Rabu, 28 Disember 2011

Terima kasih penyamun. Samunlah lagi..

Saya rasa sangat terpanggil untuk menulis tentang apa yang diperkatakan oleh pemimpin kerajaan BN yang tidak lepas daripada menggunakan isu ‘mengenang budi’ sebagai modal kempen. Modal ini telah dijual kepada rakyat dari dulu sampailah sekarang, apatah lagi dalam situasi BN dalam keadaan defensif sekarang ini.

Tentunya ini merupakan modal terbesar yang masih tinggal kepada UMNO terutamanya dan masih ada di antara pemimpinnya yang menyatakan bahawa sesiapa yang berfikiran yang berlainan dengan pemikiran pimpinan UMNO itu adalah mereka yang tidak mengenang budi.

Berbagai-bagai budi yang UMNO telah taburkan, kata mereka. Pelajaran anak-anak, sampailah kepada subsidi gigi palsu kepada orang yang gigi yang sudah ‘kelompong’. Kalaulah tidak ada UMNO, kepada mereka ramai rakyat yang ‘kelompong’ giginya.

Kita mesti faham asas pembentukan sebuah negara seperti negara kita ini. Kita mengambil demokrasi sebagai cara rakyat memilih siapa yang mereka hendak berikan mandat itu. Memberikan undi kepada mana-mana pihak itu merupakan satu tanggungjawab yang asas dalam demokrasi. Asalkan parti-parti yang menawarkan kepimpinan itu adalah parti-parti yang halal disisi undang-undang negara, kita boleh memberikan undi kepadanya. Setakat ini hanya parti komunis Malaya sahaja yang telah diharamkan dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya di negara ini.

Saya memilih untuk menulis isu ini kerana ada seorang dua yang mengirim emel kepada saya dengan bahasa yang baik dan sopan supaya saya mengingati jasa-jasa UMNO dan terus sahaja menyokong parti itu. Saya menghormati pandangan mereka ini dan saya telah pun memberikan jawapan kepada mereka berdua ini juga dengan bahasa yang baik dan tertib, selari dengan adat serta adab sopan sebagai seorang Melayu.. Melayu ini sebenarnya adalah bangsa yang lembut budi bahasanya.

Itulah sebabnya saya tidak memandang sebelah mata kepada mereka yang bercakap kasar dan menggunakan bahasa kotor dan jelek apabila bersalah-salahan dalam satu isu yang berbangkit. Perkataan kotor-kotor yang terhambur dari pihak UMNO dan penyokong-penyokongnya inilah yang membuatkan ramai rakyat di atas pagar mengambil tindakan memberikan sokongan kepada pihak alternatif yang dihina dengan tiada perinya ini.

Mereka mengambil sikap dan kelakuan penyokong UMNO ini sebagai alasan dan penyebab mereka tidak berminat untuk bersama UMNO lagi. ‘Attribute’ dan sikap Melayu itu sudah tidak ada lagi kepada penyokong-penyokong UMNO kini. Sikap dan perlakuan mereka terlalu ‘un Malay’. Mereka terlupa yang bahasa itu adalah jiwa kepada bangsanya.

Sesebuah negara yang berkerajaan mendapatkan sumber kewangan untuk memerintah itu datangnya dari rakyat. Rakyat yang membayar pihak yang memerintah itu melalui cukai pendapatan, cukai tanah serta cukai eksais serta jualan dan bermacam-maca lagi sumber dan kesemuanya adalah dari rakyat.

Ahli-ahli Legislatif serta pegawai-pegawai awam dibayar gaji oleh rakyat. Semua perbelanjaan kerajaan dan kakitangannya dibayar dari wang rakyat. Seperti di negara kita, cukai pendapatan dikutip daripada semua yang mempunyai pendapatan tidak kira mereka itu ahli UMNO, DAP, PKR, PAS atau mana-mana parti sekali pun.

Sekarang ini rakyat telah memberikan mandat kepada UMNO dan BN untuk memerintah. Gaji menteri-menteri UMNO dan BN dibayar oleh rakyat. Pemimpin-pemimpin UMNO ini ditugaskan untuk memerintah dan mentadbir negara dengan baik dan jujur. Tetapi sekarang mereka yang diberi mandat ini telah banyak menyimpang dari tanggungjawab mereka kepada negara.

Saat ini UMNO sedang menghadapi pertarungan yang sangat sengit dalam sejarahnya. Orang Melayu termasuk ahli-ahli UMNO sendiri sudah mula dengan deras meninggalkan UMNO ini dan pemimpin UMNO mulalah memberikan segala janji-janji yang sama sejak dulu sampailah sekarang, iaitu agenda Melayu. Sampai sekarang UMNO hanya punya agenda Melayu tetapi tidak mampu melaksanakannya. Melayu terkebelakang juga.

UMNO terus memaki-hamun siapa yang tidak sebulu dengannya dan yang tidak dapat ditinggalkannya ialah sifat mengungkit-ngungkit dengan apa yang telah dilakukannya terhadap negara. Mereka memaki hamun kononnya yang tidak menyokong ini adalah mereka yang tidak berterima kasih. Tetapi hakikatnya mereka tidak berterima kasih terhadap rakyat yang telah memberikan mereka mentadbir negara selama ini.

Menteri-menteri dibayar gaji oleh rakyat termasuk Perdana Menteri. Begitu jugalah MB MB setiap negeri serta semua ahli-ahli lagislatif itu dibayar gaji dan kemudahan oleh rakyat. Rakyat membayar gaji dan kemudahan itu ialah untuk mereka mentadbir negara dengan baik. Jangan rasuah, jangan menyalahgunakan kuasa dan tidak berdisiplin.

Kalau jadi menteri jangan gunakan kedudukan untuk mempengaruhi kerajaan untuk membiayai projek suami dan anak-anak dengan begitu besar secara mudah. Jangan gunakan wang itu untuk membeli perkara-perkara yang tidak kena-mengena dengan tujuan pinjaman itu diberikan. Ikut undang-undang yang telah digubal dengan baik itu. Jika undang-undang kata tidak boleh jadi Pengerusi Koperasi Felda, jangan rampas kedudukan mereka yang layak duduk di situ sekian lama.

Hormati rakyat tanpa mengira fahaman politik. Kalau telah menandatangani perjanjian royalti minyak dengan negeri-negeri berdaulat dalam persekutuan itu kita mest tunaikan janji itu. Jangan dipermain-mainkan rakyat yang telah lama bersabar melihat tahap kelakuan pemimpin yang terlalu buruk itu.

UMNO mesti faham pembiayaan pembangunan negara itu dibiayai oleh pembayar cukai termasuk cukai dari ahli-ahli pembangkang. UMNO hanya menguruskan serta membuat perancangan untuk membangunkan negara dan rakyat telah membayar gaji mereka setiap bulan.

Kalau dah begitu apa pasal UMNO sentiasa meminta rakyat berterima kasih kepada UMNO sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO dalam kerajaan itu telah dibayar gaji dan upah mengurus negara oleh rakyat.

Oleh kerana salahlaku pemimpin UMNO itulah yang menyebabkan ramai yang tidak lagi bersama parti itu dan lucunya UMNO pula yang meminta kita berterima kasih kepada mereka. UMNO nampaknya meminta kita berterima kasih kerana membohongi rakyat dan melakukan segala tindakan buruk seperti rasuah dalam segala bidang. Bagaimana UMNO mempunyai muka untuk meminta orang ramai berterima kasih kerana mereka menjahanamkan negara dan harta benda rakyat?

Bacalah sebanyak mana pun ayat-ayat Al-Quran seperti yang dilakukan oleh TS Muhyiddin baru-baru ini untuk mengaburi mata rakyat dan menutup segala salahlaku pemimpin-pemimpin. Tetapi rakyat tetap mengetahui segala keburukan yang dilakukan oleh pimpinan-pemimpin mereka. Ayat-ayat yang dibaca itu hanya mustajab bergantung kepada siapa yang membacanya.

Pendeknya apa yang diberikan oleh UMNO kepada rakyat selama ini ialah duit rakyat sendiri, bukannya duit UMNO. Mereka pun telah dibayar dengan lumayan untuk mengendalikan kerja-kerja pembangunan negara dan rakyat.

Kemarahan kepada mereka ialah kerana mereka telah mengambil lebih dari apa yang dibayar oleh rakyat itu melalui rasuah dan salah guna kuasa yang telah berlarutan sekian lama.

Rakyat negara ini adalah insan biasa. Mereka ada had kesabarannya. Itulah ramai rakyat yang ingin mengupah pihak lain untuk mentadbir mereka kerana UMNO yang telah diupah mereka untuk menjaga kepentingan mereka telah banyak menyeleweng. Mereka tidak juga mahu berubah untuk menjadi pentadbir yang baik.

Tetapi kita memahami juga kenapa mereka tidak mahu berubah: iaitu kerana sudah begitu ketagih dengan mencuri dam memakan rasuah secara besar-besaran. Penyakit ketagihan ini memang tidak boleh diubati dan rakyat tahu UMNO tidak mungkin dapat mengubati penyakit yang mereka hadapi ini.

Itulah sebabnya rakyat memandang sepi kepada UMNO akhir-akhir ini. Mungkin rakyat akan bertindak mengupah pihak lain pula untuk mentadbir mereka dengan baik. Dalam sistem demokrasi tidak salah jika kita memberikan peluang kepada mana-mana pihak untuk diupah untuk mentadbir kita.

Rakyat tidak mahu lagi pemimpimpin-pemimpin yang mengambil terlalu lebih daripada upah yang telah ditetapkan untuk mereka. Rakyat sudah terlalu sabar selama ini melihat mereka mencuri di sana dan mencuri di sini. Mereka semua ibarat ‘mengharapkan pagar, pagar makan padi’.

  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
    Fakta: Datuk seri anwar ibrahim pernah meminta che det (mahathir) spaya x meminta pinjaman dari Bank Dunia pd 1997, krn mahathir pd ketika itu cenderung utk meminta bantuan Bank Dunia itu. Disbbkan nasihat & tentangan itu, maka mahathir membatalkan hasratnya utk minta bantuan bank Dunia. Tapi setelah Dsai disingkirkan, maka mahathir tidak lagi mempunyai penghalangnya dlm meminta bantuan Bank Dunia. Maka itulah mahathir telah meminta bantuan Bank dunia pd 1999. So, sape sbnarnya yg kemaruk pd bantuan Bank Dunia? Tapi ceritanya telah diubah, kononnya dia (mahathir) x meminta bantuan Bank Dunia, tapi berjaya mengapungkan matawang malaysia utk mengimbangi ekonomi yg meleset masa tu. Fakta kedua, mahathir agak berjaya meningkatkan ekonomi Malaysia & menyebabkan hutang (defisit) negara menyusut, tapi ini berlaku dizaman Ds Anwar menja...di menteri kewangan. Maka yg boleh difahami adalah, kejayaan itu adalah dgn bantuan Ds anwar, krn menteri kewangan bagi negara (Ds Anwar) lah yg menjadi penentu pd jatuh bgn ekonomi negara. Ini dpt disaksikan apabila Ds Anwar disingkirkan , maka ekonomi negara mula merudum, sehingga menyebabkan defisit negara meningkat berturut2 sejak 14 thn lalu. Maka dari sini, konklusi yg dpt dibuat adalah, kejayaan malaysia sblom ni adalah dgn berkat adanya Ds Anwar dlm kerajaan. Keluarnya (dgn disingkirkan) Ds anwar, adalah detik permulaan jatuhnya ekonomi Malaysia. So, siapa sbnarnya yg hebat. Mahathir ataupu Anwar? Anda sudah tau jawapannya. Tumbangkan umno/bn dlm PRU13 demi kesejahteraan rakyat & negara!!...Lihat seterusnya..
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Dari ketelusan/amanah, akan ada ketelusan dlm pengurusan. Dari ketelusan dlm pengurusan, negara akan dpt berjimat. Dari penjimatan, akan ada peningkatan dlm ekonomi negara. Maka hutang akan menyusut & negara akan berjaya membantu rakyat keluar dari lingkungan kemiskinan. Inilah resipi sbnarnya utk kemajuan negara & rakyat Malaysia. Bukan dgn 'etp' atau apa pun nama program, tapi ianya bermula dgn kerajaan itu sendiri. Sebaliknya, jika kerajaan x telus, akan ada semua bnda negatif ini: ketirisan, rasuah, kronisme dll yg hanya menyebabkan ekonomi negara jatuh. Apabila ekonomi jatuh, maka sudah pasti hutang/defisit akan meningkat. Bila hutang meningkat, negara & rakyat akan terbeban. Contoh rakyat terbeban, inflasi akan naik, subsidi ditarik, cukai2 berbagai akan dikenakan semata2 utk membayar hutang yg ditanggung kerajaan ini. Persoalannya, adakah ciri2 yg pertama yg telah kita lihat dlm 54 thn yg lepas, ataupun sebaliknya?? Tumbangkan umno/bn dlm PRU13!! Selamatkan Malaysia!! Serahkan pengurusan negara pd pihak yg layak & bertanggungjwb!!!...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Telus, amanah bukanlah hanya slogan. Tapi ianya pelaksanaan. Slogan tanpa aksi tiada makna, sebaliknya aksi/aplikasi walaupun tanpa slogan, pasti akan membawa 1001 makna. Fkir2kan...
  • Diplomatik Bebas · Pengulas Tertinggi
    Syabas Datuk Seri kerana berhujah menggunakan FAKTA. Tapi sayang, PENCACAI lebih suka RM50 ringgit, kain batik @ pelikat dari mengatakan mereka hidup MISKIN.

    Kalau dulu, SISWA & SISWI habis belajar dan keluar universiti, kerja 2 3 tahun dah boleh beli rumah. Tetapi sekarang, amat jarang. Kerana jurang PENDAPATAN dengan KOS HIDUP semakin meningkat.

    Tambah pula mereka yang baru mendirikan rumah tangga. Mereka hanya mampu tinggal di rumah mertua mereka dan BERJUANG untuk mencari PENDAPATAN yang SETIMPAL.

    Bangkitlah MELAYU! Tanah air kita sedang di jajah oleh BN tanpa kamu sedari!

    TUMBANGKAN BN pada PRU ke 13!
    • Ismahaji Abu · Pengulas Tertinggi
      DSAI...saya mintak le..ditakdirkan PR dpt memegang tampuk di PtraJaya nanti..tolong le semak pendapatan rakyat dan cukai yg perlu dibayar ye..kami ni nak tanggung isteri, anakx, mungkin juga ibubapa dan yg Islam tu nak bayar zakat pendapatan lagi...buat le semakan cukai/zakat setiap 5 tahun ke..apex je le yg boleh membantu rakyat menguruskan kehidupan berkeluarga dan bernegara..

K'jaan elak isu ETP yang dibangkitkan

Saya meneliti jawapan kerajaan Datuk Seri Najib Razak terhadap kritikan saya yang terkandung dalam satu ucapan di ibu kota bertarikh 15 Disember 2011.

Ucapan tersebut yang berjudul "Debunking ETP: Widening Income Gap" menegaskan kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan, Program Transformasi Ekonomi (ETP) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang perubahan.

Jawapan tersebut tidak menjawab persoalan utama yang saya lontarkan, iaitu menjelang tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar.

Jumlah ini merangkumi sehingga 51 peratus tenaga kerja negara ini dalam tahun 2020, berbanding 56 peratus bagi tahun 2009. Angka itu menunjukkan selepas berbilion ringgit dibelanjakan, hanya penambahbaikan yang tidak seberapa.

Makanya, sebuah program ekonomi yang tidak berjaya meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak, malah menambah bilangan rakyat termiskin adalah perancangan ekonomi yang tempang dan membelakangkan kebajikan rakyat.

Persoalan utama ini wajar dijawab dengan berkesan oleh perdana menteri sendiri. Apatah lagi apabila hujah saya dikemukakan dengan mengambil kira unjuran-unjuran ETP meragukan.

Misalnya unjuran pertumbuhan upah 3.6 peratus setiap tahun, dari tahun 2010 sehingga tahun 2020 - yang bertentangan dengan pertumbuhan upah pekerja tahun 2000 hingga 2009 yang hanya menokok sekitar 2.6 peratus setiap tahun.

Inflasi

Manakala kos sara hidup meningkat mengatasi pertumbuhan upah.

Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Kajian Pasaran Buruh 2009 yang melibatkan 24,000 majikan dan 1.3 juta pekerja. Laporan tersebut menyatakan 33.8 peratus dari jumlah pekerja tersebut mendapat upah kurang dari RM700 sebulan.

Angka ini sekiranya diunjurkan kepada keseluruhan tenaga kerja negara menyimpulkan 34 peratus dari jumlah keseluruhan tenaga kerja negara berada di bawah paras kemiskinan.

Justeru berdasarkan fakta-fakta ini, unjuran pertumbuhan upah pada paras 3.6 peratus adalah tidak tepat.

Manakala itu unjuran kerajaan bahawa inflasi akan berada pada paras 2.8 peratus setiap tahun sehingga tahun 2020 juga tidak realistik apabila kadar inflasi sejak 12 bulan lalu sentiasa melangkaui paras 3 peratus.

Sasaran untuk mencapai pendapatan kasar kebangsaan per kapita sebanyak RM48,000 setahun pada tahun 2020 tidak akan dicapai sekiranya inflasi melebihi dari 2.8 peratus untuk tahun mendatang.

Jika inflasi purata sehingga tahun 2020 mencecah 4 peratus setiap tahun, dianggarkan seramai 7.6 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan dalam tahun 2020, meningkat sebanyak 1 juta berbanding jumlah 6.6 juta dalam tahun 2009.

Jurang miskin-kaya

Keadaan ini lebih parah sekiranya inflasi purata mencecah 6 peratus setiap tahun bila mana jumlah rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan adalah 8.3 juta orang.

Persoalan paling utama yang langsung tidak dijawab adalah kesimpulan saya bahawa kekayaan negara akan semakin dibolot golongan kaya di bawah ETP sementara rakyat terbanyak dipinggirkan.

Perdana menteri langsung tidak menafikan analisa saya bahawa nisbah upah pekerja kepada pendapatan kasar negara akan berkurangan dari 40 peratus (tahun 2009) kepada 33 peratus sahaja (tahun 2020).

Walhal, ini merupakan permasalahan utama di negara kita, manakala golongan kecil, keluarga dan kroni mengaut kekayaan, sementara majoriti rakyat dibebankan dengan kos sara hidup yang melonjak sedangkan pendapatan tidak meningkat.

Persoalan-persoalan ini adalah isu besar ekonomi negara apabila pentadbiran sedia ada menyalurkan seluruh kekayaan negara untuk membiayai projek-projek besar di bawah ETP.

Malang sekali apabila kesannya kepada rakyat adalah menambah golongan miskin dan melebarkan jurang di antara yang miskin dan kaya menjelang tahun 2020 nanti.


NONEDatuk Seri Anwar Ibrahim merupakan ketua pembangkang di parlimen. Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkang pendirian rasmi Malaysiakini.

Rabu, 21 Disember 2011

Keputusan Kes Liwat II akan jerut Najib

Perbicaraan liwat II Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah lama membayangi landskap politik negara semenjak tiga tahun yang lalu.

Hangat selepas pilihan raya umum 2008 yang melanda Pakatan Rakyat berkuat kuasa di lima buah negeri, Anwar dituduh liwat oleh pembantu lelaki berusia 27 tahun pada bulan Jun tahun yang sama.

Masa dan pelaksanaan tuduhan, termasuk peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, memberikan gambaran jelas bahawa satu muslihat politik telah muncul untuk menafikan Pakatan Rakyat rentang yang lebih besar bagi PRU-13 akan datang.

Dan apa cara yang lebih baik daripada sasaran ketua pembangkang terbesar yang pertama di Malaysia. Malah, begitu jelas dan banyak pihak, termasuk Anwar sendiri, menjangkakan keputusan bersalah pada 9 Januari, 2012.

"Proses ini tidak adil. Ini bukan satu perbicaraan yang adil dan kami telah mengemukakan bukti yang cukup meyakinkan, menarik, yang tidak boleh dinafikan, untuk menyokongnya," Anwar memberitahu pemberita selepas perbicaraan itu berakhir. "Setelah berkata demikian, kita masih menaruh harapan bahawa kewarasan akan diguna pakai dan hakim akan membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang."

Tiada perbezaan

Sesungguhnya, Anwar bersedia untuk hukuman penjara. Hukuman yang beliau sudah biasa kerana telah menghabiskan 6 tahun di penjara sebelum beliau dibebaskan daripada tuduhan liwat dan dibebaskan pada tahun 2004. Keputusan bersalah Liwat II dapat melihat Anwar menghabiskan maksimum 20 tahun di dalam penjara, yang ramai percaya akan mengakhirkan kerjaya politik beliau.

"Ia tidak menjadi sebarang perubahan - di penjara atau di luar, saya akan berjuang untuk keadilan," kata Anwar.

Dengan atau tanpa pengakuan bersalah ke atas Anwar, hari-hari untuk Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah Malaysia sudah bernombor. Dalam tahun-tahun dari 1997 hingga 2008, tiada siapa yang pernah memberi pembangkang peluang untuk terus hidup menghadapi jentera BN yang besar dan licik.

Tetapi bukan sahaja Pakatan terselamat, ia telah meningggalkan jejak. Prestasi yang tidak pernah dicapai dicatatkan oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Pemilihan terbaru menunjukkan Pakatan mendahului BN di beberapa negeri, termasuk Perak dan Selangor.

Najib akan memastikan hukuman ‘bersalah’ dikeluarkan

Tsunami politik 2008 bukan hanya kemenangan untuk Pakatan Rakyat. Ia merupakan satu revolusi yang dilaksanakan oleh rakyat Malaysia. Daripada 11 juta pengundi berdaftar, 7.94 juta membuang undi semasa PRU-12.

Daripada jumlah ini, 4.08 juta mengundi BN dan 3.79 juta mengundi Pakatan Rakyat. Dalam erti kata lain, 4.08 juta rakyat Malaysia membantu untuk mengekalkan BN sebagai kerajaan hari ini, manakala 3.79 juta pengundi meletakkan Pakatan di lima buah negeri. Tren ini perlu diperkukuhkan lagi dalam lebih atau kurang nombor yang sama pada PRU-13. Landskap politik telah berubah sejak tahun 2008 dan berpihak kepada Pakatan Rakyat, lebih daripada BN.

Apabila seseorang menambah faktor Anwar untuk campuran menggelegak rasa tidak puas hati orang ramai terhadap BN, skala sekali lagi mengarah ke Pakatan. Untuk Umno dan BN, Anwar masih masalah enigma. Masalah mereka dengan beliau dua kali ganda besarnya. Sekiranya mereka menghukum beliau (1) keputusan tidak bersalah, atau (2) keputusan bersalah? Sebenarnya, di mana keputusan mereka, hasilnya tetap sama.

Keputusan tidak bersalah menguatkuasakan perihal bahawa seluruh perbicaraan adalah satu percubaan bermotifkan politik yang bertujuan untuk memotong kepala gabungan Pakatan Rakyat. Ini membuktikan bahawa kerajaan BN telah mengambil kesempatan terhadap rakyat Malaysia dan menggali semula lubang di mana parti itu telah tenggelam dalam cubaan untuk berpaut kepada kuasa.

Kempen agresif untuk mengecop Anwar sebagai calon yang tidak boleh dipercayai bagi Perdana Menteri Malaysia akan memakan diri. Keputusan tidak bersalah akan mencalarkan kredibiliti saingan utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana Liwat II telah dilancarkan sebaik sahaja Najib "menasihati" Saiful Bukhari Azlan (penuduh Anwar) untuk membuat laporan polis. Dan kerana ini, Najib - yang terkenal dengan kesia-siaan dan kesombongan - tidak mempunyai pilihan tetapi untuk melihat permainan ini berakhir.

Seorang penyelamat dilahirkan dari strategi silap-nasihat Najib

Namun, keputusan bersalah seterusnya akan menjadikan Anwar Ibrahim ikon politik setanding Nelson Mandela. Tokoh yang dilihat sebagai mangsa kerajaan yang dilihat sebagai peningkat rasuah dan penindas, sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup mulut pengkritik. Ia akan meningkatkan lagi kedudukan Anwar dan keajaiban yang mengelilingi beliau.

Beliau akan menjadi seorang wira dan Najib penjahat yang bodoh pada ketika itu. Peluang bagi BN untuk kalah pada PRU-13 akan memuncak dengan hebat. Mungkin karma, tetapi apa yang dilakukan akan dibalas semula. Tawaran berdengki oleh Najib dan isterinya Rosmah Mansor untuk membelenggu Anwar dengan tuduhan palsu dan boleh menyebabkan pasangan tersebut dihalau keluar Umno kerana kehilangan parti kerajaan persekutuan yang telah lama dipegang.

Ia akan menambah rasa tidak puas hati yang semakin meningkat dalam masyarakat Melayu kerana Laporan Integriti Kewangan Global menunjukkan Malaysia kini menjadi negara ke-4 yang paling korup di dunia, selepas China, Mexico dan Russia. Di Asia Tenggara, Malaysia adalah paling korup selepas mengalami aliran keluar haram dana sebanyak USD338 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009, berbanding dengan jiran yang paling korup, Filipina yang mengalami aliran keluar haram USD131 bilion.

Malah, ramai rakyat Malaysia akan mempersoalkan jika Anwar bersalah, maka bagaimana pula dengan ahli-ahli politik yang lain masih bebas yang terus membazir wang awam, termasuk Najib sendiri? Sebagaimana yang mereka katakan, orang-orang yang tinggal di rumah kaca seperti panglima perang Umno, tidak perlu membaling batu. Kempen perosakan imej oleh kerajaan BN akan memakan diri dan menyebabkan ramai lagi beralih arah menyokong pembangkang di Malaysia.

Cemuhan komuniti global

Akhbar terkemuka harian Britain The Guardian meramalkan Anwar tidak lama lagi akan menjadi mangsa "ketidakadilan suspek politik yang mengerikan" merujuk kepada perbicaraan kes liwatnya yang terlalu berat sebelah. Dalam ulasan yang pedas, harian UK juga menggesa sekutu barat Malaysia di UK dan AS untuk "melihat dengan lebih dekat pada rakan mereka."

Harian UK berhujah bahawa pengendalian kerajaan Najib bagi tuduhan liwat Anwar "yang sangat diragui" wajar penelitian yang lebih dekat sebagai amalan demokrasi di negara ini. Antara lain, Simon Tisdall editor yang bertegas pada Najib kerana "kecenderungan autoritariannya" dan "terang-terangan penyelewengan politiknya", malah menuduh perdana menteri Malaysia tersebut kekurangan keaslian kerana mengitar semula tuduhan liwat terhadap Anwar dan sudah biasa memegang tampuk kuasa disebabkan oleh keturunan keluarga beliau yang merupakan pemimpin-pemimpin politik.

"Jika Anwar didapati bersalah dan hakim perbicaraan seolah-olah telah menetapkan fikirannya - dia tidak akan menjadi satu-satunya ataupun mangsa yang paling penting ketidakadilan suspek politik yang mengerikan. Reputasi demokrasi Malaysia telah cedera secara kritikal, dan dengan kemarahan itu, rakyat Malaysia boleh berterima kasih pada Perdana Menteri mereka, Najib Razak," kata Tisdall.

Walaupun tanpa Anwar, Pakatan seribu kali lebih bagus dari BN

Keputusan bersalah bagi Anwar akan menghancurkan BN. Masa telah berubah di Malaysia sejak tahun 1997. Kemudian, Anwar berdiri sendiri terhadap kekuatan jentera BN. Hari ini, terdapat pemimpin pembangkang yang lain yang sama-sama berkebolehan seperti Anwar, walaupun mereka mungkin tidak berkarisma seperti beliau.

Walau bagaimanapun anda melihatnya, Pakatan Rakyat walaupun tanpa Anwar sejuta kali lebih baik daripada BN - tanpa mengira sama ada Najib, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Mahathir Mohamad berkuasa dalam Umno.

Tidak, meletakkan Anwar di dalam penjara tidak membunuh gerakan pembaharuan, sebaliknya ia akan mempercepatkan aspirasi rakyat Malaysia untuk pembaharuan dan perubahan. Maaf untuk mengatakan ini, tetapi Najib yang bodoh telah memerangkap dirinya sendiri.

RM1 Trillion lesap di sebalik slogan2

Ketirisan RM1 trillion wang rakyat ke luar negara - ABU adalah jawapannya

Berita yang ditulis oleh Global Financial Integrity (GFI) tiga empat hari yang lepas amat menyayat hati. Laporan itu telah memberikan kita betapa hinanya sikap kerajaan yang mentadbir kita yang sepatutnya tidak melakukan rasuah dan penyelewengan yang begitu besar, iaitu RM1 trillion jumlahnya (satu ribu billion sahaja).

Jumlah penyelewengan yang tidak pernah kita bayangkan akan berlaku dalam negara yang melaungkan slogan-slogan, lepas satu slogan dengan slogan yang lain yang kesemuanya untuk memberikan ‘branding’ individu pimpinan masing-masing.

Akhirnya dari pimpinan Dr Mahathir sehinggalah sekarang mereka-mereka ini hanya mempunyai satu slogan yang hakiki; iaitu tamak, haloba, perasuah, pembohongan, penipuan dan bersikap seperti anjing nampak tulang; meleleh air liur bila nampak harta rakyat yang banyak.

Pengaliran ke luar negara wang rakyat sebanyak RM1 trillion sejak sepuluh tahun yang lalu menunjukkan sikap mereka yang berkuasa sejak 3 dekad yang lalu yang tidak ada sedikit pun rasa bertanggungjawab terhadap rakyat atau setidak-tidaknya rasa kasihan terhadap rakyat yang semakin hari semakin menderita terutamanya di kalangan rakyat kelas menengah.

Kita diperdaya dengan longgokkan slogan-slogan satu demi satu apabila bertukar kepimpinan negara. Rakyat sudah terlalu kenyang dengan slogan-slogan tetapi kesemua slogan itu hanya tinggal slogan tanpa membuahkan apa-apa hasil yang memberi muafaat kepada rakyat ramai.

Semasa Perdana Menteri yang telah memerintah negara selama 22 tahun, kita disumbatkan di telinga kita slogan bersih, cekap dan amanah. Akhirnya bersihnya tidak ada malah bertambah kotor dan jumud, cekapnya tiada; hanya cekap melonggokkan harta kekayaan untuk diri dan keluarga mereka dan amanahnya pun tidak ada.

Kalau ada amanah masa kan dibiarkan wang yang mengalir ke luar negara tidak dapat ditahan malah digalakkan lagi. Pengaliran keluar wang yang sudah berjumlah trillion ringgit ini bermula dengan hebatnya semasa rakyat sedang dilenakan dengan nyanyian slogan bersih, cekap dan amanah itu.

Selepas itu datang pula seorang lagi PM yang membawa slogan, ‘jangan bekerja untuk saya, tetapi bekerja bersama saya’. Akhirnya rakyat tidak dapat membuat apa-apa kerja kerana beliau tidak tahu untuk membuat apa-apa kerja. Wang negara mengalir begitu besar ke luar negara masih hebat seperti waktu negara dipimpin oleh pemimpin sebelum beliau.

Apabila sahaja datang pemimpin yang ada pada hari ini timbul lagi slogan ‘1Malaysia’ yang pernah saya katakan sebagai slogan yang 'satu Malaysia tidak dapat memahaminya'. Malahan ‘warlord’ terbesar negara Dr Mahathir sendiri tidak faham apa itu 1Malaysia kerana rakyat tidak tahu apa sebenarnya makna slogan itu. Wang negara mengalir ke luar lebih besar kerana laporan GFI itu menunjukkan yang pada tahun 2009 sahaja sebanyak RM950 billion telah dibawa lari ke luar negara dan disimpan di merata-rata negara di dunia ini.

Apa yang dilaungkan oleh Najib rakyat didahulukan itu tinggal slogan semata-mata, sama seperti slogan-slogan zaman Dr Mahathir dan Pak Lah. Semua slogan itu gunanya hanyalah untuk memperdayakan rakyat sahaja.

Slogan-slogan itu semuanya berbunyi sebagai slogan yang baik-baik tetapi apa yang dilakukan oleh mereka semuanya terbalik dan mengelirukan rakyat. Sedar-sedar wang ringgit rakyat dibawa mereka lari ke luar negara dan rakyat serta penyokong-penyokong pemimpin-pemimpin ini hanyalah dijadikan buruh kasar untuk mempertahankan mereka sahaja.

Saya ulangi kepada mereka yang bertanggungjawab, apa yang dilakukan oleh pesalah-pesalah ini merupakan tindakan derhaka kepada Raja dan Negara.

Mereka tidak lebih daripada nilai Botak Chin. Bezanya Botak Chin itu adalah penyamun kolar biru tetapi pemimpin-pemimpin kita adalah penyamun kolar putih. Penyamun-penyamun kolar putih ini semuanya kumpulan yang hipokrit dan ada yang telah menutupi segala samunan mereka dengan membaca ayat-ayat suci dan membaca hadith-hadith Nabi apabila berhadapan dengan orang ramai.

Mereka akan beretorik berlindung dengan ayat-ayat Al-Quran serta berlindung di sebalik ketiak Raja-Raja Melayu sambil menuduh orang lain sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja-Raja Melayu. Apa sahaja yang kena-mengena dengan Melayu Islam serta Raja-Raja Melayu mereka akan membuat tohmahan kepada DAP serta parti-parti pembangkang. Kerana apa? Kerana pilihan raya sudah hampir tiba.

Jika mereka masih dapat mandat rakyat lagi, tidak tahulah berapa billion ringgit lagi akan dilarikan ke luar negara oleh mereka-mereka ini.

Saya hanya ingat yang jumlah wang yang dilarikan oleh pemimpin UMNO hanyalah sebanyak RM10 juta sahaja yang dilakukan oleh Mohamad Hasan, MBNS melalui penggurup wang yang begitu ‘dubious’ keadaannya. Rupa-rupanya jumlahnya adalah RM 1 trillion. Selepas ini rakyat tidak akan menyebut billion-billion lagi dan bermula dari sekarang rakyat akan mula belajar untuk menyebut trillion-trillion pula.

Itulah sebabnya rakyat sudah tidak percaya lagi kepada slogan-slogan yang diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin kita. Rakyat tahu slogan-slogan tersebut hanya lah untuk memperdayakan rakyat.

Maka sekarang rakyat pula yang memperkenalkan slogan baru; iaitu ABU (Asalkan Bukan UMNO) atau dalam bahasa Inggerisnya ‘Anything But UMNO’.

Slogan ABU yang diperkenalkan oleh rakyat ini akan berlegar di seluruh negara tidak berapa lama lagi. Rakyat sudah jemu dengan slogan anjuran pemimpin-pemimpin kita. Rakyat mahu slogan mereka sendiri diguna pakai, iaitu ABU.

Jika ABU berjaya adalah di harapkan pengaliran dan kecurian terhadap wang dan harta rakyat tidak akan sampai kepada angka trillion dalam satu dekad lagi. Jika ABU berjaya, maka mereka yang menyamun dan merompak akan tidak lagi berada di tampuk kuasa.