Rabu, 26 Mei 2010

Gambar Mahathir Tipu Barry Wain.
Analisis Isu
Wain: Mahathir berwajah dua. Ketika Malaysiakini menyiarkan wawancaranya bersama Barry Wain yang terkenal kini apabila bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Wain berkata, semua maklumat didalam bukunya itu termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Dr Mahathir itu disokong oleh bukti. Beliau hadir ke Malaysia untuk mempromosikan bukunya itu yang bakal diulang cetak kali keenam dan diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Cina.

Ketika mengimbas kembali drama yang berlangsung ketika Mahathir menangis ketika memberi ucapan terakhir sebagai presiden Umno di perhimpunan parti itu, Wain berkata linangan air mata itu bukanlah dibuat-buat. "Saya langsung tidak fikir dia berlakon semata-mata. (Mahathir) menangis kerana hatinya benar-benar diruntun emosi," katanya lagi.

Amacam Barry Wain. Kita Tengok Sapa yang Kenaaaa....


Penulis tergelak keseorangan. Betapa rupanya orang yang teliti seperti Barry Wing pun terpesona dengan 2 wajah Mahadhir. Ia gagal mengesan lakonan berkesan Mahathir dalam ucapan akhirnya dalam Perhimpunan Agung UMNO untuk pura-pura meletak jawatan. Usaha test market beliau itu berkesan sehingga ramai yang terpesona. Ketua Wanita UMNO sendiri sampai tercabut kasut merayu supaya jangan letak jawatan. Kita tidak menyalahkan Barry Wain atas kegagalannya mengecam air mata buaya Mahathir. Sebab mungkin ia bukan melayu. Ia tidak menyangka bahawa di Malaysia ini ramai pelakon yang boleh mengalahkan primadona Hollywood. Apatah lagi adanya darah bollywood yang mengalir dalam tubuh Mahadhir. Lagilah power. Barry Wain tidak boleh membezakan airmata buaya dan airmata raksasa

Hanya satu saja tangisan ahli politik seperti Mahadhir yang benar-benar mengeluarkan air-mata. Itupun kerana terpaksa iaitu peristiwa beliau disembur gas ketika baru keluar dari pintu Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bahru, Kelantan pada 28 Julai 2007. Semburan itu biasanya digunakan oleh wanita untuk menyembur perogol tetapi Mahadhir dan Ibrahim Ali yang kena bahananya. Barry Wain! Itulah airmata Mahadhir yang bukan lakonan. Siap meleleh air hidung sekali.

Apalah orang yang keras hati, pendendam serta pengamal pragmatis itu tahu tentang jiwa dan perasaan. Orang yang menghina hukum Islam, sanggup menyumbat siapa sahaja yang menentangnya ke ISA, tangan dibalik tabir darah-darah pejuang di Memali, orang yang sanggup merobek demokrasi yang dicanangnya, perampas royalty rakyat Terengganu… lihatlah dendam kesumatnya terhadap Pak Lah dan Anwar Ibrahim. Ingatkan usia sudah dihujung julai.. tau jugak untuk bertobat. Tetapi mungkin ia ingin menongkat langit.

Ramai lagi pelakon air-mata yang mengalahkan Nordin Ahmad maupun Azean Irdawaty. Tengok sendirilah. Kenapa begini? Tidak lain dan tidak bukan ianya adalah demi kepentingan politik peribadi masing-masing. Kalaulah demi perjuangan pun ianya hanya sekadar airmata nasionalisme yang tidak pergi kemana-mana. Mana satu airmata taqwa dan mana satu air mata buaya?

Menurut Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah, tangisan boleh diperincikan menjadi 10 jenis mengikut pelbagai maksud dan tujuan. Tangisan kasih sayang, ketakutan, gembira, kegundahan, cinta dan rindu, kesedihan, tidak berdaya, kemunafikan, orang upahan dan tangisan ikut-ikutan.
Satu tangisan yang istimewa dianugerahkan Allah SWT kepada hambaNya. Tangisan ini tidak bersifat melemahkan semangat, bahkan ia boleh menghidupkan jiwa yang sudah lama mati. Ia tidak mendatangkan rasa putus asa dan kesakitan, bahkan air mata ibarat gelombang membangkitkan rasa optimis, kecekalan dan azam bergelora.

Tangisan itu membawa satu janji untuk hidup lebih bererti dan ia mampu mencelikkan pandangan mata hati meneroka alam lebih jauh lagi. Alam ghaib tidak nampak di mata kasar, hanya hati yang beriman boleh merasai kebenarannya. Tangisan itu dianugerahkan kepada Nabi dan Rasul, syuhada dan orang salih. Mereka berhak mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan, selain perlindungan-Nya.

Ianya adalah air mata taqwa. Airmata yang takut kepada Allah Swt. Takut akan azabnya. Takut akan hari kiamat kelak. Sebagaimana Sabda Rasulullah Saw:-

“Dan seseorang yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan sendirian, lalu berlinanganlah air matanya kerana takutkan Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)


Ataupun mata yang berjihad di jalan Allah Swt. Berjaga malam dengan kerja-kerja kearah menegakkan Islam dan berjuang kearahnya.



عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عَيْنَانِ لَا تَمَسُّهُمَا النَّارُ عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ


Daripada Ibn Abbas r.a berkata bahawa aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka. Mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam fi Sabilillah.


Menurut Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid dalam bukunya iaitu ‘Hikmah terapi air mata menangis kerana Allah’. Ia menyebut bahawa air mata boleh memanjangkan umur, airmata boleh melegakan tekanan dan emosi. Tetapi dalam banyak-banyak airmata adalah yang paling berbisa. Iaitu antaranya airmata ibu-bapa dan juga airmata orang yang zalim.

Tangisan orang zalim adalah kepentingan politik mereka. Tiada taqwa disebaliknya. Ianya sebagai strategi untuk mencapai matlamat yang tersembunyi. Disebalik tanggisan itu tergumpal seketul daging didalam dadanya yang penuh dengan nafsu, kezaliman, penindasan dan tiadanya keinsafan.


Semoga Allah menyelamatkan kita dari menjadi mangsa kepada sang buaya yang mengalirkan airmata.

Selasa, 25 Mei 2010


PAKATAN RAKYAT WAJIB BERTINDAK

Tanah KTM di Tanjung Pagar dilaporkan akan bertukar tangan.

Tanah ini adalah hartanah yang nilainya cukup mahal. Tanah ini dilaporkan
akan diganti.

Kenapa ini berlaku?

Justeru PKR, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat wajib mempersoalkan hal ini. Ini bukan jual beli ubi dengan keledek.

Pakatan Rakyat wajib:

- menuntut pekara ini dibincang di parlimen
- menuntut agar semua perjanjian dibuka dengan telus
- memastikan orang ramai tahu hal ini

Jika ada perjanjian beli ini berat selah:

Maka Pakatan Rakyat wajib mengeluarkan kenyataan yang ianya akan
menolak perjanjian ini jika Pakatan Rakyat mentabir Malaysia.


KENA PAU OLEH SINGAPURA

REHAT DALAM AMAN ALTANTUYA

MALAYSIA , SINGAPURA TUBUH SYARIKAT MAJUKAN TANAH KTMB - melayau

Najib Razak berkata, tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di pulau republik ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.

Kedua-dua negara, katanya, bersetuju untuk menubuhkan M-S Pte. Ltd. bagi tujuan membangunkan tanah-tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di sini.

Beliau berkata, Khazanah Nasional Bhd. akan menguasai 60 peratus kepentingan dalam syarikat terbabit manakala baki 40 peratus lagi dimiliki pihak Singapura melalui Temasek Holdings Ltd.

nota:
tanah ktm itu adalah di wilayah yang amat berharga.
kenapa perlu di ubah suai ke beduk atau ke gelam
apa yang kena pegang hingga kan harta tanah yang amat
mahal ini di tukar kepada tanah yang kurang nilai.

persoalan timbul – begaimana ini berlaku?

apa yang ada pada singapura hinngakan najib sanggup?
apakah ini ada sangkut paut dengan gambar najib dan altantuya
di singapura?


mengikut akuan bersumpah bala:

najib ada bersama altantuya di singapura
melihat pamiran intan berlian.
pasti mata mata rashia singapura tahu hal ini
singapura pernah memerangkap seorang kenamaan
ini memang selalu dilakukan bukan sahaja oleh singapura
malah oleh semua negara.

sukarno pernah cuba di pau oleh cia
tetapi cia kurang faham bahawa bung karno ialah
bapa kemerdekaan bukan bapa judi atau bapak mirzan


sesebuah negara yng pemimpinnya ada masalah adalah
terus kena pau. tunggu dan lihat – kita akan membeli
eurokoter dari peranchis – tunggu dan lihat kita akan
beli lagi kapal terbang dari russia –


persoalan akan terus timbul:
apakah semua ini ada bersangkutan dengan altantuya
.

orang melayu wajib sedar
negara ini akan terjual habis lingkup
jika pemimpin terus kena pau

ini lah akibat jika
pemimpin suka makan pau kaya china
atau pun pau kaya mongolia

PAHANG MENDAHULUI DUNIA DENGAN BAHASA BARU

INI BAHASA TANDA ASLI DARI PAHANG

INI BAHASA TANDA YANG BARU
ADUN KERDAU SANGAT STABIL – MB PAHANG - melayau

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) kini sangat stabil.

Beliau berkata, wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu bagaimanapun masih tidak boleh bercakap dan tetapi mampu berkomunikasi melalui tindak balas mata.

PUNYA TAKUT NAK BUAT PILIHANRAYA KECIL

NAZAK PUN DI ANGGAP SEHAT

SEKARANG SUDAH BOLEH BERKOMUNIKASI?

KALAU MACAM INI BOLEH DATANG MESYUARAT

ADA BRILLE UNTUK YANG TIDAK MELIHAT

ADA PAKAI ISYARAT UNTUK YANG PEKAK BISU

UNTUK DEWAN UNDANGAN PAHANG ADA BAHASA BARU

BAHASA MAIN KELIP KELIP MATA

nota:
macam macam punya gila negara ini
macam punya cara untuk menipu

haji menipu
lebai menipu
imam menipu
tok kadi menipu
mufti menipu


hanya al hafizi vincen ten yang tak tipu
dia ada judi halal


apa akan jadi kepada orang melayu
duduk tersenyum kerana suka kena tipu


SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU

PELANCUNG DARI BANGLA MENUJU KUALA LUMPUR

PELANCUNG INDIA HENDAK DATANG KE MALAYSIA
KEMUDAHAN TRANSIT TANPA VISA DIBERI SEMULA 1 JULAI – mStar

Kerajaan akan memberi semula kemudahan transit tanpa visa kepada warga India, Sri Lanka, Pakistan dan Bangladesh mulai 1 Julai depan, kata Muhyiddin Yassin.

Dia berkata keputusan memberi semula kemudahan tersebut adalah kerana kerajaan mendapati ia memberi faedah kepada industri pelancongan negara.
"Satu ketika dulu, pernah diadakan (kemudahan transit tanpa visa ini) tetapi atas sebab-sebab tertentu, ia ditarik balik.

"(Perkara ini) kita bincang semula kerana daripada segi faedah pelancongan, kita dapati adanya faedah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan di sini semalam.

INI SATU LAGI KERJA GILA

TAK CUKUP DENGAN MASAALAH

TAK ADA KERJA …CARI BALA

INDIA, PAKISTAN, BANGLA…. BUKAN DATANG BERCUTI

INI NEGARA MISKIN

DATANG SINI MASUK KEMUDIAN TAK PULANG PULANG

KEMUDIAN RASUAH IMIGRISEN…BELI KAD PENGENALAN

CAKAP KETUANAN MELAYU… INI NAK BERI NEGARA PADA ORANG INDIA PULAK

SEDARLAA…. WARGA ASAL INI DAH MAKIN SESAK


NAK BUAT APA BAWA MASUK LAGI ORANG

INI BUAT GAJI BURUH TEMPATAN LAGI MURAH

nota:
alih dasar ini mesti
hasil lobi para towkay
yang mahu buruh gaji murah
hancurlaaa negara ini
melayu masih lagi tak sedar
tebal sangat kulit kepala
daging sampai ke muka
hinggakan tak dapat berfikir


PAU TERBARU - PAU PANAS

SATU LAGI SEJARAH DI LUPUS - BILA MELAYU NAK SEDAR NEGARA TERJUAL KERANA BURET

PEMIMPIN MELAYU SUKA MAKAN PAU KAYA MONGOLIA SELALU KENA POW
STESEN KTM TG PAGAR DIPINDAH KE WOODLANDS JULAI 2011 – minsider

Najib Razak dan rakan sejawatannya Lee Hsien Loong bersetuju untuk memindahkan stesen kereta api Tanjung Pagar berusia 78 tahun ke Woodlands, Singapura.

Stesen kereta api itu dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Pemindahan akan berkuat kuasa 1 Julai 2011.

TANAH DI STESEN ITU SAPA REMBAT

ITU TANAH NEGARA


BETUL TAK RAMALAN TT…HARTA NEGARA SUDAH KENA JUAL


SUDAH KENA POW

MANA DIA PEKASAM

MANA DIA GABAM

MANA DIA PUKIPM

MANA DIA GENG SONGKOK TINGGI

MANA DIA ZUL NORDIN ... PEJUANG ISLAM... NEGARA KENA JUAL

MANA DIA GPMS

nota:
bahaya jika pemimpin negara
yang ada masaalah pribadi
akan kena pow selalu

Isnin, 24 Mei 2010

Rakyat Terengganu: Bukan Salah Ibu Mengandung.
Artikel
"Hari ini rakyat Terengganu mendapat satu lagi anugerah daripada projek kerajaan UMNO/BN. Anugerah ini adalah rentetan daripada siri-siri anugerah kerajaan UMNO/BN sejak rakyat menumbangkan pemerintahan PAS pada tahun 2004.

Melalui PRU11, rakyat Terengganu tersilau oleh wang ehsan yang melimpah-ruah ditabur oleh pemimpin UMNO negeri.

Penangan wang ehsan menyebabkan ada dalam kalangan penyokong PAS di kampung-kampung tidak lagi mengikuti kuliah dan ceramah PAS kerana takut tidak mendapat bahagian.

Tanpa royalti petroleum yang dipukat secara khianat oleh UMNO/BN, PAS tidak mampu memberi nikmat dan kemewahan projek kepada rakyat. Justeru melalui kempen Gelombang Biru UMNO tajaan Idris Jusoh, mereka sama-sama menolak PAS dari persada politik Darul Iman. Kini sudah 6 tahun lebih UMNO/BN menguasai negeri Terengganu. Dalam tempoh ini, rakyat telah dapat melihat hasil UMNO/BN memerintah negeri.

Ramai rakyat Terengganu mati dalam keadaan mata tidak tertutup rapat. Lebuhraya Pantai Timur Kuantan ke Chendering belum nampak bayang akan dapat digunapakai dalam tempoh dua tiga tahun ini. Projek yang sudah diuar-uarkan sejak tahun 2000 lagi sudah masuk tahun kesepuluh, namun kini sunyi-sepi. Lori tersadung di bawah pokok, cerucuk berkarat dan rumput menebal di sepanjang laluan. Rakyat cuma dapat melihat manifestasi kegagalan projek pembangunan yang tidak pernah dilihat laungan Idris Jusoh. Angan-angan rakyat untuk merasa lebuhraya secanggih Lebuhraya Utara-Selatan tinggal bagai angan-angan. Saban hari ada sahaja rakyat yang mati tanpa sempat menikmati janji-janji UMNO/BN yang mereka khayalkan dulu.

Pernah rakyat negeri penyu bertelur ini bersorak dan melompat-lompat dalam stadium tercanggih di Pantai Timur. Stadium Tengku Mizan yang menelan belanja ratusan juta ringgit itu tidak lama hayatnya apabila runtuh menyembah bumi. Hingga kini runtuhan ini dibiarkan tanpa pembaikian. Sudah masuk setahun ia merosakkan pandangan mata dan menyakitkan hati rakyat. Rakyat ternanti-nanti tetapi pihak kerajaan bagai buat tak tahu. Masing-masing bermain wayang. Duit rakyat habis beratus juta ringgit tetapi nikmatnya tidak sampai kepada rakyat. Inikah yang dikatakan natijah daripada duit yang tidak berkat? Persoalannya ialah bilakah stadium itu akan dapat digunakan semula? Selamatkah selepas dibaiki? Atau adakah keseluruhan struktur stadium itu perlu dipugar dan dibina baru?

Siri bangunan runtuh usah disebut lagi. Lepas satu, satu. Mujur tiada kemalangan jiwa yang besar setakat ini. Kalaulah berlaku kematian yang melibatkan berpuluh-puluh orang atau beratus-ratus orang barulah gegar dan geger. Masing-masing akan saling menudingkan jari. Mat Said menyalahkan Idris Jusoh. Idris Jusoh menyalahkan Mat Said. JKR menyalahkan pemaju. Pemaju menyalahkan UMNO yang mengaut keuntungan 10% daripada kantungnya. Tak dapat dibayangkan jika Stadium Tengku Mizan runtuh semasa majlis perasmian Sukma. Entahlah, nasib engkaulah rakyat Terengganu.

Hari ini Terengganu mendapat satu lagi anugerah besar. Kini negeri pimpinan Mat Said diisytiharkansebagai negeri tertinggi bilangan penagih dadah. Setiap 100 orang rakyat Terengganu terdapat seorang penagih dadah. Salahkah jika rakyat mengklasifikasikan gejala ini sebagai satu lagi projek kerajaan UMNO/BN? Kerajaan adalah umpama ibu bapa kepada rakyat. Terpulang sama ada hendak dibentuk anak-anak menjadi Yahudi atau Nasrani. Kerajaan UMNO/BN tidak mementingkan pendidikan agama dan pembangunan rohani. Bagi UMNO, agama pandai-pandailah rakyat cari sendiri. UMNO cuma pentingkan pembangunan material kerana menerusinya ada projek yang dapat mencipta jutawan-jutawan segera dalam kalangan kroni. Rakyat nak masuk ajaran sesat dan kurus melidi ketagihan dadah, peduli apa. Bagi UMNO, itu tanggungjawab ibu bapa. Yang penting undi rakyat yang boleh dibeli setiap kali pilihanraya.

Beginilah nasib rakyat Terengganu. Bukan salah ibu mengandung. Salahkan tangan sendiri yang silap memilih. Kalian telah memilih isi perut daripada isi rohani. Kalian telah memilih pembohongan daripada kejujuran. Kalian telah menghina Tok Guru. Kalian telah menurunkan Tok Guru. Kalian telah menurunkan pemimpin penyelamat akidah. Kalian menaikkan manusia yang sombong, jahil dan angkuh. Kini giliran kalian dihinakan oleh Allah s.w.t.

Punca Pengundi Pos Mengundi BN. Orang PAS tak sanggup buat!
Analisis Isu
Kalau diteliti banyak kerusi samada Dun atau Parlimen yang PR kalah ke tangan UMNO-BN adalah kerana faktor undi Pos. sama seperti gugusan Felda yang merupakan asset penting dan penyelamat kepada UMNO-BN. PRK Dun Bagan Pinang yang terletak didalamnya kem tentera terdiri daripada pengundi pos seramai 4,925 daripada keseluruhan pengundi 14,192. BN mendapat 3,521 undi, manakala PAS memperoleh 601 undi daripada keseluruhan 4,604 pengundi pos yang terdiri daripada 4,571 tentera dan selebihnya anggota polis dan petugas SPR

Di PRK Sibu Bilangan undi pos pada pilihan raya ini ialah sebanyak 2,429 undi. Undi pos yang dikeluarkan 2,827. Undi pos yang dikembalikan 2,637 dan BN telah memperolehi 2,323(82.17%) manakala PR telah memperolehi 70 undi(2.47%) serta Bebas memperolehi 36 undi. Mejoriti : 2,253 (33 kali ganda)


Kenapa berlaku demikian. Nak katakan tentera makan rasuah UMNO-BN. Takkanlah harga tentera Malaysia terlalu murah dengan boleh ditukarkan dengan harta benda dan wang ringgit. Nak katakan tentera kita takut sebab diugut. Rasanya macam tak munasabah. Kalau tentera takut dan mudah diugut nescaya boleh terbalik Negara. Mereka mudah diugut dan boleh diperalatkan oleh musuh. Ini bermakna Kementrian Pertahanan gagal dalam melahirkan tentera yang bermutu. Nak jawab kerana dipaksa ish cukup lemah dan tidak munasabah bahkan Allah sendiri berfirman bahawa mereka yang hanya member alas an dipaksa tidak diterima Allah Swt sebagaimana firmannya dalam surah al-Nisa’ : 97


إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
97. Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?". mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang dipaksa". para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?". orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.
Kalau mereka tidak dipaksa mungkin inilah puncanya. Cuba lihat gambar dibawah. Rasanya inilah antara puncanya. MAKAN MAKANAN HARAM.











Kesan dari makanan yang haram ini menyebabkan jiwa sukar untuk diajak menyatu dengan hal-hal yang positif, seperti : dibuat zikir tidak khusuk, berdoa tidak sungguh-sungguh dan hati tidak tawakal kepada Allah. Daging yang tumbuh dari makanan yang haram selalu menuntut untuk diberi makanan yang haram pula. Seseorang yang sudah terjebak dalam lingkaran ini sukar untuk melepaskannya, sehingga secara tidak langsung menjadikan hijab atau penghalang seseorang memperolehi getaran/ cahaya Illahiyah

Disebutkan, setitik makanan yang haram memberikan kesan terhadap kejernihan hati. Ibarat setitik tinta yang jatuh diatas kertas putih, semakin banyak unsur makanan haram yang masuk, ibarat kertas putih yang banyak ternoda tinta. Sedikit demi sedikit akan hitamlah semuanya. Hati yang gelap menutupi hati nurani, menyebabkan tidak peka terhadap nilai-nilai kehidupan yang mulia. Seperti kaca yang kotor oleh debu-debu, sukarlah cahaya menembus nya. Tapi dengan zikir dan menjaga makanan haram, hati menjadi bersih bercahaya. Tetapi kalau binatang ini jadi makanan. Apa akan jadi?

Apakah hukum Memakan Kera atau Monyet? Berkata Abu Umar bin Abdul Birr: Telah disepakati muslimin bahawa tidak harus memakan kera berdasarkan larangan Rasulullah SAW. Syeikh ad-Damiri menyatakan bahawa: Makan kera adalah haram disisi kami (ulama Syafie). Ini adalah pendapat ikrimah, ‘ata, Mujahid, Hasan dan Ibnu Habib. Ibn Qudamah berkata dalam kitab al-Mughni: ia diharamkan dengan sebab binatang liar yang yang buas, bertaring serta kotor. Tidak harus menjualnya. Kata Ibn Abdul al-Barr: Tiada aku ketahui ada ulama muslim yang mengharuskan untuk memakannya. Kesimpulannya hukum memakan kera adalah haram didalam mazhab Syafie berdasarkan ayat: “Dan Allah mengharamkan perkara-perkara yang menjijikkan.” (56: al-‘Araf).

Rezeki daripada haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suap makanan yang tidak halal, diisi ke perut akan memberikan kesan kepada tindakannya. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Setiap daging yang tumbuh daripada makanan (sumber) yang haram, maka api nerakalah yang paling layak baginya.

Perilaku seseorang akan berubah dengan sikap atau perangai yang buruk. Tindakannya akan menjurus kepada hawa nafsu dan mengikut telunjuk syaitan.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ . إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاءِ وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Ingatan ini turut dirakamkan menerusi firman-Nya bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang terang nyata bagi kamu. Ia akan menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) kamu supaya berkata (dusta) terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya). (Surah al-Baqarah, ayat 168-169).

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dari Ibn Abbas, katanya: Beliau membacakan ayat diatas di sisi Rasulullah Saw. Kemudian Saad Bin Abi Waqqas bangun seraya berkata: Ya Rasulullah! Aku memohon kepada Allah supaya dijadikan aku orang yang diperkenankan doanya. Lantas baginda bersabda : Wahai Saad! Baguskanlah (Makanlah) makanan engkau, nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan doa (permintaan). Dan demi diri Muhammad di tangannya, sesungguhnya seorang hamba yang menyuapkan sesuap makanan haram ke perutnya, Allah tidak menerima amalnya 40 hari. Dan sesiapa di kalangan hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari makanan yang haram, maka api neraka yang lebih layak baginya.

Makanan yang halal menjadi syarat utama bagi kesucian amal yang akan diterima oleh Allah. Orang yang beriman digesa agar segala amalnya bersih, jiwa dan hatinya digerakkan oleh kekuatan darah yang bersih. Sumbernya pula mestilah halal dan tubuh badannya dijauhi daripada hiasan pakaian yang bersumberkan yang haram.

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
FIRMAN Allah bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah. Maka, sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedangkan dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah, ayat 173)

Dan kalaulah dharurat ada pula syarat-syaratnya seperti terlalu lapar yang amat sangat dan sudah tiada makanan halal untuk menampung supaya tidak mati kelaparan. Kalau terpaksa memakannya hanya sekadar mengelakkan mati untuk diteruskan pencarian dan bukannya makan dalam keadaan redha dan gelak ketawa bahkan dengan kenyang sekali. Kalaulah hutan Malaysia ini banyak lagi perkara yang boleh dimakan termasuk buah-buah kayu, dedaun maupun kulit atau batangnya. Kalaulah latihan tetapi bukan untuk dharurat kerana perkara yang haram bukan untuk mainan.

Kalaulah makanan yang haram kita tanpa segan silu memakannya nescaya tiada sekatan untuk memilih atau menyokong tindakan pemerintah yang melakukan tindakan-tindakan yang haram.

Lesen Judi : Kerajaan Perlu Beri Penjelasan Terbuka
Suara bantahan kepada isu kelulusan lesen judi bolasepak semakin lantang.

Terbaru, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengulangi desakan agar pemberian lesen judi Piala Dunia 2010 oleh kerajaan pusat kepada Kumpulan Berjaya ditarik balik.

Menurut presidennya, Muhammad Razak Idris, Abim berpandangan bahawa sudah tiba masanya kerajaan memberi penjelasan secara terbuka sebagai reaksi kepada keprihatinan, desakan dan bantahan yang disuarakan oleh banyak pihak.

“Abim menyokong kenyataan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang baru-baru ini menggesa kerajaan menilai semula pemberian lesen tersebut.

“Siri-
siri bantahan serta kenyataan-kenyataan keprihatinan tersebut, memberikan mesej yang jelas kepada pimpinan negara bahawa masyarakat Malaysia memandang berat implikasi dan kesan negatif pertaruhan judi ini kepada masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, Abim juga telah menghantar memorandum keprihatinan kepada para mufti di seluruh negara sejak seminggu yang lalu sebagai usaha menggesa kerajaan menarik balik pemberian lesen berkenaan.

“Dari pemerhatian pihak Abim, aktiviti-aktiviti pertaruhan serta perjudian haram sudah mula berleluasa menjelang kejohanan yang bakal menjelang nanti. "Abim yakin tindakan legalization – iaitu mengiktiraf secara sah di sisi undang-undang sesuatu aktiviti haram (seperti kes pertaruhan judi) yang tidak mampu dikawal melalui penguatkuasaan undang-undang dan permintaan berterusan di pasaran gelap tidak akan menyelesaikan masalah. Bahkan sebaliknya, ia memberikan pengiktirafan kepada sesuatu yang illegal hanya kerana kegagalan kita mengawalnya.”

Katanya, Abim juga menggesa umat Islam di seluruh negara agar menjauhi sebarang bentuk aktiviti perjudian serta pertaruhan memandangkan ia hanya akan meruntuhkan sahsiah individu, serta keutuhan institusi keluarga, masyarakat, dan secara khususnya, sistem ekonomi.

“Sebarang aktiviti perjudian serta pertaruhan adalah haram di sisi Islam. Ia jelas mendatangkan kemudaratan kepada institusi kekeluarga, masyarakat dan rakyat terbanyak,” katanya.

Menurut Razak, berdasarkan kepada prinsip berkenaan, Abim membantah sekeras-kerasnya usaha untuk membudayakan unsur-unsur perjudian di kalangan setiap lapisan masyarakat di negara ini.