Rabu, 27 April 2011

HENTIKAN MEMPERBODOH MINDA MELAYU

Hari ini selasa 26hb April 2011, tajuk utama media cetak berbahasa Inggeris, New Straits Times memaparkan berita “Nasi lemak twice a week”. Akhbar The Star pula memaparkan berita “Deadly illegal – Growing trade in illicit cigaretts costing Govt billion”.

Akhbar bebahasa Manderin seperti China Press dan Sin Chew pula memaparkan berita risiko suntikan menguruskan badan. Akhbar berbahasa tamil pula menceritakan tokoh agama yang cukup berpengaruh meninggal dunia.

Malangnya tajuk berita utama media cetak berbahasa Melayu, Utusan Malaysia memaparkan tajuk utama “Anwar Lelaki Y”, Berita Harian “Lelaki Y Anwar” dan Sinar Harian “Anwar Lelaki Y”. Akhbar bahasa Melayu mejoritinya mengambil kes liwat 2 Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tajuk utama.

Apakah yang menjadi keutamaan kepada berita ini? Bukankah ia menceritakan keaiban orang Islam yang cukup meloyakan? Bukankah cerita seumpama itu sangat tidak sesuai dengan anak-anak sekolah? Bukankah cerita tersebut belum lagi diputuskan oleh mahkamah tetapi hanya dakwaan pihak pendakwa sahaja? Soalnya mengapa ia menjadi tajuk utama? Apakah agenda disebalik isu tersebut ?

Tiada halangan jika berita aib dan meloyakan ini dimasukkan dalam berita kecil dalam akhbar seperti New Strait Time yang memuatkan dalam muka surat 6 dan The Star dalam muka surat 10. Tetapi apabila tajuk liwat diletakkan berkali-kali sebagai tajuk utama maka sebenarnya media berbahasa Melayu seolah-olah mendoktrinisasi minda orang-orang Melayu dengan isu seks. Sebahagian besar pembaca media Utusan Melayu, Berita Harian dan Sinar Harian adalah kelompok orang Melayu berpendidikan rendah dan tinggal di pinggir dan luar bandar. Sesetengah daripada mereka tidak berpeluang mendapat pendedahan terhadap media baru.

Saya fikir lebih wajar media arus perdana berbahasa melayu meletakan tajuk utama mengenai dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Orang Melayu sudah berdepan dengan masalah sosial khususnya anak muda yang terlibat dengan masalah seks bebas, dadah, arak, anak luar nikah, sumbang mahram, VCD lucah dan lain-lain lagi. Akhbar berbahasa Melayu seolah-olah kurang sensitif terhadap isu sosial yang sedang dihadapi oleh orang Melayu sekarang.

Secara umumnya media berbahasa Inggeris, Manderin dan Tamil yang pembacanya terdiri daripada kelompok Melayu kelas menengah ke atas, masyarakat Cina dan masyarakat India tidak dihidangkan dengan cerita aib dan meloyakan seperti media berbahasa Melayu. Secara perbandingannya seolah-olah mereka dihidangkan dengan isu-isu yang lebih bertamadun daripada kelompok masyarakat Melayu berpendidikan rendah. Saya memohon agar media arus perdana berbahasa Melayu menghentikan agenda membodohkan minda orang-orang Melayu ini. Sudah cukuplah penjajah membodohkan orang Melayu lebih 400 tahun. Hidangkanlah minda semua rakyat Malaysia dengan perkara yang segar dan bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.

Gani Patail lebih berkuasa dari Najib?

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan satu realiti – orang yang paling berkuasa di negara ini mungkin bukan Perdana Menteri.

Ini kerana Datuk Seri Najib Razak terpaksa meraih mandat daripada rakyat setiap lima tahun dan menjawab kepada Parlimen apabila perlu. Orang yang tidak perlu berbuat demikian adalah Peguam Negara. Jawatan itu kini disandang oleh Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau tidak perlu ke Parlimen, tetapi hanya ke pejabat Perdana Menteri dan hadir pada mesyuarat Kabinet untuk memberi nasihat dan penjelasan dari masa ke semasa.

Pejabat Peguam Negara di Malaysia mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pihak mana yang perlu diheret ke mahkamah, yang mana boleh dilepaskan.

Peguam Negara juga berhak menentukan pertuduhan apa yang harus dikenakan terhadap seseorang, tidak kira jika pertuduhan itu menyimpang daripada laporan polis yang dibuat oleh pengadu.

Semalam, Ketua Pendakwaraya Yusuf Zainal Abideen mengesahkan kuasa mutlak pendakwaan di tangan Gani apabila beliau berhujah pada perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yusuf Zainal mengaku dalam laporan polisnya, pengadu Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau dipaksa melakukan hubungan seks itu.

Namun, Peguam Negara menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mendakwa Anwar atas tuduhan kononnya beliau dan Saiful melakukan seks luar tabii secara sukarela.

Kuasa mutlak


Yusuf memberitahu mahkamah bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa mutlak untuk mendakwa Anwar di bawah apa juga undang-undang.

Malah, mengikut Yusuf, sekali pun Saiful “menukar” ceritanya, ia tidak menjejaskan pendakwaan selagi ada “bukti” untuk menyokong tuduhan itu.

Begitu besar kuasa yang ada pada Peguam Negara. Persoalan yang lojik yang akan ditanya oleh rakyat adalah apa jadi dengan laporan polis Saiful bahawa beliau dipaksa melakukan perbuatan itu?

Bagaimana fakta penting ini boleh diketepikan begitu sahaja oleh Peguam Negara… jika benar motif utama beliau adalah menegakkan kebenaran semata-mata, demi memberi keadilan kepada pengadu dan tertuduh.

Namun persoalan ini tidak akan dijawab, kerana Peguam Negara tidak bertanggung jawab kepada Parlimen.

Tidak ada ruang untuk rakyat atau wakil rakyat memperinci hubungan Peguam Negara dengan Pejabat Perdana Menteri dan kaitannya dengan keputusan-keputusan pendakwaan yang dibuat.

Pada tahun 1994, Peguam Negara ketika itu Tan Sri Mohtar Abdullah mengambil keputusan untuk menggugurkan tuduhan rogol terhadap Tan Sri Rahim Thamby Chik atas alasan “kurang bukti” beliau melakukan jenayah itu terhadap gadis berusia 15 tahun.

Dipenjarakan

Sebaliknya yang didakwa adalah Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau dipenjarakan 18 bulan kerana mendedahkan perlakuan Rahim.

Tan Sri Mohtar adalah juga Peguam Negara yang bertanggungjawab untuk tidak mendakwa Rahim atas tuduhan rasuah RM40 juta, sekaligus menolak segala bukti-bukti yang telah dikumpulkan oleh Badan Pencegah Rasuah.

Jelas kuasa Peguam Negara adalah mutlak. Pejabat Peguam Negara menggunakan pertimbangan sendiri yang “rahsia dan agak istimewa” tetapi tidak menjanjikan ketelusan dan keadilan serta kesamarataan yang menjadi tonggak prinsip keadilan.


Rekod tiga Peguam Negara terakhir, Tan Sri Abu Talib Othman, Mohtar dan Gani tercemar kerana cara mereka menggunakan kuasa-kuasa mutlak yang diberikan kepada mereka.

Mereka dilihat bersekongkol dengan pemerintah yang mahu menjayakan agenda sempit politiknya.

Contohnya peranan Abdul Talib dalam pemecatan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas dan lima hakim lain pada tahun 1984.

Dalam kes Anwar, Gani menjadi sasaran utama kerana dituduh membawa pendakwaan yang rapuh dalam fitnah liwat pertama pada tahun 1998 dan ulangannya pada masa sekarang.

Rasanya tidak perlu menoleh terlalu jauh kebelakang untuk memperinchi rekod Gani. Dakwaan yang dibuat oleh Datuk Mat Zain Ibrahim, pengawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Anwar bahawa Gani mereka-cipta bukti dalam kes Ketua Pembangkang adalah dalam pengetahuan umum.

Membekalkan pelacur

Anehnya, dakwaan-dakwaan itu tidak pula mengundang sebarang pendakwaan daripada Gani, walaupun ia memberi tamparan hebat kepada kewibawaan pejabat Peguam Negara.

Pada tahun 1998, peguam kepada Datuk S Nallakarupan, Manjeet Singh Dhillion mendedahkan Gani menuntut supaya Nalla merekacipta bukti terhadap Anwar kononnya Nalla membekalkan pelacur kepada Anwar.

Berikut petikan surat rasmi yang dihantar oleh Manjeet kepada Peguam Negara ketika itu Datuk Mohtar:

“That in exchange for a reduction of the present charge to one under the Arms Act he wanted Nallakaruppan to co-operate with them and to give information against Anwar Ibrahim, specifically on matters concerning several married women. Dato Gani kept changing the number of women and finally settled on five, three married and two unmarried.

That he would expect Nallakaruppan to testify against Anwar in respect of these women.”

Terjemahan: Bahawa sebagai syarat untuk mengurangkan tuduhan (daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri) kepada Akta Senjata Api beliau mahu Nalla memberi keterangan terhadap Anwar, khususnya membabitkan beberapa wanita yang bersuami. Datuk Gani mengubah-ubah jumlah wanita yang harus dinyatakan oleh Nalla dan akhirnya mahukan Nalla memberi keterangan supaya Anwar mengadakan hubungan dengan lima wanita, tiga yang bersuami dan dua lagi belum kahwin.

Meninggal dunia


Hanya Datuk Mohtar tahu kenapa beliau tidak mengambil tindakan terhadap Manjeet kerana membuat tuduhan begitu serius terhadap Gani.

Hanya Gani tahu kenapa beliau sendiri tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Manjeet ketika itu, mahupun sekarang.

Mohtar sudah pun meninggal dunia namun Gani masih hidup dan malah mempunyai lebih kuasa sekarang untuk mempertahankan kewibawaan dan keluhuran kerusi Peguam Negara yang diisandangnya.

Seseorang pengamal undang-undang, tidak kira sama ada pendakwaraya, peguambela atau hakim tidak boleh menghalalkan matlamat dengan apa cara pun.

Keadilan hanya boleh ditegakkan apabila pengamal undang-undang tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan tidak menjadi sebahagian daripada agenda politik mana-mana pihak.

Setiap tindakan yang diambil haruslah konsisten dan bebas daripada sebarang telunjuk pemerintah, jika tidak keluhuruan sistem undang-undang itu pasti tercalar dan ternoda sehingga sukar disucikan semula.

Apa yang jelas ialah pejabat Peguam Negara kini disifatkan sebagai cabang pemerintah yang begitu berkuasa dan kebal daripada perincian rakyat.

Tindak-tanduk Peguam Negara tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat mahupun Parlimen.

Keruntuhan badan kehakiman mana-mana negara berakar umbi daripada keputusan-keputusan pendakwaan oleh Peguam Negara yang dicemari dengan pertimbangan politik kerajaan memerintah.

Malaysia tidak terkecuali daripada hakikat ini.

Begitu juga keluhuran sistem keadilan akan sentiasa terpelihara jika Peguam Negara melihat diri beliau sebagai penjawat awam (public servant) dan bukannya kakitangan kerajaan dengan maksud yang sempit.

Liwat II: Anwar ulangi ia konspirasi politik


Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan dakwaannya bahawa kes liwat II yang sedang berlangsung adalah satu konspirasi politik bagi memuaskan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

NONETiada asas bagi pihak pendakwaan untuk meneruskan kes, kata Anwar kecuali bagi memuaskan kehendak tuan politik mereka.

“Kita tahu sistem pornografi Umno, Datuk Seri Najib akan terus guna ini utk mencela kita seolah-olah beliau dan isterinya Rosmah dan yang lain adalah orang yang baik-baik, kekuatannya adalah tunjukkan moral Anwar kurang baik... mereka akan menang.

“Saya nak jelaskan sedikit bahwa ini fitnah jahat ... awal kita nafikan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan (Peguam Cara Negara II) Datuk Yusof (Zainal) diperalatkan sekadar kuatkan hujah.

Menurut Anwar lagi, media arus perdana yang dikawal oleh Umno berdendam dengannya dan berulangkali melaporkan sperma dan air seperti yang diperkatakan oleh Yusof di mahkamah bagi memuaskan tuan politik mereka.

Dalam mengemukakan bukti di mahkamah, pihak pendakwaan berkata air mani dan sperma dijumpai oleh ahli kimia.

“Terbukti mani yang dikatakan 97 jam yang diambil itu tidak (disimpan) dalam freezer dan dlm mana dokumen sains mengatakan ia tidak boleh bertahan. Jadi ini jadi isu politik murahan yang jelas dalam keterangan mahkamah,” kata Anwar.

TUNGGU SAMPAI MATI

TANGAN SIAPA INI?
















VIDEO SEKS : POLIS AKAN DEDAH SI PELAKU SEKIRANYA PERLU
– berita hairan

Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks yang didakwa mirip Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar.

"Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan.

"Bagi pihak kami (polis) siasat dahulu, apabila sampai masanya polis akan beritahu siapa pelakunya dan kita masih siasat kes ini di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara di sini hari ini.

… NAK BAGI SUSPEN APA LAGI…...

… DAH LAMA SELURUH NEGARA TUNGGU…...

..ADA YANG DAH MATI MENUNGGU……

…ADA YANG DAH MATI SAKIT JANTUNG KERANA LETIH MENUNGGU……

… CAKAP DAH KENAL PASTI….…

…INI MACAM NAK TIPU SAJE…...

…. BAGI LAH TAHU KRU MANA YANG BUAT FILEM INI….…

…ADAKAH LELAKI INI JUGA YANG MENGENTOT ALTANTUYA?....…

… ADAKAH LELAKI INI JUGA TELAH MEROGOL AMAH INDON?…..

..ADAKAH LELAKI INI JUGA TELAH MEROGOL KANAK KANAK SEKOLAH?…


KEPMPEN JANGAN ROGOL 1 AMAH

NGO YANG KEMPEN ROGOL AMAH











KEMPEN SATU MELAYU SATU BUMI NOLEH GUGAT SATU MALAYSIA , KATA RAIS
– minsider

KUALA LUMPUR, 26 April — Gerakan gelombang “satu Melayu 1Bumi” yang akan dilancarkan oleh Perkasa Sabtu ini, dengan menyahut seruan Utusan Malaysia, akan menggugat matlamat gagasan satu Malaysia yang sudah mula diterima ramai, kata Rais Yatim.

Dia berkata, dia tidak melihat langkah menggerakkan gelombang itu berada dalam kedudukan yang betul memandangkan gagasan satu Malaysia sudah pun diterima dengan baik menerusi pelbagai aktiviti diadakan ke arah itu.

“Oleh itu, tidak manfaat bagi mana-mana segmen (kaum) untuk menonjolkan diri mereka ke depan dan mengatakan satu Bumi, satu Bukan Bumi,” kata beliau.

Ahli Parlimen Jelebu ini berkata sebarang idea yang bercanggah dengan gagasan satu Malaysia tidak seharusnya disokong.

… BAGAIMANA DENGAN KEMPEN SATU AMAH…..

…ATAU KEMPEN SATU AMAH INDON?....…

…ATAU KEMPEN JANGAN ROGOL SATU AMAH….…

…ATAU KEMPEN JANGAN ROGOL SATU AMAH INDON…..

DUA DUA KAKI KELENTONG

TAK SEDAR LAGI !






KERAJAAN TANGGUNG RM9 JUTA KOS SOSIAL
- meloya

KUALA LUMPUR 26 April - Kerajaan terpaksa menanggung sejumlah RM9 juta untuk kos sosial disebabkan kematian kira-kira 6,800 rakyat negara ini dalam kemalangan jalan raya setiap tahun.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Rahim Bakri, kementerian perlu menanggung kos berkenaan yang meliputi rawatan hospital, perubatan, insurans dan kos memperbaiki infrastruktur.

Beliau berkata, kerajaan juga mengalami kerugian pendapatan dan produktiviti yang boleh dihasilkan oleh mangsa kemalangan jalan raya berkenaan.

"Kementerian mengadakan pelbagai pendekatan seperti kempen kesedaran, memperbaiki kualiti jalan raya, menaik taraf sistem keselamatan pengangkutan, mengadakan keadaan selamat dan mengkaji punca kemalangan bagi mengurangkannya.


NEGARA RUGI RM9 BILION SETIAP TAHUN AKIOBAT NAHAS JALAN RAYA – berita hairan

Kemalangan jalan raya di seluruh negara setiap tahun mengakibatkan kerugian RM9 bilion, yang meliputi kos perubatan, bayaran insurans, baik pulih kenderaan dan kerugian pengeluaran, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata, kira-kira 6,800 nyawa melayang di jalan raya setiap tahun, dengan 65 peratus kemalangan jalan raya berpunca akibat memandu melebihi had kelajuan ditetapkan.

"Pelbagai kempen diadakan kerajaan bagi mengurangkan jumlah kemalangan maut seterusnya mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung akibat kemalangan jalan raya," katanya.

… SILA LIHAT DAN BACA DUA BERITA DARI DUA AKHBAR BARUAN GEROMBOLAN…

…KENYATAAN YANG SAMA DARI MUNKEEE YANG SAMA….…

… MELOYA KATA 9 JUTA RINGGIT……

…BERITA HAIRAN KATA 9 BILION RINGGIT…...

….KALAU BERITA MACAM INI PUN TAK BETUL…BERITA LAIN MESTI TIPU…

…AKHBAR YANG MANA MENIPU AGAKNYA….…

... DUA DUA KAKI KELENTONG.......

...KALI INI SUDAH TERBONGGENG....


LAGI KES E-MAIL BODOH

SYARIKAT E-MAIL BODOH














E-MAIL SATU MALAYASIA : TRICUBES SASAR 5.4 JUTA PELANGGAN, KOS HANTAR SEKITAR 50 SEN
- minsider

Tricubes Berhad mengaku khidmat e-mel satu Malaysia yang bakal disediakannya adalah hayat kewangan bagi syarikat itu, yang sebelum ini berhadapan dengan risiko dibatalkan penyenaraian di Bursa Malaysia.

Syarikat itu menyasarkan kira-kira 5.4 juta pelanggan meskipun tiada jaminan yang kerajaan akan menggunakan khidmat e-mel disediakan pihaknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar, juga berkata, syarikat itu akan mengumpulkan dana tambahan menerusi terbitan isu baru bagi projek RM50 juta yang dianugerahkan kerajaan 4 April lalu.

Beliau juga mengesahkan setiap penghantaran e-mel akan menelan kos tidak lebih 50 sen.

…INI SYARIKAT E-MAIL BODOH….…

…EMAIL DARI SYARIKAT KAPIR YANG MAKAN BABI DIBERI PERCUMA…...

…SYARIKAT MELAYU BUMIPUTERA ISLAM YG TUNGGANG TUNGGIT KENA BAYAR 50 SEN….…

… SYARIKAT MELAYU ISALAM BUMIPUTERA INI DAH NAK BANGKRAP….…

…MINTA PROJEK DARI KERAJAAAN…...

.. JANGAN LAH BUAT KERJA TIPU MELAYU….…

… BUAT LAAA KERJA HALAL….

… CARI ROTAN DALAM HUTAN PUN KERJA HALAL….

…JUAL BAJU KEDAI BUNDLE PUN KERJA HAHAL…...

…. TAK PAYAH LAAA PERGI UMRAH SEDEKAH SEDEKIH BULAN PUASA……

...TAK PAYAH LAA NAK BERI MAKAN ANAK YATIM...KERJA MENIPU.....

…LETIH DENGAN MELAYU PEMALAS LAGI PENIPU INI….

… BILA CHINA MARAH KATA CHINA TAK PATRIOTIK…...

…BILA CHINA MARAH KATA CHINA TAK BERSYUKUR…...

…TAPI KERJA MENIPU…CARI KONTREK KERAJAAN…..

…CUKUP… HENTIKAN PROJEK TIPU MELAYU INI…


KES BERTAMBAH MISTERI - LELAKI BERLUBANG DUA

DUA LUBANG SEBAGAI BUKTI



nota:
jangan terperanjat
saifool memiliki dua
lubang jubur
satu untuk minum kopi
dan satu lagi untuk
makan karipap




SAIFUL MINUM KOPI, KARIPAP SELEPAS DIDAKWA DILIWAT - mkini

Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.

"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.

Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.

Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan
tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

… TERGOLEK DOG… BILA BACA INI....

… LEPAS KENA SUTUT MAMAT INI ENJOY THE MENJOY…...

… HAKIM PATUT TIMBULKAN SATU SOALAN....

... KALAU TIDAK KES INI TIDAK LENGKAP.....

.. KOPI JENIS APA YANG DI MINUM SIFOOOL?…...

… KOPI INI ADALAH BAHAN BUKTI…...

…APAKAH KOPI INI TELAH DI JAMPI…...

…KALAU DI JAMPI… SIAPA BOMOHNYA?....…

… DAN DAN DAN…....

…APA INTI KARIPAP INI…...

…KALAU INTI DAGING KIRA OK…...

…TAPI AWAS… JAGA JAGA…. …

…KALAU INTI SARDIN AMAT AMAT BAHAYA....

…LUBANG JUBUR AKAN KETAT KEMBALI BILA MAKAN INTI SARDIN….

Isnin, 25 April 2011

‘Najib Kembalilah Ke Pangkal Jalan’

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional supaya lebih berusaha dalam mengurus tadbir negara Malaysia daripada ghairah melakukan politik fitnah.

Menurut Anwar, kedudukan ekonomi Malaysia dilihat semakin hari semakin meruncing akibat ketidaktelusan sistem pentadbiran negara dan pemimpinya sehingga menyebabkan keyakinan pelabur asing terus berkurangan.

“Masalahnya Najib tak terjawab. Ekonomi merudum, harga barang naik, rakyat susah. Kes pembunuhan tak jawab. Dia cuba cakap pasal pornografi, lucah. Kes Anwar dengan akhlak yang sangat buruk,” kata Anwar di hadapan lebih dua ribu rakyat Manjung dan Lumut yang menghadiri ceramah beliau semalam.

Kemunculan video seks yang didakwa mirip Anwar oleh Trio Datuk T iaitu bekas Ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Syazrel Eskay dan bekas bendahari Perkasa Datuk Syuaib Lazim yang memaparkan tayangan tersebut di Carcosa Sri Negara Mac lalu dianggap sebagai satu lagi fitnah kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu oleh banyak pihak.

Malah media kawalan Barisan Nasional(BN) seperti Utusan Malaysia, TV 3 dan Berita Harian yang pro UMNO semakin rancak memainkan isu tersebut seolah-olah tiada isu semasa lain yang perlu diketengahkan yang menjadi kepentingan rakyat.

Jelas Anwar, berikutan keasyikkan media kawalan Umno itu menyiarkan pelbagai laporan palsu sehingga sanggup membohongi rakyat terdapat juga segelintir pengamal media yang turut tidak mempercayai hal itu serta tidak sanggup menanggung dosa fitnah terhadap beliau.

Menurutnya, seorang pekerja kanan Radio Televisen Malaysia (RTM) pernah bertemu beliau selepas tamat sebuah program di Selangor baru-baru ini dengan menceritakan perihal ini:

“Datuk tak kenal saya, saya dari RTM dan saya hendak minta ampun kerana mereka memfitnah Datuk, saya tak sanggup tanggung dosa itu dan saya minta maaf atas segalanya.” Saya kata “Minta ampun dari Allah SWT dan saya sedia maafkan sekiranya kamu memperbetulkan setiap kenyataan yang kamu nyatakan. Saudara Zunar turut memberitahu dan menunjukkan pesanan ringkas (SMS) kepada saya bahawa kenyataan dari seorang pemberita kanan Utusan Malaysia ada mengatakan “Sudah keterlaluan dan saya tak sanggup lagi bersama dengan akhbar melayu itu dimana saya telah bertugas selama 30 tahun dan terus-menerus memfitnah Ketua Pembangkang,” kata Anwar.

Justeru, Anwar menggesa Najib dan kepimpinannya kembali ke pangkal jalan supaya rakyat terus mendapat pembelaan khususnya didalam soal kemajuan dan pentadbiran Malaysia yang saban hari semakin teruk dibandingkan dengan negara lain di rantau ini.

“Ekonomi semakin berat. Harga minyak naik. Harga barang juga naik mendadak sementara mutu pendidikan jatuh. Pelaburan kita jatuh. Kalah dengan Thailand dan Indonesia dan tahun ini kalah pula dengan Filipina,” kata Anwar

“Dulu di ASEAN, kita nombor satu dari pertumbuhan ekonomi. Nombor 1 dari pelaburan Asing. Nombor 1 dari bursa saham. Harga barang naik. Pertambahan gaji guru-guru dan pekerja tidak setimpal dengan kenaikan harga dan inflasi.Namun semua ini dipadamkan sementara rasuah diteruskan dan kes komisyen RM 500 juta kapal selam didiamkan,” tambahnya lagi.