Jumaat, 20 Januari 2012

Pinda undang-undang aibkan orang, kata Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya undang-undang yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, dipinda termasuk peruntukan dalam seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan.

Katanya, pindaan tersebut perlu dibuat bagi memastikan supaya ianya tidak digunakan untuk menghina seseorang khususnya terhadap musuh dalam politik.

"Memang undang-undang yang ada, (seperti) 377 (B), 377 (C) digunakan untuk mengaibkan orang, digunakan untuk musuk politik," dakwanya.

"Orang bertanya kenapa tidak meminda undang-undang yang ada. Ya, saya akan pinda... supaya memastikan (ianya) tidak bermaksud untuk menghina orang," katanya yang juga ketua pembangkang.

Anwar turut menempelak pihak tertentu yang mempertahankan undang-undang yang didakwanya "jumud" digunakan untuk memfitnah seseorang.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya malam tadi bagi mengulas kontroversi wawancaranya dengan rangkaian penyiaran British (BBC) yang dilaporkan minggu lalu sehingga beliau dituduh menyokong homoseksual.

Rangkaian itu meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi’ terhadap kumpulan itu dan menegaskan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.

“Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan,” kata Anwar dalam temubual dengan BBC itu.

Bercakap di majlis kesyukuran sempenan pembebasannya daripada tuduhan liwat pada 9 Januari lalu, Anwar menegaskan kenyataannya bahawa Islam dan bukan Islam menyokong perkahwinan lelaki dan perempuan menjawab perbuatan seks bebas, homoseksual dan lesbian.

Anwar yang juga bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan "perselingkuhan" kecuali ianya dilakukannya di hadapan umum.

"Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?... Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh," tegasnya di hadapan tetamu yang hadir di kediamannya di Segambut Dalam, malam tadi.

Selain beberapa pemimpin PKR, turut hadir di majlis itu ialah bekas menteri kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, yang turut serta bersolat maghrib, solat hajat, solat Isyak serta majlis bacaan Yassin sebagai tanda kesyukuran di atas pembebasan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Mengimbau kisah pada hari keputusan liwat II diumumkan, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh sempat bersarapan bersama-sama ahli keluarganya selepas bersolat subuh.

Bahkan, beliau juga sempat memeluk dan mencium ahli keluarganya kerana berkemungkinan beliau mungkin tidak balik sekiranya didapati bersalah, walaupun jauh di sudut hatinya, beliau merasa akan dilepaskan.

"Paling tidak, mungkin dibenarkan diikat jamin. Tetapi berlaku sebaliknya. Jika bersalah, mungkin riuh dalam negara dan menjadi fokus di luar negara.

"(Tetapi) saya lepas. Saya tidak tahu (sebabnya). Mungkin hakim tahu, sebab (penghakiman) dibaca cepat, beliau keluar pun cepat, tak sempat (saya) nak angkat tangan," katanya diiringi dengan gelak ketawa hadirin.

"Yang saya pasti, the power of prayer. (Kuasa doa) ini adalah luar daripada pertimbangan politik," katanya sambil memaklumkan masyarakat tempatan dan antarabangsa turut mendoakan agar beliau dibebaskan.

Katanya, dengan keputusan itu juga menyebabkan media arus perdana "meroyan macam orang gila" dengan mencari apa-apa sahaja" untuk menyerangnya, bahkan ada pihak yang terkejut dan kesal dengan pembebasan beliau itu.

Dalam kesempatan itu juga, Anwar turut menceritakan pengalaman beliau bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertemu dengan cucu bekas perdana menteri India, Rajmohan Gandhi, yang mana temujanji itu telah lama diatur sebelum keputusan liwat II ditetapkan.

Katanya, Rajmohan memperuntukkan masa selama lima jam berbincang dengan Anwar secara peribadi, berhubung usaha memartabatkan perjuangan demokrasi.

Menurutnya dalam perjalanan menuju kediaman Rajmohan yang terletak di atas bukit di Panchgani - yang memakan masa selama lima jam dari Mumbai - Anwar singgah minum sejenis air teh yang menyebabkan beliau teringat akan kelazatannya.

Anwar juga berkata selepas berada di India, beliau bertolak ke Turki untuk memenuhi undangan bertemu dengan Perdana Menteri Raceb Tayyib Erdogan.

Bagaimanapun beliau terpaksa menangguh untuk bertemu Presiden Turki Abdullah Gul kerana terpaksa pulang ke tanah air bagi menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar, Kedah.

Dalam ucapannya selama 45 minit itu juga, Anwar turut memberitahu bahawa beliau menerima banyak ucapan tahniah melalui emel, SMS dan panggilan telefon daripada pelbagai pihak berhubung keputusan tersebut.

Antaranya bekas naib presiden Amerika Syarikat Al-Gore, bekas perdana menteri Kanada Paul Martin dan ulama tersohor Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr Wahbah Al-Zuhaili.

Sebelum itu, orang ramai termasuk penyokong memenuhi halaman rumahnya bagi menghadiri majlis kenduri kesyukuran sempena pembebasan beliau daripada tuduhan liwat II.

Sebanyak empat khemah besar dipasang di halaman rumah tokoh pemimpin PKR itu dan dihamparkan tikar bagi membolehkan hadirin yang hadir duduk bersolat dan duduk mendengar tazkirah ringkas yang disampaikan ketua penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty.

DAP: Pengendali lebuh raya tol untung 'Maha Firaun'

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop untuk berdebat mengenai dakwaan BN bahawa tol di lebuhraya tidak boleh dihapuskan.

NONELim berkata beliau bersedia berdebat dengan Nor Mohamed, menteri yang bertanggungjawab menjaga Unit Perancang Ekonomi pada bila-bila masa dan mana-mana tempat berhubung dakwaan kerajaan mengapa beberapa tol yang sedia ada tidak boleh dihapuskan.

“Mengapa kita tak boleh hapuskan tol bila PLUS untung 308 peratus. Mari bahas mengikut isu dan fakta, bukan dengan emosi dan sentiment.

“Dia seorang menteri, saya seorang Ketua Menteri, kami setara. Mari kita berdebat demi kepentingan rakyat,” cabar Lim.

Sebelum ini, Nor Mohamed membuat kenyataan bahawa janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan tol jika mereka berkuasa di Putrajaya sebagai tidak masuk akal.

"Saya sedia berdebat isu ini - 'Mengapa tol yang perlu dihapuskan?’ Ini untung maha besar, untung Maha Firaun atau topik kedua 'Adakah benar Malaysia akan menjadi bankrap jika tol dimansuhkan’,” katanya.

Menurut Lim, beliau berharap Nor Mohamed tidak takut untuk berdebat mengenai isu penting yang membabitkan ekonomi negara kerana katanya, penghapusan tol akan meringankan beban rakyat dan mengurangkan kadar inflasi.

“Saya boleh berdebat di mana-mana sahaja selagi ada liputan televisyen." katanya sambil merujuk peratus keuntungan berlipat kali ganda yang diperolehi dari projek-projek lebuh raya seluruh negara.

metramac toll booth 160106Antara yang paling tinggi keuntungannya ialah Lebuhraya Metramac yang mencatat keuntungan 877 peratus daripada kos asal pembinaan yang hanya berjumlah RM45 juta.

Lebih mengejutkan, kata Lim ialah kekayaan yang dikumpul melalui projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mengaut keuntungan RM 18 bilion, setelah ditolak kos pembinaannya sebanyak RM 5 bilion; dengan tempoh konsesi selama 50 tahun sehingga tahun 2038.

Begitu juga dengan projek lebuh raya KL – Karak yang untung hampir RM1 bilion (202 peratus), diikuti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dengan keuntungan RM1.6 bilion (149 peratus) berbanding kos pembinaan sekitar RM1 bilion.

“Anak, cucu, cicit kita pun akan terus bayar tol,” kata Lim lagi.

Isnin, 16 Januari 2012

Najib, Perdana Menteri boneka

Memasuki 2012, Datuk Seri Najib Abdul Razak masih tidak dilihat sebagai pemimpin yang berkaliber oleh rakyat jelata. Pada pendapat orang ramai, kisah peribadi, sosial dan ekonomi yang menghantui beliau akan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang – yang dipercayai akan diadakan sebelum Jun 2012.

Hubungan antara kaum di negara ini tidak menjadi lebih baik dan ternyata agama secara meluas dilihat sebagai gizmo yang mudah digunakan oleh UMNO untuk memecah-belahkan rakyat. Juga terdapat kalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat, merangka strategi ekonomi yang tidak berkesan dan kegagalan kerajaan untuk meyakinkan orang ramai.

Hampir empat tahun BN menerajui negara selepas pilihan raya umum Mac 2008 dan tidak dapat dilihat UMNO atau Najib membawa negara ke landasan yang betul. Populariti mereka seolah-olah menurun.

Banyak masalah sosial dan ekonomi yang berkaitan dengan hubungan antara kaum, agama dan ekonomi telah disajikan kepada rakyat jelata. Rasuah semakin menjadi-jadi di kalangan mereka yang berkuasa dan lebih kerap ia disapu di bawah permaidani atas sebab-sebab politik.

Mereka hanya menerima sisa

Pembayaran RM100 dan RM500 secara ‘one-off’ kepada pelajar dan golongan miskin baru-baru ini telah dianggap oleh orang ramai sebagai percubaan merasuah untuk undi dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Malah pinjaman RM5, 000, 1Malaysia kepada golongan miskin untuk melabur di bawah skim amanah kebangsaan tidak akan mejamin rakyat akan mengundi BN.

Bagi penerima bantuan di Kedah, beliau tidak memuji kerajaan: "Ini tidak penting, kerana wang yang diberikan kepada rakyat bukan dari poket UMNO sendiri, tetapi wang hasil titik peluh pembayar cukai. Kita perlu memperbaiki mentaliti rakyat tentang strategi politik UMNO ini. Buat masa ini, wang yang diterima itu adalah wang rakyat, bukan UMNO atau BN. Apabila tiba masa untuk mengundi, ini benar-benar akan menjadi satu isu yang berbeza. "

Rakyat yakin bahawa jumlah wang yang diberikan kepada golongan miskin hanyalah berjumlah sedikit dan tidak dapat membuat hidup lebih selesa sedang negara dilanda masalah inflasi yang tinggi sekarang. "Ini 'rasuah' untuk menggembirakan rakyat untuk jangkamasa pendek," kata seorang petani di Kedah. "Kerajaan tidak membentangkan pelan konkrit jangkamasa panjang untuk mengurangkan inflasi dan menurunkan kos sara hidup bagi membantu golongan miskin." Tambah beliau, "Meningkatkan gaji mereka yang sudah bergaji besar tidak akan membantu mengurangkan harga makanan. Hanya yang kaya dilihat seperti diberi insentif dan ganjaran yang besar untuk menjadi lebih kaya. Golongan miskin menjadi lebih miskin, kerana mereka hanya menerima sisa "

Apa yang lebih menarik untuk orang ramai adalah mereka ingin tahu kualiti kepimpinan negara ini. Yang hangat dikalangan pengundi, "Siapakah yang sebenarnya yang mentadbir negara ini?" Ini adalah soalan yang ditanya oleh mereka yang berada di dalam dan di luar UMNO dan BN. Semua orang tahu bahawa secara rasminya Najib ialah PM. Tetapi Najib telah dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak dapat memimpin negara dengan bebas tanpa pengaruh Mahathir. "Selagi, Anwar masih ada, Mahathir tidak akan berputus asa mengganggu pentadbiran Najib. Beliau takut UMNO dan BN akan kalah besar pada pilihan raya umum akan datang dengan populariti Pakatan Rakyat yang semakin meningkat " kata pengundi muda di Kerian.

Ingin melihat Najib jatuh

Orang ramai mula melihat peranan Mahathir dalam pentadbiran Najib yang tidak akan surut tetapi lebih kuat. Rupa-rupanya, Abdullah Ahmad Badawi telah disingkirkan daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 oleh Mahathir. Perkara yang sama boleh berlaku kepada Najib jika beliau memutuskan untuk 'mengingkari' Mahathir. Mahathir masih berpengaruh dalam politik UMNO bukan kerana beliau adalah seorang ahli politik yang bijak tetapi kerana ada puak dalam UMNO yang mahu melihat Najib jatuh. "Tetapi jika Najib dan UMNO jatuh, BN turut hancur," kata seorang pemerhati politik. "Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru." Mahathir dianggap oleh sesetengah pemerhati politik sebagai satu-satunya manusia yang boleh menentukan nasib Najib dan mungkin memberikan harapan kepada UMNO dan banyak lagi yang lain untuk menaiki tangga politik.

Yang hebat diperkatakan sebelum ini adalah semasa Najib membuat keputusan memilih barisan kabinet, beliau telah diberi 'amaran' oleh Mahathir bahawa Khairy Jamaluddin – Ketua Pemuda UMNO yang dipilih - harus dikecualikan daripada Kabinet. Dan seperti yang dijangka, apabila barisan Kabinet diumumkan, Khairy diketepikan.Mungkin ini adalah kali pertama dalam sejarah UMNO di mana pemimpin Pemuda tidak diberikan apa-apa jawatan dalam kabinet. "Dengan langkah itu, nasib politik Khairy dimeterai," kata seorang ahli parlimen UMNO. Bagi sesetengah pemerhati politik, prestasi Khairy sebagai pemimpin Pemuda sememangnya suram: "Beliau tidak mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin. Pilihan raya umum yang akan datang besar kemungkinan akan menyaksikan Khairy tidak bertanding." Khairy akan kehilangan jawatan sebagai Ketua Pemuda dalam pemilihan UMNO yang akan datang dan ini akan menggembirakan Mahathir.

Bukan itu sahaja, Mahathir memberi isyarat kepada Najib bahawa semua orang-orang Abdullah juga perlu dibuang dari barisan kabinet. Shahrir Abdul Samad - seorang ahli politik yang bijak menyedari hakikat terebut dan telah membuat satu langkah pencegahan. Beliau memutuskan untuk meletak jawatan sebagai menteri walaupun sebelum barisan Kabinet baru diumumkan. Beliau berundur sebelum kapak jatuh ke atasnya. Beliau dapat merasakan bahawa Kabinet baru itu akan menjadi Kabinet Mahathir.

Tetapi apabila Najib dengan ihsannya termasuk beberapa orang-orang Abdullah, ada yang mengatakan bahawa Mahathir merungut bahawa Kabinet itu masih dipenuhi dengan beberapa watak-watak 'tercemar'. Najib tidak mempunyai pilihan, kerana beliau melihat mereka ini sebagai orang kuat UMNO dan penyokong setia. Sebagai seorang yang lemah, Najib memerlukan mereka untuk membantu beliau melawan parti-parti pembangkang dan untuk sokongan kerana begitu banyak kontroversi dan banyak tuduhan ke atasnya. Beliau sedar bahawa beliau bukan seorang pejuang dan tidak begitu pandai dalam percaturan politik. Beliau dilihat oleh rakyat sebagai seorang pemimpin yang 'bermain selamat', tidak seperti Mahathir dahulu.

Dasar turun naik

Abdullah telah membatalkan projek jambatan separuh bengkok atau melengkung di Selat Tebrau bagi menggantikan separuh daripada Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura pada tahun 2006. Projek ini diilhamkan oleh Mahathir semasa beliau masih Perdana Menteri. Apabila jambatan separuh bengkok itu sekali lagi ditimbul oleh Mahathir kepada Najib, Najib membisu mengenai isu itu. Mungkin beliau sedar bahawa projek itu tidak berbaloi. Mahathir sekali lagi tidak puas hati tentang perkara ini, kerana beliau masih berkeras bahawa projek itu perlu diteruskan. Najib masih juga senyap. Projek jambatan telah dihentikan dan kerajaan kerugian lebih RM740 juta wang pembayar cukai.

Abdullah memansuhkan projek keretapi berkembar dari Johor ke Padang Besar yang menelan kos RM14 billion semasa beliau PM. Najib juga tidak menunjukkan minat dalam projek ini. Sebaliknya, projek keretapi ini kemudiannya ditetapkan hanya dari Ipoh ke Padang Besar dan kelewatan projek ini telah menelan kos RM12 billion, hanya untuk satu jarak yang agak singkat. Mahathir marah kerana beliau merasakan sekiranya projek yang dilaksanakan lebih awal, dengan pertambahan RM 2 billion, landasan berkembar itu akan menyambung Johor Baru dengan Padang Besar.

Penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik (PPSMI) - ilham Mahathir juga sedang dijatuhkan oleh kerajaan Najib. Mahathir dilaporkan telah tidak bersetuju dengan idea menjatuhkan pelan yang dilaksanakannya pada tahun 2003. Benci kepada isu-isu kontroversi, Najib bijak melambung 'kentang panas' kepada Muhyiddin Yassin untuk melakukan keputusan yang tidak popular untuk melenyapkan polisi. Muhyiddin kini telah menjadi menteri pendidikan yang sangat tidak popular. Isu ini telah mengkemikkan kerjaya politik beliau, sedang Najib terus menerus senyap mengenai perkara itu. Ibu bapa masih tidak berpuas hati dengan dasar turun naik dalam bidang pendidikan. BN dijangka kehilangan lebih banyak undi kerana isu ini dan Mahathir sedar akan hal ini.

Muhyiddin berkeras bahawa dasar itu harus dimansuhkan sepenuhnya. RM5 billion ringgit wang pembayar cukai telah disia-siakan pada PPSMI yang berlangsung hanya selama sembilan tahun sebelum ia dijumudkan. Sekiranya ini adalah negara demokrasi lain, seluruh ahli-ahli kabinet akan meletak jawatan dan pemimpin tersebut akan dihantar ke penjara politik.

Bagasi peribadi

Kempen beberapa pilihan raya kecil semasa Najib Perdana Menteri telah menggunakan taktik kotor pada mata rakyat. ''Cukuplah memburukkan saya,” Najib dilaporkan berkata dalam satu perang dingin dengan pembangkang. Malangnya, Najib tidak dilihat oleh rakyat sebagai pemimpin yang bebas daripada bagasi peribadi dan ini bukan satu petanda baik untuk UMNO dan BN. Bagi pemerhati politik, Mahathir lebih berminat untuk menyelamatkan UMNO daripada memikirkan masalah peribadi pemimpin UMNO.

Dalam pilihan raya kecil di mana Najib agak keberatan untuk melangkah, Mahathir dilihat lebih bersebeliau untuk berjuang. Tetapi, jika Mahathir dilihat turun padang tanpa Najib, apakah mesej yang akan diperoleh oleh rakyat? Walaupun dengan pertolongan Mahathir, UMNO telah kalah dalam beberapa pilihan raya kecil dan ini memburukkan lagi imej Najib.

Pada masa itu, Najib sangat terasing apabila BN kehilangan beberapa pilihan raya kecil. Najib akhirnya menjadi bahan seloroh pihak pembangkang dan ramai musuhnya dalam UMNO. "Najib, yang dibesarkan dalam sebuah keluarga bangsawan politik secara semulajadi akan mengambil jalan selamat. Yang paling mungkin beliau lakukan adalah untuk menyuruh penyokongnya berjuang untuk beliau. Tetapi beliau telah gagal untuk menyedari bahawa orang lain tidak boleh terus melakukan 'aksi ngeri' untuk beliau. Sebagai PM, halangan besar masih akan tergantung di lehernya, "kata seorang pemerhati politik.

Mahathir menyelamatkan imej

Kehadiran Mahathir agak ketara semasa pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau, tahun 2009. Najib - PM dijauhkan daripada pilihanraya itu. Mahathir turun padang untuk menyelamatkan UMNO dan BN tetapi telah disakiti menerima rintangan dari kedua-dua kawasan pilihan raya tersebut dan kedua-dua kerusi itu akhirnya pergi kepada Pakatan - PAS dan PKR.

Mahathir secara umum ‘bersara' selepas menerajui negara selama 22 tahun dan tidak boleh hidup dengan aman melihat UMNO runtuh di bawah Najib walaupun BN memenangi beberapa pilihan raya kecil selepas itu. Najib seolah-olah akan kehilangan lebih banyak sokongan kini kerana bergantung kepada Mahathir untuk menyelamatkan imejnya.Mahathir mungkin tidak berpuas hati melihat Najib lebih banyak berusaha membina imej beliau dan bukannya memberi tumpuan lebih kepada pembangunan ekonomi negara.

Mahathir juga sedar bahawa jika perjalanan menjadi sukar untuk Najib, beliau akan meminta menteri-menteri Kabinet yang lain untuk melakukan tugas baginya. Najib telah senyap dalam banyak isu - khususnya PPSMI dan pinjaman RM250 juta yang diberi kepada sebuah syarikat milik suami seorang Menteri Kabinet. Projek Feedlot Negara itu telah ditubuhkan pada tahun 2008 semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri. Khairy pada mulanya bulat-bulat mempertahankan syarikat itu tetapi setelah lebih banyak bukti yang timbul mengenai penyalahgunaan wang yang dipinjamkan oleh kerajaan kepada syarikat tersebut, beliau juga menjadi senyap.

Boneka kelas ini

Mengetahui Mahathir, beliau sememangnya seorang pejuang dan beliau akan terus berjuang walaupun selepas bendera perang telah jatuh ke tanah.

Dalam wayang kulit tradisional, Tok Dalang menarik tali boneka dan bercakap dari belakang tabir untuk memikat dan menarik perhatian mereka yang menonton persembahan pada skrin putih. Najib boleh memilih untuk tidak menjadi boneka kelas ini. Tetapi beliau dilihat sebagai pemimpin yang lemah oleh pasukannya dan juga oleh musuh politiknya,beliau tidak mampu untuk mengabaikan Mahathir – yang jelas adalah Tok Dalang. Satu silap langkah Najib akan menyebabkna beliau menghadapi masalah dan akan menemui nasib yang sama seperti Abdullah.

Najib, seperti semua ketua-ketua kerajaan, bercita-cita untuk menjadi perdana menteri yang bebas tetapi duri yang menusuk hati nuraninya daripada mereka yang jelas kelihatan adalah terlalu banyak untuk beliau tanggung. Malangnya, beliau seolah-olah tidak dapat bertahan, tetapi perjuangan menentang hati nuraninya adalah penting untuk survival politik beliau.

"Nasihat untuk Najib - kesedaran sendiri untuk memutuskan apa yang beliau mahu lakukan sebagai seorang perdana menteri. Beliau perlu berdiri dengan prinsip itu. Beliau tidak harus ditolak ke tepi oleh sesiapa pun. Ia mungkin pahit ditelan, tetapi ini adalah pil yang harus ditelan untuk dihormati, jika tidak ia akan menjejaskan imej beliau sebagaiPerdana Menteri. Tetapi beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak bertenaga." kata seorang ahli UMNO kanan.

Pemimpin seterusnya untuk UMNO

Yang hangat diperkatakan sekarang, "Siapakah Perdana Menteri sekarang? Najib atau Mahathir?"Kebanyakan orang sudah mempunyai jawapan yang jelas kepada soalan ini. Buat masa ini Najib hanyalah mengikut tulunjuk Mahathir semata-mata. Tetapi Najib adalah pilihan Mahathir selepas Abdullah. Mahathir sepatutnya mula melatihNajib untuk menjadi 'pejuang' sebelum diletakkan di atas pentas. Mahathir tergesa-gesa menolak Abdullah keluar dari tempat kejadian dan dengan itu pelantikan Najib sebagai PM disegerakan.

Mahathir akan memastikan Najib berdiri di atas kakinya sehingga pilihan raya umum akan datang. Najib sedar bahawa jika beliau memutuskan untuk tidak mendengar nasihat daripada penasihat yang dilantik secara sendiri itu, beliau akan menghadapi masalah. Ini adalah yang harus dielaknya sebelum menghadapi sebelum pilihan raya umum akan datang. Tetapi jika beliau terus mengikut telunjuk Mahathir, musuh politik akan melabel beliau sebagai PM tanpa pendirian sendiri.

Jika UMNO dan BN gagal dalam pilihan raya umum akan datang - yang dijangka akan berlaku adalah Mahathir akan mendesak perletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri seperti apa yang beliau lakukan kepada Abdullah dahulu. Mahathir berharap agar dapat hidup lama untuk melihat nasib Najib selepas pilihan raya umum akan datang. Mahathir bolehlah, selepas itu, membuat keputusan siapa pula yang akan menjadi orang seterusnya untuk memimpin UMNO.

Rabu, 11 Januari 2012

Melayu juga yang tertipu.

Akhirnya pada 9 Januari 2012, perbicaraan terhadap Anwar yang dituduh meliwat Saiful Bahari sampai ke kemuncaknya. DS Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah.

Pelik tetapi benar, kerana perbicaraan yang sepatutnya ditakrifkan sebagai ‘No Case’ pada tahap awal lagi telah begitu berpanjangan sehingga membazirkan berjuta juta wang rakyat dan Negara. Yang lebih menyedihkan kita, kes ini telah memporak-perandakan budaya Melayu dan Negara kerana melalui kes ini juga anak-anak kecil mendapat tahu apa itu liwat dan sodomi dan apa itu pelincir.

Kalau direnungkan lama-lama sikit, kita akan terimbau kes skandal Anwar dikatakan telah meliwat seorang pelacur dan video itu telah diedarkan oleh tiga orang bergelar datuk. Yang diketuai oleh Datuk Seri yang pernah dikaitkan dengan kes merogol anak gadis bawah umur. Implikasi kes rogol itu telah memenjarakan Lim Guan Eng (sekarang ini Ketua Menteri Pulau Pinang) kerana mempertahankan hak seorang nenek yang cuba mendapatkan keadilan untuk cucunya yang dirogol itu.

Masyarakat dunia global sudah lama mencemuh kes perbicaraan Anwar Ibrahim kerana mereka sudah lama faham bahawa itu adalah manipulasi politik yang tidak mahukan Anwar naik menjadi seorang Perdana Menteri.

Apapun, keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar Ibrahim adalah satu tamparan hebat kepada beberapa puak masyarakat Melayu dan parti BN. Selama ini Anwar Ibrahim dan kes ‘rekaan’ meliwat Saiful Bahari sudah menjadi modal politik yang amat berbisa kepada beberapa pemimpin UMNO dan BN. Begitu juga kepada berpuluh-puluh NGO (Badan Bukan Kerajaan) yang pro UMNO; kepada apa yang disebut sebagai PEKIDA dan PERKASA.

Yang paling tersenak dengan keputusan mahkamah itu ialah kumpulan penjahanam PKR yang dianggotai oleh Ezam Mohd Nor, Dr. Chandra Muzaffar, dan yang paling aktif terkini ialah Zulkifli (Tempoyak) Nordin. Mereka ini telah dibuai mimpi dengan kemewahan yang dinaungi oleh Najib dan UMNO untuk terus bernafas lega dengan memburuk-burukkan Anwar Ibrahim.

Paling menjijikkan di kalangan mereka ini ialah Zul Tempoyak yang baru-baru ini mengugut anak-anak muda agar tidak berdemonstrasi dengan kumpulan 901 kerana dia dan Ibrahim Ali mahu bertindak menyekat dan menentang anak-anak muda itu.

Cuma Zul terlupa menyatakan bagaimana dia mendapat gelaran Datuk selepas keluar daripada PKR dan hidup mewah laksana seorang jutawan, sedangkan rakyat Kulim Bandar Baru yang diwakilinya hidup seperti lama juga. Yang penting sekali tanyalah Zul apakah dia pernah menyerahkan penyata akaun pilihan raya di Kuala Langat dahulu?

Walau bagaimana pun, keputusan kes Anwar dan Saiful akan membuka mata rakyat marhaen kepada banyak perkara:

1) Sistem kepolisan (Policing system) di Malaysia di mana pihak PDRM berdolak-dalik untuk menyekat himpunan aman di hadapan mahkamah yang membicarakan kes Anwar Ibrahim - daripada tidak boleh dan dianggap haram hingga menjadi boleh. Implikasinya beratus kumpulan NGO dan cawangan UMNO membuat laporan polis membantah demonstrasi itu. Bayangkan bebanan tak berbaloi anggota polis yang menerima laporan bantahan itu .

2) Keadaan kucar-kacir dalam kampus pusat pengajian tinggi kerana perbalahan disebabkan ada pihak yang mahu berdemonstrasi dan ada pihak yang tidak mahu ikut serta. Yang mahu berdemonstrasi adalah golongan yang tahu bahawa masyarakat mahasiswa adalah pelapis pentadibir Negara dan bukan budak-budak sekolah menengah lagi.

3) Percanggahan pendapat di kalangan ibu bapa dan golongan dewasa seiras pendapat golongan mahasiswa. Hinggakan masyarakat Melayu itu sendiri menjadi kucar-kacir dan pening kepala, keliru siapa yang patut mereka sokong.

4. Keputusan mahkamah ini juga memperkuatkan wibawa TG Nik Aziz dan sebahagian besar anggota PAS dan juga parti komponen PR. Kegemilangan PAS baru sahaja digerhanakan oleh kisah pemecatan Datuk Dr. Hassan Ali kerana melanggar disiplin parti.

Semalam, Hassan Ali telah membuat pengumuman akhbar dan menyalahkan penyingkirannya itu adalah didalangi oleh Anwar Ibrahim menyebut dua kali nama Anwar Ibrahim sebagai dalang utama. Dia juga mengaku tidak pernah ikut serta mana-mana perjumpaan yang melibatkan perjuangan Keadilan untuk membela Anwar Ibrahim Malam semalam, Hassan Ali telah membuat pengisytiharan bahawa dia percaya dengan kes Anwar meliwat Saiful.

Memang jelas Hassan Ali menggunakan perkataan ‘membela Islam’ banyak kali setiap kali berdepan dengan kamera TV. Cuma dia kurang arif tentang apa yang disebut sebagai disiplin parti. Sebagai bekas Timbalan Ketua Pengarah Biro Tata Negara, nampaknya Hassan Ali terlalu dibuai mimpi dengan segala janji muluk UMNO dan BN.

Yang Paling Nyata

Yang paling nyata, kes mahkamah Anwar Ibrahim-Saiful sudah menjadi satu senjata berkuasa tinggi yang cuba digunakan oleh BN dan UMNO untuk mengumpan para pengundi memihak kepada mereka.

Ini diperkuatkan oleh pelbagai subsidi dan imbuhan yang dihamburkan oleh Najib Tun Razak atas nama meringankan beban hidup rakyat marhaen. Soalnya sekarang, apakah itu ubat paling mujarab untuk meringankan beban hidup rakyat? Bayangkan pada bulan November 2011 satu tin susu pekat yang paling murah di kedai ‘supermarket’ adalah berharga RM1.90 sen. Tetapi sekarang harga susu pekat yang paling murah ialah RM2.49 sen.

Najib Mungkin Sudah Lama Tahu

Saya percaya Najib Tun Razak mungkin sudah lama tahu keputusan mahkamah yang mahu diisytiharkan dalam kes liwat Anwar-Saiful. Kalau kita renungkan semula keputusan mahkamah selama ini, tentu ada fakta lain terutamanya fakta luaran yang menyebabkan Najib akur dengan keputusan hakim. Apakah fakta itu. Adakah ia membabitkan perkara lain yang lebih besar?

Contoh terbaik dalam hal ini ialah beberapa kes dalam fail ICJ (International Court of Justice), yakni Mahkamah Antarabangsa Dunia yang berpusat di The Hague, Netherlands. Khabarnya mahkamah ini mahu membicarakan beberapa pemimpin tertinggi BN melibatkan penyelewengan wang dan emas bungkal yang dilarikan daripada Malaysia satu ketika dahulu.

Saya juga difahamkan bahawa pembebasan Anwar Ibrahim daripada penjara dahulu adalah atas desakan Bank Dunia yang mempunyai banyak bukti bagaimana harta rakyat marhaen di Negara ini telah dilarikan keluar Negara oleh satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri, dengan persetujuan seorang Ketua Hakim Negara, yang sudah lama bersara.

Mengikut sumber yang amat dipercayai ada seramai tiga belas orang tokoh dalam BN yang mahu didakwa oleh ICJ kerana penyelewengan wang marhaen Malaysia. Kesemua mereka masih hidup. Anwar Ibrahim amat mengenali mereka semua. Inilah punca sebenar kenapa Anwar Ibrahim mesti disumbat dalam penjara.

Saya rasa sudah sampai masanya Anwar Ibrahim berkata benar dan menceritakan kisah bagaimana sepuluh kontena emas daripada perbendaharaan cuba diseludup untuk dilarikan keluar Negara. Mujur hanya enam kontena dapat lolos dan enam kontena lagi dapat disekat dan dipulangkan kepada Bank Negara. Anwar harus bersuara lantang dalam hal ini kerana masih ada beberapa pegawai tinggi Bank Negara yang hidup walaupun sudah lama bersara daripada jawatan mereka, yang tahu akan cerita ini.

Anwar Ibrahim juga harus bersuara dengan kisah bagaimana seorang isteri Perdana Menteri dapat mengumpulkan lima billion dollar di luar Negara sehingga dapat dikesan oleh Bank Dunia dan dipulangkan semula ke Negara ini.

Mungkin selepas kes liwat ini Anwar Ibrahim harus bersuara lantang menceritakan kisah bagaimana seorang Menteri Kewangan boleh menyimpan wang baru bernilai RM320 juta di rumahnya (disimpan dalam sebuah kolam takungan ‘septic tank’ khas) tetapi dapat dikesan oleh penyiasat Bank Dunia. Wang baru itu tidak didaftarkan tetapi dicetak dengan tujuan untuk menukarkannya dengan wang yang sudah didaftarkan. Mujur si malaun itu tidak sempat menyambung tugasnya sebagai Menteri Kewangan Negara.

Kesian Najib

Keputusan Mahkamah menyulitkan lagi tugas Najib sebagai Perdana Menteri yang mahu menang lagi dalam PRU-13 ini. Kemenangan itu adalah amt penting kepada banyak pihak. Terutama sekali ialah kepada Tun Mahathir Mohamad yang selama ini menjadi dalang pemerintahan Malaysia selepas dia bersara. Dia tahu selagi UMNO memerintah kebobrokan pemerintahannya tidak akan terdedah.

Selagi UMNO dan BN berkuasa maklumat bebas akan tetap terkongkong. Rakyat tidak akan tahu banyak perkara yang sepatutnya mereka tahu.

Kerana maklumat yang terhad inilah makanya orang Melayu akan terus tertipu tanpa menyedari bahawa ekonomi Melayu adalah yang tercorot di antara Melayu, Cina dan India. Orang Melayu akan terus dibuai mimpi bahawa ketuanan Melayu itulah satu-satunya senjata yang akan menyelamatkan orang Melayu akhirnya.

Manusia boleh merancang, Allah juga perancang yang terunggul, Selama kes liwat Anwar berlegar di mahkamah, orang Melayu telah menjadi berpuak-puak atas nama ideologi dan martabat.

Pada 1998, seorang blogger veteran yang menggunakan nama pena ‘Marhaintua’ telah menulis: “Saat kepupusan UMNO dan BN akan menjadi ketara apabila Melayu luar bandar terutamanya di rancangan tanah keluar berdemonstrasi dan tindakan itu disokong pula secara lantang oleh pelajar-pelajar universiti.”

Inilah klimaks kepada satu kesedaran betapa orang Melayu sudah lama tertipu.

Sebut kata UMNO.. : Penyelewengan boleh ditutup dengan ‘bayar balik’

http://uploadingit.com/file/vi39hc9xvrcpukk5/Dato%20Seri%20Jamil%20Khir%20Baharom.JPGMENJADI pemimpin (baca: Menteri), seseorang itu bukan sahaja perlu bersih tetapi perlu dilihat bersih. Dalam konteks ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato’ Seri Jamil Khir Baharom yang memilih untuk menerima perlantikan menjadi anggota kabinet pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, sepatutnya tahu kehidupan “baru” yang dipilihnya ini.

Tiada siapa tahu apakah Jamil Khir ini menjadi ahli Umno atau tidak, tetapi apabila dia dilantik menjadi Menteri Di JPM oleh Najib, bekas pegawai tentera ini sepatutnya sempat melihat sejarah kerusi yang disandangnya itu adalah kerusi panas yang akhirnya menjunamkan seseorang ke dalam longkang!

Pernah berlaku, dakwaan mengaitkan menteri di kedudukan Jamil Khir ini didakwa terlibat dengan penyelewengan dalam pembangunan tanah milik Lembaga Tabung Haji.

Hingga kini, Tabung Haji dikatakan terpaksa membayar sewa bangunan pejabatnya sedangkan tanah yang didirikan bangunan itu adalah milik Tabung Haji.

Mungkin kisah ini sudah dilupakan tetapi beberapa orang menteri yang sejawatan dengan Jamil Khir semuanya pergi seperti kata pepatah “mati tak berkubur”. Tiada siapa mengenang pemergian mereka dari kerusi menteri, lantas daki yang mereka tinggalkan, kini nampaknya melekat di tubuh badan Jamil Khir.

Laporan Audit yang mengatakan sejumlah RM63,650 digunakan untuk mendahulukan bayaran kos guaman adalah wang zakat, cukup menyedihkan. Kos guaman zakat bukan termasuk dalam asnaf yang dibenarkan untuk mendapat hak dari wang zakat.

Jamil Khir dan mereka yang sibuk mempertahankan isu ini, usah berlagak pandai.

Penggunaan wang ini adalah salah. Bila salah, ia tetap salah walaupun kini ia sudah dibayar semula selepas menerima geran kerajaan.

Amatlah malang jika Jamil Khir yang sering muncul di kaca tv sebelum menjadi menteri kerana menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam tidak dapat membezakan penyalahgunaan wang zakat dengan isu sudah diganti balik.

Sejarah Umno membuktikan, mereka yang duduk di kerusi menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama ini digelar sebagai “menteri nikah kahwin”.

Dalam filem Musang Berjanggut lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, menteri yang terkurung dalam tong dan digelar musang berjanggut ialah Menteri Nikah Kahwin.

Buat pertama kali dalam sejarah Umno, seorang menteri yang dihantar balik ke negeri dan hanya dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri adalah dari kalangan Menteri Nikah Kahwin.

Ini menunjukkan pemimpin Umno yang juga Perdana Menteri tidak mempunyai cukup kepercayaan kepada seorang menteri yang dilantik menjaga hal ehwal agama Islam di negara ini.

Boleh dikatakan, mereka yang dilantik menjadi Menteri Di JPM, yang bertanggungjawab kepada hal ehwal agama Islam dilantik dari kalangan Senator.

Maknanya, tiada seorang pun di kalangan ketua Umno bahagian dalam Umno yang bertanding dalam pilihan raya, apabila menang, dilantik menjadi menteri menjaga hal ehwal agama kecuali seketika, Tun Abdullah Ahmad Badawi melantik Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di tempat itu.

Apakah Umno tidak pernah mempunyai pemimpin yang berlatar belakangkan agama? Atau, Umno memang tidak mempunyai kepercayaan kepada mereka yang berkelulusan bidang agama menjadi ketua bahagian dan dipilih bertanding dalam pilihan raya di peringkat Parlimen?

Ada Menteri Di JPM ketika berkhutbah di Masjid Negara, diboo para jemaah kerana menggunakan mimbar untuk bercakap isu politik ketika itu. Semua ini berlaku ke atas seseorang yang memegang jawatan Menteri Di JPM yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam.

Hari ini, timbul cerita Jamil Khir buat rumah besar dan sudah dinafikannya. Timbul juga cerita duit zakat digunakan untuk mencetak buku-buku untuk tujuan mempertahankan satu-satu pihak yang lebih kepada propaganda Umno.

Apa yang menarik, Jamil Khir sebagai Menteri Di JPM tentunya bercita-cita bertanding dalam pilihan raya. Kebetulan dia adalah orang Kedah dan banyak juga program yang disusunnya di kawasan kelahirannya, Yan.

Timbalan Menteri Di JPM, yang bekerja di bawah Jamil Khir ialah Dato’ Dr Mashitah Ibrahim juga orang Kedah dan pernah menjadi Ahli Parlimen Baling.

Kedua-dua menteri dan timbalan menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam ini adalah Senator.

Jika mereka terpilih bertanding, dari segi sejarah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, belum tentu mereka akan dilantik semula ke jawatan yang sama walaupun mereka menang pilihan raya.

Ada seorang Menteri Di JPM apabila diberi peluang bertanding di Parlimen Parit Buntar, ditakdirkan menang, dia hanya dilantik menjadi Pengerusi MARA.

Ada seorang Menteri Di JPM, diberi peluang bertanding di Parlimen Besut, bila menang, dia hanya dilantik menjadi Penasihat Agama kepada Perdana Menteri.

Jadi, janganlah sesiapa terkejut andai Jamil Khir, jika diletak bertanding di Parlimen Yan, jika menang sekali pun tidak dilantik untuk mengekalkan kerusi yang disandangnya sebelum pilihan raya.

Dr Mashitah Ibrahim sendiri pernah menang bertanding di Parlimen Baling dan kemudian dilantik menjadi Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, kemudiannya digugurkan dari menjadi calon tetapi selepas pilihan raya dilantik menjadi Timbalan Menteri Di JPM melalui tiket Senator.

Atas catatan sejarah Umno ini, ramai yang melihat Jamil Khir seolah-olah mahu “memungah” apa yang ada sebelum dia mengulangi nasib seniorseniornya, terpilih bertanding tetapi belum tentu menang. Dan jika menang pun, belum tentu dapat semula kerusi yang sedang disandangnya sekarang.

Itulah sebabnya, sebagai bekas seorang pegawai tentera, Jamil Khir harus lebih berdisiplin. Jangan dia jadi seperti orang Umno yang lain, bila dapat kerusi menteri, menerima derma RM100,000 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi untuk melaksanakan program di kawasan sendiri.

Jamil Khir yang membenarkan dirinya dilihat sebagai salah seorang yang tidak bersih dan tidak berdisiplin walaupun datang dari latar belakang pasukan beruniform.

Jika Jamil Khir dilihat lebih teruk dari mereka yang berlatar belakangkan parti politik, akhirnya timbul persepsi bahawa menteri yang ada ini memang sering terlibat dengan penyelewengan.

Bolehkah sesiapa yang mencuri terlepas dari dakwaan dan hukuman jika dia memulangkan semula barang yang dicurinya? Bolehkah sesiapa yang telah menyalah gunakan wang pejabat, mengembalikannya semula apabila penyalagunaannya itu terdedah?

Bolehkah sesiapa yang terlibat dalam politik wang ketika pemilihan Umno, dimaafkan apabila mereka mengutip semula wang yang sudah diberikan kepada perwakilan sebagai tanda dia sudah insaf, dilepaskan dari tindakan disiplin dan hukuman?

Umno sedang memperlihatkan satu aksi yang cukup meloyakan dan penyelewengan nampaknya boleh ditutup dengan “bayar balik” setelah ditimbulkan dalam Laporan Audit Negara.