Jumaat, 23 Julai 2010

PM 'tabur' RM50k untuk liputan akhbar Amerika

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.

Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan - juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.

Najib, yang diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington.

Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.

'Yuran tak dikembalikan'

Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu – QGA dan Laurus – dinyatakan QGA 'akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia'.

Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA 'yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010'.

'Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan'.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.

Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika - Washington Post, New York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.

Na
mun, Washington Times – sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon – ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu.

Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.

Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut.


TIADA KRISIS AIR - SELANGOR TOLAK KADAR KENAIKAN HARGA AIR

Masalah kini di Selangor bukan kekurangan air tetapi tindakan Kerajaan Pusat yang sengaja melambatkan penyelesaian penstrukturan semula syarikat pengurusan air di negeri ini.

Pengarah Penerangan kerajaan negeri, Dr Badrul Amin Baharom (gambar) berkata, masalah yang bakal didepani rakyat Selangor bukan krisis kekurangan air, tetapi kadar air meningkat disebabkan keengganan kerajaan pusat Barisan Nasional menyerahkan pengurusan industri air Selangor kepada kerajaan negeri, sebaliknya meneruskan agenda penswastaan air.

“Dakwaan Selangor menghadapi krisis bekalan air bertujuan memberi alasan untuk menaikkan kadar air,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, katanya hujah Datuk Seri Peter Chin mengulas Menteri Besar Selangor semalam adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, tambahnya, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu harus berhenti daripada mengelirukan orang awam dengan menimbulkan isu krisis air di Selangor.

Menurutnya, pandangan menteri tersebut jelas sekadar bertujuan untuk mengalihkan tumpuan terhadap isu pengambilalihan pengurusan industri air di Selangor, bukannya melihat pada pokok pangkal masalah sebenar yang berpunca daripada Kerajaan Pusat.

“Sekiranya kerajaan pusat Barisan Nasional terus menghalang penstrukturan semula industri air di Selangor, kami yakin kadar air akan meningkat,” ujarnya.

Beliau menjelaskan lima sebab kadar air meningkat antaranya, pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang berkos RM8 bilion, sementara kerajaan negeri dapat melaksanakan projek tersebut pada kos RM2 bilion.

Selain itu, katanya pengurusan Syabas yang tidak telus, antaranya gaji tahunan Pengerusi Syabas mencecah RM5.1 juta setahun, RM425,000 sebulan, Puncak Niaga gagal menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air.

Di samping itu, pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi dan penswastaan industri air yang hanya menguntungkan kroni-kroni pimpinan politik.

“Air, tanah, sumber mineral merupakan milikan negeri Selangor, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menjaga hak rakyat Selangor,” tegasnya.

Jelasnya lagi, antara usaha kerajaan negeri untuk menghalang Syabas yang bertindak sebagai alat kerajaan pusat bagi merampas hak rakyat Selangor ialah mencadangkan pengambilalihan industri air di Selangor, serta memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu.

Rakyat, katanya lebih berkeyakinan di bawah kepimpinan Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri mampu mengurus pentadbiran industri air dengan jauh lebih telus dan bekesan.

“Kami menyeru agar Kerajaan Pusat mengaku air sebagai hak asasi manusia dan tidak diperalatkan untuk keuntungan kroni atau kepentingan politik.

“Kami juga rayu kepada seluruh rakyat Selangor bertegas memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri dalam usaha mengambilalih industri air di Selangor dan membantah penswastaan air di Selangor,” ujarnya lagi.

TERBUKTI TIPU MELAYU

SELARAS DALAM SELUAR - SUSAH NAK PARKING

USAH UGUT KERAJAAN UNTUK NAIK TAMBANG BAS EKSPRES – berita hairan

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) memberi amaran kepada kira-kira 130 pengusaha bas di Semenanjung supaya tidak cuba mengugut kerajaan dengan menjadikan kenaikan lima sen harga diesel sebagai alasan untuk tidak menyediakan bas tambahan sempena Aidilfitri


Pengarahnya, Naimah Ramli berkata, pihaknya melihat cara mereka itu seolah-olah mahu mengugut kerajaan supaya memenuhi permintaan mereka, selain tindakan itu boleh menyebabkan rakyat panik dan susah hati kerana bimbang tidak dapat pulang berhari raya di kampung.

Cara mereka itu seolah-olah mengugut dan saya ingin mengingatkan, cara ini tidak wajar dilakukan kerana ia membabitkan kepentingan orang ramai. Sepatutnya mereka datang berjumpa kita terlebih dulu untuk berbincang dan bukannya berjumpa pihak media.

“Kita hairan, biasanya Konsortium Transnasional Berhad (KTB) tidak suka bertindak begitu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

.........TANGKAP… TANGKAP…. TANGKAP….

......… INI SATU KESALAHAN BESAR…

…. SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG….

… SALAH DI SISI PERLEMBAGAAN ARTKLE 153 … TAK CAYA TANYA PERKASAM…

… SALAH BESAR KERANA GUNAKAN PDERKATAAN NAIK…

…JANGAN GUNA NAIK… GUNA SELARAS…..

nota:
dulu cakap semua setuju tak selaras harga
dulu cakap semua syarikat sudah kautim
dulu cakap tak ganggu apa apa
lu tipu melayu lagi


SATU LAGI KES KOMISEN

DULU DI PERANCHIS SEKARANG DI AUSTRALIA - MALAY GO GLOBAL

KOMISEN RM11 JUTA : USAHAWAN MALAYSIA DISOAL-SIASAT – mkini

Suhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyoal-siasat seorang usahawan negara ini berhubung komisyen RM11.3 juta yang diterimanya daripada dua firma Australia sebagai usahanya membantu mereka memenangi kontrak bagi mencetak dan membekalkan wang negar

Menurut akhbar, The Age di Melbourne, pihak berkuasa Australia telah memohon bantuan SPRM bagi siasatan membabitkan bayaran komisyen RM134 juta (A$47.5 juta) yang dibayar oleh firma mencetak wang Securency and Note Printing Australia - kedua-duanya anak syarikat Bank Negara Australia - Reserve Bank of Australia (RBA) - sepanjang tempoh enam tahun.

"Sumber risikan daripada soal-siasat telah dihantar kepada pasukan polis persekutuan Australia bagi menentukan sama ada eksekutif dua anak syarikat RBA itu untuk melanggar undang-undang anti-rasuah,” kata laporan itu.

"Orang tengah (Malaysia) dibayar wang bagi membantu firma RBA mendapatkan kontrak mencetak dan membekalkan wang daripada Bank Negara Malaysia...”.

… KAUM KELUARGA MALAON YANG KENA SOAL SIASAT INI JANGAN RISAU…

… INI TARAAAAK KES….

…. INI WAYANG TOK DALANG….

…. TAK CAYA ?.....

…. NAMA MALAON INI PUN TAK ADA….

… KALAU MALAON INI ORANG PAKATAN… BUKAN SAJA SIASAT SAMPAI MATI….

… GAMBAR BRA ISTERI YANG BESAR SEBELAH ITU PUN MASUK AKHBAR….

nota:
jamin tak ada kes
bila sampai mahkamah
malaon ini cakap: mi spik no inglis
mi ni pil pom
mi no take mani
mi only pam mani


MAT MONGOL JADI MAT CIPUT

AGEN ASING BOCOR MAKLUMAT KEPADA MALAYSIA KINI


PM TABUR RM50K UNTUK DAPAT LIPUTAN AKHBAR AMERIKA – mkini

Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.

… MAT MONGOL INI CIPUT BETUL….

… SELALU AKHBAR BAAR KALAU MINTA KITA TULIS….

… INI SUDAH TERBALIK KOT….

… PASAL APA DESPRATE SANGAT NI…

... DAH GILA NAK JADI AJEN ASING KE?...

… ANWAR LAIN… DIA AJEN YAHUDI….

… ANWAR LAIN… DIA AJEN CIA….

nota:
bayangkan siapa agaknya yang
memberikan maklumat ini kepada malaysiakini
maklumat tersorok macam ini bukan senang hendak ditemui

maklumat ini pasti telah disampaikan oleh ajen asing
kepada malaysia kini. ajen asing ini dizaman madey
cemburu kerana kejayaan pembanghunan malaysia
sekarang ajen asing ini sedang bekerja keras
menggali pasir di selangor


PUTUS SUDAH MIMPI MIMPI

TINGGAL TUNGGUL PUN NAJIB SANGGUP


BERDAMAI DENGAN UMNO : NIK AZIZ TOLAK HASRAT PEMUDA PAS - melayau

Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sama sekali hasrat Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan supaya UMNO dan parti itu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai demi perpaduan umat Islam di negara ini.

Malah Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan, kedua-dua parti itu tidak akan berunding atau bekerjasama kerana perbezaan dasar yang ketara dan ia telah diputuskan pada muktamar Pas dua tahun lalu.

Beliau turut menyifatkan ia hanya kenyataan peribadi Nasrudin dan bukannya keputusan rasmi yang dibuat oleh kepimpinan parti.

"Itu dia (Nasrudin) punya pandangan, tidak boleh UMNO dan Pas (bersatu) kerana lain dasar masing-masing, macam saya sebut kelmarin pasukan bola walaupun patah betis, tercabut lutut, pasukan A tak pernah berunding dengan pasukan B, lawan lawanlah itu dia punya pasal.

"Tidak mungkin (Pas dan UMNO bersatu) ini keputusan parti bukan keputusan saya... (Pas) tidak akan berunding atau kerjasama dan negeri kita negeri federal tak ada sebab kita perintah negeri, Pusat buat masalah pada kita," katanya.

… PUTUS SUDAH … KASEH SAYANG….

… PUTUS SUDAH… NAK JADI MENTERI….

… PUTUS SUDAH…. NAK JADI MB….

.... PUTUS SUDAH... NAK DAPAT PROJEK...

nota:
yakinlaaah gerombolan akan terus
dengan agenda untuk memisahkan pas
dari pakatan rakyat. gerombolan tidak ada jalan
lain. jika pas bersama pakatan rakyat gerombolan’
akan mati tegak. bayangkan projek: penjara pudu projek
sungai besi projek keretapi berkembar projek beli senjata
semua projek buat duit akan lingkup kerana rakyat telah meluat
dengan gerombolan. lihat dan tunggu apa langkah seterusnya
dalam usaha untuk meretakkan pakatan rakyat.

kalau pas minta najib bersunat sekali lagi sebagai syarat
najib pasti akan sanggup walau pun tinggal tunggul

Khamis, 22 Julai 2010

ERA NAJIB: YANG MISKIN SUBSIDI YANG KAYA

Sememangnya kita sedar bahawa subsidi berlebihan akan menjejaskan keseimbangan bekalan-keperluan dalam pasaran. Kini, kita ingin tahu, ke manakah wang yang dijimatkan selepas kerajaan BN mengurangkan subsidi?

DAP yang sentiasa "mendampingi rakyat" semestinya akan bersuara untuk rakyat. Bermula daripada pemberian dana kepada warga emas oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, sehinggalah adik-beradik Nga-Ngeh yang mempertikaikan ke mana perginya wang petroleum sejumlah RM592 bilion... yang semestinya akan meredakan kemarahan warga emas.

Defisit meningkat; Hutang melambak

Pada hakikatnya, "sudsidi" yang mampu dibiayai kerajaan sekian lama ini, bertukar menjadi dosa yang dituding jari selepas kenyataan "bankrap" oleh Idris Jala, Menteri Jabatan Perdana Menteri. Jika dilihat dari sekarang, kenyataan tersebut lebih merupakan hujah memanaskan badan untuk memberi laluan kepada kenaikan harga pada hari ini.

Selepas kemelut ekonomi pada tahun 1998, Perdana Menteri pada ketika itu, Mahathir Mohamad melaksanakan langkah seperti "capital control" (kawalan modal) dan sebagainya. Tetapi, apakah harga yang kita bayar? Jawapannya boleh dibaca dari kenyataan Idris Jala, defisit negara telah bertambah dari RM5 bilion pada tahun 1998, kepada RM47 bilion pada tahun 2009. Hutang negara kita pula meningkat daripada RM90 bilion pada tahun 1997 kepada RM 362 bilion pada tahun 2009, menyaksikan pertumbuhan pada kadar 12% mengikut tahun.

Seandainya dihitung mengikut populasi yang mencecah 27.5 juta orang, maka secara puratanya setiap warga Malaysia memikul beban hutang sebanyak RM13,164 seorang. Dengan kata lain, kerajaan kita menjadikan daya produk rakyat pada masa depan sebagai "jaminan", untuk meminjam hutang dari negara asing melalui bon kerajaan, yang akhirnya menjurus kepada lambakan hutang. Akibatnya, kerajaan dengan sewenang-wenangnya menggunakan wang masa depan rakyat, yang wujud dalam bentuk "pinjaman hutang" pada masa sekarang. Kini, Najib pula menasihatkan rakyat bahawa subsidi akan dikurangkan, ubahlah cara hidup kamu!

Pada hakikatnya, beliau harus lebih jujur untuk mendedahkan kepada rakyat: perbelanjaan yang ditampung dengan defisit oleh kerajaan telah dihabiskan melalui projek mega sejak zaman Mahathir. Wang masa depan yang dimiliki rakyat, kebanyakannya bukan digunakan sebagai subsidi, tetapi untuk men-subsidi kroni yang menyembunyi di sebalik projek gajah putih.


Kita semuanya tahu bahawa sumber ada hadnya. Gerombolan BN telah menghabiskan sumber negara secara melampau, dan penipuan ini bakal terburai pada suatu hari nanti. Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu, lebih banyak buih yang bakal berpecah. Kumpulan berkepentingan yang berada di gelanggang mula gelisah, kerana mereka mungkin kehilangan segala-galanya sebaik sahaja permainan ini tamat.

Yang miskin subsidi yang kaya

Mungkin tiada orang yang menemui kekotoran yang ada di dalamnya, semasa ekonomi mengalami pertumbuhan pesat, seperti zaman akhir 1980-an dan awal 1990-an. Selagi keluaran negara kasar (KNK) melambung, maka keghairahan untuk menjana pembangunan ekonomi dengan pinjaman hutang boleh diteruskan.

Persoalannya, kroni dan kelas politik-ekonomi ini mula menyedari bahawa formula ini tidak dapat beroperasi apabila ekonomi diperlahankan, malah gagal menampung keperluan kumpulan berkepentingan yang semakin berkembang. Jadi, macam mana?

Akhirnya, cukaikan rakyat secara langsung dengan mengurangkan subsidi kepada pelbagai keperluan asas. Polisi monetari yang sekian lama ini kekal pada kadar faedah rendah, dinaikkan baru-baru ini, menyebabkan harga barang melambung tinggi. Kadar faedah simpanan lebih rendah daripada kadar inflasi sebenarnya. Maksudnya, nilai "wang simpanan ditambah faedah" menjadi kurang berikutan kadar inflasi yang lebih tinggi. Maka, ia seolah-olah cukai yang dikenakan ke atas rakyat jelata, atau dengan kata lain, yang miskin men-subsidi yang kaya.

Selain itu, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilewatkan pelaksanaannya, bakal mencekik lebih ketat leher rakyat. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh UMNO sebagai pengagihan yang adil, apabila kerajaan mengagihkan "faedah pinjaman" yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum dan kelas.

"Pengagihan yang adil" ini mungkin boleh melegakan kumpulan berkepentingan pada jangka pendek, tetapi bakal menamatkan hayat mereka untuk jangka panjang. Menyembuyikan pertentangan dalaman dengan inflasi bakal mengundang malapetaka kepada dirinya. Ini masalah sebenar yang dihadapi kerajaan BN, dan juga dilema Najib.

*Lim Chun Piao ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

MUNGKINKAH NAJIB MENJADI SAKSI DI MAHKAMAH PERANCIS

Barangkali ramai orang sudah mempercayai keupayaan Perdana Menteri Najib Razak menerajui kepimpinan negara. Sebutan ‘Satu Malaysia’ sering kedengaran di sana sini terutama melalui corong-corong radio dan televisyen. Tidak cukup dengan itu, apa jua dasar baru yang diperkenalkan, masih juga menyematkan perkataan ‘1Malaysia’ seperti ‘Klinik 1Malaysia’ dan sebagainya.

Tetapi, adakah kita pasti Najib sekarang tidur lena? Mungkin agak keterlaluan apabila kita mengatakan dia sekarang mampu untuk tidur lena di tilam empuk di puncak Putrajaya.

Cerita-cerita tentang pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu sudah tentu masih muncul dalam mimpi-mimpinya. Manakan tidak? Sekiranya kita tidak bersubahat pun, igauan-igauan yang timbul apabila terkenangkan sesuatu pembunuhan itu juga sudah cukup membawa kegerunan kepada kita semua – sudah tentu kepada aku sendiri.

Ada segelintir pihak yang cuba menyangkal penyelidikan prestasi Najib melalui satu tinjauan Merdeka Center yang memberangsangkan tidak lama dahulu.

Cerita demi cerita, pembongkaran demi pembongkaran.

Malah, kisah ini juga cuba dilukiskan secara sinis dalam majalah-majalah kartun yang kemudiannya diharamkan oleh pihak kerajaan (sebut Kementerian Dalam Negeri).

Penyunting kepada portal berita Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin kini berganding bahu dengan salah seorang ahli politik berwibawa dan peguam Zaid Ibrahim dalam mendedahkan kebobrokan Najib.

Melalui pendedahan-pendedahan yang dijalankan, orang ramai mula bertanya-tanya dan menimbulkan ratusan lagi persoalan. Menjurus dari situ, surat akuan sumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam memperkuatkan dakwaan yang dilemparkan. Malahan peguam kanan Manjeet Singh Dhillon – yang membawa jawapan dalam bentuk akuan bersumpah (SD) Bala bersamanya apabila pulang daripada London untuk diserahkan kepada SPRM – telah dicerobohi rumah kediamannya dan komputer ribanya dicuri.

Zaid Ibrahim telah menuduh Najib yang takut kepada Raja Petra dan Bala kerana apa yang mereka tidak mengetahui mengenai pembunuhan Altantuya ialah sebenarnya itulah yang perlu diketahui umum.

Kenapa SPRM berdolak-dalih?

Jadi, adakah kita terkejut sekiranya tidak ada usaha dijalankan untuk menyiasat Bala di London?

Ya, mungkin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dipersoalkan mengenai fungsi kebebasan yang konon diakui itu.

Dolak-dalih SPRM di dalam kes ini jelas menjelekkan mata dunia. Pihak polis cawangan khas dikatakan sudah pun memulakan siasatan mereka. Jadi, adakah bermakna SPRM sudah lepas dari tanggungjawab untuk memberi keadilan? Bagaimana SPRM boleh memperbaiki kredibilitinya sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab untuk membenteras kegiatan rasuah dengan dolak-dalih yang diberikan seperti ini?

Bagi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pula, lebih baik berdiam sahaja dari mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan.

Khairy Jamaluddin pula dengan ‘semangat Melayu’ berkobar-kobar menyelar pihak polis yang melengah-lengahkan usaha menangkap Raja Petra. Di antara Khairy, Najib dan Raja Petra sudah tentu tiada cinta antara mereka. Masing-masing dengan agenda masing-masing. Sekiranya kesemuanya itu dicantumkan dengan fakta yang ada pada Bala, sudah tentu semuanya akan selesai.

Sekarang, pihak berkuasa Peranchis sudah pun memulakan siasatan terhadap kes ini. Bala sudah mengatakan bahawa beliau akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan dia kotakan apa yang dikatakan.

Melalui kenyataan medianya, Bala memberitahu bahawa dia menceritakan segala apa yang diketahuinya berkenaan dengan pembunuhan Altantuya, pembelian perkakas ketenteraan melalui broker Abdul Razak Baginda dan pertaliannya mereka semua dengan Najib.

Bala juga mendedahkan kepada pihak berkuasa Peranchis mengenai bagaimana beliau diugut dan disogokkan dengan wang oleh adik Najib Nazim dan penjual permaidani Deepak Jaikishan.

Pertemuan Bala di Paris bersama pendakwaraya Peranchis M Ryckewaert pada Julai 12 lalu dijalankan selama tiga jam.

Menurut Bala, apa yang menarik minat pihak berkuasa Peranchis ialah berkaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene pada tahun 2002 ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan. Mereka mahu menyiasat sama ada DCNS, sebuah syarikat pertahanan yang berpengkalan di Peranchis ada memberi komisyen di dalam pembelian tersebut. Bagi Peranchis, transaksi sedemikian merupakan satu jenayah.

Di dalam kenyataan medianya, Bala telah menceritakan mengenai syarikat Malaysia, Perimekar yang dimiliki isteri Abdul Razak Baginda dibayar RM570 juta untuk menyelaraskan dan menyediakan perkhidmatan sokongan terhadap Scorpene.

Apakah pilihan yang ada pada Najib kini? Walau apa pun terjadi, Najib perlu mempersiapkan dirinya dengan berhadapan dengan mahkamah – tidak di negara ini, di negara asing. Beliau perlu mengemukakan seberapa banyak bukti untuk menyingkirkan pertuduhan-pertuduhan yang dilemparkan, bukannya cuba menutup mulut atau menghalang pendakwaan.

Melalui mahkamah sahajalah Najib boleh menyingkirkan syak wasangka kenapa inspektor Azilah Hadri dan korporal Sirul Azhar Umar yang bertugas dengan pejabatnya boleh terbabit dalam perbuatan meletupkan si mangsa dengan bahan letupan C4.

Tetapi, adakah Najib berupaya lakukan sebegitu?

Bayangkan Najib dan Rosmah berarak memasuki mahkamah sebagai saksi ke kamar keadilan? Hancur-lulurlah Rosmah jika mana beliau tidak pula berpeluang untuk membeli-belah sakan di Paris – pusat fesyen dunia.