Isnin, 30 Ogos 2010

YANG MANA SATU - BOLEH BANTU

nota:
yang mana satu boleh bantu
untuk pa chu cheng

yang mana satu boleh bantu
untuk ngaaaaang

yang mana satu akan bantu untuk selaras kan barang !


ISU BUKAN ISLAM MASUK MASJID

PARTI KEADILAN RAKYAT KENYATAAN MEDIA


Isu Bukan Islam Masuk Masjid

Bagaikan menahan lukah di pergentingan, UMNO dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka. Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, UMNO dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini.

Peristiwa Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009 yang lalu, telahpun hampir dilupakan. Kini tindakan YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang dan YB William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pula dijadikan isu besar.

Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hokum Hakam Islam). Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini. Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid. Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah. Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.

Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"

Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini.

Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.

Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.

Sewajarnya, para wakil rakyat PR demikian perlulah diberikan pujian kerana kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini.

Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.
Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan UMNO selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam.

Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu. Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan. Kita sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala UMNO ini.

Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita. Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut di dalam batu.

Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan. Inilah keyakinan kita kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.

28 Ogos 2010

DR MUHD NUR MANUTY
Pengerusi
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat


SELAMAT BERBUKA PUASA

TAK BOLEH MASUK MAJID


tak boleh masuk majid kalau china

tak boleh masuk masjid kalau china
dap
tak boleh masuk masjid kalau chin
pkr
tak boleh masuk masjid kalau tak
sokong gerombolan

china boleh masuk masjid kalau buat masjid
china boleh masuk masjid kalau pasang leterik masjid
china boleh masuk masjid kalau bawa ulur ulur
china boleh masuk masjid kalau china doll

china tak boleh masuk masjid walau oun di lubuk china
china tak boleh masuk masjid walau pun di bukit china

kafir boleh masuk masjid kalau kaffir
pelancung
kafir boleh masuk masjid kalau kafir
bawa dolar

inilah islam yang tinggal selam
inilah islam gerombolan
inilah islam yang tiggal selam
inilah islam yang bawa semua tenggelam
inilah islam yang beli kapal selam tapi tak boleh menyelam


PETANG KELMARIN

aku berhenti di pasar ramadan ijok
dalam perjalanan ke tanjung karang

beli kueh kacang yang keras macam batu
beli pecal dua ringgit dengan tiga helai taugeh
beli tahu sumbat yang tahunya sudah masam

memang betul meniaga setahun sekali
juallah barang yang baik
juallah barang yang bersih

haram itu bukan hanya kerana tidak ada notis jakim
haram itu bukan keran tak tayang logo halal

halal itu ertinya kesucian
haram itu ertinya kekotoran membawa mudarat

tahu masam sakit perut
ini haram dijual walau pun mak cik ini pakai kain tudung

halal itu tanda bersih

(kedai bangkai jual daging lembu bernama mek dogal makanan nya kotor seharusnya haram
kedai jual bangkai ayam bernama ketuki makanan nya merbahaya untuk kesihatan sepatutnya haram

tapi jakim takut - ornag hindu di india lawan sampai tutup
orang islam hanya berani halang china dari masuk masjid


nota:
petang ini mencari makan di meru !
sudah bosan dengan batu road
sudah bosan dengan bangsar
sudah bosan degan kampong baru
cuba tengok ada apa di meru !

ADA MACAM - MACAM PUNYA AJARAN

IMAM SHEIKH AL-PRADA PI FIRAGGAMO SEDANG BERKHUTUBAH


nota:
isi khutubah al sheikh imam ialah:
bagaimana nak takutkan laki
agar laki tak cari bini lain
atau girlfriend lain

nota:
sheikh ini boleh di jemput pada bulan
puasa ini untuk beri kuliah subuh.

nama penuh sheikh ini ilah : badakon al- prada ferragamo mil luis vuitton al shopping al dubaiyah



NIK AZIZ : JALIL AGAMA PUNCA POLEMIK – mkini

Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ia antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz berkata, isu itu menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya kepada HarakahDaily.


… TUNGGU DAN NANTI …. ADA LAGI SATU KEJUTAN….

