Jumaat, 5 Februari 2010

BATIK 1 MALAYSIA UNTUK SIAPA

Sekumpulan model dilaporkan memperaga baju batik 1 Malaysia kepada Najib di pejabatnya. Najib pula bersetuju dengan beberapa corak batik yang diperagakan itu.

Penting sangatkah baju batik 1 Malaysia ini sehingga perlu diperagakan di hadapan Najib di pejabatnya?

Sekumpulan model perlu datang ke pejabat PM dan berbaju batik 1 Malaysia untuk dipilih oleh Najib. Najib pula bersedia meluangkan masanya untuk ‘menjadi’ hakim memilih baju batik 1 Malaysia yang hatinya berkenan.

Bahasa mudahnya, Najib jadi hakim ‘pertunjukan fesyen’. Tentu lebih menarik kalau Najib bawa kamera sekali ketika itu dan di sisinya pula ada Rosmah. Pertunjukan fesyen itu tentu lebih meriah.

Ketika harga barangan keperluan melambung, ketika ibu bapa dibebankan dengan bayaran yuran persekolahan (kelmarin anak saya minta RM50 untuk bayar yuran sekolah rendah), ketika ramai lepasan pusat pengajian tinggi tidak punya pekerjaan, Najib masih ada masa untuk menjadi hakim pertunjukan fesyen di pejabatnya.

Kemudian, Najib bakal jadi orang pertama berbaju batik 1 Malaysia itu.

Terubatkah luka rakyat, terleraikah derita mereka dengan baju batik itu? Bermaknakah baju batik itu kepada rakyat miskin? Tersapukah air mata anak-anak terpinggir dengan kemeriahan warna baju batik itu?

Inilah pemimpin kita. Ketika rakyat terbanyak sedang bergelut dengan seribu kepahitan untuk meneruskan hidup, pemimpin mereka masih ada masa untuk tampil sebagai hakim ‘pertunjukan fesyen’.

Baju batik yang dipilih Najib itu dipilih untuk dirinya sendiri bukan untuk rakyat kerana dia bakal menjadi orang pertama menggayakannya.

Najib akan dapat baju batik yang terbaik. Dan, yakinlah baju batik 1 Malaysia terbaik untuk Najib adalah percuma. Ya, percuma kerana baju itu dibiayai dengan wang kerajaan. Dan, fahamilah wang kerajaan adalah wang kita.

Najib tentu bergaya dengan baju batik berwarna meriah itu. Dia pasti senyum meleret sambil diiring Rosmah. Mereka melambai-lambai kepada orang ramai dengan bangganya. Kemudian bersalam pula dengan orang ramai di kiri kanan jalan menyambut ketibaannya. Tangan Najib dan Rosmah dicium.

Tangan itu bukan berbau sekerap getah seperti tangan orang kampong, bukan berbau belacan Kuala Perlis yang diperbuat daripada udang kepal Kurung Tengar, tetapi tangan itu tentunya harum kerana diperciki YSL Paris.

Najib dengan mesra melambai-melambai kepada orang ramai. Baju batik 1 Malaysia Najib meliuk lintuk dibuai angin mengiringi lambaian tangannya.

Bau ketiaknya juga tidak tercium oleh orang sebelahnya kerana disapu deodorant berjenama Tanamera. Buatan mana pun entah, tapi yang pasti bukan buatan tempatan.

Rakyat yang terlihatnya melambai kembali. Baju T yang dipakai rakyat keras cekang, dibeli dikedai bundle. Orang sebelah berpaling muka kerana masam ketiaknya.

Najib bangga kerana orang membalas lambaiannya. Dia pun senyum mekar dan Rosmah pula bergesel bahu mesra dengannya.

Ya, Najib dan Rosmah berbangga kerana merekalah pemimpin negara 1 Malaysia. Ya, 1 Malaysia... ha... ha...ha...
TAK ADA KERJA LAIN NAK DIBUAT

AWAS PENGGODAM/HACKER SEDANG BUAT KERJA

HARAKAHDAILY DISERANG SAMPAI TUTUP - malaysianinsider

Di tengah kehangatan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, server Harakahdaily.net telah diserang dan terpaksa ditutup.

Harakahdaily, iaitu situs berita PAS, mula tidak boleh dimasuki jam 1.30 tengahari tadi. Ia disebabkan oleh serangan di server farm pembekal menyebabkan pembekal terpaksa menutup server itu.

Menurut bahagian teknikal Harakahdaily.net, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikannya dan sasaran 6.00 petang telah diberikan untuk Harakahdaily.net pula.

Yang terakhir, Harakahdaily.net menyiarkan satu analisa tentang perbicaraan Anwar dari Sodomi I hingga kes sekarang.

Penekanan diberikan tentang peranan internet dan blog yg tidak ada semasa Sodomi I dahulu.

nota:
serangan terhadap web dan blog
akan berterusan. ada yang akan dilambatkan.
ada yang akan diserang seperti harakahdaily.
semua ini untuk memastikan berita tidak sampai
kepada warga.




MARI SINI HAMBO NAK ROYAK

INI BUKAN GAMBAR BARRY WAIN


BARRY WAIN SETUJU KUPAS BUKU TENTANG MADEY DI SEMINAR PAS
-malaysianinsider

Barry Wain yang menulis buku “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad In Turbulent Times”, yang mendakwa bekas perdana menteri itu telah membazirkan kira-kira RM100 bilion sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun, telah bersetuju untuk mengupas karyanya pada satu seminar di sini pertengahan bulan ini.

“Kita akan umum dan sahkan tarikhnya selepas ini. Dalam masa yang terdekat ini. Setakat ini, tarikh yang belum muktamad ialah 20 Febuari,” kata pengarah program tersebut, Abdul Latif Abdul Rahman.

nota:
buku ini masih belum jelas sama ada telah
masuk dalam pasaran atau tidak.

yang bernasib baik adalah warga kota baru.
pengarang datang nak royak cerita
madey songlap 100 bilion ringgit.

sapa nak pergi kena book air asia awal awal.
tengok tarikh betul betul agar tidak tercicir.

pagi leh makan nasi kerabu
tengah hari makan nasi belauk
malam makan taik itik





MALIKUL SEMBAB BERFATWA LAGI

HEIL SEMBAB


HEI SEMBAB
KRISIS KEPIMPINAN PULAU PIANGA BUKA MATA RAKYAT : MUHYIDDIN – berita hairan

Krisis kepemimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah suatu pengajaran yang membuka mata rakyat tentang ketidakupayaan pakatan pembangkang mentadbir negeri yang dimenanginya pada pilihan raya umum yang lalu.

Muhyiddin Yassin, berkata krisis kepemimpinan Ketua Menteri itu di mana beliau telah dikecam secara terbuka pemimpin pakatan pembangkang negeri terbabit sudah mencapai tahap yang serius.

MATA RAKYAT DAH TERBUKA LAMA.

MATA RAKYAT TAK TERTUTUP OLEH LEBIHAN DAGING DIMUKA.

MATA RAKYAT SENTIASA MEMERHATI MUKA MALAON MANA YANG SEMAKIN SEMBAB.


DARI JALAN DUTA

SIAPA THE MAN FROM U.N.C.L.E


KONDO KLASIK

Sebuah kondo kini dianggap kondo klasik.
Kondo ini akan termasuk ke dalam ‘ must visit – wajib dilihat’
oleh para pelancong yang akan datang ke Malaysia.

Seperti Lintasan Zebra John Lennon di Abbey Road London
atau makam Jim Morrison di Paris
kondo unit 11-5-1 di Desa Damansara Condominium
ini akan menjadi satu daya tarikan.

Penjual percutian sedang membida hak esklusif ke atas
kondo ini.

Telah diberita Martin Scorcee juga telah ‘chup’ kondo
ini untuk lokasi filem horror yang akan dibuatnya tahun hadapan.

Dalam masa yang sama Micheal Moore diberitakan akan datang minggu hadapan
ke Damansara untuk melihat apakah kondo ini sesuai untuk dokumentri
tentang ‘towel’ yang kini sedang dalam perancangan.

Syarikat-syarikat towel kini sedang berusaha untuk membuktikan
bahawa towel mereka tidak terlibat dalam kes ini. Berita tentang adanya
palitan cirit See Fool di atas towel ini amat memalukan semua syarikat-syarikat towel.

Kementerian Pelancunag akan menjadikan
tahun 2010 ini Tahun Meliwat Malaysia.

SIAPA UNCLE PET

Uncle Pet Berbaju Hijau – macam lagi Sanisah Huri - sebenarnya ialah Tuah Mohd Halim.

KENA MAKI HAMUN

Saiful yang sampai ke kondo di atas telah dimaki hamun
oleh bebera Mak Datin dan Mak Cik Cvik yang telah sedia menunggu di sana.

Difahamkan Mak Datin dan Mak Cik Mak Cik ini telah mengekori
Saiful dari mahkamah.

Siapa Mak Datin ini ?

DARI MALAYSIANINSIDER

“Jantan sial! Oi Saiful, aku sumpah you tak boleh berak sepuluh hari (Oi Saiful, may you not shit for 10 days),” screamed one woman dressed in a floral green baju kurung and lilac scarf, stunning the condo security guards on duty as well as the police and reporters at the scene with her colour.


nota:
sumpah perempuan ini telah
mencemaskan semua syarikat
pembuat julap.

TERKINI:

Sebuah Syarikta Julap dari Jepun dikatakan
telah menalipon Finas untuk menaja sebuah filem
bertajuk:

Berak Ku Berak Ku Lagi




TAHUN MELIWAT MALAYSIA

Perbicaraan ditangguh jam 11 pagi.

Pihak pendakwa dan peguam pembela perhi melihat
kondo di mana liwat ini telah berlaku.

Khamis, 4 Februari 2010

Liwat II: Kondo Desa Damansara jadi tumpuan

Kes perbicaraan hari kedua kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tertumpu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansar di ibu negara, lokasi bekas timbalan perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan tersebut.

Rombongan hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi.

Anwar yang turut berada di lokasi tidak naik ke kondominium itu, sebaliknya berada dalam kenderaan Mazda MPV hitam.

Sebelum itu, perbicaraan pagi tadi diadakan secara tertutup. Wartawan tidak dibenarkan mengikuti perbicaraan itu.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh, semalam memohon agar keterangan Saiful didengar secara tertutup kerana saksi itu telah menceritakan apa yang berlaku di kondiminium berkenaan semasa disoal semalam.

Dalam keterangannya itu, Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa Anwar mahu mengadakan hubungan seks dengannya apabila dia pergi ke kondominium itu untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.



[Laporan lanjut menyusul]

FITNAH SIRI 2 RENCANA JAHAT PEMERINTAH

Pagi tadi bermulalah perbicaraan fitnah kali kedua ke atas saya. Mainan wayang yang sama diulang putar bertujuan mengelirukan rakyat dan menimbulkan kesangsian terhadap diri saya. Bahkan mereka sanggup memperalatkan sentimen agama demi kepentingan politik sempit. Mubahalah diulang-ulang walaupun ulama muktabar seperti Syeikh Yusuf al Qaradawi, Syeikh Wahbah Zuhaili dan mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya menjelaskan ianya tidak selari dengan tuntutan Syariah. Sesuai dengan pendapat dari jumhur ulama, makanya saya menfailkan tuntutan qazaf ke atas pemfitnah saya. Buktikan fitnah ke atas diri saya sebagaimana yang gariskan oleh prinsip syariah! Jangan berani berdolak lagi serta cuba melengah-lengahkannya!

Berhadapan dengan makar yang direncanakan dengan penuh helah membabitkan keseluruhan jentera dan sistem kenegaraan, ternyata ianya bukanlah mudah, namun perjuangan menuntut Perubahan ini tidak akan sekali-kali mengendur. Cita-cita dan harapan kita bukanlah satu mimpi di siang hari. Kita mendambakan sebuah negara yang menjamin perlaksanaan Keadilan untuk semua. Bukannya sebuah negara yang hanya menyempurnakan nafsu jahat pemerintah semata-mata. Tidakkah pimpinan umno-bn sedar bahawa keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman dan pasukan polis semakin hari semakin luntur. Rakyat sudah mual dengan kehakiman dan pihak polis yang tunduk mengabdi kepada kehendak elit umno-bn.

Pun begitu saya tidak mempunyai pilihan lain selain dari berhadapan dengan fitnah tersebut di mahkamah. Barisan peguam yang terdiri dari Karpal Singh, Datuk Param Cumaraswamy, Sankara Nair dan Datuk Prabhakaran mahukan dakwaan ini digugurkan. Berasaskan peraturan serta proses perundangan, pelbagai permohonan diajukan, misalnya untuk mendapatkan bukti sesuai dengan kehendak peruntukan seksyen 51A Kanun Acara Jenayah. Apa kan daya, permohonan ini dihalang sistem kehakiman, sekaligus membenarkan saya “diserang hendap” oleh pihak pendakwa.

Adakah dengan segala perancangan yang direkayasa ini, mereka sangka saya akan berundur dari memperjuangkan agenda Perubahan demi kemaslahatan rakyat? Inshaallah dengan segala daya dan upaya serta diiringi doa semua, akan kita terus mara menewaskan kebejatan yang bermaharajalela.

ANWAR IBRAHIM

GEMPA AKAN MELANGGAR MAHKAMAH

INI HASIL LAWATAN YANG DAHULU


DESAKAN HERET NAJIB DAN ROSMAH BERGEMA DI MAHKAMAH – harakah daily

Desakan Najib Razak dan Rosmah Mansor dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah bergema di perkarangan mahkamah Jalan Duta di hari pertama Anwar dibicarakan.

Desakan ini dibuat oleh Anwar melalui permohonan sapinanya dan dilaungkan oleh para penyokong beliau yang memenuhi ruang perkarangan mahkamah itu.

Kedua-duanya didakwa menjadi dalang kepada dakwaan terhadap Anwar dan segala keterangan yang dibuat oleh bekas pegawai peribadi Anwar, Saiful Bukhari adalah dari mereka.

Najib pada awalnya menafikan bertemu dengan Saiful namun kemudiannya mengaku Saiful datang bertemu beliau untuk mendapatkan biasiswa.

"Dalam mahkamah, Saiful berkata beliau bukanlah orang yang cerdik sebab itu dia tidak lulus dalam pelajaran di universiti dan akhirnya keluar.

"Adakah ini orangnya yang hendak diberikan biasiswa oleh Najib. Ini persoalan yang mesti diterangkan oleh Najib dan Rosmah di mahkamah," kata Samsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda PKR, di perkarangan mahkamah selepas perbicaraan hari pertama.

AWAS ! JABATAN KERJA RAYA WAJIB BERSEDIA..

TUKANG BESI MESTI DI CARI SEKARANG..

PASAK DAN PAKU... KUAT KAN DINDING..

KALAU TIDAK ROBOH MAHKAMAH NANTI..




SATU KES ORANG BANGANG

APA LAGI NAK CAKAP - BAIK MENGAKU !


HAKIKAT ORANG KANAN NAJIB TAK SETUJU SATU MALAYSIA – harakah daily

Najib Razak terpaksa menerima hakikat bahawa orang kanannya sendiri pun tidak memahami atau bersetuju dengan konsep satu Malaysia yang diwar-warkannya sendiri, apatah lagi seluruh jentera pelaksana dan barisan pimpinan BN.


Ini ekoran kenyataan rasis Nasir Safar, pegawai khas Najib yang merupakan tanda kegagalan konsep dan pelaksanaan projek satu Malaysia yang telah menelan berjuta-juta ringgit duit rakyat.

Ketua Penerangan Selangor PKR Selangor, Dr Tan Yee Kiew berkata, kenyataan Nasir itu menunjukkan kegagalan pucuk pimpinan Barisan Nasional, khususnya Najib sendiri dalam menterjemahkan konsep satu Malaysia ke dalam realiti masyarakat majmuk Malaysia.

“ Satu Malaysia di dalam papan iklan, siaran radio dan televisyen, program indoktrinasi seperti seminar dan forum, dan papan tanda klinik kesihatan lebih bersifat kepentingan hiasan tingkap yang menghabiskan wang rakyat, dan bukannya kepentingan rakyat secara keseluruhan,” ujarnya.

INI KES MALAON BANGANG..

BUKAN MALAON INI SORANG SAJE TAK FAHAM.

SATU MALAYSIA PUN TAK FAHAM.

BENDA KE JADAHNYA SATU MALAYSIA INI ?.

APA YANG SATU DAN APA YANG MALAYSIA....TAK ADA SAPA FAHAM.

SATU BANGANG ADALAH.




DUA KALI LIMA - BANGANG

MACAM MANA NAK DITOLONG - SUDAH BANGANG !


PEMUDA MIC ,MCA GESA NASIR SAFAR DITHAN ISA – berita hairanhan

Pergerakan Pemuda MIC dan Pemuda MCA menggesa kerajaaan supaya menahan Nasir Safar dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan memohon maaf secara terbuka diatas kenyataan beliau berunsur perkauman.

DUA KALI BANGANG..

MALAON RASIS INI TERBUKTI BANGANG..

YANG MENUNTUT ISA INI JUGA SAMA BANGANG..

PATUT LAH BANGANG BANGANG INI DUDUK SEBAKUL.

BIAR BANGANG-BANGANG INI PUKUL MEMUKUL.




KANG KONG MENAYANGKAN KONG KANG

HADIAH AKEDEMI KONG KANG UNTUK KANG KONG



LANGGAR INJUKSI ,NAIB CANSELOR UUM DIDENDA – malaysiakini

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Nordin Kardi hari ini dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau sebulan penjara selepas didapati bersalah menghina mahkamah apabila gagal melaksanakan satu perintah injunksi yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di Alor Setar, Julai lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani Abdul Rahim yang membuat keputusan itu dalam kamarnya menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap Nordin (kiri), atau sebulan penjara jika gagal menjelaskan jumlah itu dalam tempoh dua minggu mulai hari ini.

INI TERBUKTI KEKANGKONGAN KANG KONG INI.

PATUT KANG KONG INI PERGI MAHKAMAH...MINTA MAAF.

nota:
ini ayat yang perlu dilafazkan di mahkamah:

saya sebagai seekor kang kong saya bercakap kang kong
tidak ada yang tidak kang kong melainkan sekang kong
kang kong nya kang kong lah saya ini
.



DARI JALAN DUTA

HANYA SATU YANG COOL

BICARA SAMBUNG ESOK PAGI

Hakim menangguhkan perbicaraan
ke esok pagi jam 9.30 sesudah
ke tandas dan minum pagi.

Perbicaraan esok tertutup kerana
malu laa nak cakap kah kah.

HARI INI DALAM SEJARAH

Mamat : Boleh I faq you ke ?

Dol : Faq ni apa?

Hakim : Ini mesin hatar surat yang ada gambar ke?

Mamat : Bukan?

Hakim : Tu... apa faq?

Mamat : Laaa tak kan faq tak tahu..

Hakim : Apa dia?

Mamat : Tak tak ada komputer ke ?

Dol : Ada

Hakim : Jangan play play

Mamat : FAQ ialah frequently asked questions.

Hakim : Bicara tangguh. Esok orang lain tak boleh datang. Nanti malu I komputer pun I tak tahu