Sabtu, 11 Jun 2011

Mat Zain: Panel SPRM tiada kuasa bebas AG

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membidas panel Semakan Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana membebaskan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail daripada sebarang salah laku ketika menunaikan ibadah haji dengan seorang lelaki yang mencurigakan bernama Shahidan Shafie.

NONEDalam surat terbukanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertarikh hari ini, Mat Zain berkata tindakan melepaskan Gani memang sudah dijangkakan dan rakyat kini mulai bosan melihat SPRM yang sanggup berbohong demi menyelamatkan peguam negara daripada didakwa.

Tindakan sedemikian, katanya akan menyebabkan orang ramai hilang keyakinan dengan SPRM dan menyebabkan kerja-kerja baik yang dilakukan oleh agensi berkenaan dianggap hanya sebagai sandiwara sahaja.

“Pada pendapat saya persoalan sama ada Tan Sri Hadenan serta ahli-ahli jawatankuasa beliau berpuas hati atau sebaliknya, berkaitan siasatan SPRM itu tidak timbul,memandangkan beliau tidak ada kuasa untuk berbuat apa-apa sekalipun beliau tidak berpuas hati...

“Saya berpendapat bahawa tindakan Tan Sri Hadenan membuat pengumuman berkaitan pemergian Peguam Negara ke-Mekah sedemikian itu, sekadar merupakan suatu eksesais “white-washing” yang tidak teratur dan sia-sia,bertujuan untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah, berdasarkan daripada penerangan yang saya berikan,” katanya dalam surat itu yang salinannya diberikan kepada Malaysiakini, hari ini.

Mat Zain mengulas pengumumkan jawatankuasa itu yang membebaskan Gani berkaitan isu pemergiannya ke Mekah.

“Beliau didapati bersekongkol dengan seorang Shahidan Shafie yang dikatakan sebagai seorang proksi kepada Tan Sri Tajuddin Ramli yang sedang menghadapi penyiasatan SPRM berkaitan skandal MAS. Hubungan erat antara Gani Patail dengan Shahidan seperti ahli keluarga didakwa telah mempengaruhi Gani Patail untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Tajuddin,” katanya.

Siapa La Nak Tiru Negara berkebajikan ala Najib memanjang je terus tekan rakyat?

Presiden Umno, Najib Razak berkata, perjuangan menjurus kepada negara kebajhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6dHuoBWC-6c7ONONeIZeey3ULsWMfyVEFUgYNeKVElYkKpCf0cS2tKPT9EN-RAkOxuWBuIJMRurA1FYwZx4SQhKHjCcspqzWZH7du7iJwNns642_bb_0_I0IzGHKlgaAt_O0fUafbKbY/s400/Najib+Razak.jpgikan "yang baru terfikir oleh PAS" sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Bernama memetik Perdana Menteri berkata, PAS sepatutnya tidak mengambil modal yang dilaksanakan BN untuk mewujudkan negara kebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan.

Benarkan negara Malaysia sekarang negara berkebajikan.?
Bolehkah sesebuah negara dikatakan negara berkebajikan sedangkan :-

1) Rakyat semakin sengsara dengan kenaikan harga minyak, gula, tarif elektrik dan barangan akibat tindakan kerajaan menarik balik subsidi kepada rakyat tetapi pada masa yang sama meneruskan subsidi kepada kroni contohnya IPP. Malah Petronas juga semakin untung tetapi subsidi rakyat dikurangkan.

2) Kos pendidikan semakin meningkat dan rakyat terpaksa meminjam wang dari kerajaan dan terpaksa membayar dengan interest 4 % setahun. Sepatutnya sebuah negara yang dikatakan berkebajikan pendidikan sepatutnya percuma

3) Pemimpin kerajaan dan kroni-kroni mereka kaya raya sedangkan rakyat semakin terhimpit

4) Badan penguatkuasa, kehakiman, SPR, JPN dilihat tidak lagi telus dan menjaga kepentingan rakyat dan umum sebaliknya lebih banyak menyebelahi kerajaan dan BN.

5) Gaji dan pendapatan rakyat terbanyak tidak naik atau naik pada kadar yang sangat minimum sedangkan kos sara hidup meningkat mendadak.

5) Kos perubatan juga semakin meningkat.
dan banyak lagi ..............

PAS lapor SPRM isu Hospital Shah Alam


SHAH ALAM, 10 Jun: Isu Hospital Shah Alam yang sepatutnya siap akhir 2010, hari ini dilapor secara rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Petang tadi, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyerahkan memo bantahan kerana mempunyai unsur penyelewengan dalam projek hospital itu kepada SPRM Selangor, dekat sini.

Menurut Khalid, pihaknya telah menerima beberapa dokumen berhubung projek bernilai RM482 juta itu yang kini terbengkalai.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, dokumen-dokumen itu menimbulkan kesangsian pihaknya terhadap ketelusan perjalanan projek serta pengurusannya.

Laporan berlangsung selama dua jam itu telah diterima sendiri Pengarah SPRM Selangor, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Ja'afar Mahad di pejabatnya.

Kata Khalid, dokumen itu adalah surat Frontier Structure (FS) Sdn Bhd pada 23 Ogos 2010 kepada Pengarah Sunshine Fleet (SF) Sdn Bhd yang menawarkan nilai sub-kontrak bernilai RM30 juta sekiranya pembinaan diserahkan kepada FS.

Dokumen lain adalah surat Kementerian Kewangan pada 22 Mac 2011 mengarahkan tender yang telah diputus dibatalkan dan dipanggil kembali GM Healtcare Sdn Bhd dan FS dalam tender baru.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam itu, SF merupakan kontraktor utama projek ini yang berjaya mendapat projek ini secara rundingan terus pada 2008.

"Kemampuan mereka mendapat projek ini secara rundingan terus adalah bukti hubungan rapat mereka dengan pihak Kementerian Kewangan Malaysia .

"Tawaran RM30 juta dijangka sebagai insentif menggunakan pengaruh mereka supaya tender dipanggil semula dengan FS dijemput menyertai tender baru," jelasnya.

Khalid berkata amat menghairankan bagaimana syarikat tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sebagai kontraktor Kelas A disebut untuk dijemput menyertai tender sebegini.

Katanya, dengan dibekalkan surat dari FS kepada SF adalah jelas ia dilakukan bukan secara kebetulan sebaliknya hasil penyalahgunaan pengaruh yang didorong ganjaran tertentu.

Adalah juga disyaki penundaan tender adalah untuk memungkinkan FS memperolehi pendaftaran sebagai kontraktor Kelas A.

Ketua Pemuda PAS Kawasan, Mohd Hilmi Radzuan mendesak pihak berkaitan segera selesaikan pembinaan hospital itu kerana melibatkan kebajikan rakyat Shah Alam sekitar sejuta orang.

"Amat malang Bandaraya Shah Alam sebagai sebuah ibu negeri Selangor yang paling maju di negara ini tetapi belum mempunyai hospital sendiri dan terpaksa menumpang di Klang, Kuala Lumpur dan Sungai Buloh.

"Perasaan rakyat lebih menderita bila timbul isu projek terbengkalai sudah beberapa tahun terakhir sedangkan sakit setiap hari menyerang rakyat," tegasnya.

Jumaat, 10 Jun 2011

Hakim enggan undur, Anwar bakal dipenjara- Presiden Aliran

KUALA LUMPUR: Sejak hari pertama perbicaraan kes Fitnah II berlangsung, semua jentera kerajaan digunakan untuk memastikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Ini kerana sekiranya Anwar bebas, ia menandakan Barisan Nasional (BN) bakal tersungkur tidak lama lagi.

Demikian dinyatakan, P Ramakrishnan, Presiden Aliran Kesedaran Negara (Aliran), sebuah gerakan pelbagai etnik berpusat di Pulau Pinang yang memperjuangkan reformasi dalam sistem keadilan, kebebasan dan perpaduan.

Ramakrishnan menyatakan pendapatnya itu dalam rencana terbarunya berjudul “Anwar akan dipenjarakan – walau apa cara sekalipun” dalam laman web gerakan itu.

Menurut Ramakrishan, perkara paling menghairankan setakat ini adalah keengganan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus menghakimi perbicaraan itu walaupun diminta berbuat demikian sebanyak tiga kali oleh peguambela.

“Perkara yang paling menghairankan adalah keengganan Hakim Zabidin menarik diri daripada terus menghakimi perbicaraan itu. Sebaik sahaja tertuduh merasakan dirinya tidak dihakimi dengan adil, itu sudah cukup untuk memastikan hakim ditukar bagi memastikan tertuduh memperoleh keadilan yang sewajarnya,” kata Ramakrishnan.

Satu lagi soalan penting yang masih belum terjawab sehingga kini, katanya, adalah persoalan mengenai DNA Anwar yang diperoleh pada tahun 1998, tidak digunakan polis untuk proses mengenalpasti DNA Anwar pada bukti yang diperolehi.

Menurutnya, polis memerlukan bukti DNA baru untuk mensabitkan Anwar kerana jika DNA tahun 1998 digunakan, konspirasi untuk memfitnah Anwar akan terbongkar.

Selain daripada polis, rakyat juga percaya bahawa mahkamah bersekongkol untuk menafikan akses Anwar kepada beberapa dokumen penting walau pun mahkamah sepatutnya memastikan tertuduh memperolehi perbicaraan yang adil.

“Apabila seorang individu mendakwa menjadi mangsa rancangan jahat polis, mahkamah perlu memberikannya akses kepada dokumen penting yang diperlukan untuk mempertahankan dirinya. Berlawanan dengan amalan keadilan ini, mahkamah menafikan Anwar maklumat ini,” kata Ramakrisnan.

Beliau turut mempersoalkan sebab laporan perubatan daripada Hospital Pusrawi yang ditandatangani Dr Mohamed Osman tidak pernah digunakan di mahkamah sehingga ke hari ini.

Laporan itu mengesahkan Saiful tidak pernah diliwat sesiapa pun sewaktu beliau membuat laporan polis kononnya diliwat Anwar.

Menurut Ramakrishnan, orang ramai juga tertanya-tanya apakah penghakiman akhir yang akan disampaikan Hakim Zabidin kerana sekarang lagi beliau sudah menyimpulkan kononnya Saiful adalah saksi berwibawa dan boleh dipercayai.

Zabidin juga membuat kesimpulan keterangan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan terdapat penetrasi menggunakan pelincir, serta tiada kemungkinan bukti telah diubahsuai dan kesemua bukti yang dikemukakan saksi juga amat kukuh.

“Jika ada sebarang penemuan yang bercanggahan (dengan kesimpulannya), ia pasti menjejaskan kesimpulan dibuatnya yang membuatkan beliau memerintahkan Anwar untuk membela diri,” kata Ramakrishnan.

ASB/ASN nie dah jadi Haram Jadah..

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional

Dah Lama Asn Dan Asb Haram

Oleh: mohdnoorawang

"Syabas sidang Mufti Selangor, ahli jawatankuasa majlis fatwanya berkata "Pelaburan ASN dan ASB adalah haram dsisi hukum syariah Islam."

Mengapa baru sekarang Majlis Fatwa Negeri Selangor mengatakan haram pelaburun bentuk pelaburan ASN dan ASB?. Kedua mengapa semasa era negeri Selangor dibawah kuasa BN/UMNOporno tidak menyatakan haram atau sebaliknya pelaburan ASN dan ASB?.

Sebenarnya pelaburan ASN dan ASB sejak mula dilancarkan oleh kerajaan BN/UMNOporno diragukan hukumnya. Yang jelas pelaburannya tidak mengikut sepenuhnya kaedah pelaburan Islam. Pelaburan ASN dan ASB banyak tertumpu kepada kaeadah pelaburan konvensional.

Walauapa pun diucapkan syabas kepada kerajaan negeri Selangor dibawah pakatan rakyat dan majlis fatwa Negeri Selangor dan Muftinya bertindak sedemikian mengenai pelaburan ASN dan ASB.

Negeri Selangor bertindak bijak dan mendahului kerajaan negeri yang lain walaupun agak terlewat, Tak mengapa asalkan berindak mengikut lunas lunas Islam."