Isnin, 26 Julai 2010

Patut la HingaQ
E-Mel Pembaca
"Hang pa perasan tak, sejak menjak kebelakangan ni dah tak kecoh dah pasai gula. Baik dari hal tak da gula atau keburukan berlebihan gula. Dah tak da dah iklan dalam TV tentang keburukan gula, sudah tak ada saranan dan nasihat dari doktor ke udara di media, sudah tiada alasan dan penekanan pemgambilan berlebihan gula kepada rakyat.

Sebab apa , sebab harga gula dah naik. Sebab dah ada orang yang untung besaQ, sebab pendapatan dah meningkat 5 duit.!!

Oooo!!! patut laa dulu skit punya hingaQ pasai gula. Kalau kita imbas semula isu gula ni. Awal mula pertama mula rakyat di hantui oleh masalah kekurangan gula. Sahabat aku kat Kuantan habaQ depa dah mengalami kesukaran untuk mendapatkan gula 3 bulan sebelum kenaikan harga gula. Kemarin aku gi shopping barang dapuQ, AMBOI!!!! gula skit punya banyak noo...!!! Sekarang nak mandi dengan gula pun tak pa dah, tak da sapa marah dan nak bagi nasihat dah. Ikut hang pa la nak kencin manis ka, nak darah manis ka, ikut suka hang pa. Sebab hajat nak kasi penaik udah makbul sebenaQnya.

Sekarang dah buleh buat sifir dah suasana sekarang ni. Sifir mudah untuk penguna dan pengundi. Kalau ada berita angin habaQ tak naik, maknanya nak naik laa tu!!. Kalau ada berita angin habaQ tak bubar tu tanda nak bubar la tu!!!. Kalau ada berita angin habaQ tak da piliharaya tu tanda dah dekat pilihanraya la tu!!. Kalau ada berita hangat habaQ pasiaQ kena curi tu tanda tak da pasiaQ yang dicuri la tu!!!. Hang pa la ni kena pandai campur darab tolak bahagi semua hal, kalau tak hang pa kena kelipiaQ hidup hidup dengan depa. Business is every time!!!.

India buat komputer RM112 tapi Malaysia RM1,000
E-Mel Pembaca
"India telah mencipta komputer riba termurah di dunia yang direka khusus untuk pelajar pada harga RM112 sahaja. Komputer itu dijangka diperkenalkan kepada institusi pendidikan tinggi bermula 2011. TAPI di Terengganu SEKOLAH RENDAH dibekalkan komputer riba yang berharga RM1,000. Patutlah India boleh beli 80 helikopter tentera baru pada harga RM 2.1 Billion, TAPI Malaysia beli 12 helikopter pada harga RM1.6 Billion.

1 helikopter di beli Malaysia untuk TUDM, boleh beli 5 helikopter baru tentera India.

********************************

Komputer riba India RM112.12

Berita Harian 25 Julai 2010

NEW DELHI: India muncul dengan komputer riba termurah di dunia, peralatan komputer skrin sesentuh yang berharga hanya sekitar AS$35 (RM112.12). Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Kapil Sibal minggu ini mengumumkan peralatan perkomputeran riba kos rendah yang direka khusus untuk pelajar, menyatakan jabatannya mula berunding dengan pengeluar global untuk memulakan pengeluaran secara besar-besaran tidak lama lagi.

“Kami sudah mencapai satu tahap pembangunan pada hari ini, papan induk, cip pemproses, sambungan, semuanya kos terkumpul sekitar AS$35 (RM112.12), termasuk memori, paparan dan segala-galanya,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata peralatan sesentuh itu dipasang dengan pelayar internet, pembaca PDF dan kemudahan persidangan video, namun perkakasannya dicipta dengan fleksibel bagi membolehkan komponen baru ditambah mengikut keperluan setiap pengguna.

Kapil berkata peralatan komputer berasaskan Linux itu dijangka diperkenalkan kepada institusi pendidikan tinggi bermula 2011, namun sasaran itu ialah untuk menurunkan lagi harganya kepada AS$20 (RM64.07) dan pada akhirnya sehingga AS$10 (RM32.04).

Peralatan itu dibangunkan oleh pasukan penyelidik di institusi teknologi terkemuka India, Institut Teknologi India dan Institut Sains India.

India membelanjakan kira-kira tiga peratus daripada bajet tahunannya untuk pendidikan sekolah dan memperbaiki kadar kecelikan kepada lebih 64 peratus daripada sejumlah 1.2 bilion penduduknya.

Kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan ramai pelajar tidak begitu mahir membaca atau menulis dan kebanyakan sekolah kerajaan tidak memiliki kemudahan mencukupi. – Reuters

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KomputerribaIndiaRM112_12/Article/index_html

Selasa Disember 29, 2009

Terengganu Peruntukkan RM50 Juta Bekal E-Book Tahun Depan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi tahun 2010 untuk membekalkan 50,000 unit komputer riba (e-book) kepada pelajar Tahun Empat dan Tahun Lima. http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/29/mstar_berita/20091229155220&sec=mstar_berita

RM 1.6 Billion boleh beli 60 helikopter MI-17

http://amkns.blogspot.com/2010/07/rm-16-billion-boleh-beli-60-helikopter.html

Sebelum ini Tun Dr Mahathir menulis dalam blog beliau mengenai kelebihan helikoper MI-17 yang dikeluarkan oleh negara umat Islam di Tatarstan.

Tentera Udara India pada tahun 2006 dilaporkan akan membeli 80 buah helikopter MI-17 ini pada harga USD 662 juta atau anggaran RM 2.135 Billion. Ini bermakna dengan RM 1.6 Billion anggaran boleh membeli sebanyak 60 buah helikopter MI-17 berbanding dengan hanya 12 buah helikopter Eurocopter EC725. 1 helikopter Eurocopter EC725 boleh beli 5 helikopter MI-17.

Hmmmmm ? Atau mungkin perkiraan saya salah ?

Kalau tengok perbandingan prestasi pula MI-17 mempunyai lebih kelebihan dari segi Combat Radius , Max takeoff weight dan jumlah penumpang. Penumpang : EC725 = 28 penumpang , MI-17 = 32 penumpangMax takeoff weight : EC725 = 11,200kg , MI-17 = 13,100kgMaximum speed : EC725 = 324 km/h , MI-17 = 250 km/hCombat radius : EC725 = 573 km , MI-17 = 950 km Nota : Maklumat ini bukan rahsia. Ianya diperolehi dalam sumber laman web yang dinyatakan di bawah ini.

Utusan Malaysia 21 April 2010 . Selain perjanjian melibatkan DEFTECH, DSA kali ini juga menyaksikan kesungguhan kerajaan menggantikan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila menandatangani LOA bernilai RM1.6 bilion bagi pembelian 12 unit helikopter EC725 buatan Eurocopter.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive

In October 2006, the Indo-Asian News Service reported that the Indian Air Force will buy 80 medium lift multi-role Mi-17 1V helicopters from Russia. MosNews estimated the deal’s value at approximately $662 million, with the exact value depending on ancillary equipment like avionics.

http://www.defenseindustrydaily.com/india-to-buy-80-mi17-1v-helicopters-02755/

By Dr. Mahathir Mohamad on July 6, 2010

Walaupun Kazan Helicopters gagal memenangi tender Malaysia baru-baru ini, saya berpendapat jenis MI-17 yang telah di naik taraf amat sesuai untuk Bomba dan pengangkutan. Ia boleh memuat 36 askar berpakaian lengkap dan bersenjata. Dalam beberapa pertandingan antarabangsa MI-17 telah menang aabila semua askar dapat keluar dalam 14 saat. Saya percaya kita boleh kuasai teknologi helikopter melalui Kazan Helicopters. Ini lebih bermakna daripada hanya menjadi pengguna.

http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/07/tatarstan.html

Comparison EC725 and Mil MI-17

http://www.shpmedia.com/Images/ADJ%20SEPT%2007_MALAYSIAN%20HELICOPTER%20REPLACEMENT.pdf

Combat radius refers to the distance from an airbase that a warplane can reach, patrol there for a set amount of time and return to base with minimal fuel left. http://en.wikipedia.org/wiki/Combat_radius

12 buah EC725 = USD 496 Juta = RM 1.6 Billion1 buah EC725 = USD 41.33 Juta = RM 133.33 Juta 80 buah Mil MI-17 = USD 662 Juta = RM 2.135 Billion1 buah Mil MI-17 = USD 8.275 Juta = RM 26.69 Juta RM 2.135 Billion = 80 buah Mil MI-17RM 1.6 Billion = 60 buah Mil MI-17 = 12 buah EC725


JANGAN LUPAKAN RAKYAT YANG SEDANG SENGSARA

Mari kita fikirkan sejenak apa nasib rakyat yang fakir dan miskin yang masih ramai di bumi Malaysia ini. Lebih memilukan mereka disengsarakan lagi dengan pengumuman kenaikan harga minyak, gas dan gula baru-baru ini.

Tidak lama lagi dijangkakan penderitaan mereka ini akan bertambah dengan kenaikan barangan keperluan dan perkhidmatan akibat dari kenaikan harga minyak, gas dan gula ini.

Kuih-muih, makanan dan barangan lain sudah tentu akan naik disebabkan semuanya menggunakan gula, gas memasak dan minyak untuk 'transport'. Siapa yang boleh memastikan semuanya tidak naik.

Pengalaman lampau sudah cukup mengajar kita walaupun pelbagai janji manis dibuat bahawa harga barang tidak akan naik, semua itu bagaikan menanam tebu di bibir mulut sahaja. Yang parah, menderita, sengsara dan melarat adalah rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Apakah pemimpin kerajaan dan orang kaya terasa bahang kenaikan ini jawapannya sudah tentu tidak. Sebab itulah mereka tidak kisah dengan kenaikan itu semua, tidak berbekas bagi mereka.

Malangnya isu ini terus ditutup oleh media sebaliknya isu politik perpaduan dan isu lain dimuatkan di dada akhbar dan corong radio dan TV. Gunanya ialah untuk melarikan pemikiran rakyat dari isu kenaikan harga minyak.

Ayuh rakyat Malaysia jangan kita terjebak dengan permainan kotor media arus perdana kaki pengampu ini yang saban hari menjadi hamba kepada BN untuk mengelirukan minda rakyat dari mengingati masalah sebenar rakyat.

Jangan kita berdiam diri membiarkan isu kenaikan harga minyak, gula, gas dan barangan ini hilang begitu sahaja yang akhirnya menyebabkan kerajaan BN akan bertindak lebih baik seperti menghapuskan terus subsidi minyak dan makanan ini seperti yang diwar-warkan oleh mereka bahawa rakyat mesti berkorban untuk masa depan negara.

Kita mesti menyedarkan rakyat bahawa tindakan zalim dan kejam kerajaan BN menaikkan harga minyak, gas dan gula ini wajar di balas dengan kita menumbangkan BN pada PRU ke 13 akan datang dan digantikan dengan kerajaan yang sanggup menjadi 'hamba' rakyat yang siang malam memikirkan kebajikan rakyat bukan kerajaan yang hanya mengenyangkan kroni dan wak yek mereka sahaja.



30 PENGKHIANATAN UMNO

Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu :

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen.

Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila.

Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi 'mereng'.


PELABURAN MERUDUM

Kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus ke negara ini menghilangkan kelayakan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Merudumnya pelaburan asing itu menunjukkan betapa buruknya tahap pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, katanya.

"Dalam sebuah negara Perdana Menteri adalah Ketua Pegawai Eksekutuf (CEO) yang bertanggungjawab untuk membawa pulangan yang lumayan pada negara dari sejumlah wang yang telah dibelanjakan.

"Kejatuhan kedatangan pelabur asing sebanyak 81% telah menghilangkan kelayakkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Najib seharus berundur secara terhormat demi untuk menyelamatkan satu Malaysia "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

KPI dan NKRA diperkenalkan oleh pentadbiran Najib untuk mengukur adalah pencapaian dalam pengurusan.

"Dalam sektor korporat perkembangan begini adalah gambaran gagalnya seorang CEO. CEO seperti ini akan dipecat kerana tidak produktif dan gagal membawa pulangan keuntungan kepada syarikat. Kejatuhan 81% kemasukan pelabur asing adalah satu pencapaian buruk dan memalukan.

"Bersediakah Najib untuk berundur?

"Tentu tidak dan Najib akan kata business as usual. Inilah budaya 'tidak apa' Umno yang merosakkan negara," kata Mahfuz.

Beliau melihat kejatuhan pelaburan asing yang begitu teruk itu adalah akibat dari gejala rasuah dan kepincangan sistem perundangan negara sehingga persepsi pelabur antarabangsa terhadap Malaysia begitu buruk sekali.

Menurut beliau, bagi pelabur asing, mereka akan melabur di tempat lain selain Malaysia apabila di Malaysia mereka berhadapan dengan rentetan birokrasi yang kronik dan juga terpaksa membayar tukang-tukang lobi yang mewakili ahli-ahli kabinet dan isteri serta keluarga mereka.

"Fenomena ini membawa kepada rasuah berleluasa. Di Malaysia Umno mengamalkan konsep who you know, not what you know. Kalau hendak kelulusan menteri, perlu bekerjasama dengan balaci-balacinya." kata beliau.

Menurut beliau lagi, pelabur-pelabur asing juga tidak berminat kepada Malaysia apabila melihat kepincangan sistem perundangan dan keadilan negara.

"Kes Lingamgate, kes rampasan kuasa Umno Barisan Nasional (BN) di Perak, kes sodomi kedua dan lain-lain memberi gambaran law of rule bukan rule of law," katanya.

Begitu juga dengan kepincangan pengurusan di Sime Darby, Felda, Maybank dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain, kata beliau, kesemuanya memberi tanggapan buruk kepada pelabur-pelabur asing.

"Mereka melihat di Malaysia tidak ada budaya accountability dan responsibility.

"Sime Darby rugi berbillion, ahli lembaga pengarah masih ada, tidak ada sesiapa yang dikenakan tindakan undang-undang atau diberhentikan.

"Maybank buat pelaburan bodoh di Indonesia dengan membeli Bank Internasional Indonesia, CEOnya dilantik jadi menteri kabinet, sekarang jadi Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). Felda susut rizab tunai berbillion ringgit, Najib terus jadi Perdana Menteri yang menguruskan Felda dan (Datuk) Ahmad Maslan terus jadi Timbalan Menteri.

"Mana dia accountability dan responsibility? Pelabur tidak akan melabur di negara yg tidak ada budaya accountability dan responsibility," tegas beliau.

Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah FDI ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu.

Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada tahun 2008 (Perangkaan diambil kira berdasarkan nilai US$1 = RM3.20650).

Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.

Prestasi Malaysia juga dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak mengecut dengan teruk di sebalik menerima tempiasan krisis kewangan dunia itu.

Thailand kehilangan RM14.24 bilion manakala Indonesia pula hanya berkurangan RM8.32 billion dalam FDI mereka, tahun lalu.

Kejatuhan mendadak itu yang dikatakan paling buruk dalam 15 tahun menyaksikan jumlah terkumpul FDI yang mengalir keluar melebihi jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM3.21 bilion.