Selasa, 22 Februari 2011

CARA GEROMBOLAN ROMPAK HARTA




SELAMATKAN MALAYSIA DARI FLOM

INI BARU TANGAN



nota:
tangan gempal macam ini
agaknya seluar dalam
gempal macam mana?

SAKSI :TIADA BUKTI BENG HOCK PANJAT KELUAR TINGKAP -meloya

Seorang pegawai penyiasat polis memberitahu Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock bahawa tiada bukti yang menunjukkan setiausaha politik kepada exco Selangor itu memanjat keluar dari tingkap di mana tempat dia dipercayai terjatuh.

Cif Inspektor Mazli Jusoh@Che Kob dari bahagian forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berkata, beliau tidak menemui apa-apa kesan yang menunjukkan mangsa telah memanjat keluar daripada tingkap tersebut.

INI PELIK… INI MENGHAIRANKAN…. ..

INI MACAM KES MISTERI AIR MANI MISTER Y….…

KALAU MACAM INI … BAIK PERGI SIASAT BETUL BETUL…

MASA MAYAT BENG HOCK DI TEMUI… DI MANA CHRISTOPHER REEVE?…..

INGAT BETUL BETUL…. MALAM ITU ADA BURUNG GARUDA TERBANG BERHAMPIRN DENGAN OPIS SPRM ATAU TIDAK…...

ATAU DI MANA BIK MAMA MALAM ITU….…

BILA BIK MAMA AMPAI SELUAR DALAMNYA AKAN TERJADI RIBUT TAUFAN….

RIBUT TAUFAN INI BOLEH MENYAMBAR BENG HOCK….…

…. TAK CAYA?.... KALAU TAK CAYA KENAPA MAT MONGOL MAKIN BOTAK

Isnin, 21 Februari 2011

MALAYSIA SEBUAH 'NEGARA POLIS'?


Salam hormat dan selamat bertemu kembali. Maaf kerana kesibukan tugas rasmi selama 7 hari blog ini tidak sempat dikemaskini. Banyak isu-isu semasa tidak sempat diulas.


Isu yang saya kira paling menonjol ketika ini ialah perbicaraan Anwar Ibrahim, banyak kejutan yang dibuat dalam perbicaraan itu. Dalam tulisan ini saya mahu mengulas isu mengenai sikap Dr.Mahathir Mohamad berkaitan Operasi Lalang tahun 1987.


Mahathir Mohamad sememangnya terkenal sebagai Perdana Menteri yang dominan dan paling berkuasa selama 22 tahun. Amalan beliau yang keji (seperti pembohong, rakus dengan kuasa, memutar-belitkan isu, menyalahkan orang lain, dirinya sahaja yang suci dsb) telah diwarisi oleh bekas penggantinya dan penggantinya sekarang. Penggantinya sekarang giat memperalatan seluruh system pentabiran Negara untuk memperkukuhkan kedudukan beliau dan menyelamatkan UMNO sepertimana yang beliau lakukan ketika beliau berkuasa dulu.


Mahathir tanpa segan silu mempergunakan institusi eksekutif (seperti pasukan polis, SPR, BPR (kini SPRM), media massa dan jentera-jentera kerajaan), mahkamah dan parlimen bagi melindungi segala perbuatan salahlaku para pemimpin UMNO, UMNO dan dirinya sendiri. Sebelum itu, PM-PM terdahulu tidak mencampuri urusan ketiga-tiga badan ini. Mereka bebas bergerak dan tidak mencampuri bidang tugas orang lain. Masing-masing ada peranan dan bidang kuasa masing-masing. Di era beliau, badan eksekutif paling berkuasa, ia masuk campur, mempengaruhi, menguasai dan memperalatan badan kehakiman dan parlimen bagi kepentingan beliau dan UMNO, bukan untuk kepentingan Negara dan rakyat.


Salah satu sifat buruknya, beliau suka menyalah pihak lain. Perangai ini juga turut terbawa-bawa dan diperkukuhkan oleh pengganti-penggantinya terutama Najib Razak sekarang. Najib lebih berbisa dan mencengkam segenap bidang kehidupan rakyat jika dibandingkan dengan beliau, tetapi bezanya Najib bertindak melalui orang lain, melalui pintu belakang. Mahathir berkeupayaan untuk menghalalkan setiap dasar dan tindak-tanduknya, berani untuk bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab. Tidak kepada Najib. Najib penakut dan dayus. Isterinya, Rosmah mengawal segala tanduknya mentadbir dari A sampai Z.


