Sabtu, 25 Februari 2012

Mahathir beri isyarat mahu kembali jadi PM

Mutakhir ini nampaknya Dr. Mahathir kerap memberikan kenyataan-kenyataan bagi pihak Kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan Najib Tun Razak. Jika ketika zaman Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) dahulu ada sahaja kritikan Dr. M terhadap Pak Lah dan pimpinan UMNO/BN. Semuanya tidak betul dan tidak kena. Islam Hadhari zaman Pak Lah tidak disokongnya Dr. M. Kali ini gagasan 1Malaysia Najib Razak juga tidak bersambut baik oleh Mahathir. Hanya Wawasan 2020 Mahathir sahaja yang kononnya terbaik.

Setelah banyak pertikaian pandangan ketika zaman Pak Lah, akhirnya Dr. Mahathir mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO ketika zaman Pak Lah sebagai Presiden UMNO. Ini suatu yang cukup memalukan pimpinan UMNO/BN. Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional keluar daripada UMNO. (Nota: bekas PM yang meninggalkan UMNO Tengku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn ).

Hari ini pertembungan politik ialah pertembungan politik antara kerakusan Dr. M dengan ketelusan Anwar Ibrahim. Kali ini terutamanya selepas tsunami politik 8 Mac 2008, lapangan politik bukan pertempuran Anwar-Pak Lah atau Anwar-Najib, tetapi adalah pertarungan politik Anwar-Mahathir.

Pilihanraya Umum Ke-13 adalah medan kumpulan Dr. M untuk kembali mencari landasan. Mereka sudah melihat kemungkinan Najib Razak sudah tidak punyai upaya untuk mengimbangi kepintaran politik Anwar Ibrahim dengan misi Kerajaan Reformasi dan kebajikan untuk rakyat. Sebab itu mahu tidak mahu, Mahathir merasakan bahawa perlu bagi dirinya menjadi Perdana Menteri semula.

Dalam isu semasa terkini, soal penyenaraian FELDA Global Ventures Holding (FGHV), Dr. Mahathir terlebih lagi memberikan kenyataan bahawa penyenaraian tersebut sebagai ‘peluang besar’ mengembangkan perniagaannya. Kenyataannya itu lebih yakin daripada kenyataan Perdana Menteri Najib Razak.

Isu-isu negara termasuk soal cabaran debat dengan Anwar Ibrahim dalam isu Palestin-Israel juga sibuk dijawab Mahathir tanpa Najib Razak menjawab. Najib diam membisu untuk menyatakan pendirian. Yang dicabar debat adalah Najib, tetapi bekas PM yang nampaknya agak serabut untuk menjawab.

Najib banyak diam seribu bahasa dalam isu-isu penting negara termasuk soal FELDA, Isu Palestin-Israel, Isu NFC, isu kaum, isu rasuah, serta kelemahan pentadbiran tetapi dalam masa yang sama Dr. Mahathir bertungkus lumus menjawab setiap isu. Maka ini adalah isyarat kuat (signal) daripada Mahathir kepada UMNO bahawa UMNO perlu beliau sebagai Perdana Menteri. Najib Razak tidak cukup kuat karektornya untuk berdepan dengan karisma kepimpinan Anwar Ibrahim. Pasukan Najib Razak tidak cukup bersedia untuk memastikan UMNO/BN menang dalam PRU-13 akan datang.

Pada pandangan Mahathir kelemahan Najib Razak sebagai PM ini tidak boleh dibiarkan. Situasi ini akan membahayakan Dr. M, keluarga serta kroninya. Hari ini isu Palestin-Israel sebenarnya adalah sindiran yang terkena batang hidung Mahathir sendiri. Dia yang pernah berutus surat dengan PM Israel. Ada menteri UMNO yang pernah berjumpa Menteri Luar dan Menteri Pertahanan Israel. Najib Razak tidak membelanya. Mahathir terpaksa memberi penjelasan. Anaknya juga yang menjadi Tim. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjadi sasaran dalam kes kapal dagang Israel di Pelabuhan Klang. Sebab itu Mahathir mahu menunjukkan kepada ahli UMNO bahawa dia perlu kembali sebagai PM kerana dirinya sahaja kononnya boleh menjawab segala hujah Pakatan Rakyat. Najib Razak dilihat lemah untuk mempertahankan UMNO. Dalam isu hubungan dengan Israel juga peranan Najib juga tidak mampu untuk mempertahankan imej UMNO dan APCOnya. RM77 juta yang dibayar setahun (Agensi yang punyai hubungan dengan Zionis-Israel) oleh Najib Razak juga tidak banyak membantu terutamanya kerosakan dalam integriti pentadbiran yang telah dibuat oleh Mahathir.

Sebelum ini, Mahathir menyifatkan kepemimpinan Umno sekarang seperti usus yang sudah busuk.

Kenyataan Mahathir itu kita percaya ditujukan kepada Najib. Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dilihat lebih menyokong Mahathir berbanding Najib.

Jika dahulu Muhyiddin boleh berkomplot untuk menjatuhkan Pak Lah, maka apakah tidak mustahil untuk Muhyiddin sekali lagi menyusun komplot untuk menjatuhkan Najib lalu mengangkat Dr. Mahathir?

Pertikaman lidah dalaman antara beberapa pemimpin UMNO sekaligus menyaksikan bahawa Umno sedang mengalami dilema sama ada untuk kekal memperjuangkan rasis-Melayu atau mengubah ideologinya mengikut cara Najib melalui konsep 1Malaysia. Sanggahan-sanggahan Mahathir terhadap kepimpinan UMNO masa kini menguatkan gambaran kepada ahli UMNO bahawa mereka perlu kembalinya Mahathir sebagai PM.

Jumaat, 24 Februari 2012

Dr. Mahathir akui balas surat PM Israel.. Balas? dia nak belit lagi..



Akhirnya Tun Mahathir mengaku juga beliau pernah mengutus surat kepada PM regim Yahudi, iaitu Ehud Barak..

Namun begitu beliau masih mahu memutarbelit fakta kononnya surat itu adalah jawapan balas kepada Ehud Barak dan sebagai menolak hubungan Malaysia dengan Israel seperti yang diminta oleh pihak Yahudi itu.

Surat ada di bawah.. korang nilaikanlah sendiri adakah surat itu satu jawapan atau satu permintaan?

Baca laporan dari Bernama ini..

Dr Mahathir Akui Balas Surat, Tolak Hubungan Dengan Israel

IPOH, 23 Feb (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan Malaysia semasa pentadbirannya menolak hubungan Malaysia dengan Israel dan jawapan itu diberikan melalui sepucuk surat kepada Perdana Menterinya Ehud Barak.

Beliau menjelaskan surat daripada Israel pada ketika itu adalah mahu Malaysia menukar pendirian mengenai hubungan antarabangsa dengan Israel.

"Saya menjawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka (Israel) selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini hari Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan pelbagai blog pembangkang pada masa sekarang mengenai sepucuk surat yang diutuskannya semasa menerajui pentadbiran Malaysia ketika itu, kepada Israel.

-- BERNAMA
Baca pula surat yang dikirimkan Tun kepada PM Regim Yahudi itu yang Tun katakan sebagai surat balasan kepada Regim Yahudi itu..



Dalam Surat ini Tun Mahathir Mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak di atas kemenangannya pada pilihanraya. Kalau dilihat di dalam surat ini, Jelas sekali Tun Mahathir memohon pertolongan dari PM Yahudi itu untuk melobi Malaysia berkenaan dengan "Clinton Fund" berhubung dengan Pilihanraya Umum Malaysia yang akan diadakan tidak lama selepas itu.

Perenggan kedua "surat" ini menyatakan keikhlasan Mahathir yang berharap agar dapat diaturkan satu pertemuan (antara beliau dengan Barak) melalui Menteri Luar ketika itu, Syed Hamid Albar dengan David Levy (Menteri Luar Israel) bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan perkara berkaitan pungutan dana untuk parti UMNO dalam persediaannya menghadapi PRU 10. Secara mudahnya, Mahathir memohon bantuan Israel untuk melobi Presiden Bill Clinton bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan pilihanraya UMNO!

Perenggan ketiga pula menyebut kesediaan Mahathir untuk membenarkan pasukan tentera udara Amerika Syarikat menggunakan tanpa had (unlimited use) kemudahan pengkalan tentera di Malaysia sebagai balasan timbal balik atas bantuan dana oleh Clinton Fund dalam membiayai perbelanjaan pilihanraya parti UMNO.

Malah Tun Mahathir yang lantang menentang Yahudi ini menawarkan kepada Ehud Barak pendekatan hubungan Diplomatik yang baru kepada Tel Aviv. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara, Namun di sini jelas sekali Mahathir menawarkan hubungan diplomatik kepada Israel. Apa semua ini? Sila klik gambar di bawah untuk membesarkan image



Sama atau tidak apa yang dinyatakan Tun Mahathir semalam dengan apa yang telah ditulisnya dulu?

Mungkin dia sudah lupa...

Kalau konag nak baca putarbelit yang lebih hebat, baca laporan Lidah Rasmi UMNO di bawah ni..

Dr. M akui balas surat PM Israel

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my

IPOH 23 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui pernah menulis surat kepada dua Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Namun, menurut Dr. Mahathir, surat tersebut adalah sebagai jawapan balas kepada surat yang diutus oleh dua pemimpin Yahudi itu yang meminta Malaysia mengubah pendirian dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

"Ia benar. Saya terima surat daripada Netanyahu dan Ehud Barak dan saya jawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan orang-orang Palestin.

"Bila dia (Netanyahu dan Ehud) jadi Perdana Menteri, harapan dia kita di Malaysia yang tidak ada hubungan dengan Israel akan ubah pendirian dan adakan hubungan dengan Israel. Saya kata tidak mungkin selagi dia (Israel) ganas macam itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jelajah Keamanan dan 'Waqaf Water 4Gaza' di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat dakwaan yang disiarkan di beberapa laman blog bahawa Dr. Mahathir pernah menulis surat kepada Perdana Menteri Israel.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Penasihat Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk R. Ganesan; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.

Menurut Dr. Mahathir, beliau masih menyimpan salinan surat tersebut dan mahu ia didedahkan kepada umum tetapi tidak dibenarkan oleh kerajaan.

"Saya tidak tahu kenapa kerajaan tidak benarkan saya siarkan surat itu. Semua surat yang saya tulis kepada orang lain, dia (kerajaan) benarkan," jelasnya.

Mengulas mengenai dakwaan Malaysia mempunyai dagangan dengan Israel, beliau menegaskan negara tidak pernah membeli dan menjual barang kepada negara Yahudi itu.

"Kononnya ada minyak kelapa sawit dihantar ke Israel, kita tidak boleh tentukan. Di zaman dulu pun, kita tidak ada hubungan dengan Afrika Selatan tetapi orang lain beli getah daripada kita dan jual kepada Afrika Selatan.

"Kemungkinan minyak kelapa sawit kita dibeli oleh pihak ketiga dan mereka menjualnya kepada Israel. Yang saya tahu, buah pisang kaki masuk di sini tidak tulis ia dari Israel tetapi masuk Singapura dan orang Singapura jual kepada kita," ujarnya.

Ditanya mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong segala usaha memastikan keselamatan Israel, Mahathir berkata, tiada sebab untuk negara menyokong Israel.

Katanya, Israel mempunyai pendekatan yang amat ganas iaitu lebih ganas daripada pengganas dalam tindakan untuk mempertahankan keselamatan negara tersebut.

Tambah beliau, Israel juga tidak mempedulikan segala undang-undang antarabangsa dan ia dapat dilihat daripada tindakan rejim Zionis itu mengebom Iraq dan Mesir sebelum peperangan dan pembunuhan sembilan aktivis Turki di atas kapal 'The Spirit of Rachel Corrie' di perairan antarabangsa.

Dalam isu berkaitan, Dr. Mahathir berkata, walaupun Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti tidak bersetuju dengan kenyataan Anwar dalam isu Israel, Mursyidul Am Pas itu tetap menyokong Ketua Pembangkang itu.

"Jadi, kalau kita sokong seseorang dengan pendapat tertentu, jadi kita sokong pendapat itu juga," katanya.

Terdahulu pada majlis tersebut, Mahathir selaku Presiden PGPF menerima sumbangan wakaf, 'Waqaf Water 4Gaza' berjumlah RM282,158 daripada kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan serta parti politik dan swasta di Perak.

Jabatan-jabatan negeri, pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah dan tanah serta swasta menyumbangkan RM122,158, kerajaan negeri dan UMNO Perak masing-masing RM50,000, MCA Perak (RM20,000) dan MIC Perak, Parti Gerakan Perak, Parti Progresif Penduduk (PPP) serta Majlis Sukan Negeri serta badan-badan sukan negeri masing-masing menyumbangkan RM10,000.

Khamis, 23 Februari 2012

Apa yang Shahrizat tahu mengenai Najib yang buat dia takut memecat wanita itu?

Berita
Agak menghairankan betapa besarnya pengaruh Shahrizat ke atas Najib Razak. Sememangnya disebalik desakan supaya beliau berundur dengan cara baik atau dipecat, beliau masih lagi memegang jawatan menteri kabinet dan juga jawatan dalam Umno- sebuah parti penuh rasuah sejak ia memerintah dari tahun 1957.

Setelah kembali daripada percutian beliau selama tiga minggu dan disoal siasat oleh SPRM, Shahrizat kembali menjalankan tugas beliau seperti biasa. Tidak hairanlah senyuman yang beliau lemparkan sekarang agak ‘dibuat-buat’ dan garisan stres sangat jelas pada wajah beliau. Sungguhpun begitu, Shahrizat masih lagi seolah-olah begitu berkuasa ke atas Najib sehinggakan Najib tidak berani mengatakan apa-apa pun. Atau adakah apa yang kita tahu cuma sedikit sahaja dari apa sebenarnya berlaku dalam NFC. Ini menggambarkan betapa kotornya politik dalam Umno dan betapa terdesaknya pertelingkahan dalaman parti itu sekarang.

Drama berskrip

Pada mesyuarat pertengahan minggu untuk pakatan BN, Najib telah memberi bayangan bahawa skandal NFC dan masa depan Shahrizat tidak begitu signifikan untuk BN jadi ia tidak dibincangkan. “Tidak, tidak, tidak dibincangkan di sini. Ini adalah hak perdana menteri,” beliau memberitahu sidang media.

Memandangkan ia hak perdana menteri untuk memecat ahli kabinet, yang sebaliknya juga benar. Err.. bukan menteri kabinet memecat perdana menteri tetapi adalah menjadi keistimewaan PM untuk mengekalkan mana-mana menteri yang dia suka dalam kabinet. Oleh itu, memandangkan rakan-rakan Shahrizat dari Gerakan, MCA dan Umno pernah mendesak beliau untuk berundur, hanya Najiblah yang menjadi sebab beliau masih memegang jawatan.

Dengan mengekalkan jawatan Shahrizat, Najib seolah-olah tidak sehaluan dengan ahli berpengaruh dalam parti beliau termasuk bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad dan bekas menteri perdagangan dan industri Rafidah Aziz. Walaupun Najib disyaki meminta Nazri Aziz, menteri di jabatan perdana menteri - yang dianggap jurucakap Najib, untuk menunjukkan bahawa ada pecah amanah dalam pinajaman kerajaan yang diberikan kepada NFC, tiada tindakan yang diambil terhadap keluarga Shahrizat.

Nazri juga cuba menjual idea bahawa jika keluarga Shahrizat berjaya membayar balik pinjaman RM250 juta itu, beliau boleh tetap memegang jawatan. Adakah Nazri cuba memberikan jalan keluar untuk Shahrizat? Ada cakap-cakap dalam Umno bahawa Najib telah memberikan Shahrizat sehingga hujung bulan ini untuk berundur dengan rela hati. Beberapa orang pemimpin Wanita Umno pula sedang merancang untuk melakukan EGM bagi menyingkirkan Shahrizat daripada jawatan Ketua Wanita sekiranya beliau masih enggan berundur. Itu masih juga cakap-cakap sahaja dan bukan tindakan konkrit.

Adakah Najib sedang memberi gambaran bahawa beliau adalah seorang yang baik dan pencegah rasuah tetapi harus bertindak dengan berhati-hati kerana hal dalaman? Umno boleh berbuat sesuka hati dengan masa yang mereka ada dan janji mereka itu pasti akan dilupakan. Contoh yang baik adalah Nazri sendiri di mana beliau ditugaskan untuk menyiasat Peguam Negara yang menggugurkan kes rasuah bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik setelah dibayar RM40 juta. Sebagai balasannya, Rahim melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti. Itu sudah bertahun-tahun lamanya dan sehingga kini, tiada tindakan yang di ambil.

Najib sendiri yang menundakan tindakan yang harus di ambil

Jadi apakah yang menghalang Najib? Ramai dalam Umno yang berpendapat bahawa PM dan penyokong beliaulah yang harus dipersalahkan dalam kes Shahrizat. Dalam usaha mereka menyingkirkan Shahrizat dan meletakkan Raja Nong Chik sebagai calon di kawasan yang telah lama menjadi kawasan wanita itu iaitu Lembah Pantai, seluruh jentera Umno dan juga kepimpinannya telah dilanda berita negatif.

Hanya semalam, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang dianggap sebagai pencabar Najib untuk jawatan presiden, telah cuba membantu Shahrizat dengan mengatakan kepada beliau bahawa tidak perlu tergesa-gesa, beliau boleh buat keputusan setelah selesai siasatan polis dan SPRM. Walaubagaimanapun, jika dikira mengikut perkiraan masa dalam politik Malaysia, ia boleh mengambil masa berbulan-bulan ke tahun. Lihat sahaja kes Rahim!

Dengan membuat kenyataan sebegitu, Muhyiddin sebenarnya memperjudikan dirinya sendiri. Ramai dikalangan pesaing politik beliau telah pun mengetengahkan bahawa beliau merupakan menteri pertanian yang menganugerahkan keluarga Shahrizat projek ternakan lembu NFC pada tahun 2006. Jadi masuk akal juga bahawa Muhyiddin sedang membantu Shahrizat untuk menutup perhal NFC. Perkembangan ini sememangnya memberi kelebihan kepada puak Najib.

Ada pula puak Badawi-KJ yang patut dineutralkan

Mungkin inilah sebabnya mengapa Najib sedang mengambil masa dalam membuat keputusan untuk meminta Shahrizat berundur sedangkan segala fakta jelas membuktikan bahawa beliau harus berundur. Pemimpin PKR percaya bahawa mereka diberi maklumat mengenai kes ini daripada orang dalam Umno sendiri.

Semestinya skandal NFC memberi bonus kepada Najib kerana membolehkan beliau memecahkan parti beliau yang sudahpun retak. Umno yang berpecah akan membantu Najib mengekalkan kuasa apabila pemilihan parti dijalankan pada akhir tahun ini dan untuk beliau kekal sebagai presiden.

Najib akan dapat meletakkan orangnya di Lembah Pantai dengan mudah, menimbulkan syak wasangka dan menjadikan ia sukar untuk Muhyiddin yang sedang berhempas pulas sejak menyalahi Mahathir dengan polisi penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran matematik dan sains.

Satu lagi kumpulan pesaing yang harus dineutralkan oleh Najib dengan skandal NFC adalah yang dikuasai oleh bekas PM Abdullah Badawi dan menantunya Khairy Jamaluddin. Daripada cara Khairy mempertahankan kes itu dahulu, sekarang beliau sudah diam seribu bahasa apabila bercakap soal Shahrizat. Tidak hairanlah kerana lelaki berusia 30-an graduan Oxford itu sudah menyedari pada saat akhir bahawa beliau sudah dipergunakan oleh musuhnya.

Khairy dan Badawi didakwa menganugerahkan projek NFC kepada Shahrizat dan mengenepikan cadangan daripada firma-firma luar negara demi membantu beliau memenangi jawatan Ketua Wanita pada 2008. NFC adalah sebuah projek ternakan lembu yang berobjetif untuk memastikan Malaysia menghasilkan 40% daripada daging lembu untuk menjadikan harganya lebih murah untuk rakyat.

Kajian terhadap rasuah : Inilah cara Umno

Pada dasarnya, skandal NFC sebenarnya adalah satu petunjuk kepada cara sebenar Umno. Ia sebenarnya parti yang tidak bermoral dan ia tidak kisah akan segala permasalahan dan politik dalaman yang sedang diperhatikan oleh rakyat. Parti itu juga tidak kisah bahawa rakyat sedang diperbodoh-bodohkan oleh tindak-tanduk Najib. Ahli Umno juga sebenarnya tidak kisah bahawa parti itu sedang dimusnahkan oleh presiden dan orang-orangnya.

Sekarang rakyat pasti faham mengapa menteri pertanian sekarang, Noh Omar yang mendakwa dirinya tahu dan punyai bukti dalam pencurian pasir oleh pemimpin PKR boleh sahaja berkata ‘Uhhh, saya tak tahu’ apabila ditanya jika ada elemen pecah amanah dalam cara Shahrizat menggunakan pinjaman RM250 juta kerajaan itu.

Pemimpin PKR juga telah memberikan pihak media bukti bagaimana Shahrizat membelanjakan sebahagian besar wang pinjaman itu pada kondo mewah, kereta, kad kredit, percutian dan sebagainya. Pinjaman itu telah diberikan oleh kerajaan yang ditadbir Abdullah Badawi untuk memulakan projek NFC.

Najib tidak akan singkirkan Shahrizat dalam masa terdekat

Jelas juga sekarang mengapa Shahrizat enggan berundur walaupun didesak oleh orang kuat Umno seperti Mahathir dan Rafidah.

Shahrizat mungkin tahu bahawa Najib tidak akan menyingkirkannya dalam masa terdekat. Beliau bukanlah seseorang yang sukar untuk diramal tindak tanduknya. Apalagi untuk ahli parti beliau yang sudah lama mengenali beliau.

Beliau dan orang-orang beliau mungkin dengan tegas membuat komen dan menunjukkan bahawa mereka serius dalam membersihkan projek NFC termasuk mengeluarkan Shahrizat dari pentas politik. Tetapi sehingga mereka dapat menggunakan skandal itu sebagai kelebihan politik mereka dan apabila mereka tidak lagi memerlukannya, hanya pada masa itulah Shahrizat akan menghitung harinya.

Kini, begitu juga dengan Muhyiddin. Jangkamasa yang beliau minta daripada Shahrizat adalah sehingga penyiasatan selesai. Itu pun masih samar-samar bila ia akan berlaku! Tetapi sudah pasti Shahrizat akan membida untuk pengunduran yang paling menguntungkan. Kerana beliau tahu beliau pasti pergi suatu hari nanti.

Akhirnya, mereka yang kalah adalah rakyat Malaysia. Ini kerana apabila elit Umno sudah selesai dengan kepentingan mereka, rakyat akan dapati tidak banyak yang hilang daripada NFC. Segalanya dengan tidak semena-mena sudah dipulihkan dan tiada yang harus dihukum. Untuk mendakwa mereka atas tuduhan rasuah, itu sesuatu yang sememangnya tidak mungkin. Segalanya adalah kelemahan pihak pembangkang.

Apakah PAS Mahu Rakyat Palestin Terus Berperang ?

Pendapat
"Ini adalah polemik baru yang dikaitkan secara langsung dengan Anwar Ibrahim. Saya ialah ahli PAS yang bukannya aktif sangat. namun hingga hari ini menghormati dan menyanjung TGNA, TGHH dan Dato Haron Din.

Saya juga menghormati dan kagum dengan ketokohan Anwar. Kerana itu sokongan terhadap Pakatan Rakyat tidak pernah berubah. Kerana ketokohannyalah maka PR kini menjadi alternatif kepada rakyat Malaysia untuk mentadbir negara.

Adanya PR maka harapan melihat pentadbiran negara bertukar tangan dapat disandarkan. Sebelum wujudnya PR harapan untuk menumbangkan umno tak ubah seperti mengharapkan kucing bertanduk.

Setelah serangan bersiri berkaitan akhlak Anwar tenggelam dan tidak berjaya , hari ini isu Israel dan Palestin dimainkan pula. Rasanya rakyat Palestin sendiri tidak mengetahui bahawa isu mereka dijadikan pertahuran poltikus di Malaysia dalam menghadapi PRU13. Pastinya selesai PRU13 isu ini akan hilang begitu saja.

Persoalan yang perlu dan patut diperhalusi ialah siapakah yang lebih layak menentukan masa depan Palestin ? Apakah PAS atau pejuang Palestin itu sendiri ?

Sebesar mana peranan dan sumbangan yang telah dihulur oleh PAS sepanjang 60 tahun rakyat Palestin berdepan dan menghadapi keganasan yahudi. Berapa ribu ahli PAS yang telah terbunuh dalam perjuangan ini.

Dalam isu mengiktiraf wujud negara israel , sebenarnya rakyat Palestin sendiri menerusi HAMAS telah menerima cadangan dua negara ini. Malah negara-negara Arb terutamanya Arab Saudi sendiri menerima cadangan itu. Tentu sekali peranan Arab Saudi sangt penting kerana negara itu adalah penyumang terbesar dalam membantu rakyat Palestin. Berapa juta kita sebagai ahli PAS telah menghulurkan sumbangan ?

Namun begitu pengiktirafan itu berSYARAT IAITU HAK-HAK RAKYAT PALESTIN TERUTAMA MENGWUJUDKAN NEGARA SENDIRI TERLEBIH DAHULU HENDAKLAH DIPENUHI. Kalau tidak dipenuhi , teruskan lah berjuang.

Relakah kita melihat gnerasi demi generasi rakyat Palestin hidup merempat seperti hari ini ? Kehilangan sebahagian ( sekiranya berdamai) tidak guna diratapi. Ianya adalah kerana kelalaian dan kecuaian rakyat Palestin itu sendiri.

Saya pun benci kepada yahudi. tetapi dengan berperang apakah peluang untuk menghalau israel itu ? Apakah kita perlu meratapi kehilangan Cardova di Sepanyol ? Sedangkan ianya berlaku kerana kelalaian dan keseronokan duniawi para pemimpin Islam disana.

Kenapa kemarahan terhadap serbia boleh dilupakan? Sedangan mereka juga telah mengambil sebahagian daripada Bosnia sebagai jalan perdamaian.

Tentunya ramai yang akan mengutuk saya. Ini adalah pandangan saya. Ingat...yang mati hari-hari.....yang musnah rumahnya.....yang tidak berumah.....yang tidak bersekolah.....yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.....yang menanggung semua kesangsaran ini adalah rakyat PALESTIN ITU SENDIRI.

Yang kita bekalkan kepada kita hanyalah ungkapan...KAMI SOKONG ANDA. Apakah terangkat segalapenderitaan itu ?

SEKIRANYA PALESTIN SENDIRI YANG TIDAK BERGANJAK MAHU TERUS PERJUANGAN BERSENJATA DALAM USAHA MENDAPATKAN NEGARA dan MENOLAK PERJANJIAN PERDAMAIAN...kalau itu kehendak mereka kita kena akur. Tetapi kehendak mereka tidak seperti pendirian PAS. Malah OIC yang tentunya penghulur bantuan kepada Palestin pun setuju dengan penyelesaian dua negara.

Siapalah PAS dalam perjuangan berpanjangan rakyat Palestin ini. Kita perlu bersama rakyat Palestin. Kita kena hormati kehendak dan pendirian mereka.



Re: Apakah PAS Mahu Rakyat Palestin Terus Berperang ? (Score: 1)
by serengas on Wednesday, February 22 @ 17:26:38 PST

ikhlas hati ambe cakap..

pandangan yang memang world class..

hormati hak rakyat palestin..

kita kat mesia pandai cakap jer..




Re: Apakah PAS Mahu Rakyat Palestin Terus Berperang ? (Score: 1)
by lelakidicermin on Wednesday, February 22 @ 17:35:18 PST

semua org benci yahudi..... tp biarlah... palestin dpt betis dulu.... dah ada kekuatan baru mintak peha.... spt skg ni...betis dan peha tak dpt...rakyat palestin bertambah byk yg mati... dan rumah bertambah byk kena bom ..... dari dulu kita semua memberi sokongan je.. dgn bantuan/derma kewangan... bila yasser arafat meninggal.... semua duit sumbangan/ derma dlm akaun peribadi yasser arafat... semua di pindah hak milik isteri dia yg tak bertudung cantik mcm model tu.skg isterinya duduk di perancis.. rakyat palestin dpt apa...dptlah sengsara....jgn lah nak sokong membabi buta je...kesan mcmana....tak salah kalau kita berundur ketika tgh berperang.... utk membena kekuatan...



Re: Apakah PAS Mahu Rakyat Palestin Terus Berperang ? (Score: 1)
by popadi on Wednesday, February 22 @ 18:00:17 PST

amat setuju dgn pendpt pengarang dan nak tambah sikit;

adakah penjelasan dsai ttg isu tsbt menyebabkan dia lebih hina dari

bapak perasuah, pembunuh org, peruntuh surau/masjid dan penyeleweng

duit/harta benda rakyat..?




Re: Apakah PAS Mahu Rakyat Palestin Terus Berperang ? (Score: 1)
by kerek on Wednesday, February 22 @ 18:04:19 PST

Israel tak mungkin akan menyerahkan wilayahnya sewenangnya2 utk penubuhan negara Palestin. Yahudi hanya membayangkan saja (giving false hope) yg mereka akan menyokong penubuhan negara utk Palestin sekiranya negara Israel diiktiraf. Boleh percaya ke janji Yahudi? Obama yg beria2 dulu nak memaksa Israel duduk di meja rundingan utk tujuan tersebut pun dah senyap menikus. Apa Yahudi peduli sebab Amerika tu pun mereka punya alat.

Dunia Arab kena bersatu memberi tekanan ke atas kuasa besar tapi nampak gayanya mereka pun menikus, cuma sekali-sekala berbunyi jangan tidak.




Re: Apakah PAS Mahu Rakyat Palestin Terus Berperang ? (Score: 1)
by celenjer on Wednesday, February 22 @ 18:12:02 PST

Jika benar Hamas telah menerima cadangan 2 kerajaan, sememangnye tulisan ini banyak kebenarannya. Tapi mana mungkin Hamas menerima atau mengikthiraf Israel yang merampas tanah milik mereka. PAS melalui Majlis Shura Ulamak mengatakan tetap bersama Palestine iaitu tidak menerima 2-state solution dan tidak mengikhtiraf kerajaan haram Israel. (Adakah PAS tidak tahu akan pendirian Hamas yg telah menerima 2-state solution ini (jika benar)). Bagaimana pula DSAI boleh mengata kan Palestine melalui Hamas telah menerima cadangan 2 negara ini. Kalau jawapan nya adalah berdasarkan kenyataan PM Palestine sebelum beliau di tabalkan sebagai PM pada 2006 dulu, terbukti kenyataan beliau telah di salah tafsir kan oleh Washington Post dan Hamas telah menghubungi W.P. menyangkal dakwaan W.P. itu 24 jam setelah di siarkan di W.P. Sumber ini saya dapat dari Harakahdaily english section yang bertajuk "Anwar's explanation and the stand that Hamas never took".



Re: Apakah PAS Mahu Rakyat Palestin Terus Berperang ? (Score: 1)
by pastotok on Wednesday, February 22 @ 18:33:10 PST

mungkin persetujuan 2 state solution tu presiden hamas bagi tau sendiri kat pengarang artikel ni. tak pun presiden hamas tu sms kat dia sebab dari gaya penulisan dia ni dah banyak sumbangan yang dia bagi kat org palestin. keh keh keh



Re: Apakah PAS Mahu Rakyat Palestin Terus Berperang ? (Score: 1)
by hazik on Wednesday, February 22 @ 18:35:08 PST

saya setuju dg anda,
memang Palestin menderita sebab org Islam tidak bersatu..
Jika org Islam seluruh dunia bersatu, sudah pasti Baitulmuqadis kita dah dapat lama dah...

kelemahan kita untuk saling percaya satu sama lain belum mantap...
hatta dalam Malaysia juga banyak berpuak2 sehingga usaha untuk menguatkan parti Islam sendiri pun ditentang oleh orang Islam sendiri...

ahli sejarah dan para cendiakawan mengaku jika org Islam bersatu atas pegangan alkitab (al-Quran) dan kalimah tauhid sebagai panji sudah lama org Islam menguasai dunia. Sebaliknya apa yg terjadi kini org Islam dileka dan dihanyutkan dengan propaganda yahudi dan para sekutunya supaya bersama2 mereka untuk mengurangkan akhirnya melemahkan Islam itu sendiri.

Di Malaysia tidak terkecuali, malah kehadiran APCO yang jelas ke"Israel'annya digunapakai akan khidmatnya oleh Umno/BN semata-mata untuk mencegah Islam cuba menguasai negara. Malah bukan itu sahaja, pemimpin Umno/BN bersikap lebih Israel dari org Israel sendiri ketika berhadapan dengan org Islam disini.

Apapun kita terus berjuang Asalkan Bukan UMNO....




Re: Apakah PAS Mahu Rakyat Palestin Terus Berperang ? (Score: 1)
by tanjungaru on Wednesday, February 22 @ 18:36:30 PST
(User Info | Send a Message)
Nak tau Hamas setuju ke tak Two State Solution sila le tanya pakcik google.



Re: Apakah PAS Mahu Rakyat Palestin Terus Berperang ? (Score: 1)
by somebody73 on Wednesday, February 22 @ 19:16:22 PST

ana pun setuju...



Re: Apakah PAS Mahu Rakyat Palestin Terus Berperang ? (Score: 1)
by MERONG on Wednesday, February 22 @ 19:28:01 PST

Peristiwa Sejarah bumi Palestine semuanya sudah dijelaskan dlm banyak hadis2. Bumi Palestine hanya akan dibebaskan hanya melalui peperangan. Samaada umat Islam sanggup atau tidak nak berjihad...itu terserah. Yg tak mahu berjihad hanya akan berjihad dgn kata2 retorik yg memualkan.



Re: Apakah PAS Mahu Rakyat Palestin Terus Berperang ? (Score: 1)
by abuadil_alkaff on Wednesday, February 22 @ 21:06:46 PST

satu pandangan yg tidak berdasarkan kemanusiaan. bolehkah orang yg merampas rumah kita, kemudian kita sanggup berdamai kerana mereka kononnya sanggup menyerahkan kepada kita satu bilik?

artikel yg tidak membaca pandangan ulama dan pimpinan harakah islamiyyah. semakion dipertahankan dsai, semakin jauh pkr dengan pas. hanya pimpinan pas saja masih bersabar... takkan ada yg selain alquran yg boleh diterima, kononnya diplomasi?




Re: Apakah PAS Mahu Rakyat Palestin Terus Berperang ? (Score: 1)
by abuadil_alkaff on Wednesday, February 22 @ 21:08:53 PST

sungguh tak bermaruah, kita nak berdamai, sedangkan yahudi tak pernah ingin berdamai... kata qorodhowi, mereka ini adalah pengkhianat!!

Teks Debat Antara Guan Eng dan Soi Lek di dedahkan.

Guan Eng dedah teks debat, cabar Soi Lek berbuat demikian juga

Adakah Presiden MCA Chua Soi Lek berani mendedahkan sepenuhnya teks ucapan perbahasannya dengan saya pada 18 Februari 2012 dalam Bahasa Malaysia agar rakyat Malaysia dapat baca samada MCA bersikap perkauman serta melancarkan serangan peribadi bukan sahaja terhadap saya dan mantan Presiden MCA Ong Tee Keat?

Hari ini, saya telah mengumumkan teks ucapan dan transkrip perbahasan saya dengan Chua yang bertajuk, "Adakah Sistem Dua Parti Akan Menjadi Sistem Dua Kaum?". Ini adalah untuk menjawab usaha media massa yang dikuasai BN, yang putar belit ucapan saya dengan fitnah. Pada 21 Februari 2012 suratkhabar milikan MCA, The Star telah meminta maaf kerana fitnah dalam artikel Baradan Kuppusamy di bawah tajuk "All hype but no climax?" yang cuba mengindahkan Chua.

Teks ucapan ini adalah penting untuk menangkis tuduhan puak rasis dan ekstremis yang cuba menggambarkan parti berbilang kaum seperti DAP sebagai parti perkauman sedangkan sebenarnya parti MCA adalah parti perkauman sama seperti UMNO dan MIC. Teks ucapan penuh adalah seperti berikut:-

Pendahuluan, Lim Guan Eng:

Pertama sekali saya ingin mengucap terima kasih kepada penganjur kerana menyiarkan secara langsung debat televisyen ini. Debat televisyen mencipta satu bab yang baru dalam politik demokrasi Malaysia kerana ia merupakan satu sifat penting dalam kemajuan demokrasi. Saya berharap mulai hari ini, debat televisyen akan menjadi satu fenomena umum yang lumrah dalam sistem demokrasi Malaysia seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.

Oleh itu saya berpendapat bahawa, apa yang warga Malaysia benar-benar ingin saksikan, adalah debat antara Perdana Menteri Najib dengan Anwar, untuk melihat siapa yang sebenarnya lebih layak menjadi Perdana Menteri. Siapa tidak berani berdebat, jangan harap nak jadi Perdana Menteri!

Chua ada menimbulkan dakwaan bahawa DAP diperalatkan oleh PAS, tetapi jikalau tuan-tuan dan puan-puan perhatikan, di kalangan orang Melayu, UMNO mengatakan bahawa PAS diperalatkan oleh DAP. Oleh itu, hujah yang bercanggah sesama sendiri ini saya percaya merupakan taktik kotor BN. Saya ingin tekankan di sini, parti komponen dalam Pakatan Rakyat, biarpun PAS, PKR atau DAP, kami tidak memperalatkan sesama sendiri, kami hanya bersiap sedia untuk "diperalatkan" oleh rakyat! Pada masa yang sama, kami bukan anti-Melayu, ataupun anti-bukan Melayu, kami cuma anti-kerajaan yang bergelumang dengan rasuah!

Tema hari ini "Adakah Sistem Dua Parti akan menjadi Sistem Dua Kaum", sebenarnya saya berasa pelik. Kerana, sekarang sudah wujud Sistem Dua Kaum, kami nak menjadikannya Sistem Dua Parti. Sistem Dua Kaum ini sememangnya ideologi BN selama ini, sejak kemerdekaan sehingga kini, BN telah membezakan rakyat sebagai Melayu dan Bukan Melayu, ini adalah taktik pecah dan perintah. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pernah berkata, saya utamakan Melayu dahulu, barulah rakyat Malaysia. Adakah ini Satu Malaysia? Ataupun ini Tipu Malaysia? Inilah Sistem Dua Kaum!

Sebaliknya, Sistem Dua Parti itu berasaskan ideologi, idealisma dan prinsip, tanpa membezakan kaum kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.

Dalam BN, UMNO hanya menjaga orang Melayu, MCA hanya menjaga orang Cina, MIC hanya menjaga orang India, Gerakan itu… tak tahulah dia menjaga siapa.. Itulah BN yang "kamu jaga kaum kamu, saya jaga kaum saya", ini adalah sistem Dua Kaum!

Sebaliknya, di dalam Sistem Dua Parti, kita semua sanak saudara perjuangan, kita menjaga kebaikan antara satu sama lain; setiap warga Malaysia adalah seperti ahli sekeluarga!

UMNO selalu melaung-laungkan "Ketuanan Melayu". Adakah MCA tidak terlihat, tidak terdengar dan tidak terasa, sebab itulah tidak berani untuk menghalangnya? Justeru itu, kita masih mendengar bahawa orang Cina adalah pendatang, tidak berhak menuntut hak yang saksama di Malaysia.

PR berlainan dengan BN. Apa yang kita mahu bukan "Ketuanan Melayu", apa yang kita mahu ialah "Ketuanan Rakyat"! Anwar bukan sahaja bercakap tentang "Ketuanan Rakyat" di depan orang bukan Melayu, tetapi dengan orang Melayu juga beliau cakap yang sama. Saya tidak pasti sama ada pemimpin UMNO berani berhenti melaungkan "Ketuanan Melayu" tetapi menyokong "Ketuanan Rakyat".

Apabila rakyat ataupun pemimpin PR membongkar penyalahgunaan kuasa atau rasuah dan menyoalkan integriti Polis atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah, kami dituduh mencabar institusi Melayu - ini adalah sistem Dua Kaum! Rasuah itu tidak mengenali perbezaan warna kulit. Allahyarham Ahmad Sarbaini, pegawai kastam yang terkorban, bukankan beliau seorang manusia?

Pakatan Rakyat mahu hapuskan rasuah, BN mahukan rasuah! PR akan memastikan pemimpin yang jujur dan kerajaan yang bersih, termasuk mengisytiharkan aset, tender terbuka, ini barulah sistem dua parti! Yang paling penting sekali, menangkap pegawai yang benar-benar rasuah, bukan memfitnah Teoh Beng Hock yang tidak bersalah.

Pihak lawan saya selalu berkata, "Kaum lain menjadi kerajaan, Kaum Cina menjadi pembangkang". Ini salah sama sekali. Sebenarnya, "BN MCA menjadi pembangkang, PR DAP menjadi kerajaan" barulah yang resahkan MCA. Bukan sahaja orang Cina yang menyokong PR untuk berubah, orang Melayu pun sama, jika kami tidak dapat sokongan 40% orang Melayu, tsunami politik tidak mungkin akan berlaku. Saya percaya, saya pun tidak akan berpeluang berdiri di sini sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Chua pun mungkin tidak berpeluang menjadi Presiden MCA.

Dalam sistem yang demokratik, sistem Dua Parti perlu peralihan parti pemerintah secara alternatif. Biar BN tumbang jadi pembangkang, biar PR bangkit jadi kerajaan! Jikalau PR tidak memerintah dengan baik, rakyat berhak bertukar lagi selepas lima tahun. Ini barulah sistem Dua Parti, peralihan parti pemerintah secara alternatif, barulah rakyat akan ada kehidupan yang baik.

Soalan daripada moderator:

Moderator (Tang Ah Chai gambar kanan): Masyarakat Cina sudah mulai mengalu-alukan sistem dua parti sejak tahun 1980. Jikalau kita menggunakan keputusan 2008 sebagai satu rujukan, undi yang diberi kepada BN dan PR adalah lebih kurang separuh masing-masing. Ini menunjukkan separuh rakyat berpuas hati dengan pemerintahan BN, separuh rakyat mempunyai harapan kepada PR. Adakah ini bermaksud sekarang kedua-dua pihak telah mencapai tahap perjuangan dua parti? Macam manakah parti anda memenangi undi yang separuh lagi?

Jawapan daripada LGE:

Kalau PR berpeluang menjadi kerajaan, dasar kami adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat. Sekarang semua harga barang naik, duit tak cukup menampung hidup rakyat, kami hendak meringankan beban rakyat. Kalau jadi kerajaan, kami akan memansuhkan toll Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Kami juga akan meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada 20% bagi Sabah dan Sarawak. Lagi, warga emas. Saya tahu, sejak Pulau Pinang memberi warga emas RM100 setiap tahun, BN ciplak, bukan sahaja BN yang ciplak, MCA pun meniru. Jadi, selain daripada berterima kasih kepada Chua, mereka (ahli MCA) harus berterima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang jugalah. Jika kami boleh mengambil kuasa di peringkat pusat, kami ingin maklumkan warga emas seramai 2.1 juta di seluruh negara bahawa kami janji akan memberi RM1,000 setiap tahun. Ini adalah kebaikan peralihan kerajaan secara alternatif. Kebaikannya adalah bahawa parti dinilai berdasarkan dasar atau polisi mereka, kami hendak jadi "negeri polisi" dan bukan negeri polis. Sekian.
Jawapan bagi Sesi Soaljawab:

LGE: Tadi itu EXCO Perak Mah Hang Soon, kan? Saya rasa kita semua tahu waktu PR menjadi kerajaan di Perak, PR lah yang mulakan inisiatif memberi tanah kepada sekolah, dan juga memberi pajakan tanah kekal kepada penduduk kampung baru dan penduduk miskin. Tetapi sejak BN menjadi kerajaan, ini sudah dimansuhkan. Sebab itu, saya berasa anda tidak layak untuk mempersoalkan sesiapa.

Tentang soalan bahawa kerajaan Pulau Pinang memberi janji kosong, saya nak menekankan bahawa kami sudah menunaikan semua janji pilihan raya. Tentang kenapa tol Sungai Nyior tidak dimansuhkan, para hadirin harus ingat bahawa itu di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Kami belum mengambil kuasa kerajaan pusat, jadi sabarlah… Bila kami mengambil kuasa kerajaan pusat, sudah tentu kami akan memansuhkannya, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Tetapi, walaupun belum dimansuh, kami sudah membina satu jalan untuk memintas tol Sungai Nyior itu, jadi samalah, tidak perlu membayar tol tak munasabah ini.

Kejayaan Pulau Pinang, saya percaya ia boleh dibuktikan. Selepas Mac 2008, semua orang boleh lihat, sentuh dan rasa perubahan yang berlaku. Di Semenanjung Malaysia, papan tanda dwibahasa dengan Bahasa Cina yang pertama didirikan. Papan tanda berbahasa Tamil yang pertama di Malaysia juga terletak di Pulau Pinang. Pulau Pinang pertama kali mendirikan papan tanda berbahasa Arab, juga kerana kejayaan kerajaan PR. Kejayaan Pulau Pinang dalam membanteras rasuah pun yang paling terserlah, sehingga kami dapat pujian Transparency International. Kalau ada orang yang bersalah, kami tidak akan melepaskannya sebegitu sahaja, tetapi Pulau Pinang yang mempunyai rasuah sifar adalah satu hakikat yang diakui oleh organisasi dunia. Kami tidak makan duit itu memang tidak makan duit. Terima kasih.

Soaljawab sesama lain:

CSL (gambar kiri): Kita dengar polisi yang populis, beri RM100, mansuh ini mansuh itu, adakan anda boleh memberitahu atas persada ini apakah model pembangunan masyarakat dan ekonomi Pakatan Rakyat supaya Malaysia boleh keluar daripada situasi berpendapatan rendah dan mencapai pendapatan tinggi, termasuk menunaikan janji-janji dalam Buku Jingga?

LGE: Saya rasa ini perbezaan antara saya dengan Presiden Chua. Beliau tidak risau kepada isu rasuah, saya pula risau sangat tentang isu rasuah. Kita perlu ada satu kerangka untuk mengurus hal ehwal negara. Apakah rancangan untuk membawa pembangunan ekonomi? Saya ingin mengambil model Pulau Pinang sebagai contoh. Ini semua adalah hasil daripada amalan sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mempraktikkan sistem "wang gandakan wang". Sistem ini menekankan empat aspek utama iaitu yang pertama, wang kumpulkan wang melalui inisiatif kerjasama antara pihak awam dan swasta dalam menjalankan projek pembangunan. Kedua ialah wang untungkan wang. Melalui amalan sistem tender terbuka, Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan kos pembiayaan. Ketiga ialah wang hasilkan wang menerusi pendekatan kreatif dan inovatif. Dan yang terakhir ialah wang jimatkan wang. Sekiranya kita tidak makan wang, sudah tentu wang akan sentiasa ada.

Oleh itu, dalam empat tahun berturut-turut ini, Kerajaan Pulau Pinang mendapat keuntungan tiap-tiap tahun dan mampu beri balik duit kepada rakyat melalui Program Warga Emas RM100 setiap tahun, pewaris kepada warga emas yang meninggal dunia akan menerima RM1000 sekali sahaja, malah lahir bayi pun dapat RM200 di bawah Program Anak Emas. Semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang, satu sen pun tidak beri, tetapi dengan prinsip "wang gandakan wang" ini, kami memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang, dan ini sebenarnya dividen anti-rasuah!

Di samping itu, di Malaysia, saya percaya jika kita boleh membanteras rasuah, dan bukan makin banteras makin rasuah, kita boleh menjimatkan banyak wang dan memberi balik kepada rakyat jelata. Inilah janji kami, Pulau Pinang adalah bukti yang terbaik! Jikalau kita berani membanteras rasuah, kita tentu akan perolehi wang. Terima kasih.

Jawapan bagi Sesi Soaljawab & Penutup, LGE:

Pertama sekali saya ingin membalas sesetengah tuduhan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak memberi tanah kepada sekolah Cina, saya rasa ini bukan sahaja hendak menipu diri sendiri tetapi juga hendak menipu orang lain. Ini kerana kami mempunyai bukti, sekolah pun boleh mengesahkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah memberi tanah. Jangan lupa, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sekarang memberi peruntukan yang diinstitusikan kepada semua aliran sekolah, selain daripada sekolah Cina, ada lagi sekolah Tamil, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta Cina. Dulu tidak ada langsung, kini tiap-tiap tahun dapat peruntukan.

Di sini, saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia, beranilah untuk berubah, kita tidak harus serah diri kepada nasib. Kita berhak menikmati peluang yang saksama. Kita tidak harus melutut untuk minta, kita harus bangkit dengan berani dan bermaruah untuk berubah! Kita tidak mahu ditipu lagi, berubah sekarang juga! Tengok, presiden MCA juga sudah berubah, pertama kali berdebat dengan Roket. Tetapi berdebat itu tidak penting, yang penting itu, beranikah MCA cakap "Tak Nak" kepada UMNO?

Kenapa harus cakap "Tak Nak" kepada UMNO? Kerana UMNO menggunakan sentimen perkauman dan agama, termasuk menyokong PERKASA untuk menghasut dan memecah-belahkan rakyat! Kedua, UMNO menyalahgunakan undang-undang yang menyalahi hak asasi manusia. UMNO rasuah, isu Kak Shahrizat dengan Lembu itu hanya "tip of the iceberg". Yang lagi serius itu, dalam 10 tahun yang lalu, sejumlah RM1 trillion wang haram (rasuah) telah dibawa keluar dari negara ini secara curi-curi. Yang ini (RM1 trillion) macam mana kira?

Seperti apa yang diakui oleh mantan presiden MCA Ong Tee Keat tentang MCA bekerjasama dengan UMNO, dulu MCA sekurang-kurangnya boleh makan semeja saki baki hidangan UMNO. Sekarang paling baik pun dapat cebis dan sisa roti sahaja.

Ramai Melayu tidak dapat menikmati pembangunan negara, tidak ada RM250 juta untuk menternak lembu, kerana terlalu banyak "buah-buah yang baik dimakan oleh kroni BN", rakyat hanya boleh tertunggu-tunggu, makan sisa buah!

Masalah yang dihadapi masyarakat Cina, saya percaya para hadirin pun tahu, berlonggok-longgok, kita semua tahu apa masalahnya. Selain daripada masalah sijil sekolah swasta (UEC) tidak diakui, sekolah Cina tidak mendapat peruntukan yang mencukupi, guru-guru yang tidak arif berbahasa Cina dihantar ke sekolah Cina, ada juga masalah guru sandaran yang belum diselesaikan. Oleh itu kesemua isu peluang yang tak saksama dalam ekonomi dan pekerjaan ini, saya percaya bukan sahaja orang Cina tetapi kaum lain juga menghadapinya. Oleh sebab itu kita harus mengambil peluang ini untuk berusaha dengan kaum lain untuk membawa perubahan.

Apa yang kita menitikberat sekarang adalah masa hadapan anak-anak kita. Masa depan generasi saya sudah dirompak BN selama 50 tahun ini, jangan biar masa depan anak-anak kita dirompak juga. Oleh itu, kita sedang menunggu peluang untuk berubah.

Pagi ini sebelum saya datang, saya beritahu anak perempuan saya, kalau ada peluang, saya hendak menjadi suara generasi muda kamu. Saya harap kita ada polisi yang terbuka untuk membolehkan kamu tinggal di sini, jangan berhijrah keluar lagi. Kita hendak menitikberatkan bakat. Ingat, hanya dengan menitikberat, menghargai dan memilih bakat, barulah masa depan Malaysia akan cerah dan makmur.

Kita lihat Korea Selatan, pada tahun 1970, pendapatan purata mereka hanya USD260 seorang, pada tahun 1970 Malaysia lebih baik, ada USD380. Tetapi sekarang Korea Selatan sudah melangkaui Malaysia, sekarang Malaysia mempunyai pendapatan purata USD7760, manakala Korea Selatan sudah mengecapi USD20,000!

Kenapa Korea Selatan boleh menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi Malaysia masih terkandas? Faktor terutama ialah Korea Selatan adalah negara demokrasi, ada sistem Dua Parti, ada peralihan parti pemerintah secara alternatif. Oleh itu, sekiranya kita mahu berubah, kita mahu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu ada keberanian untuk bangkit dan berubah, ada keberanian untuk merealisasikan sistem dua parti. Jalan ini sememangnya tidak mudah, tetapi saya mahu mengingati semua, kerjasama kami dengan PAS, PKR adalah satu manifesto deklarasi yang bertulis, Ini sudah diumumkan kepada semua, PAS ada ideologi PAS, DAP ada ideologi DAP, tetapi jangan lupa, PAS tidak pernah membunuh walau seorang pun orang Cina. Ini realiti, biarlah kita bertabah hati, bertekad untuk berubah, walaupun susah, tetapi demi generasi muda, kita harus sempurnakan jalan perubahan ini! Sekian.

*Teks ini disediakan dari pejabat Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang.