Rabu, 9 Mac 2011

Ucapan Ketua Pembangkang Parlimen

Yang diPertua Dewan Rakyat, Ahli-Ahli Dewan Rakyat sekalian

PENDAHULUAN

Ucapan perbahasan Ketua Pembangkang pada kali ini mempunyai beberapa keunikan.

Pertamanya, ia jatuh pada tanggal 8 Mac yang terpahat sebagai tarikh keramat kematangan rakyat Malaysia menuntut reformasi yang memungkinkan wujudnya satu pakatan pembangkang persekutuan yang kuat untuk menyemak setiap tingkah laku kerajaan.

Dalam masa tiga tahun Parlimen Kedua Belas berlangsung, dengan kehadiran wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat satu persatu tindakan Barisan Nasional yang membelakangkan rakyat dihentikan. Bermula dengan desakan supaya pengenalan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan ditangguhkan sehinggalah beberapa syarat yang membela rakyat dicapai dahulu, sehinggalah pemansuhan judi bola yang cuba dilaksanakan secara senyap-senyap oleh Barisan Nasional.

Kematangan rakyat Malaysia yang dizahirkan di peti undi pilihanraya tiga tahun lalu membuka lembaran baru dalam sejarah negara kita. Dewan Rakyat pada hari ini adalah dewan yang diperkasakan dengan suara rakyat. Kehadiran wakil-wakil dari Pakatan Rakyat memberi makna kepada fungsi dan perjalanan Dewan Rakyat, bukannya dewan kosong yang jarang dikunjungi wakil-wakil Barisan Nasional sebelumnya.

Pun begitu, Barisan Nasional tetap mengintai ruang untuk menggunakan Dewan Rakyat pada hari ini bagi menutup suara rakyat. Apabila wakil-wakil rakyat mempersoalkan kewajaran membelanjakan ratusan juta ringgit untuk membayar syarikat asing yang ada kaitan dengan perisikan Yahudi bagi menjalankan kempen-kempen kerajaan, Ketua Pembangkang dan tiga wakil rakyat digantung.

Dalam suasana itu, kita kembali bersidang dengan hikmah yang jelas untuk dihayati. Suara rakyat yang dilambangkan oleh 8 Mac akan terus berkumandang di Dewan Rakyat tidak kira apa helah yang akan digunakan Barisan Nasional selepas ini.

SUARA RAYA RAKYAT SEBAGAI PEDOMAN

Dewan yang mulia, tempoh dua bulan sejak dewan ditangguhkan akhir tahun lalu menyaksikan perubahan mendadak dunia. Penggal Ketiga ditangguhkan dalam suasana dunia Islam di Timur Tengah masih di bawah telunjuk diktator-diktator yang telah berkuasa berdekad-dekad lamanya. Sewaktu dewan ditangguhkan dulu, tidak ada seorang pun yang berada di dalam dan di luar dewan ini, hatta mereka yang sering melawat ibu kota-ibu kota Timur Tengah pun akhir-akhir ini, yang dapat menduga bahawa diktator-diktator ini boleh ditumpaskan oleh rakyat mereka dalam masa sesingkat dua bulan.

Sumber: Gambar Reuters

Hosni Mobarak (gambar kanan) ada segala-galanya. Seluruh sistem negara dan kerajaan berada dalam genggamannya. Semua bentuk tentangan yang boleh mencabarnya telah dicantas. Aktivis politik yang tidak disukainya dipenjarakan sewenang-wenangnya. Corong-corong televisyen secara berterusan menyiarkan saban hari imej-imej seorang diktator yang harus ditakuti dan diikuti rakyatnya.

Mesir diperintah dibawah undang-undang darurat sejak tahun 1967. Dalam pilihanraya parlimen 2010 yang berlangsung serentak dengan sidang dewan ini Disember lalu, partinya menang 95% dari semua kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Makanya, tidak ada sesiapa pun yang boleh menyangka sebulan selepas itu Hosni Mobarak hilang tampuk pemerintahan dan dalam sekelip mata, Mesir yang ada hari ini adalah Mesir yang cukup berbeza.

Hosni Mobarak, isterinya dan keluarga terus menghilangkan diri seperti mana Ben Ali dan isterinya dan keluarga; pada waktu rakyat Mesir bangkit menuntut keadilan dan kebertanggungjawaban. Diktator-diktator yang sekian lama berkuasa ini tenggelam dalam sekelip mata di tengah-tengah gelombang suara rakyat yang tidak boleh dihentikan oleh sesiapa pun.

Apakah Hosni Mobarak tidak menguasai setiap aparatus kerajaan, tentera dan polis? Apakah pengendalian pilihanraya tidak dipesongkan supaya partinya menang besar dalam pilihanraya terbaru? Apakah Hosni Mobarak membenarkan sekelumit ruang pun bagi media melaporkan secara adil dan terbuka?

Namun apabila suara rakyat sudah menjadi suararaya, semuanya akan tenggelam. Keputusan pilihanraya yang diadu-domba akan hanyut bersama-sama pimpinan bobrok yang tidak pernah serik mencari manipulasi untuk menghalalkan penipuan di peti undi.

Sebab itu, penggal Dewan Rakyat kali ini perlu memandang serius perkembangan tidak sihat bersabit manipulasi pilihanraya dan ketelusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang semakin dipersoalkan. Selepas tsunami 8 Mac, kegilaan untuk memanipulasi perjalanan pilihanraya demi menjamin kemenangan Barisan Nasional semakin menjadi-jadi.

Hari ini, rakan saya dari Machang mendedahkan bagaimana 449 isteri anggota tentera dari Kok Lanas ditukar status menjadi pengundi pos, sedangkan mereka tidak pernah memohon atau membenarkan penukaran tersebut. SPR tidak dapat mempertahankan tipu helah menukar status undi dan terpaksa tunduk kepada tuntutan untuk membatalkan status undi pos tersebut.

Minggu lepas, rakan-rakan dari Perak telah mendedahkan peningkatan mendadak undi pos sebanyak 8,470 pengundi di 6 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi oleh pemimpin kanan Barisan Nasional Perak. Dari jumlah itu, peningkatan paling tinggi adalah di kerusi Menteri Besar sendiri iaitu 5,669 pengundi pos baru di Pangkor.

Manipulasi dan permainan kotor sebegini boleh sahaja diteruskan. Rakyat akan terus memerhati, tetapi jangan sampai keyakinan rakyat kepada saluran peti undi luntur dan bertukar kepada saluran suara raya rakyat yang diperturunkan di rapat-rapat umum.

Mutakhir ini, menteri-menteri dari sebelah sana amat ghairah memberi amaran kepada rakyat supaya tidak mengambil jalan suara raya rakyat seperti yang berlaku di Timur Tengah. YB Pekan berkali-kali memberi amaran bahawa keadaan di Timur Tengah dan Malaysia adalah berbeza.

Saya ingin mengajak semua ahli dewan supaya mengambil pedoman dari kebangkitan suara raya rakyat yang berlaku di seluruh dunia Islam. Dunia pada hari ini sudah berubah. Zaman penguasa memberi amaran kepada rakyat supaya mengikut telunjuknya sudah berakhir. Zaman kerajaan menjadi penguasa sudah berakhir dalam dunia Islam.

Ini zaman suara raya rakyat. Kita perlu hadam bahawa dalam arus ini, rakyat yang memberi amaran kepada penguasa, bukannya penguasa menakut-nakutkan rakyat dengan ugutan dipenjara, dihadapkan ke mahkamah atau digantung dari Parlimen.

SPR dan semua badan yang bertanggungjawab perlu mengambil pedoman dari kebangkitan rakyat di Timur Tengah. Jangan sampai pilihanraya umum hanya memuncakkan kemarahan rakyat dan kerajaan yang dipilih di saluran peti undi ditumbangkan oleh rakyat tidak sampai dua bulan selepas pilihanraya, kerana kerajaan yang dipilih dengan cara manipulasi undi adalah kerajaan yang tidak sah di mata rakyat.

PRESTASI EKONOMI YANG TERKEBELAKANG, DAYA SAING SEMAKIN BERKURANG

Tuan Yang diPertua, saya juga ingin melahirkan kebimbangan bahawa prestasi ekonomi negara dalam tahun 2010 disalahertikan oleh Barisan Nasional sehingga menutup isu-isu besar mengenai struktur dan kedudukan ekonomi negara yang memerlukan perhatian serius.

Angka pertumbuhan 7.2% perlu dibandingkan dengan pencapaian jiran-jiran kita dan bukannya dinilai secara bersendirian. Singapura dan Indonesia contohnya masing-masing berjaya mencatatkan pertumbuhan 14.5% dan 6.1% dalam tahun 2010. Kedua-dua jiran kita ini mengatasi pertumbuhan Malaysia; apatah lagi apabila pertumbuhan Indonesia adalah berdasarkan angka pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti mana Malaysia dan Singapura.

Pertumbuhan 14.5% yang dicatatkan Singapura disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam sektor perkilangan pada kadar 29.7% pertumbuhan tahunan. Jika dibandingkan dengan Singapura, pencapaian kita malap dalam kedua-dua aspek - pertumbuhan ekonomi hanyalah separuh dari yang dicapai Singapura, sementara pertumbuhan sektor perkilangan pada kadar 11.4% hanyalah setakat satu pertiga pencapaian Singapura.

Pertumbuhan sektor perkilangan yang lebih rendah berbanding jiran diburukkan lagi dengan penguncupan dua sektor penyumbang utama di dalam suku keempat 2010. Sektor perlombongan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada pendapatan Kerajaan Persekutuan melalui hasil minyak dan gas serta kelapa sawit. Kedua-dua sektor ini mencatatkan penguncupan dalam suku keempat pada kadar 1.3% (perlombongan) dan 4.3% (pertanian). Akibatnya, pertumbuhan tahunan yang sangat rendah pada kadar 0.2% (perlombongan) dan 1.7% (pertanian) adalah satu lagi petanda bahawa ekonomi kita semakin malap.

Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan telah mencecah RM407 bilion menjelang akhir 2010, bersamaan 53.1% berbanding saiz KDNK negara. Kegagalan merancakkan pelaburan swasta menyebabkan kerajaan terlalu bergantung kepada projek-projek mega dan perbelanjaan kerajaan untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi, sehinggakan defisit fiskal menjadi salah satu masalah utama ekonomi negara.

Defisit fiskal negara memuncak pada aras 7% dalam tahun 2009 dan hanya menurun kepada 5.6% tahun lalu, sedangkan sasaran kerajaan yang diumumkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 adalah 5.3% bagi tahun 2010. Malaysia hanya berjaya menarik aliran masuk pelaburan asing (FDI) sebanyak USD7 bilion dalam tahun 2010, jauh ditinggalkan Singapura yang mendapat sejumlah USD37.4 bilion aliran masuk pelaburan asing.

Angka-angka ini secara jelas menunjukkan bahawa ekonomi kita terus malap dan rakyat cuba dikaburi oleh Barisan Nasional dengan angka-angka yang tidak mencerminkan keadaan sebenar ekonomi negara.

TATAKELOLA PETRONAS AKIBAT CAMPUR TANGAN POLITIK

Tuan Yang diPertua, saya ada menyebut mengenai pertumbuhan 0.2% dalam sektor perlombongan yang berkait rapat dengan industri minyak dan gas di negara ini. Pengurusan dan tatakelola yang kukuh dalam industri minyak dan gas adalah sangat penting, memandangkan kedudukan strategik PETRONAS sebagai pemacu kemajuan negara.

Jasa dan peranan PETRONAS tidak boleh dipersoalkan lagi. Kemampuan PETRONAS mengambil pendekatan strategik bersaing di peringkat antarabangsa untuk menambah rizab minyak dan gas negara telah meletakkan landasan PETRONAS di landasan yang baik sebagai salah sebuah gergasi minyak dan gas dunia.

Saban tahun sebelum ini, kita mendengar berita gembira bagaimana perolehan dan keuntungan yang disumbangkan oleh operasi luar negara PETRONAS semakin meningkat. Secara langsung, ia memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa kita berjaya mengurangkan kebergantungan kepada rizab minyak dan gas dalam negara yang dijangkakan akan susut antara 20 tahun (bagi minyak mentah) dan 34 tahun (bagi gas).

Strategi PETRONAS mengimbangi pelaburan kapitalnya di dalam dan luar negara dipersetujui rakyat dan ia juga menjadi lambang kebanggaan rakyat Malaysia apabila PETRONAS menjadi rakan pintar membangunkan negara-negara lain seperti Sudan, Vietnam, Turkmenistan dan Chad.

Namun kebelakangan ini, ada satu peralihan dasar yang cukup-cukup membimbangkan dan mempersoalkan hala tuju pelaburan PETRONAS.

Dalam suasana PETRONAS menghadapi keadaan tidak menentu akibat referendum di Sudan yang memilih untuk memisahkan Sudan Selatan dari persekutuan kerajaan di utara, PETRONAS pula mengambil tindakan drastik mahu menumpukan operasi carigali dan pelaburannya di dalam negara.

Saya mohon supaya YB Pekan menjelaskan kepada dewan apakah kesan perkembangan di Sudan kepada perolehan dan keuntungan PETRONAS, memandangkan lapangan minyak di Sudan adalah lapangan minyak luar negara terbesar yang diusahakan oleh PETRONAS. Dianggarkan satu pertiga dari operasi minyak mentah PETRONAS di luar negara datangnya dari lapangan-lapangan minyak di Sudan. Di manakah kebijaksanaan menukar strategi pelaburan yang membelakangkan operasi luar negara; sedangkan PETRONAS mungkin kehilangan hasil sedia ada dari lapangan minyaknya di Sudan?

Saya juga memohon supaya Dewan membahaskan dengan mendalam pengumuman terbaru PETRONAS menganugerahkan kontrak perkhidmatan petroleum kepada sebuah konsortium yang dianggotai oleh Petrofac (sebuah syarikat minyak berasal dari United Kingdom), Kenchana Petroleum dan Sapuracrest Petroleum untuk membangunkan lapangan gas Berantai yang membabitkan pelaburan kapital RM2.5 bilion.

Berbeza dengan kontrak perkongsian pengeluaran yang biasa digunakan sejak PETRONAS ditubuhkan, sehingga kini rakyat masih belum mendapat maklumat yang jelas apakah bentuk risiko dan pelaburan yang akan ditanggung oleh PETRONAS, memandangkan kedua-dua syarikat tempatan di dalam konsortium adalah syarikat berkepentingan yang mempunyai hubungan rapat dengan elit pemerintah di negara ini.

Kita juga mempersoalkan bagaimanakah dua buah syarikat yang tidak pernah terbabit di dalam operasi carigali dan pengeluaran gas tiba-tiba diberikan peluang menyertai konsortium terbabit, dalam keadaan rakyat tidak pasti apakah bentuk imbuhan kewangan yang diberikan oleh PETRONAS kepada mereka.

Perkara-perkara ini menimbulkan tanda tanya mengenai tahap tatakelola dan pengurusan di PETRONAS sejak akhir-akhir ini; selepas campur tangan dari Pejabat Perdana Menteri yang mengakibatkan pucuk pimpinan di PETRONAS bertukar.

Masa depan negara berkait rapat dengan PETRONAS, maka sewajarnya perubahan-perubahan dasar yang besar seperti ini dibincangkan dengan mendalam di Dewan Rakyat agar kepentingan rakyat benar-benar terjaga.

KETIDAKTELUSAN PROJEK MEGA DI BAWAH ETP

Tuan Yang diPertua, YB Pekan menjanjikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan ekonomi dan kewangan negara di dalam semua kempen yang menelan belanja yang besar. Paling kurang, beliau faham bahawa rakyat memerhatikan kesungguhan beliau memerangi rasuah dan memastikan wang rakyat tidak disonglap oleh golongan elit pemerintah.

Memang benar ada beberapa bekas menteri yang kini dihadapkan ke mahkamah dan kita menunggu keadilan diberikan kepada rakyat Malaysia, yang terpaksa menanggung bebanan hutang berbelas billion akibat pimpinan negara yang dengan mudah sahaja boleh ditipu oleh menteri-menteri yang dilantik Perdana Menteri sendiri.

Pun begitu, adalah tidak memadai sekiranya beberapa kerat bekas menteri ini dijadikan kambing hitam sedangkan seluruh perjalanan kerajaan masih belum menampakkan tanda-tanda prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan diamalkan sepenuhnya.

Saya bimbang dengan pengumuman-pengumuman besar yang dibuat oleh YB Pekan akhir-akhir ini yang melibatkan hampir seratus billion wang rakyat, melalui projek-projek mega yang disenaraikan sebagai projek EPP.

Pada mulanya Barisan Nasional mengabui mata rakyat bahawa kononnya projek-projek ini akan dibiayai oleh swasta, tetapi senyap-senyap kemudian menganugerahkan kontrak kepada syarikat-syarikat tertentu yang akhirnya akan dibiayai keseluruhannya oleh dana rakyat.

Kita perlu berwaspada dengan terma-terma baru yang digunakan oleh pentadbiran ini, yang terkini adalah project delivery partner atau rakan pengurus projek yang sebenarnya adalah nama baru untuk menganugerahkan projek mega kepada kroni dengan menggunakan wang rakyat.

Bagaimana konsep PDP ini berbeza dengan pelbagai konsep-konsep yang menyelewengkan wang rakyat sebelum ini? Sebuah syarikat berkepentingan membelanjakan wang mereka menyiapkan satu cadangan, kemudian cadangan itu dibawa kepada kerajaan.

Kerajaan yang bersetuju akhirnya menganugerahkan projek yang dicadangkan itu untuk diuruskan sepenuhnya oleh syarikat kroni terbabit, tetapi dibiayai oleh wang rakyat. Syarikat kroni kononnya akan mengadakan tender terbuka dalam menguruskan projek, tetapi pemilihan PDP langsung tidak melalui tender terbuka.

Oleh yang demikian, saya cukup gusar dengan anggaran kos projek MRT yang dikatakan sudah mencecah RM50 bilion yang dianugerahkan kepada Gamuda-MMC. Pertamanya, tidak ada jaminan bahawa kos tersebut sudah disemak secara bebas dan telus - maka tidak ada jaminan bahawa bayaran komisen beberapa peratus - 10%, 20%? - telah pun dimasukkan ke dalam jumlah keseluruhan RM50 bilion, memandangkan kerajaan menerima bulat-bulat cadangan projek dan kos yang dibentangkan oleh Gamuda-MMC.

Begitu juga aspek tatakelola pemilihan sub-kontraktor, apabila konsortium Gamuda-MMC sendiri yang akan terbabit di dalam beberapa pakej bawah tanah yang menelan sebahagian besar kos pembinaan MRT. Hanya di Malaysia yang mana sebuah syarikat yang akan membida diberi tanggungjawab menjadi penyelia proses bidaan, tidak ubah seperti kuasa seorang hakim, polis dan penghukum semuanya dipusatkan di dalam satu tangan.

Oleh itu, kita perlu berwaspada dengan tiga pengumuman projek mega di bawah ETP yang langsung tidak menghormati suara raya rakyat yang menuntut kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan wang rakyat.

Projek-projek itu adalah pembinaan MRT yang menelan belanja RM50 bilion dan dianugerahkan kepada Gamuda-MMC, projek River of Life yang menelan belanja RM8 bilion dan telah dianugerahkan kepada MRCB dan Ekovest serta pembangunan semula hartanah Sungai Besi yang dilaporkan menelan belanja RM26 bilion dan dianugerahkan kepada 1MDB, sebuah lagi syarikat berkepentingan.

Melalui konsep PDP yang secara jelas akan menggunakan wang rakyat, sebanyak RM84 bilion wang rakyat akan digunakan. Jika kerajaan menerbitkan bon sebanyak RM84 bilion lagi untuk menampung projek-projek ini, bermakna sepuluh generasi akan datang akan menanggung hutang.

Ini tidak termasuk jumlah hutang sedia ada yang ditanggung oleh 20 GLC dan dijamin kerajaan, pun sebanyak RM84 bilion pada akhir tahun 2009 seperti yang terkandung di dalam laporan terkini Ketua Audit Negara.

Makanya, yang berubah hanyalah Perdana Menteri dan kabinet serta istilah-istilah baru untuk mengabui mata rakyat. Kebobrokan dan penyelewengan wang rakyat akan terus berlaku, bezanya jumlah sudah meningkat berkali ganda.

BARANG NAIK DI BAWAH BN

Tuan Yang diPertua, saya juga tertarik dengan komen-komen pimpinan kerajaan bahawa kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa mengenai kenaikan harga barang kerana ia satu fenomena dunia.

Saya cukup tercuit apabila melihat rakan-rakan dari Barisan Nasional gundah gulana setiap kali rakyat menimbulkan isu Barang Naik, kerana BN dan Barang Naik sudah sinonim di mata rakyat.

Namun, saya mohon supaya kerajaan memainkan peranan yang lebih proaktif menangani masalah inflasi yang dihadapi oleh rakyat, kerana kadar inflasi sesebuah negara dan kemampuan rakyat berbelanja berdasarkan pendapatan boleh belanja (disposable income) adalah tanggungjawab kerajaan, mengikut dasar-dasar ekonomi yang ditetapkan oleh kerajaan.

Contohnya, apabila rakyat terpaksa membayar 70% cukai ke atas setiap buah kereta yang dibeli, sudah tentu pendapatan boleh belanja rakyat akan menurun, kerana menanggung bayaran tetap yang tinggi bagi perumahan dan kenderaan setiap bulan.

Apabila kerajaan membuat keputusan untuk menarik balik sejumlah satu hingga dua bilion subsidi bahan api dan makanan kepada rakyat sedangkan RM84 bilion diperuntukkan untuk projek mega, sudah tentu harga barang akan naik mendadak.

Apabila kerajaan sehingga kini belum berjaya mencapai sasaran pengurangan import makanan walaupun lebih RM10 bilion dibelanjakan untuk pelbagai tabung keselamatan makanan sejak tahun 2000, sudah tentu negara akan terus bergantung kepada import makanan dan dipengaruhi turun naik harga komoditi dunia.

Tetapi dalam ketiga-tiga contoh tadi, kerajaan persekutuan boleh mengambil tindakan proaktif dan meletakkan keutamaan yang sebetulnya, jika benar rakyat yang diutamakan. Di mana letaknya kekuatan moral sebuah kerajaan yang boleh membelanjakan RM84 bilion untuk projek mega sedangkan satu dua bilion yang betul-betul mempunyai kesan kepada perbelanjaan rakyat seharian dipotong.

Sebab itu, saya mengulangi pendirian Pakatan Rakyat bahawa harga minyak petrol dan diesel akan diturunkan serta merta apabila Pakatan Rakyat berkuasa. Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport minyak mentah berkualiti tinggi akan tetap membuat laba keuntungan yang melebihi kenaikan kos menanggung subsidi setiap kali ada perubahan harga minyak di pasaran dunia.

Dalam keadaan harga minyak mencecah USD$100 setong dan kos pengeluaran purata sekitar USD$40 setong, sebahagian kecil keuntungan dari hasil minyak negara boleh diperuntukkan demi mengurangkan bebanan rakyat seharian, sementara kita mencari mekanisme terbaik merasionalisasikan subsidi agar hanya golongan yang layak diberikan subsidi.

Kalau Barisan Nasional tidak ada kekuatan moral dan keberanian untuk melaksanakan ini, Barisan Nasional juga tidak boleh mendabik dada dengan peneroka-peneroka FELDA seolah-olah harga komoditi kelapa sawit yang tinggi itu adalah hasil pengurusan FELDA di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Kalau mahu mencuci tangan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak berkemampuan mengawal kenaikan harga barang, maka Barisan Nasional juga perlu mengakui bahawa kenaikan apa-apa harga komoditi termasuklah kelapa sawit tidak ada kene-mengena dengannya.

PENUTUP

Tuan Yang diPertua, akhir sekali saya mohon supaya kita kembali kepada suara raya rakyat kerana perubahan dunia yang mendadak akhir-akhir ini, memberi gambaran bahawa kita berada di dalam era baru.

Perkara-perkara kebajikan rakyat perlu ditangani dengan sebaiknya dan setiap sen wang rakyat perlu ada kebertanggungjawaban, bukannya di zaman-zaman lalu yang mana wang rakyat menjadi harta peribadi golongan elit negara. Zaman itu telah berlalu.

Sebab itu, rakyat akan memandang sinis pengumuman kerajaan pada muka surat 11 Titah Seri Paduka Baginda yang disiapkan oleh kerajaan Barisan Nasional, perenggan 27 bahawa hanya ada 100 keluarga yang berada di dalam paras kemiskinan tegar di seluruh Malaysia.

Data itu langsung tidak kena dengan penerimaan Menteri Sumber Manusia sendiri bahawa dianggarkan 34% dari pekerja di Malaysia dibayar gaji dibawah paras kemiskinan. Kerajaan boleh sahaja mendabik dada bahawa hanya ada 100 orang keluarga miskin tegar di Malaysia, tetapi keluar sahaja Bangunan Parlimen, jika kita menjelajah sekitar Kuala Lumpur - kita tahu hakikatnya berbeza.

Kerajaan yang sudah hilang pedoman dan lupa realiti sebenar kesengsaraan rakyatnya selalunya akan bertemu dengan kebangkitan suara raya rakyat.

Saya doakan supaya mana-mana kerajaan yang berkuasa baik di peringkat persekutuan atau negeri akan terus mendengar suara raya rakyat sebagai pedoman.

Wabillahi taufik walhidayah, wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

*Ucapan Ketua Pembangkang Perbahasan Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Ke-12, dibacakan Saifuddin Nasution Ismail (ahli parlimen Machang, gambar kanan), berikutan penggantungan Anwar Ibrahim daripada memasuki Dewan Rakyat selama enam bulan.

Katak mana yang beli tanah RM1.5 juta ni

KUALA LUMPUR 8 MAC: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen hari ini beberapa keping cek ditandatangan oleh seorang ahli parlimen bagi membeli tanah bernilai RM1.5 juta.

Beliau mendedahkan perkara tersebut semasa membahaskan ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung petang tadi menjelaskan, cek tersebut ditandatangani oleh seorang ahli parlimen PKR yang baru-baru ini keluar parti tetapi yang menghairankan beliau ialah ahli parlimen tersebut berkemampuan membeli tanah tersebut dalam masa dua bulan sahaja selepas keluar parti.

Beliau menegaskan parti PKR bukanlah tempat untuk menjadi kaya ataupun membuat duit seperti tanggapan segelintir yang keluar parti, maka ahli yang tidak berpuas hati bertindak keluar parti dan mula melontarkan tohmahan yang tidak benar terhadap parti.

"Yang tak dicerita apa dia? Bila berada dalam barisan pembangkang, khususnya PKR ini, bukannya lesen nak jadi kaya. Kalau hidup berpendapatan RM10, jangan berbelanja RM100. Ketidakupayaan untuk menambah RM90 kadang-kadang menyebabkan mereka tewas dengan ujian," kata beliau.

Beliau menjelaskan, ada ahli yang mula membuat pelbagai dakwaan liar terhadap parti selepas keluar parti, bahawa kononnya parti ini telah meninggalkan perjuangan membela rakyat, parti dipimpin pengkhianat, seorang ketua yang mahu menjadi Perdana menteri walau apa cara sekalipun dan bermacam lagi semata-mata sebagai alasan keluar parti.

"Pada saya ini ada salinan cek yang ditandatangani oleh satu daripada enam rakan sayan yang keluar parti. Satu cek, RM700 ribu bertarikh 12 Januari, 2011. Satu cek lagi, 15hb Mac, 'post dated'. Tujuannya apa? Bayar harga tanah, nilainya RM1.5 juta," ujar beliau.

Saifuddin kemudiannya mempersoalkan punca pendapatan tersebut sehingga dapat memberi kemampuan luar biasa kepada ahli parlimen tersebut membuat pembelian semewah itu.

"Duduk dalam parti, (dia) tanya tak dapat itu ini. Keluar sahaja, dapat bayar tanah RM1.5juta. Dari mana dapatnya duit ini? Itu sahaja persoalannya," tegas beliau.

Katanya lagi, beliau ingin tahu samada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memulakan siasatan atau tidak terhadap ahli parlimen tersebut selepas beliau mendedahkan perkara tersebut.

Tak cukup lidah bercabang, Mahathir guna buku pula

KES liwat DS Anwar `Siri 2' kini sedang dibicarakan oleh mahkamah. Di dalam kes Liwat `Siri 1' mahkamah akhirnya membebaskan Anwar dari pertuduhan tersebut walaupun pihak tertentu menyebut bahawa pembebasan Anwar hanyalah kerana teknikal sahaja.

Jika mahu disebut soal teknikal, di dalam kes Liwat `Siri 1' dulu terlalu banyak teknikal bahkan fakta yang dipersoalkan.

Kita masih ingat bagaimana tarikh kejadian di dalam pertuduhan dipinda beberapa kali kununnya `typing error'. Kita juga tidak lupa keterangan Azizan yang menyebut beliau tidak diliwat oleh Anwar, dan banyak lagi. Oleh itu, pelik apanya Anwar dibebaskan kununnya atas sebab teknikal?

Kini, Anwar diheret lagi di dalam kes yang sama melibatkan seorang pemuda yang kuat dan gagah berani jika dibandingkan dengan Azizan. Tidak cukup dengan itu, kini Mahathir mengeluarkan sebuah buku atau Memoir Dr Mahathir bertajuk "A Doctor In The House' yang menulis juga tentang kisah seks Anwar bersama lelaki dan wanita.

Malaysiakini melaporkan,

"Tun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998. Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'."


Ertinya, kerja-kerja untuk memusnahkan karier politik Anwar tidak akan terhenti di mahkamah. Mahathir tidak akan berpuas hati selagi Anwar masih memimpin PR untuk ke Putrajaya kerana beliau cukup bimbang rahsia beliau dan kroni-kroninya akan terbongkar sekiranya Anwar berada di Putrajaya. Mahathir cukup ngeri membayangkan apa yang telah terjadi kepada pemimpin Tunisia dan juga Hosni Mubarak di Mesir.

Apa yang ditulis oleh Mahathir di dalam buku tersebut, seolah-olah Mahathir tahu kesemua cerita seks Anwar dan Mahathir akui beliau mempunyai bukti. Hairannya, Mahathir tidak berani tampil ke mahkamah sebagai saksi di dalam kes liwat `Siri 1' ketika itu. Bukan Mahathir sahaja, wanita-wanita yang Mahathir menyimpan fotonya yang dikatakan terlibat dengan seks bersama Anwar juga tidak tampil sebagai saksi ketika itu. Hanya Umi Hafilda sahaja yang tampil, tetapi wanita ini tidak membawa apa-apa bukti kukuh untuk menyabitkan Anwar di dalam kes tersebut. Berbeza dengan ceramah Umi sejak kebelakangan ini yang mendakwa beliau punyai bukti kukuh, malahan mempunyai pita video rakaman lagi. Mengapa tidak didedahkan di mahkamah dahulu? Kununnya, Umi tidak mahu dedahkan ketika itu kerana mahu beri peluang kepada Anwar untuk insaf. Jika benar ingin memberi peluang, mengapa sanggup jadi saksi ketika itu?

Ini semua kerja-kerja jahat puak yang begitu takut Anwar berada di Putrajaya. Kehebatan Anwar bukan saja ditakuti oleh penguasa sekarang bahkan yang sudah bersara pun takut seperti Mahathir. Mengapa takut jika tidak pernah melakukan penyelewengan? Mahathir sentiasa berdendam dengan Anwar, jika beliau tidak mampu lagi bersuara kerana sudah semakin tua, beliau tetap akan burukkan dan aibkan Anwar melalui tulisan pula.

Anwar label Mahathir pembohong besar, pecat kerana takut dicabar


Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pelbagai dakwaan dibuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam buku autobiografinya yang dipasarkan bermula hari ini.

“Dr Mahathir pembohong besar, (dengan) amnesia yang selektif,” kata Anwar kepada The Malaysian Insider menerusi e-mel hari ini menjawab perkara-perkara disentuh bekas ketuanya itu dalam buku tersebut.

Kata Anwar (gambar), dakwaan-dakwaan yang digariskan Dr Mahathir dalam bukunya bukan sesuatu yang baru dan secara konsisten telah menjawab perkara tersebut sejak sebelum dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.

“Saya telah menafikan dakwaan ini secara terbuka sejak 1997.

“Rujukan beliau kepada empat wanita, saya nafikan,” kata Ketua Umum PKR ini.

Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen juga berkata beliau tidak mengulas dakwaan berhubung aktiviti homoseksual kerana dari segi “konteks” yang sebenar telah pun menafikan dakwaan berkaitan hubungan seks melibatkan empat wanita.

“Dalam konteks itu, saya tidak menyebut mengenai (dakwaan) liwat,” kata Anwar lagi.

Dalam bukunya ini, Dr Mahathir menulis bahawa beliau memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri atas dua sebab iaitu tidak layak untuk berkhidmat dalam kerajaan dan juga untuk menggantikannya sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun Anwar menegaskan bahawa pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri ekoran keputusan dibuat oleh beliau selaku pemimpin nombor dua ketika itu.

“Keputusan berhubung pemecatan saya: keputusan saya agar Price Waterhouse Coopers menyiasat penyelewengan kewangan melibatkan Tan Sri Eric Chia dan Perwaja,” kata Anwar.

Malah Anwar juga berkata Dr Mahathir menganggapnya sebagai ancaman dan bimbang akan mencabarnya kerana tahu tentang rasuah di kalangan keluarga Dr Mahathir.

“Kebimbangan akan dicabar: saham-saham dan kontrak-kontrak kepada Mokhzani (Mahathir) dan Mukhriz (Mahathir) serta ‘bailout’ bagi Mirzan (Mahathir),” tambah Anwar.

Dr Mahathir mendakwa Anwar telah dibekalkan empat wanita untuk mengadakan hubungan seks sebelum beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.

Bekas timbalan presiden itu berkata beliau ada menemu bual wanita-wanita yang memberitahunya bahawa mereka telah dibawa untuk mengadakan hubungan seks dengan timbalannya ketika itu, yang kemudian didakwa dan dihukum penjara berhubung tuduhan kes liwat dan salah guna kuasa.

Dr Mahathir menulis bahawa merema dipujuk agar berbuat demikian oleh seorang lelaki India bersama Nalla, dipercayai Datuk K. S. Nallakarupan, ketika itu rakan Anwar.

Nallakarupan telah memutuskan hubungan dengan Anwar selepas pemilihan PKR tahun 2007.

“Dia telah membawa setiap perempuan secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di sana mereka bertemu dengan seorang yang (mereka) kenalinya sebagai timbalan perdana menteri.

“Mereka telah diminta menanggalkan pakaian untuk tujuan mengadakan hubungan seks,” tulis Dr Mahathir.

“Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan,” kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir berkata beliau memanggil pemimpin-pemimpin Umno termasuk ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar ke kediaman rasminya Sri Perdana di sini untuk memberi taklimat mengenai perkara itu dan menunjukkan mereka gambar para saksi.

“Dia mengisytiharkan dia tidak melakukan sesuatu yang luar biasa dan menegaskan bahawa setiap orang termasuk kesemua ahli Majlis Tertinggi memang ada berbuat demikian,” tulis Dr Mahathir mengenai pendirian Anwar membela dirinya di hadapan kepimpinan tertinggi Umno.

“Ketika penjelasan panjang lebar, Anwar tidak pernah dirujuk kepada soal hubungan homoseks, hanya fokus hubungan dengan wanita,” katanya.

Anwar kini berhadapan dengan tuduhan kes liwat kali kedua.

DUA KALI TIPU

PILIHAN RAYA MALAYSIA ADIL, SETANDING NEGARA LAIN : NAZRI - meloya

Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pengendalian proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara adil dan setanding dengan negara-negara lain.

Menolak dakwaan pembangkang bahawa proses pengendalian pilihan raya di negara ini tidak adil, Mohamed Nazri berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 menjadi bukti jelas ketelusan pengendalian pilihan raya di negara ini.

“Selama hari ini tidak ada sebarang masalah dalam pengendalian proses pilihan raya di negara ini. Tidak timbul isu adil tidak adil. Malah pada pilihan raya umum 2008, menyaksikan Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi.

…ADIL KEPALA BAN APA….…

…KALAU YANG INI ADIL… YANG TIPU MACAM MANA AGAKNYA…..

... SEMUA RAKYAT TAHU.. PILIHANRAYA MALAYSIA TIPU......

.... CAKAP MALAON INI PUN CAKAP PENIPU...

.. INGAT RAKYAT MALAYSIA BANGANG... MEREKA TAK TAHU?.......

...INGAT RAKYAT MALAYSIA BANGANG MACAM GEROMBOLAN...

…LANCHOW LAAAAA… PERGI LANCHOW LAAAA….…



INI JAWAPAN YANG BETUL


nota:
mb yang paling jujur
yang memberi jawapan
yang tepat kepada munkee
yang bernama nazreee






BAGI KRONI BUAT DUIT

SETIKAWAN BUKAN LARI PULANG



nota:
kalau rakyat mesir
menolak pelajar malaysia ini
dari belajar kembali di mesir
maka sentimen ini amat difahami

ketika mereka berjuang hang lari pulang
bila negara dah pulih hang datang

ini betul betul kurang sopan







PINDAH RAKYAT MALAYSIA DARI MESIR LIBAT KOS RM50 JUTA
- meloya

Kos keseluruhan bagi operasi pemindahan rakyat Malaysia dari Mesir menjangkau RM50 juta, kata Anifah Aman hari ini.

Beliau berkata, jumlah itu meliputi kos operasi tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia, tambang untuk penuntut Malaysia dari Jeddah dan tempat-tempat lain dengan menggunakan pesawat komersial.

"Kos itu juga meliputi pembiayaan makan minum dan tempat tinggal rakyat Malaysia di Jeddah dengan kerjasama Tabung Haji,” katanya menjawab soalan Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed meminta penjelasan mengenai jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir baru-baru ini dan apakah status terkini hubungan dua hala Malaysia dan Mesir.

… SIAPA LAH DAPAT KONTREK TERPIJAK INI?....….

…UMANG AAAIII…. MACAM MANA JADI 50 JUTA…...

…SIAPA AMBIL MATHS DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS TOLONG KIRA SIKIT…..

…50 JUTA RINGGIT... MACAM TAK MASUK AKAL…...

…. DUIT SEBANYAK INI MACAM BOLEH BELI KAPAL TERBANG….…

…. MACAM ADA YANG SEDANG MENANGGUK IKAN DARI CELAH KANG KANG…


SURAT DARI PEMBACA

DUA SURAT PENGALAMAN RASUAH


Aku rasa terpanggil utk buat sedikit pendedahan tentang pembelian kelengkapan peralatan tentera. Setiap juruterbang jet pejuang TUDM, akan dilengkapi dengan survival kit pada sut mereka.

Katakan semasa perang, jet mereka ditembak jatuh dan pilot pun terselamat dgn eject bersama payung terjun. Pilot akan menggunakan survival kit utk survive di atas darat.(Mcm dlm filem Behind Enemy Lines) Survival kit mengandungi: -handgun -additional magazine -torch light -compass -laser pointer -signal mirror -radio -personal locator beacon & GPS -multi-tool kit -survival knife -first aid kit -energy bar & water -dan byk lagi Disebabkan persoalan keselamatan negara, tak ada siapa tahu berapa harga sebenar item list yang dibeli utk survival kit pilot TUDM.

Contohnya survival compass yg di pasaran berharga RM30, dibayar oleh kerajaan sebanyak RM30,000. Multi-tool kit yg di pasaran cuma berharga RM150 satu set dibeli dgn harga RM60,000. Kalau nak senaraikan penipuan ni, tak larat nak baca sampai habis Tapi mcm biasalah, geng2 askar bagitau ini soal keselamatan negara dan tak boleh dipertikaikan.

Aku tak pertikai soal pembelian senjata tapi komisen beli jet pejuang Sukhoi boleh beli lagi 2 jet tambahan. Kalau xde komisen2 gila babi nie, aku rasa byk senjata yg ATM boleh beli.

Oleh Ace2020 pada SIAPA REMBAT TANAH TUDM? pada 16:56

Aku ade sorang kenalan bekerja di Unit Udara Polis di Sg. Besi. Dia pun pelik kenapa tanah TUDM nak diambil alih sedangkan byk bangunan2 baru dibina utk hangar helikopter, pesawat peronda, bangunan persediaan pilot & crew, pasukan khas, bilik senjata api dsbg yg berharga ratusan juta ringgit. Bayangkan macam ni, kerajaan bina sebuah bangunan berharga 50 juta ringgit, tapi bila projek dah siap tiba2 ada cukong baru sedar tanah di situ bernilai ratusan juta ringgit.

Cukong2 ni akan rasuah pak 2 menteri dgn duit & china doll agar projek yg dah siap tu dibatalkan dan tanah tersebut dijual kepada cukong dgn harga yg murah. So, bangunan yg baru siap tu akan dirobohkan supaya memberi laluan kpd projek hartanah cukong. Bila aku tau macam nie la perangai kebanyakan orang2 Cina, rase nak jadik racist plak. Tp salah Melayu gk yg undi gerombolan. Puki anjing betul.......

Oleh Tanpa Nama pada CUKONG DI DAHULUKAN - RAKYAT DICIBAIKAN pada 16:23


SIAPA REMBAT TANAH TUDM

INI BUKAN FITNAH




nota:
tanah tudm ini kena rembat oleh siapa?

kenapa tidak dibuka dan dibincang
untuk diketahui oleh orang ramai

macam mana tanah ini kena rembat?
siapa dibelakang projek rembat ini?

kalau semua terbuka dan telus
maka tidak ada tohmah fitnah
dan kahabra angin

yang menjadi fitnah dan tohmah
bila semuanya dilakukan secara menyorok

ini sama macam kes balai polis brickfeild
tetiba kosong - siapa rembattanah ini ?
siapa beri tanah polis pada cukong?
cukong mana dapat?


DEDAH RAHSIA PERTAHANAN NEGARA, GUGAT KREDIBILITI ATM
- meloya

Pendedahan maklumat berhubung keupayaan pertahanan negara akan menggugat kredibiliti negara dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta mendedahkan aspek keselamatan dan rahsia negara kepada pelbagai ancaman seperti jenayah, tohmahan dan fitnah.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, keupayaan pertahanan negara adalah rahsia yang perlu dipertahankan oleh setiap lapisan warga Malaysia yang mempunyai akses terhadapnya.

“Jika didedahkan pelbagai implikasi akan timbul termasuk menjejaskan kredibiliti negara dan ATM. Apa saja maklumat berkenaan kesiapsiagaan pertahanan adalah rahsia negara yang sepatutnya disimpan dan tidak dibincangkan, lebih-lebih lagi dibocorkan kepada pihak luar.

“Menjaga kerahsian negara adalah aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan oleh setiap rakyat di negara ini,” katanya.

Beliau mengulas rencana tulisan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dalam Utusan Malaysia semalam yang bertajuk ‘Rahsia negara tanggungjawab bersama.’

Azizan berkata, pendedahan maklumat berhubung keupayaan dan rancangan aset-aset pertahanan negara sewenang-wenangnya, tanpa ada kesedaran tentang implikasi negatif terhadap kewibawaan ATM dan kemampuan pertahanan negara pada masa hadapan, tidak sepatutnya berlaku.

… INI CAKAP CAKAP BANGANG…...

… KALAU NAK JAGA KESELAMATAN NEGARA KENAPA LANTIK APCO JADI PENASEHAT KERAJAAN…...

…APCO INI AJEN ZIONIS…...

… TAK PERTAHAN KAN NEGARA KENAPA JUAL TANAH KTM DI SINGAPURA……

…. AMERIKA ADA SECEBIS TANAH DI CUBA… TAK JUAL PUN PADA CASTRO…...

...KENAPA TAK BUAT KEM TENTERA DI TANAH MELAYU DI SINGAPURA.....

...MACAM AMERIKA BUAT KEM TENTERA DI GUANTANAMO BAY DI CUBA...

…KALAU NAK PERTAHAN KAN NEGARA…KENAPA REMBAT LAPANGAN TERBANG TUDM DI SUNGAI BESI…...

… BUKAN KAH INI LAPANGAN TERBANG UNTUK POLIS DAN TENTERA…...

… BUKAN KAH POLIS DAN TENTERA MENJAGA KESELAMATAN NEGARA?....

…KENAPA BERI TANAH INI PADA CUKONG TAIK TERJULUT JULUR…..

…BANYAK PEGAWAI TUDM BENGANG DAN MARAH…...

…INI KERJA SIAPA?.....

...KENAPA TAK TIMBULKAN ISU INI?......

...ISU GADAIKAN TANAH STRATEJIK UNTUK CUKONG?...


MELAYU JAGA JAGA JANGAN KENA TIPU LAGI

MALAON INI BILA NAK MENGAKU







DR M ADMITS HE HAS INDIANS BLOOD – minsider

Mahathir Mohamad has admitted in his autobiography out today that he has Indian blood but maintained that he is still Malay “and proud of it”.

“I admit that some Indian, or more accurately South Asian, blood flows in my veins, but from which part of the Indian subcontinent my ancestors came I do not know,” he wrote in the book titled “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”.

..AKHIRNYA NANDEK INI MANGAKUI…....

..AKHIRNYA TUKAR TIUB BETUL...

…BETUL TIDAK DIKETAHUI DARI KETURUNAN PARIAH MANA…..

..PASAL ITU TAK ADA GAMBAR DAN SALASILAH...

…CIIIIT POOORAH… CUNIK WARKAH … MAIREK…...

…CUKUP LAH MENIPU MELAYU…..

nota:
ingat pepatah datuk nenek moyang kita kata:

kalau jumpa ular dan jumpa keling
ketuk kepala rosmah dulu