Contoh yang terdekat, Mahathir cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, beliau menyalahkan pasukan polis. Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, beliau mendakwa dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap. Terbaru, beliau mendakwa bahawa beliau bercadang menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi ditolak oleh pihak polis dengan alasan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.


Jadi, siapa mengawal siapa? Ikut logic Mahathir tindakan pasukan polis dulu dan kini yang melakukan berbagai tindakan ganas terhadap pembangkang adalah atas rasa hati peringkat tertinggi dalam institusi kepolisan, kadang-kadang tindakan pasukan polis ini lebih melampau dan boleh dikira sebagai lebih ‘kuah dari sudu’ atau lebih UMNO dari UMNO demi menjaga kuasa UMNO supaya tidak terjatuh ke tangan pembangkang.


Persoalannya : Adakah Malaysia ini diperintah oleh pasukan polis (polis state)?
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘negara polis’? Secara mudahnya negara polis dapat diertikan sebagai sebuah negara yang terlalu menitikberatkan persoalan keselamatan dalam perjalanan pentadbirannya. Konsep keselamatan yang difahami oleh negara adalah terlalu menyeluruh dan inklusif. Ianya terlalu menyeluruh sehinggakan keselamatan negara tidak dapat dipisahkan dari kestabilan politik. Lebih teruk keselamatan dikaitkan secara langsung dengan kelangsungan politik parti yang memerintah dan dalam kes Malaysia kelangsungan atau survival politik UMNO.


Kelangsungan parti pemerintah dipastikan dengan terlantiknya pegawai Cawangan Khas (SB) yang begitu ramai dalam perkhidmatan polis. Mengikut Saudara Saari Sungip yang banyak menulis tentang SB menganggarkan terdapat sekitar 20,000 hingga 30,000 SB di Malaysia dan angka ini merupa 1/3 dari jawatan dalam perkhidmatan polis. SB-SB ini bergerak secara rahsia, terdiri dari pelbagai jantina dan kepakaran, memantau pergerakan individu dan kumpulan yang dianggap boleh membawa masalah keselamatan.


Pemantauan mereka begitu terperinci: tempat yang selalu dikunjungi oleh individu/kumpulan yang dimaksudkan, bahan bacaan yang dibaca, program televisyen yang diminati, laman web yang dilawati, surat-menyurat juga dipantau, perbualan telefon termasuk telefon bimbit dirakam, e-mail dan SMS dipantau. Malah secara umumnya tingkah-laku, cara hidup dan cara berfikir individu dipantau. Kadang-kadang saya terfikir, apa yang dibuat oleh individu berkenaan dalam tandas pun dipantau.


Di Malaysia tiada Akta-akta yang boleh menghalang mana-mana individu, kumpulan, malah pihak kerajaan dari menceroboh 'privacy' atau kerahsiaan hidup individu lain. Kita tidak musykil sekiranya pemantauan yang dibuat adalah secara khususnya mengenai keselamatan negara. Perlu dibeza antara keselamatan negara dengan keselamatan parti politik yang memerintah. Kalau pun hendak sokong parti politik yang memerintah, pastikan kepimpinan yang terbaik yang memerintah negara, bukan golongan perasuah, penzalim, penindas kehidupan rakyat dan menyalahgunaan kuasa mengumpul kekayaan peribadi seperti yang berlaku di Mesir dan di Tunissia yang mana para pemimpinnya korup.


Di Malaysia sendiri banyak pemimpin jenis ini, tak kan SB-SB sebegitu ramai buta mata hati tidak dapat mengenal yang mana satu pemimpin yang kaki rasuah, kaki betina, kaki botol, kaki judi dan macam-macam kaki lagi. Takkanlah pula SB-SB ini mata buta kerana sebahagian besar para pemimpin UMNO hidup dalam keadaan serba mewah berbanding dengan pendapatan. Berkuasa baru setahun jagung, sudah berupaya memiliki harta bernilai jutaan malah ada yang mencapai angka billion ringgit. Takkanlah tidak tahu siapa Razak Baginda, Adnan Mansor, Ali Rustam, Musa Aman, Khir Toyo, Taib Mahmud, Mahadzir Khalid, Mohamad Mohd Taib, Rafidah Aziz, Abdul Rahim Tamby Chek, Zakaria Md Deros dan, dan ramai lagi. Balik-balik selak kain dan melondeh pakaian para pemimpin dari parti pembangkang. Gila punya kerja.


Di Malaysia, betapa dominannya aspek keselamatan dalam negara diburukkan lagi dengan wujudnya pelbagai Akta yang mengikat kebebasan asasi warganegara. Hak untuk bersuara, hak untuk berpersatuan, hak untuk berdemonstrasi secara aman. Tidak puas dengan yang ada cadang hendak pinda pula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan supaya ia mencakupi tulisan-tulisan yang disiarkan di intenet. UMNO ingat semua rakyat bodoh macam Melayu kampung dan Melayu Felda yang masih tebal dengan fikiran JAHILLIAHnya.


Melayu jenis itu bolehlah UMNO kencing. Melayu lain dan rakyat Cina tidak mudah untuk UMNO kencing. Demi untuk mengawal kuasa, UMNO sanggup memperbodohkan rakyat dengan menyekat menyebaran maklumat supaya rakyat tidak boleh membuat pemilihan yang tepat. UMNO melihat jangka pendik yang mana kesannya nanti tidak wujud pemikiran yang kritis dan kreatif di kalangan masyarakat. Matlamat untuk membentuk rakyat berfikiran global ‘first clase’ bertaraf dunia akan gagal. Siapa yang rugi? Sudah tentu rakyat dan Negara yang menerima padahnya.


Adalah mustahil dasar-dasar yang digubal oleh manusia tidak mempunyai kelemahan-kelemahannya tersendiri kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Sempurna. Ini bermakna dalam konteks kebebasan bersuara, kerajaan UMNO masih tidak membenarkan pandangan yang berbeza dan hak untuk tidak bersetuju (Right of Dissent). Adalah sesuatu yang biasa dalam kehidupan manusia untuk berbeza pendapat tentang pelbagai perkara. Peribahasa Melayu mengatakan ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’. Rasullullah saw pernah bersabda ‘perbezaan yang wujud di kalangan ummatku adalah merupakan satu rahmat’. Bersetuju untuk tidak bersetuju perlu dilihat sebagai sesuatu yang natural.


Sekiranya kerajaan yakin bahawa ia berada di pihak yang benar maka pertahankanlah kebenaran ini dengan fakta dan hujah yang menyakinkan, secara terbuka dan secara berlapang dada. Bukankah budaya Melayu bersandarkan kepada prinsip ‘berani kerana benar dan takut kerana salah’? Bukan dengan cara senang lagi mudah dengan menghantar beribu pasukan FRU menghalang dan mengepong ceramah umum, perhimpunan dan demontrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, permit yang dipohon tidak dikeluarkan, tetapi apabila pihak UMNO anjurkan, ia dibiarkan berlangsung tanpa sebarang gangguan.


Wujudnya prinsip ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ atau Right of Dissent adalah merupakan satu kayu pengukur terpenting matangnya sesebuah sistem demokrasi yang diamalkan oleh sesebuah negara. Di Malaysia, system demokrasinya lebih teruk. Tidak bertamadun. Kembali ke zaman batu. Tidak terbuka, bebas dan adil. Rakyat dipaksa menerima ketidakadilan ini berlaku.


UMNO melakukan amalan rasuah setiap kali pilihan raya diadakan, tidak kira sama ada PRU atau atau pilihan raya kecil. Beli undi secara terang-terangan di Hulu Selangor dan Batu Sapi, tidak diambil sebarang tindakan bagi mengelak berlakunya budaya baru di kalangan generasi akan datang. Setiap kali pilihan raya kecil diadakan di sesuatu kawasan, duit dan projek-projek pembangunan turun mencurah-curah bagaikan daun-daun kering berguguran di musim kemarau. Takkan itu pun hendak kata ‘KEBETULAN’. 1 Malaysia idea Najib kebetulan dengan 1 Malaysia Israel bolehlah diterima kerana Najib merupakan orang tercerdik di dunia.


Akibat dari terlalu menekankan aspek keselamatan dalam sistem politik dan pentadbiran negara ia sekaligus terdedah kepada mempolitikkan pentadbiran (politicization of administration). Pengawai tadbir yang memegang jawatan penting dipastikan orang yang pro-UMNO atau pro-BN. Pegawai yang berkecuali (sekaligus ditafsir sebagai pro pembangkang) dinafikan pelbagai kemudahan seperti tidak dinaikkan pangkat sungguhpun ia layak. Begitu juga rakyat di bawah yang bukan UMNO, dinafikan hak untuk menikmati berbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan (bukan UMNO).


Mempolitikkan pentadbiran ini dijalankan bagi menjamin kelangsungan hayat UMNO. Kesan negatif dari pendekatan ini adalah kaburnya sempadan yang memisah ‘parti’ dan ‘kerajaan’ dalam erti kata pada pandangan parti yang memerintah adalah sinonim dengan kerajaan yang memerintah. Ianya boleh diterima dari sudut ilmu sains politik sekiranya dikatakan parti yang memerintah adalah sinonim dengan kabinet yang memerintah.


Kabinet yang mentadbir negara terdiri dari parti-parti komponen BN tetapi kerajaan yang memerintah atau dalam bahasa yang berbeza tetapi maknanya sama-parlimen, terdiri dari bukan sahaja parti-parti BN tetapi juga pembangkang. Ini adalah ilmu sains politik yang paling asas yang diajar kepada pelajar-pelajar tahun pertama di universiti yang mengambil kursus pengantar sains politik. Nampaknya wakil-wakil rakyat UMNO dan BN lebih teruk dari pelajar tahun pertama universiti.


Kekeliruan yang timbul menyebabkan projek-projek pembangunan dilabel sebagai ‘Ini satu lagi projek Barisan Nasional’ Seolah-olah cukai negara dipungut dari penyokong-penyokong UMNO dan BN sahaja dan penyokong-penyokong pembangkang terlepas dari membayarnya. Disebabkan UMNO begitu lama memerintah negara dan sistem politik dan pentadbiran negara telah dilenturkan mengikut acuan dan selera UMNO dengan memanipulasi sistem yang ada (dalam kes pilihan raya melalui SPR), maka sistem parti politik dan seterusnya sistem politik Malaysia dikenali dengan sistem parti dominan (dominant party system) yang melahirkan sistem politik yang juga dominan.


Secara bandingannya sistem parti dominan adalah berada satu tangga lebih baik dari sistem Komunis yang bersifat satu parti (one-party sistem) dan dari segi ukuran demokrasi sistem satu parti adalah yang paling tercorot. Sebagaimana yang dimaklumi, di negara Komunis, parti adalah sinonim dengan kerajaan. Di sini terdapat persamaan dengan apa yang berlaku di Malaysia iaitu adanya kecenderungan untuk melihat parti adalah sinonim dengan kerajaan.


Kecenderungan ini adalah sesuatu yang amat merbahaya kepada sistem demokrasi kerana sekiranya tidak dihalang ia akan menggelongsor ke arah sistem politik yang bersifat totalitarianisme yang dicirikan oleh penguasaan yang total, memesong pemikiran rakyat (brainwashing) dan pemujaan terhadap negara dan pemimpin secara berlebihan. Sekarang sudah nampak trend itu berlaku secara berluasa di bawah Najib. Najib mengepong semua kebebasan rakyat, menidakkan kebebasan akhbar, maklumat dikawal, menutup semua saluran maklumat kecuali saluran dari UMNO (kerajaan) dan pada PRU ke-13 nanti kita akan menyaksi ramai bloger-bloger akan didakwa di mahkamah kerana menulis perkara-perkara yang bertentangan dengan kerajaan pimpinan Najib yang mahukan puji-pujian, puja-memuja dan bodek-membodek kepimpinannya seperti apa yang terjadi kepada bloger-bloger yang menulis tentang istana telah ditangkap dan sedang didakwa di mahkamah kerana UMNO menyanjung tinggi institusi istana. Jadi, bolehlah dihujahkan bahawa sistem politik yang bersifat totalitarianisme sebagaimana yang terdapat di negara Komunis yang dikuasai oleh seorang diktator, boleh dilabelkan sebagai sebuah negara polis yang total.


Secara rumusannya dan berdasarkan perbincangan ringkas di atas, dapatlah dikatakan bahawa Malaysia layak dikategorikan sebagai sebuah negara polis dimana pertimbangan keselamatan begitu dominan sehingga ia melanggar asas-asas yang rasional.


Pemerintah Malaysia berkecenderungan untuk tidak membezakan antara parti dan kerajaan sebagaimana yang berlaku di negara Komunis. Sekiranya kecenderungan ini berterusan dan tidak dihalang oleh satu gerakan masyarakat sivil yang berkesan, maka dibimbangi ia akan bergerak ke arah mewujudkan satu sistem politik totalitarianisme yang pada waktu ini wujudlah satu negara polis yang juga total.

Mahathir membuktikan bahawa apa sahaja sanggup dilakukan olehnya demi mempertahankan Perjuangan Ketuanan Melayu yang didukung olehnya selama ini walaupun dia sendiri bukan orang Melayu.

Tulisan yang dipetik dari blognya benar-benar memeranjatkan. Pemimpin yang mengaku mempertahankan Islam, sebaliknya memuji musuh Islam secara terang-terangan di dalam blognya.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam. [
Blog Mahathir]

Sejak bila Agama Islam di Turki terpelihara kerana Kamal Atartuk? Malah Kamal Atartuklah yang menghancurkan Islam.

Apakah tujuan Mahathir memuji orang yang mengharamkan pemakaian tudung di bangunan-bangunan kerajaan di Turki ini? Apa tujuan Mahathir menaikkan nama Kamal Atartuk yang mendakwa undang-undang Islam adalah undang-undang lapuk dan perlu digantikan dengan peradaban Eropah yang kononnya canggih. Maka, undang-undang syariah digantikan dengan undang-undang Switzerland yang telah diterjemah secara verbatim?

Apa muslihat Mahathir memuji orang yang memaksa azan dilaungkan di dalam bahasa Turki, memaksa penggunaan topi Eropah, melarang umat Islam di Turki dari mengerjakan haji, menukar tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf-huruf Arab kepada rumi, memberi kebebasan kepada wanita termasuk untuk mendedahkan aurat mereka, mengharamkan pendidikan agama di sekolah-sekolah, mengharamkan pakaian khas bagi wanita Turki ‘sharshaf’ (seperti abayah hitam), melarang sejarah kegemilangan kerajaan Islam yang lepas daripada didedahkan kepada orang ramai dan juga mewasiatkan bahawa selepas kematian beliau, Turki hendaklah dipimpin oleh British.

Malah inilah orangnya yang menutup beberapa buah masjid, malah mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah muzium! [
Wikipedia]Selepas kematiannya Kemal Atartuk digelar sebagai Laknatullah alaih (Laknat Allah ke atas mu).

[Sumber:
Kamal Atartuk Laknatullah alaih
]

Banyak lagi tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Kamal Atartuk ini yang jelas sekali menghancurkan Empayar Islam terakhir Turki. Anda boleh google sendiri di internet.

Adakah Tun Mahathir tidak tahu sejarah ini? Atau Mahathir sengaja ingin mengelirukan para pembaca dan penyokongnya? Adakah Tun Mahathir sememangnya menyokong Kemal Atartuk yang menghancurkan Islam ini?

SENARAI PANJANG 22 TAHUN DR MAHATHIR MOHAMAD MEMERINTAH

Sejak kebelakangan ini mantan PM ke-4, Dr.Mahathir Mohamad mula menunjukkan yang ia seorang negarawan tulin yang kononnya ia mementingkan kebajikan rakyat dan kepentingan Negara sepanjang 22 tahun ia memerintah.

Memandangkan usianya semakin lanjut dan kesempatan yang masih berbaki, maka beliau menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mempertahankan dirinya daripada kutukan dan cacian generasi muda terutama di masa beliau sudah tiada lagi di dunia ini.

Oleh itu, beliau cuba membetulkan persepsi rakyat terhadap kerakusan beliau ketika ia berkuasa. Langkah pertamanya ialah dengan
menyalahkan pasukan polis dalam ‘Operasi Lalang 1987’ dan melahirkan kekesalan beliau terhadap pasukan polis yang menolak cadangan beliau untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Adalah dijangkakan banyak lagi isu-isu yang berkaitan dengan dirinya akan dibangkitkan pada masa terdekatkan ini bagi membersihkan dirinya seperti kes pembunuhan beramai-ram
ai di Memali, kes pemecatan Tun Salleh Abas dan banyak lagi kes-kes yang menjadi kontroversi yang masih tersimpan kemas dalam karbinet besi berkunci. Semua kes ini akan terbongkar ketika beliau dan UMNO tidak berkuasa lagi di satu masa nanti. InsyaAllah.

Di bawah ini saya perturunkan perkara-perkara yang mana pada pandangan dan anggapan saya adalah satu perbuatan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri :

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:


• Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.


• Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.

• Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN

• Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.

• Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.

• Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.

• Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.

• Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.

• Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat: Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.

3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN

• Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.

• Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.

• Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.

• Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.

• Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.

• Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.

• Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).

• Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .

• Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.

• Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
• Memaksa Petronas membeli saham Proton.

• Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.

• Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.

• Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

• Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.

• Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.

• Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan

• Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.

4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:

• Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).

• Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).

• Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).


5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa


• Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
• Mengganggu penyiasatan BPR
• Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
• Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

• Keruntuhan makmal computer;
• Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
• Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
• Keretakan PULAREK; dan
• Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.

7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

• Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
• Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
• Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
. Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.

• Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.

• Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.

• Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.

• Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan

• Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.

8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam

• Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
• Kerugian pelaburan Tabung Haji;
• Kerugian RM15b Bank Negara;
• Kerugian RM40 juta AIM;
• Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
• Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.

9. Menghina dan menyekat Islam

• Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
• Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
• Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
• Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
• Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
• Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.

10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera


• Menutup dua MRSM di Terengganu;
• Menutup sekolah agama rakyat; dan
• Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.

Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:

• Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;

• Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;

• Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;

• Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan


• Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.

Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.

Ahad, 20 Februari 2011

SIAPA AKAN TINGGALKAN NEGARA



Siapa yang akan lari meninggalkan negara selepas pilhan raya umum nanti jika Barisan Nasional (BN) tumpas buat pertama kalinya dalam sejarah, kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambahnya, terlalu banyak penyelewengan, skandal pembunuhan dan mengaut kekayaan kroni menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak senang duduk di negara ini.

Secara sinis, katanya atau Pakatan Rakyat yang memerintah ketika itu akan menghantarnya sebagai Duta Besar ke Mongolia.

"Najib tuduh saya akan lari jika kalah kali ini. Saya nak bagi tahu dia, siapa sebenarnya yang berbuat demikian semua rakyat akan tengok dan tunggu.

“Jika saya nak lari, saya sudah bertindak begitu tahun 1998 lagi apabila saya dipecat dan dituduh dengan berbagai cara. Saya takut Najib yang akan bergegas langkah keluar macam pemimpin Tunisia," tegasnya.

Anwar ketika berceramah di Padang Awam, Seberang Jaya malam tadi menyifatkan penolakan Najib untuk berdebat jelas kerana bimbang masalah negara boleh menyebabkannya tidak lagi diterima sebagai pemimpin.

Jelasnya, tiga persoalan maut akan dibangkitkan seandainya Najib enggan berdebat soal negara tetapi lebih kepada peribadi iaitu kesudahan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, komisyen RM500 juta pembeliaan kapal selam dan apa yang berlaku di bilik hotel pada tahun 1997.

Menurut Anwar, beliau tidak berminat berdebat soal peribadi takut Najib dipermainkan oleh rakyat sebaliknya ingin menyentuh berkaitan Buku Jingga atau soal ekonomi yang Najib sendiri mendakwa jika Pakatan Rakyat melaksanakan tawaran dalam buku itu negara akan bankrap.

Katanya, Najib gusar kerana jika Buku Jingga dijadikan pedoman tidak mustahil Malaysia menuju kegemilangan semula bukannya bankap atau musnah.

Tambahnya, sebaliknya masa depan rakyat terjamin sebab 100 hari pemerintahan Pakatan memberi seribu kebaikan seperti penghapusan tol, penurunan harga minyak dan seumpamanya.

"Saya tidak mahu berdebat soal peribadi tetapi soal ekonomi dan Buku Jingga. Tetapi jika Najib enggan dan mahu menumpukan soal peribadi, saya sanggup untuk tiga soalan saja. Saya pasti Najib demam," jelasnya yang juga Ahli parlimen Permatang Pauh.

Hadir sama dalam ceramah anjuran PKR Cabang Permatang Pauh itu ialah Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman, Adun Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin, Adun Batu Maung, Abdul Malik Kasim dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.