Isnin, 25 Januari 2010

Blogger PAKATAN RAKYAT Sila ambil PERHATIAN!


Ini adalah terjemahan surat yang telah dikirim oleh seorang pembaca kepada Malaysia Today dan telah disiarkan oleh Malaysia Today..

Saya mempunyai maklumat yang boleh dipercayai bahawa lawatan ke India baru-baru ini oleh Najib dan delegasi Kerajaan (UMNO / BN) ujuan utamanya adalah untuk merekrut secara kontrak profesional IT dan hacker dari India selama 3 tahun . Dianggarkan bahawa lebih daripada 200 orang akan direkrut dan dibayar RM300 juta setahun.

Tugas mereka hanyalah untuk mengancam, memintas dan melumpuhkan blog-blog yang menentang kerajaan.

Oleh kerana Media Perdana dikuasai dan dikawal kerajaan manakala Internet dan blog-blog terletak diluar kawalan atau tidak dapat dikawal oleh kerajaan, kali ini Najib dan UMNO/BN yang telah kehilangan arah akan berusaha habis-habisan untuk melemahkan blog-blog anti-kerajaan dengan bantuan profesional IT dan hacker dari India untuk menghantar virus dan trojan ke alamat IP individu melalui pembekal perkhidmatan Internet Celcom dan TMnet .

Najib, Hishamuddin dan Rais Yatim, bersama dengan beberapa Menteri Kabinet UMNO / BN telah mengadakan rundingan tertutup dengan CEO - CEO dari Telekom dan Celcom untuk membincangkan perkara ini sebelum Najib berangkat ke india.

Tujuan mereka ialah untuk mempengaruhi kata laluan masuk, akses penerbitan tempatan,sistem melambatkan sistem, bahkan hingga memusnahkan data- data di dalam hard disk jika ada yang mengakses blog anti kerajaan dan juga menghalang laman-laman blog daripada menyiarkan berita-berita yang buruk tentang kerajaan.

Perkara ini tidak akan melibatkan blog-blog pro kerajaan kerana pemintasan akan dilakukan berdasarkan alamat IP dan POP Proxy individu. Jadi, jika anda mengakses blog pro-kerajaan, anda tidak akan terjejas.

Najib dan UMNO / BN akan memastikan bahawa Rakyat Malaysia tidak akan dapat mengakses berita dari sebarang portal-portal dan juga blog-blog anti-kerajaan dan laman tersebut tidak akan dapat menyiarkan sebarang berita yang benar tentang salah laku rasuah mereka dan strategi untuk menggulingkan Prakatan Rakyat di Internet .

Rais Yatim, Muhyiddin dan Hishamuddin baru-baru ini telah menyentuh mengenai Blogs, Facebooks, dan Twitters yang dikatakan boleh menghancurkan budaya kita.

Selain itu mereka juga merancang untuk membenarkan polis dan tentera untuk membuat permohonan bagi memiliki Mykad , sudah pasti tujuannya ialah bukan kerana subsidi petrol dan kegunaan lain tetapi sebagai pengundi UMNO/BN dalam pilihanraya yang akan datang.

Pada pandangan Saya:
Perihal Institusi Agama

Oleh: Dr. Hairudin Hashim
Sepatutnya dalam keadaan politikus Islam yang menerajui kepimpinan negara, Islam dari segenap aspek berada pada tahap unggulan apabila mengambil kira 53 tahun usia pemerintahan. Manakala umatnya menjadi contoh teladan kepada penganut agama lain atas sikap, pembawaan diri serta model masyarakat yang tersohor. Apatah lagi dengan wujudnya institusi Agama yang teratur.

Malangnya, keadaan umat Islam terutamanya orang Melayu semakin menyedihkan dari tahap teruk menjadi parah. Kedudukan ekonominya jatuh dan rebah. Apatah lagi masalah sosial dan akidah.

Banyak yang kita boleh ajukan persoalan atas masalah ini. Kita boleh tuding jari kearah politikus mahupun pegawai di institusi agama sebagai puncanya. Namun ianya tidak mungkin berjaya mengatasi masalah yang melanda. Ia sekadar melepaskan geram yang terpendam di dada. Itu saja.

Soal politik, kita boleh sahaja mengubahnya tatkala pilihanraya tiba. Namun perubahan politik belum tentu menjamin perubahan pada institusi Agama. Maknanya, beberapa perubahan perlu dibuat bagi menangani masalah kakitangan atau pegawai dalam institusi itu. Jika pun tidak diubah pegawainya, kita perlu menyogok ide dan pandangan untuk menjana perubahan.

Dari luaran kita mempunyai beberapa ide yang sepatutnya boleh dibuat melalui Majlis Agama sehingga memberi kesan terhadap orang Islam meliputi soal kebajikan. Ini lah yang bakal menjadi perhatian orang bukan Islam serta menarik minat mereka mendekati seterusnya memeluk satu-satu nya Agama yang diredhai Allah.

Wang memang lah bukan segalanya, namun tanpa ia bagaimana sesuatu program mahu dijalankan. Tanpanya juga bagaimana zakat mahu diagih serta bantuan dapat disalurkan kepada golongan asnaf dan orang yang memerlukan. Kita sepatutnya menggerakkan institusi masjid sebagai satu pusat kemasyarakatan. Di situ bukan setakat pusat ibadat, malah juga tempat penyelesaian masalah kebajikan anak kariah. Soal kematian, soal anak yatim, orang terputus belanja dan sebagainya.

Ibarat kata pepatah, seberkas lidi jauh memberi kesan berbanding sebatang lidi sahaja. Pejabat Agama Daerah wajar mewujudkan satu tabung yang bersumberkan kutipan Jumaat setiap masjid dalam daerahnya. Contohnya ialah daerah Kulim, kita ada lebih kurang 32 buah masjid. Bayangkan jika kita mengumpul dana separuh kutipan Jumaat terakhir setiap bulan. Jika puratanya RM300 setiap masjid, kita mempunyai tabungan RM9000.00 setiap bulan. Setahun kita ada dana terkumpul RM108,000. Tidakkah ia seumpama ikatan lidi yang membentuk penyapu yang berguna?
Siapakah pemegang amanahnya? Secara peribadi saya mencadangkan ditubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai Pegawai tertinggi Pejabat Agama Daerah, pemimpin politik masyarakat Islam dari 3 parti utama- PAS, PKR dan UMNO. Kita pilih lah yang jernih kepala otaknya. Yang jujur, ikhlas serta amanah. Bukan ular air atau kaki belit.

Untuk apa tabung itu ditubuhkan? Sepatutnya soalan ini tidak timbul, tentu sahaja untuk kebajikan penganut Islam di Daerah Kulim. Bayangkan apabila setiap Daerah kita membuat aktiviti yang serupa, maknanya kita punya jutaan RM dalam satu tahun untuk meladeni dan merawat masalah ekonomi dan kebajikan bangsa Islam yang rata-ratanya orang Melayu!

Secara jujur saya katakan ramai dari kita yang mengambil tahu hal rakyat dan berdampingan dengan masalah mereka saban waktu pernah terlintas di fikiran mereka akan cadangan ini. Namun kali ini saya mengambil sikap menulis supaya ia segera diterjemahkan dalam khalayak untuk mendapat impak seberapa segera. Saya pernah secara santai membicarakan hal ini dengan beberapa orang pegawai agama di Pejabat Agama Kulim, seorang berpangkal nama Tengku dan seorang lagi Ustadz Roslan. Saya juga pernah menyatakan hal serupa kepada pembantu khas Menteri Besar.

Kenapa penubuhan tabung ini perlu disegerakan? Jawapannya terletak kepada banyak masalah anak kariah serta penduduk dalam daerah masing-masing tidak ada jalan penyelesaiannya. Contohnya apabila berlaku kebakaran atau bencana alam. Saya amat tidak suka apabila nasib malang yang menimpa seseorang dijadikan modal politik medan untuk mereka berkokok! Saya amat mengharap nasib orang yang malang dibela dengan pantas dan tuntas. Bayangkan keperluan membina semula tempat tinggal menjangkau RM40 ribu, tetapi bantuan segera hanya ratusan ringgit dan beras sekampit!

Setakat ini saya melihat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah, institusi Masjid mahupun pejabat Zakat gagal dan tidak dapat menghulurkan bantuan yang sepatutnya kepada mangsa tragedi! Bayangkan kita punya empat organisasi tetapi gagal dalam menyempurnakan fungsi!

Memang, apabila disoal akan ada sahaja jawapan untuk tidak membolehkan bantuan kukuh disalurkan. Kita menerima keadaan itu. Tunggulah sehingga beralih kerajaan Pusat. Tahu lah kita memperbetolkannya. Akan tetapi untuk tahap ini, saya amat bersyukur sekiranya pehak berkuasa terutamanya yang memegang kunci kuasa pentadbiran negeri melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya.

Supaya tidaklah terjadi seperti apa yang kita lihat setiap hari, apabila berlaku sahaja bencana kebakaran, selain dari bomba sukarela kawan-kawan kaum Tionghua, bantuan segera akan tiba dari Pertubuhan To’Kong dan gereja. Ianya tidak salah untuk menerima, tetapi mana muka kita mahu letak sedangkan para ilmuan, Tok Guru serta Ustadz sentiasa berkhutbah betapa Islam agama yang syumul, satu cara hidup serta menjaga penganutnya?

Tragedi sebegini telah dua kali berlaku di kawasan Taman Selasih. Dua kebakaran melibatkan lapan buah rumah dalam tempoh dua tahun. Belum pun mangsa kebakaran pertama diselesaikan masalahnya, menimpa pula kebakaran kedua. Nasib mereka terumbang-ambing. Tidak ada tempat mengadu untuk diselesaikan. Adalah wakil jabatan kerajaan yang datang, tetapi sekadar menghulurkan simpati! Hakikatnya, bukan itu yang mangsa mahukan!!

Pejabat Zakat tidak boleh selesaikan, Pejabat Daerah kata tak ada peruntukan, Majlis kata luar bidang kuasa, masjid lagi lah tidak boleh buat apa! Hatta bantuan dari KEDA juga tidak boleh kerana rumah taman tidak termasuk dalam senarai orang yang layak menerima! Apa punya teruk sistem dalam masyarakat kita hari ini. Yang anihnya semuanya melibatkan orang Islam!

Untuk tahap ini, saya hanya menyentuh tentang masalah orang Islam. Namun jika kita melihat dalam konteks yang lebih luas, ia sebenarnya mewakili untuk semua warga dalam negeri kita. Semuga dengan penulisan ini, kedapatan hati-hati yang terbuka di kalangan pembesar untuk melakukan sesuatu menjadikan syor ini satu realiti.
Dah Teruk Negara Kita Ni Weh!


Kali ini kita ingin menumpukan tentang ekonomi secara pandangan orang kecil yang melayari kehidupan sehari-hari membanting tulang empat kerat. Kita tidak cuba membicarakan gaya hidup ‘jetset’ atau ranggi ala-ala pemimpin Umno dan golongan Korporat yang sekufu mereka.

Keperluan asas manusia ni bukan lah banyak sangat pun. Makan minum, tempat tinggal, kenderaan, kemudhana kesihatan, pelajaran, pekerjaan dan ruang hidup yang aman (bukan Umno). Rasanya itu sahaja. Yang lain itu cuma aksesori yang bukan keperluan pun. No hal lah kata orang kalau tak ada pun. Akan tetapi, perkara yang disebut terdahulu itu amat penting dan menimbulkan kekecohan, kacau ganggu sosial serta ketidakamanan jika tidak dapat dipenuhi. Lihat sahaja apa yang ter jadi setelah berlaku tsunami di Asia dan gempabumi di Haiti baru-baru ini.

Orang masih boleh hidup tanpa Mercedes Mata Belalang atau rumah banglo. Orang juga masih selesa jika tak dapat mengunjungi KFC atau Pizza Hut seminggu sekali. Rakyat masih selesa kalau mereka tidak dapat mengunjungi bioskop atau gedung-gedung pasaraya yang besar gedang. Akan tetapi rakyat akan melompat dan melenting kalau keperluan asas mereka tergugat atau keupayaan beli mereka tersagat! Hakikatnya, ini lah yang sedang menimpa rakyat secara halus dan istiqamah.

Kuasa membeli kita semakin mengecil berbanding dengan perolehan pendapatan setiap bulan. Keadaan ini lebih parah di kawasan bandar dan pinggir bandar berbanding desa dan kampong. Orang kampong membuat dua tiga pekerjaan dalam satu hari untuk keperluan menabung manakala orang bandar pula terpaksa melakukannya semata-mata untuk menampung keperluan seharian hidup ia dan keluarga. Itupun belum tentu mencukupi.

Cuba lihat apa yang boleh dijinjing dari Pasar Tani dengan bermodalkan RM50. Berapa pula belanja yang dikeluarkan setiap kali musim sekolah bermula? Untuk meladeni perayaan berapa urat rantai (kalau ada) yang perlu digadai. Berapa isi rumah yang tiada pekerjaan walau kelulusannya berjela? Soalan terakhir, berapakah agaknya simpanan yang mereka ada untuk kegunaan di waktu kecemasan?

Ringkasnya, taraf hidup rakyat semakin jatuh dan menghimpit. Apabila bangun setiap pagi otaknya ligat mencari jalan untuk memenuhi tuntutan keperluan. Sang isteri pula tidak lagi mengidam rantai dan gelang. Cukuplah sekiranya usaha suami berjaya dan rezeki dibawa pulang untuk memastikan dapurnya berasap. Bagi yang bergaji tetap boleh tahan keadaannya jika berjimat, manakala bagi mereka yang kais pagi makan pagi tentu sahaja menghadapi cabaran yang hebat!

Inilah suasana yang dialami rakyat jelata. Terkecuali pimpinan UmnoBn, kroni dan saudara rapat mereka. Bagi kita yang kecil lagi marhaen, ini lah dia kehidupan kita. Aku, kamu, mereka sedang melalui zaman getir ini.

Melihat dari apa yang berlaku dalam negara dan pembacaan penulisan bebas luar negara, kita diserang kebimbangan yang amat. Apa tidaknya, peramal ekonomi telah mengatakan dunia akan menghadapi ‘double dip recession’. Berita-berita kurang enak tentang bank di Amerika yang bakal kaput jumlahnya menghampiri 200 buah. Citibank kerugian $7.8 billion pada suku keempat tahun lalu. Pengangguran bertambah setiap ketika. Apakah krisis kewangan baru akan melanda?

Berita-berita ekonomi yang menakutkan itu walaupun berlaku di Amerika, ia sebenarnya ibarat getaran ombak yang tentunya akan sampai juga ke negara kita kemudiannya. Kita sebenarnya belum pun pulih dari kemelesetan yang disebabkan oleh ‘subprime mortgage’ tahun lalu. Bagaimana agaknya kesan kemelesetan kali ini?

Beberapa hari lalu telah didedahkan bagaimana Simpanan wang Luar telah menyusut dengan teruk sehingga mencapai 50% Keluaran Dalam Negara Kasar. Pengaliran keluar modal itu yang bernilai RM355 billion adalah dua kali ganda apa yang dialami Russia dan yang paling teruk berbanding negara membangun lain. Yang menakutkan ialah tatkala negara lain menunjukkan pemulihan, modal dalam negara kita terus menerus keluar.

Di sebalik keghairahan laungan dan kokokan 1Malaysia, kalau boleh kita pohon rakyat menyoal pemimpin ini apakah kedudukan sebenar ekonomi negara? Jangan sekadar bertepuk tangan sahaja! Keluarlah dari kepompong menjadi kaldai tunggangan mereka. Bukalah minda tidak kira apa usia anda- tua atau muda. Bebaskan lah belenggu yang mengikat kebebasan pemikiran anda. Soalnya , sampai bila.....???

Sekarang, saya mahu berkongsi maklumat dengan anda tentang beberapa perubahan dasar kerajaan dalam Kementerian Kesihatan dan Pendidikan. Saya juga akan sambil lalu mencuit sana-sini supaya deria rasa kita kembali tajam dan pintar membuat tafsiran. Berat sebenornya nak buat kerja ni....

Desas-desus sudah pun kedengaran tentang pemotongan elaun yang akan menimpa sektor pendidikan. Ada elaun yang dikurangkan dan ada pula yang dibatalkan terus. Tentu sahaja para guru sudah mula mencongak untung nasib mereka untuk beberapa bulan mendatang. Manakala wang bantuan anak miskin KWAM, Amalan Makanan dan Pemakanan sudah pun berkurangan dan ada yang dibatalkan. Peruntukan pembangunan sukan sudah jatuh ke tahap asas sahaja, seperti bola getah dan gelang lenggang. Baucer tuisyen sudah mula dihapuskan.

Ada guru yang telah dinaikkan pangkat tetapi masih menerima gaji takuk lama selama dua tahun kebelakangan ini.

Sektor kesihatan pula terjejas dengan bekalan ubat-ubat tertentu (yang mahal) sudah tiada. Selain kesan buruk terhadap pesakit yang kurang mampu, kepuasan bekerja di kalangan para doktor pakar juga akan terjejas. Ingat, betapa para doktor dilatih menjiwai kemanusiaan dan ehsan. Jika masalah pesakitnya terkantul di atas kertas rawatan dan slip ubatan, mereka akan tertekan dan tentunya memilih jalan keluar menyertai sekstor swasta.

Seorang rakan telah menelefon dari Kementerian Kesihatan menceritakan bagaimana sebuah hospital kerajaan di Kulim telah menanggung hutang utiliti mencecah RM1 juta dan ambulan yang mahu mengambil minyak petrol di stesen minyak telah tidak dilayan kerana hutang yang tidak dijelaskan! Kenapa agaknya?

Seorang sahabat anggota TLDM pula menceritakan bagaimana mereka telah diberi cuti tambahan kerana kapal tidak belayar sedangkan jadualnya mesti berada di laut lepas menjaga perairan negara. Terkejut saya apabila diberitahu yang mereka sekadar menghangatkan enjin kapal di jeti kerana kekurangan bahan api untuk belayar! Ayooo...... inikah penangan 1Malaysia?

Perhatikan tugu-tugu 1Malaysia yang bertaburan dalam negara. Perhatikan iklan yang bertayangan di mana-mana. Perhatikan juga peruntukan Bajet 2010 yang berjumlah RM100 juta untuk Rosmah Mansor dengan anak patungnya yang bernama PERMATA. Kenapa perlu diteruskan Monsoon Cup apabila kantung negara menyusut? Kenapa perlu diwujudkan sistem cukai GST kerana tiada wang sedangkan boros untuk Formula One? Kenapa mahu menjual pesawat MIG 29 atas alasan mahal kos selenggara, kemudiannya mahu merancang pembelian pesawat baru pula yang tentunya mahal? Apakah ia lebih menjimatkan?

Yang terpenting sekali, kenapa tidak mengelak, menghenti serta menghapuskan kebocoran dan ketirisan aliran perbelanjaan negara kerana melaluinya kita mampu berjimat berbilion Ringgit?! Perhatikan kes penyelewengan PKFZ yang menghanguskan puluhan billion RM. Juga program PLKN yang jelas menguntungkan kroni sahaja.

Kita sebenarnya mewarisi sistem pemerintahan TKT Dr Mahathir yang teruk dan korup. Apa jua yang membusuk sekarang adalah berpunca dari bisul yang dijana dan dibiar merebak semasa zaman TKT. Tidak kisahlah samada secara langsung atau tidak, hakikatnya sebagai Kepala pemerintah segala kesilapan akan terhempap atas batu kepalanya. Itu sebab kita kata, jawatan adalah amanah bukannya cara mudah mengumpul kekayaan.

Akan tetapi Mantan PM ini dilihat lebih senang menuding jari terhadap sesuatu isu dengan sikap mudah lupanya akan kesilapan sendiri. Tun mahu dilihat maksum dan berjasa kepada negara. Dia juga mahu menjadi Negarawan yang tersohor dalam catatan sejarah negara. Hakikatnya, TKT Mahathir lah sebenarnya punca kepada semua masalah yang mewarnai negara sekarang. Bapa Korupsi.

Dakwaan yang dibuat seorang penulis sehinggakan bukunya ditahan mungkin boleh dipertikai dari segi angka wang yang diseleweng. 100 billion zaman Che Det, 270 billion zaman Tun Abdullah. Berapa pula di zaman Najib Tun Razak? Semua rakyat berhak membuat andaian masing-masing. Walau apa jua dalih dan kelentongan Mahathir, secara tidak langsung dia mengakui akan berlakunya penyelewengan di zaman pemerintahannya itu.

Fakta yang tidak boleh disangkal ialah kedudukan kewangan negara amat meruncing. Kita sedang jatuh bebas ke jurang kemelesetan yang amat dahsyat. Ulasan oleh pakar serta apa yang kita nampak berlaku setiap hari dilihat senada dan mengiyakan tanggapan negara kita menuju ke arah yang tidak sihat dari segi ekonomi. Kenaikan harga barangan, tariff, tol akan menyagat kita.

Hasil dari segala kemungkaran ekonomi dari zaman TKT Mahathir sehingga sekarang menjadikan negara kita kekurangan kecairan. Ini diterangkan oleh langkah penjualan pelbagai Saham-saham baru PNB, penjualan bon-bon kerajaan, pinjaman luar negara dengan jaminan kerajaan untuk mengumpul dana serta kesan yang kita terangkan di atas tadi.

Lalu, apa lagi yang kita tunggu? PRU 13 adalah medan yang amat penting untuk rakyat membuat keputusan bijak.

PROJEK TIPU MELAYU

NANTI AKAN DIKELUARKAN FATWA - DAKWAT HITAM ADALAH AJEN YAHUDI


UNDI POS BAKAL DIKENALI PENGUNDIAN AWAL - malaysian insider

Sistem pengundian awal yang membolehkan pengundi berdaftar mengundi lebih awal, dan dua hari sebagai tempoh bertenang mungkin diperkenalkan dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya sedang mengkaji kedua-dua sistem itu yang kini dilaksanakan di beberapa negara, termasuk Thailand dan Indonesia.

Menurut beliau, fokus utama SPR adalah untuk menggantikan konsep undi pos, sambil menambah kata apa yang telah dilaksanakan selama ini melalui undi pos sebenarnya adalah pengundian awal.

APA PUNYA TUUUUUR…

SATU MALAYSIA MAHU UNDI POS DI HAPUS… BUKAN TUKAR NAMA


RASUAH TUKAR JADI: KOMISEN… SELESAI.. MALAYSIA TAK ADA RASUAH…


ROMPAK TUKAR JADI : AMBIL TANPA KEBENARAN… SELESAI… MALAYSIA TAK ADA ROMPAKAN…

TIPU TUKAR JADI : MAKLUMAT TAK CUKUP… SELESAI…MALAYSIA TAK ADA KES TIPU
.

BANGANG… INI NAK MENIPU MELAYULAAA.

KENAPA TAK BUAT PERATURAN… UNTUK CALON GEROMBOLAN KIRA SAMPAI MENANG

nota:
indonesia dan thailand pakai dakwat hitam
kenapa tak nak ikut?
takut gerombolan tak boleh undi berkali kali kah kah kah





MUSIM HUJAN SUDAH SAMPAI

INI BUKAN GAMBAR KASUT INI GAMBAR KERUSI


HARAMKAN JUAL PASIR ELAK PENYULUDUPAN – PERKASA – melayau

Kerajaan perlu bertindak mengharamkan penjualan semua jenis pasir ke luar negara bagi membanteras sindiket penyeludupan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Ibrahim Ali berkata, tindakan itu perlu bagi mengelak perbuatan menyeludup pasir berkualiti tinggi ke negara jiran.

MUSIM HUJAN DAH SAMPAI KE??

APA PUNYA TUUUUR

SELUDUP BERLAKU KERANA PASIR TAK BOLEH DI JUAL

TAK ADA LESEN JUAL …ITU SEBAB SELUDUP.

nota:
dalam ekonomi ada satu hukum
dimana ada permintaan
di situ akan muncul pembekal
ini hukum ekonomi – kapitalis atau sosialis sama sahaja
permintaan dan pembekal wujud.

singapura memerlukan pasir
malaysia larang jual pasir
berlaku penyuludupan

singapura memerlukan katak
malaysia ada banyak katak
kalau jual katak dapat untuk banyak
duit boleh buat lagi luas sekolah katak kah kah kah




JAMES BUM

SILA TANYA DRIBER LORI INI - DIA ADA MAKLUMAT


KEDUTAAN AS PATUT KONGSI MAKLUMAT - melayau

Kedutaan Amerika Syarikat patut berkongsi maklumat dengan Malaysia tentang kebimbangan terhadap keselamatan rakyat negara itu di negara ini, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Mohd. Shafie Apdal hari ini.

TAK PERLU KONGSI MAKLUMAT.

BACA SAHAJA AKHBAR HARI AHAD 24HB JANUARI 2010.

AKAN TAHU BETAPA BAHAYA INI NEGARA INI

sila baca ini:

AMAH MATI DIHENTAK OBJEK TUMPUL – berita hairan

MELAKA: Laporan bedah siasat terhadap mayat seorang pembantu rumah warga Indonesia yang meninggal dunia Khamis lalu, mendapati kematiannya berpunca daripada kesan ‘blunt trauma’ atau kecederaan disebabkan oleh hentakan objek tumpul

MAYAT TERIKAT DALAM SAWIT – berita hairan

BATANG KALI: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tangan dan kakinya terikat di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Remok, lebih kurang 200 meter dari Jalan Batang Kali-Genting Highlands dekat sini, semalam.

PEMUDA CUBA POTONG LALUAN KEMBAR MAUT – berita hairan

KUANTAN: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta ketika cuba memotong di garisan berkembar di Kilometer 337 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, dekat Kampung Ajai, Raub, semalam


DENGGI KONI TAHAP BAHAYA
- melayau

PULAU PINANG 23 Jan. - Kes demam denggi di negara ini kini berada pada tahap sangat bahaya dan orang ramai diminta mengambil serius perkara tersebut.

Menteri Kesihatan, Seri Liow Tiong Lai berkata, sebanyak 776 kes membabitkan enam kematian dilaporkan antara 17 dan 21 Januari lalu.

NAMPAK BETAPA BAHAYANYA

NAK BUAT APA BANTUAN AMERIKA….

INI BELUM SEMUA BERITA BAHAYA DI LAPOR.

AGAKNYA.. KALAU SEMUA DILAPORKAN MUNKIN LEBIH BAHAYA DARI GAZA…

nota:

berhati hati
untuk keselamatan anda
jangan lupa pakai topi keledar
untuk kepala atas dan kepala bawah kah kah kah




BETUL TAK

WAK NI DAH TIPU BERAPA RATUS EKAR TANAH KERAJAAN JADI MILIK SENDIRI?


65,000 KES PENIPUAN HAK MILIK DIKESAN – berita hairan

Jabatan Tanah dan Galian (PTG) mengesan kira-kira 65,000 kes penipuan status hak milik tanah daripada 6.5 juta pemilik tanah dilaporkan dalam tempoh dua tahun lalu.

Susulan itu, PTG bercadang memperluaskan pelaksanaan sistem biometrik di seluruh negara tidak lama lagi bagi membendung kegiatan atau sindiket penipuan urusan pindah hak milik tanah.

Ketua Pengarahnya, Abd Halim Ain, berkata sistem biometrik perintis yang diperkenal dan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak setahun lalu terbukti mampu menangani masalah penipuan urusan pindah hak milik tanah.

"Sistem ini diwujudkan hasil cadangan polis kepada PTG sebelum ini supaya kita cipta satu kaedah khas yang dapat menangani kes pemalsuan permohonan hak milik tanah.

"Ia bertujuan memudahkan pihak polis dan kita membuat siasatan serta mengenal pasti individu atau suspek terbabit dalam penipuan status hak milik tanah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sistem biometrik memerlukan pemohon atau individu membuat pengesahan menerusi cap ibu jari terbukti ketika hendak memproses permohonan.

Kelmarin, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan transaksi urusan pemindahan hak milik tanah yang dilakukan secara penipuan sebagai tidak sah.

PULUH RIBU RAKYAT KENA KELENTONG

PULUH RIBU RAKYAT HILANG TANAH

INI MESTI ADA BANTUAN ORANG DALAM TUKAN GRAN

KALAU CARI BETUL BETUL MESTI JUMPA TAIKO PENIPU MACAM INI….

MESTI ADA RASUAH… MESTI ADA ABANG LONG YANG JAGA




MACAM HARTA MAK AYAH DIA

KALAU BUDAK KECIL TAK MAHU TIDOO - TUNJUKAN GAMBAR INI - JAMIN AKAN TAKUT

JADI AHLI UMNO BARU DAPAT KERJA - Surat Sofi Wahab - harakah daily

Surat tawaran untuk bekerja di sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka sudah diperolehi. Tetapi ada satu lagi syarat yang mesti dipenuhi ialah mereka mesti menjadi AHLI UMNO jika tidak surat tawaran itu akan ditarik balik.

Begitulah hebatnya negeri maju Melaka mentadbir syarikat milik kerajaan negeri. Syarikat milik kerajaan dijadikan seolah-olah milik Umno.

Hendak bekerja di syarikat terbabit mesti ahli Umno, bercakap nada Umno, tindakan macam orang Umno, bernafas dengan bau Umno, tarik dan hembus nafas mesti ingat Umno. Malah darah pun kalau boleh warna merah kuning bendera Umno dan darah mesti cap dacing atau berlambang Umno.

Itulah nasib 40 orang pekerja baru sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang dijadualkan memulakan tugas pada 1 Febuari ini. Tetapi sebelum mendaftar pada 1 Febuari ini mereka mesti menunjukkan bukti bahawa mereka ahli Umno jika tidak surat tawaran tersebut ditarik balik.

INI SUSAH TEROK…

DULU KES BUDAK THAMBI KECIK…

MELAKA INI SATU NEGERI YANG TOTOK GEROMBOLAN

BAYANGKAN KALAU KERAJAAN PAKATAN DI SELANGOR BUAT PERATURAN MACAM INI

MESTI HEBOH SATU DUNIA…

MESTI ADA DEMO KEPALA ARNAB PULAK.

MESTI HARI HARI ADA KUTUKAN DARI MEDIA…

BILA GEROMBOLAN BUAT… SATU HABUK TAK ADA BERITA
1 MALAYSIA TELAH JEJAK ZULKEFLI NORDIN

INI BUKAN GAMBAR ZUL NORDIN - INI GAMBAR YANG BERHORMAT MAT DONKI


PKR WAJIB BUANG ZUL NORDIN

Parti Keadilan Rakyat hanya ada satu pilihan:
lucutkan keahlian Zulkifli Nordin dari menjadi ahli PKR.

Jika Zulkifli Nordin tidak dibuang dari PKR maka ini
implikasinya:

- pemimpin PKR tidak tegas
- pemimpin PKR berdulak dalik
- rakyat kurang yakin dengan pimpinan PKR
- adanya Zulkifli Nordin didalam PKR akan
merosakkan setiakawan antara parti parti
di dalam Pakatan Rakyat.

siapa malaon ini?

malaon adalah saekor baral yang telah
mencelah masuk ke dalam arena politik
ketika anwar ibrahim ditahan. ramai orang silap anggap.
ramai orang menyangka malaoan ini ialah salah seorang
dari pasokan peguam dalam kes anwar ibrahim tahun 1998.

tidak betul. malaoan ini hanya menebeng di mahkamah.

kemudian malaoan ini menjadi pak sibuk. berceramah ke hulu ke hilir.
ceramah ceramah kosong tentang mak yan. saya pernah
menulis pada tahun 2000 tentang ceramah mak yan ini.
ada juga ceramah ceramah tong kosong dari malaoan ini.
contoh nya ceramah tentang kuku jari anwar ibrahim
yang hitam kerna di racun.

ini ceramah bohong.

sebagai saekor peguam yang kurang kes anwar ibrahim telah
membukakan peluang untguk malaoan ini menonjolkan diri
dengan ceramah ceramah seram lagi bodoh lagi tak sekolah.

umum wajib diberitahu malaoan ini pada satu ketika dahulu ialah ahli
parti pas dan ada jawatan di bandar tun razak. tetapi kerana tidak ada kudrat
dan ilmu pengetahuan maka orang pas pun tidak memerlukan malaon
kelas ketiga ini.

pilihanraya yang lalu malaon ini telah menang. tetapi kerana bangang
malaon ini telah melakukan kesilapan dalam hal peraturan pilihanraya.
lalu kes dibawa ke mahkamah. malaoan ini telah berunding. hasil
rundingan - kes telah digugurkan. untuk gantinya malaoan ini wajib
meracau sepanjang masa.

justeru malaon ini contoh terbaik untuk PKR dan PAKATAN
agar dimasa hadapan berhati-hati apabila memilih bakal calon.

nota:
jangan tunggu sehingga malaon ini akan mengeluarkan kenyataan
yang menganggap saiful sebagai gadis suci murni yang punggungnya
masih bergetah dan bercendawan kah kah kah.





BILA SEKOR EEE MEMBUKA MULUT - LALAT MASUK

SAJA BAGI GAMBAR TULISAN MAT SALEH - BIAR MALAOAN TAK BOLEH BACA




MEDIA MASIH PERLU KAWALAN - melayau

Media massa di negara ini masih perlukan kawalan bagi menghalang penyiaran laporan-laporan yang boleh memberi imej buruk terhadap kerajaan sehingga menjejaskan keharmonian dipupuk selama ini.

Zainuddin Maidin berkata, ini kerana penyiaran laporan seumpama itu boleh mempengaruhi rakyat terutama menerusi media elektronik yang membawa kesan cukup besar.

"Tidak semua perkara boleh, media massa masih perlukan kawalan supaya laporan-laporan yang berkaitan keburukan atau kelemahan kerajaan tidak disiarkan sehingga memberi kesan kepada rakyat," kata beliau.

ADA LAGI TAK YANG TAHAP DI BAWAH KANG KONG

BUKAN SAJA BODEK… MENIPU PULAK

INI BETUL BETUL EEE TAK SEKOLAH

MACAM MANA MALAOAN EEE BOLEH JADI MENTERI?..

BUKAN SAJA MI SPIK MI NO INGLISI…

MALAON INI TAK TAHU APA YANG DICAKAP….

KEBURUKAN DAN KELEMAHAN KERAJAAN TAK BOLEH RAKYAT TAHU?.

TAK NAK BAGI TAHU MACAM MANA?.
.

ADA BERPULUH PULUH LAMAN WEB.

ADA BERJUTA BLOG YANG AKAN MEMBOCOR BERITA.

nota:
kalau malaoan ee ini terus di melayau
pasti melayau tutup kedai
tak ada siapa nak beli
semua laporan menipu
laporan number ekor pun tepat kah kah kah



TANAH UNTUK PENGGARAP

AWAS ! SILA PASTIKAN ADA GERAN - NANTI DIREMBAT GEROMBOLAN


KERAJAAN SELANGOR BERI GERAN TANAH KEPADA 6,000 KELUARGA DI IJOK - malaysiaininsider

Khalid Ibrahim announced today that the state government will launch a major project to help residents of Ijok and Kuala Selangor to obtain land grants.

The Ijok assemblyman said that his office will soon release a schedule for the 6,000 families who start receiving land grants beginning this month.

“At the end of the year, more than 90 per cent of the land grant problems in Kuala Selangor will be resolved.

“Many excuses were given back then. They (Barisan Nasional) had more than 50 years but the problems (land grants) were still not resolved but it took us only 30 months to solve the issue,” he told reporters here.

PADAN MUKA GEROMBOLAN…

AKHIRNYA RAKYAT DAPAT TANAH…

LIMA PULUH TAHUN TERBENGKALAI… SELESAI DALAM MASA 30 BULAN

nota:

kenapa gerombolan tidak memberikan geran tanah
selama 50 tahun ?

inilah kerja gerombolan. inilah taktik gerombolan.
geran ini dijadikan alat untuk pau orang kampong.
tiap kalai pilihanraya akan dijanjikan geran tanah.

tak percaya?

tanya mak cik dan pak cik felda.
berapa ramai yang dapat geran. geran digunakan untuk
mengikat peneroka. kalau undi pakatan tak dapat geran.

padan muka. diperak beratus ribu warga yang dapat geran tanah.
di selangor dan kedah pun sama. tsk penting warga undi pakatan
atau tidak. yang penting warga dapat tanah. kalau dapat tanah
mereka bebas merdeka. rakyat yang bebas merdeka pasti tidak
akan mengundi gerombolan kah kah kah.




SATU LAGI CUBAAN HENDAK MENIPU MELAYU

PETA SEJELAS INI PUN NAK TIPU LAGI


KELANTAN TOLAK TAWARAN ANGGOTAI PANEL ROYALTI MINYAK - melayau

Kerajaan Kelantan menolak sebarang pelawaan daripada Kerajaan Pusat untuk menganggotai jawatankuasa perundingan wang ihsan yang bakal dibentuk tidak lama lagi, kata Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz berkata, beliau juga tidak akan memenuhi jemputan, malah tidak akan membenarkan mana-mana wakil daripada kerajaan negeri menduduki jawatankuasa itu.

"Kalau hendak beri wang ihsan, tak perlu berundinglah, saya tidak akan menerima wang ihsan itu.

"Saya tidak akan pergi sekiranya dijemput (menyertai jawatankuasa itu) dan menolak 100 peratus jemputan jawatankuasa perundingan itu,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini. - Bernam

MENIPU LAGI

INI GEROMBOLAN NAK REMBAT HAK RAKYAT KELANTAN

KUNUN… NAK BODEK

KUNUN…. NAK BINCANG

MENIPU INI NAK DIALIH NAMA JUGA KE?... MACAM SPR ALIH UNDI POS KEPADA UNDI AWAL




HANTU IKANG

HANTU YANG INI MEMANG BANYAK

PONTIANAK MENGAMUK DI KUALA IBAI KERAJAAN NEGERI CAMPURTANGAN - mStar

Cerita mengenai pontianak mengamuk dan berkeliaran di sebuah kampung di Kuala Ibai sehingga mencetuskan satu fenomena seram memaksa kerajaan negeri campurtangan dengan berkata pembangunan negeri itu akan terbantut sekiranya rakyat asyik bercakap mengenai hantu.

Timbalan Pengerusi Penerangan dan Agama Negeri, Muhammad Ramli Nuh ketika berkata demikian menegaskan, kepercayaan karut seperti itu tidak akan membawa rakyat Terengganu ke hadapan.

INI SALAH HANTU

INI BUKAN PONTIANAK MENGAMUK

YANG MENGAMUK HANTU MINYAK

HANTU BANGUNAN RUNTUH

HANTU MASJID RETAK

DAN HANTU PROJEK

nota:
di terangganu hanya ada satu hantu yang tak ada
hantu ini tak berani datang kerana badan terlalu berat
nak tahu nama hantu ini?
hantu kopek