Rabu, 21 Julai 2010

SALAH-LAKU MAHATHIR - 1


Mukaddimah

Karier politik Mahathir bin Mohamad penuh dengan insiden-insiden kontroversi. Puncanya ialah sikap dan pegangan hidup Mahathir sendiri. Walaupun satu demi satu kontrovesi yang dicetuskannya rakyat Malaysia secara umum masih dapat mengenepikan penindasan dan ketidakadilan angkara Mahathir terutamanya sepanjang 17 tahun pemerintahannya.

Namun begitu kezaliman ke atas sesama manusia tidak akan lenyap begitu saja tanpa mendapat penghukuman di dunia ini. Sejarah penuh dengan contoh-contoh bagaimana diktator-diktator menghabiskan sisa-sisa kehidupan dalam keadaan hina.

Tragedi pemecatan Sdr Anwar Ibrahim dengan cara paling mengaibkan dan tindakan yang zalim terhadap beliau telah memberi kejutan kepada hampir semua rakyat Malaysia. Mungkin rakyat Malaysia masih boleh memaafkan Mahathir sebelum malaikat maut mencabut nyawanya supaya dia dapat menemui ajalnya sebagai seorang Muslim. Akan tetapi rakyat tidak mungkin dapat melupakan kekejaman rejim Mahathir. Bak kata orang-orang Yahudi yang terselamat dari Holocaust, pembersihan etnik oleh Hitler, "To forgive, yes but to forget, never!"

Sebahagian dari sejarah permusuhan Mahathir dipaparkan di sini buat iktibar semua dan semoga dapat menyedarkan golongan yang masih tidak membuka mata, telinga dan minda kepada realiti.

1. Permusuhan dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman

Dendam kesumat Mahathir terhadap Almarhum Tunku memuncak apabila dia mengalami kekalahan kepada calon PAS, Haji Yusof Rawa pada tahun 1969 semasa bertanding di Kota Setar.

Kemarahan Mahathir menjelma dengan rupa sepucuk surat terbuka kepada Almarhum Tunku

bertarikh 17hb Jun 1969. Mahathir membidas Tunku dengan hebat kerana dia yakin sesungguhnya Tunkulah yang menyebabkan karier politiknya berkecai. Surat biadap ini kemudiannya disusuli dengan buku, "The Malay Dilema" yang ditulis dalam bahasa kebanggaan Mahathir, bahasa Inggeris. Di dalam bab 2 buku ini bertajuk "Di Mana Silapnya?" Mahathir menghentam Almarhum Tunku habis-habisan.

Almarhum Tunku pernah melabel Mahathir sebagai seorang "ultra" (pelampau). Mahathir sememangnya melampau kerana tidak memperdulikan adab dan kesopanan budaya orang Melayu. Cara Mahathir membidas Tunku dapat digolongkan sebagai biadab. Mungkin saki-baki pengaruh Keling Tongkang masih menebal di dalam jiwa Mahathir ketika itu.

Mahathir seorang lelaki yang terlalu marah ketika itu. Dia menghina Tunku dengan mengatakan Tunku sudah nyanyuk pada usia 60an. Kini gilirannya untuk dipanggil "nyanyuk" pada usia 73 tahun. Mahathir menganggap "The Happiest Prime Minister in the World" sudah "out of touch with reality". Sekarang "The Most Arrogant Prime Minister in the World" ini hidup dalam alam fantasi yang penuh dengan kebatilan.

Mahathir dengan keras memberitahu Tunku bahwa "tak-kanlah yang ramai itu sentiasa salah" tetapi dia tidak mahu menerima kenyataan bahwa "yang ramai" itu sudah hilang kepercayaan dan hormat kepadanya. Sudah adapun sepanduk yang berbunyi "Mahathir Butuh" diangkat oleh penduduk Kampung Baru.

Mahathir mendesak supaya Tunku segera meletakkan jawatan kerana orang Melayu sudah tidak menyokongnya. Almarhum Tunku menyahut desakan rakyat dan berundur dengan cara terhormat. Akan tetapi Mahathir sungguh "recalcitrant" (keras kepala) walaupun hampir setiap minggu rakyat melaungkan slogan "Undur, Mahathir, Undur". Bekas Perdana Menteri Australia, Paul Keating tidak mengeluarkan perkataan kurang sopan tersebut tanpa alasan.

Semasa UMNO diharamkan Almarhum Tunku telah menyokong Team B dalam cubaan menubuhkan parti baru, UMNO Malaysia. Tunku tidak rela bersekongkol dengan Mahathir yang terkenal dengan sikap "ultra"nya. Begitu juga sikap Tunku semasa berlakunya pemecatan Ketua Hakim Negara yang dihormati, Tun Salleh Abbas. Tunku bermurah hati menulis kata-kata aluan buku "May Day for Justice" yang membicarakan isu pemecatan tersebut.

2. Menikam PAS

Selepas dipecat dari UMNO oleh Almarhum Tunku berikutan penerbitan buku "The Malay Dilemma", Mahathir dengan tanpa segan silu menumpang platfom PAS untuk terus membidas kerajaan pimpinan Tunku.

Mahathir sebenarnya bukan mahu menerima ideologi perjuangan PAS. Sewaktu itu pegangannya cenderong kepada fahaman sosialis. Itu semua bukanlah perkara rumit bagi seorang yang pragmatik seperti Mahathir. Pragmatisme Mahathir serupa seperti sifat binatang "chameleon", sejenis cicak yang berupaya mengubah warna kulitnya sesuai dengan persekitarannya.

Apabila Mahathir diterima semula ke dalam UMNO oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, segala jasa PAS semasa zaman "buang negeri"nya dilupakan begitu sahaja. Memang Mahathir tidak tahu mengenang budi. Mahathir berlagak bagaikan Ketua Samseng dalam cerita Hindustan dan menikam PAS bertubi-tubi dari semua arah dengan pelbagai keris puaka. Sikap anti-PAS Mahathir boleh dikatakan mirip kepada fikrah Abdullah Ibnu Ubay, ketua puak munafik yang mempengaruhi orang-orang Islam untuk murtad selepas kewafatan Rasullah s.a.w.!

Mahathir amat gemar dan tidak pernah kehabisan tenaga menuduh PAS "bertopengkan" Islam untuk mencapai cita-cita politiknya. PAS sentiasa dituduh mengeksploitasi ugama untuk kepentingan sendiri. Tetapi Mahathir lupa bahwa dia sendiri banyak memakai "topeng" sepanjang karier politiknya. Seperti cicak chameleon, Mahathir memakai topeng sosialism, Islamisasi dan nasionalis mengikut kesesuaian zaman. Mungkin sekarang topeng yang dipakainya ialah topeng yang ditempah khas bagi dirinya yakni topeng "Diktator".

Mr. Pragmatik hampir saja berjaya melumpuhkan PAS apabila melakukan "scoop" yang menakjubkan pada tahun 1982. Yang menjadi rebutan kedua-dua pihak ialah sebutir permata yang tidak bergilap bernama Anwar bin Ibrahim. Insan bernama Anwar mesti dibendong dan dikawal kerana dikhuatiri jika dia menyertai PAS nafas politik Mahathir akan tersekat dan mungkin membawa kepada "sudden death". Gelombang kesedaran semula Islam yang bertiup di serata dunia semakin mendapat tempat di hati umat Islam Malaysia. Anwar dan ABIM memainkan peranan yang tidak ternilai harganya dalam proses ini. Mahathir semakin cemas apabila Revolusi Islam berjaya menjatuhkan rejim Shah Iran.

Sekali lagi Mahathir menyalin kulitnya dengan menonjolkan warna Islam. Ini dilakukan untuk mematahkan pengaruh PAS selepas tamatnya era Allahyarham Datuk Asri Muda. PAS baru saja menjalani "reformasi" menyeluruh dan telah menampilkan imej Islam yang modernist. Tokoh-tokoh PAS seperti Dato’ Fadzil Noor, Ustaz Nik Aziz, Tuan Guru Abd Hadi Awang dan rakan-rakan seangkatan yang lain mampu mencabar ketuanan nasionalis UMNO ke atas orang-orang Melayu yang sedang bangun dari tidur yang lena. Generasi Melayu ini sudah membuang budaya "hippie", kekaguman dengan fahaman sosialis dan cara hidup ala Barat yang sesat. Maka dilaksanakanlah program "Islamisasi" yang intensif untuk menghilangkan kedahagaan umat ini.

Kebencian Mahathir terhadap PAS membawa kepada tragedi berdarah. Tangan Mahathir "berlumuran dengan darah" penyokong-penyokong PAS di sebuah kampung bernama Memali pada tahun 1985. Walaupun Mahathir cuba menyalahkan Timbalannya ketika itu, Tan Sri Musa Hitam tetapi sebenarnya arahan untuk menyerang Allahyarham Ibrahim Mahmood @ Ibrahim Libya dan penyokong-penyokongya datang dari Mahathir yang sedang melawat negara komunis China. Mengapakah tidak dipanggil pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan tokoh-tokoh yang mempunyai pengaruh ke atas Ibrahim Libya untuk memujuknya menyerah diri? Apakah mereka yang terkorban itu telah melakukan keganasan terhadap negara ini sehingga wajar ditentangi dengan kekerasan?

Semasa kes tuduhan rasuah Dato’ Harun Idris pada tahun 1970an, sekumpulan anggota Pergerakan Pemuda UMNO telah mengepung kediaman bekas Menteri Besar Selangor itu dan menghalang pihak polis dari menangkap Dato’ Harun. Kumpulan Pemuda UMNO ini sanggup menggadai nyawa mereka semata-mata mahu mempertahankan pemimpin agung mereka. Kerjaan pimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak telah menghantar satu delegasi untuk berunding dengan Dato’ Harun. Hasil dari tindakan Tun Razak yang penuh hikmah itu maka Dato’ Harun bersetuju menyerah diri. Peristiwa itu berakhir dengan aman tanpa sebarang pertumpahan darah.

Mahathir mesti menanggung dosa terhadap pembunuhan di Memali dan menjawab kepada balu dan anak-anak mereka yang terkorban. Sikap "recalcitrant" Mahathirlah yang menyebabkan banyak nyawa yang terkorban. Umat Islam terutama ahli-ahli PAS tidak akan melupakan jenayah Mahathir ini.

3. Menzalimi pengkritik

Mahathir cukup meminati lagu "My Way" yang dipopularkan oleh mendiang Frank Sinatra. Lagu ini sering dinyanyikan Mahathir dalam majlis-majlis amal. Mahathir gemar lagu ini kerana senikatanya mencerminkan prinsip hidup Mahathir sendiri. Segala-galanya mestilah dilakukan mengikut pandangan dan cara Mahathir sahaja. Sesiapa yang menentang atau enggan mengabdikan diri kepada kemahuan Mahathir dianggap sebagai pengkhianat.

Cubalah tanya Tan Sri Musa Hitam, Tengku Razaleigh, tokoh-tokoh pembangkang, Tun Salleh Abbas dan Anwar Ibrahim. Mereka ini merasakan secara terus bahang api kemarahan Mahathir. Musa Hitam meletakkan jawatan kerana tidak tahan lagi dengan karenah Mahathir terutamanya selepas insiden berdarah di Memali. Tokoh-tokoh pembangkang dibawa bercuti ke resort tahanan tanpa rela atas arahan Mahathir. Tun Salleh Abbas dihumban ke bawah dari menara kehakiman kerana enggan bersekongkol dengan Mahathir. Ku Li dan kerabat Team B angkat kaki meninggalkan kampung UMNO dan mendirikan desa Semangat 46. Dan yang terbaru sekali Anwar Ibrahim dipenjarakan di dalam istana berduri kerana antara lain melakukan dosa kepada Mirzan Mahathir.

Kontroversi tercetus apabila Kementerian Pendidikan mencadangkan untuk menaikkan pangkat guru-guru dari aliran bukan pendidikan China menjadi pengetua sekolah jenis kebangsaan China. Menteri Pendidikan semasa itu ialah Sdr Anwar Ibrahim. Tindakan ini ditentang oleh badan-badan pendidikan China. Part-parti MCA dan DAP terheret ke dalam kontroversi ini. Datuk Lee Kim Sai dari MCA telah menaikkan kemarahan orang-orang Melayu dengan mengeluarkan beberapa kenyataan yang berbau perkauman. Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Najib Tun Razak telah bertindakbalas dengan mengadakan perhimpunan raksaksa di Padang Kelab Selangor. Keadaan di sekitar Kuala Lumpur menjadi tegang seolah-olah 13 Mei akan berulang.

Mahathir mengambil kesempatan dari situasi genting ini dengan mengarahkan penangkapan 106 orang di bawah Ops Lalang pada Oktober 1987. Antara tokoh-tokoh utama yang ditahan ialah Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Chandra Muzaffar. Isu yang pada mulanya membabitkan perbalahan perkauman di antara UMNO dan MCA akhirnya dieksploitasi oleh Mahathir untuk mengurung pembangkang. Bak kata orang, "Rezeki jangan ditolak". Mahathir merasa bertuah kerana dengan peluang ini dapatlah dia mengusulkan pindaan perlembagaan menghadkan kuasa Raja-raja dan menghancurkan kebebasan institusi kehakiman.

Mahathir memang seorang "fighter" yang kental. Semangat berjuangnya jauh lebih hebat daripada Mike Tyson. Satu demi satu lawan Mahathir tumbangkan dengan pukulan KO. Team B yang diketuai Tengku Razaleigh cuba merampas takhta Mahathir melalui pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada tahun 1987. Dalam sesuatu demokrasi yang matang perebutan kuasa secara pilihanraya adalah suatu perkara biasa. Pihak yang menang akan memerintah parti manakala yang kalah menerima hakikat kekalahan dengan terbuka. Kalau ada nasib lain tahun cuba lagi. Tetapi bagi Mahathir sebarang cubaan untuk menjatuhkannya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Penentang mesti dihukum sekeras-kerasnya walaupun tindakbalas itu boleh membawa kepada perpecahan parti. Bila UMNO diharamkan dan Team B tersingkir maka saki-baki ahli yang kekal di dalam UMNO Baru tiada pilihan melainkan mendaulatkan secara total kepimpinan Mahathir.

Walaupun gagal mendaftarkan UMNO Malaysia, Team B tidak berputus asa. Maka ditubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Parti bekas ahli UMNO ini mengadakan pakatan dengan parti-parti pembangkang yang lain. S46 menjadi ahli komponen Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah. Gabungan pembangkang yakin dapat mengurangkan majoriti BN dalam pilihanraya 1990. Tanpa diduga Mahathir telah menggunakan taktik kotor di saat-saat akhir pengundi keluar melaksanakan tanggungjawab mereka. Tersebarlah dengan meluas gambar Tengku Razaleigh memakai setanjak Kadazan yang didakwa terpahat lambang salib Kristian di atasnya. Sebenarnya lambang salib berlainan sedikit dari lambang di setanjak itu. Tanyalah rakan-rakan beragama Kristian tentang hal ini. Malang bagi S46 kesannya sungguh dahsyat. Sokongan terhadap S46 punah sama sekali seperti ledakan bom atom di Hiroshima. Penyokong dan sukarelawan S46 berpaling tadah dan mengundi BN. S46 mengalami kekalahan yang mengaibkan kecuali di Kelantan. Mahathir gembira tidak terhingga kerana rancangannya telah berjaya memperdayakan majoriti orang Melayu. Rais Yatim terpaksa membina semula jambatannya yang telah beliau bakar dahulu. Semua orang masih ingat lagi kenyataan terkenal Rais, "I’ve burnt my bridges". Akhirnya puak S46 terpaksa merangkak balik ke pangkuan UMNO Mahathir.

Selepas memecat Anwar Ibrahim pada 2 September 1998, Mahathir berharap bahwa tuduhan moral akan dapat menghancurkan ancaman Anwar kepadanya. Mahathir kecewa kerana rakyat terutama ahli-ahli UMNO masih enggan menyokong tindakannya meskipun Sukma dan Dr. Munawar "mengaku" diliwat oleh Anwar. Sekarang Mahathir mengambil pendekatan berbeza dengan memainkan sentimen Patriotisme dan campurtangan asing di dalam hal-ehwal dalaman negara. Ucapan Naib Presiden Amerika Syarikat bagaikan rahmat yang datang bergolek kepada Mahathir. Sekarang perhatian rakyat dapat dipalingkan dari isu penganiayaan Anwar kepada kedaulatan negara. Perjuangan golongan reformasi telahpun dilabel sebagai pengkhianat dan menjadi talibarut Amerika. Kempen mengibarkan Jalur Gemilang, iklan dan rancangan bertemakan Patriotisme di media massa dan kenyataan-kenyataan kuncu-kuncu Mahathir menghidupkan semula bayang-bayang hantu 13 Mei. Maka keluarlah kenyataan "gempak" Pak Lah Badawi kepada dunia bahwa Malaysia akan menyalahkan Amerika Syarikat kalau tercetusnya rusuhan di negara ini. Semuanya adalah perencanaan terperinci Mahathir untuk terus mengekalkan kuasa. Dikhuatiri akan berlaku gerakan menangkap penentang-penentang Mahathir beramai-ramai sebelum pilihanraya diadakan selepas Hariraya ‘Aidil Fitri 1999.

Mahathir mungkin berjaya dengan taktik seperti yang digunakan semasa pilihanraya 1986 dan 1990, tetapi percayalah bahwa kebenaran dan keadilan akan terserlah akhirnya meskipun bertahun-tahun lamanya berjuang. Nelson Mandela merengkok lebih suku abad di dalam penjara apartheid tetapi dia tetap yakin akan mencapai "freedom in our lifetime" (kebebasan semasa hayat kita).


Siapa Dalang Pencuri Pasir?
Berita
"Orang yang menyampaikan protes di bangunan SUK adalah Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali (gambar). Kenapakah dia yang memberikan protesnya? Suhaimi bukan ada buat kerja dan lakukan apa-apa untuk UMNO Selangor. Pergerakan Pemuda UMNO Selangor lembab dan tidak bermaya bawah kepimpinannya.

Kalau siapa-siapa mahu tahu Suhaimi adalah juga "Raja Pasir" yang pernah terlibat curi pasir waktu malam di kawasan Sepang. Kontraktor yang jalankan untuk Suhaimi begitu teruk sekali hingga sebuah jambatan kampung di Sepang hampir runtuh dari hakisan.


Zahrain Pernah Minta Kontrak Pasir Dari Selangor Sebelum Melompat

Zahrain, Ahli Parlimen Bayan Baru, menjual obat di Parlimen kononnya Anwar mahu memecat Elizabeth Wong. Namun, tahukah anda, Zahrain yang sama pernah berjumpa Tan Sri Khalid untuk meminta kontrak pasir dari KSSB?

Yang hairannya, sudahlah si Zahrain ni tidak bermoral, anak lelaki Zahrain pun hendak diajar budaya korupsi ini. Ini kerana Zahrain telah bertemu Tan Sri MB bersama-sama anak lelaki beliau meminta kontrak pasir dari KSSB.

Tetapi Tan Sri menolak permintaan Zahrain dan anak lelaki beliau ini. Kiranya Tan Sri melayan permintaan Zahrain dan anak lelaki Zahrain ini, nescaya Zahrain tidak akan melompat UMNO seperti sekarang.

Saya juga mencabar Zahrain menafikan kisah ini, kalau dia benar-benar bersih.

Saudara/ri pembaca wajib sedar, Tan Sri diserang kiri dan kanan dalam isu pasir kerana Tan Sri tidak mahu melayan permintaan-permintaan yang datang seperti yang datang dari Zahrain ini.


Itu dari Storm62 dan dibawah ini pula dari kube lembe


Sudah nasib negeri Selangor yang pesat membangun bergelumang dengan masalah sebegini. Apabila sesuatu pembangunan yang besar dan aktif berjalan maka tidak dinafikan permintaan bahan binaan seperti pasir akan meningkat.

Masalah ini sudah berlaku sejak 2 dekad lagi ,sejak dizaman B.END yang masih "kayu" lagi dalam hal ehwal urusniaga ni. Bahkan generasi yang membalun pasir di Selangor dulu pun dah ramai yang "rich and gone" atau sekurangnya tengah nyanyuk sekarang. Baru kini ia dibangkitkan kerana....KERANA... mereka sedar hanya itu sahajalah isu yang berbentuk alam sekitar dan kemasyarakatan yang mudah difahami dari umur 18 tahun hingga ke umur nyanyuk.

Dengan mengapi-apikan isu ini akan membangkitkan rasa tidak senang oleh rakyat dan seterusnya menanam sikap prejudis kepada Kerajaan pimpinan PR. Itulah hakikat sebenar disebalik cerita wayang tengahari buta ini.

Cuma pedoman dan nasihat kepada pihak yang berkuasa dalam urusan Tanah,Carigali dan bahan Mineral di Selangor ini haruslah peka dan memahami terhadap skop kerja, dasar ,kanun dan SOP yang digubal dan digunapakai.

Penguatkuasaan yang ketat dan pemberian lesen kepada kontraktor perlu diselaras dan kawalselia oleh mereka yang berada paling hampir dengan aktiviti sebegini. Contoh paling ketara ialah Pejabat Tanah & Galian Daerah, Majlis Perbandaran dan pelbagai lagi agensi yang lebih dekat dengan kegiatan ini seharusnya akur dengan tanggungjawab.

Berbalik kepada kes pasir Selangor, perlu diingatkan bahawa dulu.....sebahagian besar juak B.END adalah kontraktor. Dari AJK Cawangan hinga ke AJK Bahagian boleh dikatakan 7 dari 10 mereka ini adalah kontraktor. Tak kiralah kontraktor Ali ke Baba ke. Jadi mereka inilah pendokong utama yang meng'halal'kan kegiatan yang haram ni berleluasa. Sekiranya pihak berkuasa cuba mengambil tindakan, ada saja yang bergred 54 atau Jusa C yang menasihati atau mengarah supaya "tutup mata sebelah". Cuba pihak berkuasa berdegil jugak..alamak memang kena transferlah si 54 atau Jusa C atas arahan "orang politik".

Inilah senario yang sebenarnya berlaku dan bila panau sudah bertukar kudis , ramailah hero-hero melayu datang mengadakan demonstrasi. Padalah hero-hero inilah yang dulunya kaki bedal yang meng'halal'kan yang haram.

Reversed Psychology Acts sebegini janganlah dilayan sangat. Yang penting MB Selangor perlu tegas dan perlu mengambil tindakan tidak popular jika perlu seperti menghentikan segala aktiviti proses pasir di Selangor buat sementara. Kita nak tengok siapa yang akan menggelupur mencari bekalan.

Re: Siapa Dalang Pencuri Pasir?
Oleh nescafe on Tuesday, July 20 @ 08:20:51 PDT

cheap political mileage . harapnya dpt jadi ketua umno sgor.

biasa la . sama mcm org yg heret kepala lembu.

akhirnya makan diri sndri dan imej umno am nya.


Re: Siapa Dalang Pencuri Pasir?
Oleh SuPiTgElEnYa on Tuesday, July 20 @ 08:37:25 PDT
(
Anak beranak toyol...mana boleh duduk diam...asyik nak merompak aje.

Re: Siapa Dalang Pencuri Pasir?
Oleh ikanlepu on Tuesday, July 20 @ 15:56:08 PDT

Aii... ari tu Fatah Iskandar (bekas EXCO) dapat tangkap pencuri pasir tengah malam - 4 buldozer ditahan. Tup... tup buldozer ble hilang walaupun ada sekuritinya.

Kes tu pun terus diam sampai la Fatah pun lungkup sama.

Umno sama UMNO punya keje.


Re: Siapa Dalang Pencuri Pasir?
Oleh pang5siber on Tuesday, July 20 @ 19:03:53 PDT

"Hentikan segala aktiviti proses pasir di Selangor buat sementara. Kita nak tengok siapa yang akan menggelupur mencari bekalan." Sokkooong sebulat suara.
Rosmah Terkangkang di Sabah : Cepatnya Balasan Allah..
Berita
"Kalau tadi aku dah post satu entry berkenaan tingkah laku biadap atau kurang ajar Rosmah terhadap Najib yang dipamirkan dikhalayak ramai.. korang tengok lah kat SINI.
Sebagai seorang isteri Rosmah sepatutnya mengekori dibelakang suaminya, bukan mendahalui suaminya Najib dalam majlis rasmi yang punya protocol itu..
Dan berita dibawah pula adalah kesinambungan dari peristiwa di Kota Kinabalu International Airport itu..Mungkin Allah memberikan peringatan buat Rosmah ataupun Allah membalas perbuatan Rosmah yang menunjukkan sikap tidak tahu menghormati suaminya itu dengan mengelincirkan lalu menjatuhkan Rosmah dikhalayak ramai selepas beliau memberikan ucapannya sebagai Presiden Bakti.Untuk menyembunyikan rasa malunya atau ‘cover malu’ Rosmah telah menunjukkan marahnya kepada pengawal peribadinya yang gagal menangkap tangannya ketika dia tergelincir. Dihadapan hadirin yang memenuhi dewan Rosmah bangun dan menepis bantuan yang cuba diberikan oleh pengawal peribadinya itu..

Rosmah slipped

Earlier, the Prime Minister's wife Rosmah Mansor caused a slight commotion when she slipped and fell on while descending from the stage after delivering her speech as the President of Bakti (Welfare Body for Wives of Federal Ministers and Deputy Ministers and Barisan Nasional MP).

She had just delivered a speech that lasted more than 40 minutes at the closing ceremony of the wives of BN elected representatives annual programme when she fell that drew a loud scream and gasps from those gathered.

Rosmah did not hide her anger to her bodyguard who failed to catch her hand as she was slipping. In front of the packed ballroom in a major resort and spa here, once she picked herself up, pulled away from her bodyguard and refused to be guided by the back to her seat.She also waved her finger crossly at her female bodyguard as though rebuking and blaming her for letting her fall.Musa, who was about to deliver his speech after Rosmah, stopped for about five minutes as Najib, Musa and other dignitaries at the VVIP tables checked on Rosmah. Other wives of the elected representatives sitting near the main table also went to see her.After indicating that she was fine with a smile, Musa made his way to the rostrum but stopped at the place where Rosmah had fallen and scratched the surface of the staircase with his shoe.“True it is very slippery,” he said before proceeding with his speech.However, her husband Najib did not touch on the matter when he went to deliver his speech to close the annual programme.Najib took just over 15 minutes to deliver his closing speech as he said “my wife has said all that I wanted to say”.

Re: Rosmah Terkangkang di Sabah : Cepatnya Balasan Allah..

Bontot berat sangat....off balance
Re: Rosmah Terkangkang di Sabah : Cepatnya Balasan Allah..

bontot besar sebelah laa..
Re: Rosmah Terkangkang di Sabah : Cepatnya Balasan Allah..

Lu[a nak tulis..

Moral of the story ialah 'JANGAN KURANG AJAR TERHADAP SUAMI ANDA' buat perempuan la...

Re: Rosmah Terkangkang di Sabah : Cepatnya Balasan Allah..

Hari bersejarah untuk Rosmah..cukup2 memalukan..

Re: Rosmah Terkangkang di Sabah : Cepatnya Balasan Allah..

Bila tengok apa yang Rosmah buat, teringat aku pada Ramly Ngah Talib..MB Perak dulu....kalau pergi mana-mana bini dia ada kat depan dulu..INGAT TAK ENGKORANG
Re: Rosmah Terkangkang di Sabah : Cepatnya Balasan Allah..

tak baik buat pelbagai andaian, kesiyan jatuh

kemalu-malu wannya, takpe makcik ros itu hanyalah tanda

yg nyata kejatuhan bn disbbkan oleh makik ros ...sabojele....


Re: Rosmah Terkangkang di Sabah : Cepatnya Balasan Allah..

kalau ada gmbr lagi bagus.....
Re: Rosmah Terkangkang di Sabah : Cepatnya Balasan Allah.. (Score: 1)

knpa msih org umno buta mata?akhlak bini pemimpin x mencerminkn keislaman, terhegeh2 nak gabung dgn PAS.
Re: Rosmah Terkangkang di Sabah : Cepatnya Balasan Allah..

Tempat Jatuh Akan Dikenang......!!!
Re: Rosmah Terkangkang di Sabah : Cepatnya Balasan Allah..

kahkahkahk..

x de gambo nya ke brooo....

Re: Rosmah Terkangkang di Sabah : Cepatnya Balasan Allah..

RASA MACAM BOLE DIPERTIKAI KESAHIHANNYA KALO TAK DISERTAKAN NGAN GAMBARNYA..
Re: Rosmah Terkangkang di Sabah : Cepatnya Balasan Allah.. (Score: 1)

ada video ker atau gambar tlg pos kan

Selasa, 20 Julai 2010

VIP Malaysia Di Tangkap Bersama Paris Hilton Di Italy?
Luar Negara
AJACCIO : American party girl Paris Hilton was briefly held by police on the French island of Corsica after being caught with cannabis in her handbag, according to police sources.According to Corse-Matin newspaper, Hilton was traveling on the private jet with "people close to power in Malaysia", and was due to travel by yacht to the luxury resort of Porto Cervo in Sardinia, Italy.

Hilton was detained after arriving at the airport in Figari on a private jet from Paris on Friday. Police found less than a gram of cannabis in her handbag, and released her soon afterwards without charge.

According to Corse-Matin newspaper, Hilton was traveling on the private jet with "people close to power in Malaysia", and was due to travel by yacht to the luxury resort of Porto Cervo in Sardinia, Italy.

The incident is the American's second brush with the law this month.

The 29-year-old was arrested during the World Cup in South Africa after a friend she was with took a joint to the Brazil-Netherlands quarter-final match in Port Elizabeth.

A darling of the tabloids, Hilton, the great-granddaughter of the Hilton hotel chain's founder, shot to fame in 2003 when her boyfriend leaked a video of their sexual escapades on the Internet. - AFP

VIP Malaysia Di Tangkap Bersama Paris Hilton Di Italy?

http://celebrity.techwoo.com/2010/07/15/paris-hilton%E2%80%99s-poses-in-paris-for-malaysian-millionaire-photos/ [celebrity.techwoo.com]

Siapakah Taek Jho Low?Posted by admin on May 28th, 2010

Ketua pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin hari ini menggesa kerajaan supaya seorang pemuda Malaysia yang dilaporkan sering berbelanja mewah di luar negara disiasat.

Pemuda tersebut, Taek Jho Low (gambar atas Low-kanan bersama Usher) yang menurut New York Times, didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan bergaul rapat dengan selebriti-selebriti Barat. Antaranya ialah menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox. Beliau juga menghabiskan satu malam AS$160,000 di Avenue New York pada September yang lalu semasa Minggu Fesyen.

Shamsul meminta siasatan sama ada Jho Low terlibat di dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur.

Dalam sidang medianya selepas itu, Shamsul Iskandar mendakwa Taek Jho Low juga merupakan seorang penasihat bagi pihak berkuasa pelaburan bagi negeri Terengganu yang kini dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad.

Lelaki yang badan gempal ini berumur 28 tahun adalah graduan Sarjana Muda Sains Ekonomi dari Sekolah Perniagaan Wharton, Universiti Pennsylvania yang kini merupakan Penasihat Kumpulan dan Pengarah Bukan Eksekutif untuk Utama Banking Group (UBG) Bhd sejak 19 September 2008.

Low yang berasal dari Pulau Pinang juga adalah wakil syarikat Majestic Masterpiece Sdn Bhd dan Abu Dhabi-Kuwait-Malaysia Investment Corporation (ADKM) yang memegang sebanyak 53 peratus saham UBG Bhd.

UBG yang diuruskan oleh Mahmud Abu Bekir Taib adalah anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Pehin Abdul Taib Mahmud dan UBG mempunyai 86 peratus kepentingan saham di dalam Putrajaya Perdana Bhd (PPB) dan 80 peratus di dalam Loh and Loh Group Berhad.

PPB bukan sahaja mempunyai pejabat di Putrajaya tetapi juga sudah membuka cawangan pejabat operasi di Abu Dhabi, Kuching dan di wilayah Iskandar Johor.

Low dipercayai rapat dengan seorang jutawan dan hartawan Kuwait yang dikenali sebagai Hamad