Ahad, 21 Februari 2010

RM2 Juta tu, Najib ambil Duit Kerajaan atau Duit UMNO?


The Malaysian Insider telah melaporkan yang Najib telah meluluskan peruntukan RM 2 juta untuk membiayai aktiviti Pergerakan Permuda Umno semasa perjumpaan dengan Pemuda-pemuda UMNO itu.

Dan RM2Juta itu juga dikatakan untuk menutup mulut pemuda-pemuda UMNO dari meminta jawatan dalam kabinet Najib untuk Khairy.

Duit siapa yang Najib luluskan untuk pemuda-pemuda UMNO itu, Duit kerajaan ataupun duit UMNO? sedangkan perjumpaan adalah kunjungan hormat pemuda UMNO terhadap Perdana Menteri.. bukannya kunjungan hormat pemuda UMNO ke Presiden UMNO.

Adakah Najib telah meluluskan duit kerajaan untuk menjalankan program pemuda UMNO?

Adakah Najib menganggap Duit Kerajaan itu, duit UMNO dan Duit UMNO itu duit mak bapak dia sendiri?

Apa Khabar UMNO Melaka?


Apa Khabar UMNO Melaka?

Isu ni tak nak diperjuangkan kah? Taj nak berdemo kah? Guru yang mengajar pendidikan Islam di Surau-surau dan Masjid-Masjid dipotong elaun ni?

Ada berita yang mengatakan elaun guru Takmir dari RM50 telah dipotong menjadi RM10 sahaja dan ini telah disahkan oleh Majlis Agama Islam Melaka sendiri melalui surat pekeliling kepada semua Surau dan Masjid.

Apa kejadahnya Ali Rostam buat di Melaka, hari tu terhegeh-hegeh sangat nak tolong bayar tunggakan cukai tanah Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor yang berjumlah RM5.7 juta tu..

Ini yang dikatakan kera dihutan disusukan anak sendiri mati kelaparan.

Warga Bangla yang datang bekerja disini pun belum tentu mahu bekerja kalau dibayar elaun RM10 saja.. nak mentekedarah apa?

Sungguh memalukan.. Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh UMNO membiarkan elaun guru-guru yang mengajar di masjid-masjid dan surau-surau dipotong hingga tinggal RM10..

Tak malu kat DAP ka? Ala.. parti yang korang kata Anti-Islam tu..

Parti yang korang kata Anti Islam tu lah yang mencadangkan untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Pulau Pinang sebanyak RM50 menjadi RM550 sebulan..

Kata perjuangkan Islam.. tunggu apa lagi.. Demonstrasi la..

PENGENALAN
• Program Takmir Masjid dan Surau adalah suatu program pengajian pendidikan agama Islam di masjid-masjid dan surau-surau yang dianjurkan oleh Jabatan/Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri dengan bantuan kewangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).i?
APA BEZA KHIR TOYO DENGAN KHALID?
INI BEZANYA....



Penduduk bersyukur rumah tergendala, kini siap Abdul Rahim Sabri
Beberapa pemilik rumah di pangsapuri Taman Ukay Bistari di Hulu Kelang yang sudah tujuh tahun menunggu kerana pembinaannya tergendala, hari ini bersyukur kerana akhirnya dapat mendiami rumah sendiri.

Riak wajah ceria mereka jelas terpancar selepas kerajaan Selangor berusaha menyiapkan projek perumahan itu, yang terbengkalai sejak tahun 2003.

"Siapa yang tidak seronok dapat rumah sendiri. Itu yang diidam-idamkan selama ini. Mak cik berasa lega dengan kemudahan yang diberikan.

"Siapa yang tidak suka. Inilah saat yang diidam-idamkan," kata Norziah Nurajin yang ditemui sebelum perasmian program pemulihan perumahan terbengkalai di Hulu Kelang pagi ini.

Pelancaran program tersebut disempurnakan oleh Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Ukay Bistari.

Beliau turut menyampaikan kunci rumah kepada penduduk di Hulu Kelang dan Puchong yang berjaya memiliki rumah melalui skim pemulihan perumahan terbengkalai di negeri itu.

Kira-kira 300 hadirin termasuk pembeli dari taman berkenaan dan dari Saujana Puchong hadir dalam majlis tersebut.

Norziah, 52, yang sebelum ini merupakan penduduk setinggan di Kampung Pasir Tambahan, melahirkan rasa gembira dan tersenyum apabila dia menerima kunci rumahnya selepas tujuh tahun menunggu.

Sementara seorang lagi pembeli Haliza Che Harun turut melahirkan rasa yang sama dengan Norziah selepas lama menunggu untuk menduduki di rumah sendiri.

Haliza, 40, yang ditemani dua anaknya di majlis tersebut, turut memuji kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang berusaha membantu membolehkan beliau dan keluarganya menetap di situ.

Menurutnya beliau akan berpindah dari rumah sewanya di Taman Permata dekat Hulu Kelang, selepas menerima kunci daripada kerajaan negeri.

Manakala Abu Samat Abdul Razak, 40, mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Selangor yang berusaha untuk membantu penduduk di taman itu menyiapkan rumah mereka yang terbengkalai sejak 2003.

Beliau juga menempelak kerajaan terdahulu yang menurutnya "tidak membantu rakyat" untuk menyiapkan rumah mereka yang terbengkalai.

"Kerajaan sebelum ini banyak tidur. Tidak membantu rakyat. Rumah banyak terbengkalai. Mereka menipu rakyat sebelum pilihan raya. Selepas pilihan raya, mereka tidur," katanya ketika ditemui di majlis tersebut.

Abu Samat yang ketika ini menetap di Pangsapuri Sri Nilam di Ampang berkata sebelum ini beliau risau selepas tiga pemaju masih gagal menyiapkan pangsapuri tersebut.

Bagaimanapun beliau berasa lega kerana pemaju yang dilantik oleh Pakatan Rakyat dapat berbuat demikian.

"Pakatan Rakyat betul-betul membantu rakyat," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk di situ memberi reaksi yang berbeza apabila tidak berpuas hati kerana ketiadaan bekalan air dan lif yang tidak berfungsi.

Aminah Othman, 46, yang ditemui Malaysiakini selepas pelancaran program tersebut berkata walaupun berbangga dengan kehadiran ketua pembangkang tetapi masalah tersebut harus diselesaikan segera.

Aminah yang sudah mendiami rumahnya kira-kira sebulan yang lalu, kerana mendakwa pemaju tidak membayar sewa kepada pemilik rumah yang disewanya, berharap kerajaan Selangor bertindak segera untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan lif yang tidak berfungsi

Sementara itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Ir Iskandar Samad ketika ditemui pemberita, berjanji pihaknya akan menyelesaikan masalah tersebut dalam masa seminggu.

"Penduduk tidak akan masuk selagi tidak lengkap dengan kemudahan ini," katanya.

Taman Ukay Bistari dan Saujana Puchong adalah antara 141 kawasan perumahan yang terbengkalai di negeri terbabit yang membabitkan kos pemulihan projek berkenaan dianggarkan bejumlah RM 5 bilion merangkumi hampir 5,000 unit rumah.

Program itu diselia oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan dijalankan melalui sumbangan modal dan kepakaran dari syarikat swasta.

Jawatankuasa itu pula diletakkan di bawah jawatankuasa induk yang turut dianggotai exco perumahan, pihak berkuasa tempatan dan juga wakil penduduk.

Sementara itu, dalam ucapannya, Anwar berkata, lebih 140 projek rumah terbengkalai di negeri itu adalah diwarisi dari kerajaan terdahulu.

Katanya kerajaan Selangor akan berusaha untuk mempercepatkan projek terbengkalai di Selangor walaupun beliau tidak menjanjikan keseluruhannya pada tahun ini.

"Kita tidak menjanjikan (semua projek terbengkalai) untuk siap dalam tahun ini, tapi kita ikhlas (menolong) memberi tempat (kepada pembeli).

"Kita berjanji, tidak ada habuan wang daripada pemaju dan kita tidak akan mengkhianati rakyat," katanya.

Dalam ucapannya juga Anwar yang juga ketua umum PKR menjelaskan masalah projek perumahan terbengkalai juga mempunyai kaitan dengan keadaan ekonomi di negara ini.

"Ekonomi kita tidak berada dalam keadaan kukuh. Pelabur tidak yakin dengan institusi dan sistem (di Malaysia). Suatu ketika dahulu pertumbuhan ekonomi negara kita mengatasi negara seperti Singapura dan Thailand.

"Dan dari segi persaingan ekonomi, kita berada di tangga kedua, tapi sekarang kita masih rendah. Ini berpunca daripada kurang upaya pemimpin negara untuk meyakinkan pelabur luar untuk menguruskan ekonomi negara," kata Anwar yang juga bekas menteri kewangan.

Dalam ucapan itu juga, Anwar menyatakan berjanji akan mendapatkan sijil pengesahan penduduk (CF) di projek perumahan Taman Ukay Bistari minggu hadapan.

"CF belum dapat lagi, hanya (sijil) sementara sahaja daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Kalau Isnin ini dapat surat, minggu itu juga diluluskan. Kalau tidak lulus, saya akan turun lagi. Saya berjanji," katanya.

Sebelum itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Ir Iskandar Samad menolak tanggapan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa jawatankuasa khas yang ditubuhkan "tidak ada gigi" untuk mengenalpasti dan menyelia projek terbengkalai di negeri itu

Kata Iskandar yang juga timbalan pesuruhajaya PAS Selangor berkata, jawatankuasa tersebut sebenarnya mempunyai tanggungjawab penuh kepada kepadanya selaku exco yang terlibat.

"Segala apa yang dilakukan akan dilaporkan kepada Exco dan perlu juga mendapat kebenaran daripada saya terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab ucapan wakil persatuan penduduk Taman Ukay Bistari, yang dikenali Dr Rafick yang berucap sebelum itu yang menyatakan jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri adalah "organiasasi longgar" dan "tidak ada gigi" kerana tidak berada di bawah agensi kerajaan.

Dr Rafick berharap kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat berperanan sebagai satu kerajaan yang lebih baik daripada kerajaan terdahulu.

"Kerajaan kini, jika tidak selesai masalah rakyat dan (mengambil kira) pandangan orang ramai, maka ia tidak banyak beza dengan kerajaan sebelum ini. Tunjukkan keyakinan kepada rakyat," katanya./Malaysiakini.

NAJIB AKUI UMNO MENGHIDAPI PENYAKIT MIMPI NGERI.


NAJIB, beradik kepada seorang insan terkaya di Malaysia hari ini mohon dan berharap agar Wanita Umno dapat bantu Umno dari `mimpi ngeri' (baca Bernama) yang menjadi penyakit kepada Umno sekarang. Beliau benar-benar hampir putus nyawa sekarang sehinggakan terpaksa mohon bantuan dari kaum hawa di dalam Umno. Apakah mimpi ngeri itu?

Tumbangkan 5 buah negeri ke tangan PR di dalam Pilihanraya Umum yang lalu salah satu dari mimpi ngerinya. Mungkinkah kematian Altantuya juga sering menghantui mimpi-mimpi Najib? Terlalu banyak yang mengerikan di dalam era Najib. Kematian Beng Hock, runtuhan stadium di Terengganu, pendedahan isu royalti minyak oleh Ku Li, drama semacam tidak menjadi dalam kes liwat Saiful, terlepas cakap oleh jurucakapnya di Melaka sehingga menghina kaum Cina dan India, hilangnya injin pesawat bawah jagaan TUDM, bocornya rahsia keselamatan negara kepada negara luar, pembakaran gereja beserta dengan isu Kalimah Allah dan terlalu banyak lagi yang menghantui Najib sekarang. Semua itu mengerikan buat Najib.

Mampukah kaum hawa ini pulihkan Umno di bawah Najib? Jika si jantan pun sakit hendak pulihkan Umno, manalah tahu kalau-kalau `bomoh' hawa ini boleh ubati Najib. Dan, orang yang paling sesuai untuk cuba pulihkan Umno dari golongan hawa ini tentunya Rosmah. Bukankah Rosmah dikatakan suka berbomoh? Apa salahnya jika mahu mencuba.

SYARIKAT 2 RINGGIT NAK AMBIL PROJEK 40 JUTA

MELELEH AIR LIOR MELIHAT PADANG GOLF INI


SAYA DIKHIANATI POLITIK PROPAGANDA MURAHAN: ZAGARAIN – melayau

Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana merasakan perjuangannya dikhianati pimpinan politik propaganda murahan.

Katanya, tindakan itu juga disebabkan beliau tidak mahu bersekongkol dengan kepimpinan parti itu yang disifatkannya sebagai pengecut untuk menyatakan kebenaran

MEMANG LAH PROPAGANDA MURAHAN.

HARGA SYARIKAT HANYA DUA RANGGIT.

SYARIKAT DUA RINGGIT NAK DAPAT PROJEK 40 JUTA.

NAMPAK MURAH....MACAM MANA SYARIKAT 2 RINGGIT NAK BUAT PROJEK 40 JUTA.

INI KERAJAAN PAKATAN... BUKAN KERAJAAN GEROMBOLAN.

KESIAN... HIBA RASA DI HATI
.



BARU INI HILANG SABAR - 18 TAHUN TAK SABAR

KAMPONG BEREMBANG DIROBOH GEROMBOLAN BERKUASA - TAK ADA LAPORAN BERITA


PENDUDUK KAMPUNG HILANG SABAR - melayau

ALOR SETAR 19 Feb. - Kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Padang Chapa, Alor Janggus, di sini semakin hilang sabar apabila bekalan air ke kampung itu kerap terputus sejak 20 tahun lalu.Masalah itu semakin buruk sejak lima tahun lalu sehingga penduduk terpaksa 'menagih simpati' kepada Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) supaya menghantar bekalan air bersih dengan lori terutamanya apabila ada majlis kenduri.

Rata-rata penduduk mendakwa, mereka hanya boleh menikmati bekalan air selepas pukul 12 tengah malam sehingga 6 pagi dan pada waktu siang bekalan akan terputus sama sekali.

BARU SEKARANG HILANG SABAR.

BAGUS... HILANG SABAR INI JADI CONTOH UNTUK TEMPAT LAIN..

nota:
ini lah baiknya kerajaan pakatan rakyat mentabir.
jika bukan kerana kerajaaan pakatan di kedah
sampai kiamat pun berita ini tidak keluar.

selama 18 tahun akhbar buat buat tak tahu tentang hal ini.
tetapi bila 2 tahun kerajaan pakatan mentabir
barulah berita keluar untuk melihatkan
betapa seksanya kehidupan warga kedah ini
untuk didengar umum.

tujuan berita ini ialah untuk memburukkan kerajaan kedah
di bawah pakatan – tetapi selama 18 tahun masalah ini
tidak dapat diselesaikan oleh gerombolan.

seperti di selangor pulau pinang dan wilayah
hari hari ada berita kesusahan orang ramai.
apa sahaja masalah rakyat akhbar/tv/radio akan datang
untuk menunjukkan betapa ‘gagalnya’ kerajaan pakatan.

demo lima orang pun keluar diakhbar kalau di selangor.
warung kena roboh pun akan heboh berbulan bulan
kalau di pulau pinang. longkang tersumbat pun akan
jadi induk berita di tv3 kalau ini berlaku di wilayah.

cuba bezakan: dua hari dulu di selama perak – kampong air kuning
tanah kebun sayur dan buah-buahan seluas 12 hektar
yang telah diteroka selama 12 tahun di musnahkan. satu berita pun
tidak keluar. kalau ini kerajaan pakatan – macam nak ribut berita ini
akan dimain kan. macam kampung buiah pala di Pulau Pinang dahulu.

di pahang, johor, melaka, negeri sembilan
mesti ada bertimbun timbun masaalah macam ini.
tapi tidak akan ada berita muncul. ini kerana
mereka belum cerdik lagi. kalau mereka cerdik
mereka akan mengikuti jejak langkah warga selangor
dan pulau pinang.

warga yang bijak untuk keselesaan hidup
akan memilih kerajaan pakatan.




ANGAN ANGAN HINGGA KE LANGIT

SEBUAH ROCKET MALAYSIA YANG TAK NAIK NAIK KE ANGKASA


AEROANGKASA BAKAL LONJAK EKONOMI NEGARA : MUHYIDDIN -mStar

Kerajaan akan membangunkan lagi industri aeroangkasa sebagai persiapan memasuki era ekonomi berpendapatan tinggi, kata Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata, industri itu berpotensi untuk menjana pendapatan dan melonjakkan pembangunan ekonomi negara.

Menurutnya, nilai pelaburan di dalam industri ini telah meningkat 300 peratus kepada RM991.6 juta pada 2008 daripada RM113.3 juta pada tahun 2006.

SEMBAB OOOiiiiii SEMBAB.

KADANG KADANG KETAWA SALAH... MENANGIS PUN SALAH

KENAPA MANGKOK SANGAT INI.

BUAT ENSEL PINTU LAAA DULU.

AEROANGKASA NAK PERGI KE MANA?.

DULU DAPAT PAKAGE BELI SUKHOI.... DAPAT TUMPANG.

APA KAJIAN YANG DIBUAT MASA NAIK KE ANGKASA?.

APA PUN YA TUUURRRR.


TAK SUSAH PAYAH PERGI ANGKASA.... INI SEMUA NAK KELENTONG MAK CIK FELDA.

BERSIH KAN DULU SUNGAI KLANG.

TANAM PADI BANYAK BANYAK... PILIHARA AYAM BANYAK BANYAK.


TAK KAN MALIKUL SEMBAB INI NAK TAKE OVER NASA?.




SUDAH JADI DARAH DAGING

TIDAK DAPAT DISELAMATKAN LAGI

SAKSI :TERIMA WANG BUKAN PELIK - malaysiakini

Dua saksi dalam kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, memberitahu Mahkamah Sesyen Temerloh hari ini penerimaan wang tunai dalam satu majlis yang dihadiri mereka bukan sesuatu yang pelik dan menghairankan.

Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Maran, Nasaruddin Abdullah, 47, berkata beliau tidak berasa pelik selepas menerima wang daripada seorang lagi AJK Umno Bahagian itu, Khadri Musa pada satu majlis di rumah Naib Ketua Umno Temerloh, Mohammad Anuar Yunus pada 20 Jan tahun lepas yang turut dihadiri Mohamad Norza.

Ketika disoal balas peguam Halimi, Jahaberdeen Mohd Yunoos mengenai alasan kenyataannya itu, Nasaruddin yang merupakan saksi pendakwaan ke-12 berkata, mereka berdua sering berbalas memberikan wang.

MALAOAN INI JUJUR.

MALAON INI BERCAKAP BENAR.

DALAM BUDAYA GEROMBOLAN... AMBIL DUIT BUKAN PEKARA PELIK.

AMBIL DUIT PEKARA BIASA.

YANG PELIK DALAM GEROMBOLAN IALAH CALON YANG TAK BAGI DUIT.

CALON MACAM INI DIPANGGIL KEDEKUT.

CALOM MACAM INI JAMIN TAK MENANG.



NAK BUAT APA DENGAN SPAGHETTI

BAGAIMANA DENGAN PARTI INI ? TAK NAK BUAT HUBUNGAN?

MIC JALIN PAKATAN STRATEJIK DENGAN PARTI PARTI LUAR NEGARA -melayau

MIC bercadang untuk menjalin pakatan strategik dengan beberapa parti luar negara termasuk parti Congress dari India ke arah memberi manfaat kepada kaum India di negara ini, kata penasihat Pemuda MIC, S. Vell Paari.

Katanya, beliau telah mengadakan perbincangan dengan seorang pemimpin penting parti Congress, V. Narayanasamy, yang merupakan seorang menteri negeri dan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu.

"Beliau meminta MIC menyediakan cadangan bertulis untuk dibawanya kepada peringkat atasan parti Congress,” kata Vell Paari dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, beliau akan mencadangkan kepada MIC supaya mewujudkan pejabat perwakilan MIC di Chennai, Tamil Nadu dan New Delhi.

Vell Paari juga berkata, beliau akan mengundang Ketua Pemuda parti Congress, Rahul Gandhi, yang juga anak Sonia Gandhi, Presiden parti Congress, untuk melawat Malaysia.

Katanya, MIC akan juga menjalin hubungan dengan parti di negara-negara yang mempunyai ramai penduduk berketurunan India selaras dengan hasrat supaya MIC berperanan lebih aktif di peringkat global.

APA SUDAH JADI DENGAN PARTI INI?.

NAK BUAT APA JEMPUT PARTI DARI INDIA?.

INI MACAM NAK LAWAN HINDRAF BUNYINYA.

RAHUL GANDI ITU BUKAN ORANG INDIA.

RAHUL ANAK SPAGEHETTI DARI MILAN.


JALINKAN LAH DULU DENGAN PARTI PUKRAK PUKKRAK PUKARAK.

JALINKAN DULU DENGAN PARTI NALA KURAP PAN.