Rabu, 25 Mei 2011
UMNO BN Perkuda Eskay Serang Anwar
MACAM MACAM CARA NAK MENIPU PILIHANRAYA

nota:
kes mati ini pun nak tipu lagi
tak habis habos nak menipu
tak sedar sekarang maklumat
tak boleh disimpan kah kah kah
SATU LAGI TAKTIK NAK TIPU RAKYAT
masih ku ingat lagi. sekitar tahun 1990-an aku dilantik oleh SPR sebagai salah seorang petugas pilihan raya umum negeri Sabah di sebuah pusat pembuangan undi. sebelum bertugas kami diberikan taklimat oleh pegawai SPR.
yang aku paling ingat ialah kami diingatkan supaya menerima sesiapa sahaja yang datang untuk membuang undi ASALKAN nama mereka ada dalam daftar pemilih dan mereka menunjukkan kad pengenalan. kami sangat-sangat diingatkan supaya tidak mempertikaikan kesahihan kad pengenalan mereka yang datang hendak membuang undi.
kami diingatkan lagi bahawa tugas kami hanyalah membantu mengendalikan pilihan raya - bukan menentukan kesahihan kad pengenalan para pengundinya .
kami diingatkan lagi bahawa tugas menentukan kesahihan sesuatu kad pengenalan ialah tugas Jabatan Pendaftaran Negara - bukan tugas Suruhanjaya Pilihan Raya. aku masih ingat lagi semasa hari pengundian. memang tak ada pendatang asing dalam daftar pemilih. yang datang mengundi pun semua ada kad pengenalan. tetapi aku dapat melihat muka-muka asing datang mengundi. di antaranya muka Indon, Filipino dan Pakistan!!!
takkanlah aku begitu bodoh untuk mengenali mereka. malangnya aku dan rakan-rakan setugas tak leh buat apa-apa. sebab kami sudah dingatkan dan diingatkan. lagipun kami sedar diri bahawa kami hanyalah petugas yang membantu mengendalikan pilihanraya. ironinya, BN tak juga menang dan tak dapat mengalahkan PBS dalam pilihan raya itu. hanya selepas beberapa orang ADUN PBS melompat masuk UMNO barulah kerajaan PBS tumbang dan BN menubuhkan kerajaan di Sabah.
Oleh Tanpa Nama pada SATU LAGI PROJEK NAK TIPU MELAYU pada 11/05/24
SPR TIMBANG 3 OPSYEN ELAK KEPUTUSAMN TIDAK RASMI DI HEBAHKAN – berita hairan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mempertimbangkan tiga opsyen bagi mengelak sebarang keputusan tidak rasmi dihebahkan pada pilihan raya umum akan datang berikutan insiden yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu.
Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tiga opsyen itu adalah sama ada menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ke pusat penjumlahan undi, deklarasi bersumpah untuk tidak membuat apa-apa hebahan, atau semua undi dikira lewat walaupun pusat mengundi ditutup lebih awal.
Katanya, perkara tersebut akan diputuskan bulan depan.
"Pengalaman kita di Sarawak, ada satu parti yang tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja menghebahkannya tetapi juga membohongi rakyat dan pengundi Sarawak dengan menyatakan partinya memenangi pilihan raya tersebut.
"Perhubungan ini dibuat adalah melalui telefon bimbit. Justeru, kita mungkin nak tahan telefon bimbit atau mungkin ada deklarasi bersumpah atau mengira semua undi pada jam 5 petang, tidak ada kira awal walaupun pusat mengundi ditutup awal," katanya dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini, baru-baru ini.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… SATU LAGI PROJEK NAK TIPU RAKYAT…. kah kah kah..
kah kah kah…TAK NAK BAGI RAKYAT TAHU KEPUTUSAN.... kah kah kah
woit…. INI NIAT TAK BAIK…. kah kah kah…
kah kah kah…. SEKALI TENGOK DAH TAHU…. ADA NIAT BUSUK…. kah kah kah..
kah kah kah…NAT NAK ALIH KEPUTUSAN…. kah kah kah..
kah kah kah…NIAT NAK PASTI KAN GEROMBOLAN MENANG…. kah kah kah…
kah kah kah...NAK PASTIKAN GEROMBOLAN KIRA SAMPAI MENANG…. kah kah kah
nota:
kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa
sudah lama pilihanraya di haramkan!!!
BILA LAPORAN AKAN DI UMUM

DARI ARKIB – 6hb April 2001
Pegawai Kastam mati jatuh bangunan SPRM
2011/04/06
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, di sini pagi ini.
Mayat beliau ditemui di tingkat bawah bangunan itu pada jam 10.15 pagi.
Difahamkan, mangsa yang dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin, adalah seorang pegawai kanan Kastam Selangor.
Pengarah Penyiasatan SPRM, Mustafar Ali, dilaporkan berkata pegawai Kastam berkenaan ke pejabat suruhanjaya itu hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.
Katanya, pegawai penyiasat meminta pegawai Kastam berkenaan menunggu sementara pergi mengambil fail kes.
Bagaimanapun, katanya, apabila kembali semula pegawai penyiasat berkenaan mendapati pegawai Kastam terbabit sudah tiada.
NOTA
punya lama menunggu laporan
apa punya tuuur
takkan nak tunggu lepas pilihanraya ke 13
atau nak tunngu saampi 9 julai
SEKALI LAGI KWSP KENA ROMPAK

FELDA PINJAM KWSP RM6 BILION, ANAK TUNTUT PENJELASAN NAJIB – keadilan daily
Najib Razak dituntut memberi penjelasan segera mengenai tindakan Felda memohon pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP).
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan bukti itu yang terkandung dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Nitar 2, Mersing Johor.
Beliau mempersoalkan tujuan pinjaman itu kerana sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menafikan kenyataan Pakatan Rakyat bahawa Felda berdepan krisis kewangan yang kian parah.
“Sebelum ini Ahmad Maslan berkata Felda memiliki kewangan yang kukuh, jika betul apa tujuan pinjaman ini kerana bebanan akhir akan ditanggung peneroka,” katanya ketika mengadakan sidang media di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur tengahari tadi.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
woit… DULU SUARA KEADILAN TULIS FELDA BENGKRAP…. kah kah kah..
kah kah kah…. SUARA KEADILAN DI HARAMKAN…. kah kah kah..
kah kah kah… SUARA KEADILAN DI SAMAN…. kah kah kah..
kah kah kah…TARIK LESEN SUARA KEADILAN…. kah kah kah…
woit… HARI INI MAT MOGOL ROMPAK DUIT KWSP UNTUK FELDA… kah kah kah..
kah kah kah... ERTINYA BETUL KAH FELDA BENGKRAP... kah kah kah
kah kah kah…INI KEMBALI MACAM ZAMAN FIRAUN…. kah kah kah…
kah kah kah….DULU FIRAUN NAK SELAMATKAN SYARIKAT ANAKNYA… kah kah kah…
kah kah kah... FIRAUN REMBAT DUIT KWSP... kah kah kah..
kah kah kah...BILA ANWAR MENTERI KEWANGAN TAK SETUJU.... KELUAR BONTOT AZIZAN... kah kah kah
kah kah kah...KALI INI MAT MONGOL PULAK YANG REMBAT.... kah kah kah..
kah kah kah… TAK KAN NAK DUIT BELIKAN BRA UNTUK SUAMINYA PULAK…. kah kah kah…
KAKI REMBAT

SIAPA REMBAT TANAH INI ?

nota:
kita lihat dan tunggu
kita nanti dan baca
siapa akan rembat tana ini?
PENJARA PUDU: UDA JANGAN BOHONGI RAKYAT - meloya
KUALA LUMPUR 23 Mei - Pengurusan UDA Holdings Bhd. diminta supaya jangan membohongi rakyat kononnya tiada syarikat bumiputera yang mampu membangunkan Penjara Pudu kecuali syarikat hartanah dari China.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir berkata, berdasarkan maklumat, terdapat lima syarikat bumiputera yang layak serta mempunyai keupayaan dan kepakaran.
Pada masa yang sama, beliau juga mendesak pengurusan UDA Holdings supaya jangan menghukum syarikat bumiputera lain hanya kerana kegagalan projek Bandar Wawasan dan Plaza Rakyat di ibu negara.
"Saya dimaklumkan lima buah syarikat bumiputera ini bukan sahaja mempunyai pengalaman tetapi juga berkemampuan dari segi kepakaran dan modal. Jadi kenapa syarikat ini langsung tidak diberi peluang.
"Saya beri peringatan kepada pengurusan UDA Holdings terutamanya Nur Jazlan Mohamed (pengerusi) supaya jangan membohongi rakyat," katanya.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
woit… KESIAN KONTREKTOR BUMI…. kah kah kah…
kah kah kah… BUKAN SAHAJA CUKONG YANG TIPU…. kah kah kah…
kah kah kah…UDA YANG BERSUNAT PUN TIPU KONTREKTOR BUMIPUTERA ….. kah kah kah..
kah kah kah...UDA YANG PANDAI PERGI UMRAH PUN TIPU KONTREKTOR BUMI.... kah kah kah..
kah kah kah... NAMPAK SANGAT SIAPA BEKUASA... kah kah kah..
kah kah kah..CUBA TANYA.... kah kah kah
kah kah kah… TANAH TAPAK PENJARA PUDU SIAPA DAPAT?.... kah kah kah
woit…BETUL KE LEBAI VIINCENT DAPAT?.... kah kah kah…
LIHAT DAN DENGAR
NOTA:
lihat dan dengar
ucapan dari sosok yang telah dinafikan
manusia yang bernama ku li ini
telah dijadikan mangsa oleh mahathir muhamad
sosok yang memiliki fikrah dan ketrampilan
sosok yang memilik pandangan dunia yang luas
sosok yang memiliki keupayaan memimpin anak semua bangsa
dengar bahasa pengucapan ku li
dengar betul betul
dengan bahasa melayu yang tepat
dengan tidak mencampur adukan dengan so eees dat i know
ahli ahli gerombolan terbukti bebal
ditipu oleh saekor eee
ditipu oleh pandy kutty
yang memangsakan pemimpin melayu
mungkin ahli gerombolan lupa
tetapi sejarah tidak akan lupa
bagaimana lampu padam
bagaimana undi bertambah
bagaimana mahathir telah menipu untuk menang
kalau warga yahudi ada holocoust
kalau warga palestine ada nakba
kalau manusia melayu ada malapetaka
nakba dan holocoust melayu ialah
gerombolan memerentah tanah melayu
31 ogos 1957 adalah permulaan nakba untuk manusia melayu!
Selasa, 24 Mei 2011
Kisah Ketua Menteri Pulau Pinang seorang Bekas Banduan

Iktibar Politik Daripada Seorang Bekas Banduan
23 May, 2011
Bekas banduan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Minum teh tarik percuma
“Saya bekerja untuk Lim Guan Eng.”
Ayat ringkas di atas itu tidak pernah gagal mendapatkan saya sekurang-kurangnya secawan teh tarik percuma. Tiada sesiapa yang tidak ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai insan yang kini menjawat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagaimanakah perwatakan beliau? Adakah benar cerita ini atau cerita itu? Kerap kali soalan-soalan yang diajukan ternyata kurang munasabah, tetapi begitulah jadinya apabila saluran maklumat di negara kita menjadi mainan propaganda pihak yang berkuasa.
Jika berkesempatan, saya akan menerima minuman yang ditawarkan. ‘Bayarannya’ hanya sekadar meluahkan sedikit masa untuk menceritakan sedikit tentang seorang personaliti yang dikenali tetapi mungkin tidak difahami ramai. Jadi, sebelum saya bermula, terima kasihlah atas kemurahan hati anda.
Teh tarik kurang manis satu! Amat sukar untuk saya membayangkan kedinginan dan kesepian seseorang yang terpaksa mendiami bilik yang berjeriji besi atau kesuraman yang pasti menyelubungi sesebuah jiwa dalam ringkukan, dan sememangnya itu bukan suatu pengalaman yang saya citai.
Yang pastinya, jika saya dihantar ke penjara, apatah lagi tanpa melakukan apa-apa kesilapan, dan tambahan pula kerana menjunjung kebenaran, sudah tentu saya tidak akan mudah melepaskan kesumat dalam hati.
Namun manusia tersebut yang saya kenali hari ini tidak menyimpan walau segumpal perasaan benci atau dendam terhadap pihak-pihak yang telah menzaliminya.
Pernah beliau berkata kepada saya, dan sememangnya jarang perkara ini ditimbulkan, sewaktu dalam perjalanan pulang setelah selesai satu malam berceramah di kawasan pedalaman: “Saya tidak sesekalipun mengingini perkara yang sama akan menimpa kepada mereka. Jalan kebenaran mungkin dipenuhi keperitan, tetapi kejayaan pasti menunggu.”
Begitulah ulasan seorang bekas banduan yang dua belas tahun lalu terpaksa bercangkung dengan tahanan-tahanan lain sambil berpakaian baju Pagoda dan seluar pendek warna putih. Walaupun jasadnya ketika itu menjadi kurus dan kendengkik, jiwanya tidak pernah patah dan kini beliau sudah berjaya menawan jawatan tertinggi di negeri Pulau Pinang. “Lagipun, pengalaman pahit saya tidak seberapa jika dibandingkan dengan kesengsaraan Nelson Mandela yang terpaksa meringkuk hampir selama tiga dekad.
Tetapi sekarang kita sudah lihat. Akhirnya, kemenangan akan berpihak kepada yang benar.” Itulah falsafah yang dipikul Saudara Lim Guan Eng, dan itulah pengajaran pertama saya. Setelah beberapa bulan menjadi pegawainya, sudah tidak mengejutkan lagi jika telefon berdering ketika tengah malam buta ataupun sebelum berkumandangnya azan Subuh.
Malah sudah menjadi perkara biasa. Sesungguhnya sesiapa yang bekerja untuk Lim Guan Eng itu harus bersedia mengikut jadual kerjanya yang memaksimumkan setiap detik dalam setiap hari. Tetapi inilah kehidupan pejuang politik. Masa kita milik rakyat. Kepentingan ramai selalu diutamakan daripada kepentingan peribadi.
Petua ini wajib dijadikan panduan kita, yakni ‘utara benar’ dalam perjuangan politik. Dan dasar itulah yang menjadi pegangan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Baginya, jawatan yang disandang adalah satu amanah yang cukup berat untuknya. Kerana itu, segala perbelanjaan wang rakyat hendaklah dilakukan dengan penuh ikhtiar dan tanggungjawab.
Antara tindakan yang pertama yang dijalankannya sebaik sahaja mengambil alih pejabat Ketua Menteri adalah untuk melaksanakan dasar tender terbuka dalam semua kerja pembekalan dan pemerolehan awam.
Cara yang telus ini membawa keuntungan kepada pengusaha dan kontraktor yang tulen dan bekerja keras, dan menimbulkan kesukaran kepada syarikat-syarikat kroni yang bergantung kepada modus operandi ‘subkontrak’. Selepas tiga tahun berlangsungnya sistem tender terbuka di Pulau Pinang, sudah jelas terbukti faedahnya apabila ramai kontraktor Melayu yang dahulunya tidak mendapat peluang kerana kurang ‘kabel’ sekarang telahpun berjaya melalui kebolehan dan daya saingan sendiri untuk membekalkan perkhidmatan dan produk mereka kepada Kerajaan Negeri.
Sesungguhnya kejayaan juga akan memihak kepada yang jujur dan bekerja keras. Kebenaran dan ketelusan sememangnya menjadi ciri-ciri khas kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Tetapi apakah rahsia disebalik penjelmaan semula Pulau Mutiara yang telah berlaku dalam masa tiga tahun yang lepas? “Semuanya bermula dari kepala,” tegas Lim Guan Eng.
“Apa-apa perubahan hanya boleh dilakukan jika dipandu dari pucuk pimpinan.” Begitulah caranya berlaku reformasi dalaman dalam Kerajaan Negeri. Sesiapa yang pernah melawati Pulau Pinang dalam tempoh tiga tahun yang lepas ini pasti terkagum dengan kebersihan yang ketara, apa-apa lagi di sebuah negeri yang dahulunya diberi imbuhan ‘Darul Sampah’.
“Saya tidak menukar pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan. Pekerjanya masih sama. Tetapi yang ditukar adalah pimpinannya, di mana saya telah memilih pegawai yang paling cekap dan berdisiplin untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.” Kedua-dua Yang DiPertua MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) serta MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) sudah menjadi punca kebanggaan Lim Guan Eng. Kebetulan juga mereka berdua merupakan wanita.
“Jika kepala bersikap bersih dan tegas, anggota yang lain akan mengikut secara sendiri.” Prinsip ini juga mewarnakan cara pimpinan beliau sebagai Ketua Menteri. Salah satu tanggungjawab yang paling penting bagi seorang pemimpin adalah untuk menunjukkan teladan yang konsisten. Pernah sekali saya mengikuti beliau ke luar negara, di mana kita telah berjumpa dengan seorang saudagar asing.
Kerana mengejar sebuah projek yang bernilai besar di Pulau Pinang, jadi bermesralah si saudagar itu dengan Ketua Menteri. Namun, apabila cubaannya untuk memujuk Ketua Menteri nyata tidak berjaya, saudagar itu pun membuka mulut menawarkan sejumlah wang ringgit yang tidak kurang menakjubkan, sebagai dorongan untuk mendapatkan projek tersebut.
Dengan air muka yang jengkel, Lim Guan Eng menjawabnya dengan ringkas: “Saya bukan seperti menteri-menteri lain dari Malaysia. Jika anda hendakkan projek itu, anda boleh menyertai proses tender terbuka. Selain daripada itu, saya tidak boleh membantu.” Sambil tersenyum malu, sambil ahli peniaga itu meminta diri. Itulah yang dikatakan memimpin melalui teladan.
Sebagai kepala Kerajaan Negeri, Lim Guan Eng tidak pincang dalam perlakuannya. Dugaan silamnya tidak diendahkan, justeru tumpuan sepenuhnya dicurahkan ke atas jalan di hadapan, iaitu jalan yang akan membawa kemajuan dan keadilan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang secara khusus dan rakyat Malaysia secara am.
Yang pasti, segala jenis dakwaan dan tuduhan tidak akan berhenti dilemparkan kepadanya. Namun begitu, iltizamnya tidak akan gentar. Seperti yang ditegaskan beliau, kebenaran itu adalah mutlak. Walau apa pun cabaran, jangan kita terpesong daripada ‘utara benar’, iaitu asas perjuangan politik kita. Dan kini berakhirlah cerita saya, sepertimana habisnya teh tarik yang terlebih kurang manisnya. Terima kasih kerana mendengar.