Jumaat, 12 Februari 2010

PEMECAH BERITA - TT - PECAH BERITA

KONG HEE FARTDAI

KALDAI AKAN MUNCUL

Zahrin Hashim dan dua orang lagi ahli
parlimen akan mengumumkan bahawa
mereka akan memasuki gerombolan.

Pengumuman ini akan dibuat disebuah
hotel di Kuala Lumpur.

Mereka dikatakan telah sanggup
menjadi kaldai.

Kerana berhamporan dengan
Tahun Baru China maka diucapkan
Kong Hee Fart Dai



PECAH BERITA - KAPAL SELAM TAK BOLEH TERBANG

KENAPA TIDAK BELI KAPAL SELAM INI YANG BOLEH TERBANG !

MASALAH TEKNIKAL PUNCA KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM - melayau

Panglima Tentera Laut, Jen. Laksamana Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.

Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

Abdul Aziz berkata, berikutan kerosakan itu, kapal selam yang tiba secara rasmi di perairan negara pada 3 September tahun lepas dinasihat untuk tidak menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.

"Kerosakan itu hanyalah kerosakan kecil dan kini sedang dibaik pulih oleh kontraktor yang dilantik, alat gantinya sudah diperoleh dan kerja menyelenggara sedang dilakukan,” katanya.

KAPAL SELAM ALTANTUYA TAK BOLEH PANJAT POKOK PISANG.

KAPAL SELAM ALTANTUYA TAK BOLEH BUAT NASI LEMAK.

KAPAL SELAM ALTANTUYA TAK BOLEH BUKA KEDAI BUNDLE.

KAPAL SELAM ALTANTUYA TAK BOLEH PERGI PASAR.

MEMANGLAA TAK BOLEH... INI KAPAL SELAM... KERJA PASTILAH MENYELAM

TAPI KAPAL SELAM ALTANTUYA INI TAK BOLEH MENYELAM.

INI BUKAN LAWAK SERAM..INI NAK BODOHKAN SATU MALAYSIA

nota:
inilah hakiktnya negara kita di bawah gerombolan
enjin jet hilang
rashia pertahanan bocor
tanah johor jual pada singapura
12 bilion hilang di pelabuhan klang
pelajar sekolah yang duduk hostel kena balik rumah ujung minggu
duit beli makanan tak cukup

bila lah agaknya orang melayu nak sedar
tak faham faham
tak serik serik kena tipu
pagi ditipu di tempat kerja
tengah hari ditipu berok tunggal
malam ditipu oleh tv
sampai jadi bodoh
cacing kerawit naik ke mata


TANDA TANDA HARI HARI AKHIR SUDAH SAMPAI

SILA BUAT BOOKING UNTUK BELI PWTC


LAPORAN POLIS IKLAN JUAL BANGUNAN UMNO - malaysiakini

Umno Bahagian Kota Baharu hari ini membuat laporan polis terhadap seorang bekas pemimpinnya kerana didakwa mahu menjual bangunan Umno Kota Bharu di Jalan Sultanah Zainab di Kota Bharu.

Setiausaha Umno Bahagian Kota Bharu Zulkifli Abdul Ghani membuat laporan itu di Balai Polis Kota Bharu pada jam 2.45 petang, dengan diiringi 50 pemimpin dan ahli anggota Umno bahagian tersebut.

Bercakap kepada pemberita, Zulkifli berkata laporan itu dibuat supaya polis menyiasat aspek penjualan bangunan Umno, yang diiklankan dalam akhbar, kerana bangunan itu tidak seharusnya dijual.

"Ia adalah milik Umno Kota Bharu," katanya.

BIAR BETUL... BERITA INI BETUL HEBAT.

INI CONTOH BEKAS PEMIMPIN GEROMBOLAN YANG BIJAK.

MALAON INI SUDAH TAHU... UMUR GEROMBOLAN DAH SAMPAI KE HUJUNG.

KALAU DIJUAL SEKARANG... DAPAT JUGA BUAT MODAL.

TAK LAMA LAGI BANGUNAN PWTC AKAN DI JUAL PULAK.

nota:
tabik untuk si penjual
yang berfikiran jauh
jual apa yang boleh dijual
asalkan masyuuuuuk



YA AMPUUUN

KAKAK HIPO DENGAN ADIK JANTAN HIPO SEDANG BERMESRA

TINDAKAN PERLU DIAMBIL TERHADAP MEREKA YANG BUANG ANAK - mStar

Rosmah Mansor, yang dukacita dengan kes membuang bayi yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, mahu tindakan segera diambil bagi membendung perbuatan itu.

Beliau yang menyifatkan perbuatan itu sebagai amat kejam, mahu pihak yang melakukan perbuatan terkutuk berkenaan dihadapkan ke muka pengadilan dan diberi hukuman yang setimpal.

"Jika dahulu, kes-kes pembuangan bayi tidak begitu kerap dilaporkan tetapi perkara itu menjadi semakin serius akhir-akhir ini.

MACAM MANA KALAU YANG BUANG ADIK.

MACAM MANA KALAU TAK NGAKU ADA ANAK.

MACAM MANA KALAU TAK NGAKU SEPUPU?

MACAM MANA KALAU BUANG MAK SAUDARA?

MACAM MANA KALAU TAK NGAKU JANDA.

nota:

cakap dulang paku serepeh
makan nasi atas upeh
mengata orang dia yang lebih
air lior meleleh leleh




TERKINI DARI BATU CAVES

PROGRAM BERSAMA SELAMATKAN MALAYSIA

ini adalah permulaan program BERSAMA SELAMATKAN MALAYSIA
program ini adalah kerjasama PAKATAN RAKYAT.

tujuan program ini ialah untuk menerangkan
isu isu semasa.

program ini juga bertujuan untuk memberi
pendidikan terbuka kepadaseluruh malaysia
bahawa malaysia wajib diselamatkan
dari gerombolan !

NOTA:

tukar tiub mengucapkan selamat malam
dan ucapan terima kaseh kepada semua
pemberita yang berada di batu caves
pada malam ini !

GEROBOK SEPATU PEMECAH BERITA !



TEPAT JAM 11.55 MALAM

Anwar menamatkan program malam ini.

Laungan REFORMASI mula kedengran.

TAKBIR juga kedengaran.

Wraga mara ke hadapan untuk bersalaman dengan anwar.

DERMA

Sebanyak 1,300 RINGGIT telah dipungut
dari warga yang datang malam ini di batu caves.

PAKATAN RAKYAT BUKAN CURI DUIT RAKYAT tetapi RAKYAT DERMA DUIT



11.52 ISU : CAN I FUCK YOU

anwar mula menimbulkan agenda
konspirasi saifool dan najib.

konspirasi ini bertujuan untuk
memastikan anwar di penjara.
apabila anwar di penjara
maka gerombolan berharap
PAKATAN RAKYAT akan pecah.


JAM 11.35

Diluar KARTUNIS ZUNAR macam nak rak
melayan orang ramai yang mengelilingi
meja tempat dia menjual komik !

JAM 11.20 TENTERA DAN SOLDADU

ramai yang datang secara senyap senyap dari
beberapa kem di sekitar kuala lumpur
telah diminta oleh anwar ibrahim
untuk bersama-sama menyokong
PAKATAN RAKYAT

JAM 11.15 KONSPIRASI LAGI

Kes Perak sengaja disamakan dengan tarikh
perbicaran bontot sifool. ini untuk
mengalihkan pandangan orang ramai.

menurut anwar ini sengaja dirancang!

PAKATAN RAKYAT

menurut ketua umum PKR juga ketua pembangkang
PAKATAN RAKYAT ialah wajah baru untuk MALAYSIA !

SABOTAGE BERLAKU

Tetiba alat hawa dingin dalam dewan mati.

Siapa punya kerja kita boleh tahu.

Tetapi TIDAK ADA SEORANG oun warga kota yang
berganjak dari tempat mereka.

Kipas dinding masih okay !

GOBIND

menurut anwar pinggang gobind cukup hebat
dari pinggang dia.

itu pasal dia akan tegak berdiri di parlimen
untuk membuka kes minah cun dari ulan bator !

LIM GOH TONG DAN USTAZ GEROMBOLAN

Anwar mencabar ustaz gerombolan tentang
tanah dan bukit bukit dan gunung yang
diberikan kepada lim goh tong
untuk membuat tempat
perjudian.

Apa pendapat al ustaz dan alim ulamk gerombolan ?

SEMUA IBRAHIM ALI DITIBAI

anwar menibai ibrahim ali
dalam pkr.

dewan kah kah kah gegak gempita ketawa !


ANWAR MENYANYI LAGU GEROMBOLAN

bersatu kita bersatu
kita rompak tanah melayu

kah kah kah
dewan gegak gempita


Anwar memuji Gobind dan Nizar
yang berucap terdahulu !

POLIS LARANG ALAT PEMBESAR SUARA

anwar berucap TANPA pembesar suara.
orang ramai berpusu pusu ke pentas
dan rapat untuk mendengar ucapan dalam dewan.

diluar ada lebih dari 3000 warga kota telah dinafikan
untuk mendengar ucapan anwar apabila
alat pembesar suara di karang polis.

Khamis, 11 Februari 2010

PADAN MUKA KENA BUANG

BERSIH DAN RINGAN UNISEL

ROSMAH DI TOLAK SEBAGI CASELOR UNISEL

Rosmah Mansor tidak akan dilantik semula sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) apabila tamat tempohnya Jun ini, kata exco negeri, Dr Xavier Jayakumar.

AKHIRNYA KENA TENDANG JUGA.

SYABAS PELAJAR UNISEL.

PASTIKAN CASELOR BUKAN YANG SUKA BUAT GEMPA BUMI.

PASTIKAN CANSELOR TIDAK ADA KELULUSAN MENEMBAK.

PASTIKAN CANSELOR TIDAK ADA MISAI.

PASTIKAN CASELOR BUKAN KANG KONG.

nota:

bik mama sudah marah :
nanti saya report pada isteri saya
baru pelajar kaki komplin ini tahu.

kalau saya jumpa pelajar ini nanti tahulah apa
yang saya nak buat.
saya nak sorokan di bawah kopek




KANTOI MANTOI

BALA SUDAH TURUN


CULIK ALTANTUYA : NASIR SAFAR BERADA DI TEMPAT KEJADIAN - malaysiakini

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mendakwa Nasir Safar berada di lokasi apabila anggota polis menahan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, demikian menurut peguamnya, Americk Sidhu.

Dakwaan tersebut disiarkan dalam Suara Keadilan - akhbar rasmi PKR.

Suara Keadilan memetik emel Sidhu kepadanya yang mendakwa Bala, mengenali bekas pembantu khas kepada Najib Abd Razak itu apabila melihat gambar Nasir di blog.

APA BALA TULIS : A few minutes before Altantuya was taken into the car, he said, “a blue Proton Saga, driven by a Malay man, passed by slowly. The driver’s window had been wound down and the driver was looking at us.”

RUPA RUPA NYA MALAON INI BUKAN SAJE RASIS.

RUPA RUPA NYA MALALON INI PANDAI MEMANDU KERETA PROTON.

NASIB BURUK BETUL MALAON INI .

BALA SUDAH TERNAMPAK GAMBAR MALAON INI.

MUKA SEPULUH SEN SUDAH KANTOI.

SUMPAH LAAA... BERSUMPAH LAAA ...HOI.

WALAHAI... WALAAHOI... WALAHONG ...AKU TAK PANDAI MEMANDU PROTON BIRU.



BAKAL PERDANA MENTERI BERSUARA LAGI

DENGAR SINI AMBO NAK ROYAK


NIZAR MASIH MB YANG SAH : KU LI - selangorkini

(Selangor Kini Online) - Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat-melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembagaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

INI KU LI YANG CAKAP.

PENING KEPALA GEROMBOLAN.

NAK BUAT MACAM MANA.

SEMUA HORMAT PADA KU LI.



BERITA GUMBIRA UNTUK SATU MALAYSIA

SIAPA NAK RACUN SIAPA


TIGA ADUN TERANGGANU DAKWA KETAKUTAN TERIMA SMS UGUTAN – malaysianinsider

Tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa mereka berada dalam ketakutan selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau ugutan daripada nombor yang tidak dikenali.

Adun Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Permaisuri Abdul Halim Jusoh dan Adun Ajil Rosol Wahid menyatakan demikian semasa memberikan keterangan secara berasingan di hadapan Hakim M.Bakri Abd Majid.

Mereka mengaku menerima SMS yang sama yang berbunyi: “Baik YB (Yang Berhormat) jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?”

Ketiga-tiga mereka memberi keterangan pada perbicaraan Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, 38, bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu Idris Jusoh, yang didakwa membuat ugutan jenayah menerusi SMS kepada tiga Adun tersebut pada April tahun lepas.

INI BERITA BAIK.

GEROMBOLAN GADUH SAMA GEROMBOLAN.

BAGI MALAON MALAON INI GADUH LAGI.

MALAON BEREBUT WANG EHSAN.

MALAON PUKUL MALAON SAMPAI PENGSAN.

nota:
marilah satu malaysia bergumbira
marilah satu malaysia kunduri kendera
marilah satu malaysia ketawa kah kah kah




MALAM ESOK DIBATU CAVES

KALAU NAK TAHU APA BERLAKU DALAM MAHKAMAH - SILA DATANG

nota:
jangan lupa bawa sapu tangan.
bila ketawa dengar cerita dari
mahkamah sila tutup mulut.
jangan buat bising.
malam jumaat ramai orang nak buat kerja

Rabu, 10 Februari 2010

Saya tidak terkejut dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan pagi tadi yang mengisytiharkan Dato’ Seri Nizar bukannya Menteri Besar Perak yang sah. Umno sedang kuat mencengkam segala institusi agar memenuhi hasrat mereka untuk terus kekal berkuasa. Pimpinannya sanggup melenyapkan siapa dan apa sahaja yang menghalang mereka. Namun yang pasti mereka tidak berani berhadapan dengan rakyat.

Hanya mereka yang sudah usang dan sebati dengan kezaliman sahaja menyanggupi serta gembira dengan tindak tanduk kerajaan sekarang.

Kepada mereka yang mahu terus hidup mengabdi kepada kekuasaan, silakan, nikmatilah segala laba yang dihamburkan selagi masih berpeluang. Tunggulah saatnya nanti apabila laungan Rakyat Hakim Negara bergema menggegar bongkah-bongkah keangkuhan yang dibina dari darah dan air mata rakyat!

Saudara saya rakyat Malaysia sekalian, ini bukannya masa untuk berputus harap. Ini adalah waktunya kita menggembeling daya dan upaya kita untuk membawa Perubahan. Teruskan usaha membawa getar Perubahan ini di segenap pelusuk desa dan bandar. Tidak ada dolak dalih lagi, nyatakan dengan penuh keyakinan bahawa Perubahan ini demi kemaslahatan semua.

ANWAR IBRAHIM

MENULIS SEMULA PERLEMBAGAAN

Hari ini termaktub satu sejarah dalam perjalanan demokrasi di negara kita bilamana Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan menolak keputusan Mahkamah Tinggi serta mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, bahawasanya Datuk Seri Zambry Abd Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah dari segi undang-undang.

Penghakiman oleh panel lima orang hakim menyorot dua perkara penting dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu Perkara 16 (6) dan 36 (2). Perkara 16 (6) menerangkan keadaan bilamana seorang Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka beliau sama ada menghadap Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memohon perkenan membubarkan DUN atau beliau secara bertanggungjawab meletak jawatan.

Nizar membawa kesnya ke mahkamah menggunakan Perkara ini, bahawa beliau telah menghadap Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memohon pembubaran DUN tetapi tidak diperkenankan. Dalam keadaan begini Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak telah mengambil tindakan melantik Menteri Besar yang baru iaitu Zambry, pada ketika Nizar belum meletak jawatan. Berdasarkan Perkara 16 (6) ini, sebelum Nizar meletak jawatan, beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang mengizinkan beliau, selagimana tidak hilang kelayakan di sisi undang-undang, dipecat oleh sesiapa, wa’ima oleh Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak sekalipun. Dari sinilah krisis bermula…

Perkara 36 (2) pula adalah pernyataan umum tentang kuasa Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak untuk membubarkan DUN, kerana ia umum, maka ia boleh digunakan sama ada dalam keadaan biasa atau luar biasa, sama ada untuk keperluan pilihanraya lima tahun sekali atau untuk keperluan-keperluan mendesak seperti yang berlaku di Perak.

Yang menarik untuk dibincangkan adalah bagaimana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Nizar telah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri hanya semata-mata berasaskan sebuah “pertemuan” di antara Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak dengan 31 orang ADUN. Mahkamah mencatatkan bahawa adalah memadai dengan pertemuan tersebut untuk menjadi tanda bahawa DUN telah hilang kepercayaan terhadap Nizar.

Ini yang ditulis, dan ini untuk berpuluh atau beratus tahun akan datang bakal kekal sebagai sebahagian dari Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Tetapi kesan keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan hanya terhadap Negeri Perak tetapi ia juga “mencederakan” pemerintahan negeri lain.

Jika proses menentukan hilang kepercayaan terhadap seorang Menteri Besar begitu mudah boleh dilakukan hanya melalui sebuah “pertemuan,” bagaimana halnya bila pada 23 Mac 2008, Rosol Wahid yang mengetuai sekumpulan 22 orang ADUN BN di Terengganu menghantar memorandum kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu, membantah perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru. Pada hari yang sama juga Ahmad Said menerima watikah perlantikan Menteri Besar dari MPPR. Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia menyifatkan perlantikan Ahmad Said tidak mengikut perlembagaan kerana tidak mendapat sokongan majoriti ADUN BN.

Nah… jika status sebuah “pertemuan” boleh dipakai untuk mengesahkan bahawa Nizar telah hilang kepercayaan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, apa bezanya sebuah memorandum yang menggabungkan suara 22 orang ADUN? Kalau mengikut logik Mahkamah Persekutuan hari ini (yang sedang menulis semula perlembagaan), Ahmad Said menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar dalam keadaan beliau, bukan sahaja hilang, tetapi tiada kepercayaan dari majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu. Salah? Rosol kena buat usul undi tidak percaya di DUN, memorandum tidak terpakai? Kalau memorandum tidak boleh pakai, maka “pertemuan” itu juga tidak bererti apa-apa.

Mahkamah Persekutuan hari ini juga menghukum rasionalnya “pertemuan” boleh menjadi penentu bahawa Nizar telah hilang kepercayaan DUN kerana tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tentang usul undi tidak percaya. Memang tiada, kerana undang-undang kita digarap berkiblatkan gaya Westminster, seperti United Kingdom, Kanada dan Australia, terutamanya United Kingdom yang merupakan bekas penjajah kita. Mengikut gaya ini, usul undi tidak percaya diformalisasikan mengikut konvensyen berperlembagaan (constitutional convention). Maka Mahkamah Persekutuan hari ini telah lari dari gaya Westminster dan merujuk perlembagaan negara-negara seperti Jerman dan Sepanyol yang punya undang-undang bertulis tentang usul undi tidak percaya. Sekali lagi perlembagaan kita sedang ditulis semula…

Kalau benarpun keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini berasaskan kepada kepercayaan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak bahawa Nizar telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri, bagaimana mungkin di ketika Nizar belum meletak jawatannya, seorang Menteri Besar baru boleh dilantik? Jika Mahkamah Persekutuan mengatakan tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tentang perlunya usul undi tidak percaya, maka Undang-Undang Tubuh yang sama tidak juga langsung memperuntukkan yang seorang Menteri Besar boleh dipecat oleh Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak, tidak pula memperuntukkan yang seorang Menteri Besar boleh terlucut jawatannya semata-mata kerana sebuah “pertemuan.”

Kalaupun benar kata Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti, 31 dari 59 orang ADUN, bolehkah beliau dilantik sebagai Menteri Besar dalam keadaan Nizar belum meletak jawatan? Berdasarkan konvensyen berperlembagaan gaya Westminster yang selama ini menjadi rujukan kita sebagai salah sebuah negara Komanwel, dan ia juga selari dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, andai berlakunya usul undi tidak percaya, Nizar ada dua pilihan, pertama meletak jawatan, kedua mendapatkan kelulusan pembubaran DUN dan memanggil satu pilihanraya baru. Masalahnya, usul undi tidak percaya tidak pernah berlaku, Nizar tidak mahu meletak jawatan dan lebih cenderung dengan pilihan kedua iaitu pembubaran DUN dan pilihanraya baru, tiada masalah sama ada Nizar memohon perkenan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak berdasarkan Perkara 16 (6) atau 36 (2). Disinilah perkenan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memainkan peranannya. Selagi Nizar belum meletak jawatan, selagi DUN belum dibubarkan dan pilihanraya baru tidak dipanggil, selagi itulah Nizar masih Menteri Besar Perak.

Nampaknya. bukan hanya sejarah ditulis oleh orang yang menang, undang-undang juga begitu! Selepas Nizar nanti tiba pula giliran Anwar yang menyerahkan nasib mereka kepada mahkamah. Apa yang saya mampu harapkan, teringat sebaris dialog dalam siri drama West Wing yang saya pernah tonton dahulu, “… sometimes opposition win…” Kadang-kadang sahaja, yang kadang-kadang itupun kadangkala dirampas, ingatlah itu.

DIANTARA BERAPA BANYAK YANG UMNO BN BAZIRKAN SEJAK DULU KINI DAN SELAMANYA

Melalui program pemodenan Angkatan Tentera Malaysia yang dikenali sebagai program "PERISTA", dalam tahun 1982, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan pembelian 80 buah skyhawk terpakai (25 model A-4C dan 63 model A-4L) yang sebelumnya digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dengan harga RM 8 juta sebuah.


Bagaimanapun setelah melalui beberapa proses membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. hanya 40 buah sahaja yang dapat di operasikan oleh TUDM manakala 40 buah lagi di simpan untuk kegunaan alat ganti.

Firma Grumman Aerospace di St. Augustine, Florida di beri tanggungjawab untuk membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. Antara penambahbaikan yang dibuat adalah pendawaian semula, pemasangan komputer pengeboman Hughes ARBS, kelengkapan radio baru model AN/ARC-164 UHF , mesingan pesawat berkaliber 20mm dan keupayaan membawa lebih banyak ordnans.

A-4PTM dilengkapi dengan enjin Wright J65-W-20 yang telah diubahsuai dengan tujahan 3,465 kg dan mampu terbang pada kelajuan 1,083 kmj. Pengubahsuaian juga membolehkan pesawat ini membawa misil udara ke udara AIM-9 Sidewinder dan misil udara ke darat AGM-65 Maverick.

6 buah pesawat (A-4C/A-4L) telah diubah suai menjadi versi pesawat latihan TA-4PTM (M32-01 hingga M32-06) dan 34 buah dibaik pulih untuk versi penyerang A-4PTM dengan no pendaftaran baru (M32-07 hingga M32-40).

Kesemua 40 buah A-4PTM/TA-4PTM Skyhawk diterbangkan secara berperingkat-peringkat dari AS ke Malaysia bermula dari tahun 1985 dan yang terakhir tiba pada tahun 1986. Kesemuanya pesawat ini dikendalikan oleh Skuadron ke 6 dan Skuadron ke 9 yang berpengkalan di Kuantan.

Tidak berapa selepas digunakan, pesawat A-4 Skyhawk mengalami pelbagai masalah senggaraan dan mengalami kadar kemalangan yang agak tinggi yang berakhir dengan terkorbannya Allahyarham Leftenen Wahi bilamana jet yang dipandunya telah terhempas ke dalam Laut Cina Selatan.

Berikutan itu, pada tahun 1989 kerajaan mengumumkan untuk menamatkan perkihdmatan Skyhawk dan digantikan dengan pesawat Bae Hawk 108/208 menjelang 1994.

Baki 40 buah Skyhawk yang ditempatkan dibawah panas terik di Gurun Nevada tidak pernah di bawa balik ke Malaysia.

40 Buah Skyhawk ditinggalkan sebagai alat ganti di Gurun Nevada itu telah diuruskan oleh sebuah syarikat US sendiri dan perbelanjaan pengurusannya dibayar oleh Kerajaan Malaysia setiap tahun.

Menurut seorang General TUDM yang telah bersara pada sekitar tahun 2000 dan 2003, TUDM telah bercadang untuk membawa balik ke Malaysia semua pesawat Skyhawk tersebut dan menjualnya.

Pegawai-pegawai dari TUDM telah diterbangkan kesana untuk melihat keadaan pesawat tersebut, mereka telah menemui pesawat tersebut dan yang memeranjatkan ialah pesawat-pesawat tersebut pada ketika dan waktu itu bukanlah hak milik TUDM!

Segala surat menyurat yang melibatkan pembelian pesawat Skyhawk ini juga telah hilang dan pihak TUDM telah gagal menunjukkan sebarang bukti tentang pemilikan pesawat tersebut oleh sebab itu mereka tidak boleh membawa pulang pesawat Skyhawk tersebut ke Malaysia.

Pertikaian keatas hak milik pesawat Skyhawk ini telah berlanjutan selama beberapa tahun sehingga jelas dipastikan bahawa pemilik pesawat tidak dapat dipastikan.

Menguntungkan kah?

Tidakkah membayar harga 80 buah pesawat Skyhawk A-4PTM tetapi hanya mendapat separuh atau memiliki 40 buah pesawat jauh lebih membazir dari menamatkan perkhidmatan MiG-29 dan menjualkan keseluruhan 16 buah dengan harga RM300 Juta?

Tidakkah dengan hilangnya hakmilik keatas 40 buah pesawat tersebut yang berharga RM8Juta sebuah itu kita juga telah hilang RM320 Juta? RM320 Juta wang rakyat yang membayar cukai?

RM320 Juta pada tahun 1982 adalah lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan RM320 Juta sekarang.

Adakah menguntungkan jika kita membayar sebuah syarikat bagi menguruskan harta yang bukan milik kita setiap tahun?

Dan jika didalam proses jual beli MiG-29, Tun Mahathir mengatakan yang untung hanya kroni ,dalam proses jual beli dan menghilangkan hak milik Skyhawk ini pula siapa yang untung? Rakyatkah yang beruntung?