Khamis, 22 April 2010

Sultan Pun Umno Aib Kan, Inikan Pula Datuk Zaid

Artikel
Masih ingatkah kita peristiwa krisis perlembangaan yang berlaku beberapa tahun lalu. Ketika UMNO yang diketuai oleh Ketua Firaun Malaysia iaitu Mahathir berdepan krisis dengan pihak istana. Ketika itu kita lihat dan dengar sendiri saban hari pemimpin UMNO dan pengikut-pengikutnya memburuk-burukan kesemua Sultan dengan mendedahkan apa saja kelemahan dan kemungkaran yang dilakukan oleh Raja-raja ketiuka itu.

Mana-mana Sultan yang kaki arak, kaki judi, kaki betina semuanya didedahkan satu persatu oleh UMNO dengan menyebut nama dan negeri Sultan tersebut tanpa berselindung sedikit pun. Berapa buah istana Sultan, berapa buah kereta mewah Sultan semuanya tidak terlepas dari UMNO, seolah-olah pemimpin UMNO semuanya baik dan warak belaka sedangkan perangai mereka sama saja.

Jadi kita perlu pelik dan berasa hati sikap UMNO ketika berkempen di Hulu Selangor dengan mendedahkan apa saja keburukan yang ada pada Datuk Zaid sedangkan apa yang telah berlaku adalah semasa beliau dalam UMNO, iaitu sebuah parti yang tidak ambil peduli apa yang pemimpin atau pengikutnya nak buat samada nak bunuh orang, nak rogol orang, nak murtad, nak rampas hak rakyat, nak hina Hukum Allah dan Sunnah Nabi dan berbagai lagi, yang penting jangan hina UMNO dan jangan mendedahkan perangai pemimpin mereka kepada rakyat.

Jadi itulah sebabnya sekarang kita lihat tidak ada seorang pun Sultan yang berani menentang cakap UMNO. Di Perak, kita lihat sendiri bagaimana Sultan mengikut telunjuk UMNO dalam krisis kerajaan yang berlaku sekarang, kerana apa ? Kerana Sultan tahu, jika dia ingkar dengan permintaan Najib dan UMNO, pasti semua tembelang Sultan akan dibongkar oleh UMNO samada isu arak, perempuan dan mungkin juga salasilah takhta Di Raja pun akan diungkit oleh UMNO.

Raja kononya perlindung orang Melayu, ketua agam Islam, tetapi apabila begitu ramai orang Melayu bawahan menjadi mangsa keganasan UMNO, tidak seorangpun Sultan yang berani bersuara. Rumah, surau dan masjid diroboh, Sultan sekadar melihat dan mendengar. Tanah rakyat miskin dirampas dan dihalau, Sultan tetap membisu. Memorandum yang dihantar oleh rakyat yang ditindas oleh kerajaan UMCO/UMNO seperti isu penyelewengan SPR, ISA, PKFZ, Pendidikan dan berbagai lagi yang dihantar oleh rakyat sehinggakan terpaksa berdepan dengan FRU dan ada yang dibelasah, tetapi apa tindakan pihak istana? Rakyat terus ditindas dan menderita. Istana sudah tidak mampu untuk melindungi orang Melayu dan Islam sehinggakan surau dan masjid diroboh pun, Sultan tidak mampu untuk bersuara. Mengapa? Kerana UMNO lebih berkuasa dan boleh buat apa saja terhadap rakyat dan Raja.

Jika hukum Allah pun mereka cabar, Sunnah Nabi pun mereka perlekeh, inikan pula Raja yang hidup mewah adalah hasil ihsan UMNO dengan pemberian projek-projek mewah dan kawasan balak yang beribu ekar. Jika bantah arahan UMNO, semuanya ini akan ditarik semula. Yang terus menjadi mangsa keganasan dan penindasan UMNO ialah rakyat miskin, rakyat bawahan yang tidak punya kuasa dan parti-parti pembangkang. Harapan rakyat untuk mengadu dan berlindung pada Raja sudah terhapus malahan Raja-raja sendiri pun seolah sudah bersekongkol dengan akhlak dan perangai UMNO. UMNO adalah segala-galanya di Malaysia sekarang.

Oleh itu, selagi UMNO berkuasa dan kini sudah punya sekutu Yahudi pula, bersedialah rakyat semua, kezaliman dan penindasan akan dilakukan dengan lebih dahsyat dan kejam lagi nanti. Selagi UMNO terus berkuasa, selagi itulah rakyat hidup dalam kecelaruan, ketakutan dan tidak tenteram. Raja-raja tidak pernah merasai apa yang dirasai oleh rakyat tertindas selama ini. Kini orang Melayu kena bangkit untuk menjaga bangsa dan diri mereka sendiri, uamat Islam kena berjihad untuk memepertahankan agama dan rumah Allah, syariat Allah dan Sunnah Nabi. Untuk berlindung kepada Raja sudah tidak mungkin, semuanya sudah berlalu. Angkara siapa? Angkara talibarut Yahudi iaitu UMNO. Undang-undang, UMNO yang tentukan. Harta dan kekayaan Negara, UMNO yang tentukan. Bersalah atau tidaknya seseorang, UMNO yang tentukan.

Syariat Allah dan Sunnah Nabi, UMNO juga yang tentukan (bukan Quran), dan semuanya sekarang UMNO yang tentukan mengikut kehendak dan selera mereka. Sesiapa yang lawan dan pertikai, bersedialah ke ISA. Inilah dia kezaliman ala Firaun yang tidak akan ada kesudahan selagi UMNO terus berkuasa. Ada ustaz pun, ada ustazah pun, ada ulamak pun, ada Mufti pun semuanya sakibaki keturunan Abu Jahal dan Abu Lahab saja. Tak ada gunanya langsung. Hanya mengikut telunjuk UMNO. Jatuhkanlah UMNO demi untuk bangsa, Negara dan agama. Wallahualam.

Tiada ulasan: