Sabtu, 2 Julai 2011

Pinjam KWSP RM6 bilion, Felda rugi: Anwar tuntut siasatan

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak siasatan dilakukan terhadap tindakan Felda meminjam sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP.

Anwar juga mempersoalkan pihak yang mengarahkan KWSP meminjamkan jumlah yang begitu besar dan tidak pernah dibentangkan di parlimen.

Menurut Anwar, pihaknya percaya bahawa bayaran balik bagi pinjaman berkenaan akan ditangguhkan kerana kerugian yang ditanggung kumpulan Felda, Felda Global Ventures.

“Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian,” kata Anwar ketika sidang media di lobi parlimen hari ini.

Anwar berkata, pelaburan tersebut yang dibuat menerusi Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia semuanya mencatatkan kerugian terkumpul daripada tahun 2007 hingga 2010 hampir RM500 juta.

Menurutnya lagi, pihaknya juga difahamkan bahawa pelaburan yang dibuat di Twin Rivers Technologies AS, sebuah kilang minyak dan lemak di AS, adalah pelaburan terburuk yang pernah dibuat dalam sejarah korporat Malaysia- dengan Pelaburan awal sebanyak RM175 juta.

“Kami difahamkan selepas Felda Global Technologies memperoleh Twin Rivers Tecnologies US, Bank of America telah menuntut USD100 juta pinjaman kepada Twin Rivers Technologies US, sehingga Felda Global harus mengambil RM300 juta pinjaman dari CIMB untuk membayar kepada Bank of America.

“Difahamkan juga Felda Global telah menghabiskan sebanyak RM600 juta untuk kilang penghancur di Kanada di bawah anak syarikat Twin Rivers Technologies US, TRT ETGO Kanada, yang sampai sekarang tidak pernah membuat sebarang keuntungan,” katanya lagi.

Beliau dalam masa sama menimbulkan persoalan samada Felda Global telah membuat pinjaman daripada TRT ETGO Kanada sekitar RM100 juta.

Anwar berkata, sekiranya benar Felda telah meminjam sebanyak RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, Pakatan Rakyat menuntut siasatan dilakukan, sama seperti penyiasatan yang dibuat ke atas Sime Darby.

Menurutnya, siasatan juga perlu dilakukan terhadap pengurusan Kumpulan Felda seperti Ketua Pegawai Strateginya, Suzana Wati Idayu Othman dan lembaga pengarahnya, yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negara.

“Mereka perlu bertanggungjawab di atas kecuaiaan mereka lakukan. Di bawah Akta Felda, keputusan pelaburan semua Kumpulan Felda pada dasarnya memerlukan kelulusan Menteri yang bertanggung jawab atas Felda, yang sejak tahun 2007, dijawat oleh Dato ‘Seri Najib Tun Razak.

“Sama ada kerugian dalam pelaburan itu telah didedahkan kepada Dato ‘Seri Najib atau tidak didedahkan kepada Dato’ Seri Najib oleh pihak pengurusan Global Felda, kerugian dalam pelaburan itu adalah tanggungjawab pengurusan Felda Global dan Dato ‘Seri Najib.

“Siasatan perlu dilakukan dan didedahkan kepada rakyat,” tegasnya.

Bersih: Jangan panik jika polis tangkap anda – peguam

KUALA LUMPUR: Peserta Perhimpunan Bersih 2.0 dinasihatkan supaya tidak panik sekiranya ditangkap polis, kata peguam Hak Asasi Manusia, Lawyers For Liberty (LFL) dalam forum anjurannya bertajuk ‘Hak Untuk Berhimpun’.

Forum tersebut menampilkan panel yang terdiri daripada N. Surendran, R. Sivarsa dan Latheeya Koya yang dipengerusikan Fadiah Nadwa Fikri di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, semalam.

Latheefa berkata, perkara asas yang perlu dilakukan apabila seseorang ditangkap kerana menyertai perhimpunan aman ialah bertenang dan menggunakan sebaik mungkin hak yang mereka ada.

“Jika Polis itu tidak berpakaian seragam, pastikan dia menunjukkan kad kuasanya dan jika kad kuasa itu berwarna merah, bermakna pegawai itu sedang digantung tugas dan tiada kuasa apa-apa terhadap anda,” katanya di hadapan lebih 100 orang.

Menurutnya, jika sebaliknya, orang ramai perlu memastikan nama, nombor ID, nombor pendaftaran kereta atau motorsikal mereka dicatat kerana semua itu amat penting.

Latheefa berkata, seseorang hanya ditahan sekiranya mereka bertanya ‘Adakah saya ditangkap’ dan dijawab ‘ya’ oleh pihak polis, atau tidak dibenarkan berlalu, atau mahu dibawa ke balai polis, atau digari.

Namun katanya, tangkapan tidak sah sekiranya pihak polis tidak memberitahu alasan tangkapan itu dibuat.

"Perkara asas apabila anda ditangkap atau ditahan Polis ialah jangan panik, bertenang dan gunakan sebaik mungkin hak anda untuk tindakan seterusnya- Latheefa

“Pastinya, semasa tangkapan, Polis tiada hak memukul atau merampas barangan peribadi seperti dompet dan telefon bimbit kecuali selepas anda dihantar ke lokap untuk tahanan.

“Barang itu perlu direkodkan dalam Borang Senarai Rampasan dengan memastikan barangan dipulangkan sebaik anda dibebaskan,” katanya.

Pastikan balai atau lokap yang dihantar

Orang ramai yang ditahan juga perlu memastikan mereka dihantar ke lokap yang dinyatakan pegawai polis dan bukan dibawa ke tempat lain atau balai Polis lain.

“Semasa ditangkap, setiap tahanan berhak membuat satu panggilan telefon kepada keluarga, rakan dan peguam dengan memaklumkan masa, tempat, alasan ditangkap dan di balai polis mana anda di bawa dengan tempoh siasatan terhad dalam tempoh 24 jam sahaja.

“Jika Polis ingin meneruskan tempoh itu, mereka mestilah membawa anda ke hadapan Majistret dan pastikan anda tahu nama serta pangkat Polis yang menyoal siasat anda,” katanya.

Semasa soal siasat, katanya, lazimnya polis bersifat mesra pada awalnya dengan bertanyakan pelbagai perkara untuk mencungkil maklumat.

“Namun hanya nama, alamat, pekerjaan, dan umur sahaja yang boleh anda berikan dan selain itu anda wajar berdiam diri dengan berkata ‘Saya menggunakan hak berdiam diri di bawah seksyen 112 (2) atau ‘saya menggunakan hak berdiam diri dan akan menjawab di mahkamah’,” katanya.

Latheefa berkata ia penting bagi mengelakkan tahanan terperangkap dengan soalan mengelirukan kerana setiap rekod akan menjadi bukti di mahkamah.

“Jika anda diugut atau dipaksa memberi kenyataan, anda berhak membuat laporan polis terhadap pegawai itu,” katanya.

Sekiranya, seseorang di hadapkan ke mahkamah kerana berhimpun secara aman, mereka disaran supaya tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan.

“Selepas itu, anda juga berhak dilepaskan, dengan ikat jamin Mahkamah di bawah seksyen 29 Kanun Acara Jenayah serta boleh memohon mengurangkan ikat jamin dengan mengemukakan tanggungan anda,” katanya.

Khutbah kecam Bersih seret masjid dalam politik, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 2 Julai — Langkah menjadikan isu Himpunan Bersih 2.0 sebagai fokus khutbah Jumaat di Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri lain semalam secara langsung menunjukkan masjid turut diseret ke dalam politik, demikian menurut penganalisis politik Prof A. Aziz Bari.

Katanya, beliau juga tidak fikir wajar isu Himpunan Bersih 2.0 diseret ke dalam khutbah kerana ia sebenarnya usaha masyarakat sivil untuk membersihkan sistem pilihan raya daripada penipuan dan selaras dengan tuntutan perlembagaan.

“Khutbah Jumaat hari ini (semalam) menghentam Bersih. Ini membawa politik ke dalam masjid. Masjid perlu memperkatakan yang benar dan seimbang, bukan yang berat sebelah dan mungkin, palsu.

“Saya tak fikir apa yang disebut oleh Datuk Che Mat Che Ali, Pengarah Jawi wajar. Beliau sepatutnya tidak menunjukkan bahawa Jawi yang sepatutnya di bawah Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam Wilayah, memihak kepada Umno-BN,” kata Aziz yang juga pakar perlembagaan.

“Kita semua tahu Umno-BN takut perhimpunan Bersih. Saya juga tidak fikir wajar isu Bersih diseret ke dalam khutbah kerana ia adalah usaha masyarakat sivil untuk membersihkan pilihan raya daripada penipuan dan selaras dengan tuntutan perlembagaan,” katanya.

Selepas dikecam hebat dalam media arus perdana, Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai turut menjadi fokus khutbah Jumaat, termasuk di Wilayah Persekutuan semalam, dengan menyifatkan penganjurnya sebagai gerakan pelampau.

Malah, ketika dihubungi The Malaysian Insider, Che Mat mengesahkan perkara itu dan berkata sebanyak 150 masjid termasuk di Putrajaya akan membacakan khutbah bertajuk “Memelihara Nikmat Keamanan”. “Ya...ya... kita akan gunakan khutbah khas itu sebab penting satu keamanan yang kita kecapi tidak mudah kita musnahkan,” katanya.

Teks khutbah itu berkata memelihara keamanan adalah satu perkara yang dituntut dalam semua agama.

“Sejarah telah membuktikan Nabi Ibrahim semasa meneroka pembukaan Mekah sebagai pusat ibadah dan tanah suci telah mendoakan agar Mekah dikurniakan Allah SWT dengan keamanan dan kemakmuran. Kita juga telah menyaksikan betapa rugi dan malangnya negara-negara yang dilanda kekacauan, persengketaan dan perpecahan,” katanya. “Negara-negara berkenaan bukan sahaja ketinggalan dan mundur dalam aspek kemajuan dan pembangunan, malah keselamatan hidup seharian pun sentiasa terancam,” kata khutbah khas itu.

Keseluruhan teks khutbah yang diperoleh memfokus ke atas Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), yang mendapat sokongan padu Pakatan Rakyat dan lebih 60 pertubuhan bukan kerajaan.

Aziz yang juga ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa menambah, khutbah kali ini juga jelas mengajak atau mengelirukan umat Islam, yang “saya fikir tidak sebodoh itu.”

Justeru kata beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak ke atas Pengarah Jawi yang peranan politiknya telah banyak diperkatakan.

“Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak kerana baginda sebagai ketua agama tidak perlu ikut nasihat kerajaan.

“Jika tidak, kita bimbang imej baginda akan tercemar kerana apa yang disebut di atas menunjukkan yang pentadbiran agama dikawal oleh orang politik. Ini yang hendak dielakkan oleh perlembagaan,” katanya lagi.

Sambil berkata “cukuplah mereka gunakan RTM dan media milik mereka” untuk mengecam Himpunan Bersih 2.0, Aziz juga berkata menggunakan masjid akan memalukan umat Islam khususnya apabila majlis perundingan agama bukan Islam juga telah menyokong langkah Bersih.

“Tidakkah itu memalukan? Seolah-olah Islam tidak prihatin kepada keadilan dan kebersihan pilihan raya,” kata Aziz lagi sambil bertanya “siapa yang membuat huru-hara?” “Semua orang tahu jawapannya. Tapi bukan peserta perhimpunan seperti yang kita lihat di Pulau Pinang

LEBAI GEROMBOLAN LEBAI UPAHAN

ARUS PERTUKARAN TELAH BERMULA



KEMPEN ANTI-BERSIH NAIK MIMBAR JUMAAT
- mkini

Kempen anti-BERSIH oleh kerajaan nampaknya sudah naik ke mimbar masjid apabila khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini melarang umat Islam hadir berdemonstrasi pada 9 Julai ini.

Dengan menggunakan label yang keras seperti pengkhianat dan pelampau terhadap penganjur dan pesertanya, khutbah masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya mendakwa perhimpunan BERSIH haram diikuti umat Islam kerana boleh "mencampakkan manusia dalam kebinasaan".

…JELAS INILAH CONTOH AGAMA DIJADIKAN CANDU…. kah kah kah..

…JELAS BAGAIMAANA AGAMA DIGUNAKAN UNTUK MEMBODOHKAN ORANG MELAYU…. kah kah kah…

..JELAS BAGAIMANA AGAMA DI GUNAKAN UNTUK MEMASTIKAN YANG ZALIM DAN JAHIL TERUS BERKUASA…kah kah kah

… JELAS ADA AGAMAWAN YANG DI UPAH UNTUK BODOHAKAN MELAYU…. kah kah kah…

…BILA MEAYU TERUS BODOH… GEROMBOLAN DAPAT BERKUASA…. kah kah kah..

…BILA MELAYU JADI CERDIK…. GEROMBOLAN GULUNG TIKAR…kah kah kah…

Jumaat, 1 Julai 2011

Terima Kasih TNB kerana membantu menjahanamkan Kerajaan UMNO/ BN

Analisis Isu "Samada kita perasan atau tidak bil eletrik bulan ini mencanak naik antara 30 -50 peratus. Lazimnya bila TNB berhasrat untuk menaikkan bil maka akan diwar-warkan 1 malaysia. Tapi kali ini nampak lain sikit. Ribut tak de hujan tak de tetiba TNB dah naikkan tariff eletrik melalui cari pengiraan bill berbelit dan penuh strategi. Ramai yang mengeluh. Termasuk pak cik dan mak cik ahli UMNO kat kampong. Dah la harga barang-barang keperluan harian yang tidak pernah tahu apa istilah turun harga di tambah lagi dengan kenaikan caj eletrik, menyebabkan ramai pihak termasuk ahli UMNO yang berdendam kepada Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Di tambah dengan sindiran penyokong Pakatan Rakyat ahli UMNO boleh dapat diskaun bill TNB dengan syarat tunjukkan bukti keahlian UMNO. Bertambah bengang penyokong UMNO terhadap kerajaan UMNO ciptaan Najib 1 Malaysia. Terima kasih TNB kerana turut membantu menjahanamkan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Apabila TNB naik bill yang jadi sasaran rakyat ialah kerajaan UMNO dan BN. Tu yang seronok tu. Semua orang tahu TNB asalnya adalah agensi kerajaan yang tugasnya membekalkan tenaga eletrik kepada seluruh rakyat Malaysia. Nama asalnya adalah LLN (Lembaga Letrik Negara) Ketik era LLN memang ia benar-benar menyediakan kemudahan eletrik kepada rakyat Malaysia dengan kadar bayaran yang amat munasabah. Ia tidak berorientasikan keuntungan. Ia benar-benar bekerja untuk memberi khidmat terbaik untuk rakyat.

Namun apabaila LLN ditukarkan menjadi TNB (Tenaga Nasional Berhad) maka ia telah menjadi sebuah syarikat korporat yang telah sampai ke tahap keparat. Semua pekerja TNB semua peringkat diajar dan dilatih bagaimana nak maksimakan keuntungan dan mengurangkan kos sepanjang masa. Soal kebajikan rakyat tidak lagi menjadi keutamaan. Kerana mereka tahu rakyat tidak mempunyai alternative lain untuk mendapatkan tenaga eletrik. Apa jadi pun rakyat akan tetap membeli daripada mereka. Yang agak bernasib baik tidak lain tidak bukan ialah pekerja TNB sendiri. Mereka tidak lagi perlu beratur panjang untuk dapatkan rawatan di klinik / hospital kerajaan. Mereka cuma perlu pergi ke mana-mana pusat rawatan pakar yang semakin bercambah untuk dapatkan rawatan. Di sana segala-galanya bersifat esklusif. Tidak seperti mana keadaan di hospital kerajaan. Ada juga pekerja-pekerja TNB yang dapat diskaun bekalan eletrik. BIla bermesyuarat ketua-ketua esekutif TNB hanya bermesyuarat di hotel-hotel 5 bintang. Mengalahkan pengarah-pengarah Jabatan Kerajaan yang hanya bermesyuarat di hotel 3 atau empat bintang. Tu pun tengok hotel mana sebab banyak hotel 3 dan 4 bintang dah naikkan kadar pakej mesyuarat.

Kemudahan yang diterima oleh kakitangan TNB adalah baik. Tetapi harus diingat setiap keuntungan yang diperolehi oleh TNB yang bakal dinikmati oleh pekerja TNB adalah penderitaan seluruh rakyat Malaysia kerana terpaksa membayar lebih tinggi untuk bil eletrik . TNB tidak seperti petronas yang bergerak diluar negara untuk menjalankan perniagaannya. Keuntungan utama TNB hanyalah datang dari poket seluruh rakyat Malaysia yang terpaksa bayar bill eletrik yang lebih tinggi. Untuk memaksimakan keuntungan TNB tiada cara lain selain menaikkan caj bill eletrik. Maka rakyatlah akhirnya yang menjadi mangsa dan menderita.

Siapakah yang menjadikan TNB sebuah syarikat korporat yang keparat? Orang ramai tidak nampak ia berpunca dari pengarah urusan TNB walau pun ia menerima lebih sejuta setahun untuk gaji beliau. Atau esekutif TNB atau pekerja bawahan TNB yang bekerja siang dan malam. Tapi yang orang ramai nampak tidak lain dan tidak bukan semuanya berpunca dari Kerajaan UMNO/ BN yang pada satu masa duhulu yang beria-riakan untuk menswastakan LLN hingga menjadikannya syarikat korporat yang keparat. Sekali lagi syabas dan tahniah TNB kerana berjaya menambahkan kemarahan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional."