Selasa, 13 Julai 2010

Suhakam Kecewa Tindakan KDN Gantung Permit Suara Keadilan
Berita
Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) , Tan Sri Hasmy Agam berkata beliau berasa kecewa dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang enggan memperbaharui permit penerbitan ahkbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan dan juga akhbar rasmi PAS, Harakah serta pengharaman buku kartun berunsur politik yang diterbitksn oleh Zulkifli Anwar Ulhaque atau Zunar.


Suhakam menganggap tindakan kerajaan ini sebagai satu pencabulan hak kebebasan bersuara, mengeluarkan pendapat dan mendapatkan maklumat sepertimana yang termaktub dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948," tegas beliau dalam satu kenyataan Jumaat lalu.

Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 menyatakan setiap individu mempunyai hak kebebasan berpendapat dan berekspresi dan hak ini termasuklah kebebasan mempertahankan pendapat tanpa gangguan, mencari, menerima dan menyampaikan maklumat dan buah fikiran melalui apa sahaja media dan tanpa mengira batasan.

Hasmy menyarankan agar KDN supaya menarik balik tindakan larangan dan meneruskan proses pembaharuan permit Suara Keadilan.

Beliau juga menggesa penubuhkan segera Majlis Media yang bebas untuk kawalan kendiri melalui satu kod industri mandatori yang dapat dikuatkuasakan dengan satu biro aduan.

"Kewujudan biro aduan Majlis Media adalah sebagai perantara untuk menimbangtara pertikaian atau aduan ketidak pematuhan kod industri diantara pihak media dan juga agensi kerajaan," tambah beliau lagi.


KOMEN PEMBACA

saya sebagai wakil datok hismudin menteri dlm negeri dan datok rais yatim dan wakil umno membantah apa yang suhakan keluarkan... kebebasan bersuara tanapa dikawal akan merencat demokrasi.... sejak dulu jawapan inilah kerajaan bn bg pada rakyat malaysia...


KOMEN PEMBACA
malaysia kan negara demokrasi terpimpin macam taik kucing lagi.. pala hotak depa.. patutnya p gantung ja permit utusan meloya, berita hairan.. banyak sangat menipu.. tambah metro lak.. iklan nombor ekor sikitnya besar.. macam haram..

Tiada ulasan: