Selasa, 29 Jun 2010

CARA HUTAN BALAK TERGADAI DI SARAWAK

INI PEJUANG SIBER YANG TAK ADA ORANG BAYAR !



PBB TUBUH UNIT SIBER TANGKIS PEMBANGKANG, BLOG - mikini

Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah mengambil inisiatif menubuhkan unit siber di bawah Biro Penerangan dan Teknologi Maklumat parti itu bagi menjelaskan isu berkaitan dasar kerajaan, kata Ketua Penerangannya Abdul Aziz Adenan.

Beliau berkata unit itu dikenali Unit Media Baru, akan menangkis dakwaan pembangkang di samping memantau blog dan laman web dengan memberikan penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan yang menjejaskan rakyat.


nota:
mula mula adakan mesyuarat
kemudian tubuhkan jawatan kuasa
jawatan kuasa ini akan menubuhkan jawatan kuasa kecil
untuk mengkaji masaalah siber dan blog

laporan dari jawatankuasa kecil ini akan di bawa ke mesyuarat bahagian
dari bahagian akan di bawa ke mesyuarat pusat
pusat akan cuba mencari dana untuk mengupah para pejuang
siber. pusat akan membawa isu ini kepada menteri.

pusat akan pergi mencari dana dari para cukong towkay balak. towkay
balak bersedia memberi bantuan tetapi mahu memastikan lot 476 dan lot
764 yang penuh dengan hutan dara dihadiahkan kepada syarikat cukong.

jawatan kuasa kecil bermesyurat
mereka menuntut semua ahli jawatan kuasa kecil
diberi t-shirt. pekara ini akan dibawa ke bahagian.
bahagian pula akan membawa ke pusat. pusat akan menjumpai
cukong sekali lagi.

jawatan kuasa kecil mencadangkan akan diadakan latihan
kepada para pejuang siber. ahli-ahli jawatankuasa mahu
satu seminar diadakan di kucing dan jika boleh isteri rosmah
akan dijemput. sekali lagi pusat terpakasa menemui para cukong
untuk meminta dana. kali ini cukong cukup senang hati kerana
akan duduk sameja dengan isteri rosmah. cukong di beri pilihan:
kalau duduk sebelah isteri rosmah maka semua bil akan diselesaikan
cukong berjanji asalkan lot lot balak akan di tanda tangani pada malam yang sama


nota:
lihatlah inilah caranya hutan balak tergadai pada cukong
hanya disebabkan pbb hendak menubuhkan tim pejuang siber

nota:
hingga ke hari t-shirt pun belum sampai.
minggu depan mesyuarat jawatan kuasa kecil akan bermula

nota:
zul nordin adalah diantara penceramah
yang akan di jemput ke seminar di kuching serawak.
zul nordin akan menyampaikan kertas kerja
bertajuk: warna warna seluar dalam anwar ibrahim



MAHKAMAH PERANCIS AKAN MEMANGGIL SIAPA?

NORIEGA BEKAS PRESIDENT PANAMA DI BICARAKAN DI PARIS

SATU HARI NANTI NAJIB DAN RAZAK AKAN KE SINI JUGA AKHIRNYA

Manuel Noriega goes on trial in Paris – Guardian London

The former Panamanian dictator, Manuel Noriega, will appear in court in Paris today at the start of his trial on charges of laundering drug money in France.

He and his wife, Felicidad, were convicted of money laundering in absentia by a French court in 1999 and sentenced to 10 years in prison and a €11.2m (£9.2m) fine.

He was extradited from Miami in April on an international arrest warrant.

Now the general is being retried on the same charges: that he laundered €2.3m from the Medellin cocaine cartel through the BCCI bank in the 1980s. The money was allegedly used to buy three luxury apartments in Paris that have since been seized by the French authorities.

His wife is living in Panama and faces no charges. She and the couple's daughters were known in Paris for spending tens of thousands of euros in one day's shopping.

The trial will last for three days, but a verdict is not expected for several months.

The French trial is not the end of the former dictator's legal worries. Panama has asked France to send him back to his home country to face trial for human rights abuses, for which he faces a 54-year jail sentence

nota:
undang undang peranchis yang ketat
tak memgira bekas presiden atau bekas ajen cia

kes kapal selam ini nanti akhirnya akan ke sini juga

mahkamah peranchis akan mengeluarkan
waran antarbangsa.

agaknya nama siapa yang akan
diminta oleh makamah peranchis?

tunggu dan lihat. bila nama telah keluar kita bantu
mahkamah peranchis untuk mengesan alamat-alamat
malaon yang dikhendaki. bila ini berlaku maka seluruh
rakyat malaysia dan rakyat meongolia akan bergumbira


mari teka nama yang akan dipanggil:
1 zul nordin
2 razak baginda
3 bik mama
4 najib razak
5 isteri razak


apa sangkut paut zul nordin dengan kes ini?

tak ada sangkut paut. tapi kita hantar juga
ke paris kerana kes bodoh kah kah kah


KASSIM BABA DENGAN BEBERAPA ORANG PENYAMUN

MENUNGGUU KASSIM BABA

UMNO TIPU, JATUH REPUTASI ULAMA MUDA – harakah daily

Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27,dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.
Hosni menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.

Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.

Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.

Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

KASSIM BABA DAN 40 PENYAMUN TAK JADI RUPANYA

INI BAIK PUNYA TIPU

ULAMA MANA YANG BUAT PROGRAM INI

TAPI MASIH ADA LAGI MELAYU YANG PERCAYA

ADA LAGI MELAYU YANG UNDI GEROMBOLAN

TERBUKTI...BODOH DAN BANGANG MEMANG TAK ADA UBAT


GEDEBE KATAK

CHA CHA ROOMBA DAN GEDEBE KAMPONG

KHAIRY CACAMERBA – IBRAHIM ALI -mStar

Perang mulut antara Khairy Jamaluddin dan Ibrahim Ali belum berkesudahan apabila hari ini Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu secara sinis menggelar Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu seorang yang 'cacamarba'.

Sambil mengucapkan penghargaan kepada Khairy yang menggelarnya 'gedebe politik' atau samseng politik, beliau tidak kisah digelar sebegitu kerana 'gedebe' membawa pengertian berani dan tidak pernah takut.

"Selepas dianugerahkan dengan gelaran 'jaguh kampung' dapat pula anugerah 'gedebe politik', selang sehari dapat dua anugerah.

"'Gedebe' adalah bahasa loghat Kelantan dan maknanya berani, tidak pernah takut, jadi kini saya seorang jaguh kampung yang berani," katanya.

TERUSKAN LAGI

UCAPAN IBRAHIM ALI INI BETUL….KJ INI MEMANG CACAMERBA

KJ PUN CAKAP BETUL…. IBRAHIM ALI INI HANYA GEDEBE KAMPONG

TAPI KENAPA KJ TAK NAK LAGI KETUANAN MELAYU

DULU CAKAP ADA KERIS… ADA KETUANAN MELAYU

nota:
ibrahim ali patut letakkan
seorang calon pekasam di rembau.
menantu ayah wajib diajar agar dia hormat
pada ketuanan melayu. sekarang ini nampaknya
tanpa perkasam maka ketuanan melayu akan terkubur
ganti ketuanan melayu ialah ketuanan cukong


SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU

JAMBATAN RUNTUH: 3 ANAK DARA INDIA MATI IBRAHIM ALI
KERAJAAN AKAN SENARAI HITAM KONTRAKTOR ISTANA NEGARA JIKA BENAR TAK BAYAR UPAH PEKERJA-mstar

Kementerian Kerja Raya bercadang menyenaraihitam kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan Istana Negara di Jalan Duta jika terbukti mereka tidak membayar gaji kepada pekerja-pekerja asing. Abu Mansor berkata, beliau telah mengarahkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

"Saya bersimpati dengan pekerja asing walaupun masuk haram, tetapi mereka telah diketepikan hak kebajikan. Saya telah minta CIDB pagi tadi supaya segera menyiasat jika kebenaran ini ada dan mengikut data-data dari Kementerian Dalam Negeri.

"Jika benar syarikat-syarikat yang melaksanakan projek ini, walaupun projek ini merupakan projek design and build, maka kementerian tidak akan teragak-agak untuk mencadangkan supaya kontraktor berkenaan disenarai hitam pada masa akan datang," katanya semasa menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)bagi kementerian itu pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

JANGAN BUAT KERJA BODOH

SENARAI HITAM NAK BUAT KEPALA BANA APA?

KAUM BURUH BUKAN NAK SENARAI... MEREKA NAK GAJI

APA JADI DENGAN KONTREKTOR YANG BUNUH 3 BUDAK PEREMPUAN INDIA DI KUALA DIPANG?

ITU PUN DI SENARAI HITAM... SATU HABUK TAK ADA APA APA

KALAU DI NEGARA KAPIR LAKNAT YANG MAKAN BABI DAN TAK SEBAHYANG …. KONTREKTOR INI SUDAH MASUK PENJARA

DI NEGARA KAPIR LAKNAT YANG MAKAN BABI DAN TAK SEMBAHYANG… JIKA ADA SYARIKAT YANG TAK BAYAR GAJI… SUDAH LAMA PENGARAH SYARUIKAT INI MASUK PENJARA

DI NEGARA ISLAM YANG TUNGGANG LANGGANG PERGI UMRAH DAN BERBUIH MULUT BACA DOA…. SATU HABUK TAK ADA


DI NEGARA YANG ADA FATWA FATWI INI…. JANGAN HARAP KAUM BURUH DAPAT GANJARAN
nota:
kontrektor ini telah berjaya membuat stadium runtuh
kontrektor ini telah berjaya menaiikan harga istana dari 400 juta ke satu bilion ringgit

kontrektor ini telah berjaya tidak membayar gaji buruh
inilah contoh kontrektor islam melayu bumiputera
bila di kritik maka kita akan dituduh melawan raja dan perlembagaan
kita akan dituduh anti melayu

kita akan dituduh tidak patriotik
kalau macam ini lebih baik lagi british yang makan babi memerintah
mereka lebih adil dan jujur dari bumiputera melayu
yang islam yang selalu pergi umrah

Isnin, 28 Jun 2010

Ulama Muda terperangkap...


Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.

Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.

"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi.

Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis.

Harakahdaily/-

Sementara itu tukar tiub melaporkan...

INI USTAZ MOBARAK

INI CERITA DARI GUA BATU KASSIM BABA

Terkejut sungguh aku. Tak sangka dalam 40 orang Ulama muda yang dicanang UMNO menyertai mrk baru2 ini rupanya dipermainkan oleh UMNO. Komen Ustaz Mobarak , salah seorang yang dikatakan memasuki UMNO :

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escala...tor, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,”.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Aduh, penipuan apa ini wahai Datuk Seri Najib Tun Razak? Penipuan apa ini wahai Datuk Seri Shahidan Kassim? Penipuan apa ini wahai UMNO Cawangan Dataran Merdeka? Jeliknya permainan politik kamu.

( e-mail dari ustaz mobarak)

MEMANG PELIK… PELIK LAGI MELIK

UMNO CAWANGAN DATARAN MERDEKA!!!

DIMANA RUMAH AHLI AHLI UMNO INI ?

RUMAH DALAM SELANGOR KELAB KE?

RUMAH TEPI WARONG TEBING KE?

ATAU RUMAH DI BAWAH TEMPAT LETAK KERETA KE?

MACAM MACAM NAK TIPU ORANG MELAYU

NAK TIPU BUAT LAAAA BETUL BETUL

JADIKAN MEREKA AHLI UMNO JLAN CHU CHENG KAY

ATAU AHLI UMNO FLAT SAM MANSION

BARU SELURUH MALAYSIA PERCAYA

Sharpshooter :- Mula nak sangka baik..tapi akhirnya ini pula jadinya....adakah pemimpin umno dari dulu kini dan selamanya pembohong....

JPELURU BERPANDU SCORPENE 20% LEBIH MAHAL
Tian Chua (PKR-Batu) hari ini mengemukakan usul tergempar untuk membincangkan pembelian senjata yang dipercayai terlalu mahal untuk dua kapal selam Scorpene Malaysia.

Ini ekoran pendedahan kerajaan baru-baru ini bahawa perolehan peluru berpandu 40 Exocet SM-39 laut ke udara dan 30 torpedo Black Shark yang berjumlah 219 juta euro.

Menurut usul Chua, Kementerian Pertahanan telah membayar 20 peratus lebih daripada harga pasaran, selepas membandingkan perolehan yang serupa oleh negara-negara lain.

"Menurut rekod perolehan Pakistan, kos SM-39 ialah 3.07 juta euro setiap satu, manakala Portugis membeli Black Sharks pada harga 2 juta setiap satu," kata Chua.

Berdasarkan angka-angka tersebut, maka jumlah kosnya ialah 182.8 juga euro - berbeza 20 peratus (36 juta euro) daripada apa yang telah dibayar oleh Malaysia.

Tian juga memetik sebuah laporan oleh badan pemikir berpengaruh - Foreign Policy in Focus (FPIF), yang menyebut dalam laporan tahun 2005 bahawa banyak pembuat senjata pada umumnya digunakan rakyat Malaysia yang ada berhubung baik, sebagai pelobi mereka untuk mendapatkan kontrak.

"Komisyen dibayar kepada wakil-wakil berkenaan, dianggarkan berkisar antara 10 hingga 20 peratus," kata Tian dalam usulnya yang memetik laporan FPIF.

Dalam usulnya itu, Tian menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kepada Dewan Rakyat sama ada orang tengah atau ahli politik terlibat dalam pembelian torpedo dan peluru berpandu itu.
Serba-sedikit Mengenai 10 Orang Terkaya Malaysia


Artikel panjang ini membincangkan kisah 10 orang terkaya di Malaysia dari Vincent Tan yang memiliki $1.6 billion sehinggalah kepada Robert Kuok yang memiliki $12 billion. Wow! Banyak duit tuh. Patutlah UMNO melutut di kaki tauke judi nih, kwah kwah.

1. VINCENT TAN

LELAKI KONTROVERSI dengan aset $1.6 billion ni berusia 58 tahun, sudah berkawin malah mempunyai 11 orang anak. Hebat juga. Biasanya orang Cina anak satu atau dua saja. BERJAYA GROUP miliknya menguruskan Starbucks, papa John's Pizza dan Wendy's, dan banyak lagi.

Vincent ini memiliki banyak aset di Vietnam dan Jepun. Merupakan pemilik kepada Friendster.com. Selepas kecoh-kecoh dengan isu judi bola, Vincent telah menjual pegangannya dalam syarikat judi Ascot Sports, kepada syarikat Berjaya Sports, yang juga miliknya, kui kui.

Kasih sayang yang kuat dan jitu antara UMNO dan beliau pastilah menyumbang kepada kejayaan tauke judi ini. Akhbar melaporkan bahawa beliau telah menyumbang dan menaja 11 pilihanraya kecil UMNO-BN yang terkini. Wow.

2. SYED MOKHTAR ALBUKHARI

Umur sekitar 58, sebaya dengan Vincent Tan. Anak ada 5, kurang 6 orang banding dengan Vincent Tan. Takpe, teruskan berusaha.

Bekas pedagang beras masyhur ini menjadi kaya khususnya melalui Malaysia Mining Corps (MMC). Terlibat menguruskan pelabuhan dan airport di Johor selain memiliki pegangan di Malakoff.

Syarikat Tradewinds nya telah berjaya mengambil alih Padiberas Nasional. Turut memiliki Harrods. Antara sumbangan besar ialah Muzium Kesenian Islam Malaysia. Semoga Allah berkati perniagaanya dan sinari hatinya dengan sinar iman.

3. TIONG HIEW KING

Umur sudah 75. Anak ada 4. Memiliki RIMBUNAN HIJAU yang menguruskan ladang kelapa sawit, pembalakan dan hartanah di New Zealand, Malaysia dan Papua New Guinea. Variasi sungguh.

Turut memiliki Media Chinese International dan 6 akhbar serta 30 majalah di Amerika Utara, Asia Tenggara dan China. Sedang berusaha menjual pegangan di EON kepada Hong Leong.

4. YEOH TIONG LAY

$2.5 billion. Sudah 80 tahun umurnya . Anak ada 7. Pengasas YTL Corp. Berjaya mengambil alih Macquarie Group (Australia) yang memiliki banyak hartanah di Malaysia dan Singapura. Turut memiliki PowerSeraya, power generator kedua terbesar di Singapura.

Meskipun gitu, kebanyakan urusan dibuat oleh anak sulungnya Francis dalam 2 dekad kebelakangan ini.

5. TEH HONG POIW

Umurnya sebaya dengan Yeoh Tiong Lay, 80 tahun . Asetnya dalam $3.8 billion. Bekas kerani bank ini telah mengasaskan Public Bank pada tahun 1966 hasil duit simpanan dan keuntungan dari jual beli hartanah.

6. QUEK LENG CHAN

Junior dalam 10 tahun berbanding dengan Teh Hong Piow dan Yeoh. Umurnya dalam 69 tahun. Anak ada 3. Aset utamanya ialah Guoco Group di Hong Kong. memiliki Hong Leong Bank.

7. LEE KIM HUA

Tidak ada kena mengena Kim Jong Ill di Korea Utara, kui kui. Umurnya 81 tahun. Ada 6 anak. Balu kepada Lim Goh Tong, pemilik casino Genting ini memiliki saham-saham Genting yang meningkat lebih 50% hasil sokongan padu UMNO kepada industri judi negara.

8. LEE SHIN CHENG

ASET DALAM $4.6 BILLION. uMUR 71. aNAK 6. ketua IOI, pemilik rangkaian ladang kelapa sawit.

9. ANANDA KRISHNAN

Aset dalam $8.1 billion. Umur 72. Anak 3. Bekas pedagang minyak yang memiliki Maxis. Turut memiliki Astro. Dengan sikap rakyat Malaysia yang paling suka berseronok-seronok dan berhibur, tak pelik jika beliau menjadi orang kaya nombor 1 nanti.

10. ROBERT KUOK

Aset saja sudah $12 billion. Umur 86 tahun, anak baru lapan.

Asetnya bertambah $3 billion baru-baru ini. Pemilik syarikat minyak kelapa sawit, Wilmar International. Baru baru ini menjual pegangan dalam syarikat gula, Jerneh Insurance dan tanah-tanahnya di KL. Kebanyakan masa diluang di Hong Kong, sama seperti penulis, kui kui.

KEPADA PAS dan Pakatan, eloklah sekiranya PAS dan Pakatan berusaha melahirkan generasi pelapis yang kuat kewangan mereka agar boleh boleh membantu perjuangan Islam. Contohnya,di zaman Nabi, AbdulRahman Bin Aus dan Saidina Osman antara orang kaya yang sentiasa menyumbang kepada Islam.

Pakatan sewajarnya mengadakan institusi untuk monitor dan membantu pedagang-pedagang Islam khususnya dengan mengadakan seminar seminar, mengajar kaedah berniaga yang betul, memberi bantuan sokongan atau support apabila mereka menghadapi masalah besar.

Ini bukan soal mentaliti tongkat atau subsidi seperti yang dijaja oleh UMNO. Orang bukan Islam khususnya Cina mempunyai sejarah yang lama sebagai kaum peniaga.

JANGAN LUPA, dalam karya sejarah Tome Pires, beliau menceritakan betapa kaum Melayu sewaktu zaman kesultanan Melaka merupakan pedagang dan peniaga yang sangat berjaya sehinggakan hampir setiap keluarga Melayu memiliki bot atau kapal mereka sendiri.

SESUDAH dijajah selama 400 tahun lalu diperintah oleh UMNO, orang Melayu hilang budaya berniaga. Segelintir peniaga Melayu yang ada pun turut ditindas dengan teruk oleh UMNO sekiranya mereka menzahirkan bahawa mereka PAS atau Pakatan. Sokongan UMNO hanyalah untuk kroni-kroni mereka yang berniaga cara alibaba sahaja.
NAJIB TERMAKAN PAU WAU KAYA SINGAPURA

SITI AMINAH ABDULLAH DAN ISTERI ROSMAH

ADAKAH NAJIB DIUGUT UNTUK TERIMA KEPUTUSAN RUNDINGAN MALAYSIA – SINGAPURA YANG MERUGIKAN ?

Ogos 1965, regim pemerintah Negara telah menyerahkan Singapura. Kelemahan regim ini ditutup dengan perbagai sentiment. Rakyat yang terbakar dengan perbagai sentimen pada waktu itu melupakan kelemahan regim sehingga tergadai hak dan kedaulatan Negara. Semenjak itulah perbagai isu hubungan dua negara ini muncul dan tidak selesai.

Antara isu yang tidak diselesaikan dan berpanjangan sejak dulu antaranya ialah isu pembangunan tanah milik KTMB dan sekitar tambak Johor. Walau apa pun tuduhan terhadap Perdana Menteri sebelum ini namun jelas mereka mempertahankan kedaulatan Negara dan tidak mahu menerima tawaran rundingan Singapura yang jelas berat sebelah.

Namun baru – baru ini hasil pertemuan tertutup Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawat di Singapura. Kononya telah menyelesaikan beberapa isu tertangguh sekian lama. Dilaporkan di media Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Dilaporkan juga Najib turut menyatakan, 271 hektar tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah kini diserahkan kepada sebuah syarikat yang belum lagi ditubuhkan.

Syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini di mana Khazanah Nasional memegang 60% kepentingan dan Temasek Holdings Limited akan memegang baki 40%.

Ini, bermakna dari jumlah 271 hektar tanah milik KTMB, 40% kini sudah sah menjadi milik Singapura melalui perkongsian pelaburan.

Walaupun belum ada kepastian mengenai status pemilikan tanah, tetapi projek sistem transit laju (RTS) menghubungkan Tanjung Puteri, Johor dengan stesen di Woodlands yang dijadual beroperasi pada 2018 melalui projek usaha sama ini, kini dibahagi dua kepada Singapura.

Najib juga, gagal memberikan penjelasan terperinci tentang cadangan memindahkan Stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) milik Singapura menjelang 1 Julai 2011.

Tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar akan diserahkan kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini.

Malaysia juga dikatakan bakal memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta api di WTCP.

Hampir pasti bahawa kos operasi KTMB pasti akan meningkat dan bayaran penyewaan WTCP milik Singapura akan membebankan pada masa akan datang.

Maka KTMB bakal menyertai senarai syarikat milik kerajaan yang rugi seperti Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby Berhad yang juga dibawah perlaburan Khazanah Nasional.

Apa yang berlaku ialah kita bakal membentuk satu lagi perjanjian seperti perjanjian air dengan Singapura yang jelas amat berat sebelah dan menggadaikan kedaulatan Negara.

Semua ini mengarut dan tak masuk akal. Selepas pengumuman di Singapura , banyak bantahan kedengaran di Malaysia. Namun Perdana Menteri Singapura hadir pula ke Kuala Lumpur seolah ‘mengingatkan’ Najib mengenai sesuatu agar Najib terus mempertegaskan persetujuan Malaysia dengan keputusan berat sebelah yang dipersetujui di Singapura.

Seolah seperti ada sesuatu yang mengikat Najib untuk akur walaupun ia jelas merugikan Negara. Dari aspek politik juga Najib jelas akan rugi kerana suara bantahan yang keras sudah mula kedengaran. Namun Najib seolah terpaksa meneruskan.

Adakah Najib diugut dalam mempersetujui perjanjian ini ?

Berdasarkan kenyataan bersumpah yang di ikrarkan oleh Balasubramanian pada 1 Julai 2008 menyatakan Antara dakwaan Bala dalam surat akuan itu ialah, Najib telah memperkenalkan Altantuya yang dikenali sebagai 'Aminah' kepada Razak di Pameran Berlian di Singapura. Maknanya Najib pernah berada di Singapura bersama Altantuya.

Adakah ‘perisik’ Singapura telah mengumpulkan rekod tersebut ? Adakah rekod tersebut digunakan untuk mengugut Najib dalam akur dan bersetuju dalam satu lagi penggadaian hak dan kedaulatan Negara ?

Najib perlu tampil dan berterus terang depan rakyat Malaysia. Jika benar dia diugut rakyat Malaysia seharusnya bangkit bersatu bersama Najib yang sedang menghadapi ugutan melalui rekod maklumat risikan Singapura ini.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat isu ini sebagai isu besar kedaulatan, maruah dan masadepan Negara. Untuk itu 2 Julai ini Solidariti Anak Muda Malaysia akan menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai isu ini dan surat terbuka ini akan dicetak sekurang – kurangnya 20,000 naskah akan diedar seluruh Negara bagi mempertingkatkan pemahaman rakyat agar bangkit mempertahankan kedaulatan Negara.

BADRUL HISHAM SHAHARIN a.k.a che’GuBard
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


JANGAN LUPA TURUN BERDEMO 3 JULAI

AMBIL GENTING KEMBALI - JADIKAN HOSPITAL RAWATAN UNTUK YANG MEMERLUKAN UDARA BERSIH

JUDI: HIMPUNAN 3 JULAI DITERUSKAN –harakah daily

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mendesak Najib Razak mengumumkan keputusan kerajaan membantah judi sebagai keputusan Jemaah Menteri, bukan keputusan melibatkan Majlis Tertinggi Umno semata-mata.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, GMJ bersyukur dan menyambut baik keputusan berkenaan namun ianya mesti diumumkan secara jelas kepada rakyat bahawa ianya merupakan keputusan kerajaan Barisan Nasional.

"Kita menerima keputusan ini dengan menyatakan bahawa ia tetap perlu dilontarkan atau diumumkan daripada keputusan jemaah menteri, bukan daripada keputusan satu parti politik (Barisan Nasional) sahaja" katanya pada sidang media di Rumah Pena, di ibu negara hari ini.

Azmi juga menegaskan, GMJ tidak akan dimansuhkan begitu sahaja walaupun kerajaan menarik balik pemberian lesen judi, sebaliknya akan meneruskan kempen membantah judi secara berpanjangan.

Ini kerana, ujarnya keputusan menarik balik lesen judi itu hanyalah keputusan kecil sahaja sedangkan industri membabitkan perjudian sedang berkembang pesat di negara ini.

INI TEPAT… BANYAK LAGI RUMAH JUDI PATUT TUTUP

BILA NAK TUTUP PUSAT JUDI GENTING

AMBIL BUKIT GENTING ITU... JADIKAN KAWASAN HOSPITAL

BILA PULA NAK HAPUSKAN MAIN TIKAM EKOR


JUDI ADALAH BUDAYA KAPITALIS

JUDI MENJUAL HARAPAN

PERNAH TENGOK KELAB JUDI JATUH BANKRAP?

PERNAH DENGAR CASINO BANGKRAP?

PERNAH DENGAR TOWKAY JUDI BANGKRAP?

APA JADI DENGAN KASSIM BABA DAN 40 PENTAMUN

BILA 40 PENYAMUN INI NAK LAWAN JUDI

TAK KAN NAK DUDUK DALAM GUA SAJA

ATAU NAK MAIN JUDI SAMA


KASIM BABA DAN 40 ORANG PENYAMUN

40 ORANG PENYAMUN MENUNGGU KASSIM BABA DI PINTU GUA

PENYERTAAN 40 ULAMA MUDA DALAM UMNO SATU TAMPARAN HEBAT BAGI PAS- mstar

Khairy Jamaluddin berkata kesediaan 40 ulama muda mengganggotai Umno menunjukkan mereka berminat untuk bergerak bersama sayap Pemuda parti.

"Saya percaya dengan penyertaan mereka, kita boleh menganjurkan lebih banyak program berunsur kerohanian terutamanya di kawasan-kawasan isu-isu politik sering dikaitkan dengan agama," katanya.

Beliau berkata perkembangan terbaru itu satu tamparan hebat kepada Pas yang selama ini menganggap ia parti politik pilihan golongan ulama.

TAMPARAN KEPALA BANA APA?

KASSIM BABA DAN 40 PENYAMUN

CARI LAAA ANGKA LAIN…. PILIH PILIH … KASSIM BABA DAN 40 PENYAMUN

KASSIM BABA TUNGGU DI LUAR GUA

YANG LAIN MASUK DULU… KIRA HARTA

nota:
apa akan terjadi pada lebai sauh


MENYALAK LAGI KUAT

INI BUKAN ANJING INI BIAWAK

PEMBANGKANG HIPOKRIT PERTIKAI KERAJAAN TIDAK KELUARKAN LESEN JUDI – NAZRI AZIZ : berita hairan

Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan pemimpin pakatan pembangkang sebagai hipokrit kerana masih mengkritik keputusan kerajaan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan.

Beliau berkata tindakan mereka itu jelas menunjukkan sikap pemimpin pembangkang yang bermuka-muka kerana sebelum ini mereka juga tidak bersetuju dengan cadangan membenarkan pertaruhan sukan.

"Tengok lah pembangkang, bila kita tarik balik dia kritik juga... ini bukan soal takut pembangkang tapi soal mendapatkan maklum balas dari rakyat.

"Kerajaan kini lebih mementingkan suara majoriti rakyat sebelum mengambilke putusan melaksanakan sesuatu perancangan dan bukan berpegang kepada faktorlain seperti yang didakwa pemimpin pakatan," katanya.

TAKUT TENGOK DEMO 3 JULAI KE?

LEPAS INI RAKYAT MINTA TUTUP GENTING

LEPAS GENTING… JUDI TIKAM EKOR

PEMBANGKANG BUKAN HIPOKRIT

PEMBANGKANG NAK BERI TEKANAN KEPADA MAT MONGOL

NAK TENGOK MAT MONGOL DULAK DALIK… FLIP FLOP

nota:
politik ialah persepsi
rakyat seluruh malaysia memiliki persepsi yang gerombolan kaki rasuah
rakyat seluruh malaysia memiliki persepsi yang gerombolan pro judi
rakyat seluruh malaysia melihat lesen haji lebai al hafifi vinsen tan di batal
kerana rakyat nak berdemo

semua ini persepsi. dalam politik semua adalah persepsi

macam persepsi seluruh malaysia melihat
bahawa nazri aziz ialah anjing buruan
yang menyalak untuk gerombolan
ini persepsi walau pun nazri bukan anjing
tetapi biawak


ABANG JADI PENYAMUN

PADAN MUKA
UMNO PERLU UAR-UAR KELEMAHAN PEMBANGKANG: MOHAMAD HASSAN -melayau

Pemimpin dan ahli UMNO perlu menguar-uarkan semua kelemahan parti pembangkang agar rakyat tahu tembelang mereka, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Mohamad Hasan.

Di samping itu, katanya, pemimpin UMNO yang menganggotai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta dilantik Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu lebih lantang menyuarakan isu-isu disuarakan rakyat kepada pentadbiran kerajaan.

"Langkah berkenaan akan meningkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap UMNO selaku parti yang menjaga kesejahteraan mereka," katanya.

RAKYAT NEGERI SEMBILAN TAK PERLU DI WAR WAR KAN

SATU NEGERI SEMBILAN TAHU … MALAON INI BAWA DUIT LARI KE LUAR NEGARA

SATU NEGERI SEMBILAN TAHU… ABANG MALAON INI KAMI REMBAT HARTA RAKYAT

TAK PAYAH WAR WAR KAN....KJ AKAN BAKAR BUTUT MALAOAN INI

TAK PAYAH WAR WAR KAN.... MAT ISA TUNGGU MASA NAK TIBAI MALAON INI

TAK PAYAH WARWAR KAN PEMBANGKANG…. JAGA TEPI KAUM KELUARGA SENDIRI

RAKYAT NEGERI SEMBILAN TUNGGU MASA NAK MELUDAH DALAM TEMPAYAN

BILA DAH PENUH AIR LUDAH DIDALAM TEMPAYAN… NAK BENAMKAN MALAON INI