Selasa, 2 Ogos 2011

Najib mencari ‘Talian Hayat’

31 JULAI — Bila penulis menerbitkan satu makalah “General Election in July, folks!” pada 20 Mei lalu, ia bukan bertujuan untuk ‘spin’. Mengimbas kembali, itulah ruang tarikh atau ‘window’ paling wajar menyerang-hendap atau ‘ambush’ Pakatan Rakyat. Pengumuman pembubaran parlimen boleh menjadikan perhimpunan Aman Bersih 2.0, 9-Julai lalu di satu kedudukan yang sukar diberikan tumpuan oleh penganjur. Lebih parah lagi bagi parti-parti politik yang dalam ‘panic mode’. Najib gagal.Malang buat Umno-BN, Perdana Menteri Najib tidak sehebat pendahulunya.

Najib kini sudah kehilangan jendela atau ‘window’ paling strategiknya. Sebaliknya, tidak keterlaluan kalau penulis nyatakan bahawa Najib mungkin sahaja akan kehilangan peluang untuk memimpin dalam perang PRU k-13 ini! Maksudnya, penulis meramalkan Najib akan disingkir sebagai Presiden Umno sekaligus Pengerusi BN sebelum PRU ke-13,.Begitu sekali? Ya, demi menyelamatkan Umno-BN, Najib akan bakal diketepikan. Sejarah akan berulang. Tun terpaksa diketepikan Umno untuk menyelamatkan parti Melayu itu, sebab telah menjadi ‘liabiliti’ terbesar perjuangan parti mereka. Ternyata strategi itu berbisa dan mengena. Pak Lah menang besar dalam PRU ke-11, April, 2004 itu, bahkan antara terbesar dalam sejarah politik pilihanraya Umno.


Kini Umno sedang menghitung opsyen atau pilihan strategik yang sama. Bezanya Tun diketepikan setelah terlalu lama memimpin; 22 tahun. Najib baru sahaja masuk tahun ketiganya. Najib pun belum pernah menang pilihanraya umum yang dikemudinya sendiri. Besar harapan Najib untuk membuktikan kepemimpinannya.

Mungkin sahaja itu akan tinggal cita-cita. Dia semacam akan tersungkur di garis permulaan tampaknya. Dia sedang menemui ‘ su’ul khatimah’ atau ‘kesudahan buruk’ dalam kerjaya politiknya. Bagi seorang ahli politik tambahan calon negarawan, kesudahan seperti itu amat mengaibkan dan mengerikan sekali.

Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib?

Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya (bukan ‘pendek kata’), Najib telah menjadi ‘liabiliti paling besar’ buat Umno diambang PRU ke-13 ini. Dia telah menjadi seumpama Tun dalam masa yang jauh lebih singkat. Bagi sebuah parti, yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa. Pemimpin boleh datang dan pergi. Tak ada siapa yang akan kekal. Tapi parti dan ‘perjuangan’ mesti dipertahankan, walau apapun.

Mungkin ‘mantra’ atau ‘maxim’ ini umum dan berkuatkuasa untuk semua. Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi. Tahap sokongan atau ‘approval rating’ beliau, mengikut dapatan beberapa pusat kajian polls, menunjukkan peningkatan pada peringkat awalnya menjadi PM. Najib telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan ‘pandangan awam’ atau ‘public opinion’ sehingga sanggup mengungkpakan bahawa ‘Era kerajaan tahu semua telah berlalu”. Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat.

Najib cuba perbaikki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh pra PRU ke-12 dengan mantranya “Rakyat di dahulukan dan prestasi diutamakan’. Kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baikpulih ‘persepsi’ terhadap partinya. Najib juga cuba mendekati dan melayani warga ‘netizen’ dan golongan muda dalam media baru- facebook dan twitter dan berinteraksi secara maya dan ‘engaged’ secara langsung juga dengan mereka.

Justeru, tidak hairan Najib masih boleh memenangi beberapa pilihanraya kecil sehingga keputusan mutakhir terikat pada kedudukan seri 8-8 sejak selepas PRU ke-12.

Namun amat malang bagi Najib, semakin ghairah beliau membuktikan kepimpinannya, semakin menyerlahkan kelemahan sebenar dirinya, samada pada rakyat atau pengundi dan lebih parah lagi kepada pendukung setia dan ‘warlords’ partinya sendiri, Umno.

Mutakhir ini, ‘tahap sokongan’ atau ‘approval rating’ terus merosot berbanding sedikit waktu dahulu. Tiga tahun adalah lama dalam politik. Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta kebocoron dalam pengurusan kewangan dan pembangunan Negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya. Najib seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu. Beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

Samada isu nama Allah, isu kepala lembu atau babi hutan. serangan terhadap rumah ibadat, Interlok, PPSMI, GMI, rampasan negeri Perak dan pelbagai lagi perilakunya dalam beberapa PRK khususnya di Sibu, Serawak dan Hulu Selangor, telah pun menyelak hakikat sebenar ‘dirinya’. Beliau ‘reckless’ atau tidak punya ‘jatidiri politik’ yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan.

