Sabtu, 20 Mac 2010

AGEN ISRAEL DALAM SISTEM KOMUNIKASI PDRM


Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.



UMNO dan Israel..


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz telah berkata "Bagi seorang pemimpin Islam untuk dikaitkan dengan Zionis adalah perkara yang serius. Seperti yang diketahui, kita menyokong Palestin dan kita menentang Zionis dan juga pentadbiran Israel, jadi untuk mengaitkan dengan Zionis Israel adalah serius," - Sumber.

Aku sangat setuju dengan kenyataannya itu, memang bukan saja pemimpin Islam malah bagi umat Islam yang bukan pemimpin pun jika dikaitkan dengan Zionis itu satu perkara yang serius..

Tak patut DS Anwar Ibrahim menuduh Kerajaan UMNO/BN sebegitu rupa..

Tapi benarkah kerajaan UMNO/BN tiada hubungan langsung dengan Israel?

Baiklah kita anggaplah yang Zahid Hamidi berjumpa berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun tahun lepas sebagai tidak mewakili kerajaan Malaysia tetapi bertujuan untuk menjemput Ehud Barak kerumahnya untuk makan kenduri..

Kalau Zahid Hamidi berjumpa Ehud Barak untuk menjemputnya makan kenduri, Cuba lihat surat dibawah, lihat siapa yang mewakili apa yang menulis..

“Surat" di atas ditandatangani oleh Dr. Mahathir Mohamad, bertarikh 16 Ogos 1999 yakni sebelum Pilihanraya Umum ke-10 (PRU 10) dan ditujukan kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Barak.

Meneliti kandungan "surat" tersebut, Mahathir memulakannya dengan mengucapkan tahniah sebagai mewakili UMNO, BN dan kerajaan Malaysia atas kejayaan Barak dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.

Perenggan kedua "surat" ini menyatakan keikhlasan Mahathir yang berharap agar dapat diaturkan satu pertemuan (antara beliau dengan Barak) melalui Menteri Luar ketika itu, Syed Hamid Albar dengan David Levy (Menteri Luar Israel) bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan perkara berkaitan pungutan dana untuk parti UMNO dalam persediaannya menghadapi PRU 10. Secara mudahnya, Mahathir memohon bantuan Israel untuk melobi Presiden Bill Clinton bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan pilihanraya UMNO!

Perenggan ketiga pula menyebut kesediaan Mahathir untuk membenarkan pasukan tentera udara Amerika Syarikat menggunakan tanpa had (unlimited use) kemudahan pengkalan tentera di Malaysia sebagai balasan timbal balik atas bantuan dana oleh Clinton Fund dalam membiayai perbelanjaan pilihanraya parti UMNO.

Perenggan keempat seterusnya menyebut harapan dan keterbukaan Mahathir dalam memulakan jalinan perhubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia dengan Israel.

Nah! Anwar Ibrahim ketika itu merengkok dalam penjara dan secara senyap-senyap Mahathir menulis "surat" memohon bantuan Perdana Menteri Israel untuk dana pilihanraya buat UMNO. Lihat sumber
Pemimpin UMNO kaki arak - Saifudin

Cubaan Ahli Parlimen (MP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik dimuka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno tidak duduk senang termasuklah MP Pasir Salak kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno menggelabah di Dewan Rakyat.

“Dia (Khairy Jamaludin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja.Maknanya, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri itu sahaja.

Jadi, Itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.

Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.

Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.

Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rmbau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;“Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata’

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.
Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah.

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.

Jangan Tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa.

Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin.-erapakatan
MULUT ZAHRAIN BUAT BEBERAPA MENTERI
DAN PEMIMPIN UMNO PANAS


Mulanya Umno menyangka dengan serangan Zahrain terhadap DS Anwar dan PKR di Parlimen sehari dua ini akan membantu Umno untuk bernyawa kembali di arena politik tanahair. Justeru itu, media-media haprak mereka mula memberi keutamaan terhadap ucapan Zahrain di Parlimen mengalahkan ucapan Najib sendiri. Tetapi tidak sempat isu pendedahan Zahrain yang banyak dengan cerita `nasi tambah' itu dihadamkan oleh rakyat, beberapa pemimpin Umno mulai rasa resah gelisah dan kepanasan.

Serangan Zahrain terhadap DS Anwar tidak sampai dua hari disambut oleh pejuang-pejuang di dalam PR terutamanya dari PKR. Wira pertama yang menyambut serangan Zahrain adalah YB Saifuddin Nasation. Jika Zahrain `melemparkan taik', taik yang sama dipulangkan kepadanya. YB Saifuddin mendedahkan bagaimana Zahrain begitu rakus kepada pangkat dan gelaran sehinggakan tidak segan silu memohon pingat melalui KM P.Pinang Lim Guan Eng. Beliau juga pernah memohon projek dari KM berkenaan namun ianya tidak diluluskan. Maka, timbullah isu KM P.Pinang sebagai komunis dan diktator. Di sini jelas terbukti betapa Zahrain selama ini berada di dalam PKR semata-mata untuk `menanti' habuan sekiranya PR berjaya menawan Putarajaya bukannya berjuang untuk rakyat. Sebab itu Zahrain amat kecewa apabila plan 16 September itu gagal, dan beliau lebih kecewa apabila apa yang diinginkan untuk kepentingan dirinya tidak dilayan oleh DS Anwar dan kerajaan negeri P.Pinang.

Pendedahan Zahrain di Parlimen baru-baru ini hanya satu sahaja yang benar iaitu plan 16 September serta beberapa MP dari Bn yang sanggup melompat. Pendedahan itu sebenarnya tidak menjadi rahsia lagi kerana DS Anwar sebelum ini telah menjelaskan kepada kita di dalam beberapa ceramahnya mengapa plan tersebut gagal. Cuma, beberapa `nasi tambah' telah dihidangkan oleh Zahrain untuk menyedapkan ceritanya. Zahrain secara tidak malu mengaku kununnya beliau rakan yang amat rapat dengan DS Anwar sebab itu beliau tahu segala-galanya perancangan DS Anwar manakala yang lainnya tidak tahu. Benarkah begitu? Jika beliau kawan paling rapat masakan kesemua keinginannya tidak dipedulikan oleh DS Anwar. Mustahil DS Anwar terlalu rapat dengan Zahrain sedangkan sewaktu era reformasi Zahrain tidak dikenali pun. Jika kita lihat, kesemua yang melompat dari PKR semua mengaku kawan paling rapat dengan DS Anwar. Mereka terpaksa jual nama DS Anwar agar `kelentong' mereka dipercayai rakyat.

Hasil dari mulut celupar Zahrain, yang merasa tidak senang duduk sekarang adalah beberapa pemimpin Umno termasuk beberapa Menteri. Sebagaimana kata YB Saifuddin, ada beberapa Menteri yang datang kepadanya `slow talk' agar beliau memperlahankan `rentak' menyerang pemimpin Umno secara peribadi. Pusingan pertama bak kata YB Saifuddin, adalah kisah jamuan pemimpin Umno yang dihidangkan arak dan kisah pemimpin Umno yang tertidor disisi mesin slot judi. Nama pemimpin tersebut mungkin akan disebut oleh YB Saifuddin jika mereka mahukan Parlimen dijadikan tempat serangan peribadi dan `peperangan selak kain'. Mungkin kita akan mendengar cerita skandal perempuan, kisah khalwat di Hotel Port Dickson atau kita akan didedahkan siapakah pemimpin-pemimpin Umno yang kaki tuang arak. Mereka jangan lupa DS Anwar, Azmin, Saifuddin dan beberapa orang lagi pimpinan di dalam PKR adalah datangnya dari Umno dan mereka banyak tahu kisah-kisah pemimpin Umno yang ada sekarang ini.

Mulai sekarang Umno mesti bersedia untuk menghadapi serangan secara peribadi oleh PKR kerana mereka telah memulakannya. Di dalam ucapan Zahrain, beliau tidak bercakap tentang kepentingan rakyat di kawasannya tetapi masa banyak dihabiskan dengan membaca skrip Umno. Awal mula pertama mula rakyat telah melihat Zahrain gagal untuk menjadi MP yang bebas yang kununnya mampu berjuang untuk membela rakyat. Ketakutannya untuk memberi laluan kepada DS Anwar menjawab hujahnya di Parlimen menunjukkan beliau seorang dayus dan bacul yang hanya berani bercakap sendirian. Tindakan DS Anwar keluar dari dewan kerana beliau tidak diberi laluan untuk menjawab hujah Zahrain satu tindakan tepat kerana sebagai pemimpin bermaruah adalah tidak wajar mendengar ucapan semurah itu dari orang yang sebodoh itu.

Kepada pimpinan PR, di samping menyerang balas Umno di Parlimen kita jangan lalai untuk menyuarakan masalah rakyat di kawasan masing-masing. Apa yang utama adalah masalah rakyat, dalam masa yang sama serangan balas untuk menelanjangkan pemimpin Umno wajar juga dibuat. Selepas ini kita akan menanti pula apakah MP-MP Bebas yang lain akan mengikuti kebodohan Zahrain berhujah.
Najib Puji diri sendiri dalam titah Agong..


Kes masuk bakul angkat sendirilah ni.. bukan dia sorang saja, dibawa masuk bini dia sekali dalam bakul tu..

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Perdana Menteri kerana memperalatkan Yang DiPertuan Agong untuk memasukkan pujian terhadap beliau dan isteri di dalam titah diraja semasa perasmian sidang Parlimen ke-12 Isnin lalu.

Anwar berkata perkara ini tidak pernah berlaku sepanjang 50 tahun Parlimen Malaysia bersidang dan inilah kali pertama seorang Perdana Menteri menggunakan institusi raja untuk kepentingan peribadi.

"Perdana Menteri sepatutnya berasa malu, selalulnya tahniah dia atas kemenangan pilihan raya itu perkara biasa tetapi YAB Pekan masukkan sendiri dalam titah Agong,'para pemimpim hendaklah mencontohi memanda Perdana Menteri' tanpa rasa malu atau segan silu.

"Perbuatan ini janggal bukan setakat itu dimasukkan juga pujian khusus kepada inisiatif yang dibuat isteri Perdana Menteri,'...berikutan kejayaan program Permata Negara; Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan'. Permata inim memang menjadi projek istimewa si isteri yang jelita. Ini yang ingin saya nyatakan suoaya jangan ulangi perbuatan ini.

"Maknanya ada satu percubaan merosakkan tradisi ulung kita mempertahankan insitisi diraja dan kita menuntut titah diraja itu menjadi satu titah walaupun mewakili pandangan kerajaan yang ada tetapi jangan dilihat begitu partisan, mengundang pujian kepada kerajaan pun saya tidak hairan sangat tapi bukan untuk puji peribadi Perdana Menteri," tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam Dewan rakyat hari ini.

Anwar juga menyanggah kritikan yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa Pakatan Rakyat tidak menghormati institusi diraja.

"Macam mana jadi Ahli Parlimen, peraturan pun tak tau. Saya faham dia (Abdul Rahman) tak pernah jadi menteri jadi tak tau prosedur.

"Mengikut sistem raja perlembagaan titah itu adalah dari raja, ini lazim sistem Westminster tapi tak semestinya diikuti sepenuhnya. Takpa lah kalau Agong nak pinda satu dua perkata tapi takkan draf dari saya nak suruh puji saya dan isteri saya.

"Menyatakan pandangan tidak pernah dianggap tak taat setia, janganlah begitu dangkal sekali pemikiran sehingga tak tau peraturan. Titah diraja boleh dibahaskan sebahagiannya boleh dipersetuju sebahagiannya boleh ditegur malah boleh diminta pindaan bukannya makna titah diraja ini titah yang tak boleh ditegur langsung.

"Saya tak faham macam mana boleh jadi Ahli Parlimen. Inilah cara Umno, bila kita tegur ini anti-raja bila sebut sikit kita anti Melayu, tapi rompak harta Melayu takpe, bukan setakat itu saja Umno guna MCA dan dua tiga orang lagi untuk cakap bagi pihak dia," bidas Ketua Umumn KEADILAN itu.

SuaraKeadilan.com

Berita sebelumnya..

Pemimpin Diminta Contohi PM Turun Padang Bertemu Rakyat : Agong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menyeru semua pemimpin di negara ini supaya mencontohi sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sanggup turun ke padang untuk mendampingi rakyat bagi memahami masalah mereka.

Seri Paduka bertitah, sejak tampuk pemerintahan diambil alih oleh Najib, beliau telah berjaya melaksanakaan pelbagai program demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Beta mengucapkan tahniah kepada Mamanda Perdana Menteri dan barisan Jemaah Menterinya kerana sejak 11 bulan yang lalu, kerajaan Beta di bawah kepimpinan Mamanda Perdana Menteri telah berjaya melaksanakan pelbagai program demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Para pemimpin hendaklah mencontohi Mamanda Perdana Menteri dengan turun padang untuk mendampingi rakyat bagi memahami dengan lebih dekat akan masalah mereka dan jalinkan hubungan yang rapat dengan rakyat di semua peringkat," titah baginda semasa merasmikan penggal ketiga Parlimen ke-12 di sini.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut berangkat ke istiadat itu.Ini merupakan kali pertama Tuanku Mizan menyampaikan titah sejak Najib menjadi Perdana Menteri keenam. Seri Paduka bertitah baginda menyambut baik gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan - yang berpaksikan
Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan Beta telah menetapkan enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau NKRA yang perlu dicapai iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menambah baik pengangkutan awam, memerangi rasuah, mengurangkan kadar jenayah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah," titah baginda.

Tuanku Mizan turut menyifatkan Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan yang dilancarkan pada 28 Januari lepas sebagai satu program yang berani.

"Beta sukacita rakyat menyambut baik akan komitmen-komitmen kerajaan tersebut.

"Rakyat hendaklah berganding bahu bersama-sama kerajaan Beta agar Program Transformasi Kerajaan berjaya dilaksanakan," titah baginda. - BERNAMA