Jumaat, 7 Mei 2010


Kerajaan BN memang tidak pernah memandang halal atau haram sesuatu perkara yang dilakukan yang penting duit 'masyuk'. Sebab itulah lesen judi terus dikeluarkan walaupun yang sedia ada sudah melimpah ruah.

Sehari dua ini kemungkinan besar satu lagi lesen judi akan diluluskan.

Kerajaan Umno-Barisan Nasioal sedang mempertimbang mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan atas kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 awal bulan depan dalam satu lagi langkah yang dikhuatiri akan membawa kepada pelbagai masalah social dan keselamatan kepada negara.

Alasan untuk pertimbangan itu, menurut Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussein, ialah bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Kalau dilihat kepada jawapan Awang Adek ('Menteri Besar' Kelantan yang kempunan ini) kita dapat simpulkan bahawa judi yang diberi lesen oleh kerajaan BN HALAL dan judi yang tiada lesen HARAM. Kitab mana dan hadis mana yang Umno BN pakai ini. Ada judi HALAL dan ada yang HARAM.

Minta tolong Mufti Perak, Sahibus Samahah Harussani Zakaria keluarkan fatwa adakah judi yang dilesenkan oleh kerajaan BN HALAL di sisi ISLAM?

SETELAH BUAT KERJASAMA DENGAN APCO NAK HALAL JUDI PULAK

Datuk Dr Awang Adek Hussein, Timbalan Menteri Kewangan berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi lesen judi bola sepak sempena Kejohanan Piala Dunia Jun ini.

Di Kelantan, siapa yang tak kenal dengan Awang Adek? Nama yang dicanang dan disebut-sebut oleh Umno Kelantan sebagai pemimpin bersih dan masa depan untuk merampas kerusi Menteri Besar dari kepimpinan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa juga alasan dan hujahnya untuk membenarkan judi bolasepak, judi tetap haram. Tak ada judi halal dan judi haram. Hanya zaman Umno berada dalam kerajaan maka diperkenalkan istilah judi halal dan judi haram.

Rakyat Malaysia amnya dan Kelantan khasnya boleh menilai sendiri sikap pemimpin Umno seperti Awang Adek yang sering bercakap dan menyerang Pas kononnya memperalatkan Islam tetapi terbukti mereka sendiri sangat jahil tentang tuntutan dan apa yang dicegah oleh Islam.

Kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin MCA, Gerakan atau MIC saya tak pelik kerana mereka bukan Islam.

Tetapi bila kenyataan ini walaupun dalam bentuk cadangan keluar dari mulut seorang yang mengaku Islam ia merupakan sesuatu yang sangat memalukan.

Jadi tak hairanlah apabila pemimpin Umno yang turut meneguk arak dan memiliki saham judi serta terlibat dengan skandal memperlekehkan dan menghina sejarah lampau hidup Dato Zaid Ibrahim semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana bagi pemimpin Umno seperti itu umpama mengesahkan bahawa dalam Umno dalam bab tertentu arak dan judi adalah halal.

Maka dalam pilihan raya kecil itu kita dapat menyaksikan ramai pemimpin Umno yang maksum!

Khamis, 6 Mei 2010

Sultan Kelantan diheret seperti lembu,
Permaisurinya bermalam di lantai wad
Sedih dan terkejut dengan apa yang dilaporkan oleh Raja Perempuan Kelantan terhadap layanan yang mereka terpaksa terima dari pihak Polis. Saya pun tak berani nak komen banyak tentang hal penangkapan Tengku Fakhry dan juga penahanan Sultan Kelantan di Hospital USM, Kubang Kerian. Tengku Anis juga dilaporkan terpaksa berlindung di Hospital itu bagi mengelakan ditahan. Apa yang berlaku hanya kerabat istana sahaja tahu. Kita sebagai rakyat hanya mampu memerhati dan mendoakan yang terbaik. Jika Sultan mereka boleh layan begitu, siapalah kita sebagai rakyat biasa ini….

Raja Perempuan kata diheret seperti ‘lembu’

Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mendakwa beliau terpaksa ‘mendapatkan perlindungan’ di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, malam semalam kerana kuathir ditangkap polis dan supaya berada di samping suaminya.

Menurut laporan The Malay Mail, Tengku Anis juga mendakwa Sultan Kelantan ditahan tanpa kerelaan baginda dan polis mengabaikan perintah baginda supaya dibawa ke istana.

Akhbar tabloid itu juga memetik Tengku Anis sebagai berkata “polis mengheretnya seperti lembu” dalam usaha memaksanya ke balai polis.

Katanya, pada kejadian kira-kira jam 7.45 malam semalam di luar Istana Mahkota di Kubang Kerian, anggota dan pegawai polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang lengkap bersenjata menghalang perjalanan baginda dan Tuanku Sultan Kelantan ke Lapangan Terbang Ismail Petra Airport di Pengkalan Chepa.

Keluarga diraja itu dikatakan cuba berlepas ke Singapura bagi mendapatkan rawatan susulan untuk Sultan Kelantan.

“Kami begitu takut apabila polis menyerbu kereta kami dan UTK secara paksa cuba mengeluarkan Tuanku walaupun baginda berulang kali bertitah ingin kembali ke Istana, tetapi polis membawa baginda ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian,” titah Tengku Anis.

Raja Perempuan Kelantan itu juga mendakwa terpaksa bermalam di lantai di luar Wad Diraja di HUSM tetapi kemudiannya berjaya memasuki wad berkenaan sebelum menguncikan dirinya.

Sementara itu, peguam Sultan Kelantan, Mohamed Haaziq Pillay dan Gobind Singh Deo, tiba bagi di Kota Bharu, pagi ini bagi melepaskan baginda dari hospital berkenaan.

Menurut seorang daripada peguamnya, Mohamed Haaziq Pillay, permohonan writ habeas corpus akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jika mereka gagal melepaskan baginda.

Kemelut Istana Kelantan semakin kusut apabila malam semalam, Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra (kiri) dilaporkan ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang memakai topeng di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu, malam semalam.

Tengku Fakhry terbabit dengan kancah warisan taktha Kelantan yang membabitkan kekandanya, Tengku Faris yang juga adalah Pemangku Sultan.

Tengku Faris kemudiannya bertindak menyingkirkan adindanya Tengku Fakhry daripada Majlis Perajaan negeri itu.

Kejadian malam semalam itu juga dimuatkan dalam Kosmo hari ini dengan laporan Tengku Fakhry ditahan bersama dua orang doktor dan beberapa orang pengawal peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Ak
hbar itu yang memetik sumber istana memberitahu, putera Sultan Kelantan itu ditahan ketika beliau bersama dua orang doktor dan sekumpulan pengawal peribadi sultan menaiki beberapa buah kenderaan.

Bernama pula malam semalam melaporkan yang Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian untuk menjalani rawatan susulan masalah jantung.

Berita itu disahkan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.

LATAR BELAKANG KELUARGA DIRAJA KELANTAN

Sultan Kelantan

Sultan Ismail Petra, yang diserang angin ahmar sejak Mei tahun lalu dan dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya.

Raja Perempuan

Tengku Anis Tengku Abdul Hamid
Elia Suhana Ahmad (isteri kedua). Permohonan cerai difailkan pada 9 Mac lalu oleh Sultan melalui pihak ketiga.

Anak

Anak lelaki pertama: Tengku Muhammad Faris Petra (Pemangku Sultan)
Anak lelaki kedua: Tengku Muhammad Faiz Petra
Anak lelaki ketiga: Tengku Muhammad Fakhry Petra (beliau mencabar pelantikan kekandanya dan disingkirkan dari Majlis Perajaan. Baginda juga terbabit dengan kontroversi berhubung dakwaan penderaan ke atas isterinya, Manohara Odelia Pinot)
Anak perempuan: Tengku Amalin A’ishah Putri

Bapa Saiful kaki judi, pernah cuba melacurkan isteri!

Azlan Mohd Lazim (gambar kanan), bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi.

Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam bebarapa buah filem Melayu dan drama.

Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri.

Selepas bercerai, Halina melakukan berbagai kerja dan akhirnya melalui hubungan kerja dengan Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Lau, ekonomi Halina kembali stabil dan beliau membeli polisi insuran AIA untuk anak-anak beliau, Saiful dan adiknya Tati. Halina kemudiannya berkahwin dengan

seorang duda bernama Haris.

Halina meninggal beberapa tahun lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat barah payudara. Ketika itu Saiful menuntut di Uniten.

Kos rawatan perubatan Halina dibiayai melalui polisi insurannya, begitu juga rumah mereka di yang beralamat di No 78, Jalan 7/6, Bandar Utama, Damansara, PJ. Hasil insuran ibunya juga, Saiful dan Tati mendapat RM2000 setiap orang setiap bulan. Saiful dan Tati bakal mendapat RM 1 juta setiap orang hasil insuran tersebut.

Tati, pada umur 19 tahun berkahwin dengan anak Tan Sri Sulaiman Sujak, bekas Panglima Tentera Udara. Mereka ada chalet di Terengganu, tetapi akhirnya bercerai.

Pada 17 Mei 2008, Saiful bertunang dengan Janna Shariza, anak kepada Mumtaz Jaafar, bekas pelari pecut tahun 70'an. Ketika itu, Saiful beliau bertugas di pejabat Anwar. Mumtaz adalah setiausaha peribadi kepada Rosmah. Apabila mengetahui Saiful bekerja dengan Anwar, maka konspirasi pun dirancang melibatkan puluhan juta ringgit. Dan ketika ini, Azlan yang sudah lama menghilangkan diri muncul kembali.

Ingat, di awal rencana dinyatakan Azlan sanggup melakukan apa saja untuk mendapat wang, walau pun cuba memaksa isteri jadi pelacur. Menggunakan anak untuk memfitnah Anwar adalah peluang pendapatan lumayan bagi Azlan. Ketika inilah berlaku pertemuan di Putrajaya dalam bilik bacaan melibatkan Najib, Rosmah, Mumtaz, Saiful dan seorang lagi yang tidak dikenali.

Antara tugas upahan Saiful yang diberi oleh Najib ialah:

  • Mendapat maklumat dan fail mengenai MP Umno/BN yang ingin menyertai PR. (Dan dia berkaya menyeludup sekurang-kurangnya 5 fail kepada Najib).
  • Mengaku diliwat untuk menghalang Anwar dari bertanding dalam PRk Permatang Pauh
  • Mengaku diliwat bagi menghalang Anwar menjadi PM
  • Mengaku diliwat memastikan Anwar terpenjara.


Tidak lama selepas itu, iaitu pada 28 Jun, Saiful pun membuat laporan polis kononnya beliau diliwat. Dan pada ketika ini Azlan muncul di khalayak ramai, iaitu dalam masjid Wilayah dan berlagak sebagai 'Bapa Mithali'.

(Anehnya, pertunangan Saiful dengan Janna masih kekal walau pun Saiful mengaku diliwat).

Berapakah wang yang diperolehi oleh Saiful dan Azlan untuk melakukan kerja kotor ini? Allah Maha Kaya. Dengan petunjuknya, akan didedahkan kemudian.

- Dr. Hidayah Jr.

Isnin, 3 Mei 2010

BIAR MEREKA TIDAK DAPAT PERGI KE LONDON DAN PARIS

KAPAL SELAM MEMBAWA BALA DAN BALA

BERKENAAN SIASATAN MAHKAMAH PERANCIS TERHADAP SKANDAL URUS NIAGA PEMBELIAN KAPAL SELAM BERJUMLAH RM 4.7 BILION

Pakatan Rakyat memuji Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kerana memulakan aduan rasuah di Mahkamah Perancis berhubung urus niaga bernilai RM 4.7 bilion di antara Kerajaan Malaysisa dan DCN, konglomerat senjata terbesar Perancis. Urus niaga ini melibatkan Razak Baginda, yang dikenali sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak sehinggalah berlakunya pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shariibuu di Malaysia.

Sistem keadilan Malaysia, secara khususnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) gagal mengenal pasti isu-isu rasuah yang kini sedang dibawa Suaram ke dalam sistem perundangan Perancis. Amat mengaibkan, rakyat Malaysia terpaksa pergi ke Perancis untuk mendapatkan penjelasan dan ketelusan terhadap rasuah yang membazirkan berbilion ringgit duit orang ramai.

Namun demikian, ia bukan hanya tentang kegagalan SPRM.

Pembunuhan Altantuya juga masih belum diselesaikan. Seluruh negara tahu bahawa dua orang anggota polis yang disabitkan kesalahan, Azilah Hadri dan Sirul Azhar hanyalah perkakas yang digunakan untuk membunuh Altantuya. Ibarat telah ada alat sepucuk pistol tetapi siapa yang menarik picu melepaskan peluru? Kesemua lembaga-lembaga negara kita - polis, Jabatan Peguam Negara dan Kehakiman telah gagal, secara sengaja atau akibat kecuaian untuk memberikan jawapan kepada soalan mustahak ini.

Beberapa soalan penting yang masib belum berjawab berkaitan dengan urus niaga kapal selam dan pembunuhan sensasi:

Apakah peranan Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam urus niaga kapal selam tersebut, hubungan dengan penasihatnya Razak Baginda yang membuat keuntungan luar biasa daripada urusniaga itu dan penglibatannya dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu? Apakah yang dimaksudkan dengan meminta bantuan yang dibuat Razak Baginda kepada Musa Safri, Ketua Pengawal Najib pada malam 19 Oktober 2006 melalui telefon selepas Sirul dan Azilah sampai dengan seorang anggota polis wanita, Lans Koperal Rohainaza serta membawa pergi Altantuya dari hadapan rumah Razak di Bukit Damansara dan tidak ditemukan lagi selepas itu? Siapa yang mengarahkan anggota polis terbabit ke sana?

Apakah yang dibuat pegawai khas Najib Tun Razak selama 20 tahun, Nasir Safar memandu kereta Proton merah yang muncul di hadapan rumah Razak, beberapa ketika sebelum anggota polis tersebut muncul dan membawa Altantuya pergi?

Apakah Nazim Tun Razak menawarkan sejumlah wang yang besar kepada penyiasat persendirian Balasubramaniam dan juga mengancam keluarganya apabila dia bertemu Bala pada malam 3 Julai 2008 selepas Bala mengeluarkan pengakuan bersumpahnya yang pertama?

Apa pula penglibatan Deepak Jaikishan yang dikenal rapat dengan Rosmah Mansor dalam pembuatan akuan bersumpahnya yang kedua, serta peranannya dalam mengaturkan pertemuan di antara Nazim Tun Razak dan Bala?

Bagaimana dengan kewujudan gambar yang diperkatakan Burmaa OyunChinmeg, sepupu Altantuya, yang menunjukkan Najib, Razak dan Altantuya makan malam bersama di sebuah restoran di Paris? Kenapa Arnaud Dubus, wartawan Perancis, berkata bahawa bapa Altantuya memberikan gambar tersebut kepada bekas Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi dari Wisma Putra Malaysia. Abdul Rahman kemudiannya memberikan gambar tersebut kepada pihak polis yang akhirnya hilang selepas itu.

Kenapa syarikat yang baru ditubuhkan Razak Baginda, Perimekar terlibat dalam urus niaga kapal selam ini memandangkan ianya tidak memiliki keupayaan, kemampuan kewangan atau kepakaran untuk mendokong pemberian kontrak tersebut?

Mengapa kerajaan tidak berurusniaga secara langsung dengan konglomerat senjata Perancis tersebut?

Siapa yang memberi arahan untuk membunuh kerana dua orang pengawal tersebut tidak mempunyai motif untuk membunuh Altantuya?

Kenapa penyiasat persendirian Balasubramaniam yang membuat perakuan bersumpah dan dakwaan lainnya terhadap penglibatan Najib dan para pegawainya (Musa Safri dan Nasir Safar) lari dari Malaysia? Apakah yang perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan Bala untuk ikut terlibat dalam penyiasatan ini?

Mengapakah pembantu Najib, Musa Safri dan Nasir Safar tidak dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan?

Pakatan Rakyat amat menyokong penyiasatan ini dibuat atas kepentingan keadilan serta ketelusan. Pakatan Rakyat juga mendesak kerajaan dan institusi-institusi negara yang berkenaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya serta jujur dalam penyiasatan ini.


nota:

siasatan ini akan memastikan
nama nama yang terlibat ini
akan dipanggil untuk memberi keterangan.
seperti ariel sharon yang dituduh sebagai
penjenayah di mahkamah beligium telah tidajk berani
datang ke brusells.

dalam kes malaysia nama razak baginda, najib razak, isteri
razak baginda , rosmah mansor - pasti akan di minta
oleh mahkamah peranchis untuk memberi keterangan.

raja petra telah sedia ada di eropah untuk membantu sisatan.

padan muka tak dapat shopping

padan muka... ingat terlepas malaysia selamat

ZIONIS TEMBAK ARAB DI GAZA - APCO BAWA TEKNIK INI KE PDRM

LAGI KEGANASAN POLIS

POLIS SERBU PROGRAM BELIA SELANGOR , SEORANG PELAJAR CEDERA-malaysiakini

Seorang pelajar kolej cedera malam tadi kerana didakwa ditendang oleh seorang anggota polis yang menyerbu program belia anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam.

Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertanggungjawab terhadap satu perhimpunan aman.

Beliau mendakwa, mereka datang seolah-olah hendak berperang, dengan tiba-tiba menyerbu tempat tersebut tanpa sebarang amaran.

Mohd Nazrul Anwar Mohamad Adli, 20, yang mengikuti pengajian diploma dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik di Kolej PTPL, adalah antara belia yang menyertai program anjuran kerajaan negeri Selangor itu.

POLIS TAK ADA KERJA LAIN KE?

SERBU… TEMBAK…. SEPAK … TERAJANG

JANGAN LUPA… GANJI ITU DUIT CUKAI DARI ORANG RAMAI

KALAU ORANG RAMAI HABIS KENA TEMBAK MATI... SIAPA NAK BAYAR GAJI POLIS.

TAK KAN NAK MAKAN DUIT RASUAH SEPANJANG HIDUP

SEMENJAK ISREAL MASUK PDRM INI...TEKNIK ZIONIS MAKIN MENJADI JADI

GST = GASAK SAMPAI TERBURAI

ORANG RAMAI MENUNGGU - GASAK SAMPAI TERBURAI

CADANGAN KURANGLAN TAMPARAN GST

Ketika penunjuk perasaan berhimpun di Kuala Lumpur bagi menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hari ini. Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) pula sedang mempertimbangkan kaedah terbaik bagi melaksanakannya.

Menurut ahli majlis tersebut Danny Quah - yang juga profesor daripada Sekolah Ekonomi London (LSE) - majlis tersebut mencadangkan pengurangan cukai pendapatan dan korporat untuk mengurangkan kesan GST.

Kami cadangkan pengurangan satu peratus daripada cukai korporat dan cukai pendapatan setiap tahun untuk tempoh tiga hingga lima tahun lagi, pada masa yang sama dilaksanakan cukaibroad-based seperti GST," katanya.

TAK PAYAH LAAA NAK KAJI KAJI

SEMUA INI NAK TIPU MELAYU

BUAT LAH GST INI

ANAK MUDA SUDAH LAMA TUNGGU

ANAK MUDA GIAN NAK TURUN KE JALAN RAYA

NAK BERDEMO GASAK SAMPAI TERBURAI

PROJEK MENIPU MELAYU LAGI

NAJIB MAHU SIASATAN KES AMINULRASYID DIJALANKAN SECRA TERBUKA DAN TELUS - minsider

Najib Razak mahu siasatan berhubung insiden remaja berusia 15 tahun Aminulrasyid Amzah, yang mati akibat terkena tembakan polis pada 26 April lepas, dijalankan secara terbuka dan amat telus.

“Kita tidak boleh bersikap mempertahankan diri kerana orang ramai mahukan jawapannya. Saya pasti polis akan memberi kerjasama penuh (dengan siasatan itu) bagi memuaskan hati keluarga mangsa, yang ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.

KENAPA DENGAN AMINULRASYID

KENAPA PEMBUNUHAN ALTANTUYA…. SENYAP SAJE

KENAPA KES BUNUH RAZAK BAGINDA …. HAKIM NEGARA TIDAK MERAYU

TAPI KES MAHASISWA TUNJUK PERSAAN HAKIM NEGARA MERAYU

HAKIM MERAYU ... HINGGA MAHKAMAH TINGGI... NAK BUANG PELAJAR

RAZAK BAGINDA BUNUH... KENAPA TIDAK MERAYU ULANG BICARA

JANGAN TIPU MELAYU… MELAYU DAH LAMA KENA TIPU

TERBARU TERKINI

BERKUMPUL DI BUKIT AMAN JAM 3.00 PETANG