Isnin, 9 April 2012

Tindakan Mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo menuduh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbohong berhubung perlaksanaan Geran Selangorku mendapat reaksi Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.

Berikut adalah petikan penuh kenyataan Faekah.

Tindakan Khir Toyo yang menuduh Tan Sri Khalid berbohong benar-benar tidak melambangkan sifat seorang mantan Menteri Besar. Beliau yang mengulas berkenaan pelaksanaan Geran Selangorku kononnya beliau hairan mengapa geran digunakan untuk projek infrastruktur bukan bantuan kepada peniaga kecil.

Khir Toyo sepatutnya menjadi orang terakhir yang boleh komen pasal Geran Selangorku. Dua sebab saya katakan sedemikian;

Geran Selangorku adalah wang yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat hasil dari kutipan hutang yang gagal beliau kutip semasa pentadbirannya. Hutang Talam yang kesemuanya lebih 400 juta berjaya dikutip kerajaan hari ini melalui pembayaran tunai dan perolehan aset.

Wang itu jugalah yang kita salurkan semula kepada rakyat melalui 17 program utama. Kegagalan Khir yang dengan sengaja tidak mengutip hutang tersebut sepatutnya menjadikan beliau malu untuk menyebut apa-apa yang berkenaan Geran ini, apatah lagi mencela pelaksanaannya.

Sebab kedua ialah kerana Khir gagal menghadirkan diri semasa Dewan bersidang. Malah upacara pembukaan Dewan oleh DYMM Tuanku juga sanggup di kesampingkannya. Khir Toyo tidak ubah umpama orang buta takutkan tongkat. Lebih tepat lagi, bodoh sombong.

Lain kali elok bertanya jika rasa ragu bukan sekonyong-konyong menuduh orang lain menipu. Sikap Khir yang suka ponteng Dewan, menjadikannya begitu naÔf dengan program-program yang berada dalam ruang lingkup Geran Selangorku.

Sepanjang yang saya lihat hanya separuh hari sahaja Khir datang ke Dewan itupun bagi menutup malu kerana ditempelak Adun Sekinchan beliau memohon cuti sakit tetapi aktif mengeluarkan kenyataan di blog; laman sosialnya.

Meskipun hebat di dalam Blog namun semasa hadir selama separuh hari tersebut, tidak ada satu patah perkataanpun yang dikeluarkannya di dalam Dewan, jauh sekali untuk berbahas ataupun memberi pandangan bernas. Malang sekali rakyat Sungai Panjang bila Adunnya hanya mampu bermonolog di blog.

Untuk pengetahuan Khir, infrastruktur adalah sebahagian dari program Geran Selangorku dan hanya melibatkan 50 juta, selebihnya adalah untuk belia, wanita termasuklah program keusahawanan.

Kalau Khir boleh memaparkan carta geran, ini bermakna Khir boleh mendapat maklumat tepat tentang Geran. Nampaknya Khir sengaja menulis di blog sekadar untuk mengadu domba dan berniat jahat.

Geran Selangorku mempunyai Jawatan Kuasa Pemandu yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Timbalan Pengarah JKR, Jurutera JKR dan QS JKR. Mengatakan ianya diterajui pegawai MB memang tersimpang sekali. Apatah lagi, Datoí Menteri Besar langsung tidak terlibat di dalam pemilihan projek mahupun pemilihan kontraktor.

Perlaksanaan geran ini pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah dan PBT yang menjalankan proses tender. Tidak ada satupun projek yang dilakukan secara runding terus. Sekali lagi Khir cuba memperlekeh kewibawaan pegawai kerajaan yang cuba menjalankan tugas dengan telus.

Nampaknya Khir sukar mempercayainya dan begitu janggal sekali. Masakan tidak, semasa pentadbirannya ratusan juta projek dilaksanakan secara runding terus dan lebih hebat lagi projek diberikan kepada pemaju dan kontraktor yang sama. Inilah yang dikatakan orang, jika seseorang itu biasa mencuri, maka dia selalu menyangka orang lain juga akan mencuri sepertinya.

Khir juga sanggup berbohong apabila berkata semasa menjadi MB, tiada projek kerajaan yang tidak melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan.

Baru 4 tahun tidak menjadi MB, beliau lupa bahawa projek di bawah ICU langsung tiada jawatankuasa. Semua projek dilaksana setelah mendapat unjuran dari Adun melalui Pengarah Pembangunan Negeri untuk disampaikan kepada ICU untuk dipilih dan pengeluaran waran peruntukan. Ianya langsung tidak melibatkan Pegawai Kewangan mahupun Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kerajaan Selangor terpaksa menyediakan Geran untuk infra kerana setelah PR mengambil alih negeri, banyak peruntukan untuk infra tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Malah tuntutan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) bagi Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah 1 bilion juga tidak diutamakan.

Apabila banjir berlaku semua pemimpin UMNO-BN Selangor bertempik kononnya pegawai kerajaan tidak cekap mengawal banjir. Bagaimana JPS mahu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan jika wang peruntukan penyelenggaraan sungai dan tebatan banjir tidak disalurkan.

Butiran Geran Selangorku telah dibentang pada Exco dan semua data diberikan kepada ADUN semasa Dewan. Hanya ADUN yang benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat akan ambil pusing perkara ini. Bagi ADUN yang suka ponteng, pasti tiada maklumat. Barang pasti golongan ini akan malu bertanya tetapi mahu menunjuk pandai. Golongan inilah yang dikatakan sebagai bodoh sombong, umpama si buta bencikan tongkat.

Faekah Husin.
Setiausaha Politik
Menteri Besar Selangor

Altantuya punya pasal...Najib tidur tak lena...Tutup di Malaysia...Terbuka di Paris....

Anwar dakwa kes Scorpene akan bongkar kes Altantuya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXUxGFey2ttJeGoDIix9a5ukfYJH2LGWt2Rx76srL3d7GvYjaiGqCBN6fD1_5JeQa2tsQJqPfEh_Bh22H2RYFuf3XYcFpnGJjOg1uOqSDzYMTbO5RsbwHRNYkm9VO0CnhExyS-JLv1m6U/s1600/altantuya+scorpene.jpg
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene yang dibangkitkan di mahkamah Perancis akan membongkar semula kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.

Ketua pembangkang itu juga mendakwa siasatan ke atas kes tersebut akan membongkar dakwaan rasuah melibatkan pemimpin Umno.

"Kes (ini) tutup di Malaysia, siasat pun tidak. Tetapi Kerajaan Perancis, kerana pendakwaan dibuat pasal rasuah kapal selam, telah melantik dua hakim bebas untuk menyiasat, kisah kapal selam.

"Saya percaya, dengan kes ini berbangkit, rasuah yang melibatkan pemimpin Umno, dan kes pembunuhan Altantuya (akan) terbongkar semula.

"Di Malaysia tutup, (tetapi) dibuka di Paris... Najib tidur tak lena," kata Anwar dalam ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi.

Mahkamah Perancis membuka siasatan kes ke atas syarikat pertahanan lautnya, DCNS, selepas menerima saman sivil yang dikemukakan ke atas syarikat berkenaan oleh NGO hak asasi Suaram.

Suaram memfailkan saman berkenaan ke atas DCNS atas dakwaan bahawa syarikat itu membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia.

Kapal selam Scorpene itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertugas sebagai menteri pertahanan.


Perimekar, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda - orang kepercayaan Najib - dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai ‘orang tengah' dalam urus niaga penuh kontroversi itu.

Kerajaan bagaimanapun berkata, pembayaran besar kepada Perimekar untuk perkhidmatan "koordinasi dan sokongan'.

Abdul Razak dan dua pengawal peribadi Najib telah didakwa dan dibicarakan ekoran pembunuhan Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.

Abdul Razak bagaimana kemudiannya dibebaskan, manakala dua yang lain didapati bersalah dan dihukum mati.

Jika jimat RM45b, tiada masalah mansuh PTPTN

Jika RM45 bilion setahun dapat dijimatkan, tidak ada masalah lagi hendak membelanjakan RM43 bilion jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).


"Persoalannya sekarang, mengapa kerajaan nampak benar tidak mahu mengambil sebarang daya usaha untuk menjimatkan sekurang-kurangnya RM45 bilion setahun itu.

"Kerajaan lebih suka bebankan rakyat, bebankan pelajar dan menjadikan pelajar sebagai buruan PTPTN," kata beliau.

Mohamad menjelaskan, jika dapat dijimatkan wang dari subsidi RM17 billion setahun menangung Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan RM28 bilion setahun yang rugi akibat kelemahan pengurusan kerajaan seperti yang ditegur oleh laporan Ketua Audit Negara, RM45 bilion setahun dapat dijimatkan dan negara sepatutnya tidak ada masalah lagi hendak menanggung RM43 bilion jika PTPTN dimansuhkan.

Malah, katanya lagi, itu belum lagi diambil kira jika dapat diselamatkan RM10 bilion setahun kerugian yang ditanggung oleh negara akibat rasuah seperti yang didedahkan oleh agensi kerajaan sendiri, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah).

"Dan lebih dari itu semua, semua angka yang saya nyatakan itu adalah angka rasmi yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan sendiri.

"Kalau diambilkira angka tidak rasmi, saya tak tahu berapa banyak yang dapat dijimatkan jika dilaksanakan pentadbiran yang bersih dan tidak khianat," kata Mohamad.

Dengan sedikit angka yang diberikannya itu, beliau berharap rakyat dapat melihat sendiri keengganan kerajaan mengambil langkah yang sepatutnya untuk membantu rakyat yang memerlukan.

"Kerajaan Umno bukan sahaja tidak mahu mengambil langkah yang sepatutnya untuk meringankan beban rakyat terutama yang berpendapatan rendah, malah jika menang lagi dalam pilihan raya akan datang, mereka mahu menghempuk kepala rakyat dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan pelbagai subsidi termasuk subsidi minyak yang tentu mengakibatkan kenaikan harga barang yang sangat menyiksa rakyat," kata Mohamad.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST".

Mengulas keengganan kerajaan menghapuskan PTPTN, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sekiranya tidak mampu menyedia kos RM43 bilion untuk hutang pelajar.

Anwar berkata hutang melalui PTPTN itu boleh diselesaikan jika kerajaan mengelak daripada menanggung ketirisan perbelanjaan dan menolak perbuatan rasuah.

Anwar mempertikaikan kos berkenaan memandangkan kerajaan didakwa mampu menanggung kerugian seperti dalam isu pembelian saham MAS dan dalam projek National Feedlot Corporation.

Najib sebelum itu berkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan kerana terpaksa membelanjakan RM43 bilion jika tabung itu dimansuhkan,

Rabu, 4 April 2012

Yang tidak dilaporkan oleh Najib

Saya ingatkan orang hanya akan ulula-hing ( wanita Arab akan mengeluarkan bunyian seperti kicauan burung tanda suka- dalam BI di sebut sebagai ululating) bila mendengar ucapan Najib malam tadi. Rupa rupa nya ada jugak orang yang mendapat mimpi basah dan meneriak-aku sungguh tertarik. Maka atas dasar dia seorang sahaja yang tertarik dan super teruja, tambahan pula kerana tertekan oleh ransangan mimpi basah- serta merta mengistiharkan BN pasti menang.


Astagha! Yang kita nak bercakap seolah olah mendapat orgasm ini kenapa- kita tunggu sahajalah bila PRU tiba. Sama ada Najib yang di jangka akan membelanjakan RM 2 juta per calun parlimen dan RM 1 juta untuk ADUN akan menang selesa. Maka tidaklah memelikkan sangat jika kerajaan UMNO hari ini menjalankan banyak corporate maneuver untuk menghimpun dana.


Kerana kita tahu apa guna nya wang tersebut. Banyak kali saya telah menulis- Najib hanya tahu satu cara sahaja menyelesaikan masaalah- bayar sana sini. Dari sudut ini, Najib tidak menghampakan sesiapa. Its vintage Najib. Pay your way through.


Saya membaca semula bajet untuk 2012 , saya tidak berjumpa dengan peruntukan belanja kilat yang di lakukan oleh PM dan TPM. Orang yang tahu berkerajaan, akan insaf bahawa mereka tidak boleh belanja kecuali dari yang telah di luluskan oleh parlimen. Kalau tidak di luluskan oleh parlimen, maka orang yang berbelanja itu berhutang atau ambil duit haram.


Atau jual harta benda rakyat atau menggunakan wang rakyat untuk membeli asset dari kunco2 dengan harga yang tinggi di mana se bahagian dari lebihan itu akan di pulangkan kepada pembeli. Kenapa 1MDB membeli perniagaan Ananda Krishnan pada harga RM 8 billion lebih walhal nilai asset tetap sekitar RM 1 billion dan di campur goodwill, mungkin harga Tanjung power itu hanya RM 4 billion. Jawapan nya, kerajaan BN akan di beri balik sejumlah wang untuk PRU. Demikian juga, rakyat curiga bagaimana Mex Highway di jual pada harga yang begitu tinggi sedangkan pembiayaan nya datang dari kerajaan dan pencadang nya hanya mengeluarkan sekitar RM 60 juta. Adakah keuntungan RM 1 billion itu di kongsi dengan penaung2 dari UMNO?


Tapi oleh kerana kita sekurang kurang nya memperakui bahawa Najib dan Muhyidn adalah honorable gentlemen- mestilah duit itu mereka pinjam.
Tapi pinjam dari mana ye? Duit ini dari syarikat Najib dan Muhyidin? Kita tahu kedua nya kaya raya. Dari manakah datang nya RM600 million juta yang di taburkan oleh Najib dan Muhyidin dalam masa 11 minggu? Kalau ianya bukan dari peruntukan yang di ketepikan dari jumlah wang yang disatukan, dari mana para lanun ini mencuri?


Hutang negara kita telah hampir kepada 50% dari KDNK. Saya percaya kalau di campur dengan wang yang datang dari sumber ghaib- ambil dari epf, dari GLC, dari sime darby, dari 1001 sumber, maka hutang sector awam pasti melebihi 50% dari KDNK. Dan dengan rekod ini, PM dari UMNO mengistihar diri nya, tukang belanja yang berhemah? Atau wassatiyyah?

Negara kita akan bengkrap sebab kerajaan BN yang di pimpin oleh UMNO belanja ikut sesuka hati. Ini seorang pemandu yang langgar had laju dan membawa maut kepada penumpang. Kita usah naik kenderaan yang di pandu oleh pemandu yang sewel seperti ini.Ini pemandu yang hanya ada lesen L atau, mungkin lesen beli.

TV3 ingat penonton orang2 tolol. Semasa Najib berucap secara sehala, kita di pertontonkan kepada gambar orang bermesyuarat dan impresi artis atau pelukis mengenai lapuran keatas ETP. Di manakah bukti projek sebenar nya di bawah ETP itu dan mengapa kita mahu di tipu dengan artists impression? Hanya satu sahaja kita nampak kegiatan pecah tanah yang di lakukan untuk projek MRT. Dan projek ini belum pun muktamad harga nya sudah pun di tanda tangani. Kenapa kita bersegera mahu membenarkan Gamuda-MMC menjalankan projek ini? projek2 lain di bawah ETP mana?
Najib janganlah hendak kelentong rakyat Malaysia. ETP, NKRA, NKEA, dan entah apa lagi gelaran yang eksotik hanya istilah istilah yang di gunakan oleh Najib untuk menunjuk nunjuk dia seorang pemikir besar. Berfikir bukan kualiti tersohor Najib.

Apa yang dia lakukan tidak ada beza nya dengan Rancangan Malaysia yang terdahulu dan inisiatif2 kerajaan sebelum Najib. Semasa najib, nama sahaja yang gah- isi nya belum kita nampak. Kita nak tanya punahsihat dan punai-sihat Najib, di manakah kelebihan ETP dan istilah2 rojak ini dengan Rancangan Malaysia yang lain?

Soalan2 seperti ini sudah cukup menukar perspektif kita menilai apa yang Najib berceloteh malam tadi. Tapi ye lah, apa kita hendak buat jika ada pendengar yang basah dalam seluar bila mendengar celoteh dan kelentong Najib kan?

Kerajaan BN memang ramai kaki auta. Ini kerajaan yang di pimpin oleh PM yang TPM- tak pernah muktamad. Berikan saya satu contoh dasar yang Najib kemukakan yang muktamad dan tidak gostan dengan memberi pelbagai alasan. Seorang bekas menteri kewangan Malaysia pernah memberitahu saya, Najib lagi flip flop dari Pak Lah dan jumlah punah-sihat dan punai-sihat Najib lebih ramai dari budak budak tingkat 4 semasa pentadbiran Abdullah Badawi.

Hishammudin Hussein terbukti tidak se standard Tun Hussein dan berdolak dalik mengenai skendel dalam institusi kepolisian. Rakyat menunggu sama ada dia mahu menubuhkan suruhanjaya siasatan keatas allegations bahawa bekas KPN mempunyai hubungan dengan penjenayah. Morale anggota kepolisian menurun akibat tuduhan2 dan allegations ini. Nazri terus menerus mengeluarkan pandangan yang mendahului kepantasan otak nya. Muhyiddin menggunakan kaji selidik yang lemah untuk membuktikan konon bahawa kita mempunyai system pembelajaran yang setanding dengan US, UK dan Germany; sila beritahu perkara ini kepada ribuan graduan Melayu yang tidak mendapat kerja dan terpaksa berkerja sebagai pelayan di Old Town white Coffee.

Atau biarlah kita nantikan, senarai pemenang hadiah nobel kerana system pendidikan kita sama dengan negara dunia pertama yang di ambil sebagai contoh oleh si malikul sembab ini. dan kita ada pemandu bas mini nombor satu negara kita yang memberitahu parlimen bahawa pembelian kapal selam scorpene adalah bersih sedangkan mahkamah Perancis menjumpai bukti rasuah yang rasmi. Jadi wang yang di perolehi oleh Razak Baginda itu apa?

Selasa, 3 April 2012

Mahathir kritik warisannya sendiri, baguslah

Berita Dr Mahathir berkata yang UMNO sedang kehilangan ahli yang mampu menjadi pemimpin. Kekurangan ini disebabkan ramai orang Melayu yang berkelayakan tidak mendapat tempat kerana mereka takut dengan kehadiran mereka yang berwatak baik, berpelajaran dan berpendidikan professional dalam UMNO. Dalam PRU yang akan datang Mahathir mahukan UMNO menurunkan calon yang baik dan mendapat sokongan ramai.

Saya merasa gembira yang Mahathir mempunyai pandangan seperti ini, tetapi persoalannya kita ingin bertanya kepada Mahathir kenapa dan siapa yang memulakan budaya mengenepikan pemimpin yang berguna kepada rakyat dan membawa mereka yang tidak berguna untuk menjadi orang penting didalam UMNO dan kerajaan selama ini?

Bukankah beliau yang memulakan budaya mengambil dan menaikkan mereka yang hanya digunakan untuk memperkuatkan kedudukan beliau sahaja semasa beliau mula mengambilalih kepimpinan sehinggalah beliau berhenti pada oktober 2003 dahulu?. Budaya menaikkan hanya ‘yes man’ dan ‘yes sir’ bermula dengan jelas semasa beliau memimpin kita. Mahathir dengan begitu sistematik telah berjaya mengenepikan sesiapa sahaja dikalangan pemimpin yang beliau anggap sebagai pencabar kepada beliau.

Budaya yang dibentuknya terus menerus berkembang selepas beliau meletakkan jawatan setelah mengepalai kerajaan selama 22 tahun. Beliau tidak pernah membina barisan pelapis kepada kepimpinan yang baik malah beliau telah membunuh semua mereka yang berpotensi untuk memimpin negara dengan baik. Semasa zaman beliau lah ramai pengampu dan pembodek menyertai parti itu dan menaiki tangga kepimpinan dengan hanya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada beliau.

Mahathir memerlukan sokongan biar pun sokongan membuta tuli. Akhirnya semua tahu yang beliau hanya bermatlamatkan untuk berkuasa dan perjuangan peribadi beliau berjaya sehingga beliau menjadi PM selama 22 tahun. Bayangkan selama 22 tahun kepimpinan negara tidak pernah digilapnya sehingga wujud kekosongan dalam kepimpinan negara dengan begitu ketara.

Yang tinggal hanyalah mereka yang menjadi pemimpin melalui kegiatan membodek dan mengampu sahaja. Jika beliau benar-benar membina pimpinan pelapis dengan serius orang seperti Abdullah Badawi dan Najib tidak mungkin menjadi PM yang hanya memenuhi masa untuk menempelkan kepimpinan yang begitu ‘artificial’

Isu moral, nilai dan etika kepimpinan tidak menjadi alat pengukur lagi untuk menjadi orang penting kepada UMNO semasa Dr Mahathir menjadi pemimpin utama kita. Kriteria untuk menaiki tangga kejayaan politik hanyalah satu; iaitu memberikan sokongan peribadi yang tidak berbelah bagi. Samada seseorang itu adalah perasuah tegar, keperibadian yang tidak semenggah atau tidak ada ‘sisik’ kepimpinan tidak mengapa kepada Mahathir. Yang penting ‘kamu mesti menyokong aku sebab aku hendak menjadi pemimpin kalau boleh buat selama-lamanya’.

Itulah sebabnya setelah beliau mentadbir begitu lama dan terpaksa meletakkan jawatan kerana desakan banyak pihak, Dr Mahathir telah mewariskan kepada kita pemimpin-pemimpin yang tidak memahami bagaimana hendak mentadbir negara. Itu jugalah sebabnya negara kita kini ditadbir oleh pemimpin yang mentadbir negara seperti mentadbir persatuan sepak takraw dan persatuan gasing. Tidak ada lagi pemimpin yang ‘magnanimous’ yang boleh diyakini oleh rakyat terutamanya kepada rakyat yang bermaklumat.

Kini kita menerima warisan Mahathir yang mana semua sistem dan institusi demokrasi negara yang telah hancur lebur. Sistem kehakiman dan perundangan sudah tidak lagi diyakini bukan sahaja oleh rakyat kita sendiri, tetapi juga oleh masyarakat antarabangsa. Badan Kepolisisan (Polis) diragui oleh rakyat dan terlalu banyak tuduhan dibuat terhadap “attorney general” serta bekas ketua polis negara dan segala tuduhan itu tidak pula dibersihkan dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menuduh itu.

Dizaman Mahathir itulah kita menyaksikan segala yang telah berjaya dibina telah diporak perandakan. MAS yang semasa sebelum zaman Mahathir merupakan syarikat penerbangan negara yang paling ‘premium’ sekarang ini telah diperkosa dan di‘cannibalized’ oleh kroni Mahathir. Zaman ini jugalah BBMB yang menjadi kebanggaan orang Melayu kini sudah tiada lagi dan dikuasai oleh keluarga yang berpengaruh dalam negara ini.

Apa yang terjadi kepada PERNAS dan banyak lagi kepada semua ‘public companies by guarantee’ kepunyaan rakyat, telah diperkosa oleh mereka-mereka yang diberikan tanggungjawab untuk mentadbir syarikat-syarikat tersebut. Dizaman Mahathir lah terbentuknya budaya orang kaya baru dikalangan mereka yang diberi amanah untuk menjaga syarikat-syarikat kerajaan yang terbang dengan jet-jet eksekutif seolah-olah mereka ini menjadi ‘corporate captain’ di atas kepandaian dan kebijaksanaan masing-masing.

Sekarang ini Mahathir pula yang mengatakan UMNO sudah tiada kepimpinan. Kekosongan pimpinan dalam UMNO bermula dari zaman beliau. Pandangan beliau yang ramai cendiakawan yang telah menyertai parti lain itu bermula dari zaman beliau kerana mereka yang bijak dan mempunyai pandangan yang membangun telah menyebabkan kepimpinan disemua peringkat UMNO itu menolak mereka-mereka (professional) ini.

UMNO kini telah menjadi parti mundur. Mahathir sendiri mengakui tidak berapa lama dahulu yang UMNO itu telah busuk sehingga ke ususnya. Ini kata-kata Mahathir sendiri, bukannya kata-kata mereka yang dari pembangkang. Mahathir telah menyalahkan pembangkang dan membuat berbagai tuduhan dan tekanan terhadap pihak alternatif. Mahathir berkata yang negara akan huru hara jika pembangkang mengambilalih.

Huru hara ini sebenarnya hanya boleh dilakukan oleh UMNO kerana mereka terlalu takut dan gusar dengan arus penentangan terhadap UMNO masa kini. Maklumlah sudah begitu lama berkuasa, apabila kuasa hilang mereka tidak dapat untuk menerimanya. Itulah sistem demokrasi acuan UMNO seperti yang selalu disebutkan oleh Mahathir sendiri. Kemenamgan itu hanya hak UMNO sahaja. Tetapi apabila UMNO itu tidak memberikan keuntungan, Mahathir bertindak keluar dari parti yang beliau tubuhkan sendiri pada tahun 1998 dahulu.

Mahathir boleh keluar UMNO. Orang lain keluar UMNO tidak boleh. Mahathir boleh bunuh UMNO tetapi sesiapa yang menentang UMNO itu orang jahat, melainkan beliau sendiri bertindak keluar UMNO itu.

Sekarang kita lihatlah apa yang sedang diwariskan oleh Mahathir kepada negara ini. Kita berharap Mahathir akan terus sihat walafiat dan hidup lebih lama lagi untuk melihat apa yang berlaku kepada rakyat khususnya orang Melayu hasil dari warisan beliau ini. Kini UMNO tidak mungkin dapat memperbaiki diri sendiri. jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri.

Saya yakin Mahathir sangat puas dengan apa yang beliau lakukan selama ini.