Selasa, 11 April 2017

Salam dari Raub.
Saya akan menulis mengenai RUU355 nanti. Pada 6/4/2017, saya harapkan dapat bercakap mengenai nya di parlimen hari itu. Saya yang tidak pandai ini adalah salah seorang wakil dari DAP yang dijadual berucap. Saya ada beberapa pandangan mengenai RUUP Hj Hadi. Tapi speaker mempunyai rencana lain. 
Dia kata kalau dia tidak guna kuasa yang dia ada, dia seorang bloody fool. Rupa2 nya kuasa itu diguna untuk menyekat pembahas dari PKR, Amanah, DAP bercakap. 
Bencana 1MDB lagi besar dari RUUP Hj Hadi.
1MDB dan pencurian dari nya adalah isu yang lebih besar dari RUUP Haji Hadi. Saya berpendapat usaha Hj Hadi itu sia2 sahaja sebab kerja meminda akta ialah kerja kerajaan yang memerintah hari ini. Ianya boleh dilakukan melalui peraturan mesyuarat 48. Orang puteh bilang- give haji hadi a rope long enough, he will hang himself.
Haji Hadi bukan kerajaan-usul nya akan jadi bacaan pertama apabila siap dibahas dan kemudian di putuskan melalui undian. Jika di terima, maka usul menjadi bacaan pertama. Setelah itu ia diambil alih oleh kerajaan. Tugas haji hadi ialah sebagai despatcher sahaja. Setelah serah dan dapat tanda tangan boleh balik.  Jika kalah undian, maka usul itu mati disitu sahaja. Mungkinkah ini trick Najib pada Haji Hadi? 

Orang agama tidak pedulikan rompakan?
 
Dari sejak 1MDB muncul, tidak ada seorang MP PAS pun bercakap mengenai ini. Adakah perkara menegakkan kebenaran dan keadilan tidak diutamakan? Membisu, bererti pencurian lebih dari RM23 billion oleh Najib dan geng nya direstui oleh geng agamawan.
Sebaliknya mereka sibuk mengenai RUUP yang mencetuskan perkelahian dan ketegangan. Golongan agamawan ada yang mengkafirkan orang lain, menuduh murtad, tergelincir aqidah dan tidak boleh dikebumikan ditanah perkuburan Islam. Itulah dia suara2 kebencian dan dahagakan darah keatas orang yang enggan menerima pendekatan golongan sebahagian agamawan.
Kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak yang tidak ada budaya agama itu, menunjukkan kebaculan sebagai pemimpin. Dia enggan mengambil tindakan tegas menyekat tendensi pelampau dan ekstremis dan membenam suara2 kebencian. Sikap demikian dipilih kerana dia mementingkan keuntungan politik peribadi dan kepentingan awam.  Mengkafir-harbikan orang lain ialah seruan membunuh orang lain. Ianya ancam bunuh.
Benarlah kata Al Quran bahawa Dia jadikan pembesar2 jahat dalam negara supaya mereka melakukan tipu daya. Tapi sebetulnya mereka tipu  menipu satu sama lain. UMNO tipu PAS dan PAS tipu UMNO. 
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَابِرَ مُجْرِمِيهَا لِيَمْكُرُوا فِيهَا ۖ وَمَا يَمْكُرُونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Dan demikianlah dalam setiap negeri itu kami jadikan pembesar2 yang jahat agar berkomplot dan melakukan tipu daya dialam nya. Tapi mereka berkomplot keatas sama sendiri tanpa menyedari nya.
وَكَذَٰلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Dan demikianlah kami jadikan sebahagian orang2 zalim bertemankan dengan sesamanya dengan apa yang mereka kerjakan.
Surah Al An’am ayat 123, 129.
Isu pimpinan negara yang memusnahkan negara tidak di pedulikan. Angkara durjana dan kemungkaran diabsahkan dengan tuntutan bahawa selagi tidak ada  4 saksi melihat pencurian itu berlaku, tidak ada jenayah yang berlaku. Tidak ada orang melihat Jho Low ambil wang, Casey Tang dan Jasmine loo, Qubaisi, Badawy, Tarek Obaid, dan ramai lagi. Dan tidak ada orang melihat Najib ambil itu wang. Tidak ada jenayah. Mana ada?
Bila orang agama bersikap begini, dimana kredibiliti mereka? Keengganan menyatakan kebenaran memusnahkan kredibiliti orang agama. Bagaimana kita yakin mereka akan mentadbir negara dan negeri dengan undang2 syariah? Orang besar mereka tutup mata, orang kecil mereka ganasi.
Demikianlah sikap sebahagian golongan agamawan yang lebih menyukai menegakkan ketuanan Islam dari hendak cakap mengenai isu yang jangan dulupakan oleh rakyat Malaysia. Iaitu rompakan keatas 1MDB.
Ingat, 1MDB itu sebetulnya jentera mencuri milik Najib.
Ada setengah orang kata, apa pasal kita mahu cerita hal2 lama? Ianya macam rekod rosak. Semua orang faham lah. Maka jawapan saya begini- tidak semua orang , cakap sekali ingat semua. Pengalaman saya ialah perkara seperti ini mesti diulangi.
Saya teringat kata2 seorang pemenang Nobel dalam bidang economics, Milton Friedman yang kata bahawa kemenangan kebenaran keatas kemungkaran, mesti di ulang berkali kali. Kita mesti mengulangi kemenangan keatas kemungkaran dan kezaliman.
Quran menyatakan bahawa perang keatas kezaliman ialah perang yang berterusan. Maka kalau kita seharian mengistiharkan sibghah Allah mewarnai kehidupan kita, janganlah kita melupakan jenayah yang dilakukan.  
Jadi, kalau ada orang hendak kata ini rekod  rosak tidak mengapa. Kita mainkan rekod lama dan rosak untuk memperdengarkan cerita perompakan oleh Najib dan geng2 nya. 

Berapa yang dicuri oleh Najib dan  geng nya?

Mengenai 1MDB, focus kata ialah keatas jenayah merompak dan mencuri wang dari 1MDB. Berapa banyak yang dicuri?
Saya membaca nota2 dan tulisan yang ada. Dari lapuran DOJ, kita tahu USD3.5 billion dicuri. Tapi itu hanya duit yang masuk dan melalui system kewangan USA. Sekitar USD3.5 billion= RM15 billion pada kadar pertukaran USD1=RM4.4. 
Saya rasa jumlah wang yang dicuri melebihi RM15 billion.
Wang curi yang tidak melalui system kewangan USA macam mana? Maka pencurian yang berlaku melebihi RM15 billion. Berapa? Berapa?
Dalam kalangan perompak, yang dapat lion’s share mesti lah boss. Dan bossman ialah Najib Tun Razak. Tentu dia dapat sekurang kurang 50% dari jumlah yang dicuri. Itu lojik. Kalau orang Pekan baca perkara ini, takkanlah Najib dapat kurang dar Encik Daud dari kampong Sawah.
Kalau kita taruh dalam jadual 1: sumber2 darimana pencurian berlaku ianya adalah seperti berikut. Saya hanya megambil kira sumber2 yang boleh dicuri. Ini hanya melibatkan bon yang diterbitkan oleh Goldman Sachs, bon terbitan Islamic Medium Tern notes, pinjaman dari bank, kemudahan kredit dan sebagainya. 
Ia tidak termasuk lah faedah yang kena dibayar . juga tidak saya masukkan gerenti USD6.5 billion keatas bon yang diterbitkan oleh Goldman Sachs.Aliran keluar ini bukan pencurian kecuali yuran yang dibayar kepada Goldman Sachs diluar amalam biasa. Sebahagian darii yuran ini boleh dianggap pencurian juga.
Itu saya kira sebagai pembayaran keluar dan akan dihitung jika saya mahu nyatakan jumlah hutang dan tanggungan. Saya hanya mahu nyatakan sumber2 yang boleh dicuri iaitu wang masuk kedalam akaun 1MDB. Berapa masuk, berapa keluar.
JADUAL 1: SUMBER2 PENCURIAN.
sumber
Nilai(RM bilion
Goldman Sachs
28.6
KWAP
4.00
Lain2
22.13
Derivatves
4.10
Jumlah
58.83

Dari jadual diatas, sekurang duit terkumpul sebanyak RM58 bllion boleh dirompak. Sebentar lagi dalam jadual 2, kita lihat banyak mana di sapu tanpa belas kasihan oleh penyamun yang diketuai oleh Najib Razak.
Perkara ini lansung tidak dipedulikan oleh penegak2 Ketuanan Islam. Saya harap tidak ada wa halalun kalau kongsi sama, wa haramun kalau makan sorang.
Kita akan lihat pendedahan Husam Musa mengenai wang yang masuk dalam akaun PAS. Kita juga menanti pendedahan Rafizi Ramli menggenai wang yang diterima oleh seorang pemimpin PAS. 
Bahagian yang tidak dicuri kekal sebagai hutang. Kita boleh lah marah sebab Najib mendedahkan kita kepada hutang. Tetapi keatas wang yang dicuri tidak mencukupi hanya dengan marah. Ia nya mesti dihukum. Kita mesti menzahirkan kebencian yang amat sangat terhadap mereka yang menggunakan kedudukan awam merompak wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Itulah yang dilakukan oleh Najib dan  direstui pula oleh geng ketuanan Islam.
Fakta nya ialah: Najib curi duit dari 1MDB. Shahrol Halmi membantu dia dalam hal ini. Casey Tang dan Jasmine Loo pun curi duit 1MDB. Jho Low curi duit. Mungkin dia juga front untuk Najib dan keluarga Najib.  Riza Aziz pun ambil duit curi. Al Qubaisi dan Badawy curi duit kita. Eric Tan alias Jho Low pun curi duit. Tarek Obaid curi duit.
Apa kita lakukan kepada yang mencuri? Tidak ada pun tindakan. Bahkan Najib melindungi mereka. Yang curi tin sardin pun kena hukum berat. Maka yang mencuri duit dari 1MDB berbilion Ringgit mesti dihukum oleh kita. Maka mengikut hukum syariah, adakah kita potong tangan2 mereka ini?
Saya hendak tahu dari Ustaz Hadi- bagaimana hukuman Islam keatas pencurian dan rompakan seperti dengan 1MDB. Adakah kita membisu kepada nya? Keadilan apa ini?
Saya telah nyatakan beberapa kali( saya sendiri dah hilang membilang) bahawa 1MDB adalah mesyin ATM bagi perompak dan penyamun yang diketuai oleh Najib Tun Razak. 1MDB ialah enjin mencuri wang seperti juga kebanyakan( jika tidak semua) GLC2 dalam negara kita. Setiap GLC menyalurkan sejumlah wang, mungkin setiap bulan kepada mereka yang berkuasa. Sebab itulah UMNO mahu control semua GLC2. Seperti juga setiap kenderaan tujuan special( SPV) adalah jentera untuk mencuri wang.
Mencuri wang dari ejensi2 ini sudah menjadi keperangaian kedua oleh sesiapa yang pegang kuasa dari BN. Najib yang pegang kuasa yang terbesar, tentulah dia penerima imbuhan yang paling besar.
Musibah kewangan dihadapan kita ialah pencurian wang dari dana awam( 1MDB). Perbuatan itu adalah suatu jenayah. Concern kita ialah, perbuatan yang tidak bertanggung jawab ini tidak boleh dbiarkan begitu sahaja. Ianya mesti dihukum dan cara menghukumnya ialah dengan semua rakyat jenerasi ini, menunjukkan rasa kebencian dan penolakan yang paling kuat. Rasa revulsion dan penolakan itu ialah dengan membuang Najib dan parti nya dari memerintah kerajaan.
Tanggungjawab kita ialah membetulkan jenayah ini dan menghantar isyarat kita tidak mahu pemimpin seperti Najib menjadi ketua Negara.
Kita tanya diri kita, jika benar kita seorang Muslim yang mendukung cita2 wasathiyah dan mengistiharkan kita diwarnai oleh Sibghah Allah, bagaimana kedudukan moral kita, pegangan nilai kita kepada wang yang terang2 dicuri?
Jho Low curi USD1.03 billion. Pak Arab curi USD1.37 billion. Pada perigkat Tanore Finance, USD1.26 billion dicuri. Dalam setiap fasa ini, Najib menerima wang pencurian. Najib PM kita mendhobi sejumlah wang yang dicuri.
Kita akan kena bayar cukai yang lebih tinggi. Kita kena diam bila Najib jual asset negara- untuk dapat duit tutup lubang yang dia gali. Mungkin GST akan     dinaikkan lebih dari 6%.
Yang tidak boleh lari ialah pengguna seperti kita yang kena belanja menyara hidup. Orang Melayu kena bayar ‘hutang’ yang Najib buat melalui menanggung kos kehdupan yang meningkat dengan pantas nya. Langkah2 melegakan tanggungan ini seperti bantuan kebajikan, bantuan baitulmal dan lain2 ejensi kebaikan adalah ubatan sementara. Pembayaran2 ini semua akan kering, bila perbendaharaan Malaysia terus dirompak oleh penyamun2 yang diketuai oleh Najib Tun Razak.
Rakyat akan hukum UMNO kerana ahli UMNO gagal memilih pemimpin yang membela negara. Anak2 orang UMNO seperti anak2 orang bukan UMNO akan mewarisi suatu dunia yang telah dimusnahkan oleh seorang PM yang bernama Najib Tun Razak dan gerombolan perompak nya. Bahtera yang dikemudi Najib dipenuhi dengan menteri2 yang sama rasuah, pegawai kerajaan yang sombong dan berlagak dengan duit yang dicuri dari kantong awam dengan pelbagai cara.
Butiran mengenai kemana wang 1MDB dihilangkan boleh pembaca lihat dalam blog Donplaypuks. Saya tidak dapat memindahkan jadual tersebut kedalam blog saya. Sila guna proxy unblocker untuk membaca artikel2 Donplaypuks. Ia nya suatu blog yang sangat baik dari segi sarat dengan maklumat2.
Saya telah membuat adaptasi dari beberapa tulisan untuk memberi gambaran berapa banyak wang yang telah dicuri oleh Najib dan geng nya. Sekitar RM24 billion.
Jadual 2: kemana wang itu pergi
Pencuri2
Jumlah dicuri dari bon terbtan Godman Sachs= USD 6.5 billion( USD million)
Jumlah dicuri dari bon Islam
RM5 billion
(RM juta)
Dari  KWAP= RM4 billion
(RM juta)
Jumlah dlm RM
Jho low dan rakan2
2,249
2,310
Najib Razak
681
1,197
Riza Aziz
238
Qubaisy , Husseini
473
Husseini badawy
67
2,739
Pak arab prince turky
4.0
Casey tang, jasmine loo
5
Golman Sachs*
268
Lain2
119
Jumlah
4,033
5,053
1197
23,995
*Goldman Sachs telah bantai yuran yang terlalu tinggi. Saya hitungkan pada kadar 5% keatas USD6500 billion. Mereka telah caj USD593 juta untuk yuran. Ini terlalu tinggi. Kadar RM terkinii ialah 1USD=RM4.4.
Bererti dari jadual 2, paling kurang Najib dan geng penyamun sudah merompak RM24 billion duit dari 1MDB.
Maka kita tanya Najib dan geng ketuanan Islam tolong jawab juga:
1. macam mana RM24 billion mahu diganti?
2. apakah projek2 BN yang Najib mahu inflate kos nya untuk mengambus wang yang dicuri? ECRL? Pan Borneo Expressway? KL-Singapore HSL? Rapid Johor?
3. ini semua jenayah. Siapa yang patut kita jel? Tentu nya ia mesti bermula dengan Najib terlebih dahulu. Sebab dia ketua.
4. saya taya sekali lagi, mengapakah tidak seorang pun dari pencuri2 ini didakwa dalam mahkamah Malaysia? Apa yang menyekat untuk membawa pulang Jho Low, Shahrol Halmi, Nik Faisal Arif Kamil, Dato Subuh, Casey Tang, Jasmime Loo? Bagaimana dengan Ismee Ismail, Lodin Wok, Arul Kanda, Dr. Irwan Serigar Abdullah dan KSN Ali Hamsa?
Kita indict semua lembaga pengarah 1MDB barulah kebenaran boleh menang keatas kemungkaran. Jangan kamu ingat kamu boleh lari. 
(Artikal dari Sakmongkol Blog)

Rabu, 12 Jun 2013

Jatuh bangun Islam di Andalusia




Kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad menguasai kota Andalus pada tahun 711M sehingga ke tampuk kerajaan “Nasriyyah” atau “Bani Ahmar” yang mengakhirinya pada tahun 1492M, pernah melakarkan catatan pemerintahan Islam yang hebat. Tempoh tersebut hampir mencapai lapan abad! 800 tahun, suatu jarak yang seharusnya menjadi renungan  buat masyarakat Islam di seluruh dunia.

Tempoh tersebut membuktikan betapa kemunculan Tamadun Barat ada kaitannya dengan kecemerlangan Tamadun Islam yang telah terbina di Andalus. Ketika itulah dikatakan bahawa zaman intelektual berkembang megah dengan munculnya tokoh-tokoh Islam kawakan seperti Ibn Hazm (994M-1064M), Ibn Rushd (1126M-1198M), Ibn Bajjah (1082-1138M), Ibn Zuhr (1091-1162M) dan ramai lagi. Termasuklah golongan elit Kristian yang dipimpin oleh filosof terkenal Thomas Aquinas (1225M-1274M) dan Maimonides (1135M-1205M), seorang ahli teologi yang pernah terkenal di Andalus ketika pemerintahan Islam, sedangkan beliau berbangsa Yahudi.

Kejayaan Islam membina ketamadunan di Andalus, sesungguhnya sesuatu yang sangat mengagumkan. Lebih memberi kesan jika turut ditinjau daripada aspek perkembangan dan kejatuhan Andalusia itu sendiri demi mencari kesimpulan yang baik oleh kita semua.

Secara integral, para sejarawan bersepakat menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Andalusia adalah di bawah pimpinan Tariq ibn Ziyad. Beliau adalah tokoh Islam terkenal telah memimpin pasukan tenteranya mengharungi Gibraltar (asalnya Jabal Tariq) yang memiliki kedudukan strategik pintu gerbang para pedagang antarabangsa, iaitu para pedagang lazimnya menggunakan laluan tersebut bagi mengharungi lautan Atlantik dan Mediterranean.

Sebelum pembukaan Islam, wilayah Andalus dimonopoli secara rakus oleh golongan bangsawan (noble lord) sehingga berlaku penindasan terhadap golongan bawahan. Krisis ini menyebabkan ramai rakyatnya yang tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran negara mereka. Kesannya menyebabkan banyak tanah pertanian terbiar beku, industri terpaksa ditutup dan sekaligus melumpuhkan ekonomi Andalus.

Menyedari kepincangan itu, Gabenor “Visigothic” (Visigoth) iaitu Count Julian berpaling tadah dan menentang Raja Don Roderick, beliau turut bekerjasama dengan Tariq ibn Ziyad untuk mengembalikan keadilan di wilayah tersebut. Pendirian Julian itu juga diriwayatkan ada kaitannya dengan tindakan Don Roderick yang memperkosa isteri dan anak perempuannya.

Tariq ibn Ziyad memimpin pasukan Islam hanya berjumlah 7,000 orang, berdepan pula dengan tentera Don Roderick yang berjumlah seramai 100,000 orang. Lalu bagi meningkatkan semangat pasukan tenteranya di perlawanan yang tidak seimbang ini, dikatakan bahawa Tariq ibn Ziyad mengarahkan agar kapal mereka dibakar sambil digambarkan beliau berpidato;

"Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian akan lari? Demi Allah, yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran..."

Kalimat ini dikobarkan oleh Tariq ibn Ziyad bagi menaikkan semangat pasukan tentera Islam dan akhirnya tercatat dalam sejarah penyebaran Islam ke Andalus. Walau bagaimanapun ia diragui oleh sesetengah pengkaji terutama hal yang melibatkan pembakaran kapal kerana usaha menakluk Andalusia pada peringkat pertama melalui jalan laut sebenarnya dirintis awal oleh Tarif ibn Malik atau dikenali Abu Zurah bin Malik al-Nakha'ei.

Tarif yang mula-mula bersama kekuatan pasukan armada laut bagi meraih jalan ke arah penaklukan Semenanjung Iberia itu. Hal itu telah mendorong Gabenor Qayrawan, Musa ibn Nusair dan seterusnya Tariq ibn Ziyad bergerak bersama demi menakluk Andalus. Oleh itu, ada keraguan bagi Tariq mengarahkan kapal dibakar kerana sepatutnya Tarif yang lebih layak memerintahkan begitu. Kerana Tarif memimpin kekuatan armada, sedangkan Tariq memimpin kekuatan artileri.

Kemenangan tentera Islam menguasai medan Gibraltar telah membuka ruang untuk pasukan Islam terus menguasai Andalus sehingga Tariq dapat meneruskan penguasaan ke Cordova dan Toledo. Kemenangan demi kemenangan dapat dicapai oleh tentera Islam dalam usaha melebarkan kerajaan Islam di bumi Eropah termasuk Bandar Zaragoza, Leon, Malaga, Sevilla dan beberapa buah bandar lain.

Sejak dari itu, Islam mula tersebar luas ke seluruh Andalusia dan bermulalah penguasaan Bani Umaiyyah di Andalus. Khalifah Bani Umayyah yang berpusat di Dimashq telah mewakilkan beberapa orang Gabenor untuk mentadbir Andalus. Seramai 20 orang Gabenor telah mentadbir Andalus dari tahun 718-756M. Gabenor yang pertama ialah Abdul Aziz ibn Musa ibn Nusayr dan yang terakhir ialah Yusuf ibn Abdul Rahman al-Fihri.

Yang menarik untuk diperhatikan sejarah pemerintahan Andalus ini ialah pemerintahannya kekal di bawah penguasaan kerajaan Bani Umayyah, walaupun kerajaan Bani Abbasiyah telah mula bertapak dan berpusat di kota Baghdad bermula pada tahun 132H/ 750M. Hal ini bermaksud, walaupun kerajaan Islam yang memimpin majoriti umat Islam sudah beralih kepada Bani Abbasiyah, namun Andalus terus diungguli oleh para pemerintah dari kelompok Umayyah.

Fakta sejarah mengakui bahawa sebelum Islam membuka Andalus, masyarakat Kristian Eropah hidup di dalam kejahilan dan kegelapan pimpinan Raja Roderick. Lantas, usaha-usaha dilakukan oleh pemerintah Islam di Andalus telah memberikan impak positif sehingga Barat kemudiannya dapat membina tamadun mereka yang membanggakan pada hari ini.

Pada peringkat awal, pemerintah Islam berjaya mengawal masyarakat di Andalus walaupun mereka mempunyai pelbagai latar belakang. Ada dalam kalangan mereka berbangsa Yahudi, Barbar, Islam, Kristian dan lain-lain. Kecemerlangan dapat dicapai apabila masyarakat berbilang kaum ini dapat dijaga dengan sempurna. Namun, antara punca kejatuhan kerajaan Islam Andalusia ini juga turut disebabkan oleh kepelbagaian budaya yang merenggangkan hubungan mereka sesama mereka. Fahaman rasis yang menebal akhirnya mengakibatkan Andalus turut menjadi lemah.

Sebenarnya pemerintahan Islam di Andalus berjaya menjamin hak-hak asasi kaum lain sehingga mereka boleh membantu dalam usaha meninggikan tamadunnya. Gambaran ini dapat difahami menunjukkan bahawa perpaduan antara kaum berasaskan jaminan terhadap hak-hak kaum minoriti sebenarnya mampu mewujudkan kestabilan selagi tidak bertentangan dengan akhlak Islam. Oleh sebab itu, kita dapat menyaksikan tamadun Islam Andalus menguasai dunia dan meniti di bibir umat manusia.

Namun, seakan sudah menjadi lumrah zaman bahawa ada kitaran ketamadunan seperti yang dibicarakan oleh Ibn Khaldun di dalam "Muqaddimah" sebagai sunnatullah. Kitaran ketamadunan itu menyebabkan kita berfikir bahawa segala apa yang berada dipuncak pasti akan melalui tempoh kejatuhan.

Kitaran inilah yang turut melanda Andalus sehingga kejayaan yang dibina semakin lama semakin menunjukkan ketidakmampuan untuk dipertahankan. Yang dimaksudkan ialah ketidakmampuan untuk mempertahankan penguasaan Islam di sana dari sudut politik pentadbiran, bukannya daripada sudut kecemerlangan intelektual dan fizikal.

Kejatuhan Andalus tidak berlaku sekelip mata, tetapi melalui proses yang panjang. Sayangnya, tiada kalangan pemimpin umat Islam ketika itu yang berjaya mempertahankan Andalus. Tiada Salahuddin al-Ayubi, tiada Saifuddin Qutuz, dan tiada Muhamad al-Fateh. Bibit-bibit kejatuhan bermula setelah pemerintahan Andalus dijuzukkan kepada kerajaan-kerajaan kecil.

Andalusia yang diperintah oleh satu kerajaan, satu khalifah, berpecah menjadi 20 buah kerajaan kecil. Pembentukan kerajaan kecil ini turut dikenali sebagai Muluk al-Tawa'if, ia wujud disebabkan semangat puak, sikap fanatik terhadap bangsa. Mereka tidak langsung berpegang kepada semangat Ukhuwwah Islamiyah dan seakan menjurus kepada ketuanan kaum sesama sendiri.

Fenomena ini berlaku setelah pucuk pimpinan di Cordova menghadapi masalah dalaman iaitu bergaduh dan bercakaran, malah ada yang saling menindas untuk merebut kuasa khalifah dan penguasaan wilayah. Akibatnya, Cordova yang masyhur di dalam Bahasa Arab sebagai "al-Qurtubah" akhirnya menjadi bandar yang terakhir jatuh sepenuhnya ke atas Raja Ferdinand. Peristiwa ini berlaku pada zaman pemerintahan terakhir Andalus di bawah Bani al-Ahmar yang menguasai wilayah terakhir di Granada dari tahun 620H-897H. Penyerahan wilayah terakhir ini terpaksa dilakukan demi menyelamatkan maruah pemerintah Islam di bawah pimpinan Abu Abdullah daripada digulingkan dengan cara yang lebih teruk.

Ketika Bani Ahmar memerintah Andalusia, wilayah pemerintahan mereka sudah gugup dan menguncup, tidak lagi sepertimana pada zaman kegemilangan pemerintahan Abdul Rahman III. Secara khusus, pemerintahan mereka hanya melibatkan wilayah Granada sahaja yang menjadi daerah terletaknya istana yang masyhur iaitu istana Al-Hamra' atau dalam bahasa Sepanyol hari ini lebih dikenali sebagai al-Hambra.

Berlaku perselisihan keluarga dalam hal mewarisi kepimpinan, pergolakan anak-beranak diraja berlaku dan seterusnya melemahkan lagi pemerintahan Islam di Granada. Sikap Abu Abdullah yang hilang pertimbangan dan tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta yang diputuskan oleh bapanya, menyebabkan beliau memberontak sehingga sanggup mengorbankan nyawa bapanya. Namun, takhta pemerintahan tetap tidak menyebelahi Abu Abdullah.

Tetapi kerakusan Abu Abdullah tidak padam, bahkan perancangan dibuat dalam bentuk kerjasama dengan Raja Ferdinand untuk merampas kembali takhta pemerintahan. Rampasan itu berjaya, ringkasnya Abu Abdullah dapat menduduki takhta tetapi bagi jangkamasa yang relatif disebabkan tekanan daripada Ferdinand untuk mendapatkan habuan. Habuannya tidak lain tidak bukan ialah penyerahan wilayah Granada kepada kerajaan Ferdinand, lantas masyhurlah Ferdinand yang beristerikan Isabella itu sebagai satu-satunya raja yang berjaya menumbangkan kerajaan Islam di Andalus.

Kejatuhan Andalus rupanya adalah kelemahan pemerintahan sanggup menggadai prinsip demi mendapat bantuan sokongan untuk menduduki takhta yang hanya mampu dicapai buat sementara waktu sahaja. Selain itu ia turut disebabkan beberapa faktor internal dan eksternal, iaitu :

i. Tiada mekanisme dalam mencari pengganti yang layak untuk meneruskan pemerintahan di Andalus. Kebanyakan mereka hanya mewariskan kepimpinan melalui sistem monarki yang pada waktu itu sudah korup, tiada akauntibiliti dan hilang integriti di mata rakyat.
ii. Tiada wala' terhadap khalifah yang sah mentadbir kerajaan. Masing-masing menyimpan hasrat untuk menguasai wilayah pemerintahan sehingga berlaku perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.
iii. Tiada kesepakatan (wehdatul fikri dan wehdatul amal) dalam mentadbir wilayah yang dikuasai sehingga wujud perbezaan pemerintahan antara satu wilayah dengan wilayah yang lain.
iv. Perbezaan fikrah yang wujud sehingga hilang adabul ikhtilaf dalam kalangan mereka, lalu perbezaan tersebut banyak membawa jatuh-menjatuhkan, runtuh-meruntuhkan dan kurang usaha untuk bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati.
v. Wujudnya golongan yang ingin menghancurkan mereka dari dalam seperti golongan yang ingin bekerjasama dengan musuh tanpa mengambil kira untuk memperkuatkan ikatan dalaman sesama mereka.

Kesan daripada faktor inilah umat Islam dibunuh atas restu Pope dan ada yang dihalau keluar dari Andalusia, bahkan ada antara mereka yang terus diperangi lagi dan lagi walaupun sudah bersedia keluar dari Andalusia. Musibah ini turut terpalit kepada kaum Yahudi, iaitu tiada kuasa yang boleh melindungi mereka setelah kerajaan Islam menjadi lemah seterusnya runtuh.

Sabtu, 4 Mei 2013

Daim yang ku kenali...



Artikel Terbitan Semula ini, pertama kalinya telah disiarkan kira-kira 12 tahun lalu (sekitar tahun 2001) iaitu di era pentadbiran Mahathir.
Artikel ini akan dapat memberikan kefahaman kepada para pembaca mengenai perkembangan semasa dan menjawab persoalan mengapa Mahathir dan Daim tidak dapat duduk diam ketika menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan menjelang dalam tenpoh sehari dua lagi.
Kedua-dua bekas pemimpin kanan Umno / BN ini memiliki beban yang amat besar yang sedang masing-masing pikul. Sekiranya kuasa pentadbiran kerajaan Persekutuan berpindah tangan (in sya Allah) kepada kerajaan Pakatan Rakyat, harta dan kekayaan yang telah dirembat secara haram oleh kedua-dua Qarun Moden dan semua proksi mereka akan dikorek semula dan dikembalikan kepada khazanah milik Rakyat.  M@RHAEN
Daim Yang Kukenali
Daim Zainuddin adalah orang yang bertanggungjawab terhadap polisi ekonomi dalam kerajaan Mahathir iaitu: jualan borong pengswastaan kerajaan Malaysia, "siapa cepat dia dapat".

Sesungguhnya kelihatan seperti setiap pengendalian dan perkhidmatan kerajaan adalah untuk dijual dan dalam kes-kes tertentu diberi percuma kepada mereka-mereka dari kalangan rakan-rakan Daim dan Mahathir.

Loteri yang dipunyai dan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan, contohnya, diberikan kepada Vincent Tan Chee Yioun, berasaskan tidak lebih dari 1 1/2 muka surat jaminan untuk mengendalikannya secara lebih cekap dan menjanakan hasil cukai yang lebih untuk negara dan ini bukanlah ‘pemberian’ yang terakhir yang bakal dimiliki oleh Tan.

Kenaikan pangkat Daim yang cepat seiringan dengan bertambahnya tekanan politik yang dihadapi oleh Dr. M dalam partinya, dan juga pada masa yang sama bertambah gawatnya keadaan ekonomi di Malaysia. Pentadbiran pimpinan Mahathir menghadapi kemungkinan akan hancur.

Kemungkinan ini akan menjadi nyata sekiranya Dr. M tidak bertindak tegas, tindakan yang selalu diambilnya apabila berdepan dengan keadaan yang mendesak.

Pada Daim, Dr. M telah menemui seorang rakan yang boleh dipercayai. Waktu ini adalah sekitar pertengahan hingga akhir tahun 80-an. Daim mungkin bukanlah orang yang paling sempurna untuk tugas itu, tapi dia melaksanakan apa sahaja yang diperintahkan dan dia adalah seorang yang paling setia dalam keadaan apa sekali pun. Pun begitu, Daim tiada banyak pilihan. Dr. M adalah satu-satunya penaungnya ketika itu.

Daim diberi kebebasan untuk menyelesaikan masalah ekonomi Malaysia pada tahun 1985-86, sementara Dr. M menangani musuh-musuhnya dalam UMNO. Dia juga mempunyai kepentingan peribadi di dalam memastikan Malaysia pulih dengan cepat daripada resesi (kemelesetan) tahun 1985-86 itu. Nasib Dr. M sendiri bergantung kepadanya dan juga nasib UMNO di mana aset-aset korporatnya mengalami kerugian yang teruk.

Daim Bergantung Kepada Cara-cara Lama Di Dalam Menangani Resesi (Kemelesetan) Yang Lalu


Jika ditinjau kembali, pelan pemulihan ekonomi yang digariskan oleh Daim dan disokong sepenuhnya oleh Dr. M adalah berasaskan kepada prinsip ekonomi yang standard dan ortodoks.

Pada dasarnya merupakan langkah-langkah memotong perbelanjaan kerajaan, mengecutkan hutang luar negara, dan membuka halangan-halangan perdagangan. Ianya telah didrafkan oleh teknokrat dalam kementerian Daim dan merupakan pendekatan yang biasa kepada musibah yang melanda negara ketika itu. Akan tetapi untuk memahami bagaimana berbezanya kegawatan sekarang ini ditangani, kita dengarkan respons Daim tentang resesi yang terdahulu :

"Benar, cara yang cepat untuk memulihkan ekonomi boleh dilakukan. Kita cuma perlu pinjam lebih banyak duit, dan mengadakan pertumbuhan yang tidak menggambarkan keadaan ekonomi yang sebenarnya di Malaysia. Walaupun begitu satu penyelesaian yang lebih bertanggungjawab mestilah mengandungi langkah-langkah jangka panjang dan juga jangka pendek. Ianya mengambil masa untuk menarik minat pelabur-pelabur untuk membina kilang-kilang di sini."

(Sudah tentu ada benteng-benteng yang melindungi projek-projek kesayangan Mahathir pada resesi 80an seperti Program Kereta Nasional supaya ianya tidak mengalami apa-apa kesan. Daim, seterusnya memerah wang dari bank-bank di Malaysia dan KWSP untuk melabur dalam beberapa kaunter di KLSE yang mana ada antaranya mempunyai kepentingan untuk dirinya sendiri.)

Formula yang sama juga telah digunakan oleh pengganti Daim, Anwar Ibrahim dalam menangani kegawatan hari ini. Tetapi kali ini, Dr. M telah memecat Menteri Kewangan dan penggantinya itu, menangkap dan menuduhnya dengan berbagai-bagai kesalahan dan kemudian mengarah polis memukulnya. Penyelesaian ekonomi yang ortodoks – yang sekarang ini menampakkan hasil (tanpa kawalan matawang yang kompleks dan menakutkan itu) bagi Thailand, Korea Selatan dan lain-lain negara serantau - telah menjadi satu strategi subversif asing bagi Anwar Ibrahim. Sama-sama fikirkanlah….

Era 90-an


Seperti yang dijangka ekonomi Malaysia melonjak kembali pada lewat 80an dan pada tahun1990 mula menampakkan rekod pertumbuhan yang menakjubkan. Daim dan perniagaan-perniagaan UMNO telah pulih. Kejayaan ini banyak bergantung kepada program pengswastaan di Malaysia. Dia dan kroninya telah mengumpul sebahagian besar manfaat dari program tersebut, termasuklah projek penswastaan terbesar iaitu Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang merentangi sepanjang semenanjung Malaysia.

Tuduhan-tuduhan yang berasas tentang kronisme dan rasuah – secara halusnya disebut politik wang di Malaysia – membayangi Daim berterusan dari dekad pertama pentadbiran Mahathir sehinggalah kepada tahun 90an. Tetapi kejutan dan kemarahan yang dirasai oleh penduduk Malaysia yang rata-rata mewah itu kemudiannya mula hilang. Mereka mula menerima gejala akibat dari permainan politik dan ekonomi ini sebagai satu hakikat dalam kehidupan.

Dalam keadaan apa sekali pun, hanya sedikit yang dapat dilakukan oleh beberapa orang yang masih melaung-laungkan tentang keadilan. Sistem Kehakiman yang pada suatu ketika dahulu adalah bebas telah dilemahkan pada tahun 80-an dan kemudiannya diterima pakai oleh Dr. M.

Tuduhan-tuduhan rasuah dan aktiviti jenayah, terutamanya terhadap mereka-mereka yang ada kaitan dengan Mahathir dan Daim, tidak pernah diadili secara adil oleh mahkamah-mahkamah atau melalui penyiasatan terperinci oleh polis, yang mana semua ini di kawalselia oleh Dr. M dan Kementerian Dalam Negerinya.

Pada tahun 1991, Daim bersungguh-sungguh hendak meninggalkan perkhidmatan kerajaan dan menumpukan sepenuh masa terhadap dunia perniagaannya yang penuh dengan rahsia itu. Jawatannya di Kementerian Kewangan hanya melembabkan pergerakannya.

Dia tidak mahu ketinggalan dalam mengejar nikmat kemewahan ekonomi yang sedang meletup dan perebutan dalam pasaran saham yang secara pasti memihak kepadanya, terutamanya apabila waktu itu kesemua rakan perniagaannya berada di sektor-sektor penting ekonomi.

Perniagaan keluarga yang dahulunya menghadapi masalah kewangan telah mula stabil semula. Dan yang lebih menekan lagi, dia mempunyai beberapa isteri dan bekas isteri, juga teman-teman wanita yang mana gaya hidup mewah mereka perlu disara kerana mereka semua telah terbiasa dengan keadaan sebegitu.

Tetapi sebelum meletak jawatan, Daim memastikan yang penggantinya tidak akan mengganggu-gugat kedudukannya dengan membongkar kesemua jaringan yang telah dibuatnya. Adalah pasti, dia tidak menginginkan seorang pengganti yang akan menaja kepada kader-kader yang akan bersaing dengan jaringan ahli politik dan ahli perniagaan yang telah dimilikinya.
Daim Memilih Anwar dan Meyakini Anwar Tidak Akan Menggugat Kedudukannya

Daim memilih Anwar atas sebab penggantinya ini, mempunyai sedikit latarbelakang perniagaan dan tidak menunjukkan minat untuk mengembangkannya. Lebih-lebih lagi, Anwar adalah penyokong kuat Dr. M, terhutang budi kepada Perdana Menteri di atas kerjaya politiknya dan juga kenaikannya dengan cepat dalam barisan UMNO.

Daim juga yakin Mahathir tidak akan membangkang pilihannya itu. Tetapi untuk betul-betul yakin, Daim mengekalkan kedudukannya sebagai Bendahari UMNO. Pertukaran itu telah berjalan lancar, memastikan gelaran media terhadapnya kekal iaitu, "Penyelamat Ekonomi Malaysia" dan lebih pentingnya, kuasa di belakang tabirnya tidak terjejas.

Tetapi setelah masa berlalu, keadaan menjadi lebih jelas kepadanya, Dr. M dan juga kuncu-kuncunya, iaitu Anwar mempunyai pendiriannya sendiri. Lebih membimbangkan Anwar mula bertanya – mula-mula secara tertutup dan kemudiannya secara terbuka – tentang rasuah, kronisme dan nepotisme dan juga tentang nepotisme yang telah berakar umbi dalam jaringan ekonomi di Malaysia.

Sehinggalah kepada permulaan krisis kewangan di Asia, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Daim dan Mahathir untuk menghalang cita-cita Anwar, di samping hakikat yang tidak ada orang lain yang berpotensi sebagai pengganti kepada Mahathir.

Anwar adalah pengganti yang pasti. Beliau adalah ahli UMNO yang paling popular dan kelihatan sebagai pemimpin paling layak. Dan beliau telah berjaya membina hubungan yang teguh dan mesra dengan pemimpin dunia yang berkuasa, sama ada di negara membangun dan juga negara maju. Kesimpulannya, beliau adalah pengganti yang paling layak dan bakal menggantikan Dr. M sebagai Perdana Menteri.

"Kesilapan" Yang Sukar Dibersihkan

Daim tidak memerlukan Dr. M untuk meyakinkannya yang Anwar adalah merupakan ancaman kepada jaringan korporat yang telah ditubuhkannya jika sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri ketika Malaysia dilanda kegawatan ekonomi yang menyerang Asia ketika ini. Anwar telah menggunakan penyelasaian yang sama yang telah dipakai oleh Daim ketika memerangi resesi pada pertengahan 80an dahulu.

Tetapi ada satu perbezaan ketara yang telah digunapakai oleh Anwar : Rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah penyebab utama krisis yang melanda, jadi penyebab-penyebab ini mesti dihapuskan! Sama ada Anwar dapat melakukannya adalah sesuatu yang boleh dipertikaikan. Ancaman yang digambarkan ini sudah cukup untuk membuatkan Daim dan Dr. M bangun menentangnya, seperti mana yang Daim telah secara terbuka menyatakan yang dia akan menghancurkan musuh-musuh penaungnya pada dekad yang telah lalu.

Pada tahun-tahun yang lampau, bangunan besar korporat Daim yang rapuh telah diancam dengan berbagai-bagai pergolakan ekonomi . Tanpa bantuan kerajaan yang berterusan, ianya pasti telah ranap. Adalah nyata, yang perniagaan yang dibina hanya dengan sokongan kerajaan akan musnah apabila bantuan itu telah tiada lagi.

Perniagaan yang sebegini, tidak kira berapa banyak duit yang dihasilkan dan tidak kira berapa banyak urusniaga yang dilakukan, tidak dapat tidak, akan menjadi tidak cekap berbanding dengan perniagaan yang sebenarnya. Ianya mempunyai terlalu banyak kepentingan yang hendak dijaga. Perniagaan sebegini memang tidak layak untuk menjalankan apa-apa perniagaan, satu pengajaran kenapa ahli-ahli politik yang tamak harus dijauhkan daripada mana-mana perniagaan bagi sesebuah negara.

Ini juga menunjukkan kenapa Abdul Daim bin Zainuddin tidak layak menjadi seorang ahli perniagaan dan juga seorang pegawai kerajaan kanan. Namun alangkah bernasib baiknya dia di bawah pentadbiran Dr. M. dan alangkah malangnya ekonomi Malaysia walaupun apabila dia telah tidak lagi berada dalam kerajaan Malaysia.

Sebab Ezam dan teman-teman diISAkan

Sejak Daim mengarahkan Kementerian Kewangan membeli MAS, tekanan yang beliau hadapi cukup hebat, sama ada dari dalam UMNO tambahan lagi dari parti pembangkang. Ezam- ketua pemuda keadilan adalah antara orang yang cukup hebat membangkitkan cerita Daim menolong Tajudin. Tekanan-tekanan begini menyebabkan Daim berbisik kepada Mahathir andai Ezam dan konco-konconya tidak ditangkap maka Mahathir dan kerajaannya akan disalahkan oleh rakyat.

Mahathir tidak punya alasan yang kukuh untuk mendakwa Ezam di mahkamah terbuka, selain dari bimbang Ezam akan mendedahkan segala bukti di mahkamah-yang hanya akan tambah memburukkan kerajaan. Lalu cara mudahnya adalah dengan menangkap di bawah ISA.

Daimlah manusia yang bertanggungjawab ke atas semua ini- bukan sahaja menjual Malaysia- lihat sahaja baru-baru ini warga asing yang mahu membeli hartanah di Malaysia bebas membeli tanpa dikenakan syarat. Ini bermakna bahawa tanah di Malaysia boleh bertukar milik kepada rakyat asing semudah menandatangani beberapa dokumen sahaja. Daim sengaja memohon cuti 2 bulan- dan sengaja menunjukkan kepada dunia yang seolah-olah beliau bergaduh dengan PM. Sebenarnya beliau mahu lari dari tanggungjawab atau disalahkan apabila Ezam dan teman ditahan di bawah ISA.

Daim- Laman Anti ISA suka memberikan ingatan kepada anda. Bahawa kami akan dedahkan segala dokumen penyelewengan anda dan para kroni- yang dengan jelas merompak wang rakyat. Rakyat perlu sedari bahawa Daim telah memunggah wang negara RIBUAN JUTA dan Malaysia ini akan muflis andai kita membiarkan keadaan ini berterusan.

Jumaat, 3 Mei 2013

DSAI: Insan Pilihan Ujian Tuhan (3)


Sejarah membuktikan bahawa DSAI adalah anak emas Mahathir satu ketika dahulu, Beliau diperkenalkan kepada Mahathir oleh Tengku Razaleigh Hamzah setelah Anwar diperkenalkan kepadanya oleh Sanusi Junid. Itu jalan ceritanya.
Tetapi nama Anwar naik melonjak dalam peristiwa Kelaparan di Baling, dan peristiwa itu telah digunakan oleh Mahathir dalam surat layangnya untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman Putra.
Anwar telah meniti heirarki UMNO dan memainkan peranan besar menonjolkan nama Mahathir di arena antarabangsa melalui pengaruhnya dengan pemimpin negara-negara Islam. Harus diingat bahawa itulah salah satu strategi Mahathir mendekati Anwar kerana kemampuan beliau meyakini pemimpin dunia Arab memberikan biaya kepada perjuangannya dalam ABIM. Sekali gus Mahathir menjadi terkenal dengan dunia Selatan-Selatan dan melonjak naik sebagai suara perjuangan negara yang sedang membangun.

Keghairahan Mahathir mendekati pemimpin negara Islam telah membuka ruang kepada beberapa ilmuwan UMNO yang berpendidikan Arab dan Islam. Muncullah, Dr. Yusuf Nor, Hamid Othman, Zainal Abidin, dan ramai lagi. Oleh kerana ruang untuk mereka rapat akrab dengan Mahathir amat sempit dan terhad, maka para ulama UMNO ini telah berlumba-lumba menjuarai diri antara satu sama lain dan ini mereka lakukan melalui pelbagai cadangan dan isu yang membuatkan Mahathir merasakan dia perlu bertindak untuk terus popular.
Maka muncul isu pengharaman Al Arqam sedangkan itulah rangkaian yang banyak berjasa dalam pembukaan industri kecil dan sederhana Melayu. Mahathir akur kepada cadangan untuk mengharamkan Al Arqam setelah melihat dan diberitahu bahawa Al Arqam adalah penyokong kuat PAS. Kononnya, kalau Al Arqam dibiarkan terus hidup, masa depan UMNO akan tergugat.

Pengharaman Al Arqam ternyata satu tindakan yang besar silapnya, kerana kalau berdasarkan akidah yang songsang, masih terdapat lebih 70 buah tarikat Islamiyah yang dikatakan menyimpang daripada ajaran Sunnah wal Jamaah. Malahan pada hari ini kita boleh persoalkan apakah sebenarnya ajaran Islam Hadhari? Bayangkan berapa ratus juta telah dibazirkan untuk mempromosikan Islam Hadhari sedangkan wang sebanyak itu boleh digunakan untuk memperbaiki cara hidup umat Islam di negara ini.

Pergeseran Anwar-Mahathir bergelegak sebaik sahaja Anwar bertanyakan kedudukan wang orang Melayu dalam simpanan UMNO. Adalah dianggarkan pada tahun 1997, terdapat sekurang-kurangnya RM27 Bilion wang simpanan dalam Khazanah Perbendaharaan UMNO.

Semasa TKT Mahathir menjadi Presiden UMNO orang yang mengendalikan wang simpanan dalam UMNO ialah Tun Daim Zainuddin. Hasil pengalaman mereka semasa pembubaran UMNO asal dahulu, Daim telah ‘melarikan’ wang Melayu dalam UMNO ke luar negara untuk dilaburkan kononnya. Hasilnya dia telah membeli beberapa buah bank di Afrika dan memproksikan pengurusan bank itu kepada abang kepada Arif Shah (calon yang bertanding di Permatang Pauh).
Banyak lagi pelaburan yang dibuatnya dan diproksikan kepada beberapa korporat Melayu anak didiknya seperti Dato’ Shamsuddin Hassan di Afrika Selatan, Tajuddin Ramli, dan ramai lagi sekadar menyebut namanya sahaja. Ada juga pelaburan yang dibuatnya dengan mewakili beberapa orang wanita kesayangannya.

Satu ketika dahulu, keakraban Mahathir bersama Daim adalah laksana kuku dengan isinya. Tidak ada yang silap pada Daim walaupun apa yang dibuatnya ialah membalun wang orang Melayu dan menggunakan nama-nama proksi yang dia sahaja mengetahuinya. Adalah mustahil Mahathir tidak tahu menahu jenis pelaburan yang dibuat itu. Malahan besar kemungkinan Mahathir sengaja buat bodoh kerana dia tahu habuan komisen untuknya yang dijanjikan oleh Daim.

Oleh kerana Anwar prihatin dengan harta pusaka orang Melayu tentulah dia mahu tahu apa jadi dengan wang besar yang ada pada UMNO. Untuk mengelak Anwar mendedahkan perkara sebenar kepada persidangan UMNO, dia mesti dihalang dengan apa cara juga.

1997 merupakan tahun celaka kepada Anwar. Kegawatan ekonomi meruncing dan George Soros telah menyerang mata wang setiap negara Asia. Ironisnya kerja-kerja menyerang mata wang ringgit oleh George Soros adalah dengan kerjasama Daim juga.

Oleh kerana ekonomi Malaysia ketika itu banyak bergantung pada pelaburan asing, berlaku sahaja kegawatan, orang asing pun mengambil balik wang pelaburan mereka. Tinggallah Malaysia terkapai-kapai mencari arah. Keadaan menjadi parah apabila Bank Dunia mahukan Malaysia mengikut rentak ajarannya. Sekali lagi Anwar dan Mahathir berbalah tentang cara menyelamatkan kewangan negara.
Negara Asia lain yang turut berhadapan kegawatan ekonomi, telah menerima pakej penyelamatan Bank Dunia. Cuma Malaysia yang degil dengan alasan Mahathir bahawa cadangan pakej itu akan menjahanamkan Malaysia. Yang sebenarnya Mahathir tidak mahu dengar saranan Bank Dunia agar segala bisnes yang dikendalikan oleh anak-anaknya dikecutkan untuk mengurangkan risiko perbankannya,

Pada waktu yang sama hampir semua syarikat perniagaan anak-anak Mahathir sedang tercungap-cungap. Maklumlah, perniagaan yang bukan berasaskan pengetahuan mendalam terhadap sesuatu bidang, tetapi lebih kepada hubungan dan kaitan rapat si pemilik dengan Perdana Menteri. Salah seorang anak lelaki Mahathir telah meminta bantuan Anwar agar diselamatkan syarikatnya dengan memberikan wang Petronas sebanyak dua billion ringgit. Anwar menolak permintaan itu. Bermulalah dendam kesumat Mahathir terhadap Anwar.

Cara Mahathir mahu gunakan wang Petronas untuk menyelamatkan syarikat anak-anak dan kroni amat difahami oleh Pengerusi Petronas ketika itu. Beliau adalah Almarhum Tan Sri Azizan yang telah menghembuskan nafas terakhirnya tidak lama selepas Anwar dipenjarakan. Pada satu hari Almarhum telah mendapatkan DSWA dan menyatakan betapa kesalnya beliau dengan kisah penghinaan yang dialami oleh Anwar Ibrahim. Dia telah meminta DSWA bersabar banyak-banyak. Tidak berapa lama kemudian Tan Sri Azizan menghembuskan nafas terakhirnya.

Dendam kesumat Mahathir tidak ada batasnya. Beliau telah merancang satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar. Beliau telah gunakan semua institusi kerajaan untuk kerja-kerja busuk itu. Dia gunakan media dan akhbar, TV dan radio. Apa sahaja yang boleh direncana untuk mengaibkan Anwar telah digunakannya,

Kes Anwar telah dibela oleh satu panel peguam bukan-Melayu. Kalau ada segelintir peguam Melayu seperti YB Zulkifli Kulim Bandar-Baru, mereka hanya setakat membawa fail dan pencatat peristiwa sahaja. Peguambela telah bekerja keras di mahkamah mematahkan hujah pihak pendakwaraya dan hanya berjaya ke satu tahap sahaja kerana Mahkamah Malaysia sudah dikuasai oleh fenomena ‘correct, correct, correct’ dan ‘Tidak relevan’

Anwar Ibrahim terpenjara juga walaupun Mahathir sendiri telah mengaku segala tuduhan terhadapnya adalah satu konspirasi kerana dia mempunyai kuasa. Mudah sungguh cakap Mahathir . Dia seolah-olah mempersenda kerja-kerja tuduhan liwat dan sodomi serta pelbagai lagi kerja kotor itu sebagai satu lakonan. TKT Mahathir tidak terfikir bahawa apa yang dilakukannya ke atas Anwar adalah satu penghinaan besar kepada orang Melayu dan Malaysia.

Perbuatan Mahathir tidak boleh dimaafkan secara total. InsyaAllah dia akan terus bernyawa. Dia kena merasa balasannya.

Orang barat sendiri hairan bagaimana mungkin kes Anwar boleh laku di muka pengadilan. Mereka juga hairan kenapa orang Melayu secara keseluruhannya sanggup membisu bila melihat Anwar dianiayai sebegitu dahsyat oleh Mahathir.

Saya yakin setiap kejadian ada hikmahnya. Yang jelas Allah telah memilih Anwar sebagai insan pilihan untuk menjalani ujiannya. Ini termasuk nasib beliau dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Khabarnya Paklah telah memberi arahan bahawa Anwar tidak boleh diberikan kemenangan walau apa cara sekali pun. Dia mengugut pihak polis dengan berkata kalau Anwar naik menjadi Perdana Menteri, KPN dan AG beserta pegawai tinggi polis termasuk KP Penang akan dipenjarakannya.

Kenapakah Paklah semakin gelabah? Apakah akan terdedah nanti tipu muslihat penjualan saham Augusta dengan harga 1 Euro oleh kroni beliau yang kemudiannya menjual kepada Syarikat Harley Davidson dengan harga 600 juta ? Ataupun Paklah semakin tertekan dengan kisah ‘Oil For Food Program’ yang dibalunnya sendiri sedangkan projek itu sepatutnya diserahkan kepada Dewan Perniagaan di negara ini?