Rabu, 30 November 2011

Bukan DAP yang Lesapkan Hampir RM3billion Wang FELDA

Sempena Perhimpunan Agung UMNO, sekali lagi pemuka2 UMNO memukul gendang kononnya hak Melayu akan terhapus. Bahasa Melayu bakal hilang (padahal Dr Mahathir yang suruh ajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, bukan DAP), Raja-Raja Melayu akan hilang kuasa (padahal UMNO dan Dr Mahathir yang hapuskan kekebalan Raja Raja Melayu), DAP akan berkuasa (sedangkan DAP cuma berkuasa di Pulau Pinang yg sebelum ini dikuasai oleh GERAKAN) dan banyak lagi.

Soalnya sekarang, adakah DAP yang telah melesapkan wang FELDA hampir RM3billion? Persoalan ini sehingga hari ini Ahmad Maslan tidak mampu menjawab. Apabila dicabar oleh Mazlan Aliman untuk berdebat, Ahmad Maslan begitu menikus menolak cabaran berdebat.

Persoalannya sekarang siapakah yang sebenarnya menghapuskan hak Melayu? Adakah ia DAP ataupun UMNO?

Jelasnya, banyak tanah Melayu hilang bukan digadai oleh DAP tetapi UMNO.

Dalam isu Wang Felda lesap RM3billion ini, jelas sekali yang meranapkan hak Melayu adalah UMNO bukannya DAP.

Ahmad Maslan cuba beri alasan kononnya wang FELDA digunakan untuk tanam semula. Sedangkan kos penanaman semula oleh syarikat-syarikat lain seperti SIME DARBY JAUHHHH lebih murah berbanding FELDA. Kos tanam semula FELDA hampir 3 kali ganda berbanding SIME DARBY atau IOI.(Sila baca dengan panjang lebar berkenaan isu ini di sini)

Bukti telah jelas. Yang akan meranapkan bangsa Melayu di Malaysia adalah UMNO dan Barisan Nasional. Bukan DAP dan bukan Pakatan Rakyat.

Orang Melayu terus merempat di bumi sendiri. Gaji tak naik-naik tapi kos hidup naik setiap bulan. Pemimpin2 orang Melayu dari UMNO makin kaya. Anak beranak mereka juga makin kaya. Rakyat Melayu biasa terus merana.

Tak hairanlah ada seorang pemimpin negara jiran berkata beliau cuma memerlukan SD800 juta untuk membeli keseluruhan UMNO.

Selasa, 29 November 2011

Janji TiPU untuk rakyat Kelantan

Sama seperti sebelum ini, setiap kali menjelang pilihan raya, pelbagai janji-jani ditaburkan bagi memancing undi pengundi di negara ini.

Menaburkan janji dalam politik Malaysia bukanlah sesuatu yang baharu, ia telah lama diamalkan khususnya bagi pihak yang memiliki kuasa lantaran merasakan dengan kuasa yang adalah yang memberi mereka keupayaan untuk melaksanakan janji.Adakala janji-janji yang ditaburkan ini akhirnya berjaya memberikan pulangan dan tidak kurang juga janji yang akhirnya memakan diri sendiri.

Bagi sesetengah pihak pula, ada yang menganggap janji-janji yang ditawarkan ini lebih merupakan janji golongan terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam pilihan raya.

Lazimnya janji-janji yang ditaburkan ini turut memberi persepsi sebagai satu rasuah politik dan juga ugutan terhadap pengundi.

Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti politik yang paling berkuasa dalam negara turut tidak ketinggalan dalam menaburkan janji setiap kali musim pilihan raya berlangsung samada pilihan raya kecil atau pun umum.

Analisis janji TiPU selesaikan masalah air

Kali ini, giliran Timbalan Presiden Umno (TiPU), Muhyiddin Yassin pula mengambil giliran berjanji rakyat Kelantan agar memberikan kemenangan BN di Kelantan jika mahukan masalah air di Kelantan diselesaikan.

Bagaimanapun, bagi rakyat Kelantan yang mungkin cepat tersinar dengan janji-janji TiPU ini, adalah amat wajar terlebih dahulu melakukan analisis prestasi BN dalam menguruskan bekalan air di negeri-negeri yang mereka kuasai.

Di Sabah contohnya yang merupakan kubu kuat BN sehingga dianggap sebagai negeri simpanan tetap yang sentiasa tidak menghampakan untuk BN menjamin kemenangan mereka, adakah pengurusan airnya berada di tahap nombor satu terbaik?

Sekiranya, analisis mendapati rakyat negeri Sabah menikmati bekalan air bersih paling sempurna, tiada pencemaran dan liputan bekalan air mencapai sehingga 99 peratus dari keseluruhan Sabah, maka pengundi Kelantan amat wajar untuk memegang janji TiPU itu.

Kesimpulannya, sekiranya bekalan air di Sabah seperti yang dinyatakan di atas, maka rakyat Kelantan dianggap tidak wajar sekiranya masih teragak-agak untuk memberi undi kepada BN.

Bagaimana pula sekiranya analisis dibuat didapati dalam Audit Air menyatakan bekalan air di Sabah hanya mampu meliputi 75 peratus sahaja dari keseluruhan negeri di bawah bayu itu?

Adakah sekiranya BN menjadikan faktor geografi sebagai alasan, ianya boleh diterima sedangkan pada masa yang sama berbilion ringgit boleh dibazirkan setiap tahun bagi projek mega lain.

Faktor geografi sebagai alasan


Bolehkah alasan geografi diterima apabila kemajuan teknologi masa kini menyaksikan banyak projek merentasi hutan, bukit-bukau, kawasan pergunungan dengan jarak beratus-ratus kilometer berjaya dilaksanakan bukan sahaja di negara luar malah di Semenanjung Malaysia.

Kalau projek yang melibatkan struktur yang besar boleh dilakukan mengapa tidak projek yang hanya melibatkan sambungan paip bagi menyalurkan kepentingan asasi rakyat tidak boleh.

Bagaimana pula sekiranya dari 75 peratus itu juga didapati, kualiti air mentahnya buruk, loji rawatan air tidak dilengkapi peralatan, makmal dan kakitangan yang berkelayakan seperti sepatutnya?

Bagaimana lagi sekiranya dari 75 peratus kawasan yang menerima bekalan air itu juga didapati amat jauh dari mematuhi standarad piawaian pengurusan air?

Bagaimana sekiranya didapati pemfloridaan tidak mencukupi, dan pembersihan tangki-tangki atau kolam di loji tidak dijalankan dengan sempurna dan terancang?

Bagaimana sekiranya di Sabah tiada stesen percontohan air yang sempurna, program jaminan kualiti air Sabah tidak memuaskan seperti komen yang dinyatakan dalam Audit Air 2008?

Bagaimana pula sekiranya 75 peratus pengguna di kawasan penerima bekalan air yang kualitinya tidak terjamin itu terpaksa membayar tarif air tertinggi di Malaysia iaitu 90 sen?

Cuba periksa pula, berapakah tarif purata bagi 35 meter padu air bagi sebuah lagi negeri yang juga sama seperti Sabah, kubu kuat BN iaitu Johor dengan purata 93 sen untuk satu liter padu.

Untuk menilai samada janji TiPU ini boleh diguna pakai dalam menentukan undian rakyat Kelantan, mereka juga harus mengetahui di Sabah masih banyak kawasan yang masih bergantung bekalan air dari sumber air paip graviti yang tidak dirawat?

Mereka juga harus mengetahui bahawa terdapat sumber air paip graviti ini datangnya dari kawasan yang telah dijadikan ladang kelapa sawit, keruh, kemungkinan telah tercemar dengan baja, racun rumput, keladak pasir dan tanah.

Tahukah pengundi di Kelantan bahawa masyarakat kampung-kampung di Sabah yang bergantung sumber air dari paip graviti yang dimulakan semenjak 70-an dahulu terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai kos penyelenggaraan.

Wajar juga rakyat Kelantan memikirkan adakah kerajaan pusat tidak boleh berbuat apa-apa atau sekurang-kurangnya membantu kerajaan negeri disebabkan tidak mempunyai kuasa untuk mengatasi masalah air di Kelantan.

Berapa PRU BN janji nak selesai masalah air di Sabah?

Satu perkara yang tidak kurang juga pentingnya, rakyat Kelantan wajiblah bertanyakan kepada rakan-rakan di Sabah, pernahkah atau sudah berapa banyak pilihan raya umum (PRU) BN berjanji untuk menyelesaikan masalah air bagi membeli undi pengundi Sabah sebelum ini.

Setelah pengundi-pengundi di Kelantan selesai membuat analisa persoalan-persoalan di atas, tentunya mereka mampu menilai dan mendapat jawapan samada janji TiPU ini boleh dipercayai atau sebaliknya sekaligus menentukan lambang mana yang mahu dipangkah nanti.

Penulis tidaklah maksudkan janji yang dilafazkan oleh TiPU ini adalah tipu, sebaliknya penulis hanya cuba mengajak pengundi Kelantan sama-sama menganalisis sama ada janji ini mempunyai nilai kredibilitinya atau sebaliknya.

Negeri Kelantan, rakyat Kelantan punya, maka rakyat Kelantan berhak menentukan pilihan mereka sama ada BN atau PAS dan saya hanya cuba membantu mereka membuat sedikit analisis janji-janji TiPU ini. Tepuk dada tanya selera!

Biarkan umno, Kinabalu dan Tahan pun boleh lesap

"Suatu ketika dahulu ramai sarjana Barat dan elit penguasa di dunia Islam beranggapan demokrasi dan Islam bagai air dan minyak, saling terpisah dan mustahil bersatu. Kemudian Indonesia dan Turki membuka jalan dan mata dunia bahawa demokrasi dan syura itu asas pentadbiran Islam. Islam dan demokrasi ibarat kubah dan menara yang menghiasi Masjid.

Kira-kira setahun yang lalu, ar-Rab al-Arabiyy atau Arab Spring meletus di Tunisia dan merebak ke seluruh dunia Arab.

Jutaan anak muda yang dahulunya dikongkong dengan seribu satu undang-undang dan terpenjara oleh ketakutan elit kekuasaan turun ke jalan raya dengan satu tuntutan: berikan mereka kebebasan, kembalikan maruah mereka.

"Demikianlah pendahuluan ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah Ismail (gambar kiri), cuba menyuntik semangat kepada anggotanya dengan memberi gambaran "Arab Spring", yang berlanjutan sejak awal tahun ini.

"Kemaraan jutaan anak muda yang turun ke jalan bukan terhad di Kaherah atau Alexandria, tetapi juga di kaki lima di Madrid, Barcelona, Athens dan Rome. Di mana-mana, anak muda tampil menyatakan kemarahan mereka kepada sistem politik, sosial dan ekonomi yang bobrok dan merampas hak mereka," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden PKR yang berjudul "Demi Rakyat, Melakar Masa Depan Malaysia", dalam Kongres Nasional Tahunan Keadilan di Pulai Springs Resort, Johor Bahru, pagi ini.

Beliau cuba mengaitkan apa yang berlaku di Timur Tengah dengan situasi di Malaysia, "Titik persamaannya adalah kerakusan sang penguasa yang alpa kepada kebajikan rakyat, tumpas kepada godaan rasuah dan kekayaan sedang rakyat menderita. Sang penguasa seperti juga di negara ini yang bermaharajalela dalam sistem politik dan sosial yang merampas kebebasan rakyat."

Wan Azizah memetik statistik Pekali Gini (Gini Coefficient) untuk menunjukkan bagaimana jurang kekayaan dalam masyarakat semakin melebar, pada paras 37.91 dalam tahun 2004, dan merudum kepada 46.21 pada tahun 2009. "Kedudukan ini meletakkan jurang kekayaan di Malaysia lebih buruk dari negara-negara yang lebih miskin dan mundur seperti Indonesia, Afghanistan, Iraq mahupun negara yang dilanda peperangan seperti Liberia," Katanya.

Jurang kaya-miskin

Malah beliau mengingatkan, jika kadar kenaikan gaji bagi satu dekad akan datang kekal pada paras 2.6% iaitu tersekat pada kadar purata kenaikan gaji di antara tahun 2000 hingga 2010, maka menjelang 2020 dijangkakan peratusan rakyat Malaysia yang berada di bawah paras kemiskinan akan meningkat 4%.

Wan Azizah juga mengambil statistik terkini, bahawa 342,198 rakyat Malaysia berdaftar sebagai penganggur sehingga Ogos 2011. Dalam tahun 2010 dan 2011, purata rakyat yang mendaftar sebagai penganggur baru setiap bulan adalah 14,809 orang. Dalam tempoh yang sama juga, secara purata kerajaan hanya berjaya mencari pekerjaan dan menempatkan 1,338 orang penganggur berdaftar setiap bulan.

"Di kemuncak krisis kewangan dunia dan kemelesetan ekonomi global, jumlah penganggur berdaftar di negara ini ialah 369,799 dalam tahun 2009. Dua tahun selepas pelbagai program ekonomi dan janji ditaburkan kepada rakyat, angka terkini di akhir Ogos 2011 kekal tinggi di paras 342,198 orang," katanya.

Lebih-lebih lagi, 69.1% daripada angka 342,198 orang ini adalah dari kalangan anak muda berumur bawah 25 tahun. Angka ini menjadi lebih besar jika dilebarkan kepada golongan muda di bawah 30 tahun, mencecah sehingga 90.1%, menurutnya.

Wan Azizah menambah, daripada 342,198 orang penganggur, 51.4% mempunyai sekurang-kurangnya pendidikan tinggi di peringkat diploma, 29.9% dari penganggur muda ini tamat dengan pengajian ijazah, 21.5% pula mempunyai diploma.

Tahan dan Kinabalu hilang jika gunung boleh dicuri

Sementara itu, ketika menyentuh isu rasuah dan ketamakan pemerintah, Wan Azizah menyindir, "Di kala kita di ambang medan juang penentu, jangan kita alpa sejarah dan akar umbi kita. KEADILAN berputik dari kebangkitan rakyat yang marah dengan keangkuhan elit kekuasaan membolot harta negara. Ketamakan elit kekuasaan ini tidak kenal erti had. Kalau gunung boleh dicuri tiadalah Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu di dunia ini, kalau Banjaran Titiwangsa boleh disapu, nescaya yang itu pun direbut-rebut mereka."

Selain menawarkan kebajikan dengan peruntukan wang untuk warga emas, suri rumah, isi rumah miskin dan sebagainya, Presiden PKR menegaskan semula Deklarasi Permatang Pauh yang diamanatkan pada tahun 2008, yang membuka tirai kepada gerakan Reformasi.

Bagaimanapun, menjelang PRU 13, Wan Azizah menjanjikan calon PKR yang lebih berkualiti untuk bertanding. "Pimpinan parti juga akur dengan teguran bahawa beberapa calon yang dipilih dulu kurang berkelayakan; prestasi hambar di Parlimen atau DUN dan kurang berkhidmat untuk rakyat. Kita harus lega manakala mereka bertindak keluar dan tersisih dari perjuangan. Malah kami ingin memberi jaminan bahawa calon yang bakal ditonjolkan akan dirundingkan terlebih dahulu dengan cabang dan akar umbi; harus di kalangan mereka yang berkelayakan dan diyakini punyai prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh."

PKR mengadakan Kongres Nasional Tahunannya mulai hari ini di Pulai Springs Resort. Turut hadir dalam majlis perasmiannya termasuklah Lim Kit Siang dari DAP dan Abdul Hadi Awang dari PAS.

Siapa sedang menjerut leher umno hingga maut?

Perhimpunan Umno yang sedang berlangsung sekarang ini (Disember 2011) akan menjadi penebus pskologi untuk Umno sebelum ia berdepan dengan pilihan raya. Ada pengkritik yang berpendapat bahawa keputusan sudah pun dibuat dan Umno tidak dapat diselamatkan. Umno sudahpun dianggap lemah di bawah kepimpinan ini.

Walau bagaimanapun, ramai di kalangan pemimpin Umno akan tetap mengutarakan retorik tidak masuk akal untuk memastikan ahlinya menyokong mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan berkemungkinan besar awal tahun depan. Tidak ramai di kalangan mereka sedar bahawa kebanyakan ahli mereka sebenarnya gundah-gulana memikirkan kepimpinan parti.

Ramai ahli yang sedar bahawa tidak semuanya baik diantara parti itu dengan BN. Imej yang semakin teruk telah menyebabkan kebanyakkan ahlinya menjadi terdesak. Mereka sekarang tidak mempunyai banyak pilihan dan terus menggunakan seks, bangsa, agama dan kesetiaan untuk memenangi hati pengundi Melayu. Strategi itu juga tidak memberikan impak yang baik untuk parti untuk pilihanraya seterusnya.

Delegasi itu nanti, walaupun berasa kecewa, mungkin akan tidak menyentuh mengenai hal-hal yang penting yang merosakkan Umno kerana elemen feudal mereka akan menyebabkan wujud pendekatan laissez-affair dalam politik. Delegasi akan berkemungkinan berdiam diri kerana takut mereka akan dicela sekiranyan mereka mengkritik pemimpin.

Retorik panas daripada delegasi semasa perhimpunan itu akan menjadi seperti icing pada kek yang buruk. Tindakan mengapi-apikan sentiment agama dan bangsa hanya akan menutup kelemahan mereka seraya mengaburi pandangan ahli mereka. Ramai ahli akan tetap menghadiri persidangan tetapi mereka tetap berasa marah terhadap prestasi pemimpin Umno. Kebanyakan pemimpin mereka sekarang ini sememangnya tidak menyinar langsung.

Mereka sedar bahawa kebanyakan pemimpin Umno merupakan beban buat parti itu sendiri yang sudahpun berusia 55 tahun dan mereka mungkin juga mahu pembangkang menang dalam pilihan raya seterusnya supaya ini dapat menyedarkan dan membersihkan Umno. Ini adalah harapan terpendam ahli Umno memandangkan mereka tidak boleh dilihat menyuarakan kekecewaan mereka di perhimpunan itu nanti kerana takut boleh diambil tindakan. Drama-drama dan gimik-gimik perhimpunan itu nanti akan tetap diketengahkan oleh media kerajaan walaupun orang ramai sebenarnya tidak lagi berminat dengannya.

Menunggang kuda yang salah

Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat seperti suka menunggang kuda tetapi, beliau tidak cukup mengkaji kuda yang suka meruntuhkan tiang sosial masyarakat Malaysia. Beliau sebenarnya telah menunggang kuda yang salah iaitu Perkasa untuk membawa kejayaan kepada Umno dan BN pada pilihan raya umum tahun depan.

Mahathir sedang membuatkan kehadirannya dalam Perkasa dirasai dan mengetengahkan Najib Razak sebagai pemimpin yang lemah dan cuba sedaya upaya mengatur Umno dan BN untuk membaik-pulih imej nya sebagai perdana menteri. Najib dilihat oleh ramai sebagai membawa banyak masalah personal dan psikologi bersama beliau. Beliau gagal meredakan kemelut dalam Umno dan Mahathir sedar akan perkara ini.

Mahathir lantang mengkritik polisi kerajaan yang dibuat oleh mereka yang mentadbir selepas beliau – yang dipilihnya sendiri, Abdullah Badawi. Gagal untuk menutup mulut beliau dan tidak mahu melihat Umno jatuh ibarat pokok yang reput, beliau telah sekali lagi bersuara mengenai beberapa polisi Najib walaupun dengan rasa was-was kerana takut Najib akan jatuh dan Umno juga musnah.

Mahathir sedar bahawa masalah peribadi pemimpin, rasuah yang semakin menjadi-jadi, penyalahgunaan wang cukai, kelembapan ekonomi, ketidak-adilan dan kecekapan kerajaan akan membawa negara kepada kehancuran.

Ahli UMNO yang berharap

Mahathir merasakan bahawa jika dia terus mengkritik Najib dengan keras, UMNO akan hancur dan tidak boleh diperbaiki. Jika dia senyap UMNO akan jatuh. Pada masa-masa tertentu, Mahathir terpaksa menghadapi dilema ini – bukan sebab dia sayang Najib tetapi dia terlalu cinta pada UMNO ciptaannya.

Mahathir juga terhutang budi dengan Allahyarham ayahanda Najib, Abdul Razak Hussein (perdana menteri kedua Malaysia), kerana membawa dia kembali ke dalam UMNO selepas dia dipecat daripada parti pada tahun 1969 oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama negara.

Apa lagi, Mahathir juga tidak sanggup melihat musuh politik nombor satunya, Anwar Ibrahim, menjadi perdana menteri - sekurang-kurangnya semasa dia masih wujud. Tidak mengapa jika Anwar menjadi Perdana Menteri selepas kematian beliau.

Atas sebab ini, Mahathir telah menyokong Perkasa - menunggang 'kuda' yang salah dan memikirkan bahawa pasukan UMNO yang ditolak ini boleh menyelamatkan UMNO. Beliau telah mencipta satu kesilapan besar untuk dirinya sendiri dan UMNO dengan langkah ini.

Jika dikaji selidik dalam talian ini boleh diambil sebagai penunjuk keadaan, maka UMNO akan menghadapi masalah dalam dalam pilihan raya umum akan datang. Sejumlah besar responden dari kalangan 1879 pengundi Melayu yang berpotensi dan 1657 pengundi bukan Melayu di negara ini (limitasi pengajian: Korpus hanya terdiri daripada mereka yang mempunyai akses kepada Internet) tidak berpihak kepada Mahathir, Perkasa mahupun Ibrahim Ali:

  1. Apakah Mahathir masih relevan kepada orang Melayu? Ya (29 peratus) Tidak (68 peratus) No response (3 peratus)
  2. Bolehkah Perkasa membantu UMNO memenangi Pilihan Raya Umum akan datang? Ya (9 peratus) Tidak (83 peratus) No response (8 peratus)
  3. Apakah Perkasa suatu liabiliti kepada UMNO? Ya (84 peratus), Tiada (9 peratus), No response (7 peratus)
  4. Adakah UMNO memerlukan Perkasa untuk memenangi pilihan raya umum akan datang? Ya (3 peratus), No (85 peratus), No response (12 peratus)
  5. Adakah parti-parti komponen Barisan Nasional (di luar UMNO) selesa dengan Perkasa? Ya (1 peratus), No (94 peratus) No response (5 peratus).
  6. Perkasa menjejaskan peluang bukan Melayu mengundi untuk Barisan Nasional (BN)? Ya (87 peratus), Tiada (3 peratus), No response (10 peratus)
  7. Apakah Perkasa liabiliti kepada Barisan Nasional (BN)? Ya (93 peratus), Tiada (3 peratus), No response (4 peratus)
  8. Patutkah Perkasa menjadi sebuah parti politik? Ya (18 peratus), No (54 peratus), No response (28 peratus)
  9. Apakah Perkasa ikhlas dalam peranannya dalam menyatukan orang Melayu? Ya (5 peratus), No (86 peratus), No response (9 peratus)
  10. Adakah Perkasamemcahbelahkan orang Melayu lebih daripada menyatukan mereka? Ya (79 peratus), No (11 peratus), No response (10 peratus)
  11. Adakah Melayu selesa dengan Perkasa? Ya (9 peratus), No (79 peratus), No response (12 peratus)
  12. Adakah bukan Melayu selesa dengan Perkasa? Ya (2 peratus), No (95 peratus), No response (3 peratus).
  13. Patutkah UMNO berbaik-baik dengan Perkasa untuk mendapatkan semula undi Melayu? Ya (8 peratus), No (83 peratus), No response (9 peratus)
  14. PAtutkah UMNO menjauhkan diri daripada Perkasa? Ya (87 peratus), Tiada (6 peratus), No response (7 peratus).
  15. Bolehkah sekiranya Perkasa menjadi satu platform yang lebih baik untuk orang Melayu berbanding UMNO, PAS atau PKR? Ya (4 peratus), No (89 peratus) No response (7 peratus).


Najib dilihat sebagai pemimpin yang lemah

Bertentangan dengan apa yang Mahathir fikirkan mengenai dirinya, kebanyakan pengkritik melabelkan beliau sebagai dinasor dalam politik Malaysia. Kepada rakyat, beliau telah dianggap sebagai sudah melepasi jangka hayat politik beliau, konservatif, tua dan tidak relevan.Mahathir yang keras kepala masih belum mahu menarik brek politiknya walaupun dengan usia tuanya itu dan selepas meninggalkan kerajaan 8 tahun yang lalu – dan ini lebih mengecewakan beberapa pemain muda dalam UMNO, seperti Khairy Jamaluddin.

Banyak lagi dalam UMNO yang tidak berada dalam buku baik beliau, tidak cukup gembira kerana Mahathir mati terhadap mereka. Najib, yang dilihat sebagai pemimpin yang lemah, tidak mempunyai pilihan lain tetapi sedang berhati-hati supaya tidak menyinggung perasaan Mahathir, kerana dia mampu membawa kembali apa yang telah berlaku kepada pendahulunya, Abdullah, perdana menteri kelima Malaysia.

Namun, akhir-akhir ini, Mahathir telah agak terganggu dengan beberapa keadaan yang tidak menyenangkan yang berlaku dalam UMNO. Kepada kepimpinan yang ada sekarang, Mahathir tidak akan teragak-agak untuk memberi petunjuk bahawa bagi setiap lelaki yang 'gagal', ada seorang wanita.

UMNO kini dilihat oleh rakyat Malaysia sebagai parti yang lemah dan bersandar sepenuhnya kepada Perkasa untuk memenangi sokongan Melayu yang telah hilang. Sebaliknya, Perkasa, telah dengan jayanya membawa perkauman seraya memberi imej buruk kepada UMNO. UMNO telah membuat kesilapan besar dalam politik dengan memberi gambaran kepada rakyat bahawa Perkasa adalah pasangan sejiwa parti itu dan ini telah menimbulkan kemarahan MCA, MIC dan Gerakan.

Oleh itu, Perkasa bukanlah aset kepada UMNO, ia telah memakan diri sendiri dan ini membuatkan imej BN terjejas dengan teruk. Perkasa - sebuah organisasi yang tidak penting dalam politik Malaysia - juga ditolak pihak yang berpendirian sederhana di dalam UMNO. UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan undi penting dalam pilihan raya umum akan datang jika Perkasa dibiarkan berbuat sesuka hati dan Mahathir berterusan merungut tentang rasa tidak puas hati mengenai hal-ehwal UMNO.

Mahathir silap dalam analisisnya pada tahun 2008 mengenai hasil pilihan raya umum. BN mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum 2008 bukan kerana perpecahan Melayu tetapi orang Melayu sebenarnya bersatu dalam melumpuhkan BN kerana keangkuhan dan ketidakcekapannya.Keputusan pilihan raya bukan sahaja menunjukkan kehadiran perpaduan Melayu di negara ini tetapi juga perpaduan Malaysia yang menjadi petanda baik bahawa Malaysia adalah untuk semua orang.

BN menyerahkan 82 kerusi persekutuan dan lima kerajaan negeri kepada pembangkang dalam pilihan raya Mac 2008 dan ini telah mencerminkan demokrasi yang sihat di negara ini yang dalam jangka masa panjang akan membawa keadilan politik yang lebih baik kepada negara. Kelihatan seperti bukan sahaja sejumlah besar orang Melayu tidak akan menyokong UMNO, malah kebanyakan daripada kumpulan etnik yang lain juga tidak akan mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang.

Rakyat Malaysia akan menjadi Bangsa Malaysia

Pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan sekali lagi undi perpecahan di kalangan semua kaum di negara ini. Kaum atau agama tidak akan menjadi kriteria utama yang akan menentukan gabungan yang akan mendapat kemenangan. Isu-isu yang akan mempengaruhi keputusan pilihan raya umum yang akan datang adalah ekonomi, rasuah, kadar jenayah yang semakin meningkat, sistem pendidikan yang lemah dan kos hidup yang tinggi.

Bangsa dan agama tidak akan menjadi pembolehubah yang penting dalam menentukan gerak balas pengundi. Rasuah, skandal, kepura-puraan di kalangan pemimpin dan keangkuhan – adalah sesuatu yang biasa di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN – inilah yang akan membawa rakyat pelbagai kaum dan agama untuk bersama-sama menggulingkan tuan-tuan politik yang sedia ada di peringkat persekutuan.

Sekali lagi, orang bukan Islam tidak akan teragak-agak untuk mengundi PAS dan orang Melayu juga tidak ragu-ragu untuk mengundi calon-calon yang bukan Islam kali ini. Penekanan secara tiba-tiba Mahathir dan Ketuanan Melayu tidak akan berjaya kerana orang ramai melihat ini sebagai helah politik UMNO untuk terus berkuasa dan kekal angkuh.

Atas alasan ini, kelihatan seperti rakyat Malaysia akan menjadi Bangsa Malaysia, yang tidak henti-henti dicanangkan oleh Mahathir semasa tempoh beliau sebagai Perdana Menteri dan idea beliau ini didokumenkan dalam Memoirs (2011). Mahathir seharusnya berasa gembira melihat visi beliau yang akan menjadi kenyataan - Bangsa Malaysia - kini menjadi kenyataan selepas beliau tidak lagi menjadi perdana menteri negara:

"Kita perlu mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu. Walaupun lahir dari pelbagai kaum, semua rakyat Malaysia telah melihat diri mereka sebagai rakyat dari negara yang sama.Walaupun berbeza asal-usul kita, kita menuju ke arah yang sama. Kita juga mungkin berbeza dari segi politik tetapi kesetiaan dan dedikasi kepada negara tidak tergugat. Kami semua, tanpa pemisah atau had, sebahagian daripada satu Bangsa Malaysia - satu umat Malaysia, satu tapi pelbagai "(p597-8).

UMNO perlu undi bukan Melayu sepertimana ia memerlukan undi Melayu, UMNO tidak boleh dilihat sebagai parti Melayu 'unggul' seperti yang Perkasa atau Mahathir mahukan.UMNO telah mengambil petunjuk dari PAS, PKR dan DAP di mana pemimpin-pemimpin mereka secara rasional berpendapat bahawa parti-parti politik harus memenuhi keperluan masyarakat yang berbilang kaum walaupun terdapat kepelbagaian dalam bangsa atau agama.

UMNO menolak Perkasa yang membuang masa mereka memperjuangkan isu-isu perkauman yang mungkin relevan dalam tahun 1940-an tetapi tidak dalam era ini. Ektrimis kaum juga harus sedar bahawa bangsa Melayu bukanlah baka tulen. Mereka banyak bercampur-campur dan sebahagian besar daripada mereka lebih toleransi kepada orang-orang berbilang kaum dan beragama lain.

Orang-orang Melayu moden tidak melihat pada bangsa atau agama sebagai perkara-perkara yang penting dalam politik. Mereka kini mencari pendidikan, ekonomi dan kerajaan yang bebas rasuah untuk membawa Malaysia ke arah di mana semua rakyat akan mempunyai peluang yang sama dalam masyarakat.

Bangsa dan agama tidak akan memberi banyak kesan dalam politik semasa pilihan raya umum akan datang. Malangnya, UMNO, Perkasa, dan Mahathir ketinggalan dalam pemikiran politik mereka. Pluralisme atau perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang lebih dikehendaki oleh generasi sekarang- orang Melayu dan rakyat Malaysia secara umum.

Bangsa Melayu telah berubah menjadi orang-orang yang matang


UMNO, PAS dan PKR mungkin tidak mempunyai masalah untuk menarik ahli-ahli komuniti yang berbakat. Melayu tidak hidup dalam kepompong seperti pada tahun 1950-an 'atau sebelum itu. Bangsa Melayu telah berubah menjadi orang-orang yang matang yang sanggup untuk menampung mana-mana parti politik yang boleh membawa kepada sebuah kerajaan yang bersih rasuah.

Pilihan raya umum dijangka akan diadakan sekitar awal tahun depan – akan menjadi suatu tugas yang sukar bagi BN untuk mengekalkan Putrajaya. Untuk BN memperoleh dua pertiga majoriti seperti biasa adalah agak sukar untuuk direalisasi. Ada kemungkinan bahawa BN akan kalah dalam pilihan raya ini dengan majoriti mudah. Rakyat berwajah baru - orang Melayu Cina, India dan Orang Asli sudah bersedia untuk memperbaharui politik dan tadbir urus negara. UMNO dan BN akan berakhir dan menjilat luka-luka mereka sebelum mereka boleh kembali dalam pilihan raya umum masa depan, dan kali ini mungkin dengan pasukan yang lebih bersih.

Sistem dua parti kini semakin serasi dengan jiwa rakyat Malaysia dan ini membimbangkan pemikir UMNO lebih daripada ahli-ahli biasa. Apabila pembangkang semakin popular di kebanyakan negeri, ahli-ahli UMNO akan lebih fokus kepada imej mereka daripada menyatukan parti.

Berjuta-juta ringgit dibazirkan untuk membina imej dan wang yang dibelanjakan untuk rakyat asing untuk tujuan ini mungkin lebih baik digunakan untuk membantu rakyat. Semua akronim hebat untuk pembaharuan ekonomi dan mengherankan minda mereka yang seperti Warren Buffett dan Carlos Slim - belum diterjemahkan ke realiti selepas hampir empat tahun UMNO / BN menjadi kerajaan.

Mahathir sedar bahawa tiada apa-apa yang nyata berlaku dalam ekonomi. Apabila tidak banyak langkah yang telah diambil dan ini mengingatkan rakyat Malaysia kepada pemimpin yang terdahulu - Abdullah - yang sedang tidur semasa tugasnya selama hampir dua penggal sebagai Perdana Menteri.

Tiada cara untuk atasi kelemahan

UMNO sangat kuat rasuah sehinggalah ke terasnya kata Mahathir. UMNO akan kucar-kacir dan pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan parti itu kehilangan lebih banyak kerusi kepada Pakatan. Terdapat puak dan perbalahan dalaman dalam parti. Ramai yang mengintai peluang menjadi pemimpin-pemimpin cawangan. Terdapat ramai yang mengharapkan UMNO untuk membawa masuk wang dan kontrak untuk mereka.

Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun-tahun yang lepas telah menunjukkan bagaimana wang pembayar cukai telah dengan cuai dibelanjakan. Pesalah rasuah telah dilepaskan untuk memelihara imej UMNO dan kerajaan. Dana yang sepatutnya digunakan untuk menghasilkan daging lembu berakhir dengan pembelian kondominium untuk 'lembu suci', begitu juga percutian dan melaksanakan Umrah. Kemelut RM250 juta NFC telah menarik minat yang meluas dikalangan orang awam dan kekecewaan mereka. Pemimpin pula senyap mengenai isu ini.

Tiada siapa dalam UMNO akan mempersoalkan perkara ini kerana setiap ahlinya mempunyai aspirasi untuk menjadi kaya melalui parti. Dari membeli mi Maggie ke kapal selam, rakyat melihat wang pembayar cukai telah disalahguna. Najib terlalu sibuk membina imej peribadinya sehinggakan beliau tiada masa untuk memastikan dana awam dibelanjakan dengan betul.

Mahathir juga bukan penyelesaian untuk UMNO kerana beliau dilihat sebagai orang di belakang kumpulan ekstrimis - Perkasa. MCA, MIC dan Gerakan tidak menyukai Mahathir kerana dilihat mereka sebagai berdiri di atas nama bangsa. UMNO juga secara beransur-ansur menjadi lebih tidak relevan kepada nasib orang Melayu tulen atau pribumi disebabkan campuran India Muslim, Arab, Indonesia dan banyak bangsa asing lain.

Banyak cawangan UMNO kini diketuai oleh mereka yang berfikiran wang dan sesetengah daripada mereka bukanlah Melayu tulen atau yang Asli. Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan Disember ini akan menyaksikan satu protes senyap daripada wakil-wakil terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang sedia ada kerana mereka mempunyai firasat bahawa UMNO dan BN akan mempunyai harapan yang sedikit untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.

UMNO meninggal dunia akhirnya


Kali ini perwakilan UMNO perlu bimbang mengenai imej kendur parti tersebut. Pilihan raya umum akan datang akan melihat sistem dua parti berbalah untuk kuasa yang boleh membawa kepada kematian akhirnya. Kerajaan yang mengamalkan rasuah pasti tidak akan menjadi pilihan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlansung ketika ini, tidak syak lagi akan menjadi suam-suam kuku kerana delegasi takut membangkitkan isu yang menyelebungi parti itu dan memikirkan penyelesaian untuknya. Perwakilan akan menghadiri perhimpunan itu dengan perasaan teragak-agak kerana mereka tidak akan mampu untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Seolah-olah mereka tidak gembira dengan kepimpinan mereka dan akan teragak-agak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

Pelantikan menteri kebanyakan melalui pintu belakang telah mengecewakan banyak ahli UMNO. Mereka juga melihat pelantikan Ezam Mohd Nor dan Nallakarupan KS - sebagai senator sebagai helah politik untuk menyelamatkan kepimpinan atasan lebih daripada segala-galanya. Ini telah menghina kebijaksanaan kebanyakan ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia biasa, dan dianggap oleh rakyat sebagai satu pembaziran wang pembayar cukai.

Ekonomi terus lemah dengan kos sara hidup meningkat. Berjuta-juta ringgit yang dibelanjakan untuk membina imej pemimpin disia-siakan dan tidak memihak kepada akar umbi. Pengundi juga tidak gembira dengan rasuah yang berleluasa dalam kerajaan dan politik berat sebelah dan pilih kasih yang berlaku di dalam BN serta memburukkan imej Umno.

Dalam UMNO, minda Melayu agak feudal dan kebenaran tidak dapat diucapkan secara langsung, terutama apabila ia menyentuh tentang orang-orang di peringkat tertinggi dalam hierarki politik atau sosial. Mereka akan menyimpannya seperti bom masa dalam perasaan dalaman mereka sehingga pilihan raya umum akan datang ia akan meletup. Ramai ahli UMNO akan mengundi pembangkang seperti apa yang mereka lakukan pada tahun 2008 – inilah satu-satunya cara untuk memperbaiki akhlak UMNO dan BN mengenai politik dan tadbir urus yang sepatutnya.

Umno kini mod defensif - diserang luar dalam

Apabila negara sudah sampai ke tahap caca-marba seperti yang kita lihat dan alami sekarang ini, kita tahu pihak yang memimpin mempunyai masalah. Setakat kesalahan kecil-kecil orang Melayu dan rakyat amnya sentiasa terbuka untuk memaafkan kesalahan yang boleh diperbaiki dan terus sahaja memberikan mandat kepada mereka (BN).

Rakyat Malaysia amnya dan lebih khusus lagi orang Melayu sentiasa bersifat pemaaf. Rakyat bukan tidak tahu apa yang dilakukan oleh pimpinan yang tidak jujur selama ini. BN tetap mendapat sokongan di setiap kali pilihan raya.

Tetapi keadaan itu semua sudah tiada lagi. Rakyat sedar yang BN khususnya UMNO telah mengambil sikap pemaaf orang Melayu itu sebagai kelemahan Melayu. Mereka terus melakukan perkara keji seperti rasuah dan berbagai-bagai lagi kerana mempercayai yang orang Melayu khususnya dan rakyat amnya akan terus memberikan sokongan dan tidak akan lari dari memberikan mandat terus menerus.

Mereka (pemimpin) terus terusan melakukan perkara yang selama ini dibenci rakyat dan mereka (pemimpin) merasakan yang kalau mereka membuat salah pun rakyat akan tetap mengundi mereka lagi. Tetapi sekarang kesabaran itu sudah habis hadnya. Rakyat termasuk orang Melayu sudah tidak tahan lagi dengan sikap angkuh dan sikap bermaharajagila mereka lagi.

Dalam pada rakyat merasa gusar dengan sikap pemimpin, mereka yang menjadi pemimpin masih lagi merelakan diri mereka ditawan oleh nafsu-nafsi mereka. Kalaulah mereka sedar dan tahu bagaimana rakyat marah isu NFC misalnya, tidak akan timbul. Banyak lagi isu-isu besar yang sudah pun ditulis dalam blog ini.

Dalam kabinet hari ini ahli-ahlinya (menteri-menteri) berniaga dari kapal selam kepada perniagaan kapal terbang dan seterusnya sampai terlibat dengan perniagaan lembu. Pendeknya apa yang ada di darat, di air dan di udara semuanya mereka sapu bersih.

Penggubal dasar tidak lagi bertanggungjawab untuk menjadi pemantau terhadap dasar yang digubal oleh parti dan parlimen yang berkuasa. Malahan penggubal dasar yang berada di dalam kementerian-kementerian sebagai menteri berebut-rebut dengan rakyat untuk mendapatkan peluang perniagaan.

Tugas mereka untuk melihat dan mempastikan dasar yang digubal terlaksana dengan baik oleh pelaksana (penjawat awam) sudah dilupakan dan sebaliknya mereka bersama-sama berkonspirasi dengan pelaksana untuk menjadi peniaga yang besar dan menggunakan sumber di kementerian masing-masing.

Orang Melayu memang tidak begitu bernasib baik kerana keadaan bangsa kita yang serba kekurangan dalam semua bidang ini. Kalau dasar ekonomi baru dulu diwujudkan untuk memberikan peluang kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi dan ‘equity participation’ sekarang ini orang Melayu terhimpit dengan saingan daripada kerajaan sendiri.

Orang Melayu bukan sahaja terpaksa bersaing dengan rakan-rakan dari berbilang kaum, orang Melayu juga terpaksa bersaing dengan GLCs dan badan-badan dan institusi kerajaan sendiri. Semua GLCs, badan-badan berkanun termasuk perbadanan kemajuan ekonomi negeri-negeri semuanya bersaing dengan orang Melayu.

Sekarang ini wujud pula apa yang dikenali sebagai Menteri Besar Incorperated (MBI) yang digunakan sepenuhnya oleh Menteri-Menteri Besar untuk bersaing dengan kontraktor Bumiputra dan MBI mendapat keuntungan yang tidak diaudit oleh mana-mana pihak. Semuanya ini adalah alat-alat untuk membunuh peniaga bumiputra dan rakyat keseluruhannya.

Rakyat nampak semuanya ini tetapi mereka (MB-MB) tidak sensitif dengan perasaan rakyat khususnya orang Melayu. Sekarang sesiapa sahaja yang dilantik mengetuai MBI ini boleh menentukan berapa banyak pendapatan yang mereka mahu dalam setahun dan mereka bukannya bekerja untuk mempastikan keuntungan itu untuk dirasai oleh rakyat selain dari hanya memberi bantuan ad hoc kepada sesiapa yang dirasakan perlu mengikut cita dan rasa Menteri Besar terlibat.

Kalau UMNO benar-benar mahu melihat keadaan ini diperbetulkan dalam perhimpunan UMNO tidak beberapa hari lagi ini boleh dikeluarkan isu ini secara terbuka. Tetapi saya tidak yakin perkara ini akan dilakukan kerana hampir kesemuanya dalam UMNO itu mempunyai kepentingan peribadi dan tidak akan berani berkata benar.

Perhimpunan itu hanya sekadar tempat pemimpin UMNO bercakap dan bertempik dengan diikuti dengan tepuk gemuruh dari perwakilan yang syok sendiri semata-mata. Akan ada pelawak-pelawak di kalangan perwakilan yang hampir keseluruhan ucapan mereka disaluti dengan lawak jenaka untuk hiburan perwakilan yang datang dari jauh. Lawak jenaka mereka akan disambut oleh pemimpin di atas stage dan apabila Presiden sendiri ketawa seluruh perwakilan akan ketawa.

Dalam perhimpunan agung itu nanti akan kita lihat dan dengar Presiden UMNO bercakap dengan nada yang tinggi dan bersemangat seperti ucapan Presiden Sukarno, Indonesia pada tahun enam puluhan dahulu bagi menaikan semangat para perwakilan. Tetapi selepas perhimpunan itu ramai perwakilan akan melupakan hal perhimpunan kerana kebanyakan mereka akan berada outlet-outlet karaoke di sekitar Kuala Lumpur. Hasil dari perhimpunan itu adalah seperti kata-kata yang biasa kita dengar, ‘walhasil balik asal’.

Seperkara lagi yang saya hendak sebutkan di sini ialah khabarnya perhimpunan agung kali ini ialah perhimpunan kali yang ke-60. Saya hendak bertanya juga kenapa perhimpunan kali yang ke-60 sedangkan UMNO ini baru berusia 23 tahun. Bagaimana pula UMNO boleh menganjurkan perhimpunan yang ke-60?

Ini juga elok kita tanya Presiden UMNO dan tuntut jawapan dari beliau. Mungkin pemimpin UMNO pada hari ini terlupa sejarah partinya sendiri. Untuk peringatan pucuk pimpinan parti UMNO, usia UMNO yang ada pada hari hanyalah 23 tahun bukannya 60 tahun. Oleh kerana terlalu sangat tidak berkata benar, UMNO kini menjadi sebuah parti yang defensif dalam semua isu.

Mengikut perkiraan saya kali ini adalah kali yang ke-22 tahun sahaja. Kita mesti ingat semasa negara kita mencapai kemerdekaan UMNO sekarang tidak wujud lagi. UMNO sekarang lebih muda dari umur anak bongsu saya.

PAS lebih lama usianya dari UMNO. Begitu juga DAP. UMNO sekarang hanya tua sedikit dari parti Keadilan Rakyat yang di tubuhkan pada tahun 1998 dahulu, sepuluh tahun selepas penubuhan UMNO itu.

Saya sekadar ingin mengingatkan pucuk pimpina UMNO sahaja, tetapi kalau mereka masih mengatakan UMNO itu sudah berusia 6 dekad…itu lantak dialah. Bagi mereka yang tidak mahu di bohongi mereka tetap cekal dengan pendirian yang UMNO itu baru berusia 23 tahun.