KUALA
LUMPUR 15 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
kemenangan Presiden Perancis yang baru, Francois Hollande akan
mempercepatkan siasatan terhadap skandal rasuah Scorpene membabitkan
Datuk Seri Najib Razak.
“Kemenangan
presiden baru Perancis akan mempercepatkan siasatan kes rasuah kapal
selam,” kata Anwar dalam satu ceramah di Batu Caves, baru-baru ini.
Menurut Anwar, rakan karib Perdana Menteri yang juga pemilik
Perimekar iaitu Abdul Razak Baginda dan Najib sendiri antara saksi yang
akan dipanggil.
Katanya, Mahkamah Perancis bukan hanya menghadkan siasatan mereka
terhadap pembelian Scorpene, tetapi juga akan mengheret siasatan dalam
kes pembunuhan Altantuya Shaariibu, apabila turut memanggil Dr Setev
Shaariibu sebagai saksi perbicaraan.
“Kalau begitu, nama Malaysia akan terjejas. Proses keadilan sedang berjalan, apa keputusan saya tidak tahu.
“Tetapi yang saya tahu, ia tidak seperti badan kehakiman seperti
Malaysia. Ia (Mahkamah Perancis) lebih bebas dan terbuka dan siasatan
adalah berat kerana melibatkan kes rasuah yang besar.
“Kes ini ada kaitan dengan penjualan Submarine di Pakistan yang
melibatkan 13 orang terbunuh dan penjualan submarine di Taiwan yang
menyebabkan seorang terbunuh, dan di Malaysia mengakibatkan seorang
terbunuh (Altantuya),” ujarnya.
Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urus niaga pembelian Scorpene
baru-baru ini menemui bukti bahawa Najib ketika menjadi Menteri
Pertahanan meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan
Perimekar daripada DCNI – anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.
Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan NGO hak asasi Suara Rakyat
Malaysia (Suaram), terdapat faksimili menunjukkan Najib meminta jumlah
itu sebagai syarat mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai
2001.
7 Mei lalu, Francois Hallonde, menewaskan Nicholas Sarkozy untuk jawatan presiden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan