| AHLI PERNIAGAAN DIKAITKAN DENGAN PM BERSAMA PARIS HILTON |
| Nama Malaysia sekali lagi tercetak dalam media Perancis baru-baru ini apabila seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana. Ekoran itu, pelbagai pihak tertanya-tanya siapakah lelaki itu. |
Isnin, 19 Julai 2010
PROPAGANDA UNTUK MENGOLAH PERSETUJUAN
REALPOLITIK DI KEMAS KINIAda tiga pekara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib Rosmah. Tiga pekara ini wajib dilakukan untuk menyelamat harta kekayaan dan kuasa mereka dari di rampas kembali oleh kuasa orang ramai.
Tiga pekara ini bukan terlalu susah untuk difikirkan. Malah ianya tidak memerlukan batuan penasehat zionis APCO untuk memunculkan perancangan. Kita sendiri boleh memikirkan tiga pekara ini tanpa memerlukan ijazah PPE dari Oxford. Tahap jaguh kampong dan gedebe politik seperti Ibrahim Ali pun sedar hal ini.
Tiga pekara ini ialah :
1 - Anwar Ibrahim mesti di ketepikan
2 - Parti Pas wajib dipisahkan dari Pakatan Rakyat
3 - Propaganda untuk menghuru harakan Parti Keadilan Rakyat wajib diperbesarkan
Ketiga-tiga pekara ini wajib berjalan sarentak. Untuk kerajaan Najib Rosmah tiga pekara ini lebih penting dari dasar ekonomi baru atau model ekonomi baru. Lebih penting dari dasar luar negara. Lebih penting dari Rancangan Malaysia ke 10. Kerana rancangan ini bagitu penting sekali maka kerajaan Najib Rosmah akan menjanjikan apa saja untuk memastikan tiga pekara ini dapat direalisasikan.
Kerajaan Najib Rosmah tahu, sedar dan merasakan bahawa susuk Anwar Ibrahim memainkan peranan yang amat penting dalam ikatan setiakawan Pakatan Rakyat. Dengan adanya susuk Anwar maka Pakatan Rakyat dapat berdiri teguh. Mengikut pandangan Najib Rosmah jika Anwar ‘diketepikan’ maka Pakatan rakyat akan londeh terbarai. Sama ada ini hakikat atau sebaliknya bukan penting. Yang penting inilah persepsi politik mereka. Politik bukan kebenaran – politik ialah persepsi.
Apa yang kita lihat hari ini - apa yang sedang berlaku di lanskap politik negara ialah gerak kerja jentera dan aparacik politik Najib Rosmah sedang menjalankan tugas untuk meminggirkan Anwar.
Dalam strateji politik langkah pertama sebelum musuh diserang ialah melahirkan satu imej buruk musuh. Ini penting untuk mengolah persetujuan orang ramai. Ketika perang dunia kedua dahulu, tentera Jepun digambarkan bermata sepet , bergigi jongang membawa pedang samurai. Sesudah perang tamat Jepun dilihat sebagai kawan dan rakan berniaga yang baik. Memunculkan imej hodoh ini amat penting. Jika imej telah buruk maka apa sahaja yang diperkatakan terhadap Anwar akan di yakini umum.
Langkah pertama ialah mengkaitkan Anwar dengan lubang berak Saiful. Ini juga bukanlah satu langkah yang bijak bergeliga. Menggunakan lubang berak Saiful telah di tujah dan diteroka lebih awal lagi oleh Mahathir Muhamad pada tahun 1998 dahulu melalui lubang berak Azizan.
Apabila Saiful diberitakan tidak terberak selama dua hari kerana menyimpam bahan bukti didalam juburnya maka tahap jenaka dan genre lawak Melayu telah melonjak tinggi. Rating Lebai Malang dan Pak Pandir berkemungkinan jatuh. Apek Ganja telah menjadi lawak basi. Lubang Saiful naik ke mercu kegemilangan.
Seluruh Malaysia telah senyum puas. Kemudian dengan tetiba warga se Tanah Melayu menjadi hairan dan tertanya-tanya siapakah agaknya yang menuliskan kata bual yang bagitu bodoh untuk si Saiful ini.
Seperti kes lubang berak Azizan , kes lubang Saiful ini juga telah tergelincir. Kelihatan propaganda berbentuk ini telah menjelak dan menjelikkan orang ramai. Ini mula disedari oleh Najib Rosmah. Propaganda lubang berak Saiful yang dirancang untuk memburukan Anwar telah menjadi lawak bodoh dan sedang melawan tuan.
Dengan cepat para aparacik dan jentera Najib Rosmah bergerak. Kali ini wajib dimunculkan satu lagi strateji baru – ajen asing.
Harus di sedari bahawa surah – ajen asing – ini juga telah mula muncul pada tahun 1998 dahulu. Ketika itu duta Amerika ke Malaysia ialah John R Malot. Dalam kes pertama tahun 1998 dahulu memang telah disebarkan surah bahawa Anwar Ibrahim ini adalah ajen CIA. Apabila berita ini tersebar kerajaan Amerika telah mengambil langkah yang tepat.
Menurut Pak Duta John R Malot – kerajaan Malaysia telah diberi amaran bahawa : sila jangan campur adukkan kerajaan Amerika dengan krisis dalaman politik Malaysia. Bila amaran ini sampai maka surah Anwar ajen Amerika pun mati tak berasap.
Pasti pekara yang sama juga telah terjadi sekali lagi kerana dengan tetiba sahaja media gerombolan hari ini tidak lagi melaung-laungkan surah ajen asing ini. Pentabiran di Rumah Puteh melihat apa yang berlaku sekarang ini sebagai krisis dalaman – tidak ada sangkut paut dengan jabatan risikan mereka. Justeru apabila dikaitkan Anwar dengan CIA maka pasti pentabiran Obama ini , seperti tahun 1998 dahulu telah mengambil pendirian yang sama.
Langkah kedua yang sedang di jalankan oleh aparacik dan jentera Najib Rosmah ialah memastikan parti Pas akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Ini adaklah langkah yang amat stratejik dan penting. Kerajaan Najib Rosmah membaca jika Pas dapat dipisahkan dari Pakatan maka dengan segera Pakatan rakyat akan luntur dan pecah.
Kita harus menyedari bahawa walau pun Pas mengakui parti Islam – ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki dalam politik. Kita semua boleh mengakui bermacam macam. Dalam politik yang di rebutkan bukan Allah, Yahwe atau Siddarttha. Politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Kuasa diperlukan untuk memastikan lubuk kekayaan dimiliki. Apabila lubuk kekayaan telah dimiliki maka disinilah akan diuji sama ada parti itu bermazhab Sosialis atau Kapitalis.
Dalam dunia hanya ada dua sistem ekonomi – kapitalis atau sosialis. Dua sistem ini adalah sistem induk. Selainnya – yang mengakui sistem ini dan sistem itu - hanya pecah-pecahan dari dua sistem ekonomi ini. Seperti kueh bahulu – asasnya adalah tepung, gula dan telor. Warna, corak, reka bentuk hanya tokok tambah untuk mengolah keinginan orang ramai.
Dalam sistem ekonomi kapitalis ini ada pemimpin Pas yang akan , yang telah dan yang sedang tewas dengan kuasa dan harta kekayaan. Contohnya kes cerai berai bekas Adun Pas dengan isteri keduanya. Sang isteri sedang menuntut berjuta-juta ringgit. Ini kerana sang isteri tahu – ketika bergomol mesra - bahawa sang suami ketika berkuasa dahulu pasti ada tanah disana dan tanah disini - ada saham ini dan saham itu. Ini realpolitik. Ianya tidak pula bermakna kita merendahkan keyakinan mereka terhadap Yang Maha Esa.
United Malays National Organisation sedar hal ini. Pas bukan mengajukan sistem ekonomi alternatif kepada kapitalisma. Pas seperti PKR dan DAP hanya berjanji untuk menguruskan kapitalisma dengan lebih baik. Asas sistemnya masih kapitalisma. Ini hakikat. Ini realpolitik.
United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar dalam Pas. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh di ‘makan’ di dalam Pas. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam – pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib Rosmah.
Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari.
United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk ‘berunding’ dengan Pas. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan Pas menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik yang dicita-citakan ialah kuasa. Dengan kuasa manusia berpelung menobatkan dirinya dan mengumpul harta.
Waspada ! Percubaan dan langkah-langkah yang diambil oleh Najib Rosmah untuk berunding dengan Pas ini tidak ada sangkut paut dengan Najib sebagai anak Razak. Kerana Razak dahulu berunding dengan Pas maka Najib sang anak juga akan berunding dengan Pas. Ini bukan bacaan politik. Ini sembang di warong Mek Jah. Dalam realpolitik yang hakiki ialah kuasa.
Keinginan berunding dengan Pas ini adalah perhitungan realpolitik. Ini kerana sesudah pilihanraya yang lalu United Malays National Organisation telah dilihat sedang menuju ke hari hari akhir. Justeru untuk menyelamatkan harta kekayaan - perpaduan Pakatan rakyat yang kompak wajib di lemahkan. Kota yang kukuh wajib di bocorkan. Setiakawan Pakatan Rakyat yang mekar wajib dikacau bilaukan. Pas wajib dipisahkan dari Pakatan. Kalau tidak semua – sebahagian. Ini perhitungan politik untuk menyelamatkan harta dan kuasa.
Lalu kita smapai ke strateji ke ketiga : mengharu birukan kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan Kelantan tidak perlu diganggu gugat kerana slogan – ‘kita semua Melayu dan kita semua Islam.’ Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang boleh digugat tetapi ‘slow sikit’ kerana Dap ini lebih senang dikawal kerana Kecinaan mereka. Ahli gerombolan yang meninggalkan parti tidak mungkin akan menjadi ahli Dap. Malah Dap ini juga boleh dibawa berunding jika hari baik dan bulan baik – jika masa dan ketikanya telah ranum.
Justeru musuh utama ialah Parti Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Lalu semua akan dilakukan untuk menggangu gugat kerajaan Pakatan di Selangor. Lembu, kambing, pasir, tayar kereta, surau , masjid, kuil , sekolah, kasut, punggung, jubur – malah apa sahaja yang bersangkutan dengan kerjaaan Selangor akan digunakan untuk menunjukkan kepada warga Selangor bahawa kerajaan Pakatan ini tidak perlu disokong.
Aparacik dan jentera kerajaan federal sedang digunakan oleh Najib Rosmah untuk melemahkan kerajaan Selangor. Kes demi kes telah dibuka oleh SPRM terhadap pimpinan kerajaan Selangor. Semua dilakukan untuk menekan agar ada Adun PKR yang akan berpaling tadah.
Media gerombolan telah digunakan hingga ke tahap maksimum untuk mengolah persetujuan orang ramai. Seluruh Malaysia cuba diberi tahu bahawa krisis yang amat besar sedang melanda kepimpinan kerjaan Selangor. Kerajaan Selangor ini akan runtuh bila-bila masa sahaja dan Khir Toyo boleh kembali berpesta ke Disneyland tanpa soal jawab.
Dimana akhirnya semua ini ? Dalam merancang realpolitik Anwar Ibrahim pasti akan diketepikan. Ini stratiji utama. Susuk ini tidak akan diberi peluang untuk bebas bergerak. Jika diikutkan hati nafsu Najib Rosmah susuk Anwar ini akan diketepikan sebelum piliharaya Serawak. Tetapi bagaimana nanti reaksi kawan-kawan Yahudi Anwar yang selalu diperkatakan itu? Dan bagaimana pula agen-agen CIA yang lain? – apakah mereka juga akan datang untuk membantu Anwar? Kini seperti lubang berak Saiful – senjata dan propaganda akan memakan tuanya.
Dalam realpolitik ada yang lebih real. Yang lebih real ialah kuasa rakyat. Kerajaan Selangor mungkin goyang tetapi tidak akan runtuh kerana akarnya semakin kukuh. Kuasa rakyat ini jugalah yang akan menentukan apa yang akan terjadi kepada Anwar Ibrahim.
Justeru United Malays National Organisation hanya ada satu pilihan : mengajak Pas datang berunding. Najib dalam keadaan ini akan menjanjikan apa sahaja. Kalau Pas meminta Najib melempang Muhyiddin – pasti Munyiddin akan kena satu pelempang. Kalau Pas meminta Najib menampar Khairy Jamaluddin – pasti Khairy akan di tampar. Seperti Sultan Mahmud meminang Puteri Gunung Ledang , Najib akan melakukan apa sahaja keculi Pas tidak akan dibenarkan bertanya berapa orang sebenarnya anak Rosmah Mansor. (TT)
GULA: ADAKAH BENAR NAJIB PRIHATIN TENTANG KESIHATAN RAKYAT
Antara alasan Najib untuk menaikkan harga gula ialah rakyat Malaysia perlu mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya kerana ianya melibatkan isu kesihatan dimana kira-kira 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes dan peningkatan jumlah penghidap diabetes.
Bagi membuktikan apa yang didakwa Najib itu benar maka hari ini berlumba-lumbalah Media elektronik dan cetak yang ditunggangi UMNO menyiarkan kisah-kisah tentang diabetes atau penyakit kencing manis yang berpunca dari pengambilan gula yang berlebihan.
Kisah demi kisah dipaparkan agar rakyat berterima kasih kepada Najib kerana berusaha mengawal penyakit itu dengan menaikkan harga gula.. opss silap pulak dah.. bukan menaikan tapi menyelaraskan harga gula itu..
Antara kisahnya ialah Bayi berusia 6 bulan pun boleh kena Diabetes.berita penuh sila baca di SINI.
Hakikatnya.. Adakah Najib benar-benar prihatin akan kesihatan Rakyat Malaysia?
JIka benar beliau prihatin akan kesihatan Rakyat Malaysia sepatutnya yang perlu dinaikkan atau diselaraskan harga ialah Rokok dan Arak.. bukannya gula..
Rokok yang terbukti membahayakan Kesihatan dan Arak yang menyebabkan kita hilang kewarasan lantas bertindak tanpa menggunakan fikiran.
Najib bukan pedulikan tentang kesihatan rakyat Malaysia pun.. apa yang difikirkannya ialah bagaimana boleh mendatangkan keuntungan dengan segera kepada Kilang gula yang kini dikuasai Felda Holding..Kecuali ladang tebu miliknya di Perlis, Pada 31 October 2009 PBB Group yang dikuasai oleh Robert Kuok telah mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia bahawa beliau akan melupuskan pegangannya dalam perusahaan gula yang berjumlah RM1.29Billion kepada Felda Holding.lagi berita sila baca di SINI
Tidakkah saudara hairan kenapakah seorang usahawan yang menguasai sebuah perusahaan yang telah menjadikannya kaya-raya begitu mudah melepaskan atau melupuskan kesemua kepentingannya itu begitu mudah?
Kenapakah Robert Kuok bertindak menjual kepentingannya begitu saja sedangkan perniagaan itu menjanjikan keuntungan yang berterusan?
Kenapa beliau tidak mewariskan sahaja perusahaan itu kepada anak-anaknya?
Menurut seorang sahabat yang bertugas didalam industry pengeluaran gula yang pernah dikuasai oleh Robert Kuok itu, sebelum Robert Kuok melepaskan pegangannya itu terdapat banyak tekanan dari agensi kerajaan terhadap perusahaannya itu.
Tekanan yang sangat luarbiasa dari berbagai-bagai agensi penguatkuasaan.
Kita telah melihat dalam masa tidak sampaipun setahun Felda Holding menguasai industry pengeluaran gula kenaikkan atau pelarasan sebagaimana yang disebut Najib meningkat 45 sen..
Kali pertama harganya dinaikkan sebanyak 20 sen menjelang 1 January yang lalu dan kali kedua baru-baru ini sebanyak 25 sen lagi dinaikkan.
Dan menurut Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula.
45 Sen harga gula telah dinaikkan bila industry itu dikuasai Felda Holding!
Tetapi semasa Robert Kwok menguasai industri pengeluaran gula ini untuk mendapatkan kenaikkan 5 sen bagi setiap Kilogram Gula, beliau telah memohonnya selama lima tahun dari Kerajaan dan hasilnya tiada kebenaran diberikan..menurut sahabat itu juga.
Jadi fikirkanlah wahai saudara-saudara ku.. adakah benar Najib menaikkan harga Gula kerana beliau prihatin dengan kesihatan Rakyat Malaysia atau kerana kepentingan Felda??
ADUHAI SUBSIDI DIRAMPAS...
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kekesalannya terhadap kenaikan harga "5-dalam-1" bagi tujuan penjimatan subsidi sedangkan pada masa yang sama terdapat pelbagai pembaziran.
"Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibu bapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.
"Mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah."
Tengah malam kelmarin, kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG). Langkah tiba-tiba itu ternyata mengundang kemarahan banyak pihak, terutamanya pembangkang.
Menulis dalam blognya semalam, Dr Mohd Asri menempelak "golongan bangsawan dan pembesar yang bersenang-lenang dengan kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat".
Sedangkan, menurut artikel berjudul 'Menangisi kenaikan harga barang' itu lagi, orang miskin kini menangis ekoran harga makanan yang semakin tinggi.
PENYELARASAN SEMULA SUBSIDI: SIAPA UNTUNG?
1. Kalau harga petrol naik 5 sen satu liter ertinya RM2.00 bagi setiap 40 liter . Saya sebut demikian sebab mana ada kereta yang bubuh minyak satu liter sahaja. Begitu juga dengan gas , naik harga 10 sen satu kilo , maka satu tong naik RM 1.40 . Justeru , tidak pula pernah saya dengar ada orang beli gas hanya satu kilogram .2. Gula juga mengalami kenaikan harga mendadak pada kadar 25 sen satu kilo menjadikan harganya kini RM 1.75 sekilo .
3. Syahdunya kali ini kerajaan cukup bijak menyembunyikan "agenda" apabila mewajarkan kenaikan harga barang ini dengan menggunakan istilah penyelarasan semula subsidi demi kepentingan ekonomi negara , sebagai sebuah puisi yang mampu mengulit rakyat .
4. Saya melihat pelarasan subsidi ini tidak adil kepada rakyat terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak tetap . Mereka terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang keperluan ini berbanding mereka yang berpendapatan tinggi dan mereka yang mendapat pembiayaan kerajaan .
5. Allah swt telah memberikan anugerah kekayaan yang melimpah ruah kepada negara ini melalui hasil mahsul dan bahan mentah yang begitu banyak . Kekayaan ini adalah nikmat Allah untuk dirasai oleh seluruh hambaNya . Malangnya hasil kekayaan ini hanya berlegar dikalangan orang - orang kaya dan pembesar dikalangan mereka . Sepatutnya hasil kekayaan negara yang dibahagikan kepada rakyat untuk dinikmati bersama itu , bukan subsidi tetapi mengembalikan hak rakyat kepada rakyat untuk dinikmati .
6. Ingat , rakyat bukan pengemis dalam negara sendiri yang berdaulat sehingga apa jua hasil negara yang patut dinikmati oleh rakyat disebut sebagai subsidi . Kini , Masyarakat atau rakyat yang berpendapatan rendah terus dihambat resah dan dibelenggu rasa bimbang berdepan dengan peningkatan taraf hidup pada hari ini . Pastinya apabila minyak setiap kali diisi mengalami kenaikan RM 2.00 [ untuk setiap 40 liter ] dan gas RM 1.40 setiap satu tong serta gula 25 sen sekilo akan menyaksikan kenaikan harga barangan lain dipasaran .
7. Walaupun kerajaan berjanji untuk mengawal kenaikan barang di pasaran tetapi pengalaman kita sebelum ini hanya menyaksikan satu kegagalan yang berterusan . Mereka pantaulah buat sehari dua ini , kemudian rakyat akhirnya pasrah begitu sahaja dengan kenaikan harga barang yang tiada siapa lagi bangkit berjuang membela nasib rakyat tertindas selepas itu .
8. Istilah Penyelarasan subsidi juga dilihat sebagai istilah tidak tepat dan wajar dilakukan oleh kerajaan . Lantaran apalah ertinya , sebuah kerajaan jika tidak memberi kepada rakyat akan nikmat yang wajar dinikmatinya . Rakyat berhak memiliki agihan saksama kekayaan negara . Kecualilah negara kita adalah sebuah negara yang miskin dan tidak mempunyai sebarang hasil , di darat mahupun laut .
9. Alasan kerajaan ialah untuk mengawal dan mengimbang ekonomi negara lalu "pelarasan semula subsidi dilakukan ." Kalau benar sekalipun untuk tujuan peningkatan dan penumbuhan ekonomi negara , kerajaan tidak perlu malah tidak berhak mengambil dan meragut hak rakyat menikmati hasil negara ini . Kenapa tidak kerajaan membaik pulih kebocoran dan ketirisan yang berlaku pada pembendaharaan ekonomi negara dan sistem pengendalian kewangan negara .
10. Selayaknya langkah awal dan drastik yang wajib diambil oleh kerajaan ialah mengelakkan pembaziran dan pemborosan wang negara pada projek yang tidak mendatang keuntungan kepada rakyat . Pembiayaan wang negara pada jumlah yang besar kepada syarikat konsultan seperti APCO , kapal selam yang tidak boleh menyelam dan projek - projek mega yang dilihat sebagai bukan keutamaan berbanding kebajikan rakyat yang wajib diperjuangkan oleh kerajaan .
11. Kerajaan dilihat lebih zalim dan tidak bertanggungjawab apabila menaikkan harga barang , mereka terus mendiamkan diri dari berbuat sesuatu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah dan tidak tetap demikian juga kepada penganggur yang semakin meningkat kadar bilangan mereka .
12. Tidak mustahil , ekoran kos kehidupan yang mula meningkat naik , meletakkan masyarakat lebih tertekan untuk bersaing dalam dunia yang tidak adil kepada mereka . Akhirnya keadaan ini menjerumuskan mereka ke dalam kancah jenayah yang mereka sendiri tidak merestuinya seperti mencuri , menyeludup dan sebagainya . Sementara kerajaan juga dilihat bersikap acuh tidak acuh dalam membina dan mendidik spiritual rakyat agar mereka menjadi insan yang soleh dan bermoral .