Khamis, 27 Januari 2011

Angin Perubahan Mula Bertiup Kencang

Beberapa minggu dahulu diktator Tunisia telah ditumbangkan. Anak muda Tunisia bangun menentang kezaliman dan keborosan yang dilakukan oleh isteri ketua negara tersebut. Ratusan ribu telah bangkit menentang regim tersebut. Akhirnya tumbang.

Hari ini dan detik ini, kebangkitan sedang berlaku di bumi Mesir. Ratusan ribu anak muda sedang bertempur dengan hebatnya dengan para tentera dan aparat polis. Gas pemedih mata dan tembakan peluru hidup sedang dilepaskan. 3 orang gugur syahid menentang regim Mobarak yang disokong penuh oleh Yahudi Zionis.

Apa tanggungjawap kita sekarang? Kita sedang dihimpit kesusahan. Barang semakin naik. Sedangkan isteri perdana menteri kita iaitu Rosmah sedang enak dengan makanan yang sihat - sihat. Pergi melancong sana - sini. Satu jabatan baru diwujudkan atas nama First Lady Of Malaysia di Jabatan Perdana Menteri. Isteri perdana Menteri sedang rakus mengaut kekayaan negara. Intan permata dipakai dengan harga jutaan ringgit.

Tapi kita sedang mengikat perut. Kita sedang mengeluh harga barang yang semakin naik. Harga makanan di gerai - gerai dan di restoran sedang melambung naik. Sedangkan gaji kita masih seperti itu. Apakah kita sekadar sanggup membiarkan nasib kita dihina sebegitu rupa. Maruah kita, hak kita, periuk nasi kita sedang dirampas oleh isteri perdana menteri kita. Wang kita dibelanjakan untuk tujuan yang tidak mendatangkan keuntungan.

Oh, anak muda Malaysia. Dimana kalian semua. Tidakkah kalian semua tidak kasihankan orang kampung. Oh anak muda Malaysia. Aku menyeru agar kalian tidak lagi tidur. Bangunlah..bangkitlah. Acukan tangan mu keudara. Perjuangan kita bukan sekadar pilihanraya tapi jalanraya yang sedang terbentang luas.

Oh anak muda Malaysia, kasihanilah generasi yang akan datang. Mereka terpaksa menanggung beban yuran pembelajaran yang tinggi. Mereka terpaksa hidup dengan kos sara hidup yang terlampau tinggi jika kita tidak bangun dan bangkit menuntut hak kita.

Angin perubahan sedang berlaku di dunia Arab maka kita juga harus bangkit sama!!

Kantoi Calon Yang Ada Kes Tipu

PENYANGAK


nota:
tok ai kepala bana apa
ini tok penyamun
kah kah kah




KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT


26 JANUARI 2011
Minta Penjelasan Daripada Muhyiddin Yassin

Tanah En. Mansor Bin Mohamad HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat telah di lelong pada 1/12/2003. Beliau mempunyai tunggakan bayaran hutang dengan pihak bank sekitar RM20,000. Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat En. Mohd Azahar Bin Ibrahim yang juga calon Barisan Nasional (BN) pilihanraya kecil Tenang telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada beliau. Secara rasminya En. Mansor tidak dimaklumkan tanahnya akan dilelong. Pada 19/9/2003 perintah jualan hartanah telah di keluarkan.

Menurut En. Mansor, sehari sebelum lelongan beliau telah membuat bayaran kepada pihak bank sebanyak RM10,000 bagi bayaran tunggakan bayaran hutang. Beliau merayu kepada En Mohd Azahar agar tanahnya tidak di lelong. Pada hari tanahnya di lelong beliau membawa tunai sebanyak RM12,000 untuk menyelesaikan tunggakan hutangnya. Semua rayuan En Mansor tidak di layan.

Tanah seluas 8 ekar telah dilelong dengan harga RM70,000 sedangkan nilai tanah tersebut pada tahun 1996 bernilai RM116,000. Nilai semasa tanah tersebut dijangka RM120,000. Ini bermakna tanah En Mansor telah dijual dengan harga dibawah harga pasaran. Hanya seorang sahaja pembina yang hadir pada masa lelongan tersebut. Akhirnya tanah tersebut telah di beli oleh pembida tersebut.

En Mansor telah membuat saman pemula No 24(L) -674-2004 berkaitan tanah tersebut ke Mahkamah Tinggi Muar. Beliau telah dapat membuktikan kepada mahkamah bahawa tiada sebarang notis pendengaran kes lelongan hartanah diberikan kepada beliau. Pada 29/1/2008 Yang Arif Hakim Dato’ Asmadi Bin Haji Asnawi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar telah memutuskan membenarkan tuntutan En Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian pegawainya En. Mohd Azahar mengendalikan kes tersebut. Tanah tersebut telah dikembalikan kepadanya. Akhirnya En Mohd Azahar telah dipindahkan ke Pejabat Daerah Kecil Renggit. Pangkatnya telah diturunkan.

Saya mohon penjelasan daripada Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO mengenai perkara-perkara di bawah :

1.Mengapa calon BN bagi pilihanraya kecil Tenang En. Mohd Azahar Bin Ibrahim sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah gagal memberi notis pendengaran kes lelongan tanah En. Mansor?

2.Mengapa nilai tanah En. Mansor di lelong dengan harga RM70,000 dibawah harga pasaran?

3.Mengapa rayuan En Mansor untuk mengelakkan lelongan tanah dengan membuat bayaran RM10,000 kepada bank tidak di layan oleh En Mohd Azahar?

4.Mengapa hanya seorang pembina tanah sahaja yang hadir pada masa lelongan tersebut berlaku?

5.Mengapa En Azahar diturunkan pangkat daripada Pejabat Daerah Segamat kepada Pejabat Daerah Kecil Renggit?

6.Apakah terdapat perundingan jahat antara En. Mohd Azahar, jurulelong dan pembina semasa mahu melelong tanah En Mansor?

7.Berapa kerugian yang ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat akibat kecuaian pegawainya menguruskan urusan tanah En Mansor?

8.Mengapa UMNO sanggup menghampakan ahli-ahlinya dengan meletakkan calon yang telah terbukti bersalah di mahkamah dalam pilihanraya kecil Tenang?


SUHAIZAN BIN KAIAT
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat




ISU TANAH: PAS GESA CALON BN AZAHAR TARIK DIRI
- minsider

PAS menggesa calon Umno-BN Mohd Azahar Ibrahim agar menarik diri daripada bertanding pilihan raya kecil DUN Tenang atas alasan bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit itu berhadapan tindakan saman — berkaitan isu tanah — yang akan didengar bulan depan.

Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang Salahuddin Ayub berkata Mohd Azahar perlu berbuat demikian kerana akibat kecuaian dan kelalaian beliau ketika menguruskan hal tanah di daerah Segamat lapan tahun lalu.

Tempoh untuk menarik diri sudah pun berakhir.

Mohd Azahar ketika itu memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.
Akibat kecuaian dan kelalaian Mohd Azahar dalam menguruskan tanah di kawasan itu seorang penduduk di Segamat telah menjadi mangsa sehingga menyebabkan tanah tersebut dilelong kepada pihak ketiga.

Bagaimanapun keputusan mahkamah tidak memihak kepada Mohd Azahar.

Menurut Salahuddin, saman tersebut dibuat oleh pihak ketiga yang telah membeli tanah seluas lapan ekar yang berharga RM70,000.

Pendengaran kes tersebut ditetapkan 7 Februari ini di Mahkamah Tinggi Muar.


INILAH KERJA LANUN DI PEJABAT DAERAH…...

INI TAKTIK LAMA REMBAT TANAH ORANG KAMPONG…..

DI SELANGOR INI… BANYAK TANAH ADA DUA TIGA TUAN PUNYA NAMA…...

ORANG MACAM MALAON INI LAH PUNYA KERJA…...

DIA PILIH PILIH TANAH… KEMUDIAN SENYAP SENYAP LELONG….…

YANG DATANG NAK BELI PUN KAKI MALAON INI…...