… MELAYU… BERITA HAIRAN… TV TIGA SUKU… AKAN LAPORAN KAN ISU NANTI…

… KENCING DALAM MASJID….

… TAK PECAYA TUNGGU….



MACAM - MACAM DIBUAT UNTUK TIPU MELAYU

INI BENDERA CIPLAK DARI AMERIKA


DUA DI TAHAN BAKAR BENDERA INDONESIA – berita hairan

Polis menahan dua lelaki rakyat tempatan berusia 30 dan 40 tahun selepas mereka membakar bendera Indonesia, Sang Saka Merah Putih di luar kedutaan besar republik itu, di Jalan Tun Razak, di sini, awal pagi semalam.

Mereka dipercayai berbuat demikian sebagai tindak balas kebiadapan rakyat Indonesia membakar, memijak dan melontar najis pada Jalur Gemilang dalam tunjuk perasaan depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Isnin lalu.

Difahamkan ini, tindakan fizikal pertama rakyat Malaysia terhadap Indonesia berikutan isu itu selepas hanya bantahan rasmi dibuat selama ini, termasuk oleh Pemuda UMNO.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata polis akan mengambil bertindak tegas dan menangkap rakyat Malaysia yang cuba menimbulkan kekecohan di Kedutaan Besar Indonesia, termasuk membakar Sang Saka Merah Putih atau menimbulkan kekecohan.

… BETUL KE CERITA INI?...

… TENGOK… TAK ADA PULAK NAMA MALAON YANG KENA TNGAP INI….

… TAK ADA PULAK GAMBAR…

… TIPU KOT….

… TENGOK ADA BERITA SETERUS NYA ATAU TIDAK….

… KALAU TAK ADA INI HANYA LAH TRIK GEROMBOLAN….

… TRIK GEROMBOLAN NAK … BAGI TAHU KERANA INDONESIA …. KALAU DI MALAYSIA KITA TANGKAP….

….. DI JAKARTA PUN MESTI TANGKAP….

... KAMI JAGA BENDERA SANG SAKA MERAH PUTIH...


nota:
gerombolan lupa
di indonesia sesudah haji muhamad suhartao jatuh
demokrasi menjalar dan berkembang
tangkap tangkap ini cerita lama

rakyat indonesia merdeka untuk melakukan apa saja
rakyat indonesia boleh berdemo
rakyat indonesia boleh terbit surat khabar tak perku permit
rakyat indonesia boleh berkumpul lebih dari tiga setengah orang

tiga setengah orang ini maksudnya orang mengandung


nota:

nanti apa kata kerajaan indonesia:
anak muda itu bakar bendera ciplak amerika

RAJA PERTA AKAN DI HARD TALK

TUKANG FITNAH INI AKAN DI TEMU BUAL OLEH HARD TALK - TUNGGU DAN NANTI


JANGAN TERMAKAN HASUTAN PEMBANGKANG :PM - melayau

Najib Razak meminta rakyat supaya tidak termakan hasutan pembangkang yang cemburu dengan pelbagai pembaharuan dan pembangunan yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka.

Dia berkata, pembangkang sebaliknya hanya pandai menabur fitnah dan memburuk-burukkan kerajaan dengan bermotifkan politik.

"Jangan termakan hasutan pembangkang kerana kita adalah sebuah kerajaan yang komited membuat pembaharuan dan pembangunan untuk rakyat dan kita sentiasa menambah baik pembaharuan supaya tidak berada di takuk lama,” katanya.

… PEMBANGKANG NI SAPA ?....

… DI KELANTAN KEDAH…. PENANG DAN SELANGOR…. SIAPA PEMBANGKANG…

… FITNAH APA… FITNAH PASAL BUNUH ALTANTUYA?....

… FITNAH PASAL BELI KAPAL SELAM AMBIL DUIT RASUAH…

… FITNAH PASAL POLIS PERANCHIS NAK SIASAT KES KAPAL SELAM?....

…. SEMUA INI BUKAN FITNAH….

... JANGAN TIPU MELAYU... SEMUA BUKAN FITNAH...

...ITU SEMUA FAKTA SAHEH... KALAU HADIS ....INI HADIS ALI....

…. KALAU ADA ORANG KATA BIK MAMA SLIM MACAM ZIANA ZAIN … BARULAH NAMA NYA FITNAH….

MACAM-MACAM PUNYA GILA

SIAPA BERI ARAHAN BUNUH ALTANTUYA


NIK AZIZ PERTAHAN ANGGOTA PARLIMEN TEO - minsider

Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.


KHAIRY DAP TIDAK SENSITIF , MP SERDANG NAIF
- minsider

Khairy Jamaluddin menyifatkan DAP tidak sensitif dalam usahanya mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang, yang menurut Umno telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu.

“Ia menunjukkan DAP tidak sensitif kepada agama dan kaum lain manakala Teo pula terlalu naif,” kata Khairy (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.

… MANA ANTARA DUA INI YANG AGAKNYA LEBIH ARIFF TENTANG AGAMA?....

… MANA YANG HIDUPNYA KERANA PAKAI LESEN NIKAH?....

… SIAPA AGAKNYA YANG LEBIH TAHU TENTANG MAYA KARIN ….

.... DAN SIAPA PULA YANG ARIFF TENTANG ALAM MAYA....

… SO ...I REST MY CASE… MY LORD …


WIRA PERKASA MAHU GANTAI SUMBANGAN NEI CHING - melayau

Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu menggantikan wang bernilai RM1,000 sumbangan Teo Nei Ching kepada kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral supaya wang itu dipulangkan semula kepada Ahli Parlimen Serdang.

Ketuanya, Arman Azha Abu Hanifah menjelaskan, wang RM1,000 yang dihulurkan oleh Perkasa sendiri itu sebenarnya lebih wajar diterima kerana ia mewakili orang Islam sendiri.


… YANG INI KES ORANG GILA NAK JADI MELAYU…

... JANGAN LAYAN....

Sabtu, 28 Ogos 2010


BANGKIT PERKAUMAN UNTUK TUTUP KEHILANGAN RM52 BILION

Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini.

"Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion.

"Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja," ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup."

Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera, Setiausaha Agong DAP itu turut mempersoal keengganan Umno BN untuk menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca ekuiti Bumiputera tinggal RM2 bilion sahaja.

"Siapa yang kebas RM52 bilion saham Bumiputera ini, tentulah Umno BN.

"Adakah disebabkan itu, mereka tidak mahu menubuhkan suatu siasatan suruhanjaya di raja," soal beliau di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Sehubungan itu, beliau menganggap DAP, PAS dan PKR atas muafakat Pakatan Rakyat wajar bersatu untuk menentang permainan politik Barisan Nasional itu.

"Kita boleh bersatu melawan kemungkaran yang dicerminkan oleh Barisan Nasional, baik Umno, MCA atau MIC," katanya lagi.

Sidang media tersebut turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.

Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing.

29 Mac lalu, Guan Eng di Dewan Rakyat mempersoal integriti Umno BN ekoran kehilangan RM52 bilion itu.

Persoalan itu lanjutan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mendedahkan bahawa ekuiti Bumiputera hanya tinggal RM2 bilion sahaja.

Menurut Guan Eng juga, ekuiti Bumiputera mampu meningkat sebanyak 45 peratus melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Umno tidak mengkhianati amanah rakyat, khususnya orang-orang Melayu.

Khamis, 26 Ogos 2010

POLIS MULA SIASAT YB LEMBAH PANTAI - berita hairan

Polis akan memulakan siasatan terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya kepada akhbar Indonesia, baru-baru ini, yang didakwa menjejaskan imej dan maruah negara.

Musa Hassan, berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan berhubung kenyataan itu sebelum meneliti sama ada ia disiasat mengikut Akta Hasutan.

Beliau berkata, siasatan itu susulan laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan Nurul Izzah menyebarkan maklumat palsu mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan memperkecilkan keupayaan kapal selam negara.

