Jumaat, 22 Januari 2010

Membongkar MIsteri -
"Siapa Pembunuh Altantuya"



Jawapan kepada pembunuhan Altantuya Sharibuu akan diketahui umum pada hujung minggu hadapan apabila buku 'Siapa Bunuh Altantuya' diedarkan kepada umum. Buku ini mampu merungkai misteri dan membuat rakyat berfikir kebenaran disebalik kisah pembunuhan yang menjadi isu panas negara.

Menurut penulisnya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin, sebelum menulis buku ini beliau sudah memikirkan risiko dan kemungkinan yang bakal dihadapi apabila terbitnya buku tersebut.

"Kita mengambil tanggungjawab ini untuk melihat kebenaran dan membawa masyarakat berfikir di landasan yang betul mengenai isu ini," tegas Badrul Hisham ketika dihubungi Era Pakatan.

Beliau berkata, isu Altantuya dibangkitkan bukan sahaja kerana popularitinya, malah kerana isu itu merupakan jenayah yang besar dan melibatkan pembohongan yang terpaksa ditutup oleh pihak yang berkepentingan.

"Kita tiada pilihan selain berdepan dengan negara yang 'dilihat' mengamalkan demokrasi ini. Negara ini dikatakan kelihatan adil dan kerana itu kita akan mengandakan usaha untuk membongkar segalanya.

"Kita jangkakan buku ini akan dihalang penerbitannya. Namun kita akan mengatur pelbagai strategi dan tidak lagi menggunakan cara konvensional untuk mempromosikannya. Kita juga akan mempromosikan isu ini dalam media baru," jelas beliau.
Buku yang bertajuk 'Siapa Bunuh Altantuya' ini dijangkakan akan berada di pasaran pada hujung minggu hadapan dengan 3000 terbitan eksklusif dan akan dijual dipasaran dengan harga RM15.00.
COLA Sudah Pasti Akan Dipotong...
Nasib korang la Cikgu ooiii!



Para guru mungkin akan mengikuti jejak para cendekiawan, turun ke jalan raya bagi menuntut hak, ekoran beberapa keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN) yang tidak menepati slogan yang digembar-gemburkan.

Slogan yang dipopularkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ”Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mungkin memakan ‘diri kerajaannya sendiri’ apabila gagal mengotakan kata-kata tersebut.

Menurut sumber sebuah laman forum awam internet 8 Januari lalu, seorang peserta forum itu telah memaklumkan bahawa, semua elaun kakitangan awam seperti elaun tetap khidmat awam, elaun tetap perumahan dan Elaun Sara Hidup (COLA) bermula pada Februari 2010.

Tulisan tersebut turut menambah, bukan sahaja elaun-elaun ini akan dihapuskan tapi semua gaji kakitangan awam dari semua gred akan dipotong sebanyak 35%.

Menurutnya lagi, perkara tersebut telah disahkan oleh seorang kakitangan Perbendaharan yang bertugas di Putrajaya.

Hari ini, 20 Januari, seorang guru dari sebuah sekolah menengah di daerah ini memaklumkan, keputusan kerajaan Umno/ Barisan Nasional(BN) untuk menghimpit lagi ekonomi Negara yang sudah ‘kemek’ akan menjadi realiti.

Menurutnya, bukan sahaja elaun sara hidup (Cost Of Living Allowence - COLA) akan dipotong, malah elaun perumahan para guru akan di kurangkan separuh.

”Saya akan kehilangan RM400 sebulan, elaun COLA akan dipotong sebanyak RM200 dan elaun perumahan dari RM400 sebulan akan menjadi RM200 sahaja,”ujarnya.

Katanya, perkara itu telah disahkan oleh rakan-rakan setugasnya disekolah-sekolah lain yang telah mendapat surat pekeliling dari Jabatan Pendidikan.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, pihak sekolah juga turut terbeban dengan ‘cakap tak serupa buat’ pemimpin Umno/BN apabila mengarahkan caj penggunaan air dan elektrik, ditanggung sendiri oleh pihak pentadbir sekolah.

Sebelum itu, kata beliau, pengwujudan semula yuran sekolah bagi para pelajar yang telah dihapuskan beberapa tahun lalu, telah cukup memalukan.

”Kini pelbagai beban terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah, krana banyak peruntukan yang biasa di berkian kepada pihak sekolah mula dpotong..
Menteri tak faham undang-undang jangan cakap isu royalti!


Rakyat kini seolah-olah dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang berfikiran sempit tentang selok-belok perundangan dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dan Terengganu...

Salleh Abas: Menteri tak faham undang-undang jangan cakap isu royalti

Bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abas berkata, ahli-ahli politik termasuk anggota jemaah menteri dari Umno, yang tidak mahir tentang undang-undang pembangunan petroleum tidak wajar memperkudakan isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri dan pusat khususnya dalam tuntutan Kelantan sekarang.


Ambiga dan Tun Salleh Abbas

Oleh itu tegas beliau, dari segi undang-undang, rakyat kini seolah-olah dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang berfikiran sempit tentang selok-belok perundangan dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dan Terengganu.

“Persoalan yang ada di hadapan kita semua sekarang ialah berkaitan hak sesebuah negeri dalam menuntut royalti dari Petronas, bukannya dari kerajaan pusat.

“Orang ramai mesti faham perkara ini. Sekali lagi saya tegaskan, bukanya dari kerajaan pusat.

“Kerajaan pusat juga mendapat royalti dari Petronas,” kata beliau ketika ditemui di kediamannya di sini.

Timbulnya penafian hak oleh kerajaan pusat terhadap Terengganu dan Kelantan dalam isu tersebut, beliau berkata adalah kerana terdapat unsur politik, lantaran dendam kesumat pemimpin Umno terhadap PAS.

Salleh merujuk sejarah pembayaran royalti minyak kepada Terengganu sebanyak lima peratus, yang dibayar dua kali setahun semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Namun kata beliau, hak itu disekat selepas berlaku peralihan kuasa kerajaan negeri kepada PAS pada 1999. Terengganu dikuasai PAS pada 1999 manakala Kelantan diambil alih oleh PAS sejak 1990.

Salleh antara individu terlibat langsung dengan penubuhan Petroliam Nasional Berhad pada 1974 yang terikat dengan Akta Pembangunan Petroliam 1974 amat memahami matlamat awal penubuhannnya terlalu kecewa terhadap kesulitan yang sedang berlaku sekarang ini. “Ia tidak lain semata-mata kerana hati busuk sesetengah pemimpin Umno. Dulu Terengganu. Sekarang Kelantan pula dinafikan haknya,” katanya.

Mengulas lanjut, isu tuntutan royalti minyak kini dicemari pelbagai tafsiran tidak jelas dari mereka yang tidak mahir dengan undang-undang kerana politik telah mengatasi kepentingan rakyat.

Tegasnya, bab undang-undang perlu ditelaah secara mendalam oleh ahli politik sekiranya perkara itu ingin dicanangkan kepada rakyat bukannya bercakap berdasarkan kepentingan politik peribadi kerana semata-mata ingin menonjolkan diri di mata ketua.

“Saya amat berharap kepada Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas akan membuat penjelasan yang sebaik mungkin demi kebaikan rakyat terhadap hak sebenar dalam menuntut royalti minyak ini,” katanya.

Tengku Razaleigh dijadual memberi penerangan berhubung perkara berkaitan itu di Stadium Sultan Mohd IV di Kota Baru pada 28 Jan ini.

Ditanya beberapa kerat pemimpin Umno Kelantan cuba menjadi hero menafikan hak itu, Saleh berkata, “itulah sifat rakyat yang cuba derhaka pada negeri sendiri.”

Menurutnya situasi begitu tidak menjadi satu perkara yang menghairankan jika tentangan itu datangnya daripada rakyat negeri lain.

“Kalau itu boleh dikira sebagai hasad dengki tetapi kalau dari rakyat negeri sendiri, susahlah nak kata apa pada mereka ini,” ujarnya.
Benarkah UMNO ada agenda tersembunyi pasai subsidi Gula..


Skandal Gula

Aku nak buat sorang…tak cukup masa. Tapi kalau lebih ramai blogger-blogger buat penyelidikan…seorang satu artikel…bila dicantumkan boleh menceritakan apa yang berlaku disebalik kenaikan harga gula.

Apa yang aku nampak, gula menjanjikan keuntungan yang telah ditetapkan. Siapa yang buat bisnis gula…gerenti untung sebab keuntungannya sudah dijanjikan.

Robert Kuok merupakan rakyat Malaysia yang terkaya..tapi tak tinggal di Malaysia.

Baru-baru ini, Robert Kuok telah menjual semua aset beliau berjumlah RM1.25 billion dalam perniagaan gula di Malaysia. Semuanya dijual kepada Felda Global Venture. Felda menguasai 100 peratus saham dalam Malayan Sugar Manufacturing yang bernilai RM1.22 bilion, dan Kilang Gula Perlis yang bernilai RM26 juta.

PPB yang dikuasai oleh Robert Kuok juga akan menjual 5,797 hektar tanah miliknya di Perlis bernilai RM45 juta. Hasil jualan ini, PPB akan memperolehi keuntungan sebanyak RM758 juta.

Apa pun yang berlaku, Robert Kuok sudah untung ratusan juta ringgit. Dan perniagaan gula pula sudah beralih tangan kepada Felda Global Ventures.

Sebaik saja perniagaan gula beralih tangan kepada Felda Global Ventures, harga gula terus naik. Pasai apa? Sebab depa pun nak untung juga. Siapa yang terpaksa tanggung? Rakyat jelata.

Hari ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri membuat kenyataan mahu mengadakan ‘1 Parlimen 1 Pengedar Gula’. Aku mula mencium sesuatu.

Sapa yang akan dilantik menjadi pengedar gula untuk Felda? Sudah pasti ada Ketua Bahagian Umno yang dah mula lobi untuk menjadi pengedar gula di kawasan Parlimen mereka.

Selepas ini, apabila gula sudah dikawal oleh pemimpin-pemimpin Umno, maka harga gula akan dikeluarkan dari senarai barang kawalan. Dan tidak mustahil, negeri-negeri Pakatan Rakyat akan tumbang kerana gula.

Harga gula di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan dinaikkan lebih tinggi dari negeri-negeri yang ditadbir oleh UBN. Dan akhirnya, Pakatan akan dipersalahkan kerana tak tahu memerintah sehinggakan harga gula pun tak tau nak urus.

Fuh…bijak UBN.
Pakar Bakar Jambatan Bersuara Lagi ...


Assalamualaikum wmbk Tuan Webmaster dan sekelian Muslim/Muslimat juga semua warga marhaen Malaysia yang dihormati !

Simangkuk pakar bakar jambatan dan pemadah berhelah pengampu tersohor anak Yatim bersuara lagi, konon BN tidak gentar dengan strategi Pakatan Rakyat.

Jika tidak gentar dan tergugat mengapa keluar cakap membebel pasal strategi PR, jika tidak ada apa-apa tentu mangkuk ni senyap! Ini boleh dibaca sebagai reaksi terdesak BN yang makin tergugat dihimpit masalah dalaman yang berbagai. Mahu menutup satu keluar lagi satu dan begitulah seterusnya mahu tutup pekung lagi keluar berbagai bau yang lagi hangit!

Mangkuk ayun yang suatu masa dulu kutuk ISA 'konon' dalam tesisnya tapi bila dah jadi menteri terus pertahan akta zalim itu. Bikin tak serupa cakap tapi bila cakap berdegar macam ayam mahu berak kapur, lepas tiga hari jalan! Tapi satu Malaysia dia sudah terkenal pakar bahasa pembelit ayat-ayat merapu & ampu.

Katanya lagi pembangkang (baca PR) boleh mimpi apa saja sebesar mana impian tapi rakyat jua yang memilih dan beri kata putus, tapi bukankah di PRU12 lalu rakyat sudah putuskan hingga nasib baik BN tak terputus hayat terus! Terdesak teruk hingga sanggup cara mafia rampas negeri Perak! Adakah negara-negara dunia luar pernah usung & angkut speaker cara paksa keluar dewan? Boleh masuk Guiness World Record ini kes!

Mangkuk-mangkuk mana yang ramai serbu masuk sidang Dewan Undangan Negeri Perak hingga ada laporan senjata api pun turut dibawa masuk ke dewan yang mulia itu. Negara mana agaknya sanggup usung & ceroboh dewan mulia yang sah dengan speakernya melainkan hanya di bawah kerajaan umNOI-BN yang mangkuk menteri ini kuat putar!

Yang wajib menjunjung undang-undang buat kerja haram mengusung speaker tak pasal-pasal, menurut arahan dari kuasa-kuasa dan tangan-tangan ghaib yang disalahgunakan, termasuk mengusung tilam dalam sejarah 'liwat 1' dulu! Kini tiba pula babak kedua dengan skrip agak sama juga, tapi entahlah usung tilam belum tentu lagi!

Hairan juga apakah PDRM pun pakar 'mengusung' selain mencari penjenayah tegar? Agaknya di mana mereka mengambil kursus ini? Sepatutnya pakar bahasa sorang ini yang nampak macam pintar bermadah menegak kebenaran, menentang segala salahguna kuasa dan kebejatan bukan mengampu berterusan. Setiap yang nampak tidak benar dan telus wajib ditegur bukan diam bisu tapi bising hanya pada pembangkang.

Yang haram didiamkan tapi yang halal diharamkan! Pemimpin Malaysia patut malu pada dunia kerana kemaruk kuasa boleh bertindak apa saja, dari usung mengusung,menyekat per kapita pada negeri-negeri bawah 'pembangkang', menyekat royalti minyak yang hak tapi mahu tukar jadi wang 'sedekah' pula!

Lihat contoh negeri Perak yang sebenarnya telah disahkan hakim siapa MB sebenar berhak tapi kerana putarbelit undang-undang, kuasa juga tipudaya licik mengunakan perundangan maka yang haram pun boleh jadi halal!

Mengapa pakar bakar jambatan ini tidak bersuara langsung jika benar, apakah hanya memuji, mengampu dan mengugut saja dia pakar? Mereka boleh kelentong seberapa banyak kelentongan tapi rakyat marhaen bukan setiap masa boleh diperdaya selamanya, mungkin dulu segala apa yang disogok ditelan bulat-bulat rakyat tapi kini zaman IT serba canggih, umNO-BN sukar kelentong dengan senang macam dulu, mungkin dulu sang penerima sehelai kain pelikat, sehelai RM50 atau sekampit beras mudah dibeli tapi kini minda rakyat dah berubah terbuka dari tersumbat dengan berbagai-bagai daki kelentongan yang telah lebih lima puluh tahun lagi.

Retorik juga ugutan secara berselindung tak mudah diterima akal rakyat kini, mereka mahu lihat kebenaran, ketelusan dan amanah tapi hairan juga disebalik segala retorik indah-indah belaka mengapa dalam berbagai kes dan isu seperti kes PKFZ, engin jet hilang, projek sukan negara yang kantoi, seleweng royalti minyak Petronas, laporan pembelian dari audit negara yang tidak masuk akal, tuntutan palsu melebihi hak, penyelewengan kantung kerajaan dalam beberapa bulan saja yang menghanguskan jutaan ringgit, penyalahgunaan harta kerajaan dalam pilihanraya, segala jentera dan alat dari jabatan-jabatan habis digunapakai oleh parti sang 'pemerintah' tapi mangkuk ini langsung tidak sebut atau sentuh!

Dari dulu lagi dapat dilihat tidak ada satu pun kritikan membina dari menteri mangkuk ini melainkan suatu masa dulu menolak akta zalim ISA!

Menang sorak kampung tergadai, itulah terjadi pada mangkuk-mangkuk yang diharap dan diberi kepercayaan tapi lihatlah pulau yang hak pun hilang, sampai kini pasir pun kian hilang, mungkinkah Malaysia pun bakal hilang jika tidak dijaga betul-betul oleh sang pemegang amanah yang diberi mandat!

Jangan sampai jadi macam enjin jet yang hilang baru saling tuduh-menuduh dan menuding, inilah padahnya rakyat Malaysia bila memberi amanah pada yang tidak mengerti apa itu amanah, ibarat kera diberi bunga maka terimalah akibatnya selagi rakyat tidak menukar pilihan mereka kepada yang beramanah, jujur dan telus.

Usahlah bermadah berjela-jela yang memualkan hingga busuk mulut mengampu dan memuji dek kerana termakan budi dengan jawatan tapi serulah pada kebenaran seperti yang diajar nabi junjungan kita Muhammad s.a.w., berkata benarlah walau dipenggal leher didepan seorang raja yang zalim demi kerana kebenaran!

Menjelang tiba PRU ke13 diharap minda yang terbuka oleh semua lapisan rakyat diterjemahkan kepada satu pemerintahan yang betul berani merubah segala kebejatan, rasuah dan salah guna kuasa, juga semua bentuk penyelewengan demi menuju negara Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera, wassalam.