Khamis, 31 Mac 2011

'Pegawai SPRM tonton pornografi selepas soal Teoh'


Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock.

Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.

Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.

NONEDalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longgar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?

Hishamuddin: Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).

Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?

Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

Foong: Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.

Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.

“Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri,” katanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh.

JANGAN KENA TIPU

ANAK MUDA WAJIB MENYUSUN DARI SEKARANG


nota:
saudagar loji nukelar
akan melobi
mereka akan membayar para kang kong
untuk menipu
mereka kan membayar politikus
untuk menipu
mereka akan membayar raja gopal
untuk menipu

lihat klip video ini
dari zaman chernobyl lagi
saudagar loji nuklear telah menipu

rakyat jepun telah ditipu
kerajaan jepun telah menipu
madia cuba menyorokan fakta

pertubuhan bangsa bangsa bersatu - UN
telah juga menipu


bayangkan jika malaysia membuat loji nukelar
tak kan orang ramai tak sedar tentang
teknoloji membuat cermin tingkap kereta proton
yang hingga hari ini masih beluam selesai

tak kan tak sedar bagaimana stadium runtuh
tak kan tak sedar bagaimana jambatan runtuh

bayangkan jika loji ini dibuat
rasuah
tumbuk rusuk
kelentong
tipu helah akan dilakukan

hanya satu jalan!

kita humbankan gerombolan
untuk selama lama nya

mulakan di serawak!


nota:
bila sudah tonton
beritahu kawan kawan
sedarkan yang belum sedar
lagikan jepuan yang terbesar dan tergagah
teknolojinya tidak dapat melawan resapam radipoaktif
inikan pula teknoloji dari profesor kang kong lulusan sintok
kah kah kah


NOTA:
bergerak lah kamu sebelum kamu di baham barah!



BELUM KENA RADIOAKTIF DAH GILA




MB PAHANG JAMIN KILANG KIMIA MILIK LYNAS SELAMAT
- meloya

BENTONG 31 Mac – Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob memberi jaminan bahawa pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia milik Syarikat Lynas Corporation Ltd. dari Australia di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan, adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar.

Katanya, kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan dan pandangan daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut sebelum bertindak meluluskan tapak pembinaan kilang itu.

"Pembinaan kilang itu sengaja dijadikan isu politik oleh pihak tertentu yang didalangi pihak parti pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, beliau dan semua pengerusi jawatankuasa kerajaan negeri diberikan taklimat kali kedua daripada LPTA dan pakar tenaga atom yang diketuai Ketua Pengarah LPTA, Raja Abdul Aziz Raja Adnan.

Menurut Adnan, sebelum meluluskan permohonan daripada syarikat berkenaan pada tahun lepas, ia telah melalui beberapa proses yang ketat dan membabitkan beberapa badan teknikal daripada LPTA dan pihak-pihak yang berkaitan dengan nuklear.

"Kita berharap penduduk terutamanya di Kuantan tidak merasa panik atau gusar apabila kilang itu yang dijangka beroperasi pada September ini kerana ia tidak akan membebaskan radiasi dan membuang sisa-sisa air yang digunakan untuk memproses bahan tersebut tetapi air itu akan dikitar semula,” katanya.

Semalam, kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen kerana membantah pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia itu.

YA AMPOOON…. INI PANDANGAN TERBAIK DARI PROFESOR DATUK DOKTOR ADNAN YACOB Phd. DPB. PPB.. KTM..LLN…..

..…INI JUGA PROFESOR DATUK PADIKA RAJA AZIZ RAJA ADNAN AL MARHUM RAJA GOPAL…Phd..KRT..LLB..KKN..DDT

MAMPUSLAAA…ORANG PAHANG…...

..KAWAN TOK TAU LAAA… APA NAK CAKAP…...

KAWAN RASA ORANG ORANG KENA TIPU….…

PATIN SUNGAI PAHANG JADI MUTAN…..

PUNAI ORANG PAHANG AKAN BERCABANG TIGA…...

ORANG PEREMPUAN PAHANG AKAN BERKOPEK EMPAT….…


POLIS NAK JADI BARUA GEROMBILAN

SIASATAN POLIS KE ATAS ANWAR IBRAHIM


Pada 30 Mac 2011, pihak polis telah mengemukakan satu notis di bawah
Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah ke atas Ketua Pembangkang Malaysia,
Anwar Ibrahim.

Notis tersebut mengarahkan beliau untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah
Ampang untuk disoalsiasat polis berkaitan ceramah yang beliau
sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac 2011 di Pusat Khidmat Rakyat
Parlimen Gombak.

Polis,secara salah telah mengacau-ganggu ceramah sebaik saja
Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan
mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden KEADILAN,
YB Azmin Ali.

Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini di bawah Seksyen 4(1)
Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya
digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan
bersuara dan berhimpun.

Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas
moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang
dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.

Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua
kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman
mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa. Di dalam sistem demokrasi
berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks
perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan
dan menyediakan peranan 'semak dan imbang' ke atas semua tindakan dan
dasar kerajaan.

Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan
menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas
sistem demokrasi kita.

Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini jelas bermotifkan
politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang
terang dan jelas.

Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar
segera dan semua yang bertanggungjawab menginstitusikan penyelewengan
ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana
kedudukan ataupun kuasa mereka.

Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan
untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas
pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan,
menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti
masyarakat, dan
pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah.

N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT


BILA SANTA MENARI POCO POCO

MAT SANTA PILIHANRAYA




nota:
santa ini cukup aktif
terutama dalam pilihanraya kecil
sekarang ini santa sedang berada
di sawarak kah kah kah



MUFTI WAJAR NYATA PENDIRIAN, KATA DR ASRI -mkini

Para mufti wajar menyatakan pendirian mereka berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua umum PKR, Anwar Ibrahim, kata bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Kita kena bezakan (supaya), apabila bercakap, jangan main selak kain (orang). Kita tidak cakap video itu (sama ada) betul atau salah. Kita bercakap mengenaipolitik idea untuk membela rakyat.

“Kita bercakap tentang prinsip. Apa nak jadi, kalau ahli politik bercakap mengenai melondeh kain orang. Apa yang rakyat dapat.

“Bahkan (dalam) prinsip Islam pun menentang perkara-perkara seperti ini. Jadi mereka (mufti) perlu berkata sesuatu (mengenai perkara ini). Saya tidak mahu memaksa mereka (untuk berkata),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Hujung minggu lalu, Dr Mohd Asri mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

YAAAA AMPOOOON…...

TOLONG JANGAN BERI TEKANAN PADA MUFTI…..…

MUFTI INI HANYA KERJA ...CARI MAKAN….…

FATWA HARAMKAN BAJU SANTA CLAUS BOLEH…...

FATWA HARAMKAN POCO POCO BOLEH….…

YANG LAIAN SOOOOORIIII BEBEEEEEB…. CARI MAKAN….…

nota:
mufti di malaysia ini memang tak dihormati
ini kerana mereka cari makan dengan gerombolan
bukan macam para ayatolah mereka mendapat
sokongan dari orang ramai yang bersedekah dan berwakaf
dana yang datang tak sangkut paut dengan daulah

nota
kunci semua ini ialah ekonomi
kalau tak ada kebebasan ekonomi macam mana
nak bebas berfikir – gaji taraak – ilmu pun kureeeng
buku taraaaak tulis. nak jadi tok siak pun mungkin
tal dapat

YA AMPOOON

DARI FACEBOOK :


Zunar Kartunis
Rahim Tamby Chik beri amaran kpd blogger supaya jangan fitnah beliau. Dia kata dia tak pernah disabitkan apa2 kesalahan jenayah. Agak2 anda apa akan jadi kalau Rahim saman Tukar Tiub?

Rahim Thamby Chik kata akan saman blogger. Apa akan berlaku kalau Rahim saman Tukar Tiub RM100 juta? Kalau bersalah Tukar Tiub akan diistihar bangkrup. Itu tak jadi masalah kerana Tukar Tiub memang sudah bangkrup dari azali. Harta-harta Tukar Tiub akan dirampas, jadi inilah yang akan Rahim dapat.

--
Zunar
Political cartoonist
012 3058262
"How can I be neutral even my pen has a stand!"


INI YANG AKAN JADI PADA RTC





nota:
juga dapat dua ekor anjing
tiga ekor kucing
dan dua ekor kura kura










MALIKUL TIBAI MAT MONGOL

TELAH BERANI LAWAN BOSS




nota:
perebutan telah bermula
mat mongol nak masukkan orang dia
malikul juga nak masukkan orang dia
mat taib pun ada nama calon spesial
perang dah mula







TOLAK JANJI MANIS JEMBALANG ,KATA MUHYIDDIN -mkini

Rakyat Sarawak perlu menolak "hantu" dan "jembalang" yang akan datang dengan mulut yang manis membuat pelbagai janji dan tawaran tetapi sebenarnya hanya pembohongan dan kepalsuan, kata Muhyiddin Yassin.

Katanya pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April depan adalah peluang terbaik bagi rakyat Sarawak berbuat demikian.

Muhyiddin berkata "hantu" dan "jembalang" itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini.

"Perjuangan mereka hanya untuk kepentingan suku sakat mereka... bukan untuk semua rakyat. Ini (pilihan raya negeri) adalah detik penentuan yang penting bagi rakyat Sarawak untuk masa depan yang terjamin," katanya.

Muhyiddin berkata BN tidak pernah berbohong kepada rakyat dan berharap rakyat terus memberi memberi sokongan apabila tiba masa
penentuannya supaya rakyat Sarawak terus terbela.

MALIKUL SEMBAB… SUDAH MULA NAK KAUTIM DENGAN PAKATAN…

SENYAP SENYAP SUDAH BUAT DEAL DENGAN PAKATAN….

….INI LAH KENYATAAN PERTAMA NAK BANTU PAKATAN RAKYAT…….

MALIKUL SUDAH TUNJUKKAN PADA ORANG SERAWAK…. ADA HANTU DARI SEMENANJUNG…....

HANTU UNTUK SUKU SAKAT…...

JEMBALANG UNTUK KAUM KELUARGA….

INI BETUL BETUL TIBAI MAT MONGOL…...

nota:
perhatikan dengan teliti
malikul sembab TIDAK membuat
apa apa kenyataan tentang filem tiga mat boroi
malikul sembab sedar filem ini sedang menibai
mat mongol dan orang ramai makin tak percaya
bukan saja filem ini – jubur saiful yang bercabang tiga
pun orang tak percaya

orang ramai hanya percaya pada kueh karipap ummi hulfidah

Harusani - Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja

Harussani: Saya tak membisu, pernah kecam video seks aib Anwar

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.

“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.

“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya.

Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.

“Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.

Rabu, 30 Mac 2011

BLACK 14 - ANAK MUDA MELAWAN FITNAH

SATU LAGI FITNAH






VIDEO SEKS KUKUH KAN ANWAR – wall street journal

Pendedahan rakaman video seks awal minggu lalu boleh memperkukuh imej Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim jika beliau dapat meyakinkan rakyat bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, demikian menurut Wall Street Journal hari ini.

Akhbar yang mempunyai edaran di seluruh dunia menulis, jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berjaya dalam usahanya menafikan pembabitan beliau, ia akan memperkukuh kepercayaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu adalah mangsa komplot politik dan akan mendatangkan kesan buruk ke atas Umno, yang dilihat ramai sebagai pihak di sebalik pendedahannya.

“Jika Encik Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini hanya akan menjadikannya lebih kuat, ia akan memperkukuhkan kepercayaan di dalam dan luar negara bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan bermotifkan politik,” kata akhbar itu.

“Ia akan membawa berita buruk bagi Umno, yang telah pun mengatakan rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka,” tulis akhbar itu dalam ruangan pendapatnya, siaran hari ini.

Ia menulis bahawa Barisan Nasional (BN) diterajui Umno kini terdedah kepada tanggapan tidak memihak mereka meskipun Najib Razak berada dalam “kapal selesa” sejak menerajui kepimpinan pada April 2009.

Jumaat lalu, Najib yang Presiden Umno berkata, partinya tidak terlibat dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T”, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

“Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan,” kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

“... sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak,” tambahnya.

Anwar yang membuat laporan polis Selasa lalu mendakwa wujud pembabitan Najib dan juga Hishammuddin Hussein, yang juga Naib Presiden Umno, dalam isu ini.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mahu Najib dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memikul tanggungjawab dalam hal ini ekoran pengakuan “Datuk T’ bahawa mereka yang mendedahkan rakaman video seks ini.

Najib berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

Rabu lalu, bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah memberi keterangan mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis.

Abdul Rahim merupakan bekas ketua Pemuda Umno pusat dan Pengerusi Risda.

Akhbar Wall Street Journal menambah, waktu rakaman video seks ini didedahkan juga signifikan dari segi politik memandangkan pilihan raya umum tergempar dijangkakan lewat tahun ini.

Pilihan raya negeri Sarawak yang pembangkang meletakkan sasaran untuk merekodkan prestasi lebih baik kali ini akan berlangsung 16 April.

Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan nasibnya dijangka diketahui bulan depan selepas pendakwa telah menutup kes mereka baru-baru ini.

SUDAH KANTOI LAGI MANTOI…...

APA JADI DENGAN JUBUR SAIFOOOL…...

APA JADI DENGAN DNA – DATUK NAJIB ALTANTUYA…...

APA JADI DENGAN PUNGKOK AZIZAN…...

APA JADI DENGAN PELACUR KOREA…...

APA JADI DENGAN PELACUR MEXICO…....

SEMUA KONSPIRASI…...

SEMUA TIPU…..…

…. SEKARANG SEMUA SUDAH KANTOI MANTOI…..

Eskay Rupanya Tukang Urut Mahathir


SEMASA saya berada di Kuching Sarawak lagi kawan ini mencari saya. Katanya ada perkara penting. Saya kata bagi tahulah, tak boleh katanya, sebab melalui telefon. Nanti orang tape susah nanti. Dari gambaran percakapan kawan ini saya sudah mengagak apa yang hendak diceritakan ada kena mengena dengan kes video lucah yang panas waktu itu Jam 6.00 petang semalam kami berjumpa untuk sama-sama ke stadium Melawati Shah Alam Selangor, untuk solat hajat. Saya lebih kepada untuk cover majlis berkenaan, nak lihat perkembangan terbaru dan reaksi orang ramai ekoran pendedahan video lucah itu.Apa lagi katanya pada malam Sabtu lalu ketika Anwar Ibrahim mengadakan ceramah di Melawati polis sudah mula tunjuk taring. Orang ramai juga sudah mula tunjuk kuku. Nampak polis dengan orang ramai nak bertempur sekali lagi.Pertempuran polis dengan orang ramai ini nampaknya akan berlaku di setiap era perdana menteri, Tahun 1998 dulu di era Mahathir, membawa ke era Abdullah Badawi pada tahun 2004 kemudian membawa pula kepada era Najib Razak.Apapun era Mahathir jadi PM polis nampak lancang dan kejam. Kejam tidak kejam, sampai ketua polis bertukar menjadi serigala memukul muka Anwar hingga lebam teberam. Sampai kena tubuh suruhanjaya di raja la.Di zaman Abdullah polis tidaklah sekejam itu. Rupanya perangai polis ini ikut perangai siapa jadi PM. Bagaimana di zaman Najib? Itulah yang mengajak saya ke stadium Melawati semalam. Saya ingat episod yang terlepas dipandang mata saya di Melawati yang jaraknya tidak sampai 3 km dari rumah saya tak sempat tonton kerana saya di Kuching, akan bersambung di Shah Alam.Benar seperti saya kata, kawan ini nak bercerita mengenai video lucah. Mengenai identiti dan latar belakang salah seorang yang menjadi penunjangnya, yang bernama Shazryl Eskay atau Datuk T.Menurut kawan ini dia kenal benar dengan Shazryl seorang ini. Dia bukan sembarangan orang. Dia bukan Melayu jati dan bukan juga mamak jati. Bukan juga Siam jati. Katanya, ayah Shazryl ini adalah seorang India yang berasal dari Sarawak. Manakala emaknya pula berbangsa Siam berasal dari Kedah. Ertinya di dalam tubuhnya tidak ada setitik pun darah Melayu, macam Mahathirlah.Wah betullah apa yang dicerita oleh Johari Abdul di stadium Shah Alam malam tadi. Ketika Johari Abdul bercerita saya tersenyum sahaja. Tetapi cerita Johari itu tidak panjang dan sampai kepada 'potet' (mauduk) sebenarnya. Apa diceritakan Johari si anak keling + siam ini hanya ada syarikat di Langkawi Kedah, setakat itu saja.Adapun menurut kawan ini dia kenal anak keling + siam ini semasa dia berada di Okhlahama, Amerika Syarikat. Ketika itu dia menjadi fisiotrapi atau dalam bahasa orang kampung tukang urut kepada atlit Malaysia. Sama sajalah dengan tukang urut barang di Chow Kit atau pun Puduraya. Itu saja tugasnya.Tugasnya ialah mengurus atlit Malaysia. Kata kawan itu dia juga pernah mengurut dengan anak keling + siam ini dan memang berbaloi. "dia memang sesuai untuk mengurut orang besar," begitulah cerita kawan ini.Kehebatan dia ini pandai mengurut barang diketahui oleh menteri sukan yang ketika itu Abdul Ghani Othman, MB Johor kini. Ghani merekmen kepada Mahathir untuk merasai penangan anak keling + siam ini. Entah macam mana Mahathir jadi minat dan menyuruh Ghani mengambil orang ini untuk menjadi tukang urut negara - urut atlit.

Hasrat Mahathir itu dipersoalkan oleh beberapa pegawai di Majlis Sukan Negara. Timbul perbalahan kerana untuk mengambil orang ini menjadi tukang urut negara tidak boleh sebab dia tidak ada kelulusan setaraf dengannya untuk menjalankan tugasnya. Apa lagi tugasnya bukan saja menjadi tukang urut tetapi dia juga akan jadi tukang bancuh ubat kepada atlet. Tetapi kerana ia diatas kehendak Mahathir syarat itu dilanggar maka jadilah orang ini sebagai tukang urut negara. Ertinya Mahathir sedia melanggar syarat kerana mahukan orang yang separuh berketurunan dengannya ini.

Kisah ini juga ada dalam pengetahuan Ismail Said, bekas setiausaha parlimen menteri belia sukan. Dia boleh menceritakan bagaimana pertikaian untuk melantik orang ini sebagai pegawai perubatan alias tukang urut negara.Mahathir ada tujuan lain di sebalik itu, dia mahu jadikan Eskay ini sebagai tukang urutnya. Cerita kawan itu di sinilah Mahathir berhubung dengan SK. Mahathir juga bermurah hati telah melantik Eskay menjadi setiausaha perdagangan Malaysia di Thailand.Apakah anologi dan moral di sebalik cerita berkenaan? Dua daripada orang yang terlibat dengan pembikinan video lucah itu adalah kenalan rapat dan kepercayaan Mahathir. Rahim Tamby Chik adalah rapat dengan Mahathir orang yang mendapat blessing daripada didakwa atas tuduhan rasuah. Rujuk kepada pendedahan Lim Kit Siang dan Anwar malam tadi.Eskay pula sebagai tukang urut orang yang mungkin dapat jamah senjata politik paling sulit Mahathir. Mungkin Eskay tahu saiz dan kepanjangannya sekali.Cuma kalau tidak rapat dengan Mahathir ialah si Shuib Lazim. Ini pun tidak kisah kerana Shuib adalah proxy dalam kepentingan tertentu Mahathir dan juga Daim. Kalau begitu maka makin jelaslah apa yang sudah mulai menjadi clear. Walahualam

Re: Eskay Rupanya Tukang Urut Mahathir?
by tukaunama

benarlah Eskay Shazril ni pernah menulis buku sains sukan suatu waktu dahulu.

mungkin kerana dimamah usia sampai tak kenal sangat mukanya.

sebut je pasal sukan teringat pulak Mumtaz Jaafar.

Sebut Mumtaz Jaafar teringalah pulak dia ni bekas Penguasa Polis.

Mumtaz Jaafar, Rosmah dan beberapa nama lagi, sinonim dengan Saiful.

pergghhhhhhhhhhhhh.

dendam kesumat Thambey Madey nampaknya tak pernah padam.




Re: Eskay Rupanya Tukang Urut Mahathir?
by lelakidicermin

kalau wartawan tanya mahathir kenal tak ESKAY..?. aku boleh agak jawapan mahathir..... sama jawapan masa vencent tan dpt keistemewaan di penjara dulu.. VENCENT TAN KAWAN PADA KAWAN SAYA... TAK SEMESTINYA VENCENT TAN ITU KAWAN SAYA....



Re: Eskay Rupanya Tukang Urut Mahathir?
by memanda


Cerita yang berangkai2 ini akhir nya tau juga siapa pengarah nya, ia itu madey kutty!! Walau pun usia dah senja tapi jahat nya tak sudah2!!



Re: Eskay Rupanya Tukang Urut Mahathir?
by dukalara

Kalau Madey dok diam dan tak tolong Najib, takut anak-anaknya tak dapat projek mewah. Dan paling ditakuti bimbang didakwa atas kesalahan lalu.



Re: Eskay Rupanya Tukang Urut Mahathir?
by pemerhati44

Adakah anda semua persaan raut wajah si Eskay ni....tidak ke ada mirip DSAI?