Bila sudah ada laporan polis dibuat, maka kita akan mula menyiasat. Sama ada kertas siasatan dibuka mengikut Akta Hasutan bergantung kepada penelitian yang dijalankan

nota :
sila bandingkan dua imej ini
sila nilai mana yang lebih bermaruah

siapa yang lebih di yakini
siapa yang boleh di percayai

siapa muka penipu
siapa muka kelentong

siapa muka tak cukup bulan
siapa muka bini lari

YANG MANA SATU LEBIH DI PERCAYAI ?





MAIN TENGAH JALAN LEBUH RAYA PLUS - JANGAN TIPU MELAYU

KHATIB HARUS DOAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, AGONG DAN RAJA RAJA
- mStar

Semua khatib di seluruh negara telah dimaklumkan supaya mendoakan kesejahteraan rakyat, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja dalam bacaan doa selepas khutbah Jumaat, kata Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata tindakan khatib di Pulau Pinang yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat, adalah satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan.

"Jangan kita mengambil kesempatan waktu itu (khutbah) yang dalam peraturan pun, telah kita aturkan supaya doa itu dikhususkan kepada umat Islam dan juga kepada Raja masing-masing, ataupun Sultan yang memerintah negeri masing-masing," katanya.

… PERGI LANCHOW LAAA…

… MANA ADA AJARAN ISLAM DOA UNTUK PEJUDI…

… MANA ADA AJARAN ISLAM DOA UNTUK KAVITA SINGH…

… MANA ADA AJARAN ISLAM… DOA UNTUK BOOKIE BOLA…

…MANA ADA AJARAN ISLAM… DOA UNTUK PEMBUNUH CADDIE…

… MUNKEE INI PERGI BERCUTI KE LANCHOW LAAA….

...KALAU TIDAK PERGI MAIN TENGAH JALAN RAYA...

SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU


JET PEJUANG SEDANG BERAKSI TANPA INJIN

PEMBERIAN PROJEK RMK -10 TELUS - melayau

Dua ahli Parlimen, masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang bersependapat bahawa kerajaan harus memastikan proses menganugerahkan tender bagi projek- projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dilakukan secara telus.

Perkara itu dinyatakan Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad ketika menjadi panel pada Forum Ramadan The Leaders 2010mengenai RMK-10 di sini, hari ini.

Khairy berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi membuktikan bahawa kerajaan serius untuk memastikan semua syarikat swasta yang ingin terbabit dalam projek itu dilayan secara adil.

"Contohnya, bagi projek pembangunan Lapangan Terbang Sungai Besi dan tanah kerajaan di Sungai Buloh, saya berharap pemaju yang berjaya adalah terdiri daripada kalangan yang menawarkan harga tender terbaik," katanya.

… TAJUK BERITA INI MENIPU…

… TAJUK INI SEOLAH OLAH GEROMBOLAN TELUS…

.. TAJUK MACAM ADA TENDER DI BERI...

… MACAM MANA TAEK TERJULUR JULUR DAPAT TANAH TUDM DI SUNGAI BESI?...

… INI LAPANGAN TERBANG STRATEJIK…. DAH KENA REMBAT….

… PEGAWAI TUDM BENGANG…. MACAM MANA CUKONG NI DAPAT?...

… SIAPA LAGI MELAMAR TENDER ?... BERAPA BANYAK TENDER MASUK?...

… MAK CIK JOYAH DAN HAJI SUDIN DARI SENALING BOLEH MINTA TANAH INI?...

... CAKAP KETUANAN MELAYU... INI MACAM KETUANAN TAEK TERJULOR JULOR...

HARTA ROMPAKAN


INI BUKAN REBAN AYAM TAIB MAHMUD - INI RUMAH WARGA SERAWAK

JUAL TANAH KEPADA ANAK - SERAWAK RUGI LEBIH 300 JUTA RINGGIT– mkini

Sebuah syarikat yang dimiliki oleh anak-anak Abdul Taib Mahmud berjaya memperolehi tiga bidang tanah di Kuching pada harga yang tersangat rendah. Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri itu kehilangan potensi pendapatan RM300 juta.

Ahli parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen yang membuat pendedahan itu berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan seluas 269 ekar di bandaraya itu kepada Monarda Sdn Bhd pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran iaitu pada kadar purata RM291,000 bagi setiap ekar.

