Memaparkan catatan dengan label MELAYU KENA TIPU LAGI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MELAYU KENA TIPU LAGI. Papar semua catatan

Rabu, 1 Jun 2011

MELAYU KENA TIPU LAGI

INI KES TIPU




nota:
ini kes tipu
lehernya kena serang
masuk hospital
lagi besar leher ee ini
lagi besar tipu helahnya





PKR: KERAJAAN ROMPAK RAKYAT BAGI SUAP KRONI, KAPITALIS
- mkini

PKR hari ini melabelkan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam sebagai 'rompakan di siang hari' kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat.

Ketua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna.

Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan.

"Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu.

...INI LAH CARA NAK BAGI KRONI KAYA....kah kah kah..
..PAKSA TNB BELI TENAGA DARI SYARIKAT KRONI....kah kah kah..
... BUAT PERJANJIAN... kah kah kah...
...MACAM PERJANJIAN SINGAPORE BELI AIR DARI MALAYSIA... kah kah...
...MACAM PERJANJIAN SINGAPOREAMBIL TANAH TNB....kah kah kah..
...PERJANJIAN TIPU...BERAT SEBELAH.... kah kah kah..
..BILA NAK TENGOK APA YANG DI JANJI... TAK BOLEH...kah kah kah...
...RAKYAT TIDAK DIBENARKAN LIHAT PERJANJIAN..kah kah kah
....INI RAHSIA...INI SULIT...INI AKTA RAHSIA...kah kah kah...

nota:
tak sedar lagi orang melayu
siang malam kena tipu
pagi ditipu akhbar meloya
tengah hari di tipu radio malaysia
petang ditipu oleh rtm
malam ditipu oleh tv3
tengah malam ditipu oleh nyamuk
pagi subuh ditipu oleh jais

Isnin, 23 Mei 2011

MELAYU KENA TIPU LAGI

HIDUP MELAYU KENA TIPU


BERBILION SUBSIDI, TAPI KERAJAAN MASIH NAIKKAN TARIF ELEKTRIK – RAFIZI – keadilan daily

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata tidak ada sebab kerajaan menaikkan tarif elektrik di negara ini kerana peruntukan RM19 bilion hingga RM22 bilion subsidi gas yang diberikan kepada syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP), bertujuan untuk mengurangkan tarif tersebut.

Menurut Rafizi, sekiranya dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, tarif elektrik di negara itu jauh lebih rendah berbanding Malaysia walaupun mereka tidak memperuntukkan subsidi kepada syarikat seperti IPP.


“Selama ini, subsidi gas diberikan kepada syarikat besar IPP dengan tujuan untuk mengurangkan tarif elektrik kepada rakyat, tetapi tarif elektrik di negarakita lebih tinggi daripada jiran yang lain seperti Thailand.


“Ini bermaksud kerajaan sepatutnya boleh potong peruntukan subsidi kepada syarikat IPP dan pada masa yang sama mengurangkan tarif elektrik.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..SEMUA INI BERITA BAIK…. kah kah kah..
kah kah kah… KALAU NAIK LAGI TINGGI… LAGI BAIK… kah kah kah..
kah kah kah…. BAGI ORANG MELAYU SEDAR… kah kah kah..
kah kah kah…BAGI ORANG MELAYU SUSAH NAK BERNAFAS…. kah kah kah..
kah kah kah… BIAR MELAYU SEDAR SELAMA INI MEREKA KENA LEBONG……
kah kah kah…BILA KERETA TAK ADA ROAD TRX…POKET KOSONG… BINI LARI…kah kah kah..
kah kah kah ANAK TAK SEKOLAH…. BARU NAK SEDAR… kah kah kah..
kah kah kah… PADAN MUKA UNDI GEROMBOLAN…. kah kah kah..
woit... DAH BAGI TAHU TAK PERCAYA... kah kah kah


PEROGOL AMAH

MIGRANT CARE JAKARTA



ROGOL AMAH: POLIS SIASAT TENAGANITA- mkini

Empat bulan selepas pembantu rumah Indonesia menafikan beliau dirogol oleh Rais Yatim, polis kini menyiasat NGO Tenaganita kerana menyiarkan semula kenyataan berkaitan dakwaan itu

Minggu lalu, ibu pejabat polis daerah Ampang menghantar faksimili kepada Irene Fernandez, -- pengarah eksekutif NGO hak pekerja asing itu -- supaya kenyataannya dirakamkan.

Irene kemudian bersetuju menemui polis di pejabat Tenaganita pada 3 petang ini. Bagaimanapun pegawai terbabit tidak muncul.

Menurut surat yang ditandatangani pegawai peyiasat jenayah kanan ASP Norfidawati Othman, polis diarahKan oleh Pejabat Peguam Negara untuk merakamkan kenyataan Irene ekoran penyiaran semula kenyataan NGO Indonesia Migrant Care.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH


woit… NAPA TAK SIASAT RAIS YATIM…. kah kah kah…
kah kah kah… LAIN MEROGOL…LAIN PULAK KENA SIASAT…. kah kah kah..
woit…PERGI LAH SIASAT DI INDONESIA…. kah kah kah..
kah kah kah….NGO INDON INI ADA DI JAKARTA…. kah kah kah..
kah kah kah…AMAH YG KENA ROGOL ITU PUN ADA DI JAKARTA…. kah kah kah…
woit…SIASAT IRENE FERNANDEZ BUAT APA…. NAK TANYA APA?.... kah kah kah..



TAN SERI ROGOLIA


nota:
sila tanya orang di jelebu
semua tahu siapa yang merogol amah
kah kah kah

Jumaat, 29 April 2011

MELAYU KENA TIPU LAGI

PAHLAWAN









SOI LEK SANGGUP UNDI PKR JIKA SEDIA MANSUH HAK MELAYU
- minsider

Chua Soi Lek menegaskan beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.

“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.

Bagaimanapun beliau tidak mengatakan sama ada beliau akan secara peribadi menyokong keistimewaan orang Melayu dimansuhkan.

“Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini.

..MAIN POKER INI TARUH SEMAKIN TINGGI…...

INI BUKAN UP NAK TENGOK DAUN…...

…. CUKONG INI NAK ROYAL FLUSH…...

…PICTURE PICTURE TAK MAIN…...

INI LAH TANDA TANDA AKHIR ZAMAN UNTUK KETUANAN MELAYU…...

…. CUKONG INI CUBA PERANGKAP PKR…...

. TAPI YANG DI MAKSUDKAN IALAH GEROMBOLAN WAJIB HAPUSKAN KETUANAN MELAYU…...

.. KALAU TIDAK CHINA DAN INDIA LARI KE PAKATAN…...

nota:
pergi mampooslah hak istemewa melayu
bukan ada pun kita dapat hak intemewa itu
lachaoowoo hak istemewa
naik bas kena banyar sama
beli garam harga sama

malah kena tipu siang malam

nota:
orang melayu ini dimimpi mimpikan
dengan hak keistemewaaan
lachowww ada hak keintemewaaan
tanah habis di rompak cukong
tanah penjara pudu cokungh ambil
bukit genting cukong ambil
stesen leterik cukong punya
stesen tv nandek punya
lanchowww ada keistemewaan

yang istemewaas ialah orang melayu
senang kena tipu kah kah kah

nota:
soi lek ini nak tipu melayu laaa

Jumaat, 10 Disember 2010

MELAYU KENA TIPU LAGI

LANUN BARU LEBIH GANAS!




ANWAR DEDAH AHLI UMNO DAPAT PROJEK RM2 BILION - mkini

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-BN memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu, lapor TV Selangor.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.

Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu yang dipercayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

"Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya.

"Jadi ada seolah (-olah) satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.

"Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama," kata Anwar yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh.
Beliau kemudian menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender kementerian pertahanan diberikan kepada kroni Umno berkenaan dengan sewenang-wenangnya.

"Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindef.

"Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 juta.

"GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks. Tuan punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain," katanya.

Anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan kementerian pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

"Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.

"Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan kementerian pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan," katanya.

HIDUP KETUANAN MELAYU…..

HIDUP KETUANAN DUA BILION RINGGIT....

GEROMBOLAN TEKLAH BERJAYA MENIPU MELAYU…..

nota:
ketika kuasa imperial portugal, sepanyol
dan british datang menjajah latin amerika
dan afrika – anak-anak tempatan dan orang asal
telah diberikan kitab injil. untuk gantiknya
penjajah telah mengambil tanah dan galian mereka.

di malaysia united malays national organisation
datang meminta undi. untuk undi ini orang
melayu telah dihadiahkan ketuanan melayu

hari ini orang melayu melopong dengan ketuanan melayu
yang tak boleh dilihat atau di gulai
sekurang-kurangnya hari ini warga afrika dan amerika latin
ada kitab injil yang boleh dilihat, dipegang dan dibaca