Rabu, 10 Ogos 2011

Demi Rosmah, Najib dan SPR gadai negara kepada ribuan 'Mismah'

PETALING JAYA, 3 OGOS – Keselamatan negara kita akan tergadai sekiranya rakyat asing boleh menjadi warganegara dalam masa beberapa jam sahaja, malah dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengundi.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, berdasarkan bukti-bukti tentang penipuan yang sedang berlaku dalam senarai pengundi, pilihan raya umum ke-13 akan datang bakal menjadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia.

Katanya, penipuan terbaru terbongkar apabila Malaysiakini melaporkan bahawa pemastautin tetap (PR) rakyat asing telah dibenarkan mendaftar sebagai pengundi.

“Malah yang lebih mengejutkan ialah dalam masa empat jam sahaja, status pengundi baru yang menimbulkan kecurigaan itu telah ditukar daripada pemastautin tetap kepada warganegara Malaysia, mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini petang semalam mengenai seorang individu bernama “Mismah” dengan kad pengenalan bernombor 640704-71-5238 yang mempunyai PR yang mendaftarkan diri sebagai pengundi. Dalam laporan yang dikemaskini kemudian, Malaysiakini melaporkan “Mismah” sudah menjadi warganegara, tidak sampai empat jam selepas laporan berita asal disiarkan.

Pua mendakwa penipuan itu membuktikan wujudnya konspirasi keji di antara Barisan Nasional, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan JPN untuk menipu secara besar-besaran dalam PRU akan datang.

Beliau menambah konspirasi penuh penipuan itu turut membuktikan bahawa cadangan sistem biometrik untuk pilihan raya sebagaimana yang dicadangkan oleh SPR untuk “membanteras pengundi hantu” jelas gagal sebelum dimulakan.

“Jika sistem JPN kita boleh dimanipulasi begitu mudah, tidak ada sebarang jaminan kukuh bahawa kerajaan dapat memastikan sistem biometrik yang bernilai beratus juta ringgit itu akan menjamin pilihan raya yang bersih, telus dan selamat,” tambah beliau.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata penipuan demi penipuan dibongkarkan setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menggesa BN untuk mencapai kemenangan dengan apa cara sekali pun.

Beliau mengingatkan semua pihak bahawa “penganugerahan” kepada rakyat asing, terutamanya dari Indonesia, untuk menjadi warganegara pernah dilakukan melalui Projek IC atau Projek M di Sabah (sewaktu era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad) bagi mengurangkan kuasa politik Bumiputera di negeri itu.

Sebagaimana yang diketahui umum, katanya, Sabah mengalami pertambahan penduduk yang luar biasa setelah ramai warga asing menjadi rakyat Malaysia dalam masa yang amat singkat.

Pua berkata, BN juga menggunakan rasuah wang dalam pilihan raya, sebagaimana yang dibuktikan sewaktu pilihan raya negeri Sarawak April lalu, dan jika tekanan dan pembelian undi ditolak oleh rakyat, BN menggunakan apa sahaja cara untuk menipu dalam pilihan raya.

Menurutnya, kerajaan BN yang turut menguasai media massa dan agensi keselamatan negara terus mengekang dan menekan rakyat termasuk memperlekeh serta menindas perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hanya bertujuan membersihkan amalan pilihan raya di nehara ini.

Justeru itu, tuntutan pertama Bersih 2.0 menekankan tentang pelaksanaan usaha membersihkan senarai undi, iaitu dengan menyingkirkan segera ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal dunia, yang berganda pendaftaran, yang bukan warganegara dan sebagainya.

Sementara itu, Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof menafikan pemastautin tetap telah didaftarkan sebagai pengundi, dengan member alasan ia mungkin kesilapan teknikal oleh JPN.

“Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,” katanya.

Penjelasan Abdul Aziz telah dibidas oleh Ahli Parlimen DAP Tanjung Chow Kon Yeow kerana tidak cukup maklumat serta tidak menerangkan bagaimana “kesilapan teknikal” itu boleh berlaku.

Menurutnya, SPR tidak boleh bersembunyi di sebalik alasan yang lekeh itu kerana tanggungjawabnya ialah memastikan kesahihan senarai pengundi.

“Kejadian ini telah menggambarkan betapa seriusnya masalah penyelarasan antara agensi kerajaan yang pasti menjejaskan keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya kita,” katanya hari ini.

Chow yang juga Exco kerajaan negeri Pulau Pinang mempersoalkan bagaimana rakyat negara asing boleh menjadi pengundi di Malaysia menjelang PRU ke-13 akan datang.

Beliau meminta SPR dan JPN menyatakan secara terperinci jumlah rakyat asing yang telah menjadi warganegara Malaysia yang didaftarkan sebagai pengundi untuk tiga tahun sebelum ini.

“Pengundi Malaysia berhak untuk tahu sama ada berlaku penyelewengan dalam trend senarai undi. Saya amat berharap institusi-institusi kerajaan kita tidak menjadikan rakyat asing sebagai pengundi semata-mata hanya kerana mahu mengekalkan rejim yang korup sebagai kerajaan,” tambah beliau

Nasib lu lah Najib...

UMNO sudah mula menampakan retak seribunya. Apa yang berlaku di dalam UMNO sudah beransur-ansur nampak jelas dan tidak mungkin dapat disorokan lagi. Kata orang jika kita melakukan kesalahan di dalam batu pejal yang tidak dimasuki angin sekali pun akhirnya ia akan diketahui umum juga.

Kalau kita pergi bermalam di padang pasir kita akan mendengar letupan di sana sini dan akan mudah didengar lagi pada malam hari. Letupan itu ialah letupan batu-batu pejal. Ianya berlaku kerana perubahan suhu yang panas pada siang hari dan suhu yang terlalu sejuk di waktu malam.

Pertukaran suhu yang extreme secara berterusan menyebabkan batu yang sepejal mana pun akhirnya akan meletup dan pecah berderai.

Anologi ini sedang berlaku di dalam UMNO. Letupan kecil-kecilannya sudah pun kita dengari sedikit sebanyak selama ini. Tetapi oleh kerana suhu politik dalam UMNO itu begitu panas maka UMNO hanya menunggu masa untuk kita dengar letupan yang kuat yang akan menghancurkan UMO yang dulunya sangat kuat dan pejal seperti batu di padang pasir tadi.

Sudah pun berlaku gerakan untuk meminta Najib berhenti dan meletakkan jawatan beliau. Sekumpulan bekas ahli-ahli Parlimen UMNO sedang berjumpa dan bertemu di antara mereka untuk meminta Najib agar melepaskan jawatan kerana beliau (Najib) sudah tidak lagi mampu meneruskan pimpinan negara dengan baik.

Najib memang telah menjadi sebutan ramai sejak beberapa tahun dahulu yang beliau tidak akan memimpin lama kerana beliau mempunyai ‘baggage’ peribadi yang terlalu besar. Tetapi oleh kerana permainan politik yang memerlukan Najib berada sementara bagi membina kepimpinan pimpinan orang lain untuk persediaan mengambil alih pimpinan negara ini.

Tetapi Najib mengambil kenaikan beliau ke tangga yang tinggi ini kerana kecerdasan kepimpinan beliau sendiri dan beliau tidak mahu mempercayai yang beliau sentiasa di dalam pemerhatian pihak lain di dalam UMNO sendiri. Kumpulan ini hanya menunggu Najib menunjukkan kesilapannya yang nyata sahaja untuk memberikan sebab untuk menurunkan beliau. Sebenarnya kepimpinan beliau ini merupakan kepimpinan ‘stop gap’ untuk membolehkan orang lain yang masih muda untuk naik mengambil alih kepimpinan negara.

Dalam percaturan ini Khairy menjadi mangsa kumpulan ini kerana jika Khairy menaiki tangga pimpinan yang tinggi, Khairy akan menghalang untuk seorang muda yang lain untuk menaiki tangga kepimpinan negara. Konspirasi dalam UMNO ini amat licik. Konspirasi ini memang telah berlaku begitu lama.

Kalau kita ingat Khairy Jamaludin merupakan pemimpin muda yang pada anggapan kumpulan ini akan menghalang seseorang untuk menaikan anak serta ahli keluarga beliau ke takhta kekuasaan negara. Itu sebabnya kempen secara sistematik telah dilakukan untuk menahan kemaraan Khairy dalam politik negara. Berlakulah usaha memomokan benih muda ini pada pandangan masyarakat dan ahli UMNO sendiri. Tindakan ini merupakan salah satu dari strategi pihak tertentu untuk menguasai politik UMNO dan negara untuk puak mereka sendiri.

Najib pula merupakan pemimpin yang begitu kontroversial dengan baggage besar yang dibawanya bersama beliau dan ini menjadi isu yang sangat ‘expedient’ bagi kumpulan ini untuk menyahkan Najib daripada kepimpinan negara dan menggantikan dengan orang lain yang ada di dalam kepimpinan tertinggi parti. Tentulah pemimpin yang dimaksudkan itu ialah Muhyiddin Yassin yang bagi kumpulan ini sangat sesuai bagi mencapai cita-cita menaikan ahli keluarganya dalam politik dan kepimpinan negara dalam jangka masa yang singkat ini.

Tetapi masalah yang paling besar ialah UMNO sudah lumpuh dari segi pembinaan kepimpinan kerana parti ini sudah terlalu lama diabaikan tentang pembinaan kepimpinan. Pucuk pimpinan yang ingin berkuasa terlalu lama menyebabkan beliau bertindak untuk mengambil pemimpin secara tangkap muat asalkan sahaja memberikan ketaat setiaan mereka kepada pucuk pimpinan yang ingin berkuasa dengan lama.

Hasilnya sekarang sudah tidak ada lagi sesiapa di kalangan pimpinan atasan yang mungkin mampu untuk mengetuai kerajaan melalu parti UMNO ini. Setiap pengganti akan lebih lemah daripada pimpinan yang diambil-alih itu. Ramai orang termasuk blog ini telah selalu mengatakan Abdullah akan lebih lemah kepimpinan dari Dr Mahathir dan sesiapa juga yang mengambil alih Abdullah sudah pasti akan lebih lemah dari beliau (Pak Lah).

Sekarang ini jika dialih kepimpinan secara lazim yang kita lakukan, orangnya ialah Muhyiddin. Muhyiddin akan membuktikan yang beliau adalah lebih lemah dari Najib dalam masa hanya setahun sahaja. Ini bukan salah Muhyiddin tetapi beliau terpilih di kalangan pemimpin-pemimpin dalam parti yang sudah terlalu ketandusan kepimpinan. Segala ‘budding leaders’ telah diketepikan di zaman Dr Mahathir dan tidak timbul-timbul lagi seorang pemimpin yang benar-benar ‘viable’ kalau kita mencari bakat dari mereka yang menganggotai Majlis Tertinggi UMNO.

Menyampahnya pihak-pihak yang tertentu dengan pandangan saya ini, tetapi apakan daya, masa sudah tiada untuk menghiburkan sesiapa kerana negara kita sekarang di ambang kehancuran politiknya. Saya bersedia menerima apa-apa juga kritikan, namun kebenaran tentang apa yang saya telah tulis dalam blog ini sudah banyak menunjukkan kebenarannya. Kita bukan memberikan pandangan berdasarkan kepandaian, hanya memberikan pandangan melalui pengalaman yang pernah kita lalui selama ini.

Blog ini sekarang ingin menelah. Jika Najib diambil alih oleh Muhyiddin keadaan yang serupa akan berlaku kerana Muhyiddin dan Najib merupakan dua manusia pemimpin yang datang daripada kumpulan yang mempunyai budaya politik dan pimpinan yang sama. Keadaan ini akan berulang dan kepentingan saya hanya satu; iaitu untuk membuktikan yang pandangan saya yang selalu mendapat kritikan yang hebat dari berbagai pihak, akan membuahkan kebenarannya.

Saya selalu memberikan pandangan, yang kita terpaksa memulakan politik yang baru dan kita bermula dari garisan permulaan seperti yang dilakukan oleh YTM Tunku Abd Rahman dahulu. Untuk memulakannya ianya mesti dilakukan oleh pemimpin yang luar daripada pimpinan Majlis Tertinggi yang ada pada hari ini kerana yang ada pada hari ini semuanya merupakan penyumbang besar kepada keadaan kucar-kacir yang negara sedang hadapi sekarang.

Saya selalu memberikan pandangan yang menjadi kemarahan ramai. Salah satunya ialah pandangan saya yang musuh Najib bukannya parti pembangkang tetapi musuh yang paling besar ialah di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan yang paling hampir dengan diri beliau sendiri.

Oleh kerana negara kita memilih jawatan Perdana Menteri secara convention, iaitu Presiden UMNO secara automatik menjadi PM itu, maka masing-masing dalam UMNO terutamanya di keliling Najib yang terhampir itu secara licik melakukan permainan politik kotor terhadap beliau sendiri. Ada orang yang sekarang ini seperti anjing nampak tulang…..air lior meleleh melihat jawatan yang si Najib pegang sekarang.

Tetapi Najib seperti yang saya sebutkan selalu, Najib sendiri mempunyai kelemahan yang payah untuk diperbaiki. Nama Najib telah dipersoalkan oleh masyarakat antarabangsa. Ini juga adalah di atas galakan dan permainan politik manusia di sekeliling beliau (Najib) sendiri.

Bak kata seorang yang bergiat di dalam UMNO, ‘nasib lu lah Najib’.

Selasa, 9 Ogos 2011

SEBELUM KE SEKOLAH TIKAM EKOR DULU

NOTA:

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah


....
APA AKAN JADI DENGAN 60,000 PELAJA MELAYU DI SEKOLAH.... kah kah kah..

...
SEKOLAH CHINA DAPAT DANA DARI DUIT JUDI.... kah kah kah..

..
.MANA DIA MAT BISUL PEERJUANG ISLAM.... kah kah kah..

...
MANA MAT PAKO PAKO.... APA FATWA TERBARU.... kah kah kah..

...
MANA DIA JAIS...MANA DIA JAWI.... kah kah kah..

nota:

seharusnya sekolah melayu china atau india atau kadazan
semuanya wajib dapat bantuan kerajaan
kerana ini tugas dan tanggung jawab kerajaan
tugas kerajaan bukan beli cincin intin berlian

ini dasar kertuana melayu menjadikan
sekolah melayu tidak menarik
ibu bapa bawa anak anak mereka ke sekolah china
tetapi ketuanan melayu tak mahu bantu sekolah china dan india

kah kah kah
masuk towkay judi

MEMBUAT AMAL JARIAH




GAMING PROFIT TO FUND VERNACULAR EDUCATION
- minsider

The government’s cap on the number of state-funded vernacular schools has long been a source of dissatisfaction from the Chinese and Indian community.


But the Singapore Straits Times reported today that the takeover of the gaming unit under Ananda’s (picture) recently-privatised Tanjong has received the full backing of the Najib administration which has seen the Chinese continue to shun national schools in favour of Chinese-language primary schools despite the lack of funding.


The group of Chinese businessmen, led by Tan Sri Lim Kok Tay of gambling giant Genting, will pump RM500 million into a new company called Jana Pendidekan Malaysia that will also take bank loans to execute the purchase later this week.


According to the Singapore Straits Times, the transaction, which is expected to be finalised today after months of negotiations, will also see Ananda, Malaysia’s richest Indian, commit RM100 million to the trust fund.


MAT BISUL HIDUP LAGI

TINDAKAN HADI AWANG SATU PENGHINAAN BESAR : ZUL NOORDIN
- meloya

Tindakan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang 'memandang sepi' penjelasan Hasan Ali, sedangkan beliau seorang Exco yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam di Selangor, merupakan satu penghinaan besar kepada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu.




Zulkifli Noordin berkata, ini kerana tindakan Abdul Hadi mahu 'bersemuka' sendiri dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berikutan kontroversi pemeriksaan ke atas gereja Methodist, memberi gambaran bahawa suara Hasan tidak laku dan tidak diterima dalam Pas.


Pada masa yang sama, beliau berkata, tindakan Abdul Hadi itu juga merupakan satu bentuk campur tangan Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, kerana JAIS merupakan jabatan kerajaan dan bukannya lujnah politik dalam Pas, sehingga perlu memberi penjelasan tambahan kepada parti tersebut.


...
MEMANG PUN TUJUAN NYA NAK HINA HASAN ALI... kah kah kah..

...
MACAM QUEEN ELIZEBETH PAKAI BAJU KUNING.... kah kah kah..

...
MEMANG TEPAT LAAA.... INI SATU PENGHINAAAN.... kah kah kah..

...
INGAT NAK BAGI HASAN ALI SATU PENGHORMATAN.... kah kah kah...

....
TAK KAN SALAH HINA HASAN ALI.... kah kah kah...

..
.MENGHINA HASAN ALI DI SELANGOR KINI SATU TREND.... kah kah kah..

..
.MACAM MENGUTUK MAT BISUL.. INI JUGA SATU TREND..... kah kah kah..

..
.BILA NAK BAYAR DUIT 15 RIBU RINGGIT ITU?.... kah kah kah..

...
TAK KAN LUPA PINJAM DUIT BAYAR DEPOSIT UNTUK TANDING.... kah kah kah..

..
JANGAN BUAT BUAT LUPA.... kah kah kah..

...
CAKAP PEJUANG ISLAM... TAPI PENIPU.... kah kah kah..

NOTA:

orang ramai tertanya tanya
mengapa melaon ini gila menjadi jadi?
jawabnya:
malaon ini telah membuat cap mohor spr
untuk membuktikan yang dia telah
memberi laporan keewngan pilihanraya 2004
malaon ini menipu

kes ini telah terbongkar
teloo malaoan ini telah kena pegang
ini kes tipu
kalau di buktikan di mahkamah malaon ini
bukan sahaja hilang kerusi parlimen
tetapi akan dibuang dari menjadi seorang peguam

ini latar beklakang malaoan ini
jadi jangan hairan jika malaon ini terus menyalak
kah kah kah


BANGLA INI LEBIH MULIA DARI HASAN ALI:








UCAPAN EEE PENCEN


lihat dan lihat klip ini
saekor lagi eee
ini eee pencen

pelik bila eee ini dah pencen
maka cakapnya lain pulak
masa eee ini jadi munkee dulu
tak pernah pulak cakap macam ni

bila eee ini cakap hal rakyat
rakyat rasa nak muntah
bila eee ini cakap tentang pilihanraya
semua orang rasa nak muntah

NOTA:

ku li ini
tak ada orang lain ke?


nota:

tanya eee ini berapa juta ringgit
sudah songlap duit kementerian pelancungan
kah kah kah


AKAN DIJUAL DIPASAR IKAN NANTI

HIDUP MELAYU!



nota:

slogan hidup melayu
ialah slogan gerombolan
hairan dan pelik
mengapa slogan hidup melayu digunakan
ini mesti kerana kureeng oxygen kah kah kah











UMNO TUBUH JABATAN PEMASARAN POLITIK
- minsider

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Umno bercadang menubuhkan sebuah jabatan pemasaran yang akan berperanan melaksanakan kerja-kerja pemasaran parti yang lebih sistematik kepada rakyat, kata Ahmad Maslan.


Beliau berkata penubuhan jabatan itu amat penting bagi memastikan tugas-tugas seperti melakukan analisis, merancang dan melaksana aktiviti politik yang pada masa ini dilaksanakan oleh jabatan penerangan parti, dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.


Ahmad berkata metodologi pemasaran politik merupakan satu istilah yang harus difahami setiap anggota Umno dan penting untuk dilaksanakan dalam menyampaikan hasrat parti kepada rakyat.


“Jika semua anggota Umno tahu istilah ini dan tahu melaksanakannnya ia akan memudahkan kita untuk buat kerja,” katanya.


.. .NAK PASAR KAN APA LAGI.... kah kah kah..

..
TUKAR LAAA NAMA KEPADA NAMA MELAYU.... kah kah kah..

...
MAK CIK FELDA TAK TAHU NAMA INI... kah kah kah..

...
BENDANYA UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION.... kah kah kah..

..
.INI NAMA ORANG PUTEH.... kah kah kah...

...
TAK KAN TAK ADA NAMA MELAYU.... kah kah kah...

.
..CAKAP KETUANAN MELAYU....kah kah kah..

..
.KALAU KETUANAN MELAYU MENGAPA NAMA ORANG PUTEH.... kah kah kah...

...
SEDAR LAAA PUNGKOK LEGAM.... kah kah kah.....

nota:

gerombolan ini pakai slogan: hidup melayu
pasal apa?
kureeeng oxygen ke?
kah kah kah


nota:

pasar ramadan tahun ini
dah mula pasarkan umno atau belum?
nampak tak ada orang nak beli'
kah kah kah


LAGI PENIPUAN GEROMBOLAN

INI BUKTINYA KG BARU

nota:
semua sudah terang
semua sudah jelas
apa tindakan yang wajib diambil
ini persoalan nya!



SPR CIPTA SEJARAH, KG BARU SEBAGAI PENGUNDI - harakah daily

Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi.

Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut.

Daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini.

NOTA:
ini tidak menghairankan langsung
ini tidak pelik
ini memang kerja spr
ini tugas spr untuk mengumpul undi untuk gerombolan
satu dunia tahu hal ini
seluruh rakyat negara ini tahu spr menipu

persoalan nya ialah:

bila sudah tahu penipuan ini
apa yang hendak dilakukan

membuka kes penipuan demi penipuan ini memang baik
membocorkan penipaun ini kepada orang ramai memang bagus
tahniah!
rakyat telah sedar tentang penipuan yang dijalankan oleh spr
spr dilihat sebagai barua gerombolan

persoalan masih belum dijawab
soalannya ialah: apa tindak kan yang akan diambil
satelah penipuan ini di ketahui

adalah cukup apabila orang ramai tahu spr menipu?
apakah cukup apabila orang ramai tahu gerombolan menang dengan menipu?


Selasa, 2 Ogos 2011

Monopoli BN punca kos sara hidup tinggi

SHAH ALAM, 2 Ogos: Pakatan Rakyat yakin kos sara hidup tinggi yang terpaksa ditanggung oleh setiap rakyat negara ini pada hari ini adalah akibat dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional yang mewujudkan sistem monopoli dan ketinggalan zaman.

Sehubungan itu, terdapat keperluan mendesak agar sistem permit terutamanya yang bersabit import barang keperluan utama dikaji keseluruhannya kerana ia meningkatkan harga barangan yang menekan rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat juga berpendapat harga petrol dan diesel yang tinggi di Malaysia adalah akibat perancangan guna tenaga yang lemah.

Menurut beliau, Malaysia dilaporkan masih menggunakan sehingga 70 peratus dari minyak mentahnya yang bergred tinggi dan mahal untuk diproses menjadi petrol dan diesel bagi kegunaan domestik.

Katanya, oleh kerana harga minyak mentah adalah komponen kos yang paling utama, sebarang usaha untuk menukar minyak mentah kepada gred yang lebih murah akan secara langsung menurunkan harga petrol dan diesel di Malaysia.

"Oleh sebab itulah, Pakatan Rakyat yakin bahawa harga petrol dan diesel boleh diturunkan segera. Salah satu caranya melalui perancangan guna tenaga yang lebih munasabah," katanya pada sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), di sini, hari ini.

Sebelum itu di tempat yang sama, Pakatan Rakyat, menurutnya, telah mengadakan Rundingan Ekonomi Buku Jingga yang pertama hari ini dengan ahli ekonomi, penganalisa pasaran dari bank dan firma kewangan, pimpinan kesatuan sekerja dan persatuan pengguna.

Katanya, rundingan tersebut antara lain membincangkan secara terperinci langkah-langkah segera yang boleh dilakukan untuk mengawal inflasi dan membantu jutaan isi rumah Malaysia yang terbeban dengan kos sara hidup mutakhir ini.

"Rundingan tersebut adalah yang pertama daripada beberapa siri selepas ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas dan cadangan untuk digarap di dalam Belajawan 2011 yang akan diumumkan oleh Pakatan Rakyat dalam bulan Oktober ini.

"Setiap rundingan akan memfokuskan kepada persoalan dasar ekonomi negara yang utama, termasuklah dasar-dasar pertumbuhan dan persaingan ekonomi, menurunkan kos sara hidup rakyat dan reformasi sistem pendidikan supaya selari dengan keperluan modal insan negara," katanya.

Peluang yang diperolehi oleh pimpinan Pakatan Rakyat pada hari ini untuk bertukar-tukar fikiran dengan wakil-wakil dari pelbagai sektor penting ekonomi negara itu, katanya, akan dimanfaatkan sebaik mungkin, apabila pandangan-pandangan itu akan digarabkan di dalam Belanjawan 2011 oleh Pakatan Rakyat.

"Belanjawan 2011 oleh Pakatan Rakyat adalah satu lagi dokumen ekonomi yang memberi peluang kepada rakyat dan sektor niagawan menilai sendiri perbezaan pendekatan ekonomi yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat dan kerajaan BN, sekiranya Pakatan Rakyat yang berkuasa selepas pilihanraya umum akan datang," katanya.

Turut hadir pada rundingan dan sidang media itu termasuklah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad serta pemimpin DAP.

Ampun Tuanku, Patik pohon tolak bubar Parlimen

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memohon Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan pembubaran Parlimen selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi.

"Isu yang mendesak kini ialah ancaman kepada kedaulatan dan keselamatan negara dengan kebanjiran warga asing di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri.

"Apabila daftar pemilih dibanjiri oleh warga asing, ia jelas merupakan ancaman serius kepada kedaulatan negara dan keselamatan negara selain dari pencabulan hak asasi warganegara Malaysia sendiri," tegas beliau ketika menuntut supaya SPR menjelaskan bagaimana daftar pemilih dibanjiri oleh warga asing yang hanya memiliki status penduduk tetap sahaja.

Mahfuz menyifatkan pendedahan itu sebagai bukti yang tidak boleh disangkal lagi bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) dan SPR tidak habis-habis membohongi rakyat Malaysia apabila berulang kali mendakwa bahawa daftar pemilih yang ada sudah dibersihkan.

"Kita boleh terima kalau nama orang yang baru sahaja seminggu dua meninggal dunia masih ada dalam daftar pemilih walaupun zaman sekarang zaman teknologi yang membolehkan nama si mati dibuang hampir serta merta dari daftar pemilih.

"Tetapi kebanjiran begitu banyak warga asing bukan lagi perkara yang boleh dikompromikan. SPR boleh dituduh terang-terangan terlibat membiarkan kedaulatan dan keselamatan negara ini terancam.

"Sebagai agensi kerajaan, SPR tidak sepatutnya dilihat menjadi pihak yang mengancam kedaulatan dan keselamatan negara," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Antara lapan tuntutan bersih ialah supaya SPR membersihkan daftar pengundi. Tuntutan-tuntutan lain ialah mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

"Sebab itulah kita mohon Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu campur tangan antaranya tidak memperkenankan permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen selagi tuntutan Bersih tidak dipenuhi.

"Kini semakin terbukti, keengganan SPR membersihkan daftar pengundi sudah sampai ke peringkat mengancam kedaulatan dan keselamatan negara dengan kebanjiran warga asing dalam daftar tersebut.

"Jangan sampai nanti orang melihat SPR bukan sahaja tidak mahu membersihkan daftar pemilih malah menjadi dalang utama yang mengotorkan daftar itu dengan kebanjiran warga asing tersebut," kata Mahfuz.

Kebanjiran warga asing dalam daftar pemilih itu didedahkan oleh blog Perisik Rakyat (http://www.perisik-rakyat.com).

Blog itu mendedahkan sehingga 169 nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia.

Namun begitu, menurut siasatan Harakahdaily, tidak semestinya nombor kad pengenalan yang mempunyai angka -71- di tengah adalah warga asing. Ini kerana, angka -71- di tengah menunjukkan lahir di luar negara.

Menurut pendedahan Perisik Rakyat, antara warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi bernama Mismah.

Menurut laporan Malaysiakini pula, Mismah diterima sebagai pengundi baru di Ijok, di mana Ahli Dewan Undangan Negerinya ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimennya ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dzulkelfy Ahmad.

Menurut Malaysiakini, Mismah didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.

Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahkan dakwaan itu.

Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.