| JANGAN LUPAKAN RAKYAT YANG SEDANG SENGSARA |
| Mari kita fikirkan sejenak apa nasib rakyat yang fakir dan miskin yang masih ramai di bumi Malaysia ini. Lebih memilukan mereka disengsarakan lagi dengan pengumuman kenaikan harga minyak, gas dan gula baru-baru ini. |
Isnin, 26 Julai 2010
| 30 PENGKHIANATAN UMNO |
| Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu : |
| PELABURAN MERUDUM |
| Kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus ke negara ini menghilangkan kelayakan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Dalam sebuah negara Perdana Menteri adalah Ketua Pegawai Eksekutuf (CEO) yang bertanggungjawab untuk membawa pulangan yang lumayan pada negara dari sejumlah wang yang telah dibelanjakan. "Kejatuhan kedatangan pelabur asing sebanyak 81% telah menghilangkan kelayakkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. "Najib seharus berundur secara terhormat demi untuk menyelamatkan satu Malaysia "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. KPI dan NKRA diperkenalkan oleh pentadbiran Najib untuk mengukur adalah pencapaian dalam pengurusan. "Dalam sektor korporat perkembangan begini adalah gambaran gagalnya seorang CEO. CEO seperti ini akan dipecat kerana tidak produktif dan gagal membawa pulangan keuntungan kepada syarikat. Kejatuhan 81% kemasukan pelabur asing adalah satu pencapaian buruk dan memalukan. "Bersediakah Najib untuk berundur? "Tentu tidak dan Najib akan kata business as usual. Inilah budaya 'tidak apa' Umno yang merosakkan negara," kata Mahfuz. Beliau melihat kejatuhan pelaburan asing yang begitu teruk itu adalah akibat dari gejala rasuah dan kepincangan sistem perundangan negara sehingga persepsi pelabur antarabangsa terhadap Malaysia begitu buruk sekali. Menurut beliau, bagi pelabur asing, mereka akan melabur di tempat lain selain Malaysia apabila di Malaysia mereka berhadapan dengan rentetan birokrasi yang kronik dan juga terpaksa membayar tukang-tukang lobi yang mewakili ahli-ahli kabinet dan isteri serta keluarga mereka. "Fenomena ini membawa kepada rasuah berleluasa. Di Malaysia Umno mengamalkan konsep who you know, not what you know. Kalau hendak kelulusan menteri, perlu bekerjasama dengan balaci-balacinya." kata beliau. Menurut beliau lagi, pelabur-pelabur asing juga tidak berminat kepada Malaysia apabila melihat kepincangan sistem perundangan dan keadilan negara. "Kes Lingamgate, kes rampasan kuasa Umno Barisan Nasional (BN) di Perak, kes sodomi kedua dan lain-lain memberi gambaran law of rule bukan rule of law," katanya. Begitu juga dengan kepincangan pengurusan di Sime Darby, Felda, Maybank dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain, kata beliau, kesemuanya memberi tanggapan buruk kepada pelabur-pelabur asing. "Mereka melihat di Malaysia tidak ada budaya accountability dan responsibility. "Sime Darby rugi berbillion, ahli lembaga pengarah masih ada, tidak ada sesiapa yang dikenakan tindakan undang-undang atau diberhentikan. "Maybank buat pelaburan bodoh di Indonesia dengan membeli Bank Internasional Indonesia, CEOnya dilantik jadi menteri kabinet, sekarang jadi Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). Felda susut rizab tunai berbillion ringgit, Najib terus jadi Perdana Menteri yang menguruskan Felda dan (Datuk) Ahmad Maslan terus jadi Timbalan Menteri. "Mana dia accountability dan responsibility? Pelabur tidak akan melabur di negara yg tidak ada budaya accountability dan responsibility," tegas beliau. Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah FDI ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu. Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada tahun 2008 (Perangkaan diambil kira berdasarkan nilai US$1 = RM3.20650). Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005. Prestasi Malaysia juga dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak mengecut dengan teruk di sebalik menerima tempiasan krisis kewangan dunia itu. Thailand kehilangan RM14.24 bilion manakala Indonesia pula hanya berkurangan RM8.32 billion dalam FDI mereka, tahun lalu. Kejatuhan mendadak itu yang dikatakan paling buruk dalam 15 tahun menyaksikan jumlah terkumpul FDI yang mengalir keluar melebihi jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM3.21 bilion. |
Sabtu, 24 Julai 2010
UMNO yang ditunggangi oleh MCA dan Gerakan dalam memerintah Pulau Pinang selama 50 tahun, tidak pernah atau gagal memikirkan apakah bantuan sebagai kerajaan yang mereka boleh hulurkan kepada warga Pulau Pinang.Biarpun dikalangan mereka itu terdapat ramai cerdik pandai yang berkebolehan samada bijak melakukan pentadbiran mahupun bijak dalam memikirkan bagaimana mereka boleh membina harta dari kuasa dan pangkat yang ada.
Ramai juga pemimpin UMNO yang kini menjadi pembangkang di Pulau Pinang berkemampuan dalam menjadikan Melayu Pulau Pinang merempat di Tanah Air sendiri dengan cara membeli tanah-tanah mereka dan menjualkannya pula kepada pemaju-pemaju yang hendak memajukan kawasan tersebut.
Atas nama kemajuan Melayu Pulau Pinang terpaksa berkorban atau terkorban.
Kini Pulau Pinang dikuasai oleh Pakatan Rakyat ryang diterajui oleh DAP, dalam usia yang masih mentah mereka berusaha sedaya upaya untuk membantu rakyat biarpun terdapat kekangan kewangan dan waktu (pinjam ayat DSAI).
Bermula pada Mac lalu kerajaan negeri telah menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan buat semua warga emas melebihi 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang dengan memberi saguhati sebanyak RM100.
Biarpun kelihatan sedikit, ini lebih baik dari tidak dihargai langsung semasa UMNO ditunggangi oleh MCA dan Gerakan semasa memerintah Pulau Pinang.
Yang menarik disini ialah bila pendaftaran permulaan dijalankan ramai Warga Emas yang merupakan Penyokong Tegar UMNO enggan mendaftar kerana tidak yakin dengan janji kerajaan PR itu.. ya lah.. mereka kan biasanya mendapat habuan dari pemimpin UMNO bila pilihanraya menjelang tiba sahaja..
Dan apabila pembayaran dilaksanakan, sessi pendaftaran kedua dijalankan yang menyaksikan hampir 70% yang mendaftar itu merupakan penyokong UMNO.
Biarpun sedikit.. ada hati yang terusik dan mula sedar betapa mereka tidak dihargai langsung oleh UMNO biarpun mereka menyokong UMNO.
Insentif baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi menggalakkan anak-anak menjaga ibu bapa mereka yang telah berusia 60 tahun keatas atau berstatus warga emas ialah, Apabila berlaku kematian yang melibatkan Ibu ataupun bapa yang dipelihara oleh waris atau anak-anak mereka, kerajaan negeri akan memberikan RM1,000 kepada waris atau anak-anak yang menjaga mereka.
Pemberian bagi mengurangkan beban menguruskan jenazah dan sebagai penghargaan dari kerajaan negeri buat waris.
Itu antara dua langkah membantu warga Pulau Pinang oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, berikut adalah keseluruhan langkah yang telah dan akan diambil:
10 Agenda Perkayakan Rakyat
1. Negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi miskin tegar dalam masa setahun dan memastikan setiap keluarga memperolehi bantuan RM500 sebulan melalui program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) .
2. Memberi pengiktirafan dan penghargaan RM100 setahun kepada semua warga emas melebihi 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang, bermula pada 20 Mac 2010.
3. Memberi RM1,000 kepada waris warga emas yang menjaga orang tua mereka, bermula pada pertengahan tahun 2010.
4. Memperuntukkan RM3 juta bagi pinjaman mikro kredit tanpa faedah sehingga jumlah maksimum sebanyak RM5,000 untuk rakyat miskin, terutamanya ibu-ibu tunggal.
5. Dalam tahun 2008-2009, memberi rebet bekalan air sebanyak RM100 sekeluarga untuk 170,000 buah keluarga susah yang berpendapatan sederhana dan rendah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM17 juta.
6. Rebet bekalan air sebanyak 50% bagi semua tempat tempat ibadat di Pulau Pinang.
7. Memperuntukkan RM10 juta untuk mengadakan Pusat Latihan dan Bantuan Kerjaya (CAT) bagi membantu mereka yang telah dibuang kerja atau mencari kerja.
8. Membatalkan semua saman dan kompaun meletak kereta dan lesen penjaja yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) sebelum 8 Mac 2008.
9. Diskaun bayaran lesen sebanyak 50% kepada semua penjaja dan nelayan di Pulau Pinang mulai 2010 dan
10. Menghulurkan bantuan kebajikan kepada mangsa kebakaran, banjir dan bencana alam dalam tempoh 24 jam.
Jumaat, 23 Julai 2010
| PM 'tabur' RM50k untuk liputan akhbar Amerika |
Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.
Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.
Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan - juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.
Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.
'Yuran tak dikembalikan'
'Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan'.
Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.
Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika - Washington Post, New York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.
Na
Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.
Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut.