Jumaat, 21 Mei 2010

KISAH MULUT HEBIAQ - ANTARA PENGERUSI SPR & SENATOR KOTAK

Wan Ahmad, Senator Boy kalau nak bercakap jangan bubuh guli dalam mulut.

TIMBALAN Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar mungkin merasai apa yang dilakukan SPR pada pilihan raya kecil Sibu Ahad lalu sesuatu yang memalukan suruhanjaya berkenaan sehingga beliau merasakan perlu memberi penjelasan kepada umum dengan menjadikan DAP sebagai
punching bag.

Kelewatan menjumlah undi pos pada pilihan raya itu menyebabkan keputusan pilihan raya itu lewat diumumkan. Apa yang berlaku di Sibu tempoh hari menggambarkan SPR terlewat dua abad ke belakang. Mungkin sijil ISO yang diberikan kepada institusi itu perlu dikaji semula kalau pun tidak ditarik balik.

Gara-gara itu menimbulkan kemarahan orang ramai. Kelewatan itu atas apa sebab sekalipun ia menyebabkan orang berpelung membuat andaian yang buruk kepada SPR. Ia akan dikaitkan dengan ketidakcekapan SPR atau kerana SPR ada motif jahat.

Hari ini Wan Ahmad tampil membela SPR dengan menyalahkan DAP. Katanya kelambatan itu kerana sikap biadap DAP yang menghalang para pegawainya untuk membawa undi pos ke dewan Suarah. Betulkah berlaku dan kalau betul SPR perlu mengkaji kenapa terjadi demikian. Mengkaji kelemahan diri sendiri lebih baik daripada menuduh orang jahat.

Menurutnya itulah pengalaman pertama buat SPR menghadapi 'tentangan' DAP di tempat mengira undi. Beliau juga membandingkan (memuji) pemimpin BN yang tidak biadab dan membuat kacau, bila mereka menang. Beliau memberi contoh apa yang berlaku di Bagan Pinang dan Hulu Selangor.

Ceritanya, pemimpin BN tertib dan duduk diam dalam dewan pengiraan undi. Cara Wan Ahmad bercerita seolah-olah dia adalah salah seorang pemimpin tertinggi BN.

Sebenarnya Wan Ahmad tidak payah sebut perkara itu. Membandingkan dengan keadaan DAP di Sibu dengan pemimpin BN di Hulu Selangor samalah membandingkan dua jenis binatang yang satu bersisik dan yang satu lagi bertaring dan berkaki empat. Apa yang patut beliau sedari sebelum menyalahkan DAP ialah suasana yang wujud ketika itu.

Beliau sepatutnya mengkaji apakah kelemahan dan kesilapan sehingga penyokong DAP menyerbu mereka? Lalat atau semut tidak akan menyerbu ke sesuatu tempat itu kalau tidak ada apa-apa tarikan. Begitu juga penyokong DAP tidak gila untuk menyekat pegawai SPR kalau mereka tidak mengira SPR ada nawaitu nak buat kerja gila.

Orang terus persoalkan kenapa undi pos lewat di bawa sedangkan undi pos ini diproses sehari sebelum hari mengundi. Kelewatan ini tentu ada motifnya. Jauh sebelum ini undi pos banyak menjahanamkan harapan orang. Apa yang berlaku kepada calon PKR, di kerusi Lembah Pantai tahun 1999 (nama calonnya sudah lupa sebab dia sudah keluar PKR) semua orang ingat. Kenapa calon itu kalah setelah undi pos di bawa masuk menjelang tengah malam.

Undi pos bukan saja diragui akan kaedah pengundiannya tetapi cara ia dibawa masuk. Jadi kerana pengalaman itulah menyebabkan pemimpin DAP mengawalnya bagi menjamin tidak ada penyelewengan kering-kering terhadap undi pos. Malam itu BN sangat mengharapkan undi pos untuk menimbus undi biasa yang sudah memihak banyak kepada DAP.

Takkan Wan Ahmad tidak tahu tektik dan strategi ini. Saya yakin sebanyak dua juta peratus beliau tahu apa yang berlaku di sebalik undi pos ini. Kalau nak sokong BN pun biarlah tersaul dek akal dan jangan orang menampak terang-terang kebodohan dan kejahatan kita. Pencuri kalau tidak bijak akan mendapat dua dosa, pertama dihukum Tuhan kedua akan ditangkap polis.

Ingat dan sedarlah rakyat boleh ditipu sebanyak dua kali, tetapi mungkin tidak untuk tiga kalinya. Dalam mengulas soal DAP ini, pada saya yang biadap ialah Wan Ahmad bukannya para penyokong DAP. Sebagai pegawai kepada suruhanjaya bebas sepatutnya beliau adil. Kalau tidak tukarkan sahaja suruhajaya pilihan raya itu kepada "Suruhan Menjayakan UBN" (SMU).

Dan cadangan saya bagi mengelakkan timbul kekeliruan dan keraguan kepada undi pos, harap SMU boleh ubah peraturan mengira undi ini, ia perlu dibuat awal sebelum penjumlahan dari peti-peti undi. Cara ini saja menjadikan ia telus. Kalau di buat diakhir (lewat) ia akan tetap diragui walaupun SMU akan telus dan adil terhadapnya. Kenapa kaedah atau sistem ini tidak diubah? Nah, makanya di sinilah peranan SMU untuk memberi undi memenangkan calon UBN.

Tinggal Wan Ahmad, kita pergi kepada Ezam Mohamad Noor yang sudah menjadi senator itu. Nampaknya jawatan senator itu khusus membelasah Anwar. UBN nampaknya terpaksa menggunakan anggota senat untuk membelasah Anwar. Fungsi anggota senat yang sebelum ini menjadi rubber stamp kita bertukar menjadi senator boy Najib untuk menghentam Anwar.

Dalam surat khabar yang sama ada menyiarkan ulasan dan pandangan senator boy itu terhadap Anwar. Katanya Anwar akan tetap jadi ketua pembangkang di Parlimen walaupun DAP mempunyai kerusi lebih. Alasan senator boy kerana Anwar satu-satu pemimpin Melayu yang menidak ketuanan Melayu di negara ini dan selari dengan perjuangan DAP.

Hujah senator boy lagi, Kit Siang dan Karpal Singh yang dulunya musuh Anwar kini dilihat sudah membela Anwar di parlimen dan mahkamah.

Senator boy sama juga dengan Wan Ahmad, dia cuba menimbulkan sesuatu yang orang sudah faham, dan beliau yang buat-buat tidak faham. Kalau nak bercakap juga carilah modal lain. Apa salahnya kalau Anwar terus menjadi ketua pembangkang. Yang senator boy sibuk-sibuk kenapa? Apakah kerana bimbang takut Anwar mendedah banyak lagi masalah bos barunya itu?

Yang nyatanya sikap dan setiakawan DAP lebih terhormat daripada cara senator boy berkawan. Dalam konteks ini DAP lebih menghayati budaya dan adat Melayu berbanding dengan senator boy yang mengaku Melayu tapi sanggup menikam kawan dari belakang. Kalaupun Karpal Singh dah Lim Kit Siang menyerang Anwar dulu mereka buat secara berdada. Mereka tidak main belakang seperti senator boy. Jiwa mereka ternyata lebih besar dari hati senator boy.

Karpal Singh dan Lim Kit Siang tidak berkawan dan menumpang hidup dari Anwar dulu baru menghentam Anwar. Dia bergaduh mencari penyesuaian dan bukannya bergaduh mencari alasan untuk lari meninggalkan pengkalan. Karpal Singh dan Lim Kit Siang lebih terhormat dan gentleman dari senator boy. Hanya dengan jawatan senator, senator boy sanggup melakukan apa saja termasuk meludah ke langit. Kalau senator boy cerdik dan ikhlas kenapa dia harus menjadi bodoh selama 12 tahun sebelum jadi cerdik dengan meninggalkan Anwar?

Cara senator boy menghentam Anwar juga lebih kurang SPR menghentam DAP sahaja. Dia kata Anwar menolak ketuanan Melayu tetapi dalam masa yang sama dia juga bersekongkol dengan parti yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk mempertahankan ketuanan Melayu. Apakah senator boy sudah berbangga dengan Umno hanya dapat mengkekalkan lambang keris pada parti itu.

Apakah konsep 1 Malaysia yang dislogankan oleh bos baru itu adalah ciri-ciri ketuanan Melayu. Sayang senator boy ketika Najib ingin membuat transformasi untuk meleburkan ketuanan Melayu beliau pula mampir untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu. Kita tengok sejauh mana kehebatan senator boy mempertahankan Melayunya itu. Diharapkan janganlah senator boy menjadi lebai malang nanti.

Kepada senator boy dan juga Wan Ahmad jangan cuba hendak bercakap kalau anda telah memasukkan guli dalam mulut. Kalau cuba bercakap juga tentunya nada dan butirannya tidak berapa jelas dan menjadi telor. Bagi telinga yang kurang deria rasanya tentu tidak akan dapat mendengar elok apa yang ada hendak perkatakan dan ini menyebabkan akan berlaku salah faham.

Khamis, 20 Mei 2010

Forum Ekonomi Islam di negara yang menghalalkan judi


Pakar-pakar ekonomi dan wakil Kerajaan beberapa negara Islam berkampung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula hari ini untuk membincangkan isu-isu ekonomi negara Islam.

Menariknya, sebelum Forum Ekonomi Islam ini dijalankan, minggu lepas Kerajaan Malaysia memperkenalkan satu lagi sumber ekonomi baru negara ini iaitu pengeluaran lesen judi bolasepak piala dunia.

Keputusan yang cukup kontradik dengan mesej Forum Ekonomi hari ini. Kita menghimpunkan pakar-pakar ekonomi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman terbaik mereka bagi merancang aktiviti ekonomi kalangan negara Islam. Yang pastinya aktiviti itu pastilah atas nama Islam yang halal dan tidak melanggar syariah. Firman Allah swt.

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah:

Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir" -Al-Baqarah ayat 219


Jelas tidak dinafikan bahawa judi memang ada manfaat sama seperti arak. Tapi manfaatnya hanya pada orang yang menang sedangkan dari 100 orang yang berjudi hanya 1 orang sahaja yang menang sedangkan ada 99 orang lagi jari rugi. Ini tidak memberikan faedah kepada semua.

Judi merosakan rakyat, dimana duit yang mereka miliki hasil perahan keringat mereka bakal habis dilaburkan tanpa apa-apa pulangan pun. Kerajaan tak mampu banteras sindiket judi, tapi jangan fikir peniaga haram ini akan mohon lesen kalau kerajaan keluarkan kelulusan. Mereka akan tetap berjudi secara haram kerana kosnya lebih murah dan tak perlu kena cukai.

Malah bila judi dilesenkan, mereka yang untung adalah mereka yang menyediakan perkhidmatan judi dan Ah Long yang menyediakan wang untuk berjudi sahaja. Kerajaan pula kutip duit cukai hasil judi untuk bangunkan negara yang akhir jadilah projek-projek runtuh seperti di Terengganu.

Memang malu bila Malaysia yang keluarkan lesen itu jadi tuan rumah bagi Forum tahun ini. Nama Malaysia membusuk dikarpet merah para VIP bila mana mereka mentertawakan sikap Malaysia yang ghairah untuk merebut duit haram hasil perjudian. Pastinya mereka juga akan tertanya-tanya, adakah duit Kerajaan yang digunakan bagi menjayakan Forum kali ini adalah dari sumber yang halal atau haram.

Rakyat berharap agar forum ini sepatutnya membuka mata dan telinga pemimpin negara ini dan seluruh dunia khususnya bahawa dalam ekonomi Islam duit judi, arak dan segala macam yang haram sedikit pun tidak mempunyai keberkatan dan merugikan negara dimasa hadapan. Allah pertegaskan hal ini dalam al-Quran sekali lagi:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu) atau kamu masih berdegil?" -Al Maidah ayat 90-91.


Syaitan berjaya dalam misinya menyesatkan pemikiran pemimpin negara yang tekad meluluskan judi ini. Mereka ternyata degil dan nekad melanggar perintah Allah. Kerajaan jelas tidak berminat nak hapuskan judi, tapi mahu memperbanyakan aktiviti judi yang dikawal oleh Berjaya Group..

Memang sungguh memalukan, jika Forum yang berlangsung hari ini tidak mampu memberikan manfaat kepada Kerajaan dan rakyat negara ini. Ingatlah wahai pemimpin Umno-BN akan firman Allah ini:

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." -An-Nisaa' ayat 56


Wahai Najib, wahai Awang Adek... umur sudah lebih 50 tahun...rumah kata pergi...kubur kata mari...tariklah keputusan itu sebelum malaikat tarik nyawa kamu...

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

SATU LAGI KUMPULAN MELAYU KENA TIPU HIDUP2

PARA MUFTI DAN USTAZAH SEDANG BERBINCANG TENTANG JUDI


PDRM AKAN PERANGI HABIS-HABISAN JUDI PIALA DUNIA – mStar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memerangi habis-habisan mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjalankan perjudian haram membabitkan wang pertaruhan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung awal bulan depan di Afrika Selatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Bakri Zinin berkata, pasukan khas akan memantau kegiatan seumpama itu.

"Memang sudah ada pasukan khas ini...cuma kejayaan atau kes yang dilaporkan tidak akan didedahkan kepada media supaya tidak menganggu siasatan kerana ianya berterusan.
"Sememangnya setiap kali Piala Dunia kita akan gerakkan anggota untuk mengesan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, PDRM telah mengesan suspek dan lokasi perjudian, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata, walaupun kerajaan telah mengeluarkan lesen bagi membenarkan judi secara sah dilakukan, namun Bakri berkata pasti akan ada sindiket-sindiket yang masih berdegil dengan menganjurkan pertaruhan tidak sah bagi mengaut keuntungan.

BIAR BETUL…. INI SUDAH BAIK…..INI BERITA HAIRAN

WAL SYABAS.. WAL SEDIA BERKHIDMAT….BUKAN BAKSHEEH

INI BETUL KE ?.... POLIS TUMPAS KAN JUDI


nota:

di malaysia ada perjudian haram
di malaysia ada perjudian halal


lihat bagaimana cukong berjaya mengumpulkan penjudi
ke satu sudut kemudian memasang lukah untuk
memerangkap semua penjudi penjudi ini.

lihat bagaimana polis dijadikan barua untuk memastikan
para pejudi dapat dikepong agar semua akan masuk ke dalam
sarang perjudian al haj vicentan.

lihat bagaiaman ada persekongkolan antara cukong, politikus melayu
polis dan judi. cukong dapat lesen yang diluluskan oleh politikus melayu.
politikus melayu mengarahkan polis untuk menumpaskan kumpulan-kumpulan
lain. kerja mengarahkan penjudi masuk ke dalam lukah al haj vincentan di bayar
oleh rakyat.

betapa bodohnya kita dibodohkan.
polis buat kerja – kayakan vincent tan.

lihat betapa bodohnya orang melayu
kena tipu oleh gerombolan

tak sedar sedar
kampong halaman dalam belukar
berucap di pentas berdegar-degar
tanah air dan kampong tergadai tak sedar sedar kah kah kah


JUMPA MADEY JUMPA SAMY - KETUK KEPALA MADEY DULU

WAJAH DUA PEMIMPIN INDIA


SAMY : SAYA TAK AKAN UNDUR MACAM ORANG BODOH- mkini

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menegaskan beliau akan "memusnahkan" mereka yang memusnahkan parti sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti tahun depan.

Saya tidak mahu berundur dari MIC macam orang bodoh dan saya akan membuat keputusan baik sebelum saya berundur," katanya semasa merasmikan Konvensyen MIC Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

SAYA AKAN MUSNAHKLAN MEREKA YANG MUSNAHKAN PARTI – SAMY VELLU
- mStar

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu menegaskan beliau akan "memusnahkan" mereka yang memusnahkan parti sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti tahun depan.

"Saya tidak mahu berundur dari MIC macam orang bodoh dan saya akan membuat keputusan baik sebelum saya berundur," katanya semasa merasmikan Konvensyen MIC Wilayah Persekutuan di sini.

Samy Vellu yang telah menerajui MIC selama 31 tahun sejak 1979 melahirkan harapan tinggi bahawa presiden parti akan datang akan memimpin parti dengan baik dan aman.
Dalam perkembangan lain, beliau menyangkal persepsi bahawa MIC tidak lagi relevan bagi kaum India kerana parti telah membuktikannya dengan memenangi dua pilihan raya kecil.

SAMY VELLU INI ADALAH SAHABAT KITA

DIA PEMIMPIN AGUNG MIC

SAMY ADA DERAJAH KEBESARAN DATUK SERI … TAK MACAM NANDEK LAIN

NANTI AKAN DAPAT TUN

DATU SERI INI BANYAK BANTU PAKATAN RAKYAT

LAGI LAMA DATUK SERI SAMY MENJADI PEMIMPIN

CIIIT…. SAPA MAHU JATUH KAN PAHLAWAN INI

nota:

bila malaon ini jatuh nanti
maloan ini wajib di tangkap
bukan sahaja merompak orang india
malah anak malaon ini terlibat dalam kes bunuh
anak dan bapak patut ke penjara

ZUL NORDIN AKAN MEMIMPIN GERAKAN ANTI JUDI

INI JUDI DENCH - BOSS JAMES BOND 007 - BUKAN JUDI VINCENTAN


NASARUDDIN ARAH PEMUDA PAS NEGERI ADAKAN BANTAHAN JUMAAT INI – harakah daily

Bagi menjayakan himpunan membantah lesen judi 21 Mei ini, Dewan Pemuda PAS negeri disaran mendapatkan penyertaan daripada Pemuda Pakatan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Ketua DPP Pusat, Nasruddin Hassan memberitahu demikian dalam satu arahan melalui sistem pesanan ringkasnya hari ini.

"Pemuda setiap negeri dikehendaki mengadakan himpunan aman pada Jumaat, 21 Mei ini selepas solat Jumaat.

"Bagi menjayakan himpunan itu, DPP negeri disarankan mendapatkan penyertaan daripada Pemuda Pakatan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

TURUN…. JANGAN TAK TURUN

AJAK PEJUANG ISLAM ZUL NORDIN DATANG

AJAK PENCINTA MELAYU GENG SONGKOK TINGGI DATANG SAMA

AJAK PUKIPM DATANG



SATU LAGI MANGSA ZIONIS


MENJADI PEMBUNUH APABILA DI PROGRAM


LAGI MANGSA TEMBAKAN LAPOR POLIS - mkini

Seorang lagi lelaki yang ditembak polis pada April tahun lalu, Shahril Azlan Ahmad Kamil hari ini tampil membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Seksyen 11 di Shah Alam hari ini.

Operator peralatan kontena di Pelabuhan Klang itu mendakwa, beliau ditembak di bahagian lengan ketika cuba mengelak – dengan mengundurkan kereta – daripada satu sekatan jalan raya oleh pihak polis di Seksyen 7.

Tembakan itu didakwa menembusi lengan, rusuk dan seterusnya terlekat di tulang belakangnya.

“Saya duduk hospital kira-kira sebulan,” katanya yang mendakwa tembakan tersebut menyebabkannya mengalami kesan sampingan berterusan seperti tidak boleh melakukan kerja berat dan lenguh-lenguh pada kaki kiri.

ADA LAGI KENA TEMBAK

SHAH ALAM INI DAH JADI KANDAHAR

AGAKNYA APA PROGRAM YANG DI MASUKAN OLEH ZIONIS APCO KE DALAM KOMPUTER PDRM

SILA LIHAT MANCHURIAN CANDIDATE… KALAU NAK TAHU CARA ZIONIS ISREAL BUAT KERJA

nota:

kes yang baru ini
kita tak ada baca pulak
tentang parang
selalunya bila ada polis tembakl
tiba tiba parang punting munchul


FATWA DARI MONGOLI


USTAZAH AL-MONGLI HAFIZI AL JUDI LI

LEBIH BANYAK BN CAKAP PASAL ISLAM , JUDI BERTAMBAH – harakah daily

"Lagi banyak Kerajaan Barisan Nasional (BN) membicarakan pasal Islam, lagi banyak perjudian tumbuh. Contoh terbaru 'judi bola' yang bakal mewarnai masyarakat ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia bulan depan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim.

Bercakap pada majlis penyampaian sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) tahun 2010 di Madrasah Al-Aminiah, Permatang Nibung pagi tadi, beliau menambah, judi bola akan menjadi trend terkini apabila kerajaan memberi lesen kononnya menghindarkan perjudian haram terutamanya kaki bola ketika perlawanan itu nanti.

Menurutnya, memberi lesen bukan jalan penamat untuk membanteras perjudian di negara ini sebaliknya menambah kemelut sosial yang telah kusut sejak bertahun lamanya.

INI BAHAYA BESAR

USTAZAH BARU INI AKAN BAGI FATWA

LAGI BANYAK FATWA …. LAGI BANYAK JUDI

KENA TANYA ZUL NORDIN

DENGAR PENDAPAT PEJUANG ISLAM INI
PEJUANG ISLAM INI PERNAH SEBATAL DG USTAZAH AL-MONGOLI INI DI NEW YORK

Rabu, 19 Mei 2010

JUDI UNTUK SEKELIAN PARA AGAMAWAN

"Kami mahu para mufti menyatakan pendirian terhadap isu judi bola sepak," teriak seorang pemimpin demonstran. Lantang suaranya dicorong mikrofon sebelum alat itu dirampas polis.


Di Mana Pendirian Majlis Fatwa? Tajuk artikel terpampang di dada akhbar elektronik.

Para pimpinan NGO pula tampil mendesak para pemimpin institusi agama tampil memberi pandangan dan menyatakan pendirian.

Pimpinan politik pula bermain dengan ayat-ayat mantiq mengajak manusia dan umat berfikir. "Kalau arak di Hulu Selangor HARAM, kenapa Judi di BACHOK halal? Sedangkan kalimah judi [maisir] mengekori kalimah arak [khamr] dalam ayat yang sama?

Saya seperti selalu, menulis untuk merungkai masalah dan puzzle rumit sebuah penipuan besar ini.

Di mana Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu besar syariat Islam ini? Mana pula Mufti Kerajaan Negeri Perak yang selalu lantang? Apakah ini yang menjadi masalah utama? Muftikah yang bermasalah? Atau ada otak lain yang lebih besar dan buruk masalahnya dari masalah para mufti dan segelintir ahli agama dewasa ini.

Berfikir. Terus menulis dan membelek sejarah.

Hujung 1990-an

Pada waktu itu, ada seorang mufti ikhlas kerana Allah tampil menegur maksiat dan membaik kerosakan dalam masyarakat dengan menegur kerajaan yang mengHALALkan pertandingan RATU CANTIK di Malaysia. Bayarannya, beliau dibuang dari menjawat jawatan mufti. Al-Fatihah untuk Al-Marhum.

MATANYA BUTA SEBELAH

Dajjal itu, matanya buta sebelah. Para pengikutnya juga dibutakan sebelah matanya. Buta mungkin pada zahir. Namun buta juga lebih dekat pada buta batin. Buta mata hati.

Manusia yang dibutakan mata hatinya akan gagal dari melihat kebenaran meski kebenaran itu berada di atas batang hidung mereka.

Membutakan sebelah mata [daya penglihatan dan pengamatan] manusia adalah kepakaran Dajjal. Melihat segala bentuk nikmat dalam kerangka materialisme. Semua benda dinilai pada satu sudut semata-mata. KEBENDAAN.

KECILKAH JUDI?

JUDI. Tanyakan siapa sahaja yang waras fikirannya, apakah hukum judi? Pastinya kalimah haram akan keluar dari mulut yang ditanya. Kalaupun tidak haram, pastinya mereka tidak bersetuju untuk mengatak bahawa judi itu adalah satu amalan terpuji.

COMMON SENSE. Itu kata orang putih. Ma'lum min ad-deen bid-dharurah istilah dalam agama Islam. Semudah makan kacang untuk mahu mengetahui baik dan buruk judi. Justeru, kenapakah ianya dihalalkan?

Matanya sudah BUTA. Buta dari melihat judi pada sudut buruknya. Kenapa ARAK di Hulu Selangor buruk? Kerana ada nilai material yang terselindung disebalik kemenangan isu yang membawa kepada kemenangan KERUSI.

Malaysia akan datang?

SURAH AL-KAHFI: UBAT JARUM BISA DAJJAL

Maksud sabda Rasulullah sallallahualayhiwasallam:

Sesiapa yang membaca surah Al-kahfi sebagaimana ianya diturunkan, maka orang itu akan terpelihara dari tipu daya Dajjal. [Hadith]

Kenapa Surah Al-Kahfi?

Syeikh An-Nadwi dan Sayyid Qutb berpandangan bahawa, Surah Al-Kahfi membawa mesej yang cukup besar dalam memperbetulkan sistem pemanduan pemikiran manusia. LIHAT, FIKIR dan PERCAYA. Itulah intipati Surah Al-Kahfi.

Andai cara melihat salah, hancurlah cara berfikir, jahanamlah sistem kepercayaan. Iman tidak akan mendiami hati mereka yang salah cara melihatnya.

Apa beza arak dan judi. Cara melihat.

Melihat dengan material akan menemukan perbezaannya. Arak HARAM di Hulu Selangor demi mendapat keuntungan. Judi HALAL juga untuk mendapat keuntungan.

PARA AGAMAWAN DAN ULAMA

Saya tidak berminat untuk mendesak kalian menyatakan pendirian terhadap isu judi kerana pendirian kalian tidak akan memberi apa-apa makna. Keputusan yang diambil oleh mereka yang sukakan judi itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa kalian tidak ada makna dan harga di mata mereka.

Andai kalian bertempik menyatakan judi haram sekalipun, hanya bagaikan anjing menyalak bukit. Tidak memberi apa-apa kesan. Mereka tidak akan melihat meski dengan sebelah mata!

Justeru, saya mengajak para agamawan sekalian untuk menyatakan pendirian terhadap mereka yang sanggup menukar dan mengubah-ubah hukum Allah. Apakah masih patut untuk menyangka mereka sebagai pemimpin kepada negara berbudi, semurni Tanah Melayu, Malaysia?

Itu lebih membuka mata mereka. Ayuh para agamawan, rakyat ramai menanti kalian.


HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan

Bukti jelas Najib rasuah


Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan kelulusan lesen judi oleh pemimpin Umno-BN sebagai suatu keputusan yang amat malang bagi masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.

"Apabila usaha yang dilakukan untuk mengajak ummah kepada nilai murni khususnya penerapan nilai Islam telah berkecai apabila kerajaan dengan rasa tidak bertanggunggjawab meluluskan lesen judi tersebut.

"Perkara sebegini ingin dipandang remeh oleh sebahagian orang, tetapi ianya amat besar kepada umat yang berjiwa besar, menghormati dan menjunjung hukum Allah," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Dr Haron menyifatkan tindakan tersebut merupakan simbol kehancuran nilai kehidupan yang paling asas, iaitu dengan meruntuhkan lambang ketaatan kepada Allah dan dengan sengaja mempamerkan keangkuhan terhadap hukum Allah.

Perlu difahami bahawa keruntuhan akhlak yang sepatutnya menjadi fokus pemerintah di saat gejala sosial dan perlakuan yang menunjukkan rendah moral manusia telah ditambah dengan perkara sebegini tambah beliau.

Tindakan tersebut akan menjadikan kehidupan manusia lebih parah.

"Judi adalah satu amalan yang ditolak oleh semua agama malah oleh seluruh masyarakat manusia yang menghormati nilai keharmonian hidup berumahtangga.

"Walau apa pun alasan, kita tetap tidak boleh lari daripada hukum Allah. Kita perlu memahami membiarkan perkara yang haram tinggal haram dengan memejamkan mata itu berbeza dengan menghalalkan yang haram".

"Menghalalkan perkara yang haram dengan sengaja boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Seolah-olah manusia itu lebih pandai dari Allah," jelas Dr Haron Din.

Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya ketika dihubungi menyifatkan tindakan kelulusan lesen judi tersebut tidak menggambarkan pentadbiran sebuah negara Islam.

"Tindakan tersebut bercanggah dengan hukum syarak. Dalam Al-Quran dan hadis jelas mencatitkan perkara yang jelas haram antara lain adalah judi, arak dan zina," katanya.

Hashim menyeru kepada NGO Islam dan pertubuhan tanpa mengira latar belakang politik dan pendirian untuk bangkit dan membantah kelulusan lesen judi tersebut.

Kata beliau ini jelas mencemarkan nama Malaysia yang dikenali sebagai negara Islam contoh.

"Jika kita tidak membantah, seolah-olah kita bersetuju dan bersekongkol dengan tindakan tersebut. Kalau unsur judi yang tersembunyi pun kita bantah, apatah lagi yang diadakan secara terang-terangan dan lesen diberikan secara rasmi" katanya lagi.

Beliau mencadangkan kepada Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan kenyataan dan pendirian mereka dalam isu ini.

Beliau turut memohon kepada Majlis Raja-Raja untuk bersidang dan membincangkan perkara ini kerana ia memberikan kesan langsung kepada kehidupan umat Islam.

"Sebagai penaung kepada orang Melayu dan ketua Islam, Majlis Raja-Raja diharap dapat memberikan pembelaan kepada orang Islam," kata Hashim.

Beliau optimims bahawa pembatalan lesen judi tersebut akan dipersetujui oleh ramai pihak.

"Bahkan ramai orang bukan Islam yang turut menentang cadangan usaha tersebut", katanya lagi.

Sementara itu di P.Pinang Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang mendesak kerajaan menarik balik lesen konsesi berbilion ringgit kepada Kumpulan Berjaya Corporation bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 Jun ini.

Yang Dipertuanya, Mohd Taufek Abdul Rahman berkata, JIM bimbang aktiviti perjudian akan meningkatkan gejala sosial, jenayah dan ketagihan judi dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda.

Katanya, JIM berharap kementerian prihatin dengan kesan yang telah, sedang dan bakal timbul kepada rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah.

"Kita juga khuatir aktiviti meminjam daripada ceti haram seperti ah long akan berleluasa ketika Piala Dunia kerana orang ramai meminjam wang untuk berjudi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan judi bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.