Khamis, 12 April 2012

KEADILAN cadang guna pendapatan Petronas langsaikan pinjaman PTPTN

Rafizi menjelaskan mekanisma pelangsaian hutang di Shah Alam semalam

SHAH ALAM 11 April: Dakwaan Barisan Nasional (BN) kononnya pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyebabkan negara muflis ternyata tidak berasas apabila pemimpin Pakatan Rakyat telah menemui kaedah terbaik bagi melupuskannya.

Antara kaedah yang dikenal pasti untuk melupuskan RM24.7 bilion hutang PTPTN itu adalah dengan memperkenalkan pelaburan tetap dalam sektor pendidikan sebanyak RM2 bilion setahun daripada hasil minyak Petronas.

Memberi taklimat pada program Runding Cara: PTPTN dan Masa Depan Pembiayaan Pendidikan Tinggi di Shah Alam, malam semalam, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli (gambar) menjangkakan dengan adanya tabung itu semua hutang PTPTN mampu dibayar kerajaan dalam jangka masa 15 tahun.

“Sejak 2006 hingga 2009 kerajaan mendapat hasil daripada petronas sebanyak RM236 bilion manakala sejak Petronas ditubuhkan pada 1974 Petronas memberikan sebanyak RM431 bilion kepada kerajaan.

“Malaysia adalah satu-satunya negara yang tidak menggunakan wang hasil minyak untuk melabur dalam sektor masa hadapan, sedangkan di negara-negara pengeluar minyak lain menggunakan hasil minyak untuk melabur dalam sektor itu termasuk pendidikan dan penyelidikan.

“Oleh itu kita cadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu pelaburan tetap daripada hasil Petronas untuk sektor pendidikan,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan juga boleh menerbitkan bon yang lebih panjang tempoh pembayarannya untuk memenuhi jadual pembayaran hutang yang diambil alih.

Katanya, bon itu boleh dibayar dalam jangka masa 10 tahun iaitu kira-kira RM2 bilion setahun untuk melangsaikan hutang PTPTN berjumlah RM24.7 bilion.

Wujudkan sistem pendidikan percuma

Antara yang hadir semalam

Menurut Rafizi, fokus utama Pakatan Rakyat bukanlah melupuskan hutang PTPTN semata-mata, tetapi yang lebih penting ialah mewujudkan sistem pendidikan percuma daripada peringkat rendah hingga ke institusi pengajian tinggi.

Menurutnya, setiap rakyat wajar mendapat tempat di institusi pengajian tinggi secara percuma mengikut minat dan keperluan. Konsep percuma itu meliputi yuran pengajian dan juga kemudahan tempat tinggal.

Tambah beliau, sekiranya kerajaan dapat menampung kedua-dua aspek itu, rakyat yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi dapat menjimatkan kira-kira 90 peratus daripada jumlah keseluruhan pengajian.

“Bila kemudahan tempat tinggal tidak disediakan dengan baik, siswa terpaksa menanggung kos tempat tinggal yang tinggi, jadi pendapat saya, paling kurang minima setidak-tidaknya perlu membiayai yuran dan tempat tinggal,” katanya.

Rafizi berpendapat, sistem pendidikan tinggi tidak perlu dikomersialkan atau sebagai medium untuk mendapat keuntungan semata-mata.

Katanya, kerajaan dilihat cuba lepas tangan dalam memberi pengajian tinggi percuma apabila mengkomersialkannya kepada pihak swasta.

“Apabila rakyat tidak mendapat tempat di institusi pengajian tinggi yang disediakan kerajaan, rakyat tidak mempunyai pilihan lain untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi swasta.

“Hal ini tidak berlaku sekiranya kerajaan memikul tanggungjawab untuk memberikan pengajian tinggi percuma kepada rakyat, dan rakyat bebas untuk melanjutkan pengajian tinggi mengikut minat dan keperluan,” ujarnya.

Model Pembiayaan Masa Hadapan

Justeru, Rafizi mencadangkan kerajaan memikul semua tanggungjawab menyediakan institusi pengajian tinggi. di negara ini.

Hal itu boleh dicapai dengan menubuhkan 10 buah IPTA baru dalam tempoh 10 tahun, dengan sasaran 100,000 tempat pengajian

“Perbelanjaan di IPTA perlu ditanggung kerajaan untuk yuran dan kemudahan tempat tinggal. Kerajaan perlu menubuhkan tabung pendidikan baru untuk IPTS dan perbelanjaan sara hidup.

Selain itu, beliau berkata, konsolidasi (penyatuan) IPTS perlu dilakukan untuk mengurangkan jumlah IPTS yang selama ini menelan pembiayaan PTPTN.

Menurut beliau, konsolidasi akan meningkatkan daya saing IPTS, seterusnya menurunkan yuran dan kos pengajian.

“Kita mahu IPTS yang betul-betul berprestij diwujudkan dan bukan sekadar IPTS yang dibuat di atas rumah kedai. Kalau institusi pengajian tinggi percuma banyak dinegara ini, maka IPTS akan bersaing sesama mereka dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik sahaja,” katanya.

Selasa, 10 April 2012

Pusing kot mana pun hujah BN sekarang nie last balik kot MELAYU...

Hapus PTPTN Melayu Tergugat Alasan Pak Pandir

Sekali lagi Umno cuba berlindung di sebalik Melayu akan terjejas jika PTPTN dihapuskan. Pelik bin ajaib, inilah kenyataan Pak Pandir yang keluar daripada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin . Apa kena mengena dengan Melayu?.

Bukankah yang meminjam ini majoriti Melayu. Bukankah yang miskin ialah orang Melayu. Alasannya, akan menjejaskan IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta). Apa kaitan IPTS dengan orang Melayu? Ini semuanya kaitan dengan kroni Umno.
Nampak sangat apa yang Umno lakukan semuanya untuk kepentingan beberapa kerat Melayu yang menjadi kroni Umno. Peminjam PTPTN hampir 1.87 juta. Begitulah juga kerajaan sibuk untuk mengurangkan subsidi sehingga menyebabkan majoriti rakyat terseksa. Sebaliknya subsidi untuk syarikat Independent Power Producer ( IPP), melebihi RM10 bilion setiap tahun tidak pernah diusik.. Memang tepatlah Umno ini memperalatkan Melayu ketika tersepit.

Menggunakan kaedah Melayu tergugat adalah talian terakhir Umno untuk menyelamatkan kuasa mereka. Sewaktu ada kuasa, Melayu tidak dibela. Ditangan mereka Melayu tergadai dan terpinggir selepas negara merdeka hampir 55 tahun. Umno merancang supaya Melayu susah dengan ini boleh dijadikan modal ketika kuasa tergugat.

Jika kerajaan BN tidak mampu mencari wang RM43 bilion untuk hapus PTPTN maka lebih baik serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat untuk buktikan. Najib rasa bimbang isu PTPTN adalah isu anak muda yang menjadi penentu di dalam PRU akan datang.

Bukan mustahil Najib akan istiharkan PTPTN akan dimansuhkan jika kuasa mereka tergugat. Terbaru mereka sudah menghapuskan tol Cheras-Kajang pada 2 Mac 2012. Walaupun sebelumnya mereka mengejek PR berjanji hendak menghapuskan, kerana ini melibatkan perjanjian.

BN sudah lemas dengan janji HAPUS PTPTN... itu yang meroyan habis tuuu

Penghapusan PTPTN Ancaman Baru Buat UBN

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/04/PTPTN-Grafik.jpg

Janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan hutang PTPTN sekiranya gabungan itu menang telah memeningkan kepada UBN. Janji itu menarik perhatian anak-anak muda khasnya mereka yang berhutang dengan Tabung Pendidikan Tinggi. Janji itu memberi jalan dan harapan baru kepada mereka khasnya yang masih belum bekerja tetapi diburui surat lawyer yang akan mengheret mereka ke mahkamah.

Betapa sebelum ini wang itu telah mengekang kehidupan mereka. Hutang itu menjadi musuh yang mengejar mereka sepanjang hari. Ibu bapa yang tidak arif dengan undang-undang pula akan menggeletar apabila mendengar anaknya akan diheret ke mahkamah kerana hutang itu.

Ada yang tidak boleh ke luar negara kerana ditahan dan passport tidak dikeluarkan gara-gara hutang belajar itu. Yang 'bagero'nya hutang bukan ratusan juta, cuma RM43 pun disekat untuk ke luar negara. Ironisnya yang hutang berbillion bebas berfoya-foya dan makan angin di luar negara.
Ha Najib Razak dan Udin anak Yassin nampaknya terkial-kial untuk menjawab dan melepas isu ini. Kata Udin anak Yassin mereka yang hendak hapuskan hutang tabung itu tidak bertanggungjawab. Dalam bahasa 'slangka'nya, hendak menjahamkan negara. Anihnya yang bagi wang RM250 juta dan beli lembu tidak dikategorikan jahat murakab.

Kata Najib pula hutang PTPTN sebanyak RM43 billion. Sedangkan angka sebenarnya ialah sekitar RM28 billion sahaja. Mengapa Najib besarkan kerak nasi? Macam mana Najib boleh jadi PM kalau matemetik pun tidak lulus. PM seperti ini sikat dan kira bulu betis bini bolehlah.

Selagi rakyat mendengar hitungan (metametik) seperti ini, maka selama itulah rakyat akan jadi pendek akal dan kecil lubang hidung serta menjadi sesak nafas dengan tiba-tiba.

Kenapa sampai begitu sekali perdana menteri dan timbalan resah dan gelisah mengenai isu berkenaan. Semua pemimpin UBN juga berkokok kononnya negara akan bankrup jika cadangan Pakatan Rakyat itu dilaksanakan. Mereka yang mencanangkan demikian ternyata yang otak pendek tidak tahu untuk mengatasinya. Atau mereka sengaja canang begitu untuk gelapkan pemikiran rakyat.

Ada juga yang dulu beriya-iya agar wang PTPTN ditukar status kepada biasiaswa kini beriya pula agar wang itu dipungut balik. Orang seperti ini gila kerana dia boleh berjalan undur ke belakang dan mengiring ke kiri dan kanan. Hasilnya semua kata-kata dan ucapannya tidak boleh dipercayai.

Sama ada bankrup atau tidak cubalah beri peluang kepada PR memimpin sekali. Apakah negara bankrup atau pun tidak. Kalau tidak cuba tidak tahu. Anwar Ibrahim kata negara tidak akan jadi bankrup dengan wang itu malahan wang itu akan dapat terus diberikan kalau ada penjimatan kerajaan. Kenapa wang itu mahu dipungut balik dan tidak boleh dihapuskan kerana banyak berlaku ketirisan dan ketembusan tabung wang negara.

Apa yang berlaku sekarang ini kerana berlaku ketirisan menyebabkan perbelanjaan untuk pembangunan, pendidikan dan sebagainya tidak mencukupi. Apa yang berlaku dalam projek lembu gemuk (NFC) menunjukkan berlakunya ketirisan itu.

Apa tidak bertanggungjawabnya duhai Udin anak Yassin. Pemimpin Pakatan Rakyat berani untuk menghapuskannya tentulah mereka ada jalan dan kaedah untuk mengatasinya. Ada perkiraan bagaimana hendak gantikan wang itu untuk pembangunan negara. Inilah dikatakan kemampuan dan wibawa pemimpin.

Udin anak Yassin dan Najib tidak sewajarnya merasakan mereka saja yang merasakan mereka yang bijak. Usahlah tiru perangai dan stail cakap Mat Maslan itu. Jenis pemimpin mendabik dada begitu jenis hidung tinggi tetapi jambul berselerak.

Kita tidak tahu sejauh mana kemampuan dan kebolehan seseorang. Baik Najib atau Udin anak Yassin mereka tidak wajar mempertikaikan cadangan PR itu tetapi sebaliknya berusaha untuk mengatasi. Jangan malu untuk menciplak formula orang lain demi untuk kebaikan rakyat. Tirulah kalau demi rakyat tidak mengapa.

Yang ternyata UBN panik dalam isu wang PTPTN ini. Mereka sudah tidak tahu bagaimana formula untuk mengatasinya lantaran itu mereka mudah menghukum negara akan bankrup kalau wang PTPTN itu dilupuskan. Kalau kita bodoh janganlah pula cuba memperbodohkan orang lain. Itu namanya dua kali bodoh. Takkan keldai pun kita nak jadi, himar pun kita nak jadi juga

Laa kencing Lagi...Canang 1Malaysia kata RM43billion tapi akhirnya kantoi..rupanya RM28billion sahaja...

Datuk Husam Musa
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), seperti diumumkan kelmarin, menunjukkan kepupusan daya kreativiti pemimpin Barisan Nasional (BN).


Justeru kata beliau, jumlah RM43 bilion yang disebut oleh Perdana Menteri juga adalah tidak benar dan mengelirukan.

Menurut Husam, dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya RM28 bilion.

"Bukan RM 43 bilion seperti disebut," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu soal beliau, "mengapa Perdana Menteri sanggup memberikan angka yang silap?"

"Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?" kata beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Dalam kenyataannya kelmarin, Najib berkata, kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika PTPTN dimansuhkan.
Najib nerkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan.

Parti-parti pembangkang bercadang mahu memansuhkan PTPTN jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya seperti Norway. Tetapi Norway mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya," kata Najib.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi berikutan keputusan untuk menghapuskan PTPTN.

"Kita tidak mahu membebankan rakyat dengan cukai yang terlalu tinggi," katanya.

Sebaliknya jelas Husam, jumlah keseluruhan RM28 bilion sehingga akhir tahun lalu tidak semestinya dilunaskan serta-merta keseluruhannya sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

"Antara tindakan yang boleh diambil ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPTN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

"Dengan itu kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu," kata Husam lagi.

Husam juga berkata, gambaran bahawa negara tidak mampu kerana menjelaskan RM43 bilion sekali gus adalah amat mengelirukan dan menunjukkan Perdana Menteri tidak memahami mekanisme kewangan yang lazim diamalkan termasuk memberi 'undertaking' dan menjadual semula pinjaman.

Isnin, 9 April 2012

Tony Phua: Projek Kroni Zaman Najib lebih Buruk


Tranformasi Kerajaan yang ingin membawa persekitaran ekonomi baru yang kukuh dengan menghapuskan amalan kroni dan rasuah ternyata sebagai ucapan politik semata-mata.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata demikian bagi mengambarkan hipokrasi kerajaan hari ini dalam menjanjikan sesuatu yang indah kepada rakyatnya.

Sebelum ini kebanyakan projek-projek lebuhraya samaada di era Tun Abdullah dan Dr Mahathir amalan memberi projek kepada para kroni telah menjadi budaya kepada kerajaan.

Malah wawasan tranformasi Perdana Mneteri Najib Razak juga meneruskan segala legasi tidak bermoral tersebut secara lebih menebal berbanding terdahulu

“Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dibina pada tahun 2004 dengan kos RM 1.32 billion dan di swastakan kepada ‘tauke’ melayu, Tan Sri Abu Said Mohamad.

“Malangnya, kerajaan ketika itu memberi geran sebanyak RM976.7 juta, ini bermaksud hampir 74 peratus kos pembinaan kerajaan yang bayar menggunakan duit rakyat untuk kroninya, dan apabila siap, rakyat juga yang kena bayar untuk menggunakan lebuhraya itu,”jelas Pua.

Menurut Pua, sikap untungkan kroni ini terus diwarisi oleh Najib apabila Lebuhraya Pantai Barat yang sedang dibina ini menerima habuan yang sama.

“Kerajaan telah memberikan projek bernilai RM3 billion ini kepada sebuah syarikat kecil pada tahun 2007 dengan konsesi selama 33 tahun, bila syarikat ini tidak layak membuat pinjaman dari bank, rundingan semula dilakukan.

“Runding sehingga tiga tahun, bawah kerajaan Najib hari ini, projek bernilai RM3 billion meningkat kepada RM7.1 billion dengan jangka masa konsesi 60 tahun, sekali lagi syarikat kroni dibantu dengan pinjaman kerajaan sebanyak RM22 billion dengan faedah serendah 4 peratus sahaja. Inikah yang dikatakan tranformasi ekonomi?,”soal Pua yang juga Pengarah Publisiti DAP.