Sebaliknya kata-kata tidak cermat, seperti ‘you help me dan I help u’ memperkuhkan pelbagai amalan buruk dalam rasuah politik pilihanraya. Memberi kedudukan tinggi orang yang sabit rasuah sementara dia mahu perang rasuah. Dia sinonim dengan tabiat flip-flop, satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan. Beliau hanya mahu ‘sokongan’ semua.

Kini Najib berdepan pelbagai ujian getir. Rakyat dan pengundi terus menilai sementara partinya terus cemas serta rimas dengan prestasi Najib dan mutakhir ini gelagat buruk dan perilaku ‘first ladynya’ . Ia memburukkan lagi peluang Najib. Berbelanja besar dan ‘taste’ atau selera hyper-mewah berlawanan dengan anjuran menyuruh rakyat bercermat. RM4.5 juta menganjur Persidangan Wanita Pertama Dunia yang dihadiri 14 wanita pertama kebanyakan dari Negara Afrika bukan satu yang wajar dalam 13 tahun bajet defisit yang ditanggung kerajaan BN.

Beg tangan, gelang tangan mewah dan cincin belian didakwa RM24 juta yang ada hubungkait dengan FLOM itu amat tidak disenangi rakyat yang dianjurkan berjimat dalam mendepani himpitan kos saran hidup yang tinggi. Perbelanjaan besar rumah kediaman PM dan TPM juga dipandang cukup jelek oleh rakyat. Pertikaian pelbagai pihak tentang ‘entourage’ keluar Negara seperti urusan pra-pertunangan di Kazakhstan masih menantikan pertanggungjawaban secara telus dan amanah.

Najib kini kehilangan ’goodwill’nya atau ‘sangka baik’ dan ‘hormat’ rakyat pada dirinya. Ini petanda buruk bagi seorang pemimpin, khususnya ketua sesebuah kerajaan.

Bersih 2.0 pula terus menyerlahkan kepimpinan buruk Najib dan kegagalan beliau menangani cabaran Politik Baru. Kini rakyat-pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik samada kerajaan atau pembangkang.

Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang ‘kotor’ dalam sistem pilihanraya. Ini termasuk hal kekotoran dalam daftar pemilih dan mengundi lebih sekali. Isu dakwat kekal lawan kaedah biometric akan terus menjadi polimik tajam. Najib gagal menangani isu semudah ini. Ataukah beliau mahu menyerlahkan niat jahat kerajaannya?

Kezaliman dan tindakan ganas pihak PDRM terhadap peserta Bersih 2.0 satu hal yang menunjukkan bahawa Najib dan menteri-menteri gagal memahami bagaimana mendahulukan rakyat dan faham bahawa ‘era kerajaan tahu semua sudah berlalu’. Najib mendapat liputan buruk media dalam dan luar Negara, termasuk kritikan dari pimpinan politik dalam partinya seperti Saifudin Abdullah dan Khairy Jamaludin., Kedua-dua tokoh pemimpin muda Umno. Mungkin ramai yang takut bersuara.

Tidak pernah disaksikan betapa masyarakat ‘netizen’ media sosial memarahi pemimpin parti politik seteruk kali ini. Tetapi dengan Najib ini, selepas Bersih 2.0, lebih 200,000 warga sebuah facebook menuntut Najib berundur segera. Ini cukup menyiksakan seorang pemimpin! Paranoia atau kegilaan pentadbiran Najib terhadap warna ‘Kuning’ sudah sampai ke peringkat satu ‘disorder’ atau ‘kecelaruan’ pemikiran yang patologik. Ramai yang menjadi mangsa ‘xanthophobia’ ini.

Semacam tidak memahami realiti akar umbi, Najib terus membuka pelbagai ‘front’ memerangi rakyat-pengundi yang sepatutnya dimenangi hati-budi mereka. Umno-BN terus memerhatikan Najib yang bertindak ‘sumbang’ mungkin dengan nasihat pelbagai firma ‘consulting’nya termasuk APCO, yang tidak tahu waqi’ atau realiti politik Negara dan salur-galur psiki orang Melayu, kaum Cina-India dan ratusan etnik dari sabah dan Sarawak.

Najib wajar melebarkan lingkungan kawan dan memperkcilkan daerah lawan. Perilakunya mencetuskan kesan sebaliknya. Najib tidak tahu bahawa beliau punya musuh dalam selimut. Najib melalui sepupunya Hishamuddin menahan 6 pemimpin Parti Sosialis Malaysia, yang hari ini dinobat sebagai PSM06 atau EO6. Dr Jeyakumar, MP Sg Siput yang juga ditangkap telah memulakan mogok laparnya. Atas tekanan rakyat, penulis meramalkan mereka akan di bebaskan. (Telah pun). Menteri Sumber Manusia dari MIC dan Presiden terpaksa mengkritik dan ‘broke-rank’ lantas mengecam kerajaan Najib atas tahanan di bawah Ordinan Dharurat 1960.

Semacam tidak cukup menimbulkan musuh dan tentangan terhadap kerajaannya, Najib mengizinkan mantan Mufti Perlis dan kelompok ‘ulama muda Umno’ dilabel sebagai Wahhabis dan sekaligus dicap sebagai ‘terroris’. Golongan yang beriya-iya membela Umno ini juga dimusuhi pentadbiran Najib. Ini tentunya akan mencetuskan amarah rakyat Melayu-Islam, yang pelik dan sangsi dengan apa tujuan disebalik semua tindakan ini.

Front perang antarabangsa juga dibuka oleh Najib ketika secara ‘terdesak’ mengambil tindakan menahan lantas ‘mendeport’ William Bourdon, peguam hak asasi manusia yang menjadi peguam sebuah NGO, Suara Rakyat Malaysia, SUARAM, yang mengangkat pendakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis.

Peguam yang datang untuk berucap dalam program ‘fund raising’ Suaram bagi membiayai kes perbicaraan terhadap dakwaan rasuah syarikat Perancis DCNS yang membekalkan kerajaan Malaysia kapal selam scorpene, akhirnya dihantar pulang setelah didakwa melanggari peraturan visa kemasukannya. Sekali lagi rakyat dan dunia memerhatikan apa pulak yang cuba dilindungi Najib kali ini. Kes akan didengari di Mahkamah Perancis pada bulan September tahun ini.

Bermakna Najib kini terpaksa berdepan dengan risiko besar dengan apa yang bakal didedahkan siasatan peguam Suaram ini. Mampukah Najib mengangkis persepsi buruk ini, jika sebutan itu membabitkan orang kepercayaannya? Mampukah Umno menerima dampak buruknya seandai dapat di dedahkan Willaim Bourdon nanti skandal perolehan scorpene tentang siapa antara penerima RM540 juta itu?

Najib terus ditimpa nasib malang kerana mantra keramat “1-Malaysia” nya pada awalnya adalah memenangi pengundi kaum Cina dan India yang telah menyokong pembangkang. Ini pendekatan ‘inklusif’ atau ‘keterangkuman’nya. Sedari awal mantra ini kurang disenangi oleh partinya sendiri. Ia dilihat terlalu lunak kepada kaum bukan-Melayu. Mahyuddin sedari awal telah menyanggah dengan beliau bertegas dia Melayu dulu ‘Malay first’ sesuai dengan slogan ‘Hidup Melayu’ dan ‘Ketuanan Melayu’ yang didukungi Umno sejak azali.

Pelbagai pendekatan ‘inklusif’ Najib tidak di’kongsi’ oleh partinya dan Perkasa digunakan oleh ‘warlords’ Umno seperti Tun Malhathir untuk membantah segala program Najib termasuk agihan projek MRT dan pelbagai lagi yang dilihat terlalu “1-Malaysia”. Seawalnya Perkasa mahu mengheret Najib sebagai bertindak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 153 dsbnya.

Kini Najib bukan sahaja dilihat gagal membaikpulih ekonomi dengan segala program transformasinya bermula NKRA, NKEA, SRI, Model Ekonomi Baru (NEM), ETP dan EPP, tetapi ditanggapi ‘warlord’ partinya sendiri sebagai menghakis ‘penguasaan politik’ dan ‘kedudukan ekonomi’ orang Melayu. Penubuhan Teraju, penghapusan Suruhanjaya Peluang Saksama (EOC) dan pelbagai tindakan bolak-balik dan ‘patah-balik’ tidak dapat merawat ‘kemarahan warlords’ partinya sendiri. Model Ekonomi Barunya (NEM) terpaksa ditenggelamkan akibat serangan partinya sendiri. Hakikat tentangan dari dalam ini tidak mudah Najib tangani. Ia lebih menusuk jiwanya dari serangan Pakatan Rakyat dan masyarakat sivil. Tegasnya, cita-cita transformasi ekonomi pasti akan menemui kegagalan kalau ia tidak didahulukan dengan reformasi. Reformasi telah menjadi satu perkataan ‘lucah’ atau ‘bad word’ buat Umno dan Najib. Najib tersepit dan digigit dek partinya sendiri.

Mutakhir ini dan sedikit berlain adalah penubuhan Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan kawan-kawanya. Ia tidak boleh dipandang mudah oleh Najib. Mereka bukan parti pembangkang dan bukan juga 62 NGOs yang menubuhkan Bersih 2.0. Mereka adalah ahli Umno dan BN, sebahagian besar adalah pemimpin atau mantan pemimpin Umno-BN dan berjawatan dalam kerajaan seperti Kadir Sheikh Fadzil, Syed Hamid Albar, Osu Sukam dan dari MCA seperti Ong Tee Keat. Penentangan mereka adalah atas dasar menentang “korupsi, kronisme dan krisis perkauman” yang membarah dan endemik dalam Umno dan BN.

Mereka juga mahu menjadi kuasa ketiga dan sanggup menentang Najib. Apakah mereka bersedia untuk bersama Pakatan dalam satu “Grand Coalition” untuk menjatuhkan kuasa Najib dan Umno-BN? Apakah ‘game-plan’ atau strategi Ku Li. Tidak jelas sehingga kini. Yang jelasnya mereka sangat marah kepada Najib yang dilhat gagal mengeluarkan Negara dari segala macam krisis yang mereka juga adalah sebahagian darinya satu masa dahulu.

Di persimpangan kritikal ini, Najib semacam keseorangan. Yang jelasnya menyokongnya ialah Rosmah. Kalau cepat dilakukan PRU ke-13, ramai yang mahu terus bertanding akan terus terpaksa bersamanya. Sebabnya dalam tradisi Umno, Presiden menentukan calon-calon. Tetapi kalau lambat, tak siapa pun takut dan segan kepada Najib. Dan masa tidak menyebelahinya. Kalau mahu tunggu lepas Bajet, yakni bulan Oktober-November, skandal Scorpene menghantuinya. Kalau mahu tunggu tahun depan Mac-April, pemilihan partinya menjadi Najib lebih gusar dan gundah gulana.

Di persimpangan ini, kombinasi fraksi 3-M – Mahyuddin, Mukhriz dan Mahathir, dikatakan tidak akan duduk sahaja untuk menyaksikan partinya mereka punah kerana gelagat Najib-Rosmah. Usaha Najib mengembalikan sokongan kaum Cina-India disaksikan sebagai gagal. Umno mungkin sahaja memikirkan supaya jangan buang masa dengan kelompok kaum ini.

Apakah Mahyudin-Mukhriz-Mahathir akan merancang manjtauhkan Najib bagi mempastikan Umno berpeluang untuk terus menguasai kepimpinan Negara? Mampukah fraksi 3-M ini mengekalkan sokongan kaum Cina dan India yang cuba dimenangi Najib? Tentunya tidak. Mampukah Umno bertahan dengan hanya sokongan Melayu yang juga terbelah dua? Apakah mereka ini disokong fraksi Amanah Ku Li?

Umno jelas di kedudukan yang paling kritikal sejak pasca PRUke-12. Mereka masih belum mendapat sentuhan strategi keramat lagi. Apakah Najib-Rosmah akan terpaksa dikambinghitamkan bagi memberi laluan kepada parti Melayu tertua di dunia ini untuk terus berkuasa?

Jelasnya, Najib akan terus mencari talian hayatnya untuk kekal bernafas di Putrajaya.

Isnin, 1 Ogos 2011

PM Najib Bohong bin Tipu lagi rakyat Malaysia

Respon
"Rakyat Malaysia kena tipu lagi oleh PM Najib. Selepas kenaikan bahan bakar (petrol, diesel , gas ) atas dasar harga pasaran dunia terbuka hujah pemimpin UMNOporno atau UMNOapco. Malah rakyat kena tipu lagi kenaikan harga bil pengguna letrik domestik. (Kata UMNO/BN tidak membebankan rakyat).

Untuk hujah mudah wahai pemimpin UMNOporno@umnoapco bil pengguna letrik domestik sebelum kenaikkan harga sekitar RM25 hingga RM30, namum sekarang bacaan bil letrik oleh pembaca meter TNB sekitar RM 42 hingga RM45. (ini bukan lakonan, ini dup dan nyata)

Semua harga gula, harga minyak masak, tepung, susu kanak kanak, lada bawang, gas memasak, nama apa sahaja semuanya cukup tinggi harga dipasaran sekarang. Kerajaan BN/UMNO GAGAL MENGAWAL HARGA BARANG PENGGUNA.

Namun sekali PM Najib bermadah beracun, tersedar dari lamunan dan diulik dengan dengan cincin bininya ROSMAH berharga RM24 JUTA. Tersedar harga barang pengguna naik tanpa dikawal oleh kerajaan BN/UMNO. Rakyat dibeban dengan kos kehidupan yang kian meningkat setiap hari, bulan dan tahun.

Kerajaan BN/UMNO terutama PM Najib menyalak setiap hari dalam tv pembodek bodoh kerajaan akan menambah Bidang Keberhasilan utama Negara (NKRA) Najib Kerja Rosmah Arah. Tujuan untuk mengimbangi kos barang makanan dan kos pengguna yang membebankan rakyat. Satu lagi dasar tipu PM Najib kepada rakyat Malaysia.

Untuk tatapan Najib rakyat menderita dasar yang dibuat dan diumumkan oleh PM Najib semasa menjawat jawatan perdana menteri. Rakyat terkeliru dan macam tertipu oleh PM Najib setiap dasar dan program yang disalakan olen BN/UMNO. Semuanya memberi untung kepada kroni dan juak juak UMNO yang berwatakan CARMA. (CARI MAKAN).

Saranan kepada PM Najib dan kerajaan BN/UMNO seperti berikut-

turunkan harga bahan bakar, turunkan harga gas memasak, turunkan garga gula, tepong gandun, bawang merah, minyak masak, turunkan hagra beras, susu kanak kanak.

Kedua bajet tahun 2012 yang bakal dibentang JANGAN DIADAKAN BAJET PERMATA. WANG BAJET PERMATA PERLU DIAGIHKAN KEPADA SEKOLAH UGAMA RAKYAT DILUAR BANDAR DAN DESA.

KETIGA ,ROSMAH BINI PM NAJIB MESTI MENJUAL SEMULA CINCIN RM24 JUTA BEG TANGAN RM1 JUTA DAN GELANG RM1 JUTA TERMASUK JAM RM2 JUTA SEBAGIA BUKTI PERIHATIN KEPADA PEMIMPIN KEPADA RAKYAT YANG MENDERITA KERNA KOS BAHAN PENGGUNA DAN KOS SARA HIDUP CUKUP MEMBEBANKAN.

Rakyat ingin lihat apakah tindakkan susulan yang diambil oleh PM Najib dalam kemelut yang menjerat kehidupan rakyat Malaysia. Apakah nilai dan tambah yang bakal diumumkan oleh PM Najib dalam NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara. Kita tunggu dan lihat salakannya untuk menyedap hati rakyat."

Jumaat, 29 Julai 2011

MALIKUL BERFATWA LAGI

THE GOOD THE BAD AND THE STUPID






MUHYIDDIN JUMPA 100 MP, TANDA NAJIB BAKAL DISINGKIR: CHEGUBARD – keadilan daily

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendakwa Datuk Seri Najib Razak bakal menerima nasib sama dengan Abdullah Ahmad Badawi yang disingkirkan sebagai Perdana Menteri.

Ia berikutan pertemuan Timbalan Perdana Menteri bersama 100 ahli parlimen BN semalam yang dilihat sebagai langkah awal Muhyiddin Yassin meluaskan pengaruhnya.

… BIAR BETUL…. kah kah kah..

…NAMPAK NYA KITA AKAN ADA PM BARU… kah kah kah..

..APA AKAN JADI KEPADA FAT LADY OF MALAYSIA?.... kah kah kah..

… BAYANGKAN KALAU MALIKUL JADI PM MACAM MANA AGAKNYA?... kah jkah kah…

…KALAU MALIKUL BIJAK… DIA AKAN TANGAKAP NAJIB DAN ROSMAH… kah kah kah..’

..DENGAN SERTA MERTA RAKYAT AKAN SOKONG…. kah kah kah…

NOTA:
rakyat sedang menunggu pm baru
rakyat dah bosan dengan rosmah dan isterinya



KERANA HANTU GEROMBOLAN MENANG

BUKTI APA LAGI?



KEMUKAKAN BUKTI JIKA BENAR ADA PENGUNDI TIDAK SAH : SPR – beerita hairan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini meminta mereka yang mendakwa wujud pengundi bukan rakyat Malaysia yang sah dalam daftar pemilih terutama di Sabah supaya mengemukakan bukti.

Timbalan Pengerusinya, Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana dakwaan tanpa bukti seolah-olah mempersendakan pengiktirafan kewarganegaraan seseorang yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Kalau ada yang syak wasangka, jangan terus buat andaian yang bukan-bukan. Saya minta mereka tampil tunjukkan bukti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pejabat Pilihan Raya Sabah, di sini

…TAK PAYAH LAAA SEKARANG MINTA BUKTI…. kah kah kah..

..INI MACAM KERJAAAN MINTA PELAJAR HATAR MEMO TENTANG AUKU… kah kah kah..

...TIAP KALI ADA STUDENT PROTEST... KERAJAAN MINTA HANTAR MEMO... kah kah kah..

…INI TIPU HELAH NAK MENIPU…. kah kah kah..

… EMPAT TUTUTAN ITU APA CERITA….. kah kah kah…
…NAK TUNGGU BERSIH 3.0 KE?..... kah kah kah..

…TUNGGU 4 BULAN LAGI…. kah kah kah…





SIAPA TERORIS DAN SIAPA TERER?

BERI ARAHAN BUNUH IALAH TERORIS




MY NAME IS FAREEZ - I'M NOT A TERRORIST (28 July 2011)

Susulan laporan penahanan saya dan aktivis Bersih lain semalam, sehingga tempoh 24 jam ini saya telah diserang hebat di twitter, facebook dan blog pro-Umno bahawa kononnya saya ditahan kerana cubaan sabotaj terhadap program edaran Jalur Gemilang semalam.

Malah ada yang melampau sehingga mendakwa bahawa saya merancang mahu memcederakan dan membunuh YAB Perdana Menteri semalam hanya kerana kapasiti lain saya sebagai pengasas Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia (PRAMM).

Ingin saya ingatkan kepada tentera media upahan Umno dan Najib, hatta Papa Gomo sekalipun, bahawa jika Najib terus-terusan menipu, menindas dan membuli rakyat, bukan sahaja rakyat akan menolak beliau dan Umno-BN pada PRU13 kelak, malah tidah mustahil ada yang akan sanggup membunuhnya juga nanti.

Maka, demi memelihara keselamatan YAB PM, saya menggesa agar seluruh jentera Umno jangan pernah mencabar kesabaran rakyat lagi.

Penahanan semalam juga menggambarkn seolah saya dan aktivis lain umpama pengganas di negara ini. Hanya sebuah kerajaan yang bersalah pada rakyatnya sahaja akan takut berhadapan dengan rakyatnya.

"Dear PM, my name is Fareez. And I'm not a terrorist."

Saya hanya seorang rakyat. PM adalah hak rakyat. Maka adalah hak untuk saya berjumpa dan menegur PM kerana PM itu milik rakyat. Demi Rakyat, saya sayangkan negara saya. Demi Rakyat, saya mahu PM letak jawatan.

Sekian. Terima kasih.

Mohd Fareez Kamal Intidzam
Political Secretary to YB Zuraida Kamaruddin
Contact No.: 0133367701 (BBM 20C9179)

Khamis, 28 Julai 2011

MEMAHAMI IMEJ DENGAN SEMIOTIK

CARA CUKONG BEKERJA


MEMAHAMI IMEJ CUKONG

gambar diatas baru disebarkan beberapa hari yang lalu.
gambar ini memiliki seribu satu makna

mari kita cuba memahami apa makna gambar ini
melalui pendekatan semiotik

semiotik ialah ilmu untuk memahami makna tanda dan makna imej
semiotik berasal dari zaman grek kuno lagi dimana warga greek kuno
telah dapat memahami tanda dan makna imej dan ukiran
ketika mereka berhadapan dengan dewa dewi dan yang maha esa

semua imej
semua objek
apa sahaja
dalam dunia ini memiliki nahu
gambar memiliki nahu
baju yang kita pakai memiliki nahu
kereta di jalan raya ada nahunya

justeru nahu ini samalah seperti nahu dalam bahasa melayu
atau nahu dalam bahasa jepun

apabila seseorang memasuki sekolah seni
yang dipelajari ialah cara untuk mengenal nahu
ertinya jika kita belajar ilmu ukiran
maka yang kita akan pelajari ialah nahu ukiran

mengetahui nahu ini bermakna mengetahui hukum hukum
dan syarat untuk kita memahami imej, ukiran, lukisan atau apa saja

GAMBAR DI ATAS

gambar ini ialah sambutan hari lahir madey muhamad
gambar ini di keluarkan oleh media miliki cukong
dalam gambar ini objek yang cuba dipaparkan ialah
muka cukong vincent tan
dan muka madey

dari segi semiotik inilah dia 'objek of desire'
atau benda yang diberahikan
dalam kajian semiotik
ada benda diberahikan
tanpa benda yang diberahikan
sesuatu imej akan gagal membawa makna

beri perhatian pada gambar ini
apa yang dapat difahami:

sedikit ke belakang ialah muhyiddin yassin
di belakang muhyiddin ialah isteri madey
jauh sedikit ialah mak janda arab isteri taib mahmud
di belakang muhyiddin tidak jelas muka seorang perempuan
dan jauh dibelakang ialah rais yatim

ada seorang lelaki itam tersenyum
ini adalah contoh klasik manusia kaki bodek
tugas malaon seperti ini ialah
untuk ketawa apa sahaja yang dihamburkan
oleh orang yang dianggap lebih atas darinya
lelaki itam ini tidak jelas mungkin seorang eee

sebelum kita berpanjang lebar
biar diterangkan apa dia cukong
cukong adalah towkay yang melibat dirinya
dengan kuasa politik anak tempatan untuk tujuan perniagaan
cukong adalah terminoloji jawa
ianya lahir di indonesia
diindonesaia cukong amat berkuasa
sama seperti di malaysia
mereka mengawal dan kontrol perniagaan

siapa yang kontrol impot expot
maka mereja akan kontrol nadi negara
inilah peraann cukong di indonesia
dan di malaysia

vincent tan adalah contoh cukong terbaik

cukong akan menjual apa sahaja
anak bini isteri ibu ayah
asalkan dapat membuat duit
ini falsafah cukong

cukong akan merasuah
cukong akan menjual dadah
cukong akan menjual perempuan
cukong akan menyeludup
semua untuk membuat duit
ini falsafah cukong

cukong tidak ada kesetiaan
kesetiaan cukong hanya pada duit
cukong tidak ada agama
cukong akan jadi hindu
kalau jadi hindu boleh buta duit]
cukong akan jadi kristian
kalau kristian akan buat duit
cukong akan jadi islam
kalau islam akan buat duit

cukong akan memerhatikan siapa ada kuasa
maka cukong akan merapati orang ini
inilah yang telah dilakuan oleh vicent
dia merapati madey

dalam gambar ini jelas vicent tan cukup intim dg madey
cukong ini memegang tangan madey
ini memberi makna mereka amat intim
mereka boleh pegang memegang
pegang tangan disini maknanya
- kami kawan baik boleh usik usik badan -


lihat mata vincent dan madey memandang ke kiri
memandang sadikit ke bawah dan tersenyum
siapa yang mereka pandang?
besar kemungkinan seoarang kaki bodek
atau pun seorang wartawan bodek
atau juru bodek yang dijemput sama

kemudian perhatikan mata muhyidin yassin
memandang ke arah yang sama tetapi menjeling
jelingan ini memberi makna sikap kurang jujur

dan lihat pula bahasa badan muhyiddin yassin
dia meletakkan tangannya ke belakang
ini macam d.o orang puteh melawat kampong melayu
pada satu ketika dahulu
meletakakn tangan ke belakang
mengeluarkan bahasa : lihat aku ada kuasa!

isteri madey memaki baju yang agak cerah
dan mukanya berminyak minyak
ini untuk menutup mukanya dan imejnya
dari diketahui umuma bahawa dia sebenarnya botak
dan memakai rambut palsu

di belakang isteri madey ialah mak janda arab
lihat mukanya - mak janda ini kelihatah sesat
jelas dari mukanya mak janda
arab ini tidak tahu apa yang sedang berlaku

vincent kelihatan gah dan bergaya
tersenyum bangga
bangga seoranh yang kaya raya
lihatkan aku memegang tangan madey

tangah yang telah
menkayakan dirinya hingga tujuh keturunan

imej ini ini jelas sedang berkata:
aku vincent tan
kawan baik madey
kamu melayu kaki bodek
hanya dapat barua aku

politikus kali bodek macam rais yatim pun
berjalan di belakang dan tunduk pada aku
aku lah raja sebenarnya

ADA LAGI

ada satu lagi yang sedang diperkatakan
oleh imej ini
ianya amat jelas
jika tak dapat membaca ini
maka gagal untuk membaca tanda dan makna imej ini

kali ini bukan siapa ada dalam imej ini
tetapi siapa tak ada dalam imej ini

diulangi sekali lagi:

gambar ini dikeluarkan oelh media cukong
ini bererti para cukong cukong mahu orang melayu tahu
siapa yang membuat pesta sambutan hari jadi madey ini

dan siapa yang ada dalam gambar ini
adalah mereka yang penting untuk cukong cukong

wajib diingati minggu lalu
najib juga sambut hari jadi
hanya rosmah yang ada dengan pulut kuning

kali ini madey sambut hari jadi
najib dan rosmah TAK ADA
kenapa rosmah dan najib tak ada?
tidak dijemput?
atau memang madey tak mahu melihat muka rosmah?

tak ada rosmah dan najib disini makna yang cukup besar
ini kerana madey adalah orang yang menaikkan najib
ertinya madey kini telah tidak lagi menyokong najib
justeru vincent tan tahu
lalu rosmah dan najib tidak dijemput

gambar ini adalah membawa tanda bahawa cukong cukong
telah membuat persediaan untuk menyokong muhyiddin

justeru:
jelingan mata muhyiddin adalah
jelingan mata bakal pm malaysia


HAMPIR TERLUPA

ada lelaki tunduk di belakang vincent
ini juga adalah baruaa kaki bodek
sedang menolak meja untuk meluaskan laluan
inilah kerja barua kaki bodek
seratus peratus barua ini ialah melayu


AKHIRNYA


imej ini amat amat penting
kerana ini adalah tanda tanda
bahawa satu kumpulan baru
sedang disusun
satu kumpulan baru sedang diatur
bertujuan untuk menolak rosmah dan najib keluar

nota:

diharapkan sesudah membaca ini
para pembaca akan menjadi
lebih teliti untuk memahami
imej adn gambar
kerana imej dan gambar memiliki nahu
dan bahasa yang bercakap kepada kita semua


KERAJAAN ANAK BERANAK - SATU MALAPETAKA

NOTA:

lihat kesamaan
polis zionis
dan zionis tempatan

ini akibat kerajaan anak beranak


NAKBA DI PALESTINE - MALAPETAKA DI MALAYSIA







PERANGI KOS KEHIDUPAN : NAJIB - meloya

Najib Razak hari ini mengumumkan pertambahan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.

Najib berkata, pertambahan NKRA kepada tujuh bidang berbanding enam sebelum ini dibuat berdasarkan kajian dan penilaian terhadap tuntutan serta kehendak rakyat.

“Kira-kira dua tahun lalu tidak ada fenomena global mengenai kenaikan harga barang makanan tetapi sekarang ia turut melanda semua negara di dunia, sebab itulah hari ini kita tambah satu lagi NKRA.

“Oleh kerana fenomena ini telah membawa impak kepada rakyat Malaysia dan pengguna, maka kerajaan berpendapat ia sudah menjadi isu utama justeru kita perlu menentukan respons dan penyelesaian yang boleh memberi kesan dan kelegaan kepada rakyat,” katanya.

…JELAS BINI ROSMAH INI BANGANG…. kah kah kah..

… HARGA BARANG NAIK KERANA HARGA MINYAK NAIK…. kah kah kah..

…HARGA MINYAK NAIK KERANA NAK SELARAS…. kah kah kah..

…HARGA MINYAK NAIK KERAN NAK RASIONALISASI… kah kah kah..

…HARGA MINYAL NAIK…KERNA BINI ROSMAH NAIKKAN HARGA MINYAK… kah kah kah..

…HARGA MINYAK NAIK KEENA HARGA MINYAK DUNIA NAIK…ka kah kah..

.. TAPI HARI INI HARGA MINYAK DUNIA DAH TURUN…. kah kah kah..

…BINI ROSMAH INI BUAT TAK TAHU… kah kah kah..

…MEMANG NAMPAK BANGANG NYA…kah kah kah..’

…TAK PAYAK TUDUH HARGA GLOBAL…. kah kah kah..

…PETAI JERING DAN TEMPOYAK PUN NAIK HARGA….kah kah kah..

…. HARGA GLOBAL KEPALA BANA APA?... kah kah kah..

nota:
masa nya telah tiba untuk malikul
masanya terlah tiba untuk ku li

ini kerajaan anak beranak
kerajaan anak beranak ini tak akan lama
rakyat akan disekasa dalam kerajaan anak beranak


DI PALESTINE ADA NAKBA
DI MALAYSIA ADA NKRA
DUA DUA ADALAH MALAPETAKA



NAKBA IALAH MALAPETAKA

MALAPETAKA DI TANAH MELAYU














NAKBA DI BUMI PALESTINE




KELAINAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 54 - meloya

KUALA LUMPUR 27 Julai - Sejak dari awal, sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia yang bakal berlangsung pada 16 September depan sudah mula menampakkan kelainan.

Ia dapat dilihat melalui acara-acara yang diatur pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan di KL Sentral di sini hari ini.

NOTA:

memang ada kelainan tahun ini

tahun ini kita dikenalkan dengan
konsep MALAPETAKA

semenjak 31 ogos 1957
tanah melayu telah di landa dengan MALAPETAKA

malapetaka ini belum sedang mengancam
kehidupan warga

malapetaka ini sedang merompak negara
malapetaka ini sedang menjarah tanah air
malapetaka ini menjayah kampong dan bandar

NOTA:
kibarkan sang saka malaya merdeka
kibarkan sang saka bendera kita!


RAKYAT GERAM DENGAN KERAJAAN ANAK BERANAK

Lim: Bukan lagi mustahil tumbangkan k'jaan pusat

Tidak ramai yang boleh mendakwa setaraf dengan Lim Kit Siang yang menghabiskan sebahagaian besar hidupnya memperjuangkan apa yang dipercayainya sebagai pemimpin pembangkang.

Kerjaya politik Lim bermula sebagai setiausaha agung DAP pada 1969, ketika ketegangan kaum memuncak semasa peristiwa berdarah 13 Mei yang menyaksikan beliau ditahan mengikut ISA.

NONEKali kedua beliau ditahan mengikut ISA adalah semasa Ops Lalang pada 1987. Perjalanan dunia politik Lim sebenarnya penuh berliku - beliau juga didapati bersalah membocorkan rahsia rasmi kerajaan berhubung perjanjian pembelian senjata yang mencurigakan dengan sebuah firma Swistzerland.

Bagaimanapun sepanjang 70 tahun kehidupannya itu, Lim berpendapat pembangkang telah sampai kepada kemuncaknya dan perubahaan bukan satu lagi impian seperti sebelum ini.

"... saya akan katakan buat pertama kali, mengambil-alih kuasa kerajaan pusat, bukan lagi mustahil, ia boleh dicapai,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Meskipun cuba menyembunyikan keyakinannya menjelang pilihan raya ke-13 akan datang, tetapi Lim mengakui peluang Pakatan Rakyat semakin cerah setiap hari.

NONEKatanya, himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysia mahukan perubahaan dan ditambah dengan beberpa kepincangan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, desakan rakyat semakin lantang.

"Nampaknya PM dan kerajaan sekarang gagal melihat dan menyelami kehendak rakyat... Makin hari mereka makin terpisah, (kerajaan pula) mengambil tindakan yang memutuskan mereka daripada sokongan akar umbi.

"Boleh kita capainya (mengubah kerajaan)? Saya benar-benar tidak tahu tetapi dengan setiap detik masa yang berlalu, saya bertambah lebih optimistik. Sama ada mampu bagi kami melaksanakannya, adalah soalan yang berasingan tetapi (kita) menjadi lebih optimistik,” kata Lim.