Selasa, 20 Julai 2010

PETRONAS DIGUNAKAN UNTUK TERUS MEMBUNCITKAN KELUARGA NAJIB
Auto debit: PAS pertikai Petronas lantik CIMB bank tunggal

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mempersoalkan tindakan Petronas yang memutuskan untuk mewajibkan pengusaha stesen minyaknya di seluruh negara menggunakan sistem auto debit disediakan oleh CIMB sebagai bank tunggal.

Salahuddin berkata, berdasarkan pekeliling dikeluarkan baru-baru ini pengusaha stesen minyak dikehendaki menggunakan sistem itu mulai 1 September ini.

Pertronas mempunyai 920 stesen di seluruh negara.

“Kami ada menerima aduan daripada wakil penjual Petronas, semua pengedar kini dipaksa untuk menggunakan khidmat sistem auto debit yang disediakan oleh CIMB berbanding masa sekarang di mana mereka bebas untuk menggunakan mana-mana bank mengikut keperluan dan keselesaan mereka,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu Salahuddin mempersoalkan motif keputusan Petronas Dagangan Berhad yang memutuskan untuk menggunakan hanya CIMB sebagai bank tunggal.

“Apakah rasional Pertronas untuk melantik CIMB sebagai bank tunggal... mengapa CIMB diberikan monopoli dalam urusan ini,” kata beliau.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pihaknya juga hairan kerana meskipun Maybank sebagai syarikat dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Petronas memutuskan untuk memberikan khidmat auto debit urusan transaksi stesen minyak kepada satu bank tunggal.

“Adakah Petronas memutuskan kerana ketua eksekutif kumpulan CIMB adalah adik perdana menteri?” katanya. -TMI

MB S'gor: Air di Lembah Klang cukup hingga 2019

Bekalan air yang sedia ada sekarang ini di Selangor mampu menampung keperluan penduduk di Lembah Klang sehingga 2019, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan persekutuan dianggap terlalu terburu-buru untuk melaksanakan projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) walaupun anggaran kosnya telah meningkat dari RM2 bilion kepada RM8 bilion.

“Ini jelas apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui baru-baru ini, menuduh Selangor sengaja melengahkan pelaksanaan (PPAMPS) dan memberi amaran bahawa Selangor akan dipersalahkan jika berlaku krisis bekalan air pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Khalid, nasihat dari pakar industri air dan juga kajian berdasarkan pertumbuhan penduduk mendapati jumlah penggunaan air dahulu dan sekarang dan kapasiti pengeluaran air, bekalan air yang sedia ada sekarang ini mampu menampung keperluan di Lembah Klang sehingga 2019.

“Adalah dipercayai bahawa kedua menteri tersebut telah dikelirukan sehingga mempercayai bahawa krisis air akan berlaku pada 2014.

“Kerajaan negeri sedar projek ini ada kebaikannya, namun ia tidak perlu disegerakan tanpa mengambil kira pemahaman menyeluruh industri air termasuk proses penstrukturan semula industri air Selangor,” katanya.

Khalid berkata masa yang sesuai untuk projek PPAMPS dilaksanakan adalah pada 2015 atau 2016 dan jika ia dipercepatkan tanpa kajian, kos itu akan meningkatkan beban hutang kerajaan.

“Sehubungan itu, Selangor menyarankan kerajaan persekutuan memberi keutamaan kepada alternatif lain dan tidak terlalu mudah melaksanakan projek mahal menggunakan wang rakyat,” katanya.

Khalid juga menyarankan kerajaan BN mengurangkan pembaziran air dengan mempromosikan kitar semula air, mengumpul dan memproses air hujan yang boleh dilakukan secara bersama kerajaan persekutuan dan Selangor.

“Sumber alternatif air yang boleh diteroka seperti air sungai, tasik dan memperkenalkan teknologi air bawah tanah. Ketiga, dengan mengurangkan kadar air tanpa hasil daripada 35 peratus kepada kurang 20 peratus seperti yang berjaya dicapai oleh syarikat air Pulau Pinang.”

Selain itu, Khalid berkata penghantaran air yang cekap adalah penyelesaian terbaik bagi menampung permintaan pengguna. Oleh itu, perlu dipastikan air di utara Selangor dihantar dengan cekap ke wilayah selatan.

Katanya lagi, kerajaan wajib melakukan kajian menyeluruh, analisis, statistik secara terperinci mengenai pengeluaran air, penggunaan dan permintaan berdasarkan fakta dan angka berbanding membuat keputusan tergesa-gesa yang melibatkan wang pembayar cukai.
Bekas duta: Anwar akan terus dihumban ke penjara?


Sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?

Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal - akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam.

"Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja bagi Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti,” tulis Malott.

"Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara.”

Me
nurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik.

"Segala yang saya ketahui ketika itu dan sekarang ini, membawa kepada rumusan bahawa perbicaraan ini adalah untuk mengketepikan beliau dari politik,” katanya.

Merujuk kepada kejayaan Anwar pada pilihan raya umum 2008, Malot berhujah perbicaraan liwat sekarang bertujuan melemahkan pakatan pembangkang yang semakin bersemangat.

"R
ancangan politik kerajaan adalah untuk menghumban Anwar ke penjara supaya pembangkang menjadi kucar-kacir dan tidak bersedia. Kemudiannya, pilihan raya mengejut diumumkan dan mereka akan menang dengan mudah,” katanya.

Menurut Malott adalah mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebuh-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikankepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka.

"M
alaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik,” katanya.

Dalam artikelnya itu juga, Malott mendakwa kerajaan BN sekarang dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mereka bertekad untuk mengurung Anwar agar segala kepincangan itu tidak dihebohkan.

Katanya, ekonomi Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan terdapat kadar pertumbuhan, namun perangkaaan itu disokong oleh perbelanjaan kerajaan.Tindakan itu menyaksikan hutang negara semakin membesar manakala pelaburan terus asing (FDI) cukup kecil.
KETAWA PAGI RABU

MARI BELAJAR BAHASA KEBANGSAAN KITA - MARI GUNAKAN RAMAI RAMAI


SELARAS: MENYELARAS - DISELARAS
SELARAS : MENYELARAS: KERAS
nota:
hari ini kita kenalkan perkataan selaras
contoh ayat : dalam kain sarong ada selaras


WAJIB BELAJAR BAHASA CINA

TEMU BUAL MIC DENGAN AKHBAR MCA


KOUTA 30% SAHAM BUMIPUTERA TEALAH DIHAPUS, NOR MOHD YAKCOP – merdeka review

Kuota 30% saham bumiputera telah dihapuskan, kata Menteri Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop dalam satu wawancara eksklusif bersama Nanyang Siang Pau, yang disiarkan pada hari ini.

Dalam wawancara tersebut, Menteri yang menerajui Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta ini menegaskan bahawa kerajaan telah membuat penyelarasan, untuk melihat kuota 30% saham bumiputera dari perspektif makro.

Kerajaan berharap bumiputera yang mencakupi 60% populasi Malaysia, mampu menguasai sekurang-kurangnya 30% saham dalam ekonomi secara keseluruhannya, dan bukannya tertakluk kepada setiap syarikat.

"Kami tidak lagi tegas, bahawa setiap syarikat, misalnya kedai gunting rambut, mesti memiliki 30% saham bumiputera. Kami melihat isu ini secara makro. Kami tidak harap setelah negara kita mencapai matlamat negara maju, bumiputera yang mencakupi 60% populasi masih gagal memiliki 30% saham," jelas Nor Mohamed Yakcop.

...BERITA INI UNTUK MAT BISUL DAN MAT KONG KANG…

… NASIB BAIK BERITA INI DALAM BAHASA CHINA…

… KALAU TIDAK GENG SONGKOK TINGGI GELABAH….

nota:
inilah cara gerombolan selama ini memerintah
pada india cakap nandek
pada china cakap kong ka likong
pada melayu cakap ketuanan melayu
nasib baik ada internet
semua sudah bocor
yang tinggal hanya songkok tinggi


SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU

KANTOI CURI PASIIIR TAK HEBOH PULAK?


KEMENTERIAN KEWANGAN NAFI BERBELANJA BOROS SEHINGGA BUAT PELARASAN SUBSIDI – berita hairan

Kementerian Kewangan menafikan dakwaan bahawa kerajaan berbelanja boros sehingga perbendaraan negara semakin susut dan mengakibatkan pelarasan subsidi gula, gas petroleum cecair (LPG) dan petrol RON 95 serta diesel.

Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pendapatan negara tahun ini sebaliknya bertambah kira-kira RM10 bilion hasil daripada peningkatan kutipan cukai pendapatan dan perniagaan serta korporat.

…MUNKEEE INI NAK MENIPU LAGI….

…. SELURUH MALAYSIA TAHU…. DUIT SUDAH ABISSSSS….

… CAKAP TERUS TERANG LAGI SENANG….

….PEGAWAI KERAJAAAN TAK ADA KURSUS DAN SURKUS LAGI…

… BANYAK BUAT JUAL DIRECT SELLING…

…. HOSTEL SEKOLAH UJUNG MINGGU TUTUP … TAK ADA MAKANAN…

…. SI MINAH SI MINAH DAN KONFERENSI TAK ADA LAGI….

…. JANGAN LAH TIPU MELAYU….

… HARI HARI MELAYU KENA LEBONG….

nota :
yang ini pakai selaras

MALAYSIA NEGARA UNIK


INI SELARAS KE DUA LARAS ?

PENGELUAR, PENIAGA SETUJU TIDAK NAIKKAN HARGA MAKANAN , MINUMAN - mstar

Harga makanan dan minuman yang mengandungi gula di seluruh negara tidak akan dinaikkan, walaupun harga bahan itu naik 25 sen minggu lepas.

Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan antara Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob dengan persatuan terlibat, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, dalam pertemuan itu, lebih 500,000 pengeluar dan peniaga makanan, yang diwakili 34 persatuan komited untuk tidak menaikkan harga makanan dan minuman yang mengandungi gula.

… MALAYSIA UNIK…. UNIK… BETUL BETUL UNIK…..

… MANA ADA PENIAGA DALAM DUNIA TAK NAK UNTUNG…

… HANYA DI MALAYSIA…. MEREKA TAK NAK UNTUNG…

… KAPITALIS DI MALAYSIA HANYA BUAT KEBAJIKAN….

….NAPA BANGANG SANGAT… BILA MINYAK NAIK…KOS MENGANGKUT NAIK…

…. BILA INI BERLAKU…. MAKA SEMUA HARGA BANRANG AKAN NAIK..

… JANGAN LAH TIPU MELAYU…

… MELAYU DAH RAMAI BODOH….HARI HARI KENA LEBONG…

nota:
kenapa gunakan perkataan NAIK HARGA
kenapa tak gukan perkataan selaras
dalam kabinet tak selaras lagi ke ?

Isnin, 19 Julai 2010


KERAJAAN BELA IPP, BEBANKAN RAKYAT

Ahli Dewan Negara, Senator Dr Syed Husin Ali menyelar tindakan kerajaan menaikkan harga beberapa barangan asasi yang membebankan rakyat tetapi meneruskan subsidi kepada penjana kuasa elektrik persendirian (IPP).

Syed Husin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas sangat membebankan rakyat terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah sebaliknya terus mengkayakan syarikat-syarikat gergasi.

Beliau juga melahirkan kebimbangan kenaikan harga barangan berkenaan menyebabkan juga kenaikan kepada barangan lain.

"Kita bimbang bahawa kenaikan harga barang ini yang disebabkan oleh penarikan subsidi terutama sekali ke atas minyak dan gula akan mengakibatkan kenaikan harga barang lain. Dan yang akan teruk menanggung beban kenaikan harga adalah golongan yang susah.

"Golongan kaya seperti IPP subsidinya RM19 bilion tapi tidak ditarik balik.Yang kaya dibiarkan terus kaya dan yang susah terus dibebankan," katanya.

Beliau juga menegaskan, walaupun kerajaan cuba mempositifkan minda rakyat dengan melarang media menggunakan ayat 'harga barang naik', namun hakikatnya perkara itu memang berlaku dan tidak boleh disangkal lagi.

"Saya tegaskan apa yang berlaku ini adalah kenaikan harga barang. Ini hakikatnya walaupun ada percubaan untuk mengganti namanya, hakikatnya adalah kenaikan harga barang," tegasnya.

Beliau juga menyifatkan alasan kerajaan menaikkan harga gula atas sebab kesihatan sebagai tidak munasabah.

"Berhubung dengan ini saya berasa geli hati sedikit apabila alasan menaikkan harga gula atas sebab kesihatan. Kalau kita bercakap soal kesihatan, kita boleh katakan daging boleh sebabkan darah tingi, telur boleh naikkan kolestrol dan begitu juga dengan barangan lain.

"Adakah atas sebab kesihatan semata-mata kita akan naikkan harga barang ini. Apa justifikasi menaikkan harga barang ini?" katanya.

Sementara itu, Senator S. Ramakrishnan berkata, kerajaan langsung tidak mempedulikan bantahan parti politik agar mengelakkan pembaziran dengan menghentikan pembinaan projek gajah putih sebaliknya bertindak menaikkan harga barang dan menjaga kepentingan kroni mereka.

"Kenaikan yang berlaku sekarang ada banyak bantahan dari pemimpin politik bahawa kerajaan harus mengelakkan projek gajah putih tapi kerajaan tidak mempedulikan bantahan ini tapi terus menaikkan harga barang. Mereka masih membazirkan wang dan permit AP diberi percuma kepada kroni," katanya.

Sebelum itu, Syed Husin memberitahu, soalannya berkaitan jumlah dan tugas sebenar polis cawangan khas di negara ini ditolak speaker.

"Soalan saya berkenaan jumlah ‘special branch' di negara ini, berapa peruntukan untuk mereka dan apa tugas mereka telah ditolak. Perkara ini perlu diketahui oleh rakyat dan kerajaan mesti telus memberikan penjelasan," katanya.

Turut bersama pada sidang media berkenaan, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim dari DAP dan Senator Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff dari PKR.