TAK ADA PENGUMUMAN TERBUKA….…

MALAON INI DEAL DENGN CUKONG ATAU GENG DIA YANG DATANG BELI….

nota:
amat jelas gerombolan telah kekurangan orang
dulu semasa prk penanti orang jahat juga
penipu – ada tiga bini

yang di tenang ini pun sama

ini kerana kepalanya terlibat dalam kes bunuh
ada menterinya yang rogol amah
jadi kes tipu orang kampong ini kira halal dunia akhirat
ini kes macm makan belakang – tak haram


NOTA:
nanti malikul akan jawab
ini serangan pribadi
bukan politik

Rabu, 26 Januari 2011

PRK Tenang: Sejarah Yang Bakal Tercipta

Komentar
【PRK Tenang】BN takut dengan "dosa-dosa" mereka sendiri. Sebab itu mereka cuba mengalih perhatian rakyat terutamanya di Tenang. BN perlu ingat, tahun 2011 bukan lagi tahun politik "api-air dan jalanraya kampung". Masyarakat kampung dan FELDA bukan buta informasi. Akses kepada internet boleh didapati di mana-mana manakala tabloid politik seperti Harakah dan Suara Keadilan ibarat pisang panas selepas hujan. Rakyat semakin muak dan tidak lagi tertarik dengan cerita "punggung Saiful" mahupun cerita "penderhakaan".

Hari yang cerah untuk bekerja. Sosok Normala Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala kelihatan bersalaman dan beramah mesra menyantuni para pengundi diiringi beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat. Ibu kepada tiga orang anak ini mengambil langkah berani dengan melepaskan jawatan guru yang telah disandangnya sejak 12 tahun lalu, dan menjadi calon PAS untuk pilihanraya kecil DUN Tenang. Tempoh hari kempen yang pendek tidak membantutkan hasrat pendidik ini untuk bertemu seramai mungkin pengundi di kawasan DUN Tenang sejak hari penamaan calon 22 Januari baru-baru ini.

Dilema Mohd Azhar Ibrahim dan Bebal UMNO Labis

Pilihan raya kecil ini laluan berduri untuk BN. Calon BN DUN Tenang ini pernah kalah dengan teruk dalam pemilihan UMNO Bahagian Labis. Penulis melihat Mohd Azhar Ibrahim menghadapi dua dilema terbesar. Pertama adalah sokongan generasi kedua dan ketiga FELDA yang dilihat berpihak kepada Pakatan Rakyat. Dilema kedua adalah protes senyap UMNO Labis sendiri. Bayangkan bagaimana seseorang yang tiada jawatan dalam UMNO Labis menjadi calon! Perkara ini amat janggal dan menjadi "pantang tok nenek" dalam tradisi pemilihan calon dalam UMNO.

Ya. Calon BN yang mendapat gelaran Tok Ai ini sudah langgar pantang. Rata-rata AJK dan ahli akar umbi UMNO Labis terperanjat dengan keputusan mencalonkan Mohd Azhar Ibrahim (gambar kanan) dan mempersoalkan mengapa Muhyidin Yassin kelihatan obses dengan calon "luar" ini sehingga ada laporan dalaman UMNO mengatakan terdapat markas UMNO yang ditutup kerana protes.

BN desperado: kering idea-meracau?!

Okay...ia adalah pilihanraya kecil, jadi isunya juga kecil-kecil? Tidak sama sekali. "Lelaki tua" yang terbukti terpalit dengan skandal seks iaitu Chua Soi Lek salah perhitungan apabila memainkan isu "salam" Cikgu Mala manakala Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe kelihatan meracau seolah-olah jika PAS menang di Tenang, Malaysia akan jadi sebuah "negara Islam yang ekstrim". Amat memalukan sekali apabila adab bersalam dalam Islam ini gagal difahami walaupun sudah lebih 50 tahun negara mencapi kemerdekaan.

Isu "negara Islam" adalah isu lapuk tetapi tetap disebut oleh Muhyiddin Yassin manakala MB Johor Abdul Ghani Osman kelihatan sangat "concern" dengan hukum "potong tangan orang yang mencuri". Selain itu, Mahathir Mohamad juga menyentuh isu wanita jadi calon PAS padahal Mahathir sudah lupa bahawa Khadijah Sidek pernah menjadi Ahli Parlimen wanita pertama dari PAS yang memenangi kerusi Dungun pada tahun 1959. Rata-rata pemerhati politik bebas melihat isu-isu yang ditimbulkan BN ini tidak lain mencerminkan ketandusan isu dan tidak lebih dari sebuah tindakan desperado.

Rasuah: Seribu macam janji dan pulut panggang panas

Sangat melucukan apabila Tuan Guru Nik Aziz menyerahkan wang zakat kepada tiga orang asal semasa pilihanraya kecil di Galas dituduh rasuah dan "perlu bertaubat" akan tetapi apabila Najib mengumumkan peruntukan RM 1.6 billion kepada penduduk FELDA seluruh negara di Labis, ia dianggap apa pula? Kuih bahulu atau Pulut Panggang panas?

Keadaan yang sama berlaku di FELDA Sungai Buaya di PRK Hulu Selangor apabila 100 bekas peneroka dan waris mereka dijanjikan pendahuluan wang sebanyak RM50,000 bagi pampasan tanah kerajaan persekutuan malangnya mereka cuma menerima RM1000 sebagai pendahuluan dan selebihnya tidak diketahui bila akan diperoleh. Rakyat sudah bijak menilai. Setiap kali adanya pilihanraya kecil; pelbagai janji ditabur oleh BN dan muncul apa yang kita sebut sebagai projek-projek "mee segera". Penulis ingin mengingatkan para pengundi di Tenang agar berhati-hati dengan taktik "predator struktural" yang sedang memasang jerangkap ini.

Kemudahan berinformasi dan politik api-air-jalanraya

Jentera kempen BN termasuk dari media massa sering memperlekehkan usaha dan kempen yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Malah, jentera kerajaan digunakan hampir sepenuhnya untuk mana-mana kempen pilihanraya kecil. Ia adalah suatu yang biasa bagi BN dalam menghadapi kemaraan rakyat walaupun sebenarnya adalah satu "penyalahgunaan".

BN takut dengan "dosa-dosa" mereka sendiri. Sebab itu mereka cuba mengalih perhatian rakyat terutamanya di Tenang. BN perlu ingat, tahun 2011 bukan lagi tahun politik "api-air dan jalanraya kampung". Masyarakat kampung dan FELDA bukan buta informasi. Akses kepada internet boleh didapati di mana-mana manakala tabloid politik seperti Harakah dan Suara Keadilan ibarat pisang panas selepas hujan. Rakyat semakin muak dan tidak lagi tertarik dengan cerita "punggung Saiful" mahupun cerita "penderhakaan". Rakyat tahu. Sepanjang sejarah negara, UMNO telah melakukan banyak penderhakaan ke atas institusi beraja. Hal ini akan saya kupaskan pada masa akan datang.

Menyahut seruan demokrasi

Democracy cannot succeed unless those who express their choice are prepared to choose wisely. The real safeguard of democracy, therefore, is education. Franklin D. Roosevelt

Amat menyedihkan sekali apabila pendemokrasian Malaysia tidak sampai ke tahap yang sewajarnya. Rakyat tidak diajar untuk memahami konsep demokrasi yang tercatat dalam perlembagaan negara. Kita diasuh untuk "takut" dan menjauhkan diri. Kebangkitan rakyat samada melalui jalanraya mahupun pilihanraya dilihat sebagai "musuh" oleh BN. Ini adalah pemahaman yang sesat dan bertentangan dengan semangat demokrasi itu sendiri.

"Lu sapa...!??" Apabila Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran berkempen dan memberi tekanan kepada semua Guru Besar dan Pengetua dalam DUN Tenang termasuk guru-guru kaunseling daerah Segamat agar berkempen dan mengundi Barisan Nasional jelas menunjukkan sikap tidak matang beliau dan memalukan. Ini adalah negara demokrasi. Ia mengenai kebebasan, pilihan dan keyakinan!

Percayalah, kejutan besar akan berlaku!

Kempen pilihanraya akan terus rancak sehingga hari pengundian nanti. Pesta demokrasi ini akan terus diwarnai dengan pelbagai warna dan corak. BN dan Pakatan Rakyat akan terus bersilat. FELDA yang sebelum ini sinonim dengan "fixed deposit" BN bakal menjadi sejarah. Rakyat mula sedar betapa kehidupan semakin terbeban dengan krisis ekonomi dan penyalahgunaan kuasa. Rakyat inginkan kebenaran dan ketelusan.

Janji-janji BN cuma sekadar retorik dan "coklat hacks". BN benar-benar di persimpangan. Mereka ketandusan isu, menjengkelkan dan kesilapan terbesar adalah silap memilih calon. Harapan akhir Barisan Nasional untuk menang mungkin disandarkan pada rasuah? Rakyat di DUN Tenang dinasihatkan untuk bijak memilih. Percayalah, keputusan Pilihanraya kecil DUN Tenang akan memberi kejutan besar buat kita semua.

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.






Cucu-Cicit Si Kitol Yang Derhaka Kepada Sultan Selangor

Azmin Ali menyifatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “penderhaka” dan Umno sebagai “pengkhianat” sehingga menyebabkan kuasa Sultan dimansuhkan menerusi pindaan awal 1990-an.

“Kita rujuk pula kepada kenyataan-kenyataan media dan ucapan Dr Mahathir sekitar tahun 1983 dan 1993, jelas membuktikan bahawa Dr Mahathir adalah penderhaka dan Umno adalah pengkhianat,” kata beliau ketika berucap membahaskan usul pindaan perlembagaan negeri pada sidang khas Dewan Undangan Negeri hari ini.

Kata beliau, media yang dikuasai Umno digunakan untuk memaparkan cerita-cerita yang mengaibkan peribadi Raja-raja Melayu bagi mewujudkan sentimen dan emosi benci rakyat terhadap institusi Raja-raja Melayu.

Berita Harian pada 19 Januari 1993 menyiarkan kenyataan seorang Ahli Parlimen Umno dari Perak yang mengingatkan Raja-raja supaya mengambil kira suara rakyat jika tidak Raja-raja tidak dapat kekal lama “malah takhta mereka mungkin akan beralih ke muzium . . .,” kata Azmin lagi.

Justeru soal Azmin, siapa yang memansuhkan kuasa Sultan Selangor untuk melantik tiga pegawai selepas mempertimbangkan nasihat menteri besar.

“Pastinya, Umno telah menderhaka kepada Raja-raja Melayu. Sekali gus suara rakyat dinafikan kerana Menteri Besar adalah wakil suara rakyat majoriti yang membentuk kerajaan melalui proses demokrasi,” kata beliau.

Adun Bukit Antarabangsa ini berkata, jika direnung semula Penyata Rasmi Parlimen semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang ditaja oleh Dr Mahathir, ramai pemimpin Umno yang mengeluarkan kata-kata kesat dan celupar terhadap institusi Raja-raja Melayu.

“Antaranya, seorang Ahli Parlimen Umno berkata ‘adakah Yang Berhormat hendak menuduh akhbar yang putar belit. Saya tidak. Saya hendak mengatakan raja yang putar belit, sehari bersetuju, dua hari tidak bersetuju. Ini kenyataan yang tepat, yang jelas’,” katanya.

Azmin juga mendakwa krisis Perlembagaan Persekutuan tercetus ekoran tindakan pemimpin Umno yang rakus untuk memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu.

Katanya, ramai sarjana dan pengamal undang-undang mencabar keabsahan pindaan 1993 kerana ia melanggar Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut, “tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-raja”.

“Sebenarnya Umno memindahkan kekebalan tersebut kepada Mamak Bendahara dan pihak Eksekutif. Saya tahu bahawa kebimbangan ini ditimbulkan oleh pihak Raja-raja dalam tahun 1993.

“Saya dapat menyelami perasaan Raja-raja Melayu yang luka. Luka yang dalam mungkin telah sembuh, tetapi parutnya tetap ada,” katanya sambil menambah, keprihatinan Raja-raja Melayu disambut dengan rasa tanggungjawab oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang pada ketika itu.

Azmin menambah, apa yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang Lim Kit Siang pada 18 Januari 1993 adalah semakin jelas hari ini.

Ketika itu Lim dipetik berkata “semasa kita membahaskan soal kekebalan Raja-raja, tentang bagaimana mendemokratikkan sistem Raja Berperlembagaan, untuk memastikan Raja-raja bertanggungjawab dan Demokrasi Berparlimen, kita tidak boleh membenarkan pemimpin-pemimpin kerajaan menikmati kekebalan yang membebaskan mereka dari sebarang akauntabiliti awam sebagaimana yang dipamerkan oleh berbagai skandal yang tidak diselesaikan dalam negara ini.”

Kata Azmin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menegaskan prinsip yang sama dengan kekebalan tersirat daripada penyalahgunaan kuasa melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi dan Perkara 145(3) Perlembagaan kuasa yang diberi kepada Peguam Negara hendaklah dielakkan.

“Kekebalan yang dinikmati oleh pemimpin-pemimpin elit Umno menjadikan Malaysia diperintah oleh diktator selama 23 tahun dengan mengamalkan undang-undang rimba dan menolak negara hukum.

“Dr. Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan pihak Eksekutif terlalu kebal,” katanya.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata Perdana Menteri semasa Datuk Seri Najib Razak hanya meneruskan sistem yang dibina oleh Dr. Mahathir.

“Justeru itu, rasuah dan salah guna kuasa semakin berleluasa dan menjadi budaya dalam pentadbiran Umno,” katanya lagi.

Usul pindaan dibentangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pagi tadi.

Tak Mau Debat Buku Jingga, Debat Soal PD dan Mongolia pun boleh

Perilaku Datuk Dr Chua Soi Lek disifatkan sebagai mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih dalam soal calon PAS di Tenang.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam sidang media selepas forum 'Luncheon Talk with YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim' di Kelab Shah Alam.

Kata beliau, tindakan Presiden MCA itu membuat serangan peribadi terhadap Normala juga sesuatu yang jelek memandangkan latar belakang beliau yang sudahpun terjejas akibat skandal DVD lucah tidak lama dahulu.

"Chua Soi Lek bangkitkan isu peribadi dengan Normala, itu bagi saya sangat tidak adil, dan Chua Soi Lek nak bicara soal peribadi tu tak sesuai saya fikir. Jadi lebih baik tumpu soal dasar, keupayaan tokoh ini berbanding dengan tokoh BN," kata beliau.

Beliau menjelaskan ini hanyalah satu strategi Umno-BN mengalih pandangan rakyat daripada melihat kepada isu sebenar iaitu tatakelola kerajaan, rasuah yang berleluasa, kenaikan harga barangan yang drastik dan isu khidmat kepada masyarakat.

"Chua Soi Lek bercakap mengenai serangan peribadi? Apa sudah terjadi dengan halatuju politik negara ini? Kita mahu mendebatkan dasar tetapi nampaknya (serangan peribadi) telah menjadi paten," kata beliau.

Katanya lagi, rakyat perlulah memikirkan dan menilai dasar PAS dan PR, dasar Umno dan BN serta menilai kewibawaan dan keupayaan calon-calon yang bertanding.

Anwar menjelaskan, isu ini sama seperti respons Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di mana apabila Anwar menjemput Najib untuk berdebat soal dasar 'Buku Jingga' yang memuatkan pelan tindakan PR dalam 100 hari di Putrajaya, Najib menjawab dengan membuat serangan peribadi terhadap Anwar.

"Saya nak tekankan saya tak mahu layan soal peribadi, saya nak bicara soal ekonomi tetapi kalau dia tegas nak bicara dan debat soal peribadi, saya sedia, soal peribadi. Tuduhan liwat terhadap saya. Saya nak bangkitkan soal bunuh, soal rasuah, rampas isteri semua itu akan dibangkitkan, dan soal Port Dickson," kata beliau lagi.

Beliau seterusnya berkata beliau lebih berminat mendebatkan soal 'Buku Jingga' kerana isu tersebut telah menjadi satu persoalan kepada rakyat Malaysia dan perlu diperjelaskan.

'Tanya saya sebagai orang bertanggungjawab, jangan debat isu peribadi. Itu nasihat saya tapi kalau dia pilih saya terima. Saya masih tekankan perlu debat isu Buku Jingga," tegas beliau lagi.