Selasa, 31 Ogos 2010

Barangkali Mahadir menyesal kerana gagal membunuh karier politik LGE.
Analisis Isu
"Assalamualaikum,,..
LGE pernah ke penjara selama 2 tahun kerana dituduh mempertahankan seorang anak gadis melayu yang dirogol oleh ketua menteri Melaka.Kerana LGE merupakan satu satunya pemimpin yang tampil untuk membela anak gadis ini, maka beliau di penjarakan ketika Mahadir masih berkuasa.barangkali usaha memenjarakan LGE ini adalah untuk menutup mulutnya yang celupar terhadap ketua menteri yang mungkar dan barangkali harapan Mahadir untuk membunuh karier politiknya.

Tetapi yang terjadi tidak sebagai yang diharapkan.Hari ini LGE sudah apa negeri untuk ditabbir dengan kehendak ALLAH.Ketika LGE dibebaskan dari penjara, LGE merupakan satu satunya banduan berbangsa cina yang disambut sebagai wira di luar penjara oleh rakyat berbilang bangsa termasuk juga rakyat yang berserban dan berjubah.Walaupun setengah orang(terutamanya melayu) sudah lupa sejarah ini, kini LGE mencuri tumpuan lagi.

LGE merupakan pemimpin bukan Islam pertama di Malaysia yang didoakan dalam khtubah jumaat.LGE juga petah bercakap pasal khalifah Omar Abdul Aziz(walaupun bagi setengah orang khususnya orang UMNO ianya hanyalah gimmik LGE untuk mendapat sokongan orang melayu).Apabila ditanya kepada beliau, rupa rupanya semasa di penjara, arwah Ust. Fadhil Noor sering melawat beliau sambil menghadiahkan beberapa buah buku agama termasuk buku yang membicarakan pemerintahan khalifah Omar Abdul Aziz.

Ini juga bermakna, LGE telah melalui satu proses pembinaan personaliti melalui penjara.Penjara yang diharapkan akan melenyapkan LGE seperti lokap yang berjaya merubah Zahid hamidi (yang cuma semalam sahaja ditahan), rupa rupanya menjadi tempat bagi LGE membina ketahan diri yang kental dan menjadi seorang manusia yang rendah diri.

Inilah hakikat yang masih belum dapat diterima oleh setengah orang yang terus memperlekehkan LGE dengan berbagai bagai tohmahan dan penghinaan walaupun orang orang yang memperlekehkan beliau belum pernah merasa macam mana kehidupan di penjara seperti beliau(barangkali elok juga orang orang ini disumbat ke penjara apabila PR mengambil alih putra jaya nanti).

Satu satunya pemimpin yang mampu bersaing dengan LGE dari segi pentarbiyahan penjara ialah DSAI.Seorang lagi manusia, rakyat Malaysia yang diperlekehkan oleh bangsanya sendiri dengan berbagai bagai kejian dan tohmahan sehingga sesiapa juga yang tampil membela DSAI dianggap taksub sedangkan apa makna dan gunanya taksub kerana pembelaan ini tidak pernah dibayar dengan habuan dunia seperti pembelaan yang sering dilakukan terhadap mana mana pemimpin UMNO.Orang yang menuduh pembela dan penyokong DSAI sebagai taksub sebenarnya tidak dapat menjadikan kebenaran serta janji ALLAH terhadap sesiapa yang mempertahankan kebenaran sebagai janji yang hakiki dan sejati.

LGE dan DSAI adalah diantara pemimpin yang mampu membawa negara keluar dari kemelut kebejatan hidup sekarang bersama sama sama dengan TGNA dan TGHH serta sekumpulan pemimpin pemimpin yang bersama PR sekarang.Dan barangkali Mahadir merupakan orang yang paling menyesal dan takut kerana gagal membunuh karier LGE dengan penjara.

Tiada ulasan: