Macam satu trend sejak beberapa bulan ini bila lembu-lembu pun pandai dan berani dengan memakai 'songkok tinggi' berdemo,menunjuk perasan, membakar efigi juga mengheret kepala kawan sendiri kesana sini demi memperjuangkan hak-hak 'orang-orang Melayu dan Raja-raja Melayu'!
Bila masa hak-hak dan kuasa raja-raja Melayu diperlekehkan ? Dengan tidak ada maruah dan malu berteriak bagai anjing menyalak bukit 'konon' hak dan kuasa raja dipersoalkan, soalan bersopan dianggap menghina raja dan sebagainya! Tapi lupa kah lembu-lembu bersongkok tinggi ini siapakah pengkhianat besar menghina sultan dan raja tempoh hari ?
Barua mana yang menjadi menteri perdana selama lebih 22 tahun melucut kuasa raja-raja sambil memalukan mereka ? Lupa kah apa parti UMNO-UMCO yang 'konon' sebagai pejuang yang kuat mempertahankan institusi raja melekeh dan melondeh mengaibkan raja-raja !
Sebagai imbasan kembali kerana bekas mamak menteri perdana ada berkata Melayu mudah lupa yang ditujukan pada ahli UMCO iaitu kerja-kerja telus mereka kepada sultan dan raja-raja :
* Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
* Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.
* Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.
* Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.
* Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.
* Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai “Binatang” diarak dalam demontrasi itu.
* Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.
Banyak lagi kisah-kisah penderhakaan Umno yang tidak pernah serik memaki hamun Sultan hingga ke hari ini. Ternyata sikap Umno terhadap Istana begitu jauh berbeza dari apa yang disalakkan !
Umno menganggap tindakan sesiapa saja yang bertanya secara baik atau pendapat sebagai menghina Sultan dan dalam masa yang sama mereka menganggap tindakan mereka memaki dan menghina Sultan sebagai teguran baik kepada Istana.
Dengan angkuh dan sombong sebab mungkin dari parti yang menguasai PDRM berlagak juara konon membela raja dan sultan tapi lupa penderhakaan sebenar mereka , menyalak agar Zaid Ibrahim dihalau dari Selangor yang hanya memberi pendapat dari pandangan undang-undang dan perlembagaan, ibarat mahu menjadi batu api meniup api hasad dengki supaya terjadi konfrantasi antara pihak istana dan PR !
Barua-barua inilah juga gerombalan yang memalukan Melayu Islam dengan mengheret kepala rakan sendiri (iaitu kepala lembu) dahulu di Selangor, gerombolan ini jugalah bersekongkol dengan geng mamak-mamak Penang yang hilang hak keatas ' projek-projek ' sub-kon ' dari kerajaan PR Pulau Pinang hingga pergi berdemo dan menyalak didepan Komtar tempoh hari . Dengan disertai oleh juga kepala seekor lagi lembu perkauman dan raja sub-kon yang baru-baru ini juga mencetuskan isu 13 Mei di DUN Pulau Pinang !
Tapi mungkin ada dua standard bagi PDRM jika dari geng UMco dibolehkan berdemo hingga kiamat kot tapi jangan sekali-kali dari Pakatan Rakyat atau rakyat biasa siaplah dengan terajang dan tendangan mengalahkan pemain bolasepak pro !
Inilah Malaysia yang berselogan 'rakyat didahulukan' kerana rakyatlah didahulukan penendang dan sepak terajang ! Apabila kuasa mutlak ditangan dengan segala bala dan agensi kerajaan (baca hak rakyat) maka inilah hasilnya mengkorup sekorup--korupnya.
Dengan berdemo dan membakar patung Zaid lembu-lembu ini berharap rakyat marhaen mudah diperbodohkan dengan fitnah supaya Zaid dibenci dan dimalukan disamping menolak dia sebagai pemimpin berwibawa dari Pakatan Rakyat. Tapi kini rakyat bukan mudah terpedaya dengan fitnah lembu-lembu songkok tinggi ini yang penuh dengan sifat riak, perkauman melampau dan kaki ampu UMco totok yang bersubahat dengan penasihat zionis !
Lihat saja berapa ekor yang datang berdemo !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan