada ketika itu, Najib merupakan Menteri Pertahanan
dan bertanggungjawab ke atas pembelian tersebut. Persoalan ini adalah
sangat mustahak dalam konteks kepentingan awam.

Juga tiada sebarang penjelasan yang jelas tentang mengapa syarikat
Perimekar dari Malaysia menerima bayaran €114 juta dari urusan
pembelian kapal selam. Urusan pembelian tersebut kini di dalam
siasatan di Perancis kerana dipercayai melibatkan unsur rasuah. Adalah
mengecewakan manakala pihak Perancis giat meneruskan siasatan ke atas
perkara ini, namun di Malaysia ianya kelihatan 'disapu ke bawah
permaidani'. Dakwaan dan isu yang menyelubunginya adalah sangat serius
dan sewajarnya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk melakukan
siasatan.

N. SURENDRAN
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Khamis, 14 April 2011

Rais Yatim `Tanggang Moden'

Artikel
"RAIS anak kepada Yatim seorang Ahli Parlimen Jelebu, iaitu MP bagi kawasan saya juga. Saya berada di Dun Pertang iaitu salah satu Dun di bawah Parlimen Jelebu. Rais Yatim baru-baru ini pernah digemparkan dengan satu skandal dan kisah itu berlarutan hingga ke mahkamah kerana Rais menafikan tuduhan terhadapnya dan memfailkan saman ke atas seorang Blogger yang hanya membuat `copy paste' kununnya skandal melibatkan beliau.

Sekarang ini, Rais ke hulu ke hilir di bumi sarawak menawarkan WIFI kepada beberapa kawasan sempena Pilihanraya Negeri pada 16 Apr ini. Di mana ada pilihanraya kecil sebelum ini, itulah modal yang ada pada Rais. Lihat sahaja sewaktu PRK Galas, Tenang, Merlimau dan juga di Kerdau sebelum ini. Sekarang modal yang sama dibawa ke Sarawak.

Saya tidak tahu samada kesemua kawasan yang Rais telah janjikan itu sudah berjalan atau belum WIFInya, tetapi setahu saya WIFI yang dijanjikan sewaktu PRK Bagan Pinang dahulu pun tidak berjalan lagi. Yang jelas, Adun Bagan Pinang Isa Samad nikah baru. Kali ini janji dibawa ke Sarawak pula, mana tahu jika rakyat Sarawak mudah tertipu lagi.

Mana lojiknya Rais mahu wujudkan WIFI di merata tempat kerana di Parlimennya sendiri, usahkan WIFI, bas awam pun tiada. Jika anda tidak percaya, anda naik bas dari Seremban ke Kuala Pilah. Dari K.Pilah, anda cuba cari bas menuju ke kawasan Jelebu. Anda tidak akan jumpa mana-mana bas yang akan masuk ke beberapa kawasan kampung di Jelebu termasuk ke kampung saya. Memang malu mahu ceritakan betapa dhaifnya kampung sendiri, tetapi terpaksa juga ceritakan kerana nampaknya Rais Yatim seperti `Si Tanggang Moden 'yang lupa asal usul kawasannya. Itu belum dilihat kepada beberapa jalanraya di kawasan Jelebu, amat teruk dan memalukan.

Jika anda pergi ke Pekan Kuala Klawang, iaitu suatu Pekan yang menjadi ibu daerah Jelebu anda akan lihat sekitar jam 6 petang pekan ini akan sunyi sepi. Berbeza dengan Pekan Bahau yang kini berada di bawah DAP, pekan ini meriah dan sibuk sehingga ke tengah malam. Jalan yang paling baik di Jelebu hanyalah sekitar jalan dari Seremban ke Pekan Kuala Klawang sahaja. Mungkin jalan itu hanyalah untuk memudahkan perjalanan Rais Yatim dari KL balik ke kawasannya di Kuala Klawang.

Rais Yatim tentu fikir rakyat di Jelebu tidak tahu apa-apa tentang internet, IT dan sebagainya. Sebab itu WIFI tidak perlu di Jelebu. Perkhidmatan 3G pun banyak kawasan yang tidak memperolehinya. Apakah rakyat Jelebu mahu mimpi untuk menikmati perkhidmatan WIFI? Jika rakyat Jelebu terasa ingin menikmatinya juga, tunggu sahaja jika ada PRK di Jelebu. Soalnya sekarang, adakah rakyat Sarawak terpedaya dengan `Si Tanggang Moden' ini? /

RM1.5b wang rakyat dalam 1MDB diguna selamatkan kroni Taib – Anwar

Artikel KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat pendedahan menggemparkan bahawa sebanyak RM1.5 billion wang rakyat diguna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyelamatkan syarikat kroni Taib Mahmud.

Ia dilakukan menerusi syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang melakukan urusniaga meragukan untuk mengelabui mata rakyat, kata Anwar.

1MDB melakukan urusniaga dengan syarikat PetroSaudi dari Arab Saudi, untuk membolehkan syarikat UBG Berhad, yang menghadapi masalah kewangan dan dimiliki keluarga Taib, diselamatkan.

“Untuk memperdayakan rakyat, Najib isytihar keuntungan 1MDB sebanyak RM425 juta pada tahun pertama operasinya. Namun, beliau tidak pernah memberitahu kita bagaimana (keuntungan itu diperoleh).

“Hari ini kita ada penyata kewangan 1MDB yang mendedahkan salahguna wang kerajaan tanpa rasa malu yang dilakukan Barisan Nasional dan bagaimana mereka berterusan menyalahgunakan kekayaan negara,” kata Anwar.

Menurut Anwar, keuntungan sebanyak RM425 juta yang diisytihar pada tahun kewangan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac 2010 mendedahkan perkara yang berbeza apabila diteliti dengan lebih dekat.

“Lima bulan selepas membayar RM3.5 billion untuk pelaburan projek usaha sama dengan PetroSaudi, 1MDB menjual semula pelaburan itu kepada pemilik PetroSaudi dengan harga RM4.1 billion.

“Pada mata kasar,ia kelihatan seperti keuntungan yang menakjubkan. Namun, PetroSaudi yang menerima wang tunai sewaktu 1MDB membeli pelaburan tersebut kini membayar pembelian semula itu melalui skim pinjaman selama 11 tahun yang akan hanya selesai pada 31 Mac 2021.

“Sekarang, hampir 70 peratus modal asal 1MDB adalah dalam bentuk pinjaman, yang tiada jaminan lagi akan dibayar semula sepenuhnya,” kata Anwar.

Malahan, urusniaga itu juga dilakukan pada hari terakhir tahun kewangan 1MDB, 31 Mac 2010 bagi menipu rakyat.

“Silap mata perakaunan ini dilakukan untuk menunjukkan keuntungan meragukan yang diisytiharkan Najib,” kata Anwar.

Perkara paling mengejutkan, kata Anwar, adalah hubung kait Taib Mahmud dengan 1MDB melalui urusniaga yang meragukan.

“Pada tahun lalu juga, PetroSaudi membayar RM1.5 billion untuk mengambil alih UBG Berhad, instrumen pelaburan milik empayar keluarga Taib Mahmud yang menghadapi masalah kewangan,” kata Anwar.

Justeru, Anwar menuntut agar satu audit khas dilakukan untuk menyiasat samada urusniaga yang melibatkan 1MDB, PetroSaudi dan UBG menggunakan wang rakyat dan digunakan untuk tujuan politik yang tertentu.

Anwar juga menuntut sebarang usaha 1MDB meraih dana daripada bank dihalang sehingga audit itu selesai. Sebarang usaha untuk memindahkan harta kerajaan seperti cadangan menganugerahkan sebidang tanah di Jalan Cochrane juga perlu dihentikan, kata Anwar.

Anwar juga menuntut satu pendedahan siapa sebenarnya di belakang 1MDB dilakukan agar rakyat yakin bahawa 1MDB betul-betul kukuh untuk memenuhi komitmennya.

Selasa, 12 April 2011

KALI KE 2 MUHYIDDIN NYARIS NAHAS HELIKOPTER: SUDAH-SUDAHLAH GUNA WANG RAKYAT.


Hari ini sekali lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin nyaris terlibat dalam kemalangan helikopter. Kalau tak silap saya sebelum ini beliau juga terselamat apabila helikopter Nuri milik TUDM yang dinaiki terpaksa mendarat cemas selepas menghantar Muhyiddin dalam satu program yang kebetulan juga di Sarawak.

Walaupun Muhyiddin tidak menaiki helikopter terbabit dengan nahas itu tetapi ia cukup mendedahkan kepada umum bagaimana pemimpin Umno/BN menggunakan wang rakyat dan aset milik negara. Atas kapisiti apa pemimpin Umno/BN menggunakan wang rakyat untuk tujuan kempen politik? Cuba tanya Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng adakah mereka guna wang rakyat untuk datang berkempen di Sarawak?

Hari ini kita dapati jentera BN diketuai Perdana Menteri menggunakan pelbagai aset negara yang cukainya dibayar oleh semua rakyat tanpa mengira ideologi politik secara sewenang-wenangnya. Apakah hendak menunggu nyawa melayang ketika menggunakan harta milik rakyat baru nak insaf? Apakah jatuhnya helikopter membawa petanda tidak baik kepada BN? Kita tunggu je lah 16 April nanti.

Isnin, 11 April 2011

PRN Sarawak: Senarai Hasil Rompakan Keluarga Taib Mahmud

  1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
  3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang – Future Atmosphere Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  4. 11,000 hektar … di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  5. 3,000 hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yang berkahwin dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) dan CEO kepada SCORE Wilson Baya Dandot.
  6. 750 hektar … di Jalan, Miri.
  7. 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan terbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd dan Mesti Bersatu Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Raziah Mahmud.
  8. 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  9. 5,000 hektar … di Sungai Teru dan Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  10. 1,100 hektar … di Sungai Karap – Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  11. 10,000 hektar … di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.
  12. 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  13. 4,000 hektar … di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  14. 4,500 hektar … di Sungai Tutoh – Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.
  15. 5,000 hektar … di Sungai Karap dan Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
  16. 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  17. 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).
  18. 2,600 hektar … di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).
  19. 10,000 hektar … di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
  20. 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
  21. 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi – Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.
  22. 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).
  23. 10,000 hektar … di Sungai Takan dan Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd – Elia Geneid (anak saudara Taib).
  24. 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd dan Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) dan Robert Geneid (ipar Taib).
  25. 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  26. 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  27. 5,000 hektar … di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  28. 13,000 hektar … di Sungai Bawan – Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  29. 4,000 hektar … di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  30. 5,000 hektar … di Kenyana – Rajah Mutiara Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  31. 2,000 hektar … di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
  32. 2,050 hektar … di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
  33. 5,000 hektar … di Antara Batang, Oya dan Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  34. 10,500 hektar … di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  35. 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) dan Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).
  36. 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  37. 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  38. 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  39. 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  40. 1,113 hektar … di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  41. 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  42. 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa, Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  43. 15,000 hektar … di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd dan Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) dan Azerina Mohd Arip (ipar Taib).
  44. 7,700 hektar … di Paloh – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  45. 9,000 hektar … di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).
  46. 5,000 hektar … di Sungai Selepong dan Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kepada YB Norah binti Abdul Rahman yang juga sepupu Taib).
  47. 70,000 hektar … di Bijat Land District, Sri Aman – beberapa buah syarikat yang diuruskan oleh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
  48. 2,300 hektar … di Sungai Klauh dan Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd – Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).
  49. 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  50. 900 hektar … di Melugu, Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  51. 7,000 hektar … di Simunjan – Gedong Plantation Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
  52. 5,000 hektar … di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
  53. 5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
  54. 700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).
  55. 1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  56. 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).
  57. 354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong dan Ensengai Road, Serian – diberikan kepada Usaha Jasamaju Sdn Bhd – pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) dan Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun daripada Ta Ann Holdings dan Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dengan Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yang merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.
  58. 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad – Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).
  59. 10,000 hektar … di Sungai Bakong dan Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
  60. 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) dan Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).
  61. 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

Dan banyak lagi yang akan didedahkan oleh blog Perisik Rakyat…