Khamis, 10 Disember 2009

Duit rakyat dirompak lagi….

Malaysia adalah di antara negara yang paling mudah membenarkan harta milik rakyat dirompak dengan sewenang-wenangnya tanpa tindakan yang akan dikenakan ke atas perompak harta rakyat tersebut.

Kalau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) ataupun didakwa di mahkamah, pasti kes akan ditutup dan pelakunya akan dilepaskan.

Malaysiakini hari ini mendedahkan bagaimana sebuah projek kerajaan untuk membina hospital kerajaan (tertera: Projek Kerajaan Barisan Nasional) di Shah Alam yang telah bermula 10 tahun lalu masih lagi belum disiapkan.

Projek ini diberi kepada sebuah syarikat yang bernama Sunshine Fleet Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh kakak kepada Sultan Selangor, Tengku Putri Arafiah ibni Sultan Abd Aziz Shah (70%), anaknya Putera Azamuddin Shah bin Abdul Aziz (10%), dan pakciknya Tengku Abdul Samad Shah ibni Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah (20%).

Sunshine Fleet Sdn. Bhd. yang meng”subcon”kan projek ini kepada beberapa syarikat lain yang akhirnya menarik diri daripada projek tersebut. Sila baca berita penuh dari Malaysiakini dibawah:



Nuffnang Ads


Overpriced hospital, another public funds ’sink hole’

exclusive Proudly displayed on the signboard in front of the construction site of the Shah Alam Hospital is the tagline ‘Projek Kerajaan Barisan Nasional’ (A Barisan Nasional government project).

NONELike many other government projects, this one is well on the way to a familiar outcome involving the unproductive use of millions of ringgit of taxpayers’ money.

Just last week, the Malaysian Anti-Corruption Commission had revealed that 60 percent of infrastructure funds in Sarawak, possibly amounting to billions of ringgit, have been siphoned off.

From what is known of the RM500 million Shah Alam Hospital project, it is estimated that as much as RM100 million could have already gone to waste.

Its construction was mooted 10 years ago as the state’s second – and more accessible – general hospital, after the one in Klang.

“The new hospital can provide better services to people here besides reducing the burden on the overloaded Tengku Ampuan Rahimah Hospital (in Klang),” said former Selangor health, tourism and consumer affairs executive councillor Dr Lim Thuang Seng when announcing the project in 2007.

NONEAwarded to newcomer Sunshine Fleet Sdn Bhd, the construction contract raised eyebrows from the onset.

Although initially announced as costing “about RM300 million”, the eventual contract has come to be worth a whopping RM482 million – a mark-up of RM182 million.

Sunshine Fleet was also awarded a separate earthworks contract of RM9 million, which has brought the total project cost to nearly half a billion ringgit. This is based on information recorded on the website of the Construction Industry Development Board.

NONEThe contract value is seen as high for a 300-bed hospital. Industry insiders insist that a hospital of that capacity could have been built for RM350 million, even after taking into account rising material costs.

In comparison, the 608-bed Serdang Hospital completed in 2004 cost about RM300 million while the 960-bed Selayang Hospital cost RM600 million, when it was completed in 1998 at the height of the East Asian financial crisis.

Speculation abounds about how the company, owned by the Selangor royal family and which has no track record in healthcare services or hospital construction, was awarded the contract.

An Internet search of several construction directories only lists Sunshine Fleet as contractors for ‘renovations for office and homes’.

A search with the Companies Commission of Malaysia revealed that Sunshine Fleet is owned by the Selangor sultan’s sister, Tengku Putri Arafiah ibni Sultan Abd Aziz Shah (70%), her son Putera Azamuddin Shah bin Abdul Aziz (10%), and her uncle Tengku Abdul Samad Shah ibni Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah (20%).

The royal trio also makes up the board of directors of the company.

Job given to sub-contractor

Sunshine Fleet awarded full construction of the hospital to sub-contractor Isyoda (M) Sdn Bhd, an ailing construction firm.

NONEBased on documents received by Malaysiakini, the sub-contract deal was for RM451 million, leaving Sunshine Fleet to pocket an immediate RM31 million.

On top of that, Isyoda was expected to pay a portion – as much as RM46 million – of the RM451 million to Sunshine Fleet as the work progressed, when payments were periodically issued by the Public Works Department (PWD).

The sub-contract deal was hailed by analysts at the time as a boon for Isyoda, in that it could help to revitalise the troubled construction firm.

However, they were wrong. Months after starting work on the hospital, Isyoda ran into trouble and had to withdraw from the project.

This may have also contributed to its parent Isyoda Corp Berhad de-listing from Bursa Malaysia, citing “the challenging environment surrounding the construction industry”.

Early this year, Isyoda filed winding-up proceedings against Sunshine Fleet in the Kuala Lumpur High Court.

This was however abandoned when both parties signed an agreement of mutual termination and release on May 21, 2009.

Related documents referred to the court case, stating that the proceedings were intended to recoup Isyoda’s expenses for work done on the project, as well as for certain advances, loans and payments to Sunshine Fleet.

The two agreed to end their contract amicably with Sunshine Fleet refunding Isyoda all costs incurred, as well as payments received.

The amount which included “advances” and “loans” to Tengku Arafiah and expenses paid on Sunshine Fleet’s behalf by Isyoda, totalled in excess of RM15 million.

However, after deducting the RM10 million which Isyoda had taken as an advance from the PWD, the sum was reduced to about RM5 million.

New sub-contractor takes over

NONEIn February this year, another sub-contractor GM Healthcare Sdn Bhd (GMH) took over the construction.

Industry insiders said the construction firm came to Sunshine Fleet’s rescue by helping to pay off Isyoda.

GMH itself is a new player in the construction business, although its founders are industry veterans, said to have been involved in several prior projects, including the Selayang Hospital.

According to sources, GMH managed to reverse the roughly 80-day delay in construction under Isyoda to currently being three weeks ahead of schedule.

NONEHowever, it may be sailing into troubled waters, just as Isyoda did. GMH is also beginning to suffer from the huge amounts of advances and expenses demanded by the turnkey contractor, Sunshine Fleet.

Sources close to the project said such appropriations of funds for “expenses” other than construction costs may “have an adverse economic effect on the project”.

GMH chief executive Elvin Toh, when contacted, confirmed that “this (situation) has been going on for some time”.

“If they have been doing this to us, they have also been doing it to others,” he said, although expressing surprise that the news has been leaked.

When contacted, an employee of Sunshine Fleet said its personnel are prohibited from revealing any information, and that all inquiries should be directed to the PWD, “which owns the project”.

PWD could not be immediately contacted for comment.

It is not clear whether the Shah Alam General Hospital will be able to open by its target date of November 2010.

Even if it does, it will not heal taxpayers sickened by yet another scandal of massive proportions.

Nah. Sekarang keluarga Diraja yang terlibat dalam kegagalan projek yang berkepentingan rakyat. Siapakah yang akan mengambil tindakan kepada mereka? Pasti terlepas dan hidup senang-lenang. Yang menderita ialah rakyat bawahan yang perlukan kemudahan kesihatan yang murah dan efisyen.

Maka tidak hairanlah semakin ramai tenaga professional Malaysia meninggalkan negara. Ini termasuklah juga kepada professional-professional Melayu yang tidak sedikitpun merasakan nikmat “kononnya” dibela dan mendapat hak istimewa sebagai Melayu dan bumiputera.

Meeka adalah golongan cerdik yang tahu akan realiti ini. Melayu dan Bumiputera tidak pernah merasai keistimewaan. Sebaliknya yang selama ini bermewah-mewahan merompak harta rakyat adalah golongan yang dekat dengan parti pemerintah tidak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi.

Dalam merompak harta kepunyaan rakyat, ia dilakukan secara terancang oleh pemimpin atasan dari pihak istana, menteri dan parti yang memerintah. Apabila “rompakan” ini dilakukan, tidak ada yang pernah memikirkan rakyat.

Jadi rakyat bawahan janganlah biarkan diri terus diperbodohkan. Kita disuruh setia dengan itu dan ini. Sedangkan apabila negara musnah, bangkrap dan lingkup besok, kesemua malaun-malaun ini akan melarikan diri ke England, Australia, Amerika Syarikat dan lain-lain untuk membelanjakan hasil-hasil rompakan mereka.

Kita dapat apa? Menanggung kesusahan dan beban. Fikir-fikirkanlah. Jangan terus ditipu. Jangan terus diperbodohkan!


KUALA LUMPUR, 9 Dis: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong (DAP) petang tadi mempersoal kaedah penyaluran dana untuk memulihara tapak warisan George Town, Pulau Pinang.

Baginya, tindakan kerajaan pusat menyalurkan dana RM20 juta pada suatu syarikat bukan kerajaan negeri, Khazanah Nasional Berhad sesuatu yang salah.

"Kalau RM30 juta boleh diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka melalui Jabatan Warisan Negara, mengapa RM20 juta yang sepatutnya diterima kerajaan negeri Pulau Pinang diserahkan pula pada (Syarikat) Khazanah Nasional," soalnya.

"Kalau kerajaan nak bagi pinjaman kepada syarikat swasta seperti Khazanah Nasional, memang tiada isu, tetapi dana ini diperuntukan untuk penyediaan, penyeliaan serta pemuliharan kawasan tertentu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."

Beliau turut mencadangkan kaedah dana tersebut diserahkan kepada pihak yang berhak, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Kalau tidak mahu berikan dana ini kepada kerajaan negeri, sekurang-kurangnya beri kepada MPPP kerena mereka lebih berhak."

Jelasnya lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang lebih berhak menguruskan dana pemuliharaan tersebut, sebagaimana dijamin dalam Seksyen 16B(1) Akta Perancangan Bandar Desa, 1976.

"Ia sebenarnya untuk penyediaan dan penyeliaan Perancangan Kawasan Khas (SAP) dan tujuan-tujuan yang lain, yang hanya boleh dilakukan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kerajaan negeri," jelasnya.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung mengumumkan peruntukan dana tersebut di Parlimen.

Pengumuman tersebut, sebagai menjawab pertanyaan Liew dalam sesi persidangan Dewan Rakyat.

Penafian hak menguruskan dana tersebut dilihat sebagai rekod baru kezaliman Umno BN, setelah Kelantan dinafikan hak menguruskan royalti
minyak baru-baru ini.

Iklan Top Inner

Hospital Awam Malaysia tidak selamat?






KUALA LUMPUR, 9 Dis: Beberapa hospital awam

Hospital di Malaysia dikatakan berbahaya untuk menempatkan pesakit.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa demikian setalah melihat beberapa tragedi di beberapa hospital awam.

Katanya, pada tahun 2008 menyaksikan tiga blok Hospital Queen Elizabert, Kota Kinabalu dikenal pasti dalam keadaan berbahaya oleh jurunilai bangunan.

Pada Jun 2007 menyaksikan beberapa keping siling bangunan Hospital Daerah Pekan, Pahang runtuh.

April tahun yang sama turut menyaksikan Hospital Sultan Ismail, Johor yang bernilai RM550 juta terpaksa ditutup selama 17 bulan disebabkan
masalah pembiakan kulat.

Hospital Ampang, Kuala Lumpur turut mengalami masalah pembiakan kulat yang berbahaya kepada pesakit, seperti di Hospital Sultan Ismail.

Mac tahun yang sama menyaksikan Hospital Sultanah Bahiyyah, Kedah yang bernilai RM550 juta terpaksa dibuka empat tahun lewat dari masa yang dijadualkan kerana masalah kerja-kerja pembinaan yang terbengkalai.

Februari 2007 pula menyaksikan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah yang bernilai RM550 juta mengalami pelbagai masalah prasarana fizikal seperti siling runtuh, paip yang bermasalah dan ketirisan di bahagian cafetaria.

Dipercayai beberapa masalah prasarana di hospital-hospital awam terbabit disebabkan sikap kerajaan melantik kontraktor-kontraktor
bermasalah atas dasar kronisme.

Pun begitu, tidak kedengaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat beberapa kes berkaitan hospital awam terbabit.

Pengurusan tidak cekap perbendaharaan negara sekaligus tidak menggambarkan konsep 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan.

Rabu, 9 Disember 2009


ATLAS SIRAH (BARU) - HARGA PROMOSI
GST Tidak Membebankan, Kenyataan Mengarut


Analisis Isu
"Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua membidas kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak bahawa perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan rakyat.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengarut, Tony sebaliknya berkata, GST bukanlah langkah terbaik bagi mengatasi penurunan hasil cukai, selari dengan penurunan rizab minyak.

“Kami percayai ianya (alsan perlaksanaan GST) mengarut. Melaksanakan cukai melepasi sempadan tidak kira berapa peratus ia merupakan beban terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil,” katanya.

Tony berkata, perlaksanaan GST merupakan satu beban kerana ia mengakibatkan semua rakyat tidak mengira sempadan pendapatan terpaksa membayar cukai dengan kadar yang sama sekaligus membuatkan golongan berpendapatan rendah lebih menderita.

Beliau juga mengkritik tindakan kerajaan yang terlalu bergantung kepada keuntungan minyak sehinggakan jika pendapatan sumber petroleum berkurangan, rakyat akan dibebankan dengan kenaikan cukai.

"Caranya adalah dengan meningkatkan produktiviti rakyat tetapi melabur dengan bijak yang diperoleh dari hasil minyak dan gas. Dengan cara itu, bila produktiviti meningkat, tahap pendapatan meningkat, cukai kepada kerajaan juga meningkat,” katanya.

Beliau berkata, sebagai contoh, Singapura merupakan sebuah Negara yang tiada sumber minyak dan gas tetapi kadar cukainya lebih rendah berbanding Malaysia dan pendapatan kerajaan lebih tinggi hasil daripada peningkatan produktiviti.

Pendekatan terbaik untuk mengatasi masalah penurunan rizab bukanlah dengan mengenakan cukai lebih tinggi kepada rakyat tetapi meningkatkan produktiviti oleh rakyat untuk membolehkan mereka mempunyai pendapatan yang lebih,” katanya.

Kerja Cabul mencabul dimonopoli oleh Siapa?

UMNO Cabul Hak Rakyat
Rampas Royalti Minyak

1. Rakyat tidak lagi percaya kepada kepimpinan UMNO dan BN terutama merujuk kepada kenyataan TPM [ 8 Julai 2009 ] bahawa soal royalty minyak Kelantan akan dijelaskan oleh Petronas sendiri dan UMNO dan BN kononnya tiada niat menyeleweng hak Kelantan.
2. Hal ini sememangnya telah dijangkakan kerana rakyat sudah sedar bagaimana sepanjang PAS mentadbir Terengganu dahulu royalty telah dijadikan wang Ihsan .

3. Wang sebanyak RM 253.6 juta yang dibayar oleh Petronas kepada Kelantan lesap tanpa diketahui ke mana alirannya (menurut http://www.chedet.cc/). Dikatakan bayaran telah bermula sejak tahun 1976 lagi. Stok Kelantan mampu memberi pulangan sebanyak RM 1 bilion setahun kepada Kelantan jika semua telaga beroperasi.

4. Diperairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000, 000,000). Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut :

* Blok A18,
* Blok B17 & C19,
* PM3,
* Sub-Blok Ular,
* PM301 & PM302,
* PM303,
* PM311 & 312

5. Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

6. APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN ? Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

* Kerajaan UMNO dan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

7. Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.

8. Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

* Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.

* PASKelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

9. PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

* Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
* Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009
* Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
* Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

10. Sebab itulah UMNO dan BN berusaha keras untuk merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi UMNO dan BN untuk merampas Kelantan semula.

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion). Sebab itulah UMNO dan BN mahu merampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.

Sumber: Episod Sebuah Perjuangan.