"Harga pasaran adalah dalam lingkungan RM1.5 juta dan RM2 juta bagi setiap ekar. Jika dijual secara tender, kerajaan negeri akan memperolehi pendapatan antara RM400 hingga RM500 juta,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.


nota:
apabila kerajaan pakatan rakyat mengambil
alih pentabiran negara - kes kes tanah
seperti ini wajib di buka kembali

kes kampong chu badak
kes kampong berembang
kes kampong buah pala
kes tanah selangor yang diberi oleh toyo pada pemandunya
kes tanah tasek utara

mana yang patut di ambil kembali
mana tanah yang kena curi oleh cukong di rampas kembali

akta tanah wajib di hapuskan untuk menjaga
agar tanah orang kampong tidak kena rembat

kalau ini dalam manifesto pakatan rakyat
jamin pakatan rakyat akan mengambil alih
pentabiran negara ini

nota:
tahukah anda bahawa pemandu kereta khir toyo
jadi kaya raya sehingga kan dia
memerlukan seorang pemandu keretanya.

Rabu, 25 Ogos 2010

MARI KETAWA PAGI INI

MENTANG MENTANG DIA POSA - DIA PERLI PULAK


nota:
gua datang bulan lah


BERAT WOOOI !

APA JADI SENYAP AJE ?


SATU LAGI CARA TIPU MELAYU

KIBARKAN SANG SAKA - DARAH PERJUANGAN ANAK SEGALA BANGSA


MAHATHIR : MELAYU PERLU BERSATU ATAU HILANG KUASA POLITIK - minsider

Sambil merujuk kepada nasib penduduk rantau Timur Tengah, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi memberi amaran kepada masyarakat Melayu negara ini bahawa mereka berhadapan dengan risiko hilang kuasa politik jika terus kekal tidak bersatu.

Bekas perdana menteri berkata orang Melayu memerintah selama ini kerana mereka adalah majoriti penduduk negara ini.

Malangnya tegas beliau, pergaduhan dan pertelingkahan dalaman menyebabkan mereka kehilangan kuasa politik kepada bukan Islam.

“Jika kita berpecah-belah, kita hilang kuasa majoriti kita,” katanya.

… FIRAUN LIDAH BERCABANG INI BERLETER LAGI….

…. SIAPA LULUSKAN AKTA TANAH… YANG MEMBOLEH TANAH RESERVE ORANG MELAYU KENA REMBAT….

… SIAPA YANG BERI PERWAJA PADA CUKONG ERIC CHIA?...

… SIAPA REMBAT TANAH AMPANG BERI PADA ANANDA?...

... SIAPA BERI TANAH SENTUL PADA CUKONG...

… SIAPA BERI TENG PHEK KING REMBAT HUTAN DARA BAKUN…

… YANG AKAN HILANG KUASA TAK LAMA LAGI BUKAN MELAYU…

… YANG AKAN HILANG KUASA IALAH GEROMBOLAN…

… ORANG MELAYU BIASA MEMANG TAK ADA KUASA…

… MEREKA TAK ADA MODAL… MODAL IALAH KUASA…


nota:
padan muka !

biarlah gerombolan hilang kuasa
biarlah lahir malaysia baru
yang demoktarik dan mengamalkan meritokrasi

buat apa anak anak adik kakak kita di sekolah
di ajar oleh melayu bangang

buat apa anak anak adik kakak kita di universiti
diajar oleh melayu bodoh kaki bodek

lebih baik mereka diajar oleh china/india
yang berilmu

buat apa berkawan dengan melayu kalau mereka bodoh
lebih baik berkawan dengan china dan india yang bijak
dari orang bangang dan bodoh kita tak dapat apa apa
dari orang bijak kita dapat ilmu pengetahuan

apa penting nya melayu kalau melayu ini bodoh
masuk universiti kerana kouta
dapat kontrek kerana kouta
dapat buat program tv kerana kouta
dapat dana meniaga kerana kouta

lebih baik negara ini di tabir oleh yang bijak
dari di tabir oleh melayu yang bodoh

apa guna pentabir melayu bodoh kaki bodek
beli ijazah tak ada kelulusan akedemik
lebih baik china dan india yang bijak


RAJA BEROKE

DUA EKOR RAJA BEROKE


PILIHANRAYA SERAWAK : TAIB MAHMUD BELUM PUTUS PERTAHAN JAWATAN – mstar

Abdul Taib Mahmud masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10 akan datang.
Pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan Ketua Menteri yang paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac, 1981, berkata beliau tidak dapat membuat keputusan mengenai perkara itu kerana ia perlu dibincangkan dan diluluskan oleh pucuk pimpinan.

"Saya tidak tahu...terserah kepada parti dan perdana menteri," katanya kepada pemberita.


nota:
dengar khabar raje beroke ini telah pergi ke monaco
jumpa bini rosmah. itu pasal raya beroke ini keluarkan
kenyataan macam ini.

raja beroke ini tak sedar kalau dia bukan ketua menteri
lagi sprm akan masuk. beroke ini hendak dijadikan contoh
bahawa kerajaan najib rosmah ini serious tentang rasuah.
saekor beroke dari sabah dan saekor dari serawak diperlukan
untuk dijadikan contoh.

tapi kalau beroke ini tidak bertanding fulus amat kurang bukan sahaja
dipilihanraya serawak – pilihanraya di semenajung juga akan kureng
fulus – raja beroke ini tak akan keluarkan zakat lagi ….


BUKAN SAHAJA BODOH - BANGANG JUGA

MENYAMAR DI WAKTU MALAM



BAJET 2011: PM PELAWA RAKYAT KONGSI PEMIKIRAN - mStar

Najib Razak hari ini sekali lagi mempelawa rakyat Malaysia untuk berkongsi pemikiran bagi Belanjawan 2011, yang dijangka dibentangkannya di Parlimen Oktober ini.

Najib berkata, sepertimana tahun lepas, beliau mengakui sekali lagi merasakan pentingnya berhubung dengan rakyat dan mendapatkan pemikiran mereka secara langsung dalam lapangan masing-masing.

"Dengan prinsip kebesertaan dan keadilan sosial dalam fikiran, saya telah meminta rakan-rakan Rakyat Malaysia menyumbangkan cadangan untuk Belanjawan Negara 2010" dan hasilnya pemikiran rakyat itu telah menjadi sebahagian penting dalam belanjawan tersebut.

… INI KENYATAAN NAK TIPU MELAYU…

… NAK JEMPUT RAKYAT BERI PANDANGAN BUAT APA?...

… BANGANG BINI ROSMAH INI…

… DENGAR LAA… APA PANDANGAN AHLI PARLIMEN… BODOH !..

… WAKIL RAYKAT ITU… MEWAKILI RAKYAT…BANGANG !...

… INGAT INI ZAMAN HARUN AMINUL RASHEED DI BAGHDAD?...

… MENYAMAR… JADI PEMINTA SEDEKAH PERGI DENGAR KELOH KESAH RAKYAT….

… INI TAHUN 2010… ADA SISTEM PENTABIRAN….

… SI BANGANG NI INGAT DENGAN AMBIL PANDANGAN RAKAYT ITU… DIA DILIHAT DEMOKRATIK….
woit… BUKAN DI LIHAT DEMOKRATIK… TAPI TERBUKTI BANGANG….

Isnin, 23 Ogos 2010

PKFZ - KESELURUHAN YANG TERLIBAT ADALAH PEMIMPIN BN

Masih Skandel PKFZ

KESELURUHAN YANG TERLIBAT,… PEMIMPIN BN

Kes ini melibatkan keluasan tanah 1000 ekar yang hendak dijadi Zon Bebas Pelabuhan Klang. Pemilik tanah ialah – Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad (KPPLB) yang dikepalai oleh Wakil Rakyat UMNO. Beberapa pemimpin UMNO yang lain turut terlibat.

KPPLB – jual tanah miliknya kepada KDSB (Kuala Dimensi Sendirian Berhad). KDSB adalah dimilik oleh seorang pemimpin UMNO. Harga jualan KPPLD kepada KDSB – cuma RM3.00 sekaki persegi.

KDSB pula jual tanah tersebut kepada LPK/KPA (Lembaga Pelabuhan Klang) dengan harga jauh lebih tinggi iaitu RM25 sekaki persegi.

Individu berpengaruh dalam LPK pula - ialah pemimpin MCA, yang ada jawatan dlm kabinet,.. dan terdapat seorang lagi pemimpin UMNO yang menduduki Ahli Lembaga Pengarah dalam LPK.

LPK sudah pun membeli tanah 1000 ekar itu dari KDSB, maka kerja-kerja untuk membina Zon Pelabuhan Bebas Klang /PKFZ pun diatur.

Untuk senang kerja, LPK melantik saja KDSB sebagai Kontraktor Projek. Dan untuk lebih mudah berurusan,,.. KDSB pula melantik seorang Ahli Parleman BN dari Serawak sebagai sleeping partner. Difahamkan juga ada seorang lagi ahli politik yang turut serta iaitu Ahli Pemuda UMNO Selangor. Jadi, secara keseluruhannya individu-individu yang terlibat dalam skandel PKFZ ini adalah dari BN iaitu UMNO dan MCA.

Siapa pula Syarikat Juruukur yang dilantik ? – Siapa lagi kalau bukan syarikat kroni ……..“Rashid Ashaari & Co.” milik pemimpin UMNO.

Untuk menjalankan projek, mereka perlukan sejumlah wang yang besar.
Mereka perlukan “bon” dari pihak kerajaan. Maka Presiden MCA ketika itu Dr Ling Liong Sik kini Tun telah dilibatkan untuk melebihmudahkan segala urusan. Dipendikkan cerita bon berjaya diperolehi dan ada pembelinya.

Dalam masa yang sama kerajaan Malaysia bermurah hati memberi pinjaman mudah sebanyak 4.6 billion ringgit (4 ribu 6 ratus juta ringgit) kepada mereka yang terlibat dengan projek ini. Kenapa dengan begitu mudah kerajaan memberi pinjaman?. Mungkin ada kepentingan pihak-pihak yang terlibat.

Setakat ini wang rakyat yang kerajaan telah hanguskan ! mencecah 12,500 juta ringgit. Dan kerajaan terpaksa membuat pengakuan akan membayar lagi kepada pemegang bon sebanyak lebih kurang 2.6 billion ringgit. Wajarkah ??... Nampaknya, kerajaan BN macam dah terkantoi !

Aduh! Apakah malangnya rakyat Malaysia. Kerajaan kita sebenarnya kaya, kerajaan kita berduit. Rakyat yang susah dan miskin masih ramai. Mereka masih mengharap! tapi kerajaan senang-senang buang duit semata-mata kerana satu projek yang hanya menguntungkan beberapa kerat pemimpin dan kroni.

Sekarang sudah jelas !... orang-orang politik dan ahli-ahli Kabinet di Malaysia ni tidak tahu rasa malu dan tidak segan. Mereka tidak rasa bersalah memunggah wang rakyat. Mereka sanggup membuat berbagai helah, termasuk secara bermain wayang kulit atau silap mata.

“Skandel PKFZ” ini memang dah lama berlaku. Ia mula dapat dikesan sejak 2003 lagi.

Kini SPRM sedang menyiasat. Tun Dr Ling Liong Sik sedang didakwa di Mahkamah, dan yang lain-lain belum tahu apa cerita!... Seharusnya ramai lagi yang akan diseret ke Mahkamah. Rakyat sangat mengharap agar kes ini disiasat dengan telus. Rakyat mahu keputusan hakim tidak memihak kepada pemimpin yang bersalah… sepertimana kes PERWAJA satu ketika dulu,,,…Rakyat marah, kecewa dan sedih kerana duit rakyat hilang ghaib begitu saja. Penyangak pula terlepas atau sengaja dilepaskan dari hukuman.

Walau bagaimana pun tak usahlah diharap sangat, kerana mengikut rekod, di Malaysia ni “pisang dah biasa berbuah banyak kali “

Sikap buruk pemimpin-pemimpin BN sudah terlalu banyak didedahkan. Masihkah kita mahu berkerajaankan BN lagi?