Khamis, 24 Disember 2009

AWAS!!!! Negara Dalam Bahaya....



Rakyat sekali lagi dikejutkan oleh satu pendedahan yang memalukan negara apabila Menteri Pertahanan Dato' Zahid Hamidi memberitahu bahawa enjin jet pejuang F-5E bernilai RM 50 juta hilang dan beberapa barangan lain turut lesap .

1.Tidak adalah tempat yang paling selamat di dalam negara kita melainkan kawasan dibawah kawalan Kementerian Pertahanan .

2.Malangnya kementerian ini juga gagal mempertahankan enjin jet pejuangnya , maka apa lagi sandaran keselamatan negara dan rakyat di dalam negara ini ?

3. Memalukan ! inilah sahaja kalimah yang boleh saya lafazkan sewaktu pertama kali ditanya mengenai kehilangan enjin jet pejuang negara pada tahun 2007 yang kini hangat diperkatakan . Sungguh ini memalukan negara justeru menunjukkan sistem kawalan keselamatan negara terlalu rapuh . Apa lah yang boleh diharapkan pada pertahanan negara dan para pejuangnya untuk melindungi keselamatan negara dan rakyat jika enjin jet pejuang mereka boleh hilang dan lesap .

4. Tahun 2007 ini juga mengingatkan saya bagaimana kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat ahli politik kanan menerima rasuah RM 5 juta untuk membebaskan penjenayah yang sangat dikehendaki kerana terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah seperti pelacuran , gengster , ah long dan lain - lain.

5. Persidangan Dewan Negara pernah diberitahu [ pada tahun 2007 ] terdapat tiga kumpulan gengster utama yang telah dikenal pasti wujud di negara ini sejak 2005 dengan jumlah anggota mencecah 17,000 orang. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum berkata kumpulan gengster Ang Bin Hoey mempunyai 122 kumpulan dengan 11,764 anggota, kumpulan Wah Kee mengetuai 40 kumpulan dengan 1,991 anggota manakala Thug Gang mempunyai 123 kumpulan dengan 3,497 anggota.

6. Pada 12 ogos 2007 melalui ruangan tetap Tun Hanif Omar [ bekas ketua polis negara ] mendedahkan di akhbar The Star bahawa terdapat 40% daripada anggota polis terlibat dengan rasuah .

7. Sementara pada 14 February 2004 , Datuk Seri Rais Yatim juga pernah mendedahkan bagaimana 18 kes rasuah yang melibatkan high profile sedang diperingkat akhir siasatan tetapi malang sehingga kini tidak lagi kedengaran sebarang tindakan diambil .

8. Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam pernah seketika dulu membuat laporan kepada BPR [ kini SPRM ] apabila laman web seorang yang dituduh penjenayah, Michael Soosai yang seketika dulu dipercayai bersembunyi di India , mendedahkan kegiatan sembilan anggota polis yang terlibat secara langsung dengan rasuah.

9. Baru - baru ni kita dikejutkan dengan berita bumbung stadium Sultan Mizan runtuh di Terengganu , kemudian jambatan gantung di Dipang juga runtuh dan mengakibat hilang nyawa beberapa orang pelajar sekolah yang menggunakan jambatan tersebut . Terbaru hentian bas di Kuala Berang juga dilaporkan runtuh . Saya percaya semuanya ini adalah bermula dan berpunca dari amalan rasuah yang membarah .

10. Indeks rasuah negara di peringkat antarabangsa kini di angka 52 . Angka yang sangat memalukan dan jauh ketinggalan dari negara jiran kita Singapore . Lebih malang , tiada usaha yang serius dan berkesan dari kerajaan UMNO dan BN untuk menangani isu rasuah ini malah mereka kelihatan selesa dengan wabak rasuah yang kian menular ini . Akibatnya , keselamatan negara dan rakyat kini terancam dan berada di dalam keadaan bahaya .
Mahadet tepis pi kat Pak Lah pulak dah..




Semalam 22 Disember Malaysiakini telah melaporkan Tun Dr Mahathir dengan gagahnya telah mencabar Najib agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beliau telah menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

Beliau juga telah menyahut desakan pemimpin DAP Lim Kit Siang semalam yang mahu kerajaan berbuat demikian sewaktu mengulas pendedahan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Karya bekas editor kanan akhbar berpengaruh Asian Wall Street Journal itu kini ditahan pihak berkuasa Malaysia di Pelabuhan Kelang tanpa sebarang alasan.

Mengulas tindakan menahan buku tersebut di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak memerlukan sebarang "perlindungan" daripada kerajaan dengan berbuat demikian.

Beliau malah menggesa buku setebal 368 halaman terbitan Palgrave Macmillan itu dibenarkan beredar di negara ini.

Walaupun kelihatan berani ketika mencabar Najib, ketakutan beliau juga jelas kelihatan bilamana beliau telah meletakkan beberapa syarat untuk beliau disiasat, antara syaratnya ialah..

3. The commission should not confine to one Prime Minister only but to Tun Abdullah Badawi's regime.

4. It should include how RM270 billion of Petronas money paid during Abdullah's five-year term was spent; what projects were financed by this huge fund and the cost of all these projects.

5. It should include how much money was lost due to the cancellation of the crooked bridge and the Johore Baru to Padang Besar railway.

F5E:
Zahid nak menyelamatkan Jerungkah?



Memang hebat kerana mereka-mereka yang terlibat itu semestinya mahir untuk memanipulasi peraturan yang sedia ada dalam sebuah kem tentera terutamanya stor yang menyimpan berbagai peralatan tentera.

mStar telah melaporkan Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi menyatakan tiada pegawai kanan terlibat dalam kejadian kehilangan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik TUDM). Sebaliknya beliau menjelaskan, hanya Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) yang didapati terlibat.

"Setakat ini yang kita tahu hanya Pegawai LLP terlibat, maknanya pangkat sarjan ke bawah, dalam siasatan tidak ada pegawai kanan yang terlibat", katanya

mmm.. boleh percaya ka tu? Nampak macam tak betul saja, ya lah nak mengeluarkan enjin jet dari kem itu sendiripun bukannya mudah apatah lagi nak mencari pembeli.

Kalau benarlah Pegawai lain-lain pangkat yang dikatakan Zahid tu melakukannya, kita kena akui yang mereka-mereka itu memang hebat.
UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT MAULUDUL RASUL NABI ISA



nota:
pemberita, editor, pereka
dan semua tim tukar tiub
mengucapkan selamat menyambut
mauludul rasul nabi isa.

jaga diri ketika berpesta dan berkenduri.
jaga diri ketika memandu.
jaga diri ketika minum air anggur
jaga diri ketika minum air tapai




RAHSIA AKHIRNYA TERBONGKAR

DI SINI RUPA RUPANYA ENJIN ITU DI GUNAKAN

nota:
lebai santa bin haji klaus
ingin bekerja keras dan ingin
cepat berjalan. bayangkan naik
kereta rusa tidak mungkin akan dapat
nak merayau satu dunia. mesti tak masuk akal.

tahun ini lebai santa telah membeli
enjin kapal terbang dalam usaha
mempercepatkan kerja memberi hadiah
di hari mauldul rasul nabi isa.

dimana dan bagaimana lebai santa membeli enjin
ini masih belum di ketahui kah kah kah




SESUMPAH BERSUMPAH

INI BUKAN SESUMPAH

INI BARU SESUMPAH


MB TERANGGANU BERSUMPAH TIADA PENYELEWANGAN DALAM PENTABIRANNYA – mStar

Sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini dikejutkan dengan lafaz sumpah Ahmad Said bagi menafikan berlaku penyelewengan dalam pentadbiran beliau.

Katanya segala projek yang dilakukan oleh kerajaan adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan semuanya dilakukan adalah untuk kepentingan rakyat semata-mata.

"Saya merasa sedih apabila ada wakil rakyat mempersoalkan mengenai pemberian kurma dan air zam-zam, malah ada andaian berlaku penyelewengan.

"Dengan nama Allah, bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes-kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat," katanya.

Ahmad berkata bahawa bungkusan kurma yang diagihkan kepada rakyat Terengganu dengan kos RM20 adalah berpatutan dan tidak ada sebarang penyelewengan dalam pemberian kontrak pembelian tiga jenis kurma dan air zam-zam itu.

Beliau mengulas mengenai soal pengagihan air zam-zam dan kurma yang dibangkitkan oleh Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) dalam sesi perbahasan bajet semalam.

Sepanjang persidangan sejak tiga hari lepas, antara persoalan yang dibangkitkan ialah mengenai pemberian kontrak melombong bijih besi di Bukit Besi, kontrak pemberian baju sekolah kepada pelajar miskin dan dasar rundingan terus yang dilakukan oleh kerajaan dalam soal pembaikan dan penurapan jalan.

Ahmad berkata, wakil rakyat sama ada pembangkang atau penyokong kerajaan, tidak seharusnya menggunakan keistimewaan dewan untuk membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap kerajaan mahupun pegawai kanan beliau yang tidak berpeluang untuk menjawabnya. "Kalau rasa ada penyelewengan dan rasuah, silakan (bangkitkan) di luar dewan.

"Sebab dalam polisi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) jelas,kalau buat tuduhan yang mana terbukti tidak benar, orang (yang dituduh) itu boleh ambil tindakan dan mendakwa orang yang berkenaan kerana fitnah. Jangan guna hak istimewa dewan ini dengan membuat dakwaan bukan-bukan," katanya.

"Daripada RM1.888 bilion yang diperuntukkan dalam bajet Terengganu tahun depan, 92 peratus daripadanya diperoleh melalui sumber kerajaan pusat melalui Dana Khas Kerajaan Pusat, yang tidak lama lagi, InsyaAllah akan menjadi wang royalti.


SEMUA NAK REKRUT TUHAN

MAT SAIFUL BERSUMPAH

MAT MONGOL BERSUMPAH

MAT EZAM BERSUMPAH

MAT TIONG PKFZ BERSUMPAH

MAT LINGAM BERSUMPAH

MAT JENERAL BERSUMPAH TAK CURI INJIN.

SEMUA BERSUMPAH TAK AMBIL DUIT RASUAH.

HAIRAN… KENAPA MINAH BADAK TAK BERSUMPAH.

nota:
dalam kontek undang undang sumpah
tidak ada apa apa makna. kalau semua bersumpah
bukan bererti yidak ada rasuah. bukan bermakna tidak
ada penyelewengan. ini hanyalah cara nak menipu orang melayu
.

sumpah sumpit lada api
mak kau buncit
kena bahan bengali kah kah kah


NAK MENIPU LAGI

ADAKAH INI CARA KAPAL TERBANG DI SELUDUP KELUAR ?

HANYA GUNA KOTAK PLASTIK ?

PEGUAM NEGARA JAMIN SIASATAN PENUH KEHILANGAN F-5E - melayau

Sambil menyifatkan kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E sebagai “perkara serius”, Abdul Gani Patail hari ini memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes itu.

"Ini perkara serius. Setahu saya, ia melibatkan dua enjin dan apa yang lebih teruk lagi ialah kehilangan itu hanya diketahui kira-kira setahun kemudian. Saya mahu siasatan penuh dibuat. Saya berpendapat orang ramai berhak mengetahuinya,” kata beliau.

Laporan yang tersiar minggu lepas tentang kehilangan dua enjin pesawat pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF) itu mendorong pihak berkuasa menjalankan penyiasatan mengenainya.

HAIRAN...HARI INI NAIK JADI DUA ENJIN

KELMARIN CAKAP HANYA SATU.

BERAPA RAMAI SEBENARNYA YANG HILANG.

INI PUN NAK TIPU SATU MALAYSIA

MALAOAN INI KATA AKAN ADA SIASATAN PENUH !

ERTINYA ADA SIASATAN TAK PENUH.

nota:
orang melayu masih lagi bodoh.
masih lagi nak sokong ketuanan melayu
tak sedar sedar. kalau enjin kapal terbang tentera udara
boleh di curi uuntuk di jual – bayangkan apa lagi agaknya
harta negara yang dirompak.


nota:
kalau malaysia perang tak jamin kereta kebal
yang di beli dari poland dapat bergerak. mungkin
enjin dah kena jual. kereta kebal ini hanya pakai
enjin kancil kah kah kah




BUAT KERJA BODOH

SENARAI HITAM KONTREKTOR GAGAL SIAPKAN SEKOLAH - melayau

Kementerian Pelajaran akan menyenarai hitamkan syarikat dan kontraktor yang gagal menyiapkan bangunan sekolah baru mengikut jadual serta tidak akan mendapat kontrak baru pada masa hadapan.

Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, akibat kelewatan menyiapkan projek sekolah itu, rancangan kementerian untuk melaksanakan kelas satu sesi tertunda pada tahun depan.

"Antaranya ada 14 buah bangunan sekolah menengah dan 2 bangunan sekolah kebangsaan di Kelantan yang sepatutnya boleh digunakan pada sesi penggal persekolahan bermula pada 3 dan 4 Jan. depan terpaksa ditunda,” katanya kepada pemberita pada majlis anugerah gemilang Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok, di sini, hari ini.

JANGAN JADI BODOH

SENARAI HITAM BUAT APA… TAK ADA GUNA.

WAJIB DI TANGKAP… KERANA TIPU KERAJAAN

WAJIB DI TANGKAP … KERANA TAK MEMENUHI KONTREK.

VIGIL PASANG LILIN KENA TANGAKAP

TIPU DUIT RAKYAT… HANYA SENARAI HITAM.

LEPAS INI KONTREKTOR INI BUAT KOMPENI BARU.

SATU MALAYSIA TAHU HAL INI.

HANYA MUNKEE BANGANG NI YANG CUBA NAK MENIPU ORANG MELAYU

Isnin, 21 Disember 2009

Semangat Hijrah Tepati 1Malaysia: Lawak Antarabangsa Awal Muharam

Artikel

"Saya tidak menyangka bahawa di pagi 1 Muharram 1431H, saya akan membaca satu artikel jenaka berbentuk dakwaan (baca dakyah) iaitu ‘Semangat Hijrah menepati 1Malaysia.

Bagaimana Najib boleh terfikir Hijrah itu tepati 1Malaysia, atau sepatutnya 1Malaysia yang kena tepati Hijrah? Untuk menghilangkan pening kepala dan jenaka ini, kita cuba asingkan dahulu, apa itu Hijrah dan apa itu 1 Malaysia.

1 hijrah-kenapa marhalah ini penting 17 dec 09

2 hijrah-maqam islam, iman, ihsan 17 dec 09

Apa itu Hijrah?

Hijrah adalah salah satu peristiwa besar berlaku dalam sejarah Nabi dan para sahabat. Ia menjadi titik penting marhalah berikutnya. Di Mekah, Nabi bukannya pemerintah. Selepas hijrah, Nabi bukan sahaja menjadi Nabi bahkan pemerintah negara Islam Madinah. Yang ditegakkan dalam pemerintahan dan perundangan paling tinggi ialah Islam, hukum Quran dan Sunnah.

Penyatuan dan perpaduan di antara Aus dan Khazraj menjadi Ansar. Muhajirin pula dipersaudarakan dengan Ansar. Semuanya di atas nama Islam, bukannya Arab walaupun kesemuanya adalah bangsa Arab termasuk Nabi SAW sendiri.

Keadilan yang ditegakkan berpaksi kepada hukum Quran dan Sunnah Nabi ketika itu, bukan keadilan yang diraba-raba dari Timur dan Barat. Keadilan kepada semua rakyat termasuk bukan Islam tetap dijaga.

Matlamat dan halatuju yang dibawa Nabi cukup jelas iaitu membawa manusia menyembah hanya kepada Allah, membuang syirik dan menegakkan Islam sebagai sistem hidup secara holistik, bukannya matlamat yang direka di tengah jalan sehingga para Sahabat pun perlu diberi taklimat semula.

Kesatuan 1 Madinah yang ditegak dengan 1 ummah dan hanya 1 Tuhan berasaskan ayat Allah: ‘Dan sesungguhnya umat ini umat yang satu, dan Aku adalah tuhan kamu, maka hendaklah kamu bertaqwa’.

Apa pula yang dikatakan 1Malaysia?

Untuk beberapa ketika apabila konsep 1Malaysia diperkenalkan, bukan sahaja rakyat yang kabur, pak-pak menteri pun tak tahu hingga perlu dibuat majlis penerangan pula kepada pak-pak menteri itu.

Saya cuba ’search’ dalam internet, ketemu dengan bahan yang disediakan oleh Bahagian Penerbitan Dasar Negara menghuraikan Konsep 1 Malaysia ( Penjelasan Mengenai Lapan Nilai).

Dalam mendefinisikan konsep 1 Malaysia, ucapan Najib diambil menjadi ‘matan’nya:

Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

Dari matan ucapan Najib yang mengilhamkan (atau dengan kata lain membid’ahkan) Gagasan 1 Malaysia itu, ada beberapa keypoint:

-berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People

-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik, tidak dalam tembok etnik tertentu.

Soalannya ialah di manakah letaknya agama yang sepatutnya mendasari tindakan seorang muslim, termasuk dalam konteks sebagai seorang pemerintah tertinggi sebuah negara? Ia menepati semangat hijrah? Kehendak semua kumpulan etnik itu apa asasnya? Islam tidak adil untuk semua etnik? Celaru dan pening sekali lagi.

Apabila meneliti huraian-huraian yang dibuat oleh Bahagian Penerbitan Dasar Negara itu, kelihatan ia punya nilai universal, tetapi kosong dari Islam sebagai teras dan asas.

Dalam ucapan sempena hijrah:

Najib berkata, konsep persaudaraan dan perpaduan yang diterapkan Rasulullah pada permulaan hijrah adalah secara holistik tanpa mengira warna kulit, keturunan atau kedudukan.

“Masyarakat di Madinah ketika itu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh aman dan harmoni berasaskan Perlembagaan Madinah yang mengutamakan perpaduan serta mempertahan Islam sebagai agama, keadilan sosial kepada semua dan melindungi minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada kaum bukan beragama Islam di bawah pemerintahan negara Madinah,” katanya.

Ucapan tentang hijrah dan Madinah itu benar, tetapi apabila mengaitkannya dengan 1Malaysia, maka kias itu namanya qias maalfariq (kias serta adanya perbezaan). Jauhnya seperti langit dengan bumi. Lantas, dakwaan semangat hijrah tepati 1 Malaysia wajar sekali dianggap lawak antarabangsa awal